Sejak kebelakangan ini ada beberapa pertanyaan tentang pelbagai jenis penyakit misteri didalam blog ini.Untuk memudahkan pengunjung blog ini maka saya wujudkan satu entri baru khusus bagi tujuan tersebut.Jika saudara mempunyai apa2 masaalah atau ingin bertanya mengenainya sila gunakan ruangan ini dan tidak mengunakan entri yang lain.Saudara Pendekar dan TS insyaallah dapat membantu saudara,saudara Waliqudus pun mungkin dapat mengunakan entri ini bagi menerangkan kegunaan dan menyatakan khasiat beberapa jenis teras kayu/kayu yang dapat digunakan bagi tujuan yang berkaitan ,kerana kita tidak dapat menafikan terdapat beberapa jenis teras kayu/kayu yang mempunyai fungsi bagi merawat penyakit misteri dan yang ada sangkut pautnya denganya.Setidaknya pengunjung blog ini mendapat info mengenai kegunaan/khasiat kayu tersebut.Seperti yang kita sedia maklum teras kemuning hitam dikatakan baik sebagai penolak sihir dan penakut makhluk halus tetapi applikasinya tidak dinyatakan.Mungkin entri ini berguna untuk menerangkan applikasinya,serta TS dan Pendekar dapat membantu menasihati serta memberi pandangan tentang beberapa jenis penyakit yang ada kaitan dengan gangguan makhluk halus seperti sihir dan lain lain.
Archives
- September 2021 (1)
- November 2017 (5)
- September 2017 (7)
- January 2014 (3)
- July 2013 (1)
- April 2013 (3)
- March 2013 (3)
- January 2013 (4)
- December 2012 (1)
- November 2012 (1)
- October 2012 (3)
- September 2012 (1)
- August 2012 (2)
- July 2012 (3)
- June 2012 (5)
- May 2012 (10)
- April 2012 (10)
- March 2012 (8)
- February 2012 (4)
- January 2012 (10)
- December 2011 (5)
- November 2011 (13)
- October 2011 (8)
- August 2011 (10)
- July 2011 (3)
- June 2011 (4)
- April 2011 (9)
- March 2011 (15)
- February 2011 (5)
- January 2011 (6)
- December 2010 (12)
- November 2010 (17)
- October 2010 (22)
- September 2010 (16)
- August 2010 (8)
- July 2010 (51)
- June 2010 (9)
- May 2010 (35)
- April 2010 (6)
- March 2010 (1)
- February 2010 (29)
- January 2010 (15)
- December 2009 (6)
- November 2009 (5)
- October 2009 (5)
- August 2009 (2)
- July 2009 (17)
- June 2009 (4)
- May 2009 (13)
- April 2009 (12)
- March 2009 (22)
- February 2009 (52)
- January 2009 (33)
- December 2008 (65)
-
Recent Posts
Recent Comments
karimon on Buku Pawang lukman hussain on Badi Kuning Mohamad Fitri on Buku Mistik Teras & K… Akhmad on Keturunan Al Hassan Yang … Taufik on Kayu Penunduk/Kayu Tas Bang Iyek on Keturunan Al Hassan Yang … Yanda on Batu Petir Azizi bin Aziz on Buntat Lokan & Telor Ayam… Sharom on Buah Lantong atau Labu Hu… Syed Muhammad Aizil… on Keturunan Al Hassan Yang … amir on Sejadah Rohani komunitaspemikirkrit… on Keturunan Al Hassan Yang … komunitaspemikirkrit… on Keturunan Al Hassan Yang … jailani matdoan on Keturunan Al Hassan Yang … jailani matdoan on Keturunan Al Hassan Yang … Categories
- Antik Dan Artifak (5)
- Barang Mistik (189)
- Barang Untuk DiMaharkan (15)
- Batu Permata & Cincin (62)
- Berguru (1)
- Berita/Info (93)
- Buku Mistik teras & Kayu (2)
- Buku Mistikal Mistik (6)
- Duit Lama (21)
- Dunia Dalaman Permata (10)
- Keris dan Senjata (26)
- Metafizik (16)
- Perbincangan & Rawatan Sakit Misteri (4)
- Perbincangan & Rawatan Sakit Misteri 2 (1)
- Rahsia Bangsa Melayu (2)
- Sejarah & Info Islam (10)
- Seni Silat Warisan Melayu (1)
- Tarikat & Tasauf (1)
- Teras Kayu (56)
- Tumbuhan Herba & Mistik (45)
- Uncategorized (8)
- Wali songo (3)
- XPDC Gunung Ledang 2 (19)
- XPDC Pulau Besar (26)
Tulisan Terbaik
Top Rated
Asallam mualaikum !!!.Sangat baik Karimon mengujud kan Entri ini kerana anda dapat menyoal saya darihal sakit MISTERI.Apakah penyakit misteri ini.Penyakit yang TIDAK DAPAT DIKESAN OLIH PERUBATAN MODEN MELALUI UJIAN MAKMAL.Semua baik darah,jantung,tekanan darah,deibetis tiada,buah pinggang baik…semua nya NORMAL.Tetapi ANDA SAKIT,SEMUA SAKIT !!! badan sakit,kepala,saraf dan mengah…nak jalan 15 langkah…semput…Itu adalah tanda yang normal dan berkemungkinan besar ada MASAALAH !!!.
Kalau berjumpa saya, saya akan SCAN…Teknik mengesan penyakit melalui jari tangan…kalau ada penyakit, mestilah dibuang atau saya ubati…Tetapi Terpulang pada ANDA,KALAU NAK SIMPAN,SIMPAN LAH..DAN TAK USAH BERUBAT.Dalam perubatan Tradisional islam kepercayaan dan yakin kepada perawat itu lah yang PALING PENTING, BUKAN UBAT !!!.Ini berbeza dengan Perubatan Moden,itu sebab nya ada perawat mengguna kan HANYA AIR SEJOK SAJA,TAPI PESAKIT NYA SEMBOH !!!.
Tok Syeikh kata: Dalam perubatan Tradisional islam kepercayaan dan yakin kepada perawat itu lah yang PALING PENTING, BUKAN UBAT !!!.
bahaya kenyataan Tok Syeikh nii..sepatutnya dalam perubatan Tradisional islam kepercayaan dan yakin kepada ALLAH itu lah yang PALING PENTING, BUKAN PERAWAT atau UBAT..ADA PAHAM KARRRR!!!.
Tertarik saya dengan penulisan Syah Jehan tentang pengamal perubatan tradisional ini (maksud saya tentang statement keikhlasan).
Tidak dinafikan saya masih baru dalam bidang ini namun begitu, selama beberapa tahun di bidang perubatan, saya banyak melihat kos2 yang menjangkau belasan/puluhan ribu apabila sesuatu penyakit itu di diagnosis. Bagi mereka yang mampu, atau pemegang polisi insuran sememangnya tiada masalah untuk membayar kos ini. Namun begitu jika pengguna ke hospital kerajaan pun sekiranya pengguna memerlukan sebarang prosedur berbentuk implan (this is also bear by the customer/patient). Persoalannya:-
1. Adakah pengguna ikhlas membayar kos2 itu
2. Sejauh manakah yang merawat pengguna itu ikhlas dengan rawatan yang diberikan (tanpa mengira bangsa)
3. Pernahkah pengguna mempersoalkan kos tersebut
Saya tidak membela sesiapa di sini, tetapi perubatan tradisional ada keistimewaannya tersendiri dan caj yang dikenakan masih boleh dianggap murah.
ANDA BUKA BLOG RIDAM,ANDA AKAN LEBIH TAHU LAGI,semuga menjadi Peringatan Untuk Saya pada masa akan datang…RIDAM adalah pusat perguruan saya yang ke 8…selain itu ada lagi guru guru saya !!!.
Assalamualaikum TS,ini bab santau angin,seorang kawan saya memberitahu kawannya terkena santau angin sehinggakan bila pegang badan dia pun sakit2.Sila berikan penjelasan mengenainya dan apakah TS mengetahui cara mengubatinya.
Assalamualaikum wbt…
Sebenarnya kaedah yang saya gunakan adalah kaedah penyerahan total kepada Yang Maha Penyembuh. bila pesakit datang, saya cuma selidik tentang tanda-tanda sakit dan waktu bila selalu sakit. Kalau bermula senja sakit mula datang itu tanda permainan Jin & syaitan. Dan kalau sakit berterusan makanya sakit itu adalah disebabkan ketidakseimbangan didalam tubuh.
Kaedahnya hanya berniat ikut jenis penyakit dan dengan nama Allah yg tertempel di tangan kanan dan kiri saya, saya serahkan pada Yang Maha Penyembuh untuk gerakkan dan tempelkan dimana-mana bahagian sakit dan berzikir serta membaca ayat-ayat suci al quran.
Tauhid Asma wa Sifat, saya menafaatkan sepenuhnya kaedah pembelajaran ilmu Tauhid yang berasaskan sifat 20 . Nama nya yang Agung Al Fatah dan AL Muntaqin serta 7 Sifat Maani yang di Maknawiyahkan kepada si hambaNya.
Tanpa Sifat-Sifat Allah pada diri saya iaitu Qudrat, Iradat, Ilmu , Hayat, Samak, Basar dan Kalam, maka saya hanyalah jasad hina yang terbujur kaku tiada DAYA DAN UPAYA MELAINKAN DENGAN KEHENDAKNYA. Pengetahuan saya adalah ILMUNYA, Kekuatan saya adalah QUDRATNYA, Niat saya adalah IRADATNYA, Nafas saya adalah HAYATNYA, pendengaran, penglihatan dan bercakapnya saya adalah melalui SIFAT SAMAKNYA, BASARNYA DAN KALAMNYA.
Lalu apa jua masalah dan penyakit yang anda hadapi baik penyakit misteri maupun penyakit medic, tiada yang tidak dapat disembuhkan oleh Nya.Namun sehebat mana ILMU Nya yang saya amalkan, tidak akan dapat memecahkan pintu TAKDIR (dari Kalam Ibnu Athoilah).
500juta voltan tenaga yang dibekalkanNya kepada ROH kita, yang dibaluti semasa melalui ALAM LAHUT,, JABARUT DAN MALAKUT, saya menafaatkan untuk tujuan perubatan dan ilmu kependekaran, agar terserlah kehebatan ILMU ALLAH yang HAQ dan dapat menenggelamkan yang batil.
Sekian. Wassalam.
Assalamualaikum wbt….
Saya nak ajak saudara-saudari memahami artikel ini yang saya petik dari BUKU…………
PANDANGAN ULAMA TENTANG PENDERMAAN DAN PEMINDAHAN ORGAN
Pandangan ulama terdahulu
Ulama yang tidak mengharuskan mengambil manfaat dari organ manusia
Kebanyakan ulama dari mazhab empat Hanafiyy, Malikiyy, al-Shafiiyy dan Hambaliyy tidak mengharuskan mengambil manfaat daripada mana-mana organ manusia kerana kehormatannya. Kenyataan mereka jelas menunjukkan demikian.
Misalnya ulama Hanafiyy menyatakan tidak harus menjual rambut manusia dan mengambil manfaat daripadanya, kerana manusia adalah makhluk yang dimuliakan dan bukan bahan yang boleh dipersia-siakan. Tidak wajar sama sekali mana-mana organ badannya menjadi bahan yang boleh dihina, tulang manusia dan bulunya , juga tidak harus dijual. Ketidakharusan menjualnya bukan kerana kenajisannya, kerana terdapat riwayat yang sahih menjelaskan ia adalah suci, sebaliknya disebabkan kemuliaannya. Menjual organ bererti menzahirkan penghinaan kepada manusia itu sendiri.
Ulama mazhab Malikiyy pula menyatakan tidak harus kepada orang yang terpaksa, memakan daging manusia yang telah mati, walaupun orang kafir, apalagi kalau si mati itu orang islam. Kehormatan manusia tidak boleh di ceroboh, kerana menyelamatkan orang lain. Mengambil organ mayat menyebabkan mayat terseksa sebagaimana terseksanya orang hidup. Kehormatan mayat orang islam, sama dengan kehormatannya di masa hidup. Dalam hadith nabi (s.a.w) menjelaskan mematahkan tulang mayat sama seperti mematahkannya semasa hidup.
Ulama Mazhab al-Shafiiyy berpendapat tidak harus kepada seseorang memakan daging pahanya sendiri walaupun ia berada dalam keadaan darurat. Selain daripada itu diharamkan juga kepada seseorang memotong sebahagian daging badannya untuk diberikan kepada orang-orang yang berada dalam keadaan terpaksa, kerana perbuatan ini tidak termasuk ke dalam ertikata memotong sebahagian anggota badan demi menyelamatkan keseluruhan anggota-anggota badan yang lain, kecualii jika yang terpaksa itu nabi.
Ulama Mazhab Hanbaliyy pula menegaskan orang yang berada dalam keadaan terpaksa tidak boleh memotong mana-mana organnya , untuk dimakan, kerana itu bererti merosakkan benda yang telah pasti wujud, demi menghasilkan benda yang belum pasti wujud. Tidak harus kepadanya membunuh orang yang terpelihara darahnya, memakan dan merosakkan mana-mana organnya, kerana kedudukannya sama dengan orang yang terpaksa. Tidak harus mengekalkan diri sendiri dengan merosakkan diri orang lain.
Menurut beliau lagi, apabila seorang perempuan hamil, meninggal dalam keadaan terdapat didalam perutnya bayi yang diharapkan akan hidup, haram membedah perutnya semata-mata kerana kewujudan bayi tersebut, baik ia seorang islam atau seorang kafir zimmi, kerana perbuatan itu dikira menceroboh kehormatan si mati dan bayi itu pula belum pasti hidup. Pandangan-pandangan ulama ini menjelaskan pengharaman mengambil manafaat daripada organ manusia, walaupun dalam keadaan darurat.Begitu juga mengambil organ daripada individu yang mengizinkannya, juga tidak dibolehkan, walaupun dipastikan ia selamat daripada binasa. Selain daripada itu, berubat dengan benda-benda yang haram, termasuklah dengan daging-daging manusia, adalah haram menurut pendapat golongan ini.
Pengharaman mengambil manfaat daripada organ manusia ini merangkumi organ manusia yang islam dan juga yang bukan islam. Dengan ini pendermaan dan pemindahan organ manusia menurut golongan ini , adalah tidak harus, kerana ia melibatkan sesuatu yang diharamkan melakukannya, walaupun dalam keadaan darurat.
Pandangan ulama masa kini
Antara ulama masakini yang tidak mengharuskan pendermaan dan pemindahan organ samada daripada penderma yang masih hidup mahupun daripada penderma yang telah mati (kadaverik) kepada penerima yang masih hidup ialah Sheikh al-Sharawiyy, al-Ghumariyy, al-Sanbahiliyy, al-Saqqaf, al-Sukri, al-Shaziliyy dan Muhammad Nur al-Dan Merbau Banjar al-Makkiyy.
Alasan-alasan tidak mengharuskan pendermaan dan pemindahan organ :
Alasan-alasan daripada al-Quran
i. Firman Allah (s.w.t) maksudnya :
“…Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan dan baikilah dengan sebaik-baiknya segala usaha dan perbuatan kamu, kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.” Al-Baqarah 2: 195
Perbuatan seseorang menderma sebahagian organnya, adalah sebahagian daripada usahamendedahkan diri sendiri kepada kebinasaan demi untuk menyelamakan orang lain. Kelemahan atau kebinasaan akan berlaku, walaupun untuk masa akan datang. Inilah yang mendorong kebanyakkan negara Eropah dan Amerika menegah pengambilan organ daripada orang yang masih hidup.
ii. Firman Allah (s.w.t) maksudnya :
“…Dan janganlah kamu membunuh diri kamu, sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihi kamu.” Al-Nisa 4: 29
Tegahan yang terdapat dalam ayat ini berbentuk umum merangkumi setiap aktiviti yang boleh membawa kepada membunuh diri. Seseorang yang menyatakan persetujuan dengan orang lain untuk menderma organ tertentunya kepada orang itu, dikira telah melanggar larangan Allah, kerana dia tidak harus membinasakan dirinya, untuk memastikan orang lain kekal hidup, bererti menceroboh kemuliaan jasad, membatalkan manfaatnya dan menzalimi diri sendiri.
iii. Firman Allah (s.w.t) maksudnya :
“Dan kami telah tetapkan atas mereka didalam Kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa dan mata dibalas dengan mata dan hidung dibalas dengan hidung dan telinga dibalas dengan telinga dan gigi dibalas dengan gigi dan luka hendaklah dibalas seimbang.” Al-Maidah : 45
Dalam ayat ini Allah (s.w.t) meletakkan jaminan kehormatan dan kemuliaan kepada organ-organ manusia. Sebagaimana tidak harus kepada seseorang menceroboh kehormatan nyawanya, begitu juga tidak harus kepadanya menceroboh kehormatan organ-organ tertentu baik pada dirinya mahupun orang lain, walaupun dibenarkan oleh pihak yang menceroboh.
iv. Firman Allah (s.w.t) maksudnya :
“Sesungguhnya Kami (Allah) telah memuliakan anak Adam.”
Al-Isra`17:70
Ayat ini menjelaskan Allah (s.w.t) memuliakan anak Adam dengan menciptanya dalam bentuk yang begitu unik, termasuklah tubuh badan yang memerlukan orang-orang Islam menjaganya dan mempastikan keselamatam dan kesihatannya.( Muhammad Nur al-Din al-Makkiyy, hlm.39. )
v. Firman Allah (s.w.t) maksudnya :
“…Dan Aku akan menyuruh mereka merubah ciptaan Allah.” Al-Nisa` 4 : ayat 119.
Ayat ini menjelaskan tentang kerja jahat syaitan yang berusaha menghasut para makhluk, supaya merubah ciptaan Allah. Pengubahan ini adalah umum merangkumi pemindahanmata, buah pinggang, jantung dan lain-lain daripada seseorang individu kepada seseorang individu yang lain. Menurut ibn Atiyyah, ayat di atas merangkumi setiap pengubahan yang memudaratkan.( Abu Muhammad `Abd al-Haq bin Ghalib bin `Atiyyah al-Andalusiyy, al-Muharral-Wajiz Fi Tafsir al-Kitab al-~Aziz, Dar al-Kitab al-~Ilmiyyah, Bayrut. 1413H/1993 M, juz 2. set.1, hlm.115. )
Alasan-alasan daripada al-Hadith.
i. Jabir (r.a) meriwayatkan ketina Nabi (s.a.w) berhijrah ke Madinah, Abu Tufayl bin Amru bersama dengan seorang rakannya turur berhijrah ke Madinah. Walau bagaimana pun udara di Madinah tidak sesuai dengan mereka. Rakan Abu Tufay telah jatuh sakit dan menggigil begitu teruk sekali. Oleh kerana tidak tertahan dengan penderitaan yang di alaminya, ia telah mengambil anak panah dan memotong pergelangan tangannya, sehingga meninggal dunia. Abu Tufay bin Amru bertemu dengan rakan beliau di dalam mimpi. Keadaan rakan beliau itu begitu cantik sekali, tetapi malangnya ia menutup tangannya seolah-olah menyembunyikan sesuatu. Abu Amru bertanya kepadanya : Apakah yang telah dilakukan oleh Tuhan anda kepada anda? Jawabnya : Ia tela mengampuni dosa-dosa saya dengan sebab saya berhijrah kepada Nabinya : Ujar Abu Amru seterusnya : Maksudnya :
“ Kenapa saya lihat anda menutup tangan anda seolah-olah menyembunyikan nya dari sesuatu? Jawab beliau: Saya telah diberitahu yang Allah tidak akan membaiki apa yang telah saya rosakkan. Al-Tufay menceritakan mimpinya kepada Rasulullah (s.a.w) Rasulullah bersabda : Ampunilah ya Allah untuk kedua tangannya itu.” ( Hadis riwayat Muslim dan Ahmad )
Hadis ini membuktikan dengan jelas, orang yang menjual, menghadiah maupun merosakkan organnya, akan dibangkitkan pada hari Kiamat kelak dalam keadaan kekurangan organ, sebagai balasan di atas tindakannya itu. Orang yang menderma sebelah mata, akan dibangkitkan tanpa sebelah mata.
Begitu juga orang yang menderma jantung, buahpinggang dan lain-lain. Organ-organ ini tidak akan dikembalikannya pada hari Kiamat, kerana manusia tidak memiliki dirinya dari segi kejadiannya dan tubuh badannya. Oleh itu, ia tidak boleh menggunakannya pada perkara-perkara yang disebutkan diatas. (Muhammad Nur al-Din al-Makkiyy , hlm 42.)
ii. Asma binti Abu Bakar (r.a.) meriwayatkan seorang perempuan menemui Nabi (s.a.w) , lalu berkata : Wahai Rasulullah : Anak perempuan saya adalah seorang pengantin. Ia telah diserang demam campak, menyebabkan rambutnya gugur. Adakah saya boleh menyambung rambutnya : Sabda Rasulullah (s.a.w) : Maksudnya :
“Allah (s.w.t) melaknat perempuan penyambung rambut dan yang minta disambungkan untuknya.” (Hadith riwayat al-Bukhariyy, Muslim, al-Nissaiyy, dan al-Tirmidhi)
Hadis ini membuktikan pengharaman mengambil rambut perempuan lain untuk disambungkan kepada rambut perempuan yang mengalami masalah keguguran rambut. Hadith ini dikira sebagai asas melarang mengambil manafaat daripada organ manusia, walaupun perbuatan itu tidak memudaratkan orang yang diambil organnya.( Al-Sanbahaliyy, hlm 61-62).Perbuatan ini haram dengan persetujuan sebulat suara para ulama, malah pelakunya dilaknat, kerana merubah ciptaan Tuhan dan mencincang organ manusia. ( Muhammad Nur al-Din al-Makkiyy, hlm.65 )
iii. Buraydah (r.a) meriwayatkan apabila Rasulullah (s.a.w) mengurus seorang amir untuk mengetuai sesuatu angkatan tentera, baginda akan mewasiatkan kepadanya dan tentera yang bersamanya , supaya bertakwa kepada Allah (s.w.t) dan sentiasa melakukan kebaikan, seterusnya baginda bersabda : Maksudnya :
“Berperanglah dan jangan anda semua khianat. Jangan menipu dan jangan mencincang mayat.” ( Hadith riwayat Muslim, al-Tirmidzi dan Malik bin Anas )
Hadith ini menjelaskan tentang pengharaman mencincang mayat kerana ingin membalas dendam dan merubah ciptaan Tuhan. Ia merangkumi pemotongan mana-mana organ atau bahagian badan manusia dan binatang atau mencederakannya baik semasa hidup mahupun sesudah mati tanpa sebarang penyakit yang diharuskan berbuat demikian.( Hasan `Aliyy al-Saqqaf al-Qurashiyy, al-Imtina` Wa al-Istiqsa`, al-Matba`ah al-Ta`awuniyyah, Urdun, 1409H, cet.1, hlm.26.al-Sanbahaliyy.hlm 67.)
iv. Hadith Ummu al-Mukminin Aishah (r.) daripada Nabi (s.a.w) sabda baginda :
“Mematahkan tulang mayat sama seperti mematahkan tulang orang yang masih hidup dari segi dosa.” ( Hadith riwayat Ibn Majah )
Hadith ini menjelaskan manusia mempunyai kehormatan, baik di masa hidup mahupun di masa mati dan kehormatan ini tidak boleh di ceroboh. Tidak syak lagi perbuatan seseorang membenarkan doktor memotong mana-mana organnya untuk orang lain, dikira menceroboh kehormatan diri, yang telah thabit pengharamannya dengan dalil-dalil yang Qat`i. (Doktor `Abd al-Salam `Abd al-Rahman al_syukri, Naqi Wa Zira`ah al-A`da` al-Adamiyyah, al-Qahirah, t.th,hlm.115 )
v. Hadith ibn al-Abbas (r.a) yang lalu
Hadith ini membuktikan memotong organ daripada seseorang untuk didermakan kepada orang lain, memudaratkan secara pasti diri orang yang dipotong organnya, kerana itu hukumnya adalah haram.( Al-Shanqitiyy, hlm.363.)
C. Alasan-alasan daripada logikal
i. Di antara syarat sah menderma ialah penderma memiliki benda yang di derma atau diserahkan kepadanya oleh pemiliknya yang sebenar. Manusia tidak memiliki jasadnya dan tidak diserahkan kepadanya hak memiliki jasad tersebut, ( Muhammad Nur al-Din al-Makkiyy, Ara`al-Ulama Hawla Qadiyyah Naql al-A`da`.hlm.133-134. al-Shanqitiyy,hlm.363-634, al-Sanbahiliyy .hlm. 67. ) kerana itu tidak sah menderma organ, kerana pendermaannya tidak berlaku dalam bentuk yang diakui oleh syarak.
ii. Membendung kemudaratan adalah sesuatu yang dituntut oleh syarak. Menderma organ mengandungi banyak kemudaratan yang besar, melebihi maslahah yang hendak dicapai. Ia menghilangkan manfaat organ yang dipindahkan, yang kadang-kadang boleh membawa kebinasaan kepada penderma atau sekurang-kurangnya mengganggu kelancarannya menunaikan ibadat dan kewajipan-kewajipan lain. ( Al-Shanqitiyy, hlm.364, al-Sukri, hlm.310 )
iii. Perbuatan memindahkan organ seperti buah pinggang dan lain-lain, daripada orang yang baru saja meninggal adalah perbuatan yang dilakukan oleh doktor-doktor perubatan di negara-negara Eropah, kemudian ditiru oleh orang-orang Islam. Perbuatan meniru doktor-doktor di negara Eropah ini ditegah oleh Rasulullah (s.a.w). Sabda baginda : Maksudnya :
“Kamu akan mengikuti jejak langkah orang-orang yang sebelum daripada kamu sejengkal, demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga walaupun mereka memasuki lubang biawak sekalipun , kamu akan mengikutinya. Lalu kami bertanya : Wahai Rasulullah (s.a.w) Adakah mereka yang dimaksudkan itu golongan Yahudi dan Kristian. Jawab Rasulullah; Siapa lagi ( kalau bukan mereka )?” ( Hadith riwayat al-Bukhariyy )
iv. Operasi pemindahan organ secara berleluasa akan mewujudkan satu suasana baru dikalangan masyarakat iaitu pengenepian kawalan ke atas tubuh badan manusia dan tidak mustahil membawa kepada penjualan organ manusia. Kerana itu suasana seperti ini tidak diakui oleh syarak. Ia tidak sesuai untuk mengkhususkan nas-nas syarak yang umum. ( Muhammad Nur al-Din, al-Makkiyy, Adilah Tahrim Naqli al-A`da` al-Adamiyyah, hlm 570. )
v. Ulama ijma` tidak boleh mengambil manfaat daripada organ manusia, kerana itu pendermaan dan pemindahan organ adalah haram, kerana menyalahi ijma`. ( Muhammad Nur al-Din al-Makkiyy, Ara` al-Ulama` Hawla Qadiyyah Naqli al-A`da`, hlm 8. )
vi. Andaikata diterima pendermaan dan pemindahan organ termasuk kedalam masalah ijtihad dan khilafiyyah, bukanlah elok sekiranya kita mengambil pendapat yang lebih berhati-hati (ihtiyat) dan meninggalkan sesuatu yang boleh menimbulkan keraguan, ( Muhammad Nur al-Din al-Makkiyy, Ara` al-Ulama` Hawla Qadiyyah Naqli al-A`da`, hlm. 8. ) kerana beramal dengan hadith : Maksudnya :
“Tinggalkanlah sesuatu yang meragukan anda kepada sesuatu yang tidak meragukan anda.” ( Hadith riwayat al-Bukhariyy )
Dan juga dengan kaedah fiqh : Maksudnya :
“Keluar dari perkara yang diperselisihkan oleh ulama itu adalah sunat.”
Tulisan ini adalah petikan daripada Buku PEMINDAHAN ORGAN DAN PELAKSANAANNYA DI MALAYSIA. Penulisnya adalah Dr.Basri bin Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari. KUSZA, K.Terengganu 30/10/2003.
Sekian.Wassalam.
asalam tok syeikh saya alia berumur 39tahun dr berumur 28tahun sy telah dijankiti satu penyakit mestiri yg sukar dinyatakan disini .byk telah tempat beubat saya kunjungi utk mendapatkan rawatan namun hingga kini sya masih diganggu dan terus diganggu disebabkan hal ini perkawinan saya seringkali gagal da 3x sya bernikah tp menemui penceraian akhirnya.dan bulan julai yg akan datng ni sy akan menikah lg tp yg peliknya tetiba saya jadi benci pada lelaki itu dan ingin membatalkan proses pernikahan itu sekarang.tolongla saya pak syeikh.kata orang saya diganggu belaan saka menumpang dn sebagainya sya jadi trauma untuk berubat la namun setelah saya mengikuti entri ttg pgl dan membaca kesemuanya timbul dihati untuk berubat dengan tok.maafkan sya tak tau nak masuk ruangan mana
assalamualaikum,saya ingin bertaya berkenaan penyakit misteri.Isteri kena penyakit gatal seluruh badan.Saya telah cuba perubatan moden sampai jumpa specilis bahagian kulit dan specilis pun dah amil darah dan air kencing dia test dan jawapan tiada apa2.Saya telah mencuba perubatan aternatif banyak jugak la yang saya cuba.Penyakit gatal tu macam tak sembuh sepenuhnya hilang sekejap datang kembali.Yang terbaru ketika isteri saya mandi dia nampak org tinggi melihat dia dan berbogel lepas tu hilang.Minta pertolongan apa yang patut saya buat.
assalamualaikum..Saya dari Brunei.. Seorang perempuan(23) sudah berkahwin… saya disini ingin bertanya… tentang penyakit misteri yang sedang saya alami sekarang….masalah saya, sama seperti masalah isteri encek Azmi alami.. masalah saya bermula dari kaki sebalah kanan saya dengan timbul nya bintik bintik merah (dengan kuantiti yg sedikit.. boleh dhitung ada 3 bintik sahaja yang timbul..) Pada mulanya saya pikir itu hanya biasa biasa saja.. adik lelaki saya juga pernah mengalami.. tetapi bintik bintik merah nya boleh pudar dengan sendirinya.. saya pun berfikir macam tu juga… Saya pun biar kan lah.. selepas seminggu, bintik bintik itu semakin melarat ke kaki sebalah kiri lah pulak…. tapi tak ada rasa gatal….. bintik bintik itu pun pudar dengan sendirinya… selepas seminggu, bintik bintik merah itu datang lagi secara tiba tiba.. sebelumnya, dari kaki kanan hingga kekiri….tapi semasa bintik bintik tu dtg lagi, yg mulanya dr kaki bawah,hingga lah ke pergelangan lutut.. tapi, pudar dengan sendirinya…. bintik bintik datang lagi semakin menaik hingga ke paha… bintik bintik merah pun semakin kuat warna nya… selepas itu, sebaik saja saya terjaga dari tidur, saya merasa seluruh kaki saya yang awal awal nya timbul bintik bintik itu mula berubah mennjadi biji-biji yang amat menjijikkan…. Tiba-tiba saya mengalami, kedua dua belah kaki saya tak bisa di jalankan…keadaan lutut saya masa itu berwarna hijau biru… dan kaki saya sebalah kanan mengalami bengkak teruk……. seharian saya menagisi nasib saya… ( dalam fikiran saya pada masa itu, ” wah, mungkin aku dah lumpuh!!! ” ) keadadaan badan saya pun cukup lemah dan tak berdaya… so, my husband pun bawa lah tempat perubatan tradisional kampong.. orang itu hanya mengusap dengan pelbagai jenis minyak… 3hari turut turut juga saya datang berubat dengan ia…. kaki yg bengkak dan awal nya tak dapat nak bergerak, Alhamdulilah dengan izin Allah, saya sembuh.. dan bintik bintik dan biji biji pun pudar… selepas dua hari saya sembuh… benda tu pun datang lagi dengan rasa GATAL yang teramat amat sangat… Sehingga kan saya tidak bisa untuk tidur malam mahupun dsiang hari.. rasa badan lemah saja… Saya pun memutuskan pergi ke darusyiffa ingin berubat cara islam, datang sana bukan semangat lagi aku….. semasa dirokyah, hati rasa tenang… selepas ustad habis baca, biji biji itu terus timbul dengan secara tiba tiba… so, mereka menyaran kan saya menyapukan minyak kelapa yg sudah dzikir kan…. semakin minyak itu dsapukan, semakin meruap biji biji itu timbul……. sehingga kulit kaki saya terasa panas, kering , kencang dan menghitam…. sehinggakan tersentuh pun rasa nya tak sanggup…. penyakit misteri ini kekadang membuat saya binggung…Kali ketiga – sakit yg saya alami semakin menjadi… dan semakin merebak hingga ke bahu…sehinggalah saya berjumpa dengan paci Ali, tanpa saya bercereta darimana punca penyakit saya, Paci Ali sendiri yg menghurai kan satu persatu… penyakit misteri yang di alami saya, adalah punca JIN saka kepunyaan nenek saya yg sudah almarhum.. JIN saka nya sedang mengamuk dan ingin saya membelai nya dan menjaganya….. Allahualam… Jika benar, boleh beri saya tunjuk ajar bagaimana ccara mengatasinya…
hari ini 4 december 2012(genap 3bulan menghidap penyakit misteri), penyakit itu pun datang lagi buat kali ke-empat ,
sila berikan kometar nya or email ke deedee.april.adie@gmail.com
Waalaikum salam…
Dari tanda-tanda jelas ianya merupakan satu penyakit gangguan Jin & syaitan. Makhluk halus ni mana nampak dengan mata kasar even dibawah mikroskop sekalipun. Yang jelas kata Ulama Tauhid , kuman dan virus itu adalah golongan jin. Sabda Nabi SAW, “sesungguhnya jin dan syaitan itu berada didalm tubuh manusia didalam saluran darah.”
Mana taknya makhluk2 ini mencari rumah baru dan menghasilkan onar dan penyakit dalam tubuh. Pasal segala kediaman mereka atas mukabumi ni dan dicerobohi dek makhluk manusia dan mencemarinya dengan bahan2 beracun.Hutan2 dah diterangkan dan digantikan dengan hutan batu, udara dah dicemari begitu juga dengan laut. Jadi mereka tiada pilihan dgn mencari tapak baru kerana didlam tubuh manusia ada makanan mereka iaitu tulang . Osteoperosis la, slip disk la……..dan macam2 lagi penyakit medic yg baru muncul adalah hasil kerja makhluk perosak ni la. Tak percaya? Terpulang lah.
Dari pengalaman saya , penyakit ni amat mudah di sembuhkan………adapun semuanya dgn izin ALLAH AZZAWAJALLA. Kalau hamba Allah ni yakin dgn kekuasaan TUHAN, maka dgn takdirnya akan sembuh lah kerana kata ALLAH …”Aku adalah sepertimana sangkaan hamba-hamba KU…” Tetapi kalau masih ada keyakinan dgn kaedah selain MUKJIZAT AL_QURAN maka cari lah…kalau sekadar ingin mencuba sahaja kaedah ISLAM YG SYUMUL ni, saya tak janjikan apa-apa kerana saya serahkan segalanya kepada YANG MAHA PENYEMBUH.
Saya tak kata anda tak yakin dgn mukjizat Al-Quran kerana memang kita ni memang kurang berkeyakinan dgn sesuatu yg kita jahil mengenainya. Jadi kalau anda ingin berubat dgn saya atau Tok Sheikh, maka hadirkan keyakinan itu dulu tanpa was-was…….insyaAllah isteri anda akan sembuh sepenuhnya tanpa bergantung dengan ubatan lagi……….INSYAALLAH.
Asalam mualikum semua !!! Jika anda nak kenal sesutu jin itu..diakan alih kan penyakit atau benda yang ada kat diri nya pada manusia !!!.contoh yang biasa saya lihat dari pengalaman saya…kalau jin itu,jalan nya hencut hencut,manusia yang di tumpangi akan jalan sedikit hencut atau terus hencut.Jika jin itu kulit nya kerutut macam bersisik,manusia yang di tumpangi nya akan kulit seperti itu.Dan jika jin itu kulit nya gatal dan berkudis,manusia yang di tumpangi nya akan berkulit seperti itu.Itu lah yang di kata kan Nabi saw,syaitan berjalan dalam urat darah kita….Tapi jangan lah pula kata orang itu bela jin !!! sebenar nya jin tu yang syok kat manusia itu !!!.Mana tak syok nya,..dapat rumah baru !!!Datang kat aku…aku tau lah nak bagi SYOK NYA TAKAT MANA ???!!!.wasallam.
Asalamualaikum
10 PENYAKIT MISTERI YANG MENYERANG MANUSIA
Penyakit berat seperti diabetes, kanker, stroke atau jantung sudah banyak diketahui orang. Tapi sebenarnya masih banyak penyakit lainnya yang belum diketahui dan bahkan terdengar cukup aneh.
Banyak orang yang mungkin belum pernah mendengar penyakit ini dan beberapa diantaranya memiliki kesan buruk. Ini dia penyakit-penyakit yang terdengar aneh bagi manusia:
1. Trichotillomania
Penyakit ini terbilang aneh untuk dipahami. Orang yang memiliki penyakit ini memiliki dorongan untuk menarik rambut hingga rontok, termasuk rambut tubuh, rambut kepala, jenggot, bulu mata, rambut hidung atau alis. Kondisi ini kemungkinan akibat adanya kelainan pada serotonin dan dopamin.
2. Sindrom Cotard
Penderita penyakit ini akan merasa bahwa ia sudah mati dan tidak ada di dunia lagi. Selain itu juga merasa bahwa ia sudah kehilangan darah atau organ internalnya serta bagian-bagian tubuh yang sudah membusuk. Kondisi ini bisa berkembang akibat penyakit mental atau berhubungan dengan depresi.
3. Kleptomania
Penderita penyakit ini akan selalu mencuri benda apapun bahkan yang tidak bernilai sekalipun. Dalam beberapa kasus penderita tidak menyadari bahwa hal tersebut adalah bentuk pencurian. Pada saat mencuri tersebut penderita merasa senang atau ada kepuasan tersendiri. Sebuah bukti menunjukkan bahwa kelainan serotonin di otak dapat menyebabkan penyakit ini.
4. Sindrom Stendhal
Kondisi ini terbilang aneh karena seseorang yang memiliki penyakit ini akan menderita jika terpapar karya seni yang indah dalam jumlah besar. Dalam waktu singkat orang tersebut akan mengalami pusing, jantung berdetak cepat, kebingungan dan halusinasi.
5. Exploding Head Syndrome
Penderita merasa ada suara keras yang seolah-olah muncul dari dalam kepalanya sendiri seperti ledakan. Biasanya terjadi setelah orang tersebut tidur selama 2 jam, tapi bukan karena mimpi. Penderita akan merasa takut dan cemas yang disertai peningkatan detak jantung.
6. Pica
Penyakit ini menyebabkan penderitanya memiliki dorongan untuk mengonsumsi makanan yang aneh selain makanan pada umumnya, seperti kertas, lem, tanah liat, kotoran, batu bata atau benang. Beberapa penelitian menduga hal ini disebabkan kekurangan mineral, tapi penyebab pastinya belum diketahui.
7. Genital Retraction Syndrome
Sindrom ini menyebabkan seseorang menjadi panik, gelisah dan bingung terhadap bagian tubuhnya. Untuk laki-laki memiliki pemikiran bahwa penis mereka akan menyusut terus dan hilang masuk ke dalam perut. Sedangkan yang perempuan merasa payudaranya akan mengecil dan masuk ke dalam tubuhnya.
8. Ketidakpekaan terhadap rasa nyeri sejak lahir
Orang yang memiliki kondisi ini menjadi tidak peka terhadap rasa sakit atau nyeri, mereka tidak akan merasakan sakit jika mengalami cedera atau luka berdarah misalnya saat tertusuk pin di kulitnya. Penyebabnya adalah mutasi gen yang terjadi dalam sintesis natrium dalam aliran tertentu yang terlibat dalam stimulus nyeri.
9. Syndrome Moebius
Penyakit ini ditandai dengan kurangnya saraf di wajah sehingga menghilangkan eskpresi wajahnya. Orang dengan sindrom ini akan sering terlihat tidur dengan mata terbuka, tidak bisa tersenyum, berkerut, mengendalikan mata berkedip dan terganggunya kemampuan berbicara serta menelan.
10. Ondine’s curse
Diperkirakan ada sekitar 200-300 orang di seluruh dunia yang memiliki penyakit ini. Orang yang menderita Ondine’s curse memiliki waktu yang sangat sulit untuk mengambil oksigen sehingga membuatnya terlihat sering lelah dan mudah capek. Jika hal ini terjadi saat tidur dan tidak ada bantuan medis, maka bisa menyebabkan kematian.
Wasalam.
Ketahuilah wahai kamu semua..jin boleh bergerak di dalam tubuh manusia seperti mana mengalirnya darah dalam pembuluh darah. jin boleh merasuk manusia dan boleh mengganggu fikiran manusia sehingga dia berhalusinasi dan mendengar bisikan2 ghaib. dalam sesetengah kes boleh sehingga membunuh orang anak dan ibu bapa sendiri kerana dipengaruhi bisikan tersebut.
jin juga boleh menyesatkan manusia melalui mimpi..disuruhnya melakukan sesuatu seperti amalan2 zikir dan ayat2 tertentu sehingga akan hadirla makhluk yang dipanggil khadam ayat. ramai orang terkeliru di antara khadam jin dan khadam ayat. ramai juga orang yang tertipu dengan jin yg menyamar sebagai orang alim atau wali Allah atau dengan rupa orang-orang yg kita kenal dengan memakai jubah dan berserban. bergurulah dengan manusia bukan dengan makhluk halus.
ada orang kata meminta bantuan jin dalam kaedah perubatan dibolehkan atas dasar jin mempunyai kebolehan tertentu yg diberikan Allah dan jin itu Islam. tapi boleh ke kita confirm yg jin itu islam. bagi sesiapa yg memiliki mata batin atau scan mst boleh nampak tanduk jin disebalik serban yg dipakainya. kalo susah sangat..jurus je dgn ayat kursi.kalo makhluk tu senyum je okla tu. kalo dia lari confirm jin kafir.
Assalamualaikum saudara panchabaiduri
Saya agak keliru bila tuan cakap …kalau kita baca ayat kursi..jin islam takkan lagi tapi jin kafir lari ? Ada nas kata ka yang ayat kursi nie Jin kafir sahaja tak boleh dengar…nanti dia confirm lari? Setahu saya yang amat bodoh ini…ayatul kursi adalah satu cara kita minta perlindungan Allah dari syaitan yang di rejam…So adakah jin kafir lari kerana dia syaitan..tapi jin islam tak lari kerana dia jin?…Dan…adakah …manusia kafir pun kalau dibaca ayatul kursi ..adakah mereka akan lari juga?
Maaf ya …harap beri tunjuk ajar
Wassalam
SALAM TOK SYEIKH..”Dalam perubatan Tradisional islam kepercayaan dan yakin kepada perawat itu lah yang PALING PENTING, BUKAN UBAT !!!.Ini berbeza dengan Perubatan Moden,itu sebab nya ada perawat mengguna kan HANYA AIR SEJOK SAJA,TAPI PESAKIT NYA SEMBOH !!!.”
minta maaf TS..tolong betulkan statment tu. kepercayaan pada Allah yg paling penting, bukan pada perawat atau ubat. kalo kita pening makan panadol lepas tu kita cakap “sebab aku makan panadol la aku sembuh”. itu boleh menjadi syirik. kalo sakit misteri kita jumpa perawat lepas itu kita cakap “aku berubat dengan si polan sebab tu sembuh” itu pun boleh menjadi syirik.
saya bukannya apa.takut ada yg terkeliru.bukan semua orang paham apa yang tersurat disebalik yg tersirat.ubat dan perawat hanya asbab sahaja. Allah yg menyembuhkan.
Waalaikum musalam PANCABAIDURI !!!.Kalau pesakit tidak yakin yang perawat,tidak bolih buat/merawat…pesakit tidak akan baik !!!Disamping pesakit dan perawat,mesti lah yakin kepada ALLAH SWT.
Statment diatas adalah betul !!!TIDAK SALAH !!!.Kita kena faham bab ‘SYIRIK’,KALAU KITA SAKIT DAN TAK MAKAN PANADOL…TU JUGA TAK BETUL,KERANA ALLAH SWT SURUH KITA BERIKTIAR,DAN BARU LAH BERTAWAKAL….dalam Sirah Nabi saw,seorang berubat dengan di jampi olih nabi saw,dan baik…nabi kata bersyukur lah kepada ALLAH SWT,kamu semboh….dan Perawat islam juga buat begitu,jadi tentang apakah yang bolih dikatakan syirik,Seorang sahabat tanya,kamu berubat dengan siapa,jawap nya ‘nabi saw,jampikan aku dan semboh !!!.Sahabat itu kata ALHAMDULLILAH.
Syirik atau tidak nya adalah datang dari kita,jika kita yakin PERAWAT ITU MENYEMBUH KAN…MEMANG LAH SYIRIK,KERANA PERAWAT ITU TIADA KUASA APA APA KECUALI DOA.Jika kita kata ALLAH SWT MENYEMBUH KAN MELALUI LISAN PERAWAT ITU…ITU TIDAK SYIRIK !!!.
Asalamualaikum
Izinkan saya mencelah mengenai komentar diatas. Setiap amalan yang kita lakukan pada syariatnya adalah benda, pada hakikatnya tuhan untuk menetukan pendirian kita melaksanakan perentah Allah swt. Oleh itu kita bercakap adalah berdasarkan kepada hukum samada syariat, hakikat, tauhid atau makrifat. Kekeliruan yang timbul sering berpunca daripada masalah pemahaman tauhid atau pendirian yang menyebabkan pemikiran kita menjadi dangkal. Sepatutnya kita memahami pendirian kita sebagai ahli sunah wal jamaah serta pendirian kaum jabariah dan Qadariah
Walahualam.
pada saya..keyakinan yang hakiki tetap pada Allah dan bukan pada perawat atau ubat. sebabnya walau pun pesakit tidak yakin pada perawat. tapi kalau Allah makbulkan doa perawat untuk menyembuhkan pesakit. Insyallah pesakit tetap sembuh. begitu juga halnya kalo kite xyakin ubat boleh menyembuhkan kite tapi kalo ubat itu memang betul-betul mujarab Insyallah tetap sembuh.
Syirik yg sy maksudkan cuma syirik qolbu/qolbi sahaja..bukanla syirik menyekutukan Allah sehingga terkeluar dari agama. iman kita memang mudah tergelincir sbb tu sehari semalam kita wajib solat 5 waktu dan dalam solat ada syahadah untuk memperbaharui iman kita. tu cuma salah satu hikmah solat je..
sy bukan nak cari saper salah saper betul..cuma sy suka bincang hal2 camni untuk luaskan pengetahuan. keterbukaan dalam menerima pendapat adalah asas untuk mempertingkatkan ilmu.
Walaikummusalam Paklioo dan Pancabaiduri !!!Tak apa lah,sememang nya kita mesti selalu nasihat,menasihati !!!.Mungkin juga saya terlepas pandang,apa pun saya ucap kan terima kasih kerana mengingat kan saya.Memang semasa saya mengubat orang BENDA SYIRIK,memang saya selalu tekan kan.Saya kata kat pesakit saya,ALLAH SWT yang menyemboh kan tetapi pesakit mesti yakin pada ilmu saya…jika tidak, tidak akan ada kesembohan nya !!!.Setinggi mana pun ilmu perubatan sesaorang,jika pesakit tidak yakin dengan kebolihan sesaorang Perawat,TIDAK AKAN ADA KESEMBUHAN…INI SAYA DAPAT DARI SEMUA GURU SAYA YANG SERAMAI 9 ORANG,MASA INI.!!!.Bagitu juga di dalam Perubatan Homopati,saya juga ada kelayakan dalam PERUBATAN SAINS HOMOPATI…ini lah yang paling ditekan kan kerana bila seorang pesakit YAKIN PADA DOKTOR itu,40% sakit nya HILANG !!!!.
Asalamualaikum
Tok Syeikh dan saudara Pancabaiduri, saya pun sekadar memberi komentar menurut pandangan saya cuma dan menghormati pandangan orang lain. Kebenaran itu tetap hanya pada tuhan bukan pada kita, kita sekadar membenarkannya. Merawat penyakit rohani, jasmani, jiwa dan raga adalah diantara amalan yang dituntut untuk menyatakan hubungan kita dengan tuhan dan hubungan kita dengan makhluk.
Sememangnyalah setiap amalan kita untuk membina keyakinan kepada Allah. Tetapi kesempurnaan keyakinan itu hanya diperolehi setelah kita mengenali alam benda, alam jiwa, alam kehidupan, seta alam semesta yang dicipta oleh Allah swt, untuk menyatakan kebesaran dan kesempurnaan keujugan diriNya. sebab itulah tertip keyakinan itu terdiri daripada ilmul yakin, ainul yakin dan hakkul yakin untuk memperolehi kesempurnaan keyakinan ia itu kamalul yakin.
Menyerah segalanya hanya kepada Allah atau usaha tidak memberi bekas adalah pendirian Jabariah. Pendirian ini adalah setelah kita melakukan segala usaha dan ikhtiar dan hanya menunggu ketentuan Allah. Atau pun setelah kita mati, barulah segalanya milik Allah.
Wasalam
dimana kita pandang….???
bagaimana kita fahamkan….???
disini lah persoalan nya…
jika kita pandang pada pandangan selain allah maka jatuh lah akan syirik itu…
jika kita faham selain allah dapat mengubah sesuatu maka jatuh lah akan syirik itu…
jadi bagaiman sebenar nya pandangan dan fahaman yang dapat melepaskan dari jatuh nya akan syirik tu….???
mari kita fikirkan bersama…….
jika kita pandang dan faham akan ayat ini….
” sebarang jadi dari allah…”
” tiada upaya selain izin allah…”
allah jadikan hamba nya sebagai TABIB…
allah jadikan hamba nya menerima sakit…
allah gerakkan sipesakit jumpa tabib..
allah makbulkan doa sitabib…
allah ubahkan sakit menjadi sehat…
mungkinkah akan ada syirik….???
atau dimana letaknya syirik…???
silakan ya tuan………………..
Asalamualaikum
Hakikat tanpa syariat adalah batal
syariat tanpa hakikat adalah hampa
di sinilah kita perlu memahami tauhid
siapa yang memandang siapa ?
Apakah diperingkat ini kita telah terlepas dari syirik ?
Wasalam.
Waalaikumusalam,setiap individu akan mempunyai pandangan atau pendapatnya yang tersendiri dalam hal ini.Mengenai soalan saudara operate batin diakibatkan penyakit misteri belum lagi saya ketahui akan maklumatnya tetapi kalau setakat sakit biasa yang memerlukan operate batin pernah saya lalui dahulu.Jangankan isteri saya, saya sendiri pelik melihat proses bedah batin yang dilakukan.Dan alhamdulillah isteri saya pulih dengan izin Allah.
Asalam mualaikum
Tuan Karimon,kawan saya ni mempunyai sakit batu karang dalam buah pinggang dan telah menjalanani rawatan hospital beberapa kali termasuk laser yg menyakitkan tetapi hampir tiada kesan langsung keatas penyakit tersebut. Rawatan operate batin juga telah dilaluinya, namun ianya tetap begitu juga. Apakah beliau menghadapi penyakit misteri ?
Assalamualaikum wbt…
Kata Pancabaiduri….”jin juga boleh menyesatkan manusia melalui mimpi..disuruhnya melakukan sesuatu seperti amalan2 zikir dan ayat2 tertentu sehingga akan hadirla makhluk yang dipanggil khadam ayat. ramai orang terkeliru di antara khadam jin dan khadam ayat. ramai juga orang yang tertipu dengan jin yg menyamar sebagai orang alim atau wali Allah atau dengan rupa orang-orang yg kita kenal dengan memakai jubah dan berserban. bergurulah dengan manusia bukan dengan makhluk halus.”
Saya ingin mencelah kerana tidak berapa setuju dengan pendapat Pancabaiduri iaitu statement ini “bergurulah dengan manusia bukan dengan makhluk halus”.Pendapat itu sebenarnya umum sepertimana kalau bertanya dengan mana-mana ustaz , mereka pun tidak akan membenarkan belajar atau berguru dengan makhluk halus, ditakuti akan disesatkan oleh bangsa jin dan syaitan yg menyamar.
Awal surah Al Baqarah sudah jelas…”Alif Lam Mim, ini lah Kitab Al-Quran yang tiada keraguan padanya….petunjuk bagi orang-orang BERTAQWA. Yang mempercayai perkara-perkara ghaib, yang mendirikan solat….” lebihkurang maksudnya. Yang timbul masalah adalah kalau yang belajar dgn makhluk halus atau yang berubat dengan sesiapa pun tidak punya asas-asas yang kuat dalam Tauhid, Feqah dan Tasauf, maka gurunya (makhluk halus) boleh dipertikaikan dan boleh jatuh ke lembah syirik.
Semasa di alam Lahut kesemua Roh dibimbing oleh Nur Muhammad. Di dunia, roh yg dapat melepasi 3 maqam nafsu dan mencapai nafsu Mutmainnah juga dibimbing oleh Nur Muhammad (Ilmu Laduni).Kalau tidak siapa yang membimbing mereka seperti Sheikh Mahmud yg bertaraf majzub yg mendakwa dibimbing oleh Rasulullah, Nabi Khidir dan Rijalul Ghaib. Mereka-mereka yg masih berada di maqam Nafsu Mulhimmah juga berpeluang mendapat ilmu Laduni sekiranya cukup istiqamah dengan amalan-amalan yang bertepatan dengan syariat dan benar-benar berpegang kuat pada Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW walau kelebihan itu datang sekali sekala yakni belum tetap lagi. Jadi mereka ni tiada lagi guru yang melebihi mereka dari segi ilmu , iman, amal dan taqwa, sedangkan ilmu ALlah ni tak habis-habis kalau mau dipelajari ibarat setitik air dari seluas lautan.
Bagaimanakah Imam-imam Mazhab dan yang lain-lain mengarang Kitab-Kitab terutama Kitab Hikam dan Sairus Salikin kalau tiada bimbingan Guru Ghaib (makhluk halus?). Kata Imam As-Sayuti (kalau tak silap) dalam Kitab Fathul Bari, “sekiranya anda melihat seseorang dapat berjalan di atas air atau terbang di udara, hendaklah diperhatikan amalan syariatnya terlebih dahulu, kalau solatnya masih tak tentu hala maka sahlah kelakuannya yg mencarik adat adalah dengan bantuan jin.
Ilmu yang wajib (fardhu Ain) adalah FEQAH,TAUHID DAN TASAUF. BARANGSIAPA TIDAK MELEPASI ILMU NI SEKADAR YG WAJIB MAKA HARAM BAGINYA MEMPELAJARI LAIN-LAIN DISIPLIN ILMU.Kata pengarang Kitab Sairus Salikin, ilmu tasauf adalah lebih afdal dipelajari walau sudah melepasi sekadar “fadhu ain” tadi berbanding ilmu fardhu kifayah yang lain. Mana tidak nya “tidak akan masuk syurga kalau ada barang sedikit sifat sombong walau sebesar zarah”. Dan Nama- NAma Allah dalam Asmaul Husna semuanya boleh diamalkan kecuali Al-Mutakabbir.
Syirik mengikut apa yg saya faham adalah sepertimana hadis ” Kesemua kamu berada didalam syirik kecuali kamu melepaskan diri dari bersikap KEAKUAN”. Maksudnya sihamba itu lemah, hina, daif lagi fakir, berasal dari air yg hina. Apa yg hebatnya pada sihamba berbanding haiwan dan malaikat? ADALAH pada Ruh yang mana ditiupkan oleh Yang Empunya RUH yang sudah mengenal DIRINYA DAN TUHANNYA DAN SUDAH JUMPA JALAN KEMBALI. Ini yang dikatakan mati sebelum kamu dimatikan……..sepertimana kata saudara ku…cuma belum mati…
Orang yang mati jasadnya kaku dan akan hancur kembali kepada tanah. Namun orang yg mematikan diri, menyerahkan segalanya kepada empunya sifat iaitu QUDRAT, IRADAT, ILMU , HAYAT, SAMAK, BASAR DAN KALAM. Tanpa 7 sifat Maani ini yg Allah SWT pancarkan kepada Ruh si hamba maka akan berakhirlah HAYAT sihamba tadi. Ini lah HAK ALLAH, inilah WAJAH ALLAH. Jadi barangsiapa merasakan dia punya ilmu, dia punya kuasa, dia punya kehendak, dia punya nafas serta melihat, mendengar dan berkata-kata dengan sendiri maka jatuh syirik. Walau syirik kecil tetap akan merasa bakaran api neraka demi untuk mencuci dosa syirik tadi sebelum layak masuk syurga Nya.
Itu sebab tiap sesuatu ada tingkat dan maqamnya…ilmu yaqin, ainul yaqin, haqqul yakin dan kamalul yakin. Maqom mubtadi, mutawassit dan muntaha.Maqam khawas dan khawasul Khawas. Setiap ilmu perubatan pun ada tingkatannya, tahap biasa masih menggunakan bahan dan alat, tahap tinggi sedikit guna minda ( TELEPATI – kuasa minda separa sedar), tahap tinggi lagi guna Teknologi Hati(ROH) seperti TOKKU PALOH menyengetkan kapal penjajah hanya dengan menyengetkan songkoknya dan ilmu tertinggi adalah ILMU SEGALA IAITU ILMU NAMA-NAMA ALLAH YG HANYA DI KURNIKAN KEPADA NABI DAN RASUL DAN MANUSIA TERPILIH yang dipanggil ISMULLAH AL`ADZHAM.
Sekian, wassalam.
Assalamualaikum wbt….
Saudara EYE….saya pernah memecahkan batu dalam hempedu beberapa kali dan juga pesakit buah pinggang peringkat permulaan. Dengan teknologi Qalbi (Hati) iaitu pancaran laser (aura) dari tapak tangan yg berasaskan NAMA-NAMA ALLAH AL_FATTAH dan AL_MUNTAQIM. Alhamdulillah , tiada perlu pembedahan. Dan yang terkini penyakit kronik . “slip disk” tahap kronik juga sehingga tak mampu nak RUKUK dalam SOLAT. Setelah 2 bulan 100% pulih menurut sipesakit….lagi terbaru penyakit misteri simptomnya seperti sakit jantung, seorang dan pun kena masuk belon dalam jantungnya dan seorang lagi asyik nak pengsan…..Alhamdulillah keduanya hampir pulih kini.
Dah pulih doktor kata gastrik pulak dan sorang lagi katanya asma.hmmm. Anyway segalanya dalam takdir ILLAHI jua, KALAM IBNU ATTHOILLAH “apa jua kehebatan ilmu Allah takkan dapat menerobos takdir Ilahi”
Wassalam
Waalaikumusalam.
Pendekar, cara rawatan yg tuan jalankan amat mengkagumkan (teknologi Qalbi). Tuan mempunyai kekuatan dalaman yg hebat. Adakah seseorang pesakit sebelum menerima rawatan tuan,perlu berpuasa atau menjalani sesuatu scan terpilih ?
salam tuan pendekar..apa yg sy maksudkan jangan berguru dengan makhluk halus tetapi bergurulah dengan manusia ialah kalo kita dapat amalan dari dalam mimpi yg disampaikan oleh maklhuk halus maka kita mesti check dulu dengan manusia akan kesahihan amalan itu. contohnya kalo kita diberikan zikir Al-Mutakabbir dalam mimpi. tanpa usul periksa akan maknanya, kita terus berzikir dengan Al-Mutakabbir. kan haru biru jadinya..
contoh: orang xpernah berpuasa sunat. tapi dalam mimpi disuruh puasa sunat 7 hari berturut-turut dan ditawarkan seseuatu ilmu. pastu kita pun puasa lah untuk dapatkan ilmu tu. selalu dengar ceramah ustaz2 tentang puasa sunat tapi xnak buat. bila makhluk halus suruh terus buat tanpa usul periksa. dikhuatiri makhluk halus tu akan lekat ngn kita sbb kita da tunaikan syaratnya..
contoh lagi: kita ditawarkan ilmu kebatinan dalam mimpi oleh makhluk halus. dengan syarat kita mesti tak tinggal solat, puasa dan lain. jadi kita amal la dan dapat ilmu tu. sampai satu saat, terdetik dihati kita, kalo aku tak solat tak puasa nanti ilmu aku tawar. jadi dimana niat amalan kita sebenarnya..fikirla sinri. syaitan diizinkan Allah membuka pelbagai jalan kebaikan yang akhirnya akan menuju kesesatan lag paling besar.
tidak dinafikan peranan Rijalul Ghoib dan makhluk halus yg beriman kepada Allah. cuma sy kurang senang hati sebab ramai yg terlalu mengagungkan makhluk halus.sedangkan manusia itu khalifah Allah dimuka bumi. Semua nabi dan para rasul adalah manusia bukan mahkluk alam lain..
sy tidak memperlekehkan perawat yg menggunakan bantuan jin Islam dalam kaedah rawatan sbb jin pun ada kelebihan tersendiri. cuma jangan terlalu bergantung pada jin. kita pun boleh jadi lebih hebat dari jin kalo amalkan ilmu “Asma Ul Azim”..maybe jin pun segan nak bagi bantuan sebab ilmu kita lebih hebat dari mereka.
SALAM TS..time kasih untuk pelawaan tu. sy tinggal di negeri bawah angin. jauh nk p tempat tuan. sy juga pengamal ilmu Asma Ul Azim. sy pun boleh merawat dengan izin Allah tapi sy cuma rawat ahli keluarga sahaja. kalo orang lain minta saya rawatkan. sy nasihatkan berubat dengan yg lebih ahli..sbb sy sedar sy masih belum cukup ilmu dan risiko terhadap anak bini kalo sy rawat org lain. kaedah yg sy gunakan adalah zikrullah disertakan dengan niat dan makrifat tanpa menggunakan peralatan yg lain kecuali air untuk minum atau mandi.
tapi sy tidak menolak kaedah perawat lain yg menggunakan peralatan spt limau nipis, telur ayam dan sebagainya.sbb masing-masing ada kaedah tersendiri. maybe kaedah sy lebih kurang sama dgn tuan pendekar..cuma lain perguruan kot.
Untuk Eye !!! Jangan kagum dengan cara perubatan begitu…jika ALLAH mengkehendaki semua bolih berlaku !!!.Pesakit tidak perlu berpuasa.Pesakit juga mesti di scan.Ini bertujuan untuyk mengesan penyakit.Batu karang bolih di hancurkan dalam masa 5 minit jer tanpa perlu pembedahan !!!.
Assalamualaikum saudara EYE,
Yang hebat hanya Allah Azzawajalla. Kita hanya perlu mendekatkan diri padaNya untuk dapatkan kehebatan itu. Seperti adat didunia ini, sapa pandai membodek cepatlah dia naik pangkat atau nak dapatkan projek ke atau apa-apa je……heheh.
Teknologi Qalbi yg saya gunakan ini adalah Ilmu Titik 9 disertakan dengan Doa Kunci Pembuka Khazanah Langit dan Bumi dan Seruan Ismullah Al A`zham ijazah Rasulullah sendiri di malam Lailatul Qadar. Jadi tak hairanlah kalau penyakit kronik camana pun boleh sembuh , apalagi kalau penyakit misteri akibat daripada gangguan jin dan syaitan, depa tak tunggu lama.
Rasulullah sendiri pun guna kaedah ini, cuba buka Kitab Tibbun Nabawi. Sehingga Sayyiditina Aisyah pun memegang tangan Rasulullah dan menyapu badan baginda yg sakit dengan tangan baginda sendiri. Cucunya yg sakit baginda guna air dan sapu seluruh badan. Jibril hanya menjampikan Rasulullah hanya dengan menyebut Nama Allah.
Wassalam.
Asalamualaikum
saudara pendekar jika perlu sukacita sekiranya jika saudara dapat memberi penerangan mengenai Rabitah dan Masyaikh untuk menjelaskan keperluan berguru dengan orang yang maseh hidup dan dan mendapat bimbingan daripada rohani mereka yang telah menemuai Allah swt (meninggal dunia).
Wasalam.
Walaikum salam
Tuan Pendekar, ya lah !!! sesuatu itu jika tahu punca dan penawarnya serta berserah pada yg berkuasa maka iaNya kata jadi dan akan jadilah ia. Yang hebat hanya Allah. Terima kasih atas penerangan tuan serta nasihat Tok Syeikh. Menyentuh sedikit pendermaan organ, apakah pendermaan itu antara ibu dan anak serta suami dan isteri juga tidak boleh.
Salam saudara EYE,
Maaf terlupa untuk menjawab soalan saudara yg terdahulu. Kaedah saya tidak memerlukan kepada ibadah puasa kerana ianya ibadah yg dilakukan semata-mata untuk Allah Azzawajalla bukan atas sebab untuk berubat atau untuk mendapatkan apa-apa kehebatan ilmu kebatinan. Saudara cuma perlu berwuduk. Kalau sisakit tak tau apa sakit atau tiba-tiba ada org pengsan, nazak atau koma dan takde siapa yg boleh bagitau apa puncanya, saya juga tak perlu tau apa sakitnya kerana bukan saya yang menyembuhkan. Saya hanya perlu berdoa dgn doa2 tertentu yg diajar guru dan seterusnya menyerahkan pada HAKNYA untuk tindakan seterusnya. Yg menggerakkan jasad saya adalah Ruh dan…”Dari Dia kita datang dan kepadaNya lah kita kembali”. Lalu dgn gerak DariNya, tgn saya menuju ketempat2 yg bermasalah itu dan berzikir lah dgn zikir2 yg diajar oleh guru sambil menunggu gerak untuk berhenti dan seterusnya tutup .
Anda faham tauhid 3 serangkai :
1.
Assalammualikum.
Tuan Pendekar maafkan saya, saya ni tak berilmu dan jauh sekali nak menandingi (kalau nak mempelajari), oleh itu izinkan saya bertanya lagi. Berpuasa atau berwuduk semuanya kerana Allah, adakalanya berpuasa untuk tujuan perubatan supaya tiada unsur-unsur zat(zarah)dari makanan yg melindungi atau membawa jin dan syaitan yg mengelirukan perawat. Contohnya bagi rawatan laser perubatan moden, pesakit perlu berpuasa. Bukan tujuan saya untuk membandingkan. Sekali lagi saya memohon maaf.
Kita bicara lagi topik diatas. Apa tafsirannya gerakan selari dengan roh dan …..serta diri seiring sambil berzikir menapak kewilayah sakit pesakit dan melingkari serta menutupi alam diri ? Kalau tak keberatan terangkanlah apa maksudnya tauhid 3 serangkai.
Salam saudara EYE
Maaf ada masalah teknikal. Pada saya pembedahan apalagi pemindahan organ memang dilarang sama sekali didalam ISLAM. Golongan ulama dunia mengenepikan AL-Quran dan menjunjung peubatan yang di bawa oleh penjajah disebalik THE HIDDEN HAND. “Ulama” yang jadi pengamal peubatan Islam pun berkebolehan terhad, bila tak mampu disuruhnya pergi jumpa doktor. Dimana kemukjizatan AL-Quran yg patut dijunjung oleh mereka? Malah mereka sendiri pun ada masalah jantung yg tak sepatutnya dihidapi oleh AHLI ZIKIR. Kalau mereka mendakwa di ijazahkan oleh Sheikh Abdul Wahid Salam Bali sekali pun dan mendakwa kononnya satu-satunya anak Melayu yg diberi tauliah oleh beliau ( seorang Waliullah di Timur Tengah sana)ilmunya yg diberi sekadar bersesuaian dengan iman dan amal mereka sahaja. Sekadar mengubati gangguan makhluk halus.
Saya mencari Kemukjizatan AL-Quran dan Rahsia Nama-Nama Allah. Saya hanya menjunjung AL-Quran dan bukan pada Ilmu Ciptaan Manusia. Jadi kalau kita berusaha bersungguh2 untuk menaikkan nama sesuatu Syarikat , sundah tentu mendapat sponsor dan bantuan dari syarikat berkenaan bukan? Begitu juga Allah dan Rasul….pastinya mendapat Ilmu dan bantuan dari Nya. Tak perlu bersusah payah mengikut apa-apa prosidur.
Ini ilmu amalan saya, saya tak memperlekehkan ilmu orang lain kalau dia juga mengamalkan ILMU ALLAH yg diambil dari Guru-guru Mursyid. Tapi kalau ilmu itu dari pemikiran golongan Yahudi dan Nasrani dan mana -mana aliran bukan ISLAM, boleh dibuat perbandingan. Letakkan kan kami didalam satu kapal atau dipadang pasir selama setahun, mereka akan kehabisan ubat atau bahan dan kerosakan mesin bukan….saya hanya duduk diatas sejadah dan cuma mengangkat tangan sahaja.
Wassalam.
Terimakasih Tok Sheikh…..rasanya Silat Buah Pukul 7 Hari yang di bawa oleh Babasyarif tu sama aliran dgn yg saya bawa dan kaedah perubatannya pun begitulah.
Salam saudara EYE……
Sudah saya tulis untuk menjawab soalan anda secara panjang lebar namun masalah teknikal menyebabkan tulisan itu hilang maka tahu lah saya bahawasanya Allah SWT tidak mengizinkan tulisan itu dinyatakan.
Jadi saya bagi kiasan shj lah. Segala sesuatu sudah ada dalam AL-Quran dan dijelaskan didalam hadis. ANda hanya perlu gali khazanah AL-Quran itu bukan bersandar pada akal manusia yg ingin menjadi Tuhan dgn mengenepikan AL Quran dan mencipta pelbagai disiplin ilmu untuk menandingi Tuhan Yang Satu.
Tauhid Rububiyyah, mengEsakan ALlah dalam segala perbuatan Nya, Tauhid Uluhiyyah, mengEsakan Allah dalam segala perbauatan hamba dan Tauhid Asma wa Sifat. Belajar lah Asma ul Husna dan Sifat 20 dan hayati lah serta amalkan. Inilah ILMU SEGALA warisan Nabi Allah ADAM yg di bawa nya dari Syurga.Dibawa oleh Nabi terakhir lengkap segalanya.
Saya faham kalau umat Islam kini gagal menghayati agama Islam sepenuhnya kerana Rasulullah bukan belajar kat Universiti malah buta huruf lagi , hanya menerima membuta tuli apa yg di ajar oleh Jibril tanpa mengkaji dgn aqalnya heheh. Tiada kajian menyeluruh yg di buat oleh Nabi cuma keyakinan sahaja…..ye ilmu, ainul haqqul dan kamalul yakin.
Maaf kalau anda tersinggung dan kalau masih belum menjawab soalan anda. Bukan segala ilmu boleh dibicarakan secara terbuka, ia akan menjadi fitnah bagi yg membukanya.
Wassalam.
salam smue…maaf sye mencelah sedikit… Nabi Muhammad s.a.w bukan lah seorg yg buta huruf.. cuba kaji salah silah Muhammad s.a.w dengan teliti dan fikiran terbuka…
dulu sye juga ingat mcm tu. tetapi tu fahaman yg salah… cuba la teliti semula…siapa Muhammad yg sbnarnye
Assalammualikum.
Saudara Pendekar, bagi saya tulisan dan jawapan tuan cukup padat berserat!!!sukar bagi saya nak mencelah atau mempertikaikannya. Memang… jika nak diterangkan semua dalam alam maya ini, tiga hari tiga malam pun tak sudah dan bisa pusing kepala saya untuk memahaminya. Walaubagaimanapun syukur tuan sudi menjawap persoalan saya dan memberikan bimbingan.
Sebenarnya saya tertarik kepada persolan yg diutarakan oleh Pak Ciklioo “saudara pendekar jika perlu sukacita sekiranya jika saudara dapat memberi penerangan mengenai Rabitah dan Masyaikh untuk menjelaskan keperluan berguru dengan orang yang maseh hidup dan mendapat bimbingan daripada rohani mereka yang telah menemuai Allah swt (meninggal dunia)”. Mohon tuan atau Tok Syeikh ulas sedikit perkara ini.
Terima Kasih.
Waalaikum musalam Eye !!!.Bab ini panjang sikit !!!Dalam ilmu kebatinan ada 2 cara sampai nya.Satu cara Guru Manusia. kedua guru alam Ghaib.Yang Pakciklioo tulis itu supaya pendekar memberitahu guru nya manusia dan sanad nya sanpai ke rasulullah saw atau tidak.Ini penting kerana jika sanad tidak sampai bolih tergelincir.Tapi Pendekar dah beritahu iaitu ilmu nya dari Sunan Kalijaga..bagi saya itu sudah cukup,kerana saya faham dan tau Sunan Kalijaga itu siapa dan guru nya siapa ???.Bagi yang tak faham memang lah tidak tau !!!Saya terang kan sedikit antara Guru Sunan Kalijaga..iaitu Maulana Ishaq.juga bapa mentua nya dan Syeikh Sultan Ariffin Sayyid Ismail,juga adik ipar nya.Kedua Syeikh ini makam nya di Pulau Besar….dan datuk datuk nenek saya.Sebenar nya Eye,kalau anda lihat dan teliti…pengkomen BLOG KARIMON, yang banyak ini ILMU NYA SAMA DAN BERSUMBER YANG SAMA.
Saya tidak merasa hairan kerana Datuk Datuk saya mempunyai Ribuan Anak murid di Alam Melayu..jadi saya bersyukur juga di ALAM SIBER ini saya dapat perhubung dengan keturunan anak murid Datuk saya !!!.
Setelah kita ada guru manusia…guru alam ghaib ini akan datang sendiri…yang ini lah,kekadang datang fitnah dan perlu kita bertanya kepada guru manusia….siapakah yang datang dan ajar kita !!!.Memang ada cara kita nak kenal antara Wali Ghaib atau Jin Yang menyamar.Dan satu lagi kita mesti mahir bab Hukum Islam,yang mana haram,yang mana halal,yang mana syirik,yang mana jin,yang mana wali…seperti anda kenal Karimon dan saya atau pendekar….bagaimana kah agak nya ?????…satu soalan untuk kamu Aye !!!Adakah anda kenal saya,Karimon atau Pendekar,tanpa anda talipon KAMI ????.
tuan TS..itulah yg sy maksudkan berguru dgn manusia bukan makhluk halus. bukan sy larang cuma maksud sy nk berguru dengan rijalul ghoib kena ada ilmu..kalo xcukup ilmu dikhuatiri disesatkan secara halus..minta petunjukkan dgn Allah dulu sebelum mengamalkan apa-apa ilmu kebatinan.
Dalam mempelajari ilmu kita mestilah ada guru manusia dulu !!!.Sebagai contoh..Datuk ku Syeikh Qadir Jilani…satu malam,satu suara bercahaya berkata !!!Wahai Abdul Qadir !!!Kau tak perlu sembahyang lagi kerana ilmu dan amal kau dah cukup!!!!Syeikh Qadir..tak cakap apa…pelan pelan,ambil terompah/kasut terus di baling nya suara dan cahaya itu dan terus berkata !!celaka kau syaitan,rasulullah itu mahklok pilihan,pun sembahyang sampai bengkak kaki,aku ni sangat jauh dari rasullulah !!!cahaya itu hilang dan padam…..itu syaitan yang mengoda !!!. Sebenar nya saya pun kena begitu….alaaa..buka rahsia lagi !!!.tapi tak per untuk contoh !!!satu malam,kira kira pukul 3 pagi..semasa berzikir..satu lembaga berjubah dan berserban putih..memberi salam…saya jawap !!! kata nya,kamu dah cukup ilmu bertaraf wali dan tak perlu sembayang !!! dalam hati aku kata…wahhh haram jadah ni dah datang nak kena ni !!!.Aku kata..datuk ni Syaitan kalau kata begitu kat aku,sebab nabi sampai bengkak kaki,sembayang !!!..kau tunggu aku baca ayat kursi..kalau kau betul datuk aku !!!kata saya mencabar nya…saya terus baca ayat kursi,tak habis baca,syaitan itu lariii…
Tulah bib !!!memang ujian mesti kena…tapi tak tau bagaimana !!!sebab itu jika kita lihat orang itu MENCARIK ADAT,kena perhatikan Syariat nya !!!!lagi kuat beramal,lagi kuat godaan…aku ni…hoiyooo…bukan nak kata apa lah…memang banyak perempuan yang syokkk…yang masaalah tu…bini orang !!!tapi alhamdullilah ALLAH SWT,melindungi aku dari semua godaan itu !!!Subhannallah !!!!.
salam…………..
menurut tok syeikh..
”Setelah kita ada guru manusia…guru alam ghaib ini akan datang sendiri…yang ini”….
maana nya setiap yang datang perlu pengesahan dari guru zahir…
atau guru zahir yang tentukan siapa bakal menjadi guru ghaib bagi muridnya..
atau guru ghaib itu sendiri memilih dari salasilah keturunan nya…
bagaimana tuan…
silakan ya tuan…….
wallahualam……….
Walakaummusalam Ali !!! Bab ini lah paling susah nak di jawap !!.Jika ada yang mengaku wali ghaib,dan datang,kita kena tanya nama nya.lepas itu kena tanya guru kita (MANUSIA)..Siapa kah dia wali ghaib itu..insyaallah guru yang murshid akan tahu.samada wali ghaib betul ker atau penyamar.Yang paling ditakuti,penyamar jika memang wali ghaib dari keturunan nya..tidak masaalah,bertambah lagi jika wali yang muktabar….jadi bukan lah guru manusia itu yang tentukan rijal ghaib itu,tetapi memberi tahu ada kah betul rijal ghaib atau si penyamar !!.Tetapi tidak semesti nya rijal ghaib datang dan kalau saya tak datang pun tak apa,kerana guru guru saya banyak yang manusia….saya ceritakan itu kalau kalau ada,setelah kita beramal dan berzikir..rijal ghaib itu datang !!!.Pengalaman saya semasa beramal dan beruzlah,memang ada yang datang..memacam yang datang ,ada yang betul rijal ghaib dan ada yang penyamar !!Bab ini kita kena faham betul betul dan perlu 4 mata,bermuzakarah !!!.silap sikit akan bermasaalah !!.
Betul tu TS jangan dok ingat yang datang mengaku wali atau rijalul ghaib dalam mimpi tu betul2 tok wali nanti dok kena wali setan haru biru kita mula2 ajar kita betul2 pastu pelan2 kenakan kita,silap haribulan neraka jahanam kita,tu sebab kita perlu ada guru yang mursyid bimbing kita yang menjaga kita,mana ada wali allah yang aku dengar belajak dengan rijalul ghaib semuanya bermula dengan belajak kat manusia yang nyata dulu ertinya berguru dengan manusia,dah terer tu lain lah macam Syeikh Abd Kadir Jilani.Ini bukan aja bab belajak ugama bab nak belajak silat ke atau ilmu kebatinan ke ilmu hikmah ke semuanya nak berguru dengan manusia dulu dan sepatutnya setiap yang belajak kalau boleh ada pendinding ilmu agar dirinya terdinding dari pekara ghaib yang tak betul ni.Kan begitu TS?
salammmm….
terima kasih dan maaf kerana menyusahkan tuan…
sememangnya lah perkara perkara ghaib begini perlu ada ketelitian…
kebenaran memerlukan pengesahan…
semata mata untuk melepaskan dari tipudaya dan kesesatan…
alhamdulillah…
terma kasih sekali lagi tuan……
salamm…..
guru ghaib dari alam ghaib….
sememang nya hidup dialam ghaib….
makhluk yang ghaib…
tiada dikenal orang kebanyakan didunia…
menunjukkan hal barangan ghaib…
kuasa ghaib, hikmat ghaib…
Guru ghaib dari alam kewalian…
hidup nyata dikenal didunia…
ulamak dan pahlawan yang berjihad…
setelah kembali sebagai wali…
terkenal didunia dan diakhirat…
memberi pedoman jalan ke akhirat…
sebagai petugas amanah allah…
wallahualam………
Walaikummusalam Ali !!!Begitu lah yang sebenar nya dalam menuntut ilmu.Tetapi jangan lah kita kata tak ada yang ghaib kerana rasulullah saw pun belajar dari yang ghaib…jibril.Olih iru kena berwaspada dan berhati hati.samada yang ghaib atau nyata syariat nya sama…kalau dah kata sembayang pakai niat,puasa pakai niat…tak yah buat…cepat lah cabut…kerana nabi sembayang,puasa,zakat,pergi haji dan ikut syariat…kut ada yang lain tu…kena lah beringat !!!!
Assalamualaikum TS,ini ada satu pertanyaan tentang sesuatu misteri tapi saya yakin ada kaitan dengan penyakit juga tetapi sering tidak diketahui dan diabaikan.Elok saya mulakan dengan sedikit cerita.Sejak kematian isterinya(kawan saya) beliau ni sering teringat akan isterinya saban hari walaupun dah lama isterinya meninggal hampir 4 bulan.Tiap pagi dan petang sering ke kubur isterinya bahkan ada waktunya malam hari pun ke kubur isterinya.Sering juga menaggis bila teringat isterinya bahkan nak tidor dalam bilik tidor isterinya pun teragak2.Saya pernah terbaca atau diberitahu orang sebenarnya ini adalah penyakit atau tekanan jiwa yang diganggu oleh jin yang membuat seseorang itu suka bermurung dan sedih.Adakah ada rawatan untuk ini?
Asalamualaikum
Betui tu Paduka, kalau boleh belajar dengan orang sudah mati sebagai guru tanpa terlebih dahulu belajar dengan guru yang hidup, tentulah kita pilih Nabi saw (kerana Nabi saw itu manusia yang paling sempurna, buat apa pilih yang lain). Setelah belajar dengan guru yang hidup (Rabitah) sekurangnya kita akan bertemu Rohani Nabi saw. Macammana nak dapat Nurullah jika tidak dapat Nurmuhamad terlebih dahulu Nur Muhamad. Sebelum Nur Muhammad mungkin Nur masyaikh yang dibawah Nur Muhamad, kalau terus Nur Muhamad takut tak tahan, terus pitam. bukankah begitu Paduka macam mana yang kita belajak dulu ?. Hang sambungkan lagi Peduka, nanti mana yang salah aku pebetuikan.
Wasalam.
Nak sambung mana ciklii?hentam ajala.yang aku tahu la ciklii,berguru dengan yang idup dan yang nyata ni dia membantu mengawasi kita iaitu perkembangan diri kita itu sebab guru yang mursyid ini memainkan peranan dia dalam menghubungkan kita denag diri kita yang sebenar, yang ada kaitnya dengan rohani muhammad lantas ke nur muhammad,ini semua peranan guru yang musyid.Tapi ada juga orang kata melalui syeikh kita dengan berkatnya (nur masyaikh)maka kita akan mengenali rohani muhammad,melalui rohani muhammad maka mengenali nur muhammad pas tu barulah kenal NurAllah,tak begitu ciklii.Inilah yang dikatakan Man araffa nafsahu waqad arrafa rabbahu fasadal jasad” barang siapa yang mengenali dirinya maka kenal ia akan tuhannya,mka binasa dirinya.Maka guru mursyid mengawasi jasad – ruh bermula disini peranan nurmasyaikh membawa kepada rohani Muhammad(kerana beliau dah pun kenal rohani muhammad pastu barulah kenal nur muhammad and so on.Sebenarnya ciklii kan nak kenal rohani muhammad ni terlebih dahulu nak kenal nur masyaikh bukan boleh direct nak kenal rohani muhammad sapa kita nak main ketuk pintu rohani muhammad,syariatnya belum tentu kita jaga.Agak2nya betul ke penerangan aku tu ciklii.Kalau aku salah hang marah aku tak?
Assalammualikum.
Tok Syeikh. Segala persolan yg saya kemukakan dlm tajuk diatas telah terjawab dengan panjang lebar antara pengkomen BLOG KARIMON dan ianya merupakan ilmu yg bermunafaat untuk kita bersama. Ada sedikit lagi persoalan yg membelenggu kami iaitu adakah para guru yg mursyid setelah wafat masih menyampaikan ilmunya melalui beberapa cara sebagaimana berikut.Yang pertama sebahagian jemaah surau kami telah didatangi/dilawati Habib Abdullah (secara zahir tapi “tak nampak” dengan suara sahaja )ketika para jemaah sedang membetulkan saf-saf untuk menunaikan sembahyang maghrib, beliau memberi salam dengan semua para jemaah. Kedua, salah seorang jemaah telah diberi petunjuk dengan tulisan ayat-ayat suci Al-Quran ditingkap rumah yg tulisannya sama warna dengan cermin tingkap (jernih)selama 1 hari 1 malam tulisan berkenaan terpangpang disitu,ianya hilang setelah selesai azan subuh. Setelah dirujuk dengan salah seorang Ustaz/imam bertauliah perkara ini betul datang dari (wali Allah sepertimana yg dinyatakan diatas).
Adakah cara tersebut tergolongan juga dalam bab penyampaian ilmu yg datang dari guru yg telah meninggal dunia. Mohon maaf kepada Tok Syeikh dan Karimon kerana terpaksa buka cerita ini untuk tidak memanjangkan persoalan ahli jemaah surau kami yg sama-sama mengikuti tulisan dan pertanyaan saya di Karimon blog ini.Nampaknya dah lari tajuk perbincangan,sekali lagi saya mohon maaf.
En mata,bab ni hang jangan risau karimon tentu marah dia pun senyum baca komen hang.Kawan hang tu bijak kerana dia merujuk kepada yang ahli,bukan main tangkap muat aja.Nasihat aku la wah wah wah mesti kena dengan ciklii aku ni.Dalam mempelajari apa2 ilmu pun biarlah berguru kalau guru kita dah meninggal dunia maka setakat itu ajalah ilmu kita dengan dia bukan maana kita tak hargai guru kita yang dah tak ada tu,berkat dia pun kita perlu juga,jangan terlampau mengharap pada guru yang dah tak ada.Ada kalanya yang kita belajak dengan dia tu adalah persiapan untuk kita belajak dengan yang lain.Pertalian kita dengan guru yang mursyid tak putus walaupun kita belajak dengan guru yang lain.Memang ada kalanya guru yang mursyid yang telah tiada memberi sedikit petunjuk ajar pada kita dan untuk itu juga kita perlulah merujuk kepada guru mursyid yang lain juga.Hang jangan risaulah dituduh derhaka pada guru yang dah tiada tu.Allah swt faham jika niat hang tu baik.Nasihat ni bukan aku tujukan buat hang sorang aja mungkin ada diluar sana yang menghadapi keadaan seperti hang.
nasihat disampaikan oleh Pancabaiduri@tok temberang..
antara tips mengenalpasti yang datang tu rijalul ghaib wali Allah atau wali setan laknat:
1-kalo kita tgh berwirid tengah2 mlm sorang2..tetibe dia datang. tengok camner dia bagi salam. kalo bagi salam xpenuh cm assalamualaikum atau kum je..boleh diragui. kalo dia bagi salam assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..boleh dipercayi.
sbbnya setan@jin kafir xkan doakan kesejahteraan manusia. spesis setan la katekan..
2-kalo kita suruh dia mengucap..dia cuma cakap ashadualla ilahaillallah..masih boleh diragui lagi. kalo dia cakap ashadualla ilahaillallah wa ashaduanna muhammaddarrasullullah..boleh dipercayai.
sbbnya setan@jin kafir mengaku kewujudan Allah tapi dia xngaku kerasulan nabi Muhammad.
3-tengok dari mana arah diorang datang..kalo dari belakang atau kiri..boleh diragui. kalo dari depan dan kanan..boleh dipercayai.
biasalah..yg jahat biasa suka kiri dan belakang. yg baik suka depan dan kanan..dtg beradap.
4-bau-bauan..yg jahat biasanya suka busuk atau dtg ngn bau busuk. yg baik suka wangian..
5-bab pakaian..ni xle jadikan panduan sgt. sbb diorang pun suka menyamar pakai jubah dan serban dan bertasbih. tapi setahu saya wali wali Allah hanya suka warna putih dan hitam je. jin islam suka warna hijau..yg lain xtau la pulak.
tapi ingat..terdapat juga jin islam yg fasik atau jin kafir yg berilmu. boleh membaca apa yg kite suruh. jin pun cam manusia gak. orang islam pun byk fasik gak..bole baca Quran, tau hukum hakam, tapi berzina, minum arak,bakar anak sendiri gak..orang kafir pun banyak hafal hadis dan ayat Quran tapi untuk rosakkan akidah umat Islam..
sekian temberang kita pada kali ini..nak caya ble xcaya pun ble. ni ikut pengalaman sy la.pengalaman orang lain..mstla lain.
sy buka pada sebarang komen..no heart feeling.
Asalamualaikum
Cakap saudara Pancaibaduri tu semuanya betul Paduka, tapi hang nak pekena dia dengan kaedah yang susah dan berbelit belit apasal.Bukankah kita belajar dulu kalau nampak lain macam, tembak aje, kalau bukan yang hak tentu padam. Bukankah setiap murid telah dibekal dengan peluru berpandu. Lagi pun apa gunanya Rabitah jika memandang mandang Rabitah pun tak tau, hang jangan suka kura kura dalam perahu Paduka nanti Karimon block nanti, baru kamu tau, naya.
wasalam
Walaalaikum musalam Aye !!! Apa yang di tulis olih Pancabaiduri itu betul!!!.Dan itu memang bolih di guna pakai,saya pun guna kaedah bagitu.Kalau lah kita baca AYAT KURSI dan Syeikh itu ikut baca dengan mahraj/sebutan dengan betul…itu memang betul..kerana gulongan Jin samaada Kafir atau islam,ayat kursi berulang ulang,menyebab kan yang kafir…lari,yang islam tidak selesa…bersim,atau gatal gatal…misal nya !!!.tetapi jika roh khawas tu khawas,dia tak lari dam mesti ada sebab dia nak beritahu !!!.
Asalamualaikum
Alhamdulillah,berbanyak terima kasih semua, perkara perkara ghaib begini perlu ada ketelitian, bimbingan dan panduan dari orang-orang yg berpengalaman seperti tuan-tuan semua bagi mengenal rijalul ghaib wali Allah atau wali setan laknat. Guru yg mursyid juga beperanan penting dalam bab ini. Sekali lagi terima kasih dari saya.
Waalaikumusalam saudara Eye saya telah membaca banyak komen daripada pengunjung blog ini tentang persoalan saudara dan kebanyakan komen mereka itu ada benarnya,komen saudara paduka tu sedikit keliru tapi masi ada kebenarannya yang boleh dibuat iktibar.Ingatlah saudara eye kita ibarat layang2 dan guru mursyid itu memegang talinya.
Asalamualaikum.
Tuan Karimon,sebenarnya saya amat berpuas hati atas kerjasama tuan-tuan semua memberi maklumat dan menyampaikan ilmu-ilmu Allah kepada kami yg hendak mengetahui dan mempelajarinya serba sedikit setakat mana rezeki kami yg mampu dijelaskan oleh tuan-tuan tentangnya.
Izinkan saya berbicara lagi dengan pakcikli00.
1. Trichotillomania – Orang yang memiliki penyakit ini memiliki dorongan untuk menarik rambut hingga terang samaada ditepi kiri atau kanan bahagian depan kepala sehingga botak (macam tebuk tupai). Kelakuan pesakit juga suka menyendiri dan kalau tidak diperhatikan betul-betul kita tak sangka pun beliau sakit adakalanya bercakap sendiri.Biasanya bila sampai tahap ini barulah kita perasan yg orang ini memang menghadapi sakit tersebut.
2. Kleptomania – Penderita penyakit ini akan selalu mencuri benda apapun bahkan yang tidak bernilai sekalipun.Saya tak sangka pun bahawa penyakit tersebut adalah penyakit, saya ingatkan ianya suatu fe’el atau perangai seseorang. Memang perangai si pesakit suka mencuri, hatta mencuri sehelai tisu pun dianggap harta segunung emas diperolehi.
Dari pengamatan saya ada kes sehingga lima tahun atau lebih baru pihak keluarga perasan tentang kedua-dua penyakit ini, bayangkanlah dah terlalu lewat untuk menyedarinya. Persoalannya apakah punca penyakit ini, adakah dari gen-gen keturunan (saka),bagaimana symtom-symtom awal dapat dikenalpasti, dari kaca mistik atau perubatan islam adakah jin-jin yg membawa penyakit ini menyerupai perangainya dan mempengaruhi si pesakit. Kalau dalam Industri Insurans agak sukar untuk memperlindungi (cover polisi)sesiapa pengidapnya.
salamm…..
ada satu jenis penyakit ” badi ” atau ” kenan ”….
merupakan penyakit yang misteri juga…
macam sumpahan sesuatu….
nampak penyakit ini sebagai balasan keatas perbuatan yang kita lakukan…
penyelesaian nya agak sukar selesaikan…
silakan ya tuan…
Assalamualaikum wbt
Maaf semua terasa gatal tangan ni nak menulis juga walau ilmu tak seberapa namun pengalaman ada mengajar segalanya.Bab guru mursyid yg dah meninggal adakah dia boleh dtg mengajar lagi? Hmmm…Rasulullah dah meninggalkan kita, begitu juga Sheikh Abdul Qadir Jilani, oh yaa… Nabi Ibrahim juga, nabi Musa dan cuba ulangkaji balik bab Israk dan Mikraj, apa pesan Nabi Allah Ibrahim dan peranan Nabi Allah Musa ?
Saya juga didatangi Arwah Sheikh Mahmud Nasri bersama Ustaz Ahmad Che Din didalam mimpi selepas solat istikharah dan hajat yg menerangkan sesuatu kebenaran kepada kami. Baru-baru ini saya didatangi Arwah Sheikh Ibrahim Al Syatariah yg memberitahu bhw saya adalah waris Ilmu Gerak Faqir dan Ilmu Titik 9.
Bab berguru dgn manusia…….setahu saya Uwais Uqarni tiada guru zahir, beliau direct dgn Rasulullah walau secara fizikal tak pernah jumpa(guru rohani) walhal mereka hidup sezaman. Begitu juga Rabiatul Adawiyah, diculik sewaktu berumur 10 tahun dan di asuh secara rohani oleh guru ghaib.
Harap dapat pandangan para sahabat sekalian.Wassalam
Salam….
Eye dan Ali, Tok Ayah Sheikh mahmud ada pesan setiap titik darah kita ni nak kena dibersihkan dengan 5.6 juta selawat. Apa tujuannya, kata Tok Ayah darah keturunan penyamun, perompak, pencabul dan macam2 keturunan yg tak elok lagi seumpama Tok Guru Silat ke, Tok Bomoh ke, Tok Wali penipu ke yg disesatkan oleh jin-jin yg kemudian sebati dgn diri dan digelarkan juga saka yg merosak jiwa dan raga anak cucu.
Istilah sains ada macam2 menunjukkan bhw memang mereka tak tahu dan nak mengklasifikasi jenis penyakit menurut kelainan walhal ianya satu juga iaitu pengaruh jin dalam tubuh yg tak pernah dibersihkan darah mereka dgn istigfar dan selawat.
Anda cuba baca blog Nur Syifa di Indonesia (Hj.Bambang), saya juga guna nama yg sama sebab kaedah dan ilmu kami dari yg Esa juga. Penyakit down sindrome pun dapat diubati cuma dgn memindahkan genetik dari ibu yg normal kepada anak yg cacat tadi melalui tapak tangana shj. Hj.Bambang juga didatangi para2 doktor pakar utk belajar kaedah yg lebih mudah ini kerana mereka ikhlas menolong bukan seperti yg majoritinya byk menipu pesakit demi mengaut keuntungan atau bayaran yg tak munasabah dek akal.
Sekian….bagaimana komen anda.Wassalam.
Salam….
Tok Ayah pesan supaya menghabiskan selawat sebanyak 5.6 juta utk bersihkan darah dari keturunan penyamun ,perompak, perogol , tok guru silat, bomoh dan tok wali penipu yg disesatkan oleh jin dan sebati menjadi saka warisan kepada anak cucu.
Saintis mengklasifikasi penyakit2 itu mengikut jenis kelainan walhal puncanya satu juga iaitu pengaruh jin dan syaitan keatas anak cucu Adam yg semakin sesat dek Yahudi dan Nasrani dlm menghanyutkan umat Islam jauh dari Al Quran.
Buka blog Nur Syifa (Hj Bambang) Indonesia….. dna dari ibu dipindahkan ke anak yg mengidap Down Sindrom melalui tapak tangan…dan sianak pulih dari pengaruh jin tersebut, kembali normal seperti asal kejadian Tuhan.
Tunggu komen2 dari para sahabat…wassalam.
salam semua..den pun gatai tgn gak nak bagi komen.walau kekadang merapu..hehe. sekali lagi nak temberang..
kat dunia ni lebih kurang 1 bilion orang islam yg sedang hidup..tapi berapa kerat je yg ada guru di alam ghaib.boleh dibilang ngn jari..yg lain berguru dgn manusia atau membaca kitab ilmu.
kalo kita ada guru ghaib..janganla kita perasan sgt yg kita ni special(nasihat utk diri den jo ni)..tapi banyakkan la bersyukur pada Allah..
den memang ada dampingan jin islam. tapi den ada guru ghaib jugo..dan den pun ada guru musyrid yg masih hidup..walaupun depa sumer bagi ilmu kat den tapi den xpenah pilih kasih. pada den depa sumer sama je tapi xserupa sbb ilmu depa sumer bersumber dari Allah jua..
tapi den lebih hargai guru musyrid den yg masih hidup sbb selalu jumpa dan banyak luangkan masa ngn dia..ditambah lagi kalo den ada problem ke kemuskilan ke atau ada benda yg den xpaham. den boleh berbincang ngan dia..berjam2 pun ble. tapi kalo guru ghaib sekali sekala je jumpa kalo jumpa pun xlama..den bukan kasyaf sgt pun nk jumpa depa slalu.
daaaa…
Asalamualaikum
Kadangkala sukar untuk menyatakan mengenai perjalanan salik dalam tarikat, apatah lagi bila salik terlalu taksub dengan jalannya dan bukan mungenai tujuannya. Banyak cerita dari ahli tarikat yang diwarnai dengan suasana keadaan dalam perjalanannya seperti cerita orang makan angin.
Keaadaan berbagai keadaaan salik tarikat untuk memandang wajah Rabulalamin adalah umpama sekumpulan orang orang buta yang meraba seekor gajah. Kadangkala pertelingkah ahli tarikat mengenai bentuk gajah yang dipegangnya adalah cuma kerana datang dari arah yang berbeza. Sebab itu mereka yang benar benar melihat gajah tiadak ada persoalan mengenainya.
Setiap mereka yang ingin mengamalkan tarikat mereka perlulah memperoleh keizinan seseorang guru tarikat terlebih dahulu samada di talkin, dibaiah dan sebagainya. Kemudian mereka diberi kafiat, kaedah,rukun atau tertip untuk mengamalkan tarikat tersebut.
Kebanyakan mereka yang bertarikat nak terus jumpa tuhan tapi cerita yang dipersembahkannya banyak cerita jumpa hantu. Amalan tarikat adalah untuk membersih ziri zahir dan batin, rohani dan jasmani, menjauhi sifat mazmumah dan mendekati sifat mahmudah. Sesiapa pun layak memandang wajah rabulalamin jika dirinya bersih dan suci termasuklah dukun asmara. Sebab itu ahli tarikat perlu banyak mandi (tak kiralah mandi taubatkah atau mandi sunat), berwuduk, solat dan berzikir.
Zikir yang diamalkan ahli tarikar adalah zikir darjat disamping zikir hasanat. Kebanyakan tarikat ada aurat atau rahsianya tersendiri, aurat ini cuma diketahui oleh ahlinya. Sebagai contoh ahli tarikat perlu memandang wajahnya (dirinya), gurunya, nabiNya dan para rohani yang lain sebelum berzikir. Sebab itu ali tarikat sering menyebut illa hadratin (kehadrat) sebelum membaca ayat alQuran untuk di hadiahkan kepada rohani tersebut dan minta membantu membuka hijabnya.
Sepatutnya ahli tarikat tidaklah perlu terkejut jika bertemu dengan berbagai jenis rohani yang diserunya ketika berzikir kerana keadaan ini adalah lumrah di majlis zikir. Bukankah malaikat dan para rohani suka menghadiri majlis zikir. Banyak amalan tarikat yang perlu mematikan diri dan memandang rohaninya sebelum berzikir, jadi adalah perkara biasa jika orang mati bertemu orang mati seperti orang hidup yang sering bertemu dengan orang hidup.
Wasalam.
Asalamualaikum
Amalan Uwais dan Ranbiatul maseh lagi tidak melebihi perbuatan Rasulullah saw kerana baginda (nabi saw) pun hanya berguru dengan Jibrail as (rohani) sahaja tanpa guru yang hidup. Sesiapa pun boleh berguru seperti Uwais dan Rabiatul jika rohaninya sedemikian. Banyak mereka yang perasan seperti Uwais dan Rabiatul tetapi hidup dengan kemewahan dunia sehingga haru biru.
Wasalam.
Asalamualaikum
Saudara Eye, saya percata saudara Pendekar, Tok Syeikh, saudara Karimon, Waliqudus, Paduka dan sahabat kita yang mempunyai pusat rawatan penyakit lebih arif mengenai penykit yang saudara nyatakan yang mungkin dikenali sebagai sawan atau sakit jiwa. Walau bagaimana pun supaya tidak mengecewakan permintaan saudara saya titipkan sedikit info mengenai kedua penyakit tersebut menurut kaedah moden.
Penderita penyakit trichotillomania (TTM) biasanya melakukan hal sedemikin bila mengalami ketegangan, dan cuba menahan ketegangan tersebut dengan cara mencabut rambutnya sehingga menyebabkan ketegangan yang meningkat, dan bila dia berhasil mencabut rambutnya maka ada semacam satu kepuasan (bebas dari ketegangannya) pada dirinya.
Dengan demikian pesakit TTM biasanya enggan untuk diubati, walaupun tampak hal-hal yang menghodohkan dirinya seperti kegondolan pada kepalanya.
Penyakit ini biasanya dimulai pada usia muda, misalnya pada umur lapan tahun, tapi bisa pula terjadi pada umur yang tua misalnya dimulai pada umur 60 tahun.
Biasanya pesakit juga mempunyai penyakit psikiatrik lain (co-morbid) di antaranya penyakit obsesive-compulsive disorder (OCD), atau penyakit chronic motor tic.
Walaupun sulit tapi pesakit ini boleh dirawati dengan pengubatan teknik psikoterapi jenis habit reversal, atau atention distraction.
Pakar sakit jiwa biasanya cuba untuk mengubati TTM dengan ubat (pharmaco-therapy) dan ternyata 30 peratus ada berjaya diubati dengan anti depresan jenis SSRI, tetapi lebih berkesan adalah dengan anti psikotik dosis rendah (sesuai pada kadar sekitar 70%).
kleptomania pula berasal dari cantuman dua patah perkataan, klepto dan mania, di mana klepto berarti mencuri sedangkan mania bermakna suatu kegemaran yang berlebihan.
Kleptomania masuk dalam kategori gangguan penguasaan diri, di mana ketika keinginan mencuri muncul, maka tidak ada kesanggupan pada penderitanya untuk mencegah keinginannya itu. Penderita kleptomania tidak merancang melakukan pencurian, ia bertindak atas dorongan dengan tiba tiba sahaja. Pencurian pada kleptomania dilakukan bukan karena keperluannya atau nilai pada benda curian. Biasanya kadangkala barang curian itu diberikan kepada orang lain atau cuma sahaja atau sekadar untuk koleksi yang disimpan. Ketika sebelum melakukan pencurian, pesakit merasakan ketegangan dan keresahan, sesudah pencurian, ia akan merasa lega dan puas.
Pencurian pada kleptomania dilakukan bukan akibat kemarahan dan balas dendam kepada pihak tertentu.Penderita kleptomania menyadari bahwa perbuatannya salah dan acap kali merasa tertekan dan sedih namun ia tidak boleh menguasai dirinya tatkala hasrat itu muncul.sehingga hari ini belum diketahui penyebabnya secara pasti punca penyakit ini.
Wasalam.
setuju ngn pakcikliOO..
sekadar pesanan untuk diri sendiri…..beribadatlah kerana perintah Allah semata-mata secara total tanpa sebarang persoalan kerana kita ini hamba yg hina. jgnlah kita beribadat semata-mata untuk masuk syurga dan mengelakkan siksa neraka. sesungguhnya walaupun kita beribadat seribu tahun xkan mampu untuk membayar nikmat sebiji mata yg Allah bagi..kita masuk syurga bukan kerana banyaknya amalan yg kita lakukan tetapi kerana rahmat dari Allah….
Asalamualaikum.
Sesungguhnya walaupun kita beribadat seribu tahun xkan mampu untuk membayar nikmat sebiji mata yg Allah bagi..kita masuk syurga bukan kerana banyaknya amalan yg kita lakukan tetapi kerana rahmat dari Allah…somoga kita dirahmati Allah jua……(amat indah sekali ingatan ini untuk kita semua tuan Pancabaiduri).
Saya bicara lagi mengenai penyakit untuk menghurai misteri dan penawarnya dikalangan yg ariff tentangnya. Penyakit ini hanya ada dikalangan bangsa orang yg bernama “melayu” bangsa-bangsa lain setahu saya tidak menghadapinya. Penyakit ini tiada ubat dirawatan moden dan hospital serta tak kira tua atau muda untuk penghidapnya. Penyakit “Latah”.
Walalaikum musalam Eye !!!.Siapa kata ‘latah’,orang Melayu sahaja…saya pernah jumpa India dan Cina latah.Orang Putih,belum jumpa lagi.Rawatan nya ada tapi saya tak pandai,ada seorang Pengamal Perubatan Tradisional di GEMENCHEH,N.S..tau mengubat nya.Dan telah di bukti kan,ada pesakiy semboh.Seorang pesakit saya ,”latah”,..umur baru 24 tahun,lelaki,belum kawin !!!disebab kan takut orang mengusik nya semasa bersanding,beliau mencari Tukang Ubat untuk mengubat latah itu.Datang pada saya,tapi saya tak bolih ubat kan…dalam pada itu,saya dengar ada Tukang Ubat di Gemencheh yang pandai ubat kan penyakit latah !!!.Beliau pergi dan Alhamdullilah…SEMBOH !!!.Dan beliau baru berkahwin pada 01 mei yang lepas…dan latah nya pulih sepenoh nya !!!.Penyakit latah bukan mennyerang orang Melayu sahaja tapi menyerang orang Cina dan India…Melayu itu maksud saya..Kepulauan Melayu..
dalam majalah 3 pernah ada kisah latah ni. memang bangsa lain pun ada. mungkin penyakit bangsa melayu yang paling besar adalah “AMUK”. kalo bangsa melayu ni amuk habis satu kampung kena bunuh. seperti dalam sajak Usman Awang mengenai bangsa melayu. xkira sedara mara jiran tetangga semua dibunuhnya.cerita hang tuah bunuh orang mengamuk guna kapak. cerita hang jebat mengamuk satu melaka. sehinggakan dalam kamus inggeris pun ada perkataan AMUK yg diambil dari bahasa melayu.
caya tak..
Asalamualaikum
Selain di Malaysia terutama di kampong kampong di Indonesia dan wilayah Nusantara gangguan latah berkembang pada suku-suku di Pulau Jawa, Sumatera, dan pedalaman Kalimantan. Sementara itu, di wilayah Asia lainnya, penyakit latah ditemukan antara lain di tengah masyarakat suku Ainu di Jepang dan masyarakat gurun pasir di Gobi. Di Eropa, latah juga ada pada suatu suku di Prancis.
Berdasarkan fakta yang ada, gangguan latah biasanya tumbuh dalam masyarakat terbelakang yang menerapkan budaya otoriter. Teori kuno menyatakan, penderita latah biasanya orang tua, perempuan, berpendidikan rendah, dan berasal kelas ekonomi bawah. Namun, teori itu tak sepenuhnya tepat. Buktinya, kini banyak remaja yang mengidap latah. Penderita latah lelaki pun ada meski jumlahnya lebih sedikit jika dibandingkan dengan perempuan.
Penyebab dan jenis latah.Ada beberapa teori yang menjelaskan penyebab timbulnya gangguan ini.
Pertama, teori pemberontakan. Dalam kondisi latah, seseorang bisa mengucapkan hal-hal yang dilarang, tanpa merasa salah. Gejala ini merupakan se-macam gangguan tingkah laku. Lebih ke arah obsesif karena ada dorongan yang tidak terkendali untuk mengatakan atau melakukan sesuatu.
Kedua, teori kecemasan. Gejala latah muncul karena yang ber-sangkutan memiliki kecemasan terhadap sesuatu, tanpa ia sadari. Rata-rata, dalam kehidupan pengidap latah, selalu terdapat kongkongan ayah atau ibu. Mungkin, latah merupakan jalan pemberontakannya terhadap kongkongan orang tua yang sangat menekan.
Ketiga, teori pengondisian. Inilah yang sering disebut latah gara-gara ketularan. Seseorang mengidap latah karena keadaan persekitarannya, misalnya gara-gara latah, seseorang merasa diperhatikan dan diperhatikan oleh lingkungan. Dengan begitu, latah juga merupakan usaha untuk memperolehi perhatian. Latah semacam ini disebut juga ”latah gaul”.
Cara mengatasinya
Syarat munculnya latah adalah adanya keterkejutan. Jadi, latah adalah ucapan atau perbuatan yang terungkap secara tak terkendali setelah terjadinya reaksi kejutan. Ada empat macam latah yang bisa dilihat berdasarkan gejala-gejala tersebut, yaitu ekolalia (mengulangi per-kataan orang lain), ekopraksia meniru gerakan orang lain), koprolalia (mengucapkan kata-kata yang dianggap tabu/kotor), automatic obedience (melaksanakan perintah secara spontan pada saat terkejut). Misalnya, ketika penderita dikejutkan dengan seruan perintah seperti ”sujud” atau ”peluk”, ia akan segera melakukan perintah itu.
Apa pun penyebabnya, jika terus-menerus diganggu atau dikageti, pengidap latah akan merasa terganggu dan letih.
Untuk mengurangi dan menyembuhkan latah, ia harus bisa menemukan ketenangan hidup. Misalnya, keluar dari rumah kalau orang tuanya kerap melakukan tekanan atau berganti bidang pekerjaan jika pekerjaannya itu membuatnya stres.
Untuk menyembuhkan si latah, lingkungan memang mesti berempati. Ada penderita latah yang sembuh sendiri setelah berkeluarga dan hidup tenang. Selebihnya, penderita dianjurkan melakukan latihan relaksasi, meditasi, dan konsentrasi secara rutin. Kegiatan ini akan membantu penderita menuju kesembuhan. Dan, sering-seringlah melakukan aktivitas menyenangkan yang tidak membuat stres.
Bab AMUK..memang tiada bangsa lain..tu sebab jangan beri Pakcilioo mengamuk…nanti telinga dia,dia tak nampak…habis nasi 3 pinggan,dengan pinggan pinggan berseh…..dalam tung sampah,sebab pakai pinggan kertas…masa piknik !!!he…he…he…
Assalamualaikum wbt…
Kata Pakcikli “Sepatutnya ahli tarikat tidaklah perlu terkejut jika bertemu dengan berbagai jenis rohani yang diserunya ketika berzikir kerana keadaan ini adalah lumrah di majlis zikir. Bukankah malaikat dan para rohani suka menghadiri majlis zikir. Banyak amalan tarikat yang perlu mematikan diri dan memandang rohaninya sebelum berzikir, jadi adalah perkara biasa jika orang mati bertemu orang mati seperti orang hidup yang sering bertemu dengan orang hidup.”
Mungkin Pakcikli boleh jelaskan pada saya hal saya ni. Semasa mengamalkan zikir Tariqat Ahmadiah (cuma amalan zikr kerana Tok Gurunya turun KL atas jemputan), selama 40 mlm diwaktu tahajud (syaratnya gitu)bersama isteri, saya lihat isteri saya pulih dari sakitnya masa itu (gangguan jin). Hanya setakat itu dan putus disitu sahaja. Kemudian saya ambil ijazah Aurad Muhammadiah dari wakilnya Abuya dan amalkannya selama 3 tahun.Tiada apa-apa pengalaman kkerohanian pun semasa itu.Saya cuma amal jumlah minima iaitu 5 kali selepas solat.
Dalamasa mencari guru mursyid (belum jumpa) dan pengubat tradisional Islam maka jumpa seorang ni sebaya saya (awal 30an )yg mengamalkan perubatan tradisional yg diwarisi turun temurun dan didampingi Bunian asal keturunannya. Melihatkan dia mampu mengubati dan memulihkan isteri saya , saya pun jadi muridnya yg pertama dan sehingga kini namun kini lebih kepada peringkat tinggi dgn gurunya sendiri iaitu gurunya “Raja Bunian, raja segala orang halus”.Peringkat awal berguru dgn “Datok Loknal Hakim, yg menjaga 7 petala bumi dan yg menjadi pawang seluruh dunia, asal-asal pawang”. Kemudian ilmu kebatinan dgn Tuanku Raja Bujang, Raja Bunian dan Raja segala orang halus. Seterusnya menjadi kerabat diraja bunian dan mewarisi juga ILMU KERABAT . Namun kerana sedikit keraguan atas amalan jampi, saya kurang mengamalkannya dan lebih tertumpu kepada Perubatan Islam 10 Ayat Asas (bukan dari Darul Syifa’) tapi dari seorang Ustaz di MAIWP semasa bekerja disana.Juga amalan Perubatan Surah Yaasin.
DIsamping itu belajar Silat ABJAD dgn Ustaz Ahmad Che Din (dari Arwah Sheikh Mahmud Nasri dari Arwah Tok Kenali).
Kemudian saya mengkaji KITAB HIKAM dan Futuhul Makkiyyah. Mengulang2nya sehingga faham disamping Kitab2 Tauhid. Disitu saya nampak dan sedikit faham kaedah ilmu dan cara beramal kerana belajar dgn Ustaz Ahmad tak lama begitu juga dgn jemaah Arqam cuma byk membaca buku2 ABUYA.Bila faham bab HATI dan SYIRIK, saya jadi takut dan risau kalau2 ada amalan saya bercanggah dgn Aqidah Islam sebenarnya. LALU disini bermula proses penyucian diri. Saya bertekad nak buang segala ilmu yg bertentangan dgn aqidah Ahli Sunnah Wal JAmaah.Dgn mengerjakan solat Taubat, Solat Hajat, (mohon ilmu dan hikmah),solat Tasbih, solat Istikharah dan witir di waktu tgh malam, kul 2 dan selalunya kul 5 pagi selama 3 tahun.Setiap malam mengamalkan 7 surah amalan Rasulullah sehingga hafal secara tak disedari. Ini lah amalan saya Pakcikli, saya bukan mengamalkan mana-mana amalan zikir Tariqat Khususiah. Belum ada guru mursyid masa itu cuma amalan2 dari peninggalan Tok Kenali (SILAT ABJAD) dan amalan peninggalan Sunan Kalijaga (SILAT BATIN). Saya cerita bab Uwais kerana dia berjiwa Tauhid (menerima bimbingan secara rohani dari Rasulullah)Begitu juga Rabiatul Adawiyah kerana beliau di culik dan menjadi hamba sewaktu berumur 10 tahun, bilamasa dan dgn siapa dia belajar ? Ini yg menjadi persoalan saya dgn Ustaz Ahmad sehingga didatangi Arwah Sheikh Mahmud dialam mimpi menerangkan sesuatu yg Ustaz Ahmad tak dapat jawab masa tu.
Bila belajar SIFAT 20, terhenti kerana melihat pelajar Senior membuat amalan berlainan. No komen sebab bila saya ragu saya tinggalkan dan disini bermula bertemu guru mursyid saya setelah disarankan oleh Guru Silat Batin Sunan Kalijaga. Memang dia bertanya apa amalan dan beliau no komen. Beliau terus memberi amalan2 para Nabi dan mengatakan supaya terus beramal seperti biasa. Mata hatinya nampak, ini kelebihan Mursyid bila dia menegur akhlak kawan saya. Merajuk dia..kesian. Begitu juga sapa-sapa yg dtg bawak sijil berjela atau memakai jubah serban….hmmmm….bukan jenis itu yg dia tumpukan, yg dtg belajar kerana Allah dan ingin mensucikan diri.
Jadi dalam proses penyucian diri ini sehingga kini baru saya sedar bhw kita ni byk salah sangka dalam byk perkara dalam agama ni. Contoh amalan jampi mentera, Sunan Kalijaga juga mengajar jampi mentera, Jibril juga menjampi asalkan tidak bersalahan dgn Aqidah Tauhid. Bab Bunian ni ada yg kata Jin la dan kata sesatla belajar dan berubat dgn bunian.Pening mikir dan dgr cakap org ni pasal MURSYID amat sukar dicari yg kata-katanya benar dari ALlah. Saya terus didampingi BUNIAN, pencuri terkencing didepan rumah saya bila dengar suara berdehem, entah-entah nampak HARIMAU , bila saya cuti, kawan sepejabat dapat mencium bau yg sama (minyak athar) dan nampak bayangan saya dikerusi. Kawan sealiran yg kashaf nampak kesemua Wali Songo, Tok Kenali, Puteri Saadong dan ramai lagi dibelakang saya waktu kami makan kul 2 pagi. Saya tanya macamana dan kenapa……dia kata makhluk2 halus dari kalangan bunian dan wali-wali Allah memang berkawan dialam ghaib, mereka makhluk Allah yg baik2 dan sama-sama membantu manusia dalam memerangi jin dan syaitan .
Akhirnya, Raja Bunian memanggil saya dan mengijazahkan ILMU TITIK 9. Katanya saya tak perlu belajar dgn sapa-sapa lagi kerana ini adalah ILMU SEGALA. Pohon aje dgn niat dan insyaAllah apa sahaja penyakit dapat disembuhkan . Katanya lagi dimasa akan datang saya akan dicari orang untuk menuntut ILMU SEGALA ini. Hanya tungguuuuuuuuuuu. Bila saya jumpa artikel SEJARAH BANGSA MELAYU, BANI MIM DAN SEJARAH PERBAGAI LAGI TERMASUK TULISAN TOK SHEIKH BAB PARA WALI, baru saya sedar kebenaran kata Guru BUNIAN saya. Baru saya sedar sememangnya dialah Raja Pemerintah ALam Ghaib masa kini dan mana-mana Wali Allah yg masih hidup berada di bawah pemerintahannya. Puteri Santubong menjadi pembimbing dan penjaga isteri saya. Dialah waris Nabi ADAM di alam kayangan (baca Sejarah Bani MIM)yg dulu dipanggil dewa-dewa , tak gitu Tok Sheikh? Untungnya saya dijaga oleh Tuanku Raja Bujang sendiri dan Datok Loknal Hakim (Pawang Seluruh Dunia). Benar Tok Sheik, Puteri Saadong tiada waris.
Ini yg membuat saya mencari asal keturunan saya kerana , byk sebab kerana semasa kecil pun byk perkara mencarik adat berlaku pada saya seperti terkena air panas mendidih pun kulit tak menggelupas, tak rasa panas pun. Bukan sebab pernah mandi minyak. Dalamasa bersilat pun, takde rasa sakit pun bila kena pukulan kuat tapi bila memukul hanya perlu tolak je, kekuatannya berkali ganda. Pelik…..ramai saksi sebab saya selalu buat demonstrasi silat semasa di ITM Shah Alam. Kata orang, mereka ada nampak lelaki tua berjubah, berserban dan janggut misai sudah putih serta bertongkat. Ada yg kata nampak seseorang berpakaian pendekar. Ini yg kekal misteri kerana guru Bunian saya pun tak nak bercerita……..guru mursyid saya pun diam je. MISTERI MENYELUBUNGI….
Jadi dalam bab penyakit MIsteri ke , kronik ke saya dah tak kaji dah. Dulu selalu mengumpul kajian2 ni terutama dari Prof.Dr.Nor Hisyam (CVT), sekarang masa untuk praktikkan ILMU SEGALA ini. Minta maaf kalau ada diantara anda tersinggung dgn tulisan saya sebelum ini (mungkin ada yg kata macam baguih benor). Amok ke, Latah ke , apa sahaja kalau ingin tahu dan saksikan kebolehan ILMU SEGALA ini, silakan. Saya bukan nak cari makan dan bukan nak cari nama kerana masa saya akan sampai sepertimana kata Raja Bunian. DAN SESIAPA SAHAJA KALAU BERJIWA TAUHID, DAPAT JADI MACAM UWAIS bukan? Bukan tak penting guru mursyid bahkan guru mursyid yg akan menentukan anda dijalan yg betul atau salah. APA KATA PAKCIKLI?.
Satu cerita benar dengan harapan agar dapat para sahabat memberi komen ( samada saya dijalan yg salah, sesat dan perlu bertaubat). Ini blok mistik dan mistikal, sesuai dgn apa yg diceritakan. Wassalam.
Assalamualaikum Tuan,cerita rahsia melayu dan sejenis dengannya dah abih ke.aku dok menanti ni
Walaikum musalam Sahabat !!!.Saya tak komen apa,jika siapa faham Pecahan Alam ini dia faham lah !!!
PEMBAHAGIAN ALAM
1.Alam Amar Alam Di atas Arasy
2.Alam Arwah Alam Para ROH
3.Alam Bahut Alam Sifat sifat ALLAH…ALAM KETUHANAN
4.Alam Hahut Alam Zat ALLAH…ALAM KETUHANAN
5.Alam Jabarut Alam Para Roh
6.Alam Kabir Alam Makro kosmos
7.Alam Khalaq Alam di Bawah Arasy
8.Alam Lahut Alam Bayangan Sifat ALLAH
9.ALAM malakut Alam Para Malaikat
10.Alam Sgaghir Alam Mikro kosmos
Bila kita faham bab alam alam ini kita akan faham dari mana mereka datang !!!.Sebememang nya BAB RAHSIA ALLAH SWT,adalah RAHSIA,dan sangat sukar di bukti kan.Sesiapa pun bolih bercakap…kerana kata guru saya !!yang paling senang sekali dalam dunia ini ialah bercakap!!!tetapi untuk mencari nya perlu ada pengorbanan masa,wang,kasih sayang,kejian,cacian,fitnah dan macam macam lagi !!!.Untuk mencari INTAN DI PADANG PASIR YANG LUAS
SANGAT LAH SUKAR.Dalam diri kita sendiri pun tak habis kita nak hurai kan..bagaimana pula kita nak cari yang lain.Sebab itulah saya tidak suka nak kata itu salah,dan ini sesat kerana kita tidak tau….kecuali lah TERANG TERANG BUAT SYIRIK.Kita yang tak faham ni, kita kata lah BUNIAN itu dari JIN,tetapi sebenar nya LAIN RUPANYA !!!….kerana mereka ada alam sendiri…wallah hu waklam….ilmuku hanya lah se titik kuku hitam pun tak sampai !!!.
Asalamualaikum
Saudara Pendekar, terus terang saya katakan bahawa saya lebih banyak belajar dari komentar saudara, Tok Syeikh, Karimon, Waliqudus, Paduka, Pancaibaiduri, Ali, Eye, pendek kata semua mereka yang pernah memberi komentar dihalaman ini. Saya sebutkan semua nama mereka ini agar segala pengetahuan yang saya perolehi dari mereka diberkati. Pengetahuan yang saya curahkan di weblog ini adalah tidak lebih sekadar untuk mencuit hati.
Sukar bagi saya untuk menyatakan pengetahuan mengenai ugama ini, kerana pengetahuan yang saya perolehi adalah tidak formal. Sepatutnya saya perlu menguasai ilmu alQuraan dan hadis untuk menyatakan bab ugama. Menguasai ilmu sifat dua puloh (ilmu kalam) untuk menyatakan bab ilmu ketuhanan dan telah boleh berjalan sendiri (tanpa guru) untuk menyatakan bab kerohanian.
Jadi angaplah apa yang saya tulis ini tidak lebih dari cerita.
Saya percaya untuk memahami perjalanan syariat, hakitat, tauhid dan makrifat kita perlu benar benar menghayati sejarah hidup junjungan besar Nabi muhamad saw sepanjang hayatnya. Jika kita perhatikan Nabi saw terlebih dahulu mendidik rohaninya sebelum syariat jasmani. Nabi saw telah pergi berkhalwat ke Jabar Nur untuk berkhalwat, disitulah baginda telah didatangi Rohani malaikat Jibrail as berserta wahyu. Jika kita perhatikan Nabi saw hanya menetapkan syariat (rukun Islam) setelah menghadap tuhan (israk Makhraj). Terdapat juga peristiwa dimana tubuh badan Nabi saw telah dibedah beberapa kali oleh malaikat Jibril as untuk membersihkan hatinya sebelum bertemu tuhan.
Daripada sedikit peristiwa diatas adalah menunjukkan awal ugama itu mengenal Allah. Kita perlu berkhalwat (jauh dari ganguan dunia)untuk menghadap tuhan. Kita perlu membersihkan hati terlebih dahulu. Jika Nabi saw menerima wahyu, pada kita hanya layak disebut natijah. Kita perlu guru yang boleh menghuraikan natijah yang kita perolehi, iaitu mereka yang telah sampai ke destinasi yang tersebut. Seperti yang saya sebut, dialam rohani kita akan bertemu berbagai keadaan rohani seperti yang dialami Nabi saw ketika naik ke langgit.
Mandi, wuduk, solat, berzikir, membaca ayat al Quran dan berselawat adalah bertujuan untuk membersehkan rohani dan jasmani. jika kita gunakan amalan tersebut untuk pekara selain daripada membersihkan diri maka hanya pekara itulah yang kita perolehi. Sebab itu mereka yang menggunakan amalan zikir, membaca ayat alquran beratus ribu kali pun untuk membersihkan diri tidak memperolehi sebarang kehebatan malahan merasa lebih kedaifan. Hanya mereka yang berzikir dan mengamalkan ayat alquraan untuk menjadi hebat sahaja yang mudah menjadi hebat.
Jika kita perhatikan dizaman Rasulullah saw tidak ada hospital, klinik, tabib,dukun, bomoh dan pawang. Jika kita percaya amalan ugama itu boleh membina kesihatan rohani, jasmani, jiwa dan raga sudah tentu kita hanya memerlukan guru ugama untuk mencegah segala penyakit rohani dan jasmani. Kenapa kita berugama hari ini tidak boleh mencegah segala penyakit ?.
Saya pun kadangkala hairan bagaimana guru ugama dan mereka yang ahli ugama boleh mengalami penyakit kronik seperti kencing manis, lemah jantung dan mati pucuk ?. Sepatutnya orang islam boleh mengawal pergerakan darah (jantung), saraf (daging), nafas (nyawa) dan tenaganya hidup). Kalau sakit demam itu biasalah untuk mengeluarkan kekotoran, Nabi saw pun sakit.
Dalam bab syariat kita memerlukan amalan yang sama seperti dalam rukun Isla. Tapi dalam bab latihan kerohanian, mungkin kia memerlukan kaedah yang berbeza. Jika kita perhatikan Saidina Abu Bakar ra, Saidina Umar ra, saidina Uthman ra dan saidina ra mempunyai tarikat yang berlainan untuk latihan kerohaniannya. Sebab itu mereka masing masing mempunyai sebuah masjid yang berasingan. Begitu juga kita lihat kelebihan kerohanian setiap Nabi Allah itu berbeza, jika Adam as pada jasadnya, Musa as pada kalamnya, Ibrahim pada Akalnya dan Isa pada jiwanya. Kecuali Nabi Muhamad memiliki rohani yang paling sempurna.
Kesimpulannya buat sementara ini, amalan tarikat ini adalah untuk membersih jiwa, raga, rohani dan jasmani. Dalam lain perkataan untuk menyembuh penyakit jiwa, raga, rohani dan jasmani. Mungkin kaedah amalan isteri dan saudara Paduka pada masa ini lebih sesuai untuk membersih rohani dan jasmani oleh itu ia telah boleh menyembukkan penyakit yang dialami lebih berkesan.
Jika saudara Pendekar merenung sejenak kebelakang keadaan saudara sebelum beramal membersehkan rohani dengan sekarang, saya percaya keadaannya sangat jauh berbeza, dan itulah sebenarnya apa yang saudara perolehi selama ini, bersyukurlah kita kepada tuhan semoga ditambahnya lagi. Cukup setakat ini dulu, panjang sangat nanti karimon marah, kerana mungkin hanya menyemakkan lamannya aje. Kepada semua pengunjung Karimon,s blog saya sangat berharap samoga komentar saya ini tidak menyinggung mana mana pihak.
Wasalam.
Waalaikumusalam ciklii,ada hang puji aku jugak ya namun seperti kita sedia maklum segala pujian hanya untuk Allah swt kita ni pun dianugerahkan oleh Allah ilmu pengetahuan dan kita belajak pun dengan pelbagai cara dan sumber.Aku pun belajak dari hang,TS waliqudus,pendekar,dan ramai lagi kalau aku nak sebut.Sebenar banyak yang boleh kita pelajari dari blog wak karimon ni,ada yang tersurat dan ada yang tersirat.Dalam berbincang ni ada waktunya kita jadi panas sikit tapi bagi aku biasalah tu adik beradik berkelahi esok2 baik pulak.hang tegur aku,aku pun tak terasa hati pun,bahkan aku balas jugak teguran hang,yang betul aku akui yang salah aku komen balik,kan ini akan berbincang,usah simpan dihatilah,kalau ada silap dan salah sama2 kita minta maaf,tak rugi kita belajak merendahkan diri kita bahkan kita untung dan dihurmati oleh orang lain.macam aku katalah hang ni kuat menegur tapi dalam masa yang sama hang mencurah maklumat dan ilmu,inilah salah satu sifat yang aku puji ada pada hang.aku puji hang ni kerana Allah Taala bukan kerana nak minyak lintah hang tu,aku pun dah ada minyak lintah dan minyak ikan belacak sampai bini aku geleng kepala ciklii dia kata abang nak jadi macam kepala keretapi ke nak nak mengelungsur,apa punya bini aku nak beri nikmat syurga dunia kat dia.
Waliqudus pun aku jolok suruh dia masuk balik dalam blog ni,aku suka tengok hang pa semua macam dulu berkerjasama,bukan bergaduh lagu ni.Waliqudus pun mesti nak faham jugak adatlah berbincang ada masa panas tapi jangan dok pergi curah petrol.Hang dengan TS best gaduh2 berbaik balik,gitulah adatnya.Ingat yang rugi kita semua bila bergaduh apa faedah pun tak ada.Bagi aku blog karimon dah cukup baik untuk kita sama2 menimba ilmu.TS dan pendekar dan hang ciklii sudi menjawap pertanyaan bahkan TS pun pernah kata kau orang kenalah tanya supaya senang kami menjawap.
robbana la tuziq qulubana bakdaiz hadaitana wahablana milladun karohmah innaka antal wahab.. amalkan lah doa ni setiap solat.
jaganlah kita merasa selesa dgn amalan kita sekarang..Allah berkuasa menarik nikmat iman yg Dia berikan pada kita pada bila2 masa..awal segala dosa pada makhluk yg beriman adalah UJUB pada diri sendiri..kemudian menjadi riak menunjuk2..dan akhirnya menjadi takbur. maka terbatal lah segala amalan walau seribu tahun..
semoga kita dlm rahmat dan lindungan Allah dlm meniti jalan menujuNya..
tetibe je dpt ilham..hehe.
Benar kata hang panca kebanyakan ahli tarikat atau murid tasauf tumbang kerana riak dan ujub tanpa disedari,sifat merendah diri,berlemah lembut dan menghurmati sering diabaikan.Dah lagu tu macam mana nak dapat petunjuk.Hati belum bersih macam mana nak dapat dikatakan istana Allah.Belajak nak tinggi tapi asas2 fail.Nabi dok suruh masuk tandas kaki kiri keluar kaki kanan tpi banyak yang tak ikut hentam masuk aja kemudian nak mengaku umat dia apa Nabi suruh tak buat.berapa kerat diantara kita yang sebelum tidok muhasabah diri kita,apakah pada hari ini ada aku lakukan kebaikan dan kejahatan baik jahat lidah mulut atau hati,jika baik syukur kepada Allah jika sebaliknya mohon keampunan dengan segera kerana tidok itu sebahagian dari mati.Aku ingat lagi wak karimon pernah kata kat aku dulu macam mana nak capai yang tinggi kalau setiap anak tangga tidak kita pijak dulu.
Walaikummusallam Pakciklioo !!!.Memang sebenar itulah sebenar nya uslub ilmu iaitu membersih kan diri dan hati,dan terus ke hadrat Illahi.Bagi diri saya yang tak berilmu ini,saya mengamal kan sedikit sedikit..tetapi istiqamah,zikir saya sedikit,solat sunat saya pun sedikit.Tetapi memakan masa lama malah bertahun…dan satu lagi saya sangat suka tempat yang sunyi,bagi saya supaya orang tak tahu..saya berzikir….saya lebih suka orang kata saya..ROCK…Tak tau apa…bukan kerana apa,saya memang suka begitu..entah lah..Tetapi bila anda menulis bagitu,saya memang setuju benar !!!pada asal nya,saya menuntut ilmu bukan nak ubat kan orang,tetapi bila guru guru saya menyuruh saya menolong orang,saya jadi minat pula,melihat pesakit saya baik.Tapi pada awal lagi saya akan kata kan,saya hanya lah tukang baca doa !!!.Sampai ada sekali saya mahu berhenti mengubat orang..tetapi nenek saya marah kan saya.Saya bertindak bagitu kerana kata saya nanti orang DEWA DEWA kan saya.Nenek saya kata,semua nya terpulang pada KITA.Jika kita nak suroh orang dewa kan kita…ALLAH berikan,tapi jika nak ubat kan orang kerana ALLAH SWT beri kan ilmu untuk tolong orang,ALLAH SWT akan berikan juga…jadi terpulang pada niat dan nawaitu kita !!!.
salammmmm….
jika kita lihat pada alam….. sepertimana kata tok syeikh….
ada banyak jenis alam….
setiap alam ada penghuni nya….
begitu juga syurga itu bertingkat tingkat….
setiap tingkat lain tahap penghuni nya…
bermain main dialam bunian….
hanya terkenal kita dialam nya…
diangkat jadi ketua mereka…
mungkin juga terperangkap kita disana
bermain main kita dialam jin…
hanya terkenal kita dialam jin…
mungkin jin takut kita dan senang dapat habuan…
bermain kita dialam roh…
berbagai kerenah tak sudah sudah…
lalai leka kita kat sana…
roh sendiri bagaimana hentah nya…
bermain kita dialam kewalian…
berbagai keajaipan hikmat dan nikmat.
terasa hormat dan selamat..
tiada sedar kita dah nak tamat..
dunia ini alam balalah…
alam proses alam ujian…
berbagai rahmat nikmat dan hikmat…
dari allah untuk semua rasai…
datang dari allah kembali ke allah..
datang suci kembali mahu suci juga…
jalan pulang jalan kembali…
sudah pasti mahu dicari…
timbang timbang lah sendiri…
pilih pilih yang mahu dicari…
agar nanti tidak disesali…
bila dipanggil mari…mari…mari…
mana mahu lariiii….
Asalamualaikum
Saudara Paduka, aku tengah duk kalut hantar intri webloh yang baru aku buka. Alhamdulilla semua weblog tersebut tersenarai di blog terhebat wordpress hari ini, Ni aku sedang habiskan cerita Asal usul orang Melayu…panjang sungguh. Bagaimana pun aku nak bagi peringat diri aku dengan hang sikit (cakap kena belapik sikit, jika tidak nanti kena tempelak dek abang kamu seperti dalam intri rapatkan saff pulak).
Amalah tarikat itu membersihkan diri, jemaah tarkat itu tolong menolong membersehkan diri. Membersehkan diri orang yang bukan jemaah tu mengubati penyakit kesan dari kekotoran diri yang mereka alami. Bukan senang mengubat penyakit ni, silap gaya kekotoran yang mereka miliki terpalit pada tubuh badan kita yang mengubati. kalau kita tak ubati pun bahaya juga nanti digangu gugatnya masyarakat, maka mengubati manusia ini fardu kifayah, kalau Tok Syikh dan Pendekar dah buat terlepaslah tanggung jawab kita. Membersih diri kita fardu ain, takkan kita minta tolong orang lain membersihkan diri kita kecuali masa kecil dulu. Itu pasal orang yang datang berubat perangainya selalu macam budak kecik. Menjauhi benda yang haram tu wajib, kerana benda yang haram membina penyakit. Menjauhi yang makhruh itu supaya tidak membina kekotoran.
Amalan ahli tarikat adalah setelah berjaya menjauhi perkata yang haram yang membina penyakit dan menjauhi benda yang makhruh yang membina kekotoran. Kerana amalam ahli tarikat adalah membersihkan diri, iaitu perlu melakukan perkara yang sunat sunat apatah lagi yang wajib, terutama sunat muakad (diberatkan). Kerana ahli tarikat banyak melakukan perkara sunat, kadangkala nampak lain macam sikit. Sebagai contoh perlu sentiasa menutup kepala terutama ketika masuk tandas supaya tidak ditawajuh syaitan ubun ubunnya (syaitan banyak dalam tandas).
Bab zikir ni kalau boleh biarlah sehingga dia berzikir sendiri, seperti darah yang mengalir sendiri yang membersih dalam tubuh badan. Tak perlulah sehingga berbuih mulut berzikir tapi darah maseh mengalir lesu untuk memberseh kekotoran. Jika boleh pastikan darah, daging dan nafas kita sentiasa berzikir. Biarlah kalimah Allah meliputi diri kita sehingga melimpah ruah memenuhi langgit dan bumi yang menghambat hantu dan syaitan. Jika ada hantu syaitan menggangu, jika boleh berilah tempuh masa yang tertentu untuk mereka berpindah, seperti dua tiga hari. Kita pun tidak boleh membunuh hantu syaitan sewenang wenangnya, kerana mereka pun makhluk Allah, kecuali sabit kesalahan yang layak dihukum bunuh, jika tidak memadailah diperambatkan saja. jika ada hantu syaitan yang teruk sangat ganguannya dan tak habis habis, campakkan saja kedalam neraka, kerana dengan cara itu sahaja mereka tak boleh kembali atau hidup semula,jika tidak letih.
Wasalam
Wasalam.
Hang ni rajin sungguh ciklii,hang usah fikir tentang kalut tu apa yang buat tu dikirakan cukup baik dah,gua tabik sama lu ciklii.Ni aku dengar wak karimon cakap TS gi terengganu nak nikah sorang lagi atau aku tersalah dengar kot.Hang cakap bab zikir tu tepat sekali ciklii wat pe berbuih mulut macam ayak laut atau macam lembu kena sakit mulut dan kuku.Biar darah,hati dan jantung kita buat keja untuk kita.itukah zikir yang dikatakan tiada huruf dan suara ya ciklii.Hang kalau sesekali bermadah berbicara mengusik kalbu aku ciklii.Tu sebab aku rasa abang kita sayang kat hang.Beginilah ciklii kita yang dah meningkat tua ni banyak orang salah tafsir diri kita ni.kita tegur baik depa merajuk,kita marah sikit depa merajuk.walhal depa tak tahu kita marah kerana kita sayang kat depa,kalau kita tak sayang kat depa kita buat tak peduli aja mampus pi la depa,bukan kita dapat apa2 pun keuntungan,tapi kerana sayang pada depa bangsa kita seiman dengan kita maka kita tegur dan marah,adat abang la mula2 tegur bila tak dengar marahlah kan gitu abang ciklii.aku bebel bab hang pun tapi aku setuju jugak dengan sesetengah pendapat hang,tu sebab aku tak marah pun hang kenakan aku.
Asalamualaikum
Saudara Paduka, saya suka menggigatkan diri saya dan saudara. Syarat kita untuk menemui tuhan itu ada dua pekara iaitu pertama meninggalkan dunia, keduanya mati.
Rasulullah s.a.w, “Apabila cucu-cucu Adam meninggal dunia, maka terputuslah amalannya, kecuali tiga (perkara), iaitu shadaqah jariyah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakan (orang tua) nya.” Riwayat At-Tarmizi.
Jadi tanda kita telah menemui Allah swt, tiga tanda diatas ini perlulah ada pada diri kita, fikir fikirkanlah.
Wasalam.
Assalamualaikum wbt…
Kata Pancabaiduri “jaganlah kita merasa selesa dgn amalan kita sekarang..Allah berkuasa menarik nikmat iman yg Dia berikan pada kita pada bila2 masa..awal segala dosa pada makhluk yg beriman adalah UJUB pada diri sendiri..kemudian menjadi riak menunjuk2..dan akhirnya menjadi takbur. maka terbatal lah segala amalan walau seribu tahun..”.
Saya setuju sekali, tu sebab pada awalnya kurang selesa nak bukak bab ni. Namun sebab blog ini memang sesuai dgn apa yg kita bicarakan dan nama sebenar serta gambar pun takde maka , tiadalah rasa nak berujub ke riak ke malah takbur jauh sekali heheh . Dalam blog Pakcikli tu ada gambor lukisan PENDEKAR, bukan saya kan Pakcikli, mana ada kita jumpa lagi heheh. Yg ada cuma Tok Sheikh, Wan Karimon pun boleh dilihat pada blog Tok Sheikh.
Janganlah menyangka kita bercerita disini nak mempamirkan kehebatan. Kita berkongsi pengalaman, kalau ada sesiapa yg perlukan bantuan, kita pun sudi membantu bukan nak menyombong pun. Tok Sheikh pun melibatkan diri sepenuh masa dlm perubatan, silakan kesana kalau sesiapa perlukan rawatan. Bagi diri saya, masanya amat terhad. Di blog ini shj kita berpeluang bercerita mengenai alam misteri dan bertanya kemuskilan. Di luarsana kita keseorangan tiaaada teman bicara. Disini kita berpeluang menimba ilmu malah kalau ada sikit2 ilmu didada curahkan lah utk menafaat bersama. Bukankah itu shj yg tinggal seelepas berpisaah nyawa dan jasad, yakni ilmu yg bermanafaat.
Pemerintahan Tuanku Raja Bujang adalah di Istana Kota Raja di Riau bukan alam nyata taapi alam ghaib, pemerintahan paling tua di Indon menurut guru zahir saya, bukan Istana Kota Lama (tapi ianya berdekata) Palembang.
Paduka, saya akan sambung artikel Rahsia Bangsa Melayu, Bangsa MIM dan pelbagai pendedahan serta konspirassi Yahudi ni pada minggu deeepan, bila kembali ke opis daaaa.
Sekian, terimakasih segaala atas komen2 para saahabat. Wassalam.
saya ni memang suka memberi nasihat..walau pun xla tua sangat sbb anak baru seorang umur pun baru 4 bulan.tp matang kot. hehe..
“ramai orang suka memetik bunga yg indah dipandang tapi saya lebih suka menjaga akarnya..”
kecantikan bunga yang dipetik hanya sementara..tapi kalo kita suburkan tanahnya dan siram setiap hari insyallah kita akan melihat keindahan bunga silih berganti sepanjang masa. malah berguna pula pada orang lain..
yg xpaham..paham2kan la ehh.
untuk kajian terperinci mengenai asal usul bangsa melayu..saya cadangkan laman web MISTISFILES..gerenti ok 1000%
Aalamualaikum
Saudara Pendekar, saya suka menyihati (nasihat) diri saya dan saudara bahawa terlalu mudah amalan orang dahulu yang kita anggap jahil untuk mengenal tuhan. Amalan orang dahulu untuk mengenal tuhan hanyalah bermula menyebut nama tuhan yang Maha Pengaseh dan Penyayang ketika memulalan setiap perbuatan, mengucapkan salam dan mencintai setiap amalan.
Jika dilihat orang dahulu menulis mereka bukan sekadar memulainya dengan selawat dan salam malahan memuji muji tuhan semesta alam. Mereka bukan sekadar menulis dengan perkataan yang tepat malahan dengan ayatnya yang sempurna. Segalanya mengambarkan bagaimana mereka mencintai amalan yang mereka lakukan dan kesihatan rohani dan jasmani yang dimiliki.
Berbeza dengan kebanyakan orang sekarang yang bila menulis kedekut dengan selawat dan salam, bayangkan bagaimana mereka yang mendakwa dari keturunan yang mulia terlalu liat menyebut nama tuhan as Salam ketika mula menulis. Bayangkan bagaimana mereka yang mengaku sudah beranak bini yang perkataan dan ayatnya bila menulis macam kanak kanak. Bayangkan betapa sakitnya jiwa orang dewasa yang maseh bercakap macam kanak kanak. Bila orang tua macam kanak kanak perangainya sudah tentulah hodoh sekali kerana mereka tahu rahsia dalam kelambu dan suka menyampuk cakap orang tua serta suka menyalak bila ditegur.
Bila masakah mereka yang seumpama ini menulis dengan dimulai menyebut nama tuhan. Apakah tulisan komentar yang dipersembahkan kepada kita dihalaman ini tidak layak dimulai dengan menyebut nama tuhan dan tulisan serta perkataan yang lebih sempurna.
Makan adalah punca yang membina penyakit (haram) dan amalan yang membina penyakit (haram) adalah punca kepada penyakit rohani dan jasmani. Oleh itu kita perlulah berhati hati dalam usaha mencari sumber rezeki menanggung anak bini. Anak anak yang ditanggung dari sumber yang haram boleh menjadi anak haram. Kita boleh melihat dengan jelas bagaimana kakitangan kerajaan berkerja hari ini untuk mencari rezeki. Banyak dikalangan mereka yang curu tulang, curi masa dan mencuri harta benda kerajaan (penyalah gunaan) untuk menanggung anak bini.
Kesan daripada rezeki yang haramlah melahirkan mereka yang kedekut menyebut nama tuhan, selawat dan salam apatahlagi mengucapkan kesejahteraan. Perkataan dan ucapan yang keluar dari mulut mereka yang sakit rohani dan jasmaninya sudah tentulah tidak sempurna. Sebab itu saya katakan perangai mereka yang sakit sering macam budak budak.
Tujuan kita adalah sekadar mengembangkan ilmu pengetahuan. Oleh itu kita sentiasa mengubah setiap ilmu pengetahuan diwebsite untuk mengembangkannya supaya lebih mudah ditemui pelayar samada menerusi injin carian atau dari pautan di laman web yang mereka sukai. jikalau ada pelayar yang telah berjaya menemui sumber pengetahuan yang kita kembangkan tidak perlulah berlagak bagai anjing yang dilepaskan dari tersepit atau kacang lupakan kulit.
Diweblog ini kita telah menyatakan panjang lebar mengenai pokok, kayu, teras dah bunga, jika kita maseh keliru mengenai kegunaannya, ketanah pula perginya adalah amat malang sekali.
Seperti yang saya sering ucapkan terlalu banyak pengetahuan yang dapat saya pelajari dari weblog ini, terutama mengenai sifat mazmumah dan mahmudah pemberi komentarnya. Kita tunggulah bagai mana orang tua yang menjerit seperti kanak kanak atau merajuk selepas mentapi tulisan komentar saya ini !.
Wasalam.
waalaikum mussalam warahmatullahi wabarakatuh..terasa gak aku ngn penangan pakciklioo ni. tapi sy tau dia ikhlas. time kasih atas nasihat tu. sy sentiasa berlapang dada.. ciklioo tahu kan apa makna “warahmatullahi wabarakatuh”. jadi kenapa xguna. itukan sebaik2 salam..berbanding Aalamualaikum.
setiap manusia berbeza perwatakan dan perangai. perangai sy mmg macam budak2 tapi sy suka berkawan ngn orang tua..saje je biar orang tua2 ingat sy xtau ape2. jadi gembira la diorang turunkan ilmu dan pengalaman pada sy. orang tua ni sensitif..kalo dia tengok kita cam belagak pandai jawabnya ilmu diorang simpan sampai dalam kuburla..rugi. sy tau sebab sy jaga arwah atuk sy sampai dia meninggal. Alhamdullillah disamping dapat pahala dan rahmat Allah, dapat juga ilmu.
“Diweblog ini kita telah menyatakan panjang lebar mengenai pokok, kayu, teras dah bunga, jika kita maseh keliru mengenai kegunaannya, ketanah pula perginya adalah amat malang sekali.” mungkin statment ni tuju kat sy kot(mungkin je..)kalo iya dibawah ni jawapan sy.
“kecantikan bunga yang dipetik hanya sementara..tapi kalo kita suburkan tanahnya dan siram setiap hari insyallah kita akan melihat keindahan bunga silih berganti sepanjang masa. malah berguna pula pada orang lain..” maknanya ialah:-
zaman sekarang ramai orang suka belajar ilmu tahap tinggi, belajar tasauf dan tarekat untuk mendapatkan kenikmatan beribadat(bunga). tapi ada segelintir orang tidak menguatkan asas agama, akidah dan iktikad(akar/kesuburan tanah) terlebih dahulu..tu je.
saya cadangkan website “Mistisfiles” sebab sy da baca semua isi kandungannya. tapi sy suka pasal asal usul bangsa melayu dan apa kaitan melayu ngn yahudi. lagi satu pasal senjata api yg melayu buat sendiri sebelum org eropah datang iaitu terakol, pemuras, istinggar, lela dan lela rentaka.
Alhamdulillah nampaknya semua para komentar saling bertukar pengetahuan dan ilmu maka disini ianya dapat menjadi pengajar untuk diri saya sendiri
Assalamualaikum wbt…segala puji untuk Allah SWT, selawat dan salam utk baginda Junjungan.
Kata Pancabaiduri “setiap manusia berbeza perwatakan dan perangai. perangai sy mmg macam budak2 tapi sy suka berkawan ngn orang tua..saje je biar orang tua2 ingat sy xtau ape2. jadi gembira la diorang turunkan ilmu dan pengalaman pada sy. orang tua ni sensitif..kalo dia tengok kita cam belagak pandai jawabnya ilmu diorang simpan sampai dalam kuburla..rugi. sy tau sebab sy jaga arwah atuk sy sampai dia meninggal. Alhamdullillah disamping dapat pahala dan rahmat Allah, dapat juga ilmu.”
Jadi kesimpulan saya saudara Pancabaiduri sudah cukup pandai dan berilmu sehingga kalau orang lain mencurahkan ilmu untuk dikongsi maka anda rasa anda tidak memerlukannya.Bukankah kata-kata anda diatas menunjukkan sikap UJUB, RIAK DAN TAKABBUR …”jadi gembiralah diaorang turunkan ilmu dan pengalaman..
Tiada manusia yang berilmu dan pandai sendiri…”Barangsiapa yang mengamalkan apa yang dia ketahui maka Allah SWT mempusakakan dia akan ilmu yang tidak dia ketahui”.Tok Sheikh, Pakcikli,Karimon, Waliqudus dan Neo antara komentar yg telah menarik minat saya untuk joint blog ini untuk turut sama berkongsi ilmu seadanya. Kami pun bukan ULAMA, hanya menyampaikan “Sampaikan dariku walau satu ayat”, itu pesan Rasulullah, sifat TABLIGHnya kami terap kedalam diri kami untuk pengetahuan buat mereka yg belum mengetahui dan sedang mencari.
Saya juga ada tekankan ilmu asas fardhu ain supaya “yang mencari” tau apa yg patut di perbuat dalam menuntut ilmu. Dalam Kitab Kashfu AL Asrar ada menyatakan bahawa yang layak menjadi guru Agama hanyalah mereka yg mencapai maqam IHSAN iaitu yg mencapai maqam musyahadah dan muraqabah.Mereka ini sudah melepasi 3 maqam nafsu ahli neraka dan bermukim di Maqam Nafsu Mutmainnah maka segala kata-kata mereka adalah dari Allah (sumber Ilmu Laduni). Pengkomen tegar di blog ini masing-masing ada guru mursyid termasuk saya dan kami cuma menyampaikan apa yg kami dapat agar bila berpisah nyawa dan jasad , ada juga ilmu yg mermanafaat yg kami curahkan.
Mencurah pengalaman kami untuk mereka yg sedang mencari dan mengetahui apa yg ditinggalkan oleh DatuK Nenek Moyang kita yg dihapuskan oleh Penjajah dalam mengetahui RAHSIA DIRI. Begitu juga apa yg dibicarakan di Mistisfile, apa tujuan dia? Matlamat kami hanya satu iaitu berkongsi ilmu
dan “menyampaikan”. Bagi yg dah rasa pandai walau umur setahun jagung takkan ada rasa nak belajar dan menyampaikan sebab “KEAKUAN” . ITU LAH SIFAT sang iblis, merasakan diri cukup berilmu, cukup amal dan cukup warak sehingga tidak mendoakan diri sendiri bila Sang Malaikat kata akan ada penghuni langit akan kena laknat.
Wassalam……..
Assalamualaikum wbt..Bismillah…
M-Theory Vs Teori M(Makrifat) Sufi
Manusia yang mengaku dirinya hebat dan mempunyai akal yang bijak,yang tidak mahu menerima kehebatan Allah SWT sebagai Yang Maha Pencipta seluruh alam ini telah sekian lama mengkaji dan menyelami ilmu berpandukan akal mereka yang terbatas.
Mereka mengkaji kejadian alam ini dan merumuskan beribu-ribu teori sains dengan mengaplikasikan ilmu matematik dan fizik demi untuk membuktikan kepada dunia yang alam semesta ini terwujud dengan sendirinya dan berjalan mengikut sifat semulajadi masing-masing.
Lebih teruk dan bodoh dari itu ,mereka menggunakan logik akal untuk mengatakan Tuhan tidak wujud atau “God is Zero” seperti berikut : [ sila lihat youtube ini hingga ke minit yang ke 3.50 sahaja!]..merekalah sebenarnya yang paradox…atau mungkin merekalah sebenarnya yang paranoid dan memerlukan antipsychotic atau antidepressant….
Namun semakin hari mereka sebenarnya semakin buntu untuk menemui kebenaran! Teori yang paling hebat dizaman mereka akan di-tong-sampahkan oleh generasi yang menggantikan mereka!Semakin mereka mencari jalan untuk tidak mengakui kewujudan Tuhan semakin dekat mereka denganNya Yang Maha mengetahui!
Para ilmuan kini mulai percaya bahawa adanya alam ghaib dan berkeyakinan bahawa manusia sudah memahami sehingga ke dimensi yang ke-11,malah mereka mula tertanya-tanya apakah atau siapakah yang mendiami dimensi ke-11 itu…..
Artikel-artikel menarik dibawah saya ambil dari blog Mistisfile ,M.O menceritakan dengan menarik sekali bagaimana manusia mengkaji kejadian alam semesta ini sehingga lahirnya berbagai teori sains berkaitan dengan jisim dan dimensi.Sila baca semula apa yang ditulis oleh M.O dalam blognya seperti berikut :
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Artikel Pilihan 1:
Tajuk : Asal usul matrix
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal. (Yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Robb kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka”
(QS. Ali Imran: 190-191)
Bentuk atom,molekul atau apa jua zarah yang kita belajar di sekolah dahulu sudah tentu digambarkan berbentuk bulat.Model atom yang popular,dan ya…sudah tentu di kalangan anda yang mengambil jurusan sains masih ingat bagaimana anda melukis bulatan yang di dalamnya adalah nukleus;terdiri dari neutron dan proton.Kemudian anda perlahan-lahan melukiskan orbit-orbit dan ada bulatan-bulatan kecil mewakili elektron.Itulah dia model atom yang dipopularkan oleh Neil Bohr,ahli Fizik Denmark yang pernah menang Hadiah Nobel.Model atom standard ini telah digunakan dalam Teori Kuantum dan Pemalar Planck.Semenjak itu orang dapat membayangkan bagaimana dunia ini terbentuk.Tetapi model ini tidak dapat menjawab banyak persoalan Fizik dewasa ini.Dan sudah pasti di dalam masalah Fizik yang lebih besar seperti masalah Lohong Hitam dan keruntuhan bintang,model ini akan dibakul sampahkan serta-merta tanpa prejudis!Model Kuantum dan segala persamaan Matematik-Fizik tidak dapat bernafas dengan baik di dalam Lohong Hitam!
Mungkin ini masanya String Theory menunjukkan aksinya!
String Theory dan Rahsia Dunia Yang Fana
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis hewan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan”
(AlBaqarah ayat 164)
Orang yang menemukan teori ini berpendapat masalah yang terjadi disebabkan kita salah memandang bentuk zarah.Jadi masalah Fizik yang dihadapi adalah pada ‘bentuk’.Mereka menjelaskan bahawa zarah-zarah yang membentuk alam semesta ini bukanlah berbentuk bulat,tetapi berbentuk tali-temali atau istilahnya ‘string’.
String berukuran sangat kecil, iaitu berjuta-juta kali lebih kecil dari quark. Untuk membayangkan ukuran string yang sangat kecil ini, bayangkanlah bila sebuah atom adalah sistem solar kita, maka sebuah string berukuran sehelai rumput di bumi. String yang amat kecil ini dianggap hanya memiliki panjang saja (1 Dimensi ruang) bergetar dan variasi getarannya itulah yang menghasilkan apa yang kita lihat sebagai partikel-partikel. Para pengusung teori string ini mengatakan bahawa string adalah satu-satunya bahan asas pembentuk ruang dan waktu. Yang kita lihat sebagai beraneka ragam partikel itu sebenarnya adalah hasil variasi getar string-string yang sama.Maksudnya seperti partikel foton yang membentuk cahaya dan udara berbeza kerana frekuensi getaran string yang berbeza.
LIHAT,PERBEZAAN FREKUENSI SAHAJA AKAN MENGUBAH RUPA PARTIKEL.Contohnya bunyi dapat didengar oleh kita tapi foton tidak,tapi kita dapat melihatnya (cahaya).Graviton pula kita tidak dapat melihat atau mendengarnya tapi kita dapat melihat kesan yang ditimbulkannya (graviti).
JADI TIDAK HAIRANLAH JIN DAN SYAITAN,KITA TIDAK DAPAT MELIHAT MEREKA.Tidak ada kepelikan dengan sifat ‘ghaib’ mereka kini,jika kita dapat berfikir secara saintifik kewujudan mereka.
Ingat masalah Teori Kuantum yang tidak menerima daya graviti?Dunia Kuantum tidak dapat menghitung daya graviti yang seolah-olah lesap dalam suasana atom,proton,neutron,quark dan bozon.Tetapi dengan menerima idea String Theeory ini maka perhitungan atau persamaan matematiknya menjadi berubah sama sekali.Dunia Kuantum yang tadinya mengabaikan daya graviti sekarang dapat menerima daya graviti tersebut sebagai sebahagian dari persamaan matematiknya,atau dengan kata lain boleh dikatakan telah ditemui daya graviti di alam kuantum. Teori Relativiti dan Teori Kuantum berjaya disatukan.Setakat ini,Teori String adalah teori terhebat yang memimpin kepada Theory of Everything;Teori Segalanya.
Bagaimana String Theory muncul? Pada tahun 1968,seorang ahli Fizik muda berbangsa Itali, Gabriele Veneziano,(kini bekerja di CERN) telah mempelajari persamaan matematik yang menjelaskan daya nuklear kuat. Beliau menemui persamaan ini membuka jalan pada penelitian daya tersembunyi di teras atom. Kemudian penelitian menimbulkan tarikan ilmuwan lainnya, Leonard Suskind dari Stanford University yang melihat bahawa persamaan tersebut menunjukkan sesuatu yang tersembunyi, sebuah partikel yang memiliki struktur dalaman yang boleh melendut dan meregang. Partikel ini bukan berbentuk titik atau bola, namun berbentuk string yang secara alami bergerak lentur.
Pada tahun 1973, seorang ahli Fizik sedang melanjutkan pemerhatian terhadap masalah string ini.Beliau ialah John H. Schwarz dari California Institute of Technology, mengemukakan bahawa jika string ini benar, maka string akan mampu menjelaskan banyak misteri alam ini. Schwarz berhasil menarik perhatian para ilmuwan dunia dan orang mulai banyak bergabung mendalami teori radikal ini.
Namun teori string mengalami halangan besar,iaitu terdapat beberapa keanehan pada perhitungan atau persamaan matematiknya. Pertama, teori string melibatkan sebuah partikel berjisim kosong dan partikel tachyon, iaitu partikel yang bergerak lebih cepat dari kecepatan cahaya. Telah disentuh sebelumnya bahawa Teori Relativiti tidak membenarkan adanya objek yang bergerak melebihi kecepatan cahaya. Teori string hampir-hampir tumbang.
Michael B. Green dari Cambridge University bergabung dengan Schwarz untuk mengkaji persamaan matematik Teori String ini lebih dalam. Pada tahun 1984 ,mereka berhasil meniadakan keanehan tersebut. Mereka menemukan bahawa partikel aneh yang menjadi halangan teori ini sebenarnya adalah “graviton” iaitu partikel untuk daya graviti.
Peristiwa yang sangat bersejarah ini dicatat sebagai salah satu yang menggemparkan dunia. Schwarz dan Green menemukan daya graviti dalam persamaan mereka. Mereka berjaya menghilangkan ‘anomalies’ itu sekaligus mengukuhkan String Theory.
Selepas itu semakin ramai yang mengikuti String Theory ini sehinggalah mereka menemui masalah lain di mana String Theory ini melibatkan dimensi tambahan.
Seperti yang dijelaskan sebelum ini bahawa kita hidup di alam dengan 3 dimensi-ruang iaitu panjang, lebar, dan tinggi ditambah 1 dimensi waktu menjadikan jumlahnya 4 dimensi ruang-waktu. Namun string harus bergerak di lebih dari 3 dimensi ruang itu. String harus bergerak di 9 dimensi ruang! Sehingga menurut teori string, alam yang kita tinggal ini sebenarnya memiliki 10 dimensi ruang waktu.
Lalu dimana dimensi-dimensi ruang lainnya? Mengapa kita tidak mampu melihat atau merasakannya? Sekali lagi Kaluza dan Klein mencadangkan bahwa 6 dimensi ruang ini berukuran sangat kecil sehingga tidak mampu diperhati.
Namun kemudian orang mulai menerima kehadiran dimensi tambahan ini karena memang seharusnya ada dimensi tambahan di alam ini bagi string untuk wujud. Kemudian mereka mendapati terdapat 5 teori string kesemuanya!Ini merupakan masalah besar. Bagaimana sebuah teori segala hal hadir dalam 5 versi? Setiap teori sama-sama benar namun memiliki perbezaan asas pada persamaan matematiknya.
M-Theory
Kemudian pada tahun 1995, pada konvensyen Fizik sedunia, seorang ahli Fizik yang kemudiannya menjadi sangat terkenal, iaitu Edward Witten, dari Institute for Advance Study, menerbitkan kertas kerjanya. Edward Witten digelar sebagai orang tercerdas di planet bumi ini dan mendapat panggilan “the true successor of Einstein”, beliau berhasil menggabungkan kelima teori string menjadi sebuah teori tunggal iaitu M-Theory.
Witten mengemukakan bahawa kelima teori string itu sebenarnya hanyalah ragam cara melihat suatu perkara yang sama. Kita bagaikan berada dalam ruangan gelap gelita dan saling meraba seekor gajah yang sama di depan kita. Sebahagiannya meraba kepalanya, sebahagian meraba kakinya, yang lainnya meraba belalainya dan ada yang meraba badannya, begitulah Edward Witten memberikan penerangan di dalam ruangan, barulah orang menyedari bahawa sebenarnya mereka semua meraba seekor gajah yang sama!
Penerangan yang dibawa oleh Witten dalam M-Theory nya ini adalah dengan menghadirkan sebuah dimensi ruang tambahan ke dalam perkiraan matematik teori string. Seluruh persamaan menjadi serasi dan semuanya menjadi masuk akal. Kini alam kita diyakini oleh string/M-theory memiliki 10 dimensi ruang menjadikan kesemuanya 11 dimensi ruang-waktu.
Apakah maksud ‘M’ dalam M-Theory itu?Edward Witten merahsiakannya.Anda tentu tahu jawapannya.
Apakah yang dibawa oleh M-Theory?
“Hijab Allah adalah Nur,yang apabila dibuka nescaya dapat membakar apa saja yang diperlihatkannya…”
(Hadis Qudsi dipetik dari Kitab Hikam)
M-Theory menjelaskan:
-String berbentuk tali teramat kecil yang memiliki panjang sahaja (1 dimensi) dengan kedua hujungnya terbuka (open loop).
-Terdapat string yang merata sehingga memiliki panjang dan lebar (2-dimensi), membentuk membrane (disingkat, “brane”) atau sebuah lembaran amat tipis. Kita sebut ini sebagai 2-brane. Sedangkan string 1 dimensi disebut dengan 1-brane.
-Kedua ujung string 1-brane harus melekat / bertumpu pada 2-brane.
Suatu perbezaan ketara dari M-Theory ialah dimensi tambahan yang dikatakan itu bukanlah teramat kecil malah,M-Theory memberi gambaran pada kemungkinan yang berlawanan, iaitu dimensi-ruang tambahan itu berukuran sangat besar. Kita mungkin hidup di alam semesta 3 dimensi-ruang yang berada di dalam sebuah dimensi-ruang yang lebih besar lagi,bahawa alam semesta kita berupa membrane 3 dimensi ruang atau 3-brane, dan alam 3-brane kita berada di dalam alam berdimensi lebih tinggi iaitu alam 4 dimensi-ruang atau 4-brane.
Agar lebih mudah difahami konsep membrane ini, bayangkanlah bahawa kaca televisyen anda adalah sebuah dunia dua dimensi. Semua karakter di dalam televisyen hidup di alam dengan 2 dimensi-ruang saja (hanya memiliki dimensi panjang dan lebar) mereka tidak memiliki dimensi ruang ke-tiga. Mereka tidak tahu dan tidak menyedarinya. Jarak antara mata anda ke kaca televisyen adalah sebuah dimensi-ruang ketiga yang tidak dimiliki alam dalam televisyen itu,atau boleh kita katakan bahawa untuk menemukan dimensi tambahan, maka makhluk yang hidup di dimensi kaca televisyen harus keluar dari kaca televisyen tersebut.
Sampai tahap ini apakah anda sudah dapat membayangkannya? Sekarang cuba bayangkan alam semesta kita adalah kaca televisyen tersebut. Televisyen dengan 3 dimensi ruang. Maka jarak antara pemerhati lain di luar televisyen ke kaca televisyen itu adalah dimensi ruang keempat yang tidak dimiliki oleh alam kita. Alam di luar alam kita adalah sebuah alam semesta yang memiliki 4 dimensi-ruang.Sekarang bayangkan bila alam semesta dengan 4 dimensi-ruang itu adalah sebuah kaca televisyen. Maka jarak antara pemerhati lain di luar televisyen ke kaca televisyen itu adalah dimensi ruang kelima yang tidak dimiliki oleh alam 4 dimensi-ruang.
Demikian seterusnya.
Alam semesta kita yaitu 3-brane berada di membrane yang lebih tinggi; 4 brane,atau dengan kata lain alam 3-brane kita dibungkus oleh alam 4-brane. M-Theory mengatakan bahawa alam 3-brane kita memiliki kemungkinan wujud berdampingan dengan alam 3-brane lainnya (parallel universe). Ada berapa banyak parallel universe? Tidak ada yang tahu.Infiniti.
Lalu dimana dimensi 5, 6, 7, 8, 9, dan 10?
Mari kita lanjutkan lagi membayangkannya. Bila alam 3-brane dibungkus alam 4-brane, maka:
Alam 3-brane dibungkus oleh alam 4-brane (lapis 1)
Alam 4-brane dibungkus oleh alam 5-brane (lapis 2)
Alam 5-brane dibungkus oleh alam 6-brane (lapis 3)
Alam 6-brane dibungkus oleh alam 7-brane (lapis 4)
Alam 7-brane dibungkus oleh alam 8-brane (lapis 5)
Alam 8-brane dibungkus oleh alam 9-brane (lapis 6)
Alam 9-brane dibungkus oleh alam 10-brane (lapis 7)
“Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh langit bertingkat-tingkat?”
(Nuh ayat 15)
“dan Kami bina di atas kamu tujuh buah (langit) yang kokoh,”
(An Naba’ ayat 12)
Jadi alam semesta kita dibungkus oleh alam lainnya yang berdimensi-ruang lebih tinggi. Dan di setiap membrane (Matrix yang membungkus) terdapat ‘parallel universe’.Matrix di dalam Matrix.
Dimensi masa pula dimiliki oleh semua alam-alam ini.
Rahsia Alam Ghaib
“JIka hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya: Aku dekat.”
(Hadis Qudsi)
Mari kita ulangkaji kembali berkenaan M-Theory.Di dalam penjelasan di atas kita tahu bahawa alam semesta ini dibentuk oleh bahan asas yang disebut string.String ini terdiri dari dua jenis;string tertutup (close loop) dan string terbuka (open loop).
String terbuka tidak boleh tidak pasti akan tertambat pada membran.MEMBRAN MEWAKILI ALAM KITA;ALAM FIZIKAL KITA.Alam yang kita tahu,dirasa,disentuh,dilihat,didengar dan dibau.String yang tertambat mewakili sifat-sifat alam fizikal kita.Tidak kira,adakah ia berupa daya atau tenaga.Contohnya daya elektromagnet dan tenaga haba.Ini adalah contoh string terbuka.Ia tertambat pada membran jadi ia dapat dikesan di alam 3 dimensi ruang kita.
Tetapi ada entiti lain yang tidak tertambat pada membran.
Ia adalah entiti string tertutup.Apabila string tertutup,bayangkan satu gelang getah.Ia tidak mempunyai hujung-hujung yang dapat ditancap pada membran,jadi ia akan bebas melayang-layang malah boleh hinggap antara membran-membran lain (parallel universe).JADI ENTITI JENIS INI ADALAH GHAIB DARI PENGETAHUAN DERIA KITA.Apakah contoh entiti string tertutup?
Salah satunya Graviton dan hanya inilah entiti yang dapat diketahui oleh dunia Fizik setakat ini.Dengan sifat graviton yang bebas itu maka daya graviti sesungguhnya sangat kuat, bahkan mungkin sama kuatnya dengan daya electromagnetik. Ia nampak lemah kerana sebahagian kekuatan daya graviti mampu menyeberang ke brane lainnya dengan bebas.
Graviton adalah satu-satunya partikel setakat ini yang diyakini bebas bergerak menyeberang ke membrane lainnya.Daya lainnya tidak mampu meninggalkan suatu membrane. Sehingga tidak mungkin kita dapat melihat alam brane lain atau parallel universe kerana cahaya tidak dapat keluar dari membrane. Daya nuklear kuat, daya nuklear lemah, electromagnetik dan cahaya terperangkap di dalam sebuah membrane.SEBAB ITU KITA DAPAT MELIHAT CAHAYA,KERANA CAHAYA ADALAH STRING TERBUKA JADI IA TERTAMBAT PADA MEMBRAN.
Graviton bukanlah kepunyaan dunia 3 dimensi kita.Malah graviton dapat muncul pada dimensi yang lain.Bagaimana graviton membuatkan sesuatu itu lenyap dari dimensi kita?Atau soalan yang lebih liar lagi BAGAIMANA JIN DAN SYAITAN DAPAT LENYAP DARI PANDANGAN KITA?Kita akan mengkaji sifat-sifat Lohong Hitam untuk merungkai masalah ini.Kemudian kita akan tahu di mana jin dan syaitan bersembunyi selama ini.
……………………………………………………………………………………………………………………….
Artikel Pilihan 2 :
Tajuk : Matrix 08
Apakah sebenarnya dunia yang kita tinggal ini?Adakah ada makhluk lain di planet lain?Adakah terdapat makhluk yang dapat berfikir di galaksi lain?Mengapa kita tidak dapat melihat Jin dan Syaitan?
Ini adalah Matrix08 di bawah tajuk “Ruang-ruang Tersembunyi”
Penjelasan di bawah mengandungi satu rahsia besar.Jika anda keliru dengannya anda dinasihatkan kembali kepada pemahaman paling asas dalam Islam.Jika tidak,anda mungkin akan menambah saf jemaah ajaran sesat yang lain.
Ruang-ruang Tersembunyi
Pada perbincangan yang lepas kita telah didedahkan dengan model Fizik String.Para saintis setakat ini mengatakan bahan asas yang membentuk alam semesta ini adalah berbentuk string (tali temali) yang bergetar setiap saat.Variasi getaran string inilah yang membentuk entiti-entiti berbeza.Contohnya,perbezaan frekuensi foton (partikel cahaya) menghasilkan warna-warna yang berbeza.Ini dinamakan frekuensi spektrum.Misalnya untuk menghasilkan warna merah,partikel haruslah bergetar sebanyak 400–484 THz pada panjang gelombang 620–750 nm.Untuk warna ungu pula,frekuensinya ialah 668–789 THz pada panjang gelombang 380–450 nm.Ini bermaksud partikel cahaya terpaksa bergetar lebih laju untuk menghasilkan warna ungu berbanding warna merah.
RAHSIANYA IALAH GETARAN.Perbezaan getaran menghasilkan ‘benda’ yang berbeza.Kita dapat merasa atau menyentuh objek-objek fizikal disebabkan getaran yang dihasilkan ‘serasi’ dengan julat getaran yang dibenarkan oleh deria kita.Maksudnya ‘sensor’ sentuhan kita diset untuk mengesan objek pada frekuensi tertentu.Objek diluar frekuensi ini tidak dapat dirasa oleh tangan kita.Dari objek sekeras batu hinggalah sehalus angin sepoi-sepoi bahasa,deria kita berfungsi sebagai ‘sensor’ yang kemudiannya akan menghantar maklumat frekuensi tadi kepada otak untuk ditafsirkan.JIka terdapat objek di luar julat frekuensi (getaran) maka deria tidak dapat mengesan kewujudannya sekaligus maklumat tidak dapat dihantar ke otak.Keras atau lembut hanya otak yang dapat menafsir.
Begitu juga cahaya,terdapat ‘cahaya’ yang tidak dapat dilihat oleh kita.’Cahaya’ ini tidak dapat dikesan oleh mata kita disebabkan julat frekuensinya di luar kemampuan deria mata untuk mengesannya.Begitu juga deria bau.Tahukah anda,setiap emosi yang kita pancarkan dari dalam diri kita ini akan mengeluarkan sejenis bau?Tetapi hidung kita tidak dapat mengesannya.Contoh yang paling popular ialah anjing.Haiwan ini dapat mengesan bau yang dihasilkan oleh orang yang di dalam ketakutan.DAN INI MENERANGKAN MENGAPA ORANG YANG ‘LEMAH SEMANGAT’ KERAP DIGANGGU PARANORMAL.Istilah ‘lemah semangat’ ini sebenarnya ialah keadaan di mana mereka telah mengeluarkan bau yang tertentu sehingga ‘menarik’ perhatian entiti-entiti untuk mengerumuninya.
Boleh juga emosi mereka telah menghasilkan getaran-getaran tertentu sehingga dapat membuka portal yang mewujudkan entiti-entiti ini.Jika entiti-entiti ini dapat menghasilkan getaran yang sama dengan spektrum cahaya yang dapat dikesan oleh mata kita,maka kita akan dapat melihat entiti paranormal ini.Begitu kejadian histeria.Kejadian histeria kerap berlaku ke atas wanita kerana mereka secara umum tidak dapat mengawal emosi.Aura ketakutan (atau lebih tepat keseraman) yang tidak dapat dikawal akan menarik entiti paranormal untuk memasuki tubuh wanita terbabit. SEBENARNYA DI SEKELILING KITA TERDAPAT LAPISAN AURA TERTENTU.Aura orang yang berzikir mengingati Allah s.w.t sudah tentu berbeza dengan aura orang yang sedang menonggang botol arak berjenama Anchor misalnya.Entiti-entiti ini juga harus menimbangkan kehadiran aura di sekeliling tubuh manusia untuk menembusinya.Wanita yang tidak dapat mengawal emosi seram mereka akan menghasilkan ‘lompang’ yang dapat dimasuki oleh entiti ini.’Lompang’ ini terhasil apabila getaran aura di sekeliling mereka telah menjadi lemah dan ini menghasilkan frekuensi yang tepat dengan deria entiti ini;maksudnya entiti paranormal ini merasakan tembok tebal tadi telah menjadi lembut umpama span dan mereka dapat merobek masuk untuk menghuni di dalam tubuh wanita terbabit.Sebab itu para wanita perlu belajar untuk menghindarkan diri mereka dari berada di dalam keadaan lemah atau ‘kurang daya tahan melawan penyakit’.Mereka perlu imunisasi yang cukup sebagaimana umumnya dimiliki oleh lelaki.
Rahsia Getaran
Berbalik kepada perbincangan kita,setakat ini kita tahu bahawa GETARAN ADALAH RAHSIA PERBEZAAN BENTUK DAN SIFAT SEGALA BENDA-BENDA.Lain getaran maka lainlah objek dan sifatnya.Sedikit sahaja berubah kadar panjang gelombang sesuatu getaran,maka objek itu akan berubah menjadi objek lain.MAHA SUCI ALLAH YANG MENCIPTA BENDA-BENDA.Anda sudah nampak RAHSIA BESAR di sini?
OBJEK-OBJEK TERCIPTA HANYA DENGAN MENGUBAH FREKUENSINYA.
Atau dengan lebih tepat objek-objek ini wujud hasil dari perubahan getaran string.KOnsep ini sebenarnya adalah konsep paling universal di alam semesta ini. ASAS AKAN MEMBENTUK YANG KOMPLEKS.Tuhan menjadikan benda paling asas,dan dengan benda ini,Dia mencipta atau ,mengembangkannya ke benda-benda lain yang lebih kompleks.Apakah konsep yang sama digunakan manusia yang dapat dikaitkan dengan konsep paling universal ini?
Ia adalah KOMPUTER.Dari benda paling asas iaitu dua angka 0 dan 1 atau dua keadaan ON dan OFF,manusia boleh membuat KOMPUTER yang canggih secanggih kalkulator CASIO lama kepunyaan apek kedai sehinggalah Superkomputer Cray atau IBM BlueGene.Dari program BASIC untuk menulis nama anda sehinggalah pembinaan permainan komputer War Craft,asalnya hanyalah DUA KEADAAN iaitu ON dan OFF.Asas membentuk kompleks.Jika anda faham sejauh ini,maka rahsia dari KITAB TAMAN RAHSIA dan RAHSIA ORANG-ORANG SALIK telah terbuka untuk anda.
TETAPI INGAT!SESAT MENAFSIRKAN ILMU TASAWWUF MENGAKIBATKAN KESAN YANG DASYAT DAN NGERI!
JIka gagal menafsirkan maksud sufi,anda akan menjadi sesetengah pengikut-pengikut Hallaj atau pun Ibnu Arabi (dua nama ini adalah tokoh yang berkaitan dengan aliran sufi tertentu) yang sesat menyalahtafsirkan ajaran-ajaran mereka.Sampai satu tahap,mereka berkata solat,puasa,zakat dalan lain-lain adalah bidaah dan syirik.Arak dan zina adalah halal kerana pada pendapat mereka ‘orang yang telah sampai kepada Tuhannya’ adalah bebas daripada peraturan.INI ADALAH PEMBOHONGAN SEMATA-MATA.Padahal apa yang dimaksudkan oleh tokoh-tokoh Sufi ini amat berlainan dari apa yang mereka dakwa (sebenarnya mereka ingin benar memuaskan nafsu serakah sendiri dengan menjual nama aliran Sufi).Lihat Kekasih Allah,Muhammad s.a.w.Adakah makam mereka lebih tinggi dari makam para Rasul dan Nabi-nabi?Nabi Muhammad s.a.w melakukan solat,puasa,zakat,haji dan keluar berperang mempertahankan agama.Nabi tidak berzina atau minum arak.Nabi tetap bekerja mencari rezeki seperti manusia biasa lain walaupun baginda KEKASIH TUHAN!!SEbenarnya mereka tidak sampai ke mana,taraf makam wali pun tidak sampai malah mereka telah menempuh jalan yang sesat lagi menyesatkan.Mereka telah mencapai taraf wali syaitan dan nafsu sendiri.Apa sebenarnya di sebalik semua ini?
SEBENARNYA SELAGI KITA DI DALAM MATRIX DUNIA,KITA HENDAKLAH MENGIKUT PERATURANNYA YANG DITETAPKAN OLEH TUHAN.
Tiada kompromi.Walaupun anda ahli sufi bertahap Wali Allah peringkat RIJALUL GHAIB,dan dikelilingi wali-wali Kutub dan Abdal,anda masih berada di dalam Matrix ini,maka anda kena ikut peraturannya.Kena solat,puasa berzakat seperti manusia biasa.INGAT PENJELASAN INI.Jangan keliru dengan permainan syaitan.
JANGAN BIARKAN DIRI ANDA MENJADI SEBAHAGIAN DARI STATISTIK PENGIKUT AJARAN SESAT DI MALAYSIA.
JIka anda menyertai mana-mana Tarikat Sufi,ikut petunjuk ini: PERHATIKAN ADAKAH JALAN MEREKA SESUAI DENGAN AKHLAK RASULULLAH?Jika tidak,segera tinggalkan.Firman Allah s.w.t:
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik (uswatunhasanah) bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah”
(Al-Ahzab ayat 21)
Rasullullah s.a.w adalah model yang terbaik.Paling terbaik dari segala macam bentuk aliran Tarikat yang ada apatah lagi jika hendak membincangkan perihal ajaran sesat.Ini adalah caranya untuk menapis segala ajaran sesat yang teramat bodoh lagi membodohkan umat Islam.
Berbalik kepada rahsia tadi,kami akan membukanya perlahan-lahan.Allah s.w.t menjadikan alam ini dari satu bahan asas.Bahan inilah yang menjadi pencarian para saintis zaman berzaman.Dari bahan asas ini,Allah s.w.t telah mengembangkannya ke pelbagai ciptaan;pelbagai makhluk.Syaitan misalnya diperbuat dari api
“Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas”
(AlHijr ayat 27)
dan unsur api ini dihasilkan dari getaran string tertentu.Malaikat dari unsur cahaya dan ini juga ada kadar getarannya untuk menghasilkan malaikat tadi.Manusia diperbuat dari unsur tanah (mewakili alam fizikal yang dapat dirasa oleh deria sebagai ‘sensor’) maka string perlu diset pada kadar frekuensi tertentu untuk mewujudkan alam manusia.
Sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan daripada Aisyah ra :
“Malaikat dicipta daripada cahaya, jin dicipta daripada api dan manusia dicipta daripada apa yang diceritakan kepadamu (tanah)” [Riwayat Muslim]
Dari mana Allah s.w.t mendapatkan bahan asas ini?Adakah terdapat jisim lain?
RAHSIA TERBESAR Dari Maksud KEESAAN ALLAH
“Akulah harta tersembunyi dan Aku ingin dikenal sehingga Aku menciptakan; dan dengannya mereka (makhluk ciptaan) akan mengenalKu.”
(Hadis Qudsi)
Jika anda dapat memahami betapa Esa nya Allah s.w.t,anda akan dapat memahami rahsia ini.Pemahaman keEsaan Allah s.w.t dapat dilihat dari pelbagai peringkat pemahaman mengikut kadar pemahaman manusia.Peringkat biasa ialah manusia beriman tahu bahawa Tuhan itu Satu.Allah itu Tuhan yang Satu.TIADA TUHAN SELAINNYA.Ini benar dan tidak dinafikan.Terdapat beberapa peringkat sehingga peringkat paling Tinggi.
Peringkat Tinggi inilah yang menyebutkan Bahawa:
Tiada sesuatu itu selain-Nya.
Pernahkan anda mendengar ungkapan “kita datang dari-Nya dan kepada-Nya lah kita kembali”?Ini ungkapan yang amat mendalam maksudnya.Bukan setakat diri kita,malah semua kejadian makhluk adalah bersumber dari Zatnya yang Maha Suci. TAPI DI SINI ADA PERANGKAP.Kita datang dari Zat Allah bukan bermaksud kita adalah sama dengan Zat-Nya.Maha Suci Allah dari segala yang diada-adakan oleh kesesatan.ADA BEZA DI SINI.Cahaya Allah yang DIHIJAB ADALAH BERBEZA DENGAN ZAT ALLAH YANG TIDAK DIHIJAB.MAHA SUCI ALLAH DARI SEGALA KELEMAHAN DAN KEKURANGAN.Kita adalah Zat-Nya yang mencari-Nya.Yang ingin mengenal-Nya.Kita terperangkap di dalam Matrix ini.DAN MATRIX INI ADA PERATURANNYA.Rahsianya ialah:
IKUT PERATURAN MATRIX,DAN HIJAB AKAN DIBUKA.
Jika tidak anda akan menjadi cahaya-Nya yang tidak mengenal-Nya.Anda akan sesat dan akhirnya anda akan DIRESET!Anda adalah cahaya-Nya yang gagal mencari-Nya kembali.Gagal kembali ke pangkuan-Nya.
Ini adalah pengetahuan tahap tinggi.Jika anda sukar memahaminya,dinasihatkan kembali ke pemahaman tradisional.Kembali ke pemahaman yang biasa.Ini lebih baik.Tidak salah dan anda tetap di jalan yang benar.
JIka anda memahaminya,anda akan sedar bahawa Keesaan Allah itu adalah amat hebat sehingga segala alam semesta dan makhluk-makhluk di dalamnya:TIADA.
Penjelasan seterusnya akan menerangkan secara teknikal apakah Matrix ini yang bertindak sebagai HIJAB kepada YANG INGIN MENGENAL TUHANNYA
Jika anda mengaitkan semua pengetahuan ini dengan kehidupan manusia,anda akan sedar bahawa kita SEBENARNYA TERPERANGKAP DALAM JULAT GETARAN STRING YANG TERTENTU.
Julat inilah yang dinamakan…….; HIJAB.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Setelah membaca kesemua artikel menarik diatas, saya mengambil kesimpulan bahawa manusia akhirnya suatu hari nanti…PASTI akan mengakui kelemahan mereka dan PASTI akan kembali mengakui adanya ALLAH SWT yang mencipta dan mentadbir seluruh alam ini.Mereka juga PASTI akan mempercayai adanya alam ghaib, adanya malaikat,makhluk ghaib,adanya hari akhirat ,adanya hari pembalasan dan adanya syurga dan neraka! Bukankah itu termasuk dalam rukun iman?
Syukur ke hadrat Ilahi,kerana ditakdirkan kita lahir dalam keluarga islam,ibubapa kita sudah islam dan kita mengenali islam sejak kecil lagi.Cuba bayangkan jika kita dilahirkan dalam keluarga yang menyembah berhala,atau menyembah batang kayu salib dan sebagainya,bagaimana agaknya kita berfikir dan bolehkah dengan mudah hati kita menerima cahaya islam itu ?
Sesungguhnya beruntunglah mereka yang diberi hidayat dan ditunjukkan cahaya oleh Allah swt agar menerima islam sebagai agama mereka!.Maha Suci Allah swt yang memilih siapakah diantara makhluknya yang diberikan hidayat itu!
“Telah datang kepada kamu cahaya yang terang dan kitab yang menjelaskan(al-quran)”
[ al-maidah:15]
Kembali kita kepada pokok perbincangan kita semula.Sebenarnya Allah swt telah mengutuskan para Nabinya untuk mengajar manusia tentang agama dan panduan hidup yang sempurna.
Jadi, mengapa kita tidak kembali kepada islam dan segala hal berkaitan dengan kehidupan ini kita rujuk kepada Wahyu Allah swt bersumberkan Al-quran.Mengapa kita tidak mahu mengkaji setiap sudut dan inci sunnah,tutur kata,tingkah laku,ajaran dan apa saja yang berkaitan dengan Nabi Muhammad saw.Bukankah baginda diutuskan sebagai rasul atau utusan Allah di atas muka bumi ini yang membawa rahmat kepada sekalian alam!Biar betapa hebat manapun M-Theory yang begitu dikagumi oleh sarjana dan ilmuan masakini,namun para ilmuan islam ,para sufi dan wali Allah sudahpun menyelami dan mengalami sendiri pengalaman mistik dan hal-hal spiritual yang tinggi ribuan tahun dahulu dengan izin Allah swt.
Sewaktu kita mula memahami dan menyedari bahawa semua objek tercipta hanya dengan mengubah frequensi getarannya saja…Sheikh Daud Bin Abdullah Al-fathani dengan izin Allah telah menggetarkan jisim-jisim jari telunjuknya untuk mengolah foton membentuk cahaya sebagaimana diceritakan oleh kebanyakan ulama dan pelajar pondok-pondok agama tatkala Sheikh Daud menyusun kitab masyhurnya bertajuk “Munyatul Musalli” itu untuk dipersembahkan kepada raja,maka raja menjadi ragu dan was-was dengan ilmunya kerana kitab itu ditulis dengan ilmu yang hanya ada di dalam dadanya tanpa merujuk kepada mana-mana kitab lain.Maka dengan izin Allah swt Sheikh Daud pun menulislah kitab itu dihadapan rajanya tanpa menggunakan lampu dan qalam!Cahaya keluar dari jari telunjuknya dan tulisannya berbekas seperti qalam walaupun hanya dengan menggunakan hujung jarinya saja!Mulai saat itu raja dan seluruh rakyat tidak berani lagi membahas apa yang dikatakan atau difatwakan oleh Wali Allah itu!
Berkaitan dengan Tokoh Sufi hebat Al-Hallaj dan Ibnu Arabi yang dikatakan sesat oleh sesetengah orang,saya amat tidak bersetuju sekali.Sebenarnya mereka ini termasuk dalam kategori yang aliran kerohanian dan kesufian mereka sukar difahami oleh orang-orang biasa atau orang awam!Mereka berada pada satu tahap yang amat tinggi.Oleh itu,kepada pengikut sufi yang taksub kepada guru yang menyeleweng dan mengaku menjadi pengikut aliran kedua tokoh di atas padahal mereka sudah jauh tersesat dari jalan yang ditempuh oleh kedua tokoh hebat itu atau mereka telah engkar sunnah dan syariaat,semoga kembali ke pangkal jalan dan bertaubatlah,sementara peluang masih ada!Kehebatan dua tokoh tersebut sering di sebut-sebut oleh Sheikh Hamzah Fansuri dan Sheikh Abdus Samad Al-Palimbani.
Ada lagi satu kisah menarik tentang dimensi dan Parallel World,seperti yang diceritakan oleh Pengasas Tareqat Chistiyyah di India ini iaitu Sheikh Moinuddin Chisti r.a sebelum dia dilantik atau di bai’ah menjadi Sheikh oleh gurunya Sheikh Usman Haruni r.a dalam tahun 561 Hijrah setelah berkhidmat dengan gurunya itu selama 20 tahun .
Katanya :
“Saya menerima penghormatan hadir dihadapan sheikh saya iaitu sheikh Usman dengan dihadiri oleh ramai orang kerohanian yang lain.Saya menundukkan kepala tanda hormat kepada sheikh saya.Sheikh Usman menyuruh saya solat dua rakaat,saya lakukan.Beliau menyuruh saya mengadap kiblat,saya turut.Kemudian disuruhnya saya membaca surah Al-Baqarah,saya buat.Kemudian saya disuruhnya berselawat kepada nabi dan keluarganya,sebanyak 21 kali dan membaca Subhanallah 60 kali,saya pun baca.Selepas itu beliau berdiri dan dipegangnya tangan saya dan beliau mendongak ke langit sambil berkata “ saya serahkan kamu kepada Allah”.
Kemudian dipotongnya beberapa helai rambut saya dengan gunting dan meletakkan kopiah khas di atas kepala saya.Disuruhnya saya duduk.Kemudian disuruhnya saya membaca surah Al-ikhlas 1,000 kali.Saya pun membaca seperti diarahkan.Kemudian beliau berkata “ Dikalangan pengikut-pengikut kita hanya sehari semalam sahaja mujahadah.Pergilah dan lakukan hari ini juga”
Saya pun bermujahadah.saya menghabiskan masa sehari semalam itu dengan terus menerus solat.Setelah mujahadah itu saya kembali kepada sheikh saya itu.
Disuruhnya saya duduk dan membaca surah al-ikhlas 1,000 kali.Saya pun lakukan.Kemudian disuruhnya saya melihat ke langit lalu beliau pun bertanya “ setakat mana yang kamu lihat?” saya menjawab “ sampai ke Al-Arasy al-Mu’ala”.Kemudian beliau pun berkata “sekarang lihat ke bawah”.Beliau pun bertanya lagi “sampai kemana kamu lihat?”,saya menjawab “ Hingga ke tahtath-thara(perut bumi)”.
Kemudian disuruhnya saya duduk dan membaca surah Al-ikhlas 1000 kali .Kemudian beliau berkata kepada saya, “lihat ke langit,berapa jauh kau boleh melihat sekarang?”. Saya menjawab “Hingga ke ‘azmat(Kehairanan melihat keAgungan Allah).Kemudian beliau berkata, “tutup matamu”.saya pun menutup mata.Selepas itu beliau berkata “buka matamu”.saya pun membuka mata.Beliau kemudian mengangkat tangan dan menunjukkan dua jari tangan kanannya lalu bertanya “apa yang kamu lihat melalui dua jari ini?”.saya menjawab “ Saya melihat 18,000 alam”.Setelah mendengar demikian,beliau berkata, “sekarang amalanmu sudah selesai”.
Kemudian beliau melihat batu bata berhampiran dan menyuruh saya mengambilnya.saya buat apa yang disuruhnya.Setelah batu bata itu diangkat saya mendapati wang emas di bawahnya.Beliau menyuruh saya mengambil duit itu dan sedekahkan kepada fakir miskin.Saya pun berbuat demikian.Kemudian beliau mengarahkan saya berada bersam-samanya beberapa waktu.”
[ Petikan buku Kitab al-Tibb al-Rauhi as-Sufi oleh sheikh hakim Moinuddin Chisti ]
Bukankah dari cerita di atas si sufi sudah dapat melihat dan mencapai 18,000 alam jika dibandingkan dengan para sarjana dan ilmuan bertuhankan logik akal yang hanya mampu membongkar sehingga 9 alam dengan 11-dimensi sahaja !!! ini belum lagi kita membincangkan bagaimanakah teknologi yang digunakan oleh Nabi Muhammad untuk membelah bulan atau sewaktu peristiwa Israk dan Mikraj di Bulan Rejab yang mulia!
Contoh yang paling baik untuk membahaskan teori matrix dan asal usulnya,sudahpun diterangkan oleh Sultan Para Wali iaitu Sheikh Abdul Qadir Al-jailani.Kata beliau dalam kitabnya sirrul asrar, fasal ke-10- bab : cahaya dan kegelapan sebagai penghalang:
“kerana sesungguhnya bukanlah mata itu buta,tetapi hati yang di dalam dada”
[ al-hajj : 46 ]
hati mempunyai 2 penglihatan; penglihatan kecil dan penglihatan besar.
Penglihatan kecil adalah melihat Tajalli sifat dengan cahaya asma-ul husna hingga ke alam darajat.Yang kedua adalah penglihatan besar,iaitu ia akan melihat cahaya tajalli zat dengan cahaya tauhid Yang maha Tunggal di alam Lahut dan alam qurbah.Waktu untuk mencapai darajat ini adalah sebelum mati dan sebelum rosak dari jisim manusia.Untuk mencapai alam atau kembali ke alam tadi adalah dengan menghentikan keinginan nafsu.
Sampainya seorang manusia kepada Allah Ta’ala tidak seperti bertemunya jisim dengan jisim dan tidak seperti ilmu pengetahuan dengan tujuan pengetahuan atau bertemunya pemikiran dengan yang difikirkan atau bertemu dugaan terhadap yang diduga.
Yang dimaksudkan sampai kepada Allah adalah putus dari selain Allah tanpa dekat dan jauh,tanpa arah dan berhadapan,tanpa bertemu dan berpisah.maha suci Allah yang kesamaranNya terdapat pada zahirNya dan menampakkan dirinya dalam ketertutupannya,serta kekhususanNya pada keumumanNya.”
Nah,bukankah sheikh Abdul Qadir al-Jailani dalam kitabnya itu sedang mengupas tentang matrix di dalam matrix:
Dimensi…jarak….,ruang….,waktu…,arah…,foton…,graviton…
Bukankah dalam proses kejadian manusia itu sendiri…ruhnya telah menjelajah ke tujuh alam dari alam ahdah ke alam wahdah ke alam Wahdiah ke alam Ruh ke alam misal(kandungan bapa) ke alam ajsan(kandungan ibu) dan ke alam insan.
bukankah alam ahdah itu kosong atau la takyun atau ghaib alghuyub di alam Lahut…
” Dimana saja kamu berhadap,disitulah kamu lihat wajah Allah”[ al- baqarah : 115]
Ayat di atas adalah menjawab persoalan melihat TV dalam tv seperti yang M.O jelaskan di atas.Ternyata Allah ada dimana-mana walaupun ia adalah dimensi dalam dimensi yang diciptakannya.
“Dialah pencipta,yang mengadakan bentuk rupa dan mempunyai nama yang paling banyak” [ al-hasyr; 24].
Bukankah Teori Makrifat Sufi itu begini :
[Awal agama(hidup) itu mengenal Allah,
Kenal Allah maka kenal diri,
Kenal diri maka kenallah Tuhan,
Kenal Tuhan Binasalah diri,
Bila binasa diri,nyatalah Tuhan.]
Akhirnya manusia akan mencapai kata sepakat dalam hukum fizik itu pada persamaan yang seimbang iaitu:
“Shuhud al kasrah fil wahdah” bersamaan dengan atau equal to “Shuhud al wahdah fil kasrah” iaitu:
“saksikan pada yang banyak itu kepada yang satu” bersamaan dengan =
“saksikanlah yang satu itu kepada yang banyak”
Itulah Persamaan Makrifat paling agung disisi Allah swt yang tidak mampu digugat oleh mana-mana teori fizik masa kini dan masa akan datang sehingga berlakunya kiamat.Inilah teori yang mula mula menerbitkan angka satu(1) dan sifar(0).Angka satu itu dari Nurullah berdiri sebagai satu huruf alif di alam ruh.Inilah teori yang akan menerbitkan matrix dalam matrix.Inilah teori yang menerbitkan yang awal dan akhir dan teori yang menerbitkan kata-kata “ Dari Dia kita datang dan kepada Dia kita kembali”!
M-Theory dan Theory Of Everything pasti akan menjadi juzuk atau subset kepada Teori Makrifat paling agung ini nanti!
Mungkinkah “Theory of everything” yang di definasikan sebagai “A theory of everything (TOE) is a theory of theoretical physics and mathematics that fully explains and links together all known physical phenomena (i.e. “everything”) itu adalah teori yang berkaitan dengan teknologi Ruh? Atau ianya berkaitan dengan alam Lahut dan ketuhanan itu sendiri…. hanya Allah SWT saja yang mengetahuinya.
wassalam.
waalaikum salam wbt..ish tuan pendekar ni da silap paham ni. di alam nyata sy memang banyak kawan orang tua2 sbb sy rasa ilmu yg sy ada ni sangatlah sedikit..cam langit ngn bumi kalo nk banding ngn diorang. sy suka mencari ilmu sbb sy rasa makin banyak sy cari makin banyak sy tak tahu.. ilmu Allah bagaikan laut tidak bertepi. ikut pengalaman sy orang tua2 walaupun tak sihat akan tiba2 rasa bersemangat kalo nk turunkan ilmu..salahkah sy berperangai budak2 untuk ambil hati diorang.(da memang perangai sy camtu). kan bagus kita gembirakan hati diorang. diorang xminta sy duit pun..diorang cuma nk kan perhatian je. jadi sy balasla jasa diorang dgn layanan yg baik.
sy juga dapat banyak ilmu dari tuan2 semua. sy pun da cakap sy sedia terima teguran sesiapa sahaja dengan berlapang dada..kalo sy belagak xkan la sy bagitau sy ni baru kawin baru anak satu. bukankah itu maknanya sy meletakkan taraf sy dibawah tuan2 semua. kalo sy ni ujub, riak, takbur baik sy menyamar sebagai tuk guru ke kyiai ke apa2 ke..
Assalamualaikum Panca,aku pun kadang2 dok fikir jugak apabila ada orang kritik aku dan bila aku baca komen depa aku terasa macam kenakan aku aja atau perli aku aja,tapi bila aku fikir dalam2 dan cuba menyelami setiap ayat depa maka aku rasa depa tu bukan perli atau mengata tapi sebenarnya depa menyampaikan cuma kita ni yang salah faham dengan gaya tulisan depa sebabnya bercakap berdepan dengan menulis ni tak serupa,ayat tulisan bunyinya macam keras tapi sebenarnya bukan begitu maksud depa.Yang aku fahamkan dari ketrerangan Ciklii ialah dia minta agar gaya bahasa kita mudah difahami kalau bahasa sms mungkin sukar orang lain nak faham melainkan kita sendiri aja yang faham,tak gitu ke ciklii?Sebab aku pun ada masanya terpaksa berulang kali baca untuk memahami maksud setengah penulis.Hang usah rasa hatilah panca memang dah adat berbincang ni ada berlaku salah faham sikit,dan ini jugak merupakan ujian buat diri kita sejauh mana kita sabar.Aku ni cakap aja tapi gaya bahasa aku pun lebih kurang teruk jugak.
Sama2lah kita bertukar pendapat tanpa ada rasa sangsi dan teruja atau teruji pokoknya letaknya dihati kita.Allah maha mengetahui niat hati kita semua.Aku seronok baca komen hang,bila lagi hang nak komen tentang cerita majapahit aku dok menanti cerita lain ni.
assalamualaikum semua..
otak sy ni ligat berfikir apa persoalan sebenar skg ni..
sorang kata gaya penulisan sy cm budak-budak. sorg lagi kata sy ni ujub,takbur,riak..pening2.
bagi yg kata sy ni cm budak2..ini persoalan sy..ni kan laman web internet.boleh soal boleh jawab on the spot..perlukah guna gaya bahasa buku.kalo itulah maksud ayatnya. tahukah anda semua yg golongan muda suka penulisan bercorak perbualan dan bersahaja. cuba jengah2 laman web lain..kalo xcayala. tidakkah tuan2 semua mahu menarik golongan muda baca website ni.atau tuan2 semua cuma mahu kongsi pengetahuan tuan2 dgn level2 tuan2 je..berapa kerat je org muda masuk laman ni. adalah menjadi kerugian kalo ilmu2 tuan2 tidak ada pewarisnya..doa anak2 yg soleh, sedekah jariah, dan ilmu yg berguna..paham2 je lah.
yg kata sy ujub, takbur, riak pula..ini persoalan sy. sy yang belagak atau tuan yg belagak. berani sy katakan ni adalah persoalan ego..tuan merasakan ego tuan tercabar setelah sy cakap sy ni masih budak2 lagi.mesti ada yg pikir(baru setahun jagung rupanya budak ni tapi belagak bagi komen cam bagus je).kalo sy cakap sy ni da tua anak 10 cucu 5 mesti lain pandangan tuan pada sy..buktinya walaupun gaya bahasa sy cam budak2 tapi komen sy “boleh pakai”.ramai gak sblm ni setuju ngn komen sy. malah termasuk tuan sendiri di komen no 80. bukankah suatu yg pelik lagi memelikkan..fikirla sendiri. sy xpernah minta dipuji. tapi kalo nk keji silakan..hehe budak2 la katekan. org pandang sblh mata je slalu..tp xpela hanya Allah yg tahu iktikad sy. papai..tata..titi..tutu..
Asalamualaikum
Saya sekadar menasihati, agar sihat. Bahasa itu jiwa kita, memanglah agak sukar mereka yang telah sakit jiwanya untuk kembali bercakap menurut usianya. Sebagai contoh jika kita bercakap macam ayam dan suka berkokok sudah tentulah jasad kita cenderung menjadi macam ayam, untuk menampung jiwa kita yang sudah macam ayam.
Inilah akibatnya jika apabila kita ingin mengetahui perkara pokok kita hanya sekadar melihat pada bunganya, tanpa mengetahui hujung pangkal dan biji buahnya. Kalau benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau, jika tak baik jatuh ke laut mungkin menjadi lanun. Kehidupan ini bukan sekadar tanah air malah yang lebih utama adalah api dan angin.
Kerana kita merasa lebih bijak kita sering memperlekehkan pepatah pepateh orang dahulu dan menukar dengan ungkapan yang kita rasa lebih canggih. Sebagai contoh baru baru ini saya terdengar sebuah rencana Di TV yang berulang ulangkali memperlekehkan pepatah “Beras secupak secupak tidak akan jadi segantang”. Mereka tidak menyedari bahawa dari pepatah inilah yang mengajar saintis penjajah mengenai “hukum keabadian jisim” yang kita pelajari sebagai asas hukum sains seperti Hukum Atom Dalton dan sebagainya. Mereka yang dapat mengubah beras secupak menjadi segantang tidak menyedari mereka hanya berjaya mengubah kuantiti tapi bukan kualitinya, kerana mereka tidak memahami biji buahnya.
Sebenarnya tidak rugi kita melakukan amalan menulis dengan perkataan dan bahasa yang lebih sempurna. Salahkah jika saya menasihati bercakap dengan betul supaya dapat mendidik anak anak bercakap dengan betul. Mungkin kita tidak menyedari atau faham kesan daripada cakap yang tidak betul, boleh memberi kesan yang sangat buruk kepada keimbangan tubuh badan dan amal perbuatan. Sebab itu kita lihat kanak kanak hanya boleh bercakap betul menurut kesempurnaan pembesaran tubuh badannya. Malanglah mereka yang telah boleh bercakap betul dan tubuh badannya yang seimbang kembali ke asalnya. Sepatutnya benda yang seumpama ini tidak perlu saya beritahu kepada mereka yang sudah beranak bini.
Terlalu banyak pengetahuan misteri dan mistik yang sepatutnya kita tulis dihalaman ini. Sebagai contoh sepatutnya kita tidak hanya menyatakan hakikat bab zikir yang sekadar sebagai janakuasa untuk memancarkan cahaya. Kita perlu menyatakan hakikat murakabah, musyahadah dan tajali asmak, sifar, afaal dan zat. Hakikat mengenai pekara yang sebegini hanya boleh diketahui dari mereka yang mengalaminya seperti Pendekar, Karimon, Tok Syeik, Paduka, Miss Tique, waliqudus dan beberapa orang lagi penulis komentar di halaman ini. Jika tidak pengetahuan mengenainya hanya sekadar seperti yang terdapat di weblog Jalan Akhirat kerana ia bukan weblog Misteri dan Mistik.
Saya sememangnya menanti nantikan mereka yang menulis komentar seperti kanak kanak ini mencurahkan ilmu pengetahuan di weblog ini. saya difahamkan Karimon sangat menyayangi mereka yang seumpama ini dan berbagai usaha yang telah dilakukan supaya mereka yang seumpama ini tidak lari serta menjadi penulis tegar di weblog ini.
Kepada saudara Pancabaiduri saya sekadar menasihat saudara menulis perkataan dan ayat yang lebih kemas untuk membicarakan pengetahuan supaya mudah difahami. Saudara berhak mengada gada dan menulis mengikut kesukaan apajua diweblog ini jika perlu. Pada saya kebenaran itu bukan menurut majoriti dan saya menulis diweblog ini bukan minta disokongi.
Wasalam.
Walaikum musalam Paduka !!!he…he..he…
Salam..ok sy terima nasihat pakciklioo. kalo dari mula pakciklioo bagi komen camtu kan senang. baru sy paham. xdala sy balas balik.. budak2 biasalah lambat pikup.
usaha tuan karimon amat sy hargai sbb kami ni lah kaum muda yg akan mewarisi ilmu pengetahuan tuan2 semua.. wasalam.
Alhamdulillah kerana saudara Pancabaiduri seorang yang bertolak ansur,adat belajar dan mengajar ni memang banyak cabaran dan dugaan yang datang tanpa kita sedari.Setinggi mana pun ilmu kita,kita mesti ingat kita hanyalah insan biasa.
Assalamualaikum wbt….
Saudara Pancabaiduri, kata saya “Jadi kesimpulan saya saudara Pancabaiduri sudah cukup pandai dan berilmu sehingga kalau orang lain mencurahkan ilmu untuk dikongsi maka anda rasa anda tidak memerlukannya.Bukankah kata-kata anda diatas menunjukkan sikap UJUB, RIAK DAN TAKABBUR …”jadi gembiralah diaorang turunkan ilmu dan pengalaman..” Ini adalah kerana kata-kata anda….
““setiap manusia berbeza perwatakan dan perangai. perangai sy mmg macam budak2 tapi sy suka berkawan ngn orang tua..saje je biar orang tua2 ingat sy xtau ape2. jadi gembira la diorang turunkan ilmu dan pengalaman pada sy.” Anda tak perasan ke apa yg anda tulis ni?
Kata anda lagi ..”sy pun da cakap sy sedia terima teguran sesiapa sahaja dengan berlapang dada..kalo sy belagak xkan la sy bagitau sy ni baru kawin baru anak satu. bukankah itu maknanya sy meletakkan taraf sy dibawah tuan2 semua. kalo sy ni ujub, riak, takbur baik sy menyamar sebagai tuk guru ke kyiai ke apa2 ke..”
Dan kata-kata ini memang seolah mencabar saya..” yg kata sy ujub, takbur, riak pula..ini persoalan sy. sy yang belagak atau tuan yg belagak. berani sy katakan ni adalah persoalan ego..tuan merasakan ego tuan tercabar setelah sy cakap sy ni masih budak2 lagi.mesti ada yg pikir(baru setahun jagung rupanya budak ni tapi belagak bagi komen cam bagus je).”
Cuba terangkan sikit perihal ego diatas wahai saudara Panca…saya menegur anda kerana anda tidak beradab dibelakang orang tua atau guru. Namun saya tak mahu panjangkan soal ini kerana terlalu kecil asbabnya lagi pun anda masih bebudak la katakan, lambat pick-up. So….kerana anda rasa dah tau banyakla kan sehingga sudi menasihati kami yg dah tua ni maka saya nak minta pendapat dan pandangan anda mengenai TULISAN BANI MIM iaitu perihal ILMU SEGALA.
ANDA JUGA MEMPUNYAI MURSYID DAN PANDAI JUGA DALAM ilmu perubatan ni kan dan kebetulan sama kaedah juga dgn saya….saya minta anda huraikan sikit bab ILMU SEGALA NI,apa yg anda tau……kalau tak tau takpe, jgn rasa rendah diri kerana pakcik2 dan Tok2 kat sini akan membantu. Bukan nak tunjuk pandai tapi berkongsi ilmu……..kalau anda tau silakan, pastinya otai yg lain akan menyusul.
Saya dan para otai yg lain mengalukan anda dan menanti-nanti sumbangan anda. Wassalam.
assalamualaikum semua..
selepas solat magrib tadi telah hadir satu perasaan yg benar2 menusuk kalbuku..aku merasakan aku adalah sehina2 makluk di hadapan tuhanku..sehingga bergenang air mataku..aku teringat kisah iblis yg dilaknat tuhan hanya kerana melakukan satu dosa..walaupun dia adalah imam para malaikat sebelumnya. sedangkan aku ini setiap hari melakukan dosa samada kecil atau besar..dosa yg aku sedari atau tidak aku sedari..aku merasa hina kerana Allah sentiasa mencukupkan segala keperluanku..memberi aku keluarga yg bahagia,kesihatan yg sempurna,pangkat dan harta kekayaan. Allah masih lagi mengasihani aku.. menunjukkan aku jalan untuk menghampiriNya..walaupun aku sentiasa alpa atas suruhannya..
Tuhanku aku tak layak masuk syurgamu. namun tak upaya menghadapi siksa neraka Mu.terima taubatku dan ampunkan dosa2 ku.sesungguhnya engkau mengampunkan dosa hamba Mu..
Ya Allah aku reda Engkau mencampakkan aku ke dalam neraka dengan kasih sayangMu. janganlah Engkau memasukkan aku ke dalam syurga dengan amarahMu..
Tuan pendekar.
sy minta maafla eh..sy ni bukan ada ape2 pun.segala ilmu yg sy ada sy kembalikan pada Allah..sy berserah diri pada Allah tanpa sebarang persoalan. ILMU SEGALA tiada hijab antara kita denganNya. sy yakin dengan Firman Allah “pintala padaKu nescaya akan Aku kabulkan”. kalo salah betulkan.
Waalaikumusalam,perbalahan sering terjadi apabila berlakunya salah faham diantara kita dan aku kira ini adalah lumrah dalam sesuatu perbahasan dan perbincangan asalkan kita tidak terikut ikut dengan jiwa yang terlalu emosional,sifat merendah diri adalah sesuatu yang dipuji.Sahabat yang dikasihi semua dalam masa kita berbicarakan atau berbahas tentang ugama setan2 sudah tentu tidak suka atau tak senang duduk.Di mana dia nampak kelemahan kita disitu dia akan merasuk kita tanpa kita sendiri sedari bahawa setan memainkan peranannya memasukkan jarum halus dihati kita agar kita berbalah.Jangan sekali kali saudaraku terbawa oleh hasutan setan itu.Cepat cepat beristigfar dan mohon perlindungan Allah swt.
Saudara Pancabaiduri apa yang dikatakan oleh saudara paduka itu ada kebenarannya,apabila kita berdiskusi tentang pekara yang baik terutamanya bab ilmu iblis2 sudah tentu akan mencuba mencuit hati kita dan meletakkan sikap keraguan dan menganggu emosi kita.Jadi saudara dan juga saudara pendekar harus berhati2 dalam hal ini.Kita mungkin menyangka bahawa ianya datang dari naluri kita namun ianya tetap dipengaruhi oleh iblis.Muslihat iblis terlalu halus mereka tidak akan senang melihat kita membicarakan hal ilmu ketuhanan.Jika saudara berdua tersentuh emosi maka itulah pemulaan permainan iblis.Didalam hal ini sifat ketenangan dan memohon petunjuk Allah adalah penting.Hendaklah juga saudara saya yang berdua ini memiliki ilmu pagar ilmu.
Saya sering melawati blog ini dan membaca setiap komen yang diberikan dan saya bersyukur masih ada juga tempat saudara2 semua dapat berbincang.Link yang terdapat dalam blog ini juga sering saya lawati dan saya rasa sudah tiba masanya beberapa teguran harus saya berikan.Kalau saya berdiam diri maka sya adalah seorang yang menyembunyikan fakta dan kebenaran.Perbalahan didalam blog ini juga menarik perhatian saya dan akan saya memberikan sedikit komen yang sewajarnya apabila saya rasakan perlu dan semuga tuan karimon membenarkan saya berbuat demikian untuk kebaikan ummah.Banyak penelitian yang saya lakukan didalam blog ini dan bayak hujah2 yang menarik perhatian saya dan ada juga komen atau kenyataan yang menyentuh jiwa saya terutamanya kepalsuan.Tuan karimon saudara saya perhatikan seorang yang banyak bertolak ansur dalam pelbagai karenah yang wujud didalam blog tuan dan tuan kurang membuat komen,saya mungkin faham akan niat hati tuan setelah membaca beberapa kenyataan yang tuan buat.Apa yang dikatakan olih jalanakhirat aka Pakcikliioo mengenai tuan ada benarnya,tuan hanya merasa berbicara apabila perlu sahaja kerana bagi saya tuan bukan anak hingusan tapi tuan lebih senang dikenali sebagai begitu.
Waalaikum salam wbt,
Alhamdulillah, macam tulah. Sebenarnya bukan anda sorang yg ditegur Pakcikli, yg lain juga cuma teguran tu memang betul, so takleh kata apa la. Bagi saya kalau orang tua (hehe) tegur, saya terima je. Asam garam hidupnya mengajar segalanya.kadang kita tak tau apa salah kita tapi dia nampak.
Anda memang ada ilmu dan punya asas cukup kuat. Sampai masa anda juga akan dilantik dan di beri izin untuk membimbing dan mengajar, buat masa ni anda kena belajar banyak….belum cukup masin heheh. Tu sebab saya ada timbulkan bab Jalan Sufi dan Jalan Nabi.
Kalau Jalan Sufi, anda bersendirian dgn syaitan dan kalau asas cukup kuat, takde daya syaitan nak sesatkan anda. Tapi di Jalan Kenabian, dugaannya cukup banyak sebab syaitannya 2 jenis iaitu Jin dan manusia. Anda nak jadi hamba Allah ke atau nak jadi hamba dunia, so dalam pergaulan bermasyarakat, kita dapat melatih diri dalam menahan segala nafsu amarah, SABAR, REDHA, TAWAKAL DAN IKHLAS.
ILMU SEGALA , pada pandangan saya adalah sepertimana pandangan berikut :
Berkata Arifbillah,
‘Matikan dirimu sebelum kamu mati’. Maka ‘mati yang pertama’ itu seolah-olah bercerai ruh dari jasad, tiada daya upaya walau sezarah jua pada hakikatnya, hanya Allah jua yang berkuasa, kamudian dimusyahadahkan didalam hati dengan menyaksikan kebesaran iaitu sifat Jalal dan JamalNya dan kesucianNya. Maka mati diri sebelum mati itu ialah dengan memulangkan segala amanah Allah iaitu tubuh jasad ini kepada yang menanggung amanah iaitu ruhaniah jua.
Ditarikkan ‘nafas’ itu dengan hakikat memulangkan dzat, sifat, afaal kita kepada Dzat, Sifat, Afaal Allah yang bererti memulangkan segala wujud kita yang zahir kepada wujud kita yang bathin (Ruh). Dan pulangkan wujud Ruh pada hakikatnya kepada Wujud Yang Qadim.
Maka selepas sempurna ‘mematikan diri yang pertama’ hendaklah melakukan ‘mikraj’ iaitu ‘mematikan diri peringkat kedua’ yang dinamakan mati maknawi, iaitu hilang segala sesuatu didalam hatimu malainkan hanya berhadap pada Allah jua. Dengan meletakkan nafas kita melalui alam ‘ampas’ iaitu antara dua kening merasa penuh limpah dalam alam kudus kita iaitu dalam kepala kita hingga hilang segala ingatan pada yang lain melainkan hanya hatimu berhadap pada Allah jua.
‘Mati pada peringkat ketiga’ adalah mati segala usaha ikhtiar dan daya usaha diri kerana diri kita ini tidak boleh melakukan sesuatu dengan kekuatan sendiri sebab manusia itu sebenarnya memiliki sifat ‘Fakir, Dhaif, lemah dan hina’. Dinaikkan ‘tanafas’ hingga ditempatkannya dengan sempurna di ‘nufus’ dengan melihat pada matahati itu dari Allah, dengan Allah dan untuk Allah.
Dari Allah mengerakkan Ruhaniah, dari ruhaniah mengerakkan Al-Hayat, dari al-hayat mengerakkan Nafas, dari nafas mengerakkan Jasad dan pada hakikatnya itu Allah jualah yang mengerakkan sekeliannya. Pada pandangan dzahir perbuatan hamba tetapi pada pandangan matahati perbuatan Allah jua. Maka Syuhud akan Allah pada kosadnya (niat) dan segala gerak dan diamnya sebagaimana firmanNya,
“Dan tiadalah yang melontar oleh engkau ya Muhammad ketika engkau melontar tetapi Allah yang melontar………” .
Dan passwordnya adalah ISMULLAH AL`DZHAM. Bagaimana pandangan Pakcikli, Tok Syeikh, Karimon dan Paduka. Lain guru mungkin lain tafsirnya dan dapat kita kumpulkan segala tafsiran menjadi satu .
Wassalam
Begitulah jalannya yang harus ditempuh oleh setiap murid sufi,murid sufi hendaklah tahan di uji,sedikit tidak gentar dihati.Fahamilah benar2 apabila takbir diangkat lapan huruf berbicara maka berlakulah penyerahan yang total.Tiada yang wujud melainkan dia.
alhamdulillah..
di alam nyata sy memang mempunyai beberapa guru dan sekarang juga masih berguru dan di dalam jemaah yg aktif. sy tidak berseorangan..maksud huraian tuan pendekar mengenai Ilmu Segala sama seperti yg saya dengar dan faham sebelum ni. cuma huraian sahaja yg berbeza tp pengakhirannya yg sama iaitu kembali kepada Allah dan menyerah diri kepada Allah tanpa sebarang persoalan(total). Tiada yg wujud melaikan Allah..
Alhamdulillah jugak kat hang yang tak tengelam terus,aku bila tengok aja ada komen hang sejuk hati aku tengok adik aku ada pulang.adik seorang lagi tengelam terus tak sempat berpaut di ranting kayu.Sikap macam hang aku puji,abang2 sini kalau tegur sebab sayang kat hang dan ada masa abang2 sini pun tersasul jugak dan perlu ditegur.Ini lah adat bermuzakarah.Tadi ciklii kata tuhan temukan kita mungkin untuk diuji,so sabarlah menghadapi segala ujian yang mendatang,senantiasa berzikir yang tak putus2 tu selagi kita bernafas selagi itu zikir itu berjalan terus.Sambil2 tu bila malam hari dekat nak tidok kaji diri sendiri,buat muhasabah diri,berlaku adil pada diri,jangan jadi jahil yang bersusun dua markab satu jahil pada dirinya dan kedua jahil pada tuhannya.Baguslah hang dah pulang.Aku panggil hang adik aku ni dah tua sangat ke, kot hang ni tua pada aku,berapa umur hang.
Asalamualaikum
Sebagamana yang saya sebut sebelum ini syarat untuk menemui tuhan itu pertama meninggal dunia kedua adalah mati. Sebab itu ada kalimat yang sering kita dengari “matikan dirimu sebelum kamu mati” Bab soal hidup mati ini sudah tentulah bersangkutan dengan nafas. Ketika kita hendak mati sudah tentulah banyak hantu syaitan yang mengoda. Setiap umat Islam sering menyebut ungkapan ” Aku berlindung dengan nama Allah dari syaitan yang direjam”. Mungkin kita bukan sekadar mengucap kalimat ini, malah menggunakan nama Allah merejam syaitan yang sentiasa ingin bertahta dihati berdasar kepada pemahaman kalimat tersebut. Dalam usaha kita merejam ini kadangkala rejaman terpantul kepada Saudara Karimon, saudara Pancabaiduri, Saudara Pendekar Sufi, Saudara Paduka, Tok Syeikh dan sebagainya. Jika pantulan itu dari saya, saya memohon ampun dan maaf. Sesungguhnya kita perlu saling melengkapi. Di manakah kita harus cari lagi para sahabat yang sebegini. Pada hakikatnya tuhan telah mempertemukan kita di sini, mungkin untuk di uji.
Wasalam.
Waalaikumusalam,aduh aduh ciklii hang pi mana menghilang ni ?Betul sangat cakap hang tu.Ada ketikanya kita kena ujian tanpa kita sedari,dan tanpa kita sedari setan2 ni pun menenggek kat hati kita ya ciklii.Pandai hang mengilas bab nafas ni waktu hendak mati dan godaan yang mendatang.Sekali lagi hang betul bagi yang mengetahui semasa sakratul maut masa tu la ni dia setan2 datang mengoda kita dengan pelbagai rupanya dan pujuk rayunya.Yang membantu adalah sedikit nafas yang ada tu yang mengetahui keluar masuknya zikirmu itulah yang membantu.
Asalamualaikum
Saudara Paduka, aku boleh dikatakan hari hari pi sini kerana aku buka internet pagi petang siang malam dok hantar interi. Aku cuma kalut beri komentar di Karimon’s blog bila orang lain sibuk tiada masa nak beri komentar di weblog ini. Lagi pun bila keadaan menjadi panas aku beri laluan kepada hang pesejukkan suasana. Kalau keadaan dok panas aku terus kacau abang hang tentu melenting. Abang hang tu pun dengan aku kasak sikit, dia pernah lupuskan komentar dan tapis komentar aku masuk ke weblog ini, hang mana tau.
Aku ada buka satu lagi weblog baru, tajuknya Rahsia Rumahtangga. Interi terbarunya khusus untuk hang, tanda dia jodoh kita. Sila klik pautan dibawah ini:
Wasalam
Waalaikumusalam,hang ni buat aku sakit perut ketawa bunyi macam orang merajuk,adat la wak karimon buat begitu,aku pun tahu jugak komen aku pun ada lembaga penapis tapi ada masa terlepas jugak dari tapisan pas tu aku tengok ada tertapis balik.Awat hang ni asal bab nikah hang tolak kat aku tolak la sikit kat TS tu dia pun kot ada jugak niat.
Asalamualikum
Saudara Paduka, jika hang mencari bila aku tidak ada, aku terasa amat sedih dan menanggis kerana teringat hadis dibawah ini,
Dari Abdullah Ibnu Umar Ibnu Khattab, katanya: “Pada suatu kali Umar mendatangi tempat Mu’adz ibnu Jabal ra, kebetulan ia sedang menangis, maka Umar berkata: “Apa yang menyebabkan engkau menangis, wahai Mu’adz?” Kata Mu’adz: “Aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda: “Orang-orang yang paling dicintai Allah adalah mereka yang bertakwa yang suka menyembunyikan diri, jika mereka tidak ada, maka tidak ada yang mencarinya, dan jika mereka hadir, maka mereka tidak dikenal. Mereka adalah para imam petunjuk dan para pelita ilmu.”
Wasalam.
assalamualaikum..
aku berlindung diri dari syaitan yg mempunyai tipu daya yg halus..yg mampu membuka 70 jalan kebaikan untuk menjerumuskan manusia ke dalam lembah kehinaan. Demi Tuhan yg memegang jiwaku. aku tidak pernah merasakan diriku berilmu tetapi syaitan telah mengelirukan aku melalui penulisanku..
Auzubiwaj hilla hil karim.wabikalima tilla hittamma..
umur den baru 27 thn je..tapi jangan tanya den keje ape pulak. keje den cuma hamba Allah.. tugas den beribadat kepada Allah..gaji den terpulang kepada Allah..tempat tinggal den di bumi Allah jua la.hehe..jgn mara.
Waalaikumusalam,saya rasa bukan saudara seorang sahaja yang terasa diperbodohkan olih syaitan,ada waktunya saya pun terasa begitu.Ada satu ketika seorang meminta pertolongan saya dan alhamdulillah apa yang beliau minta tolong ddapat saya bantu menyelesaikan masaalah beliau.Beliau talipon saya dan mengatakan “wah jadilah apa yang kamu buat”saya katakan itu bukan kerja saya itu kerja Allah,apakah patut saya merasa bangga,jawapannya tidak cuma rasa bersyukur.malam harinya saya solat syukur 2 rakaat dan meminta ampun kepada Allah,bersyukur kepada Allah dan menyerahkan segala pujian itu kepada Allah swt.Apabila saudara rasa dipermainkan oleh iblis cepat2 minta perlindungan Allah jika terasa ada riak dan ujub.Setelah serahkan kepada Allah maka lapang rasa hati kita.Tugas kita menyampaikan walaupun satu ayat dan janganlah pula ada sangkaan setiap kali kita berbincang atau bermuzakarah kita takut jatuh riak atau ujub sudahnya semua orang tak mahu berbincang,ccuma kita perlu berhati2.Itu sebabnya ada baiknya pada malam hari sebelum tidor muhasabah diri kita kembali.chek rekod kita kembali.Teruskan memberi komen tanpa ada rasa sangsi dan semuga kita semua mendapat manfaat dari komen saudara.Allah swt akan melindungi saudara dari pekara2 yang tidak baik.
Asalam mualaikum semua ! Apa yang Karimon tuliskan betul,jika semua kita tak nak beri pendapat,sesuatu masaalah tidak akan selesai !!!Berilah pendapat anda tapi jangann takut teguran jika silap..tiada manusia yang sempurna !!!.
Asalammualaikum Semua !!!.
Selepas Berbuka tadi saya buka blog Guru saya,Ustaz Syakirin.Ustaz Syakirin ceritakan Bab Jin Dari Perancis.Saya juga ada cerita Bab Jin Tak Bolih Terbang ini.Tapi bukan Jin dari Perancis,hanya Jin Dari Ipoh….Ipoh Mali !!!.
Dalam satu Sensi Rawatan saya…Seorang anggota Polis,yang bernama “Pi” saja(bukan nama betul).Setelah di SCAN olih isteri saya(isteri saya memang Pakar Scan).Kami juga(isteri saya),satu Guru sebenar nya.Mana tak nya,mana saya pergi berguru,beliau ikut berguru sama…Pi tak sedar dan macam macam kata terkeluar dari mulut nya….:”Babi punya Melayu”,Sial punya orang”.Saya dan isteri saya tak marah pun,kerana bial orang KERASUKAN,Memang bahasa yang “baik baik”,akan terkeluar !!!.Pada hakikat nya bukan lah Pi yang berkata kata,tapi Jin yang kepanasan itu yang berkata kata…Setelah Jin menguasai di Pi,saya pula SCAN…Dimasa itu saya dapati,masih ada ruang saya bolih bertolak ansur.Teknik saya merawat,jika ada ruang untuk bertolak ansur,saya akan bertolak ansur !!!
Saya tanya !!!Lu datang dari mana ???
Jawab nya !!! Dari Ipoh,Kuil …..
Saya Tanya !!!Apa pasal,Lu kacau ini orang ???
Jawap nya !!!Orang UPAH gua,ada orang kawan ini orang,nama nya…..Suroh gua kacau maaa !!!
Kata saya !!!Mau keluar atau tidak ???Lu kenal gua !!!
Jawap nya !!!Banyak kenal Latuk,Latuk itu cucu Latuk Pulau Besar,Gua manyak takut dan hurmat dia !!!.
Saya kata !!!Dengan Perintah aku,KAMU KELUAR !!!
Jawap nya !!!Gua mahu keluar Latuk,tapi macam mana mau pulang,Itu Ipoh jauh maaa!!!
Kata saya !!!Kamu datang tak di jemput,apa sebab kamu tak bolih TERBANG ???
Jawap nya !!!Gua tatak bolih terbang maaa !!!!.
Saya terkejut,dalam masa itu ingatan saya pada Ustaz Syakirin berulang kembali !!!.Ustaz Syakirin pernah cerita kan,pada saya semasa saya dan dia (tengah makan tengahari),ada Jin yang tak bolih terbang.Perangai saya jika Menuntut Ilmu,saya akan ambil masa berduaan…dan akan menanya kan beberapa soalan Alam Mistik….Saya tidak akan tanyakan soalan pada masa ramai orang….Kata saya dalam hati,…OHH aku pula dapat,JIN TAK TAK BOLIH TERBANG INI !!!.Dalam fikiran saya,macam mana nak suruh Jin ni balik ???.Saya dapat akal !!!
Kata saya !!! Lu..bolih balik naik lori ikan !!!
Jawap nya !!! Bolih, bolih Latuk,gua bolih balik naik lori ikan,tapi mana mau cari lori ikan maaa !!!
Kata saya !!!.Lu keluar dulu,duduk dalam kereta…nanti gua suruh ini orang hantar Lu dekat pasar Borong Batu Berendam..bila ini orang buka pintu kereta,lu turun dan tunggu lori ikan dan naik lori ikan,balik ke Ipoh…Faham tak ???
Jawap nya !!! Faham faham Latuk !!!.
Kata saya !!!Dengan Nama ALLAH SWT !!!Kamu keluaaaar….
Pesakit ini iaitu Pi…pun sedar !!!!.Saya beritahu Pi…bila kau balik,ikut Pasar Borong,bila sampai di Pasar Borong..berhenti sekejap dan buka pintu kereta dan SEBUT : KELUAR !!!.Jadi Pi pun setuju….
Bila Pi datang malam berikut nya,tiada lagi gangguan dari Jin Ipoh ini….dan beliau pun BAIK DAN SEMBOH…ALHAMDULILAH !!!.
Menurut satu Hadis Rasululah saw,” Jin ada 3 gulongan,iaitu yang bersayap,Yang jalan merayap seperti Ular dan Yang bolih berubah Wajah “.Jadi Jin Ipoh itu dari yang menjalar seperti Ular dan TIDAK BOLIH TERBANG,KERANA TIDAK ADA SAYAP.Sebab itu lah Jin Jin ini banyak yang menumpang manusia…samada tumpang Motorsikal,kereta atau apa apa kenderaan kita.Dan memang banyak cerita yang kawan kawan cerita kan kepada saya !!!.Pernah juga Jin jenis ini nak tumpang saya,Tapi bila saya TENGKING,DIA TERKEJUT DAN TAK JADI TUMPANG !!!.tanpa pengetahuan saya,dia nak tumpang tu,aku tak tau lah…kekadang atas bumbung kereta kita…kita dok rasa berat jer kereta.Paling baik..berhenti kereta,halau kan Jin ini…takut takut kita bawa balik kat rumah,rumah pula tidak “BERPAGAR”.Nanti anak atau isteri pulak yang jadi masaalah !!!.
Tiga hari lepas Peristiwa itu,saya bermimpi…seorang lelaki separuh tua,yang kepala nya Ular,mengucap kan TERIMA KASIH,kERANA MENGHANTAR NYA BALIK KE RUMAH NYA !!!Bangun tidur,..baru saya ingat akan Peristiwa Jin Ipoh ini.
Kesimpulan nya Memang ada Jin Yang tak bolih terbang dan saya juga pernah mengalami nya dalam Sensi Rawatan saya…Saya jumpa,JIN IPOH MALI,tapi Ustaz Syakirin jumpa Jin Perancis.Cerita dalam Blog Ridam itu,memang beliau dah cerita kan kepada saya !!!!.Hakikat nya kita akan berjumpa kisah pelik pelik,jika kita merawat orang…kekadang yang tak pernah TERFIKIR DALAM OTAK KITA..Semua itu adalah Sebagai Peringatan untuk kita kerana BUMI BERTUAH INI BUKAN KITA SAHAJA PENDUDUK NYA,MALAH ADA JUGA DARI GULONGAN MAHKLUK ALLAH SWT…DARI GULONGAN JIN !!!.
Assalamualaikum…
Terlebih dahulu sy ingin minta maaf Kepada Tok Sheikh kerana mencelah tanpa izin…
Di sini sy hanya ingin berkongsi sedikit cerita yg berlaku pada sy tahun lepas… Harap cerita ini tidak menganggu Tuan-Tuan Semua…
Tahun lpas sy pergi melancong ke Beijing… Hari last di Beijing kami mkn tgh d 1 restoran yg khas utk para pelancong… Di c2 ada persembahan tarian. Lepas hbis psembahan seorg penari dtg ke meja kami dan memakaikan seutas tali warna merah di lengan kanan kami, kata untuk hari yang baik, kepada pelancong yg lain x pula di pakaikan. Sy rasa x selesa dan x sabar nak keluar dr restoran 2. Bila kluar sy terus buang dan kakak sy ambil dan ikat di anak patung… Sy senyap je x tau nak cakap cam ne ke kakak sy… Spai hotel di kakak sy buangkan dlm tong sampah. Yg mbuatkan sy tkejut bila spai di Malaysia ada seutas tali dlm beg sy. Sy tanya kakak sy Kak buat balik ke tali ni. Katanya x aaa semua dah buang dlm tong sampah di hotel… Sy senyap x terkata sbb sy dok bilik lain dr kakak cam mana bole ada dlm beg sy… Tali 2 sy bawa pulang ke kg sbb kena tanya org cam mana nak buang… Sy ada jumpa kwn sy dan bg tahu… dia kata nape bawa blik… Sy kata bukan bawa balik dia ikut balik… kata kwn sy dia ni jin x bertuan dia ikut balik sbb dah bosan d jdkan alat hiburan, kira dia nak lari dr tpat 2… Sy serahkan pd kawan sy mhantarnya pulang bersama 2 org lagi rakan… X terfikir sy jin bole ikut balik jauh 2 bkn dekat…
Pe pun sy bersyukur kerana semuanya telah selamat…
Maaf sekali lagi pd Tuan Karimon dan Tok Syeikh kerana mencelah tanpa izin… Sy hanya ingin berkongsi cerita pe yg berlaku pada sy berdasarkan cerita Tok Syeikh. Maaf.
Wassalam…
Salam Cik Sofa
Meh pos tali tu kat saya….saya nak hehehehe
Assalamualaikum Sahabat dan Senior Senior
Dalam bab perubatan traditional nie …saya amat tertarik dengan perubatan jarak jauh. Kiranya mungkin pertanyaan saya ini tidak akan membuahkan response atas asbab rahsia perubatan..tapi saya cuma ingin menyentuh tentang konsepnya sahaja (agar pengguna lebih faham bagaimana ia dijalankan).
Soalan Saya
1) Apakah yang dimaksudkan dengan perubatan jarak jauh ini?
2) Apakah yang dilakukan perawat dari jauh ?
3)Apa yang di scan…perawat berkomunikasi dengan apa pada pesakit tersebut(makhluk yang merasuk ka, semangat pesakit ka, roh pesakit ka………)?
4) Bolehkan pesakit merasai apa apa semasa rawatan jarak jauh dilakukan?
5) Berkesankah perawatan jarak jauh berbanding bersemuka dgn perawat?
6) Adakah semua perawat traditional boleh melakukan perubatan jarak jauh…kalau tidak semua boleh….apakah karector yang pesakit boleh tahu perawat nie boleh buat jarak jauh?
7) Apa yang boleh pesakit buat kalau kerja perawat berhenti sekerat jalan…masa tu perawat kalah lawan jin ka ..apa ka..apa pesakit atau orang sekeliling pesakit perlu buat…?
8) Apakah etika perawat semasa Scan pesakitnya?
Harap soalan saya ini tidak keterlaluan…semoga semua mendapat kefahaman dari soalan saya ini…insyallah
Wassalam
salam alam tunggal..ni adalah pendapat saya yg tak seberapa…
perubatan jarak jauh ni agak subjektif jika di perbincangkan…yg terbaik adalah melalui mata batin (scan / screen TV / menerawang)..ini adalah kaedah para wali yg dinamakan kasyaf…
kasyaf mata batin perlu melalui riadah zikir…zikir di sini bermaksud zikir batin atau zikir nafas yg dilakukan tanpa jemu,berterusan dan mestilah dgn semangat yg tinggi…kaedah zikir bergantung kpd guru yg mengajarkan…ia mestilah sdh memperoleh ridho Allah,bersih hati,istiqomah dan niat suci…proses ini berlaku seumur hidup bukan sekelip mata…
dgn kaedah ini Allah akan ‘menampakkan’ pesakit yg jauh lalu perawat mengesan penyakit si pesakit…pengubatan berlaku dgn kudrat dan iradat Allah jua…semuanya biiznillah…
kaedah lain adalah menggunakan jin…yg ini tak payah ceritalah..terlalu banyak kelemahannya….slalunya rawatan jarak jauh tak jadi. atau jin yg disuruh mengubat tu pandai menipu…jadi lagi fitnah…..bab ni yg TS pantang nak dengar ni hehehe…tabik daeng…
wallahuallam…
Assalamuaalikum saudara Daeng Mabela
Terima Kasih atas penjelasan yang ikhlas ini…sesungguhnya tiada yang mustahil disisi Allah SWT. Semuga para pembaca mendapat penerangan dan pendedahan yang sewajarnya.
Mungkin nanti setelah Computer Tok Syeikh diperbaiki (panas sangat keyboard asyik kena jurus TS jer hari hari)…bolehlah kita dengar camer pulak pengalaman mengenai Jin yang kuat menipu dan “awta” nie
Wassalam
Insyallah
Wassalam
La komputer TS kena H1N1 ke awat tak khabar kat aku biar aku sembur ridsect.hang kena banyak2 sabar TS bulan puasa ni hantu setan aja yang kena ikat virus tak kena ikat.
Walaikum musalam !!!Separoh Soalan dah di jawap di gunong..soalan 1,2,4,5,6…telah jawap,… dan yang lain kena datang kat rumah,macam Tuan Karimon buat….Tak lama lagi Hari Raya,sambil jalan Raya bolih tanya Tang HANTU RAYA,jangan tak BERAYA,nanti tak der Gaya…Kalau tak bergaya,tak der orang suka.tak caya tanyalah Paduka !!!!.
Paduka juga bolih jawap soalan tu,jangan pandang Paduka sebelah mata,Kena pandang 3 biji mata….baru lah tau,siapa sebenar nya Paduka !!!.
Hang pa nak tau aku sapa biar aku menyahut cabaran TS menjawap soalan yang ke3 ni.Cara rawatan jarak jauh ni tak banyak bezanya dengan rawatan berdepan untuk tujuan mengesan atau mencari jenis penyakit atau punca penyakit.Kaedah yang digunakan berbeza diantara setiap perawat,depa belajar macam2 caralah tak semuanya sama.Untuk langkah pertama selalunya setahu akulah depa nak kan nama kita,mak kita ke bapak kita ke tapi selalunya nama mak kita dan ada jugak tarikh lahir kita.Yang selalu dilakukan adalah mencari punca penyakit dulu dan kaedah pula berbeza diantara setiap perawat,selalunya aku tahu depa gunakan secara falak.Falak ni banyak jenisnya yang ada untuk mencari punca penyakit.Kaedah lain yang digunakan ialah mengunakan khidmat dampingan.aku rasa semua orang tahu maksud aku dampingan tu atau sahabat perawat tu.Sahabat inilah yang membantu dalam mengesan dan jugak merawat pesakit.Sahabat inilah yang tolong scan dan kalau perlu komunikasi dia akan berkomunikasi dengan semangat pesakit atau roh atau ada juga dengan qorin pesakit,kalau disebabkan oleh angkara jin setan mudah aja sahabat ni scan dan komunikasi.lebih kurang beginilah soalan2nya
Shbt:Hang apa kabar
Psk:Kabar tak baik
Shbt:Napa tak baik
Psk:sebab sakit
Shbt:Sakit apa
Psk:Mana aku tau aku bukan bomoh atau doktor
Shbt:Ohhh hang loyar buruk noo,aku beri penampar jepun baru hang tau.
Psk:hang plak sapa
Shbt:Doktor alam lain atau alam tunggal nak merawat hang
Psk:Ohh patut pakai pun putih jugak
Shbt:jangan cakap banyak hang baring aku nak chek nanti bos aku marah aku
Jadi shbt kita scan bila dah scan beri informasi kat perawat(bos dia)
Jika tahap ilmu perawat itu ilmunya tinggi lagi senang depa scan tanpa guna sahabat kerana depa ini kot dah kasyaf dan diberi petunjuk oleh Allah swt.Jika angkara jin setan depa akan ubatkan dengan cara jarak jauh mengunakan khidmat sahabat mereka atau doa2 mereka.Jika disebabkan oleh penyakit biasa maka disuruh pesakit g hospital atau kelinik
Jika kaedah rawatan jarak jauh misalnya memerlukan bedah batin atau apa2 yang lain2 maka sahabat ini jugak yang mainkan peranan mereka melakukan secara batin merawat pesakit tersebut.Ada yang hanya memerlukan doa2 sahaja tanpa perlu mengunakan khidmat sahabat.Aku jugak ada mendengar kalau perawat tu terer dia sendiri secara batin akan g merawat pesakit tersebut.Depa scan pun mengunakan bati dengan cara berkomunikasi dengan roh pesakit,roh pesakit ni plak tak tahu nak bohong macam tuannyaSedikit sebanyak mungkin terjawaplah pertanyaan alam tunggal kita,abis tu TS menaip ni letih ni apa upahnya aku dapat.
Assalamualaikum…
Benar bak kata TS….hebat juga brader Paduka nie nooo….terima kasih lah ..dalam lawak lawak tu ada juga ilmu pengetahuan berguna diselitkan….beginilah baru meriah….terima kasih sahabat…:-)
Wasslam
Salam sejahtera.
Alaaa…Alam Tunggal soalan no.7 tu macam kereta mainan remote control kehabisan bateri,kejap lagi Tok Syeikh tukar beterinya kereta mainan tu jalan la balik !!!.Tentang etika perawat ni bila scan pesakit,bak kata Pakciklioo ada auratnya…..
Salam Sejahtera Saudara Ais
Soalan 7 itu agak penting juga untuk semua orang tahu camna nak menghadapi situasi dimana tinggal tergantung semasa rawatan…mana ler tau dah Ajal perawat semasa dia tengah syok scan/battle dgn Jin ifrit tochang 3 …ajal dia dah sampai..meninggal…Jin Ifrit tu pulak dah start bengang dan mengamuk ….kalau masa tu ada sekampung Ifrit…tak ke terkulat kulat pesakit dgn org keliling dia ..tak tau nak buat apa….
Dan soalan ke-8 itu patut diketengahkan sebagai standard “AKU-JANJI” perawat kepada pesakitnya…patut sebelum merawat ..baca..sign..satu copy simpan pesakit..satu copy perawat simpan…baru ler susah perawat songsang nak berlaku Onar pada pesakit.
Walaalaikum musalam !!!.Soalan no 7 ni ,saya belum alami lagi !!!.Perawat mati.Tapi sepanjang Pengalaman saya,Perawat Islam..tak pernah dengar yang mati tetapi Tok Bomoh ada yang mati.Dan setahu saya TIADA perawat Islam yang kalah dengan Jin.Kalau Tok Bomoh memang ada,kerana mereka ada dampingan nya….Saya tak nak cerita panjang bab sensitif ini.
Soalan no 9…Memang sebagai Perawat Islam memang ada borang dari hal Pesakit,sejarah pesakit yang di simpan satu untuk pesakit,dan satu untuk Perawat Islam.
Bab Rawatan Jarak Jauh ini pun jika nak tanya saya,paling baik jumpa saya kerana ada pro dan kontra nya.
Assalamualaikum TS
Apa beza tok bomoh dengan perawat ?
Adakah term nama “tok Bomoh” tidak islamic dan memang bukan berunsur rawatan islam ?
maaf ya TS…sebab masyarakat melayu amat biasa dengan perkataan “tok bomoh” nie tak kira samada ia adalah total Islamic ….atau campuran…atau total tidak Islam.
Maaf sekali lagi bagi pembaca kalau soalan saya ini adalah issue sensitive ..tapi pada saya tidak begitu …demi pengetahuan dan kepentingan umum …perkara ini patut diterangkan ..terpulanglah pada masing masing untuk menilai mana yang benar ..dan mana yang menyongsang. Masing masing ada cara perubatan mereka tersendiri…tetapi masyarakat mesti tahu juga cara mereka mengubat…sebab masyarakat umum pun ada pelbagai preferences…ada yang tak kisah ..ada kisah …dosa pahala…
Tapi sedih juga ….ada pesakit yang tak mau buat dosa …tapi tak tau yang dia dah lakukan dosa…malah …subhanallah …jatuh syirik..dan dia tak tahu….
Wassalam
Asalam mualaimkum Semua !!!.Dalam menjawap soalan Saudara Alam Tunggal saya akan cerita sat Sensi Perubatan saya …yang hebat juga…Seorang Pesakit yang bernama Ina,seorang guru sekolah.Suami nya bekerja di Penapisan Petroleam Melaka.Seperti biasa,Isteri saya SCAN.( BIASA NYA JIKA KE GUNONG ATAU KE PULAU,KAMI JUGA UBAT KAN ORANG,XPDC TEMPOHARI…SEMUA SEHAT..SEBAB ITU ALAM TUNGGAL TIDAK TAU,,APA ITU SCAN !!).Semasa Scan kami dapat kesan ada 23 ekor Jin…wah gawat ni kata saya.Saya terpaksa keluar kan saekor demi saekor Jin Jin itu.Setelah 3 hari berubat habis lah 13 ekor Jin itu di keluarkan !!!.Saya tanya beliau,kenapa banyak benar,Jin yang ada dalam badan nya.Beliau cerita kan suka sangat berubat pada bomoh India,Siam dan Cina…astafirullahal azim !!!.Kita sebagai orang Islam,TEKNIK RAWATAN ISLAM lah yang terbaik.Nabi saw,sahabat,tabiin,Wali Wali besar…semua nya mengubat orang !!!.Sebab itu Allah swt tanya kita,”Nikmat Allah mana kah yang engkau dusta kan”.Islam ini CUKUP LENGKAP…dari Ibadah nya,cara makan nya,cara tidur nya,cara nak bersetuboh nya,cara nak rawat penyakit nya,cara nak mati pun ALLAH AJAR KEPADA KITA !!!.Bagaimana pula kita bolih cari Perubatan selain dari Perubatan Islam…Saya pun pening kepala juga Bib !!!.
Setelah saya nasihat beliau,barulah beliau buka Rahsia,kata nya “JIN YANG MENGANGGU KUAT” dan beliau TAKUT,Tok Bomoh yang jadi sasaran.Saya kata kan, Saya hanya TAKUT DENGAN ALLAH SAHAJA DAN ALLAH BERSAMA SAYA.Jadi apa perlu saya takut dengan Jin !!!.Berubat lah dengan Perawat Islam kerana Perawat Islam hanya takut kepada Allah swt sahaja.Untuk menjadi Perawat Islam yang baik….hati nya tetap bergantung pada AllAH SWT,samada waktu sukar atau senang !!!.Dan Alhamdulilah beliau sihat….semasa berubat dengan saya,saya katakan ADA NIAT yang belum di tunaikan,ia itu untuk mengupah kan Haji,bekas Aruah Suami pertama nya….beliau terkejut,macam mana saya bolih tau,kerana beliau tidak cerita kan pada orang,hanya pada kelurga terdekat sahaja…SAYA TERSENYUM SAHAJA DAN DIAM !!!
Assalamaualaikum buat sahabat dan tuan tuan Senior yang amat saya hormati dan saya muliakan…
Terima kasih atas penerangan yang sedikit sebanyak dapat membantu pembaca faham tentang perubatan jarak jauh.
Soalan saya yang selanjutnya..
Bagaimanakah dapat blog ini membantu orang kebanyakan untuk memastikan betul betul perawat nie menggunakan kaedah rawatan islam tulen sepenuhnya…?
Ada tak set soalan yang perlu pesakit bertanya atau pemerhatian yang perlu ditekankan pada bakal perawat bagi memastikan dia adalah perawat rawatan islam yang asli? (kalau boleh sertakan soalan dan jawapannmya sekali hehehe)
Adakah kaedah rawatan Islam membenarkan/membolehkan pendampingan? Pendampingan yang bagaimana yang dibolehkan ?
Sekian soalan saya
Wassalam
Waalaikumusalam Pakciklii,sebenar saya kurang faham juga dengan soalan tu,dapat kiranya menjelaskan lagi soalan itu.Kalau ada kaitan dengan pengasihan memang ada caranya.Dulu masa muda saya nakal jugak meniup sepilong(macam seruling)untuk memanggil semangat orang yang kita nak.Tapi kini tak boleh dah sebab seruling tu dah pecah dan kena cari buluh yang baru.
Walaaikum musalam !!!.Soalan ini memang dah di jawap olih saya,kalau tak silap dalam Entri ‘perubatan Tradisonal VS Modern’.
Untuk Tuan Karimon….buluh dah di beri…hai bolih lah di buat Salung Batuah …he…he…he..hai sapa lah yang kena,tiupan SALUNG SI karimon ni !!!!.
Asalam mualaikum Alam Tunggal dan saudara yang lain !!!.
Entri ini dalah sambungan dari Entri yang lama dulu iaitu ‘Perubatan Tradisional VS Modern ‘.Dalam entri itu banyak saya tulis bab Mengenal Perubatan Tradisional.Dan kalau anda membaca dengan betul…rasa saya SEMUA KITA,tidak mudah tertipu !!!Tapi tak tau lah saya kalau kita,sengaja tak ambil tau…dan tertipu !!!!.Sebenar nya banyak Entri yang berupa ilmu seperti Entri Ilmu Titik 9.Ilmu Kebatinan DLL entri….Jadi rajin rajin lah buka kembali…..he…he…he…..Untuk Paduka,Anda jawap tu betul….tapi ada KORIN …Lak…mana datang nya Korin tu…..Apa kah Korin tu Paduka ???terang kan lah sikit….
Assalamaualikum TS
Terima kasih kerana response – Saya akan belek semula di thread tersebut. Semoga semua pembaca mendapat menafaat yang berguna dari majlis ilmu cara modern ini (cara – maya – walaupun tak senikmat pertemuan 4 mata 🙂
Maaf kalau telah membangkitkan soalan berganda…
Wassalam
Asalamualaikum
Tuan Rahim, saya sekadar mengusik sahaja, untuk menemani Tok Syeikh yang tak jemu jemu memberi info di Karimon’s Blog, saya percaya Tok Syeikh lebih arif bab memanggil semangat ni, jika ada belas kasehannya mungkin info mengenai bab tersebut akan dititipkannya di Karimon’s Blog. Buat masa ini saya masih sibuk menyiapkan E book, bagaimana sibuk sekali pun kita perlu mencelah di Karimon’s blog tanda setiakawan.
Wasalam.
Walaikummusalam Pakciklioo !!!.
Saya ada Pengalaman BANYAK,bab Panggil Semangat ini !!!.Pada tahun Tahun ini banyak kes kes Rumah Tangga yang terpaksa di selesaikan olih saya.Kes Rumah tangga ini seperti suami lari,isteri lari,Suami gilakan kat GRO,Isteri gila kan kat Lelaki Bangla dam macam macam lagi.Teknik saya gunakan ialah TEKNIK PANGGIL SEMANGAT.Teknik Puja Semangat ini ada banyak,yang saya pelajari…dan ada gunakan Khodam dan ada gunakan Solat Hajat.Kedua dua teknik ini rumit juga.Kalau gunakan khodam,kita kena berhati hati….kerana jika tersilap,khodam tak mahu pergi !!!.Dan biasa saya buat,kedua kedua nya sekali jalan !!!.TEKNIK INI TAK BOLIH DI PAPAR KAN KEPADA UMUM…TAKUT ADA YANG SALAH GUNA…NAK TAU….KENA DATANG RUMAH !!!.Biasa nya dalam masa 15 minit sahaja,SUAMI YANG LARI…dah call isteri.Bagitu juga Isteri yang lari…atau sesiapa yang lari !!!!.Saya pernah buat,suami nya di Kuching,isteri nya di Melaka…..besok hari nya dah balik Melaka !!!.Saya tak mahu tuliskan apa ayat dibaca,dibuat macamana,waktu bila kena buat dan apa perlu di pakai, KERANA AKAN ADA YANG SALAH GUNA !!! contoh…Si Ahmad…syok,kat isteri orang….dia pun Panggil Semangat Si Minah tu,dia tau Si Minah tu isteri orang…kerana Si Minah tu LAWA….jADI DI PANGGIL JUGA SEMANGAT SI MINAH…SI MINAH PUN KELAM KABUT….Dan akan jadi PERCERAIAN….SIAPA KAH NAK JAWAP !!!!Aku tak nak jawap,kerana meruntuh kan Masjid !!!!Ada lebih baik ilmu ini aku beri, yang betul betul AMANAH!!!!.
Sebenar nya Seruling Salung itu….ilmu bebudak….masa aku kecik kecik dulu,pakai lah..waktu zaman Jahilliah aku dulu !!!!.Jadi pulak tu,….mak aku tahu,..di kejar nya dengan batang penyapu….habis tu lariii laaaa….sapa nak jawap ANAK DARA,datang kat rumah…..nak kawin ,belum ada kerja…pada kena batang penyapu…baik lah lariiiii…..he…he…he……
Asalamualaikum
Biasanya Tok Syeikh kecintaan kita pada ilmu ketika budak budak sering bermula dengan ilmu pengaseh dan begitu jugalah selayaknya kita memulakan setiap sesuatu semuanya bermula dengan menyebut sifat tuhan yang Maha Pengaseh dan Maha Penyayang. Bezanya mungkin masa budak budak dulu kita hanya kasehkan makhluk bukan kerana tuhan, itu sebab kena marah. Sebab itulah jika Tok Syeikh sebut beribu ribu kali Pengaseh di Karimon’s Blog pun kita tak kisah, tapi pengaseh dan berkaseh mungkin berbeza kot. Tapi budak budak di Karimon’s Blog ni terutama Alam Tunggal tu Tok Syeikh perlu beri ilmu pengaseh biar mereka terasa sayangnya.
Kepada Tuan Rahim,
Akar jarak akar lakum
dua akar selengkar
bagai diarak bagai dirangkum
itulah ilmu si gulung tikar
Wasalam.
Asalam mulaikum semua !!!.Dalam menhadapi Bulan Paling BARKAH ini pun saya tidak putus putus Berubat.Ada yang datang dari Jauh dan Dekat.Pada 2 tahun kebelakangan ini KES RUMAH TANGGA,Paling banyak di temui olih saya.Ada yang bertanya pada saya…”TIDAK KAH SYAITAN DI RANTAI PADA BULAN RAMADAN”.Memang yang di Rantai ialah BAPA SYAITAN..IBLIS….Tetapi Syaitan yang di dalam diri kita,tidak di rantai !!!.Dalil nya,masih banyak lagi manusia Islam yang buat Maksiat di bulan Ramadan ini.Nafsu manusia tidak dirantai,sedang kan Nafsu kita meruntun ke maksiat jika tidak di kawal….contoh !!!.Sebelum berbuka..nak makan…seolah olah satu periuk nasi,air nak satu jak,kuih muih beraneka jenis !!!Adoooh…nak makan ka,nak mandi makanan…entah lah !!!!.Saya merenung jika saya berbuka !!!.Saya memang dah di biasakan berbuka ..hanya lah segelas Air Kopi 0 dan 2 keping kuih(tak kira kuih apa)….dan saya tidak akan makan apa apa,hingga ke Sahur !!!.Saya memang dari keluarga yang susah,jadi apa yang dapat..itu lah yang kami berbuka !!!…..Setelah Saya Dewasa,dan belajar ugama dan lepas itu “mencari ALLAH”,..bila kita mahu mendekati Allah…Perut kita mesti lapar !!!!.Nak makan banyak,tak bolih…lekas kenyang dan kalau makan juga bolih muntah.Lagi banyak Zikir,lagi sedikit makan…jadi masa itu saya terus kan zikir seperti biasa…..dan baru lah “FANA”…Selepas dah lama perkara itu berlalu,baru lah ada kesempatan saya bertanya,Guru saya…jawapan nya,Kalau nak jumpa Allah dan Rasul..perut mesti kebulor !!!…Laaa saya memang betul lah,apa yang saya Alami.Jawap Guru saya..Memang Betul !!!!.
Saudara Saudara semua !!!.Jika kita ada ingatan dalam hati kita ,nak mendekat kan diri kepada Allah Swt,..perut kita mesti kosong !!!!.Dan Anda tidak akan dapat dekat kepada Allah swt…jika Perut kita penoh dengan Makanan !!!!.Ini lah salah satu dari,Ajaran Tariqah yang saya dapat dan pelajari…supaya kita sentiasa ZUHUD.Makan lah,sekira nya kita lapar,dan sebelum kenyang…berhenti makan !!!!.Dari segi kesihatan juga amat penting,jika kita asyik makan…Penyakit selalu datang !!!.Renong Renong kan lah !!!!.
Assalamualaikum
Ini adalah lebih pada bentuk perbincangan…
Dalam zaman technology canggih sekarang nie…penggunaan IT adalah lubuk hangat sebagai medium menjana pendapatan…tidak kurang juga buat para pengamal ilmu mistik nusantara. Ada yang jual Jin..ada yang jual Khadam…tak kurang juga yang berniaga “Menderem” dan mentera dalam bentuk E-Book. Yang paling menarik – ada yang offer ijazah jarak jauh…peringkat asas dan peringkat Expert…dengan sekian sekian bayaran. Yang paling hangat sekarang seperti kaedah “R&8&i” dan sewaktu dengannya.
Soalan saya…
1) Adakah cara pembelajaran modern ini menepati piawaian etika para mistik?
2) Adakah Mentera dan jampi seperti tertera dalam e-book yang berada di pasaran maya sekarang ini akan mengakibatkan mudarat kepada masyarakat kita?
3) Bolehkah saya kaitkan method Mengajar/pembelajaran seperti ini akan membuahkan Generasi “Script Kiddies – nie istilah IT bagi budak belajar hacking guna tools free download dari internet” – Anak anak muda mula try tak tentu hala buat orang sumer porak peranda….
Saya buka gelanggang bagi yang arif berbicara
Wassalam
Waalaikumusalam,memang banyak terdapat blog yang sedemikian rupa pada masa ini,secara peribadi bagi saya ada yang boleh dan ada yang tidak boleh kita terima sepenuhnya ilmu yang diberikan melalui kaedah ini.Ilmu yang berbentuk petua mungkin senang dipelajari dan diikuti tetapi ilmu yang berbentuk amalan2 tertentu terutamanya tingkat tinggi kita perlu pengawasan seorang guru yang memantau perkembangan kita,silap haribulan isim jadinya tanpa pemantauan seorang guru.Secara dasarnya memang melanggar etika para mistik ini membuat seolaholah ilmu ini mudah dilakukan urusannya dan seperti tiada nilai lagi.Kita tidak dapat menafikan zaman berubah tetapi ini tidak bermakna semuanya perlu berubah mengikut zaman.Sebagai contoh saya berikan jika saya menjual melalui ebook ilmu jurus yang ada 44 gerakan apakah jaminan yang orang membelinya dapat mengikuti setiap langkah jurus itu dengan tepat dan lagi pun setengah peringkat jurus ini memerlukan daya teknik pernafasan yang tertentu,jadi dimana satu jaminan yang sipembeli ini melakukan semuanya dengan betul seperti yang dikehendaki.Kalau sipembeli itu berguru secara berdepan mudah bagi guru memberi tunjuk ajar dan membetulkan mana yang silap kerana ianya berlaku didepan mata seorang guru.
Bagi sesetengah amalan pula ianya memerlukan pemantauan guru dari segi perkembangan atau hasil dari amalan yang dilakukan oleh sipembeli,ada sesetengah ilmu yang diamalkan akan mendapat sesuatu hasil atau petunjuk atau petanda dan petanda ini berbeza2,jadi pada kesempatan mana sipembeli hendak merujuk pada orang yang menjual ilmu itu.Mempelajari sesuatu ilmu kebatinan atau ilmu mistik bukannya sama seperti belajar matematik atau sejarah kerana kesanya adalah pada sipengamal.Yang dinantikan kononnya malaikat atau jin islam silap haribulan yang timbul atau menjelma itu jin kafir atau hantu raya yang menyamar.
Tidak kira lah peringkat apa pun nak belajar tetapi yang penting ada pengawasan guru,penilaian guru,tunjuk ajar guru dan nasihat seorang guru.Kalau dah jauh nak pantau macam mana dan siapa yang akan sanggup bertanggung jawap kelak jika berlaku sesuatu.Saya khuatir ilmu yang menjadi itu mungkin ada unsur yang lain yang datang menempel maka sukanya hati sipembeli tanpa mengetahui ianya adalah permainan iblis atau jin.Ilmu kebatinan ialah ilmu yang bersangkut paut dengan pekara mistik atau paranormal ianya ilmu halus yang perlu ditelitikan dulu sebelum mempelajarinya.Yang lain yang perlu ditakuti ialah apakah boleh kita mempercayai sumber ilmu atau guru itu.Ada kemungkinan juga ilmu yang terdapat dalam blog itu adalah ilmu yang ditiru atau yang diciplak dari sumber lain yang disatukan didalam satu ebook dan ketulenan boleh dipersoalkan.
Walaikum musalallam Alam Tunggal !!!.Dalam menuntut ilmu ada cara dan adab nya.Buka bolih SHORT CUT.Selain dari bacaan Betul,IJAZAH GURU SECARA JABAT,sangat penting.Kecuali lah jika kita nak tambah ayat sikit sikit,sebagai Rujukan.Semua yang anda Soal,memang bolih DIBUAT,,,TETAPI Keberkatan nya TIADA !!!….Mungkin bagi orang lain,lain cara nya !!!jika cara saya,saya ikut NENEK MOYANG saya menuntut,..walau pun seorang Guru itu Beribu batu,saya tetap mencari nya dan menghadap Guru….bukan dengan cara short Cut itu…
Baca lah BLOG RIDAM, anda akan tau,APA YANG PELAJAR DAN PESAKIT KOMEN !!!.Bukan terhadap Ridam,tapi terhadap GURU PENGKOMEN ITU SENDIRI !!!.Dalam Ilmu Allah ini,memang sukar jika kita tidak mengikut Uslub Ilmu…cerita jer zikir juta juta,operate jarak jauh..ribu batu,sembelih jin ,..ribu dah kojol….tapi ORANG KERASUKAN TAK BOLIH NAK SEDAR KAN…Masaallah…..bolih jatuh kemaluan itu !!!.Sebab itu ,amalan dan mendekat diri dengan Allah swt,bukan lah di BIBIR MULUT,TAPI DI HAYATI DAN DIAMALKAN DENGAN HATI,DIRI DAN AMALAN….
Jadi berhati hati lah…nanti Wang Terbang….ilmu tak dapat dan berkat pun entah kemana !!!!.Cerita siapa pun bolih cerita….cerita ke bulan,ke bintang…tapi kalau yang asas pun tak bolih nak amal kan…..HAMPEH LAH !!!!.
Assalamualaikum,
Sebenarnya saya cukup tertarik soalan yg dikemukakan oleh Alam Tunggal dan dalam masa yang sama saya menanti olahan dari Tok Syeikh atau yg lainnya. Memang Tok Syeikh memberi penerangan yang jelas iaitu ilmu bergurulah menjadi kesimpulannya demi mendapat berkat dan sejahtera dunia dan akhirat.
Waalaikumusalam Pakciklii,nak merantai macam mana Pakciklii,bunyi aja azan maghrib sumbat tengolok dan perut habis habisan.sebelum berbuka ramai yang pergi berpesta membeli belah juadah berbuka.Masyaallah belanja nak berbuka mengalahkan makan biasa seharian sebelum berpuasa.Apakah faedah yang mereka dpat dari berpuasa?Tidak ada apa2 faedah melainkan lapar dan dahaga disiang harinya.
Asalam mulaikum !!!.Dalam menuntut Ilmu Mistik/Kebatinan ini,Guru yang mengajar nya juga penting.Penting dari segi amalan nya.Jika kita tidak mengenal Guru itu secara peribadi,bagaimana kita nak tuntut Ilmu Mistik.Dapat kah kita yang baru belajar,menilai samaada Guru itu beramal ilmu Mistik yang benar ker atau ada unsur unsur Jin ???.Memang betul,di beri nya kita amalan yang betul..tapi di sebalik TABIR nya,ada Jin Ifrit….macamana agak nya,Pelajar pula tak dapat membezakan antara Ilmu Allah swt dan Ilmu Jin,lepas tu belajar punya belajar,Si Ifrit ni kata…kau ni dah cukup ilmu,tak usah lagi Solat,kerana itu adalah AMALAN KULIT !!!.DAN KAU NI DAH JADI WALI !!!.SiPelajar pula bukan main syok lah kerana dah “sampai”,dan tak usah Solat lagi,dan aku dah jadi Wali….memang Wali Bib….tapi bukan Wali Allah,ianya WALI SYAITAN….Pelajaran Tauhid dan Mistik atau Tasauf tidak bolih di pisah kan,kerana Mistik dan Tasauf ini kena selaras !!!Bagitu juga SYARIAT,..Setelah cukup Syariat,baru lah bolih belajar Ilmu Mistik !!!bukan apa bib,takut kita tersesat jalan !!!!Jalan yang benar hanya SATU,JALAN YANG MENYESATKAN SANGAT BANYAK !!!!Jadi itu lah PENTING NYA GURU YANG MURSHID,yang dapat menunjukan,membimbing dan memberikan pedoman kejalan atau arah yang kita nak tujui !!!!.Jika kita tersesat jalan ke KUALA LUMPUR,ada jalan lain,untuk kita kesana,,KL…Tapi tersesat jalan Akhirat…..seumor hidup hidup kita menanggung nya….Jadi kita jangan sekali main SHORT CUT dalam menuntut Ilmu Mistik/Kebatinan/Tasauf ini,Ikuti lah Jalan/cara Para Para Ulama kita menuntut…dan INSYALLAH…SELAMAT DUNIA DAN AKHIRAT !!!!.
Assalamualaikum Semua
Saya membangkitkan tentang jual beli ilmu mistik nie berikutan pengalaman saya Begini ceritanya….kawan saya telah membeli package ilmu melalui POS di mana dia diberi senaskah himpunan mentera mentera nusantara dan adalah oleh-oleh barangan lain dia dapat..kononnya ada power…hehehe. Yang saya nak ketengahkan adalah kandungan mentera didalam buku xerox yang kawan saya terima.
Bila saya membelek kandungannya- ada lah himpunan mentera-seperti mentera pukau Siam (perkataan siam), mentera penggerun bugis, mentera pengasih jawa……mentera gentel biji lada sulah…ayat nak panggil bunian..dan banyak lagi…campuran ayat ayat arab (tiada petanda dari surah mana kalau di ambil dari al-quran) dan juga bahasa dari masyarakat nusantara…jawa…siam…bugis..melayu…
yang saya risaunya adalah…hampir 80% kandungan mentera ini boleh digunakan untuk jalan Jahat…aniaya orang..pukau…kacau anak bini orang etc…dan mentera nie semudah beli beras dikedai…tiada langsung ditanya penjual samada nak buat apa beli ka apa ka (no screening). Dan kaedah ini banyak saya jumpa..dan jualannya LARIS bagai cempedak goreng.
Satu memang lah dah mengamal ilmu tanpa guru…dah tu ilmunya yang dijual pulak…perghhh…impact kat masyarakat banyak tu….iyalah bagi kebanyakan manusia..mereka nak yang mudah…yang boleh memenuhi tuntutan NAFSUnya…tak kiralah…nak kayanya..nak rosak anak orangnya…dan macam macam lagi….Benda Setan memang senang nak jadi…isk isk isk…fenin pala hehehe
Maafya sekadar berkongsi cerita
Wasalam
Asalam mualaikum Alam Tunggal !!!.Jika anda dah tau Ilmu itu SYIRIK dan menduakan Allah swt,menjadi Tanggung Jawap anda pula menasihati kawan anda itu.Sebab itu lah saya katakan ILMU SYAITAN,banyak BIB,Ilmu Allah swt itu,…SATU !!!.Ilmu Tariqat yang orang AWAM TIDAK MEMAHAMI NYA TANPA GURU,JUGA BOLIH SESAT.Bukan ilmu itu yang tidak betul,tapi orang AWAM,yang menerima nya yang TIDAK FAHAM !!!.Sebab itu saya tidak mengulas PANJANG PANJANG BAB ILMU TARIQAT.Bukan kerana saya tidak bolih ulas…tapi saya takut orang AWAM,TIDAK FAHAM !!!.Sebagai contoh !!!…Terang kan kepada saya…BAB HATI,FUAT,LUHHAT,SYAHGOF,LUBBUN,SIRRUN dan ALLAH….Ini semua Ilmu Tariqat…Bukan bolih kita cerita di Internet tanpa Guru Murshid.
Saya yang belajar Kitab Hikam..karangan Tok Ku Paloh dah makan masa 2 tahun,pun baru beberapa helaian.Kalau setakat bercerita dan menulis sahaja dan ORANG AWAM TIDAK FAHAM,buat apa Bib ???.Penat saya menulis…cari lah GURU MURSHID…tapi semua nak cari jalan SHORT CUT,..haa tak pa lah….yang sesat bukan saya !!!!.
Mencari GURU MURSHID ini,saya selalu berbincang dengan Tuan Karimon.Sebab itu lah Saya dan Tuan Karimon tidak mengulas Bab Tariqat Tinggi Tinggi bukan apa,kerana ORANG AWAM…tidak akan faham !!!.Saya ceritakan ini dalam Bab Tariqat…iaitu Ilmu Allah swt…..Bertambah lagi dengan Ilmu Syaitan !!!…dah tau salah….hai saja lah nak tempah MAUT !!!!.Ilmu yang TIDAK BERSUSUR GALUR dari Nabi saw…TERANG TERANG SESAT !!!.Kalau tidak ada nas dari Al Quran dan Al Hadith….di kira Ilmu Sesat Bib….jadi berhati hati !!!!.
Asalamualaikum
Kalau bermula ilmu itu adab, jika nak menuntut ilmu kena mengadaplah. Zaman sekarang semuanya dipermudahkan, dulu beli sekati gula pun berakad, sekurangnya ” saya beli barang sebanyak duit “. Tapi lama kelamaan nanti mungkin nikah pun tak perlu akad lagi. kita tidak dapat membezakan diantara ilmu hakikat yang perlu dituntut dengan ilmu syariat yang mungkin sekadar boleh dipelajari. Ilmu hakikat adalah ilmu yang diwarisi para ulamak dari ambia, sebab itu ada ungkapan yang menyatakan ulamak itu warisan Nabi. Maka jika kita ingin mewarisi ilmu ini maka perlulah menemui mereka yang layak mewariskannya. Kita sering mendengari belajar kerohanian tanpa guru, maka syaitanlah gurunya. Bab belajar perlu berguru ini saya rasa telah kita beri komentar dengan panjang lebar diintri Karimon’s Blog sebelum ini.
Wasalam
Waalaikumusalam,betul betul betul cikliii,zaman sekarang ni depa semuanya hendakkan short cut,tak lama lagi upacara akad nikah melalui sms aja.berguru pun guna internet dan sms lebih canggih mms masuk tahun 2020 guna MTS,mati tanam sendiri
Asalamualaikum
Tuan Paduka, bagaimana kita hendak mengenali benda jika tidak memahami sifat unsur tanah air angin dan api ?. Bagaimana kita nak mengenali makhluk jika tidak memahami jiwa raga rohani dan jasmani ?. Bagaimana kita hendak mengenali diri jika tidak memahami kudrat iradat ilmu dan hayat ?. Bagaimana kita hendak mengenali tuhan jika tidak memahami nama sifat affal dan zat ?. Berdasarkan pengalaman Tuan Paduka berapa peratus orang yang kita ketemui mengenali benda, makhluk diri dan tuhan ?. Pernahkah tuan terlihat, makhluk pun kadangkala macam benda, berdiri pun macam benda, tuhanya pun benda, kawin pun kerana benda, pendek kata serba kebendaan yang kadangkala disebut materialistik. Jadi orang sekarang belajar pun sekadar untuk mendapatkan benda jadi tak payahlah jumpa guru yang penting dapat benda.
Wasalam.
Waalakum musalam !!!! Betul tu Pak ciklioo…dapat lah guru melihat benda dan ilmu pun entah apa benda !!!…..murid pun mata benda…dalam kubur besok,tak tau apa benda…di humban ke neraka !!! baru lah tau apa ke benda !!!.
Assalamualaikum Semua
Tajuk Perbincangan Baru – Budak Hilang
Sila refer di sini – http://www.facebook.com/?ref=home#!/album.php?aid=24391&id=100000533591706
Kalau ada yang dapat menolong membantu – tak tahan nengok ramai dah budak kena kidnap nie
wassalam
Asalam mualaikum !!!.Malam ini sebentar tadi,ada di tayang kan di saluran Nasional Geografik satu Rencana mengenai Tioman dan Hutan Borneo.Pakar Orang Putih itu mengatakan “Lender yang terdapat di badan ikan Haruan bolih menghenti kan pendarahan setanding Morfin”.Dia juga beritahu,sebenar nya Dunia dah tahu,dan kita memang sudah lama tau !!!,semenjak saya kecil kecil lagi.Ikan Haruan adalah satu specis ikan yang Paling Baik dalam mengubati Luka dalam dan Luka Luar.Kita memang tau,sejak kita mula celik mata lagi,sejak nenek moyang kita lagi.Sebab itu lah ikan Haruan MAHAL harga nya,jika di Melaka..harga nya 1 kilo, RM 20.00.Sebenar nya dalam negara kita yang beriklim Tropika, memang Allah SWT,hidup kan bermacam macam kehidupan untuk perubatan.Ada ribuan pokok herba dan binatang untuk perubatan yang belum di kaji dan di Pasar kan.Contoh Herba…Pokok Dokong Anak,susu Nabi,Ketumpang Air,jarum mas,sireh,kaduk,Dan memacam ubatan herba,yang sangat berguna…yang kita lihat saja,kekadang kita sepak buang….tetapi herba itu lah yang paling baik untuk penyakit moden seperti Kencing manis,darah tinggi,bat karang dan lain lain penyakit lagi.
Satu pula masaalah nya,Orang Kita ni,..ubat ubat Tempatan,tidak bagus dan baik katanya !!!.Saya ceritakan satu kisah yang di ceritakan olih anak ke 2 saya..Sayyid Syahrol Hisyam.Beliau bekerja di kilang Ubat,di Penindustrian Cheng.Beliau bekerja sebagai Pembancuh Ubat.Ubat untuk kegunaan Hospital Kerajaan dan Swasta,juga luar negara(Export).Ubat untuk kegunaan Hospital kita,terlalu tinggi KANDUNGAN DADAH NYA.Ubat seperti Darah Tinggi,Kencing Manis dan Ubat Batuk…paling tinggi Kandungan Dadah nya.TETAPI YANG HAIRAN BIN AJAIB NYA,Ubatan untuk Export ke Brunai dan Singapura TIADA DADAH,dan kalau ada pun sangat sedikit kandungan Dadah nya !!!.Jadi bagaimana lah bolih jadi Begitu ???.Adakah Pemerintah kita suroh kita menjadi Penagih Dadah,bib ???.Sedang kan Penagih Dadah di tangkap ????,habis cam noooo ???.Jadi ubatan yang di sepital itu bukan lah ubat,tapi RACUN !!!!.Jadi berhati hati lah bib.,jika kita kencing manis,makan ubat sepital…tak lama lagi akan dapat 2 lagi penyakit FREE iaitu lemah jantung dan buah pinggang !!!.Jadi kita sebagai Pengguna,FIKIR FIKIR KAN !!!.
Waalaikumusalam,memang benar TS inilah minda melayu yang telah dibaratkan oleh penjajah,segala yang berpunca dari alam kolot dan kuno tapi telan pil yang ada dadah orait saja tak kolot dan kuno.Seperti yang TS katakan yang menjadi masaalah besarnya Doktor Melayu sendiri asalnya dulu mungkin anak kampong tapi dah belajar tinggi maka lupa mak ayah datuk nenek dia banyak makan herba bukan ubat2 moden,minda mereka pun dijajah juga dalam pandai2 tu.Kebanyakan ubatan hanya menghentikan penyakit bukan memulihkan penyakit dan ianya akan berulang kembali.Saya ada mengenali seorang doktor melayu yang mindanya tidak dijajahbeliau berkata kalaulah boleh saya rekomen kacang panjang sebagai ubat untuk pening kepala saya akan buat demikian tapi orang kita ni payah nak terima itu semua.Hippocrates pernah berkata “Take food as medicine and medicine as food”terjemahannya lebih kurang ambil ubat sebagai makanan dan makanan sebagai ubat.ertinya apa yang kita makan dari sumber alam ini adalah ubat yang menjadi makanan kita.Ulam ulaman kita kaya dengan zat makanan dan didalamnya juga terkandung penawar penyakit.Kita banyak tertipu oleh pihak barat dulu mereka berkata minyak kelapa tak baik untuk kesihatan sebab nak melakukan minyak jagung dan minyak soya kitadan kita pun ikutlah propoganda mereka.Mereka kata buah oren banyak vitamin C maka kita pun belilah oren nak makan agar dapat vitamin C walhal buah cermai tu sebiji kandungan vitamin C nya 4 kali ganda dari oren.Sekali lagi kita tertipu dan kayakan mat saleh tu semua kita beli buah mereka.Bilalah minda kita ni nak kita bebaskan dari dijajah agaknya.
Asalamualaikum
Dulu kita serng mendengar cerita datuk nenek kita sibuk mempertahankan tanah air, tapi kini kita sibuk mempertahankan negara. Jenerasi hari ini mungkin tak faham pun lagi apa itu “tanah air” kerana sibuk mempertahankan periuk nasi. Sebenarnya Tanah air kita telah musnah. Tanah dilombong, ditebang tebas dan dijadikan taman batu batan seperti Taman Kosas, tak cukup dengan itu diturap dari utara ke selatan, timur dan barat menjadi lebuhraya tempat persaingan hantu raya yang banyak terkorban pada Hari Raya. Pencermaran Tanah air boleh kita lihat dari air sungai yang keruh mengalir lesu, udara yang sering berjerbu dan kepanasan haba yang libang libu.
Apabila Tanah air kita telah musnah bermakna apa yang kita makan dan minum sudah tidak selamat lagi. Segala apa yang kita makan kini bukan untuk membina kesihatan malah membina penyakit. Ada dikalangan petani sendiri yang tidak sanggup makan beras padi yang mereka tanam kerana mereka mengetahui bagaimana ia diracuni untuk mencegah penyakit. Selain daripada tumbuh tumbuhan yang ditembak dengan berbagai sinaran cahaya, binatang ternak ada yang disuntik dengan hormon babi untuk meransang pembiakannya. Malahan ada orang islam yang sanggup di suntik dengan hormon babi untuk melansungkan kebiyangannya.
Jika menurut budaya kita makanan yang membina penyakit disebut haram dan membina kesihatan disebut sunat. Kini kita pun keliru yang mana satu haram dan halal kerana segalanya telah tercemar. Hari ini kita terpaksa meletakan kepercayaan kepada pihak tertentu untuk mengetahui sesuatu bahan itu halal dan haram kerana kita sudah tidak boleh berfikir sendiri untuk menentukannya walau pun hafal 30 juzuk al Quran, kerana selain dari sijil sekolah ugama, kita perlu ada sijil halal dan haram.
Jika untuk memperolehi makanan yan berseh pun sukar pada hari ini, bagaimana pula untuk memperolehi makanan yang suci?, mungkin kita pun kurang pasti maksud kesucian itu. Teringat saya kata seorang warga seberang ” disini mau cari rezeki yang haram pun susah Pak, apa tah lagi rezeki yang halal ! ” , mungkin satu masa nanti warga negara kita pun juga akan mengalami nasib yang sama seperti itu.
Wasalam
Waalaikumusalam Pakciklii apa yang katakan tu betul dan tidak boleh dinafikan ,setidaknya apa yang saudara katakan itu dapat membuka minda kepala otak kita semua yang bingai ni,saya pun pernah dengar tentang suntikan haiwan ni sebab anak kawan saya kerja di pejabat haiwan dan tahu hal itu.entah dah berapa kilo yang haram masuk dalam perut kita dan pihak yang kita rasa bertanggungjawap melaksanakan halal haram itu entahkan boleh kita percayai atau pun tidak.Dulu masa saya kecil2 sungai Pahang itu airnya jernih kehijauan tapi kini bertukar seperti teh tarik warnanya keruh dan kotor,tapi pihak berkuasa peduli apa akan hal itu kerana ianya diatas nama pembangunan,semasa saya berkerja diPeruang Kuala Lipis hutan yang cantik habis ditebang atas nama pembangunan rakyat,anak2 sungai rosak dan saya terkejut bila dapati ditengah hutan itu ada tasik yang cantik tapi hancur semua.Sikap rakus ahli perniagaan dan beberapa ahli politik merosakkan tanah air kita.Entahlah Pakciklii kerajaan ada melaungkan slogan cintailah sungai anda tapi disebelah pihak lagi hancurkan sungai anda.
Halal dan haram sudah menjadi satu isu yang semacam satu mainan saja,entah ada atau tidak satu garis panduan yang benar2 efektif dalam melaksanakan semua ini,kalau ada pun garis panduan semuanya bocor belaka.Ada ke makanan kini yang kita beli benar2 halal dari semua sudut.
Assalamuaalikum Sahabat sekalian…yang mulia senior senior Blogger Karimon
Terpanggil saya untuk bertanya tentang Cara perubatan Islam yang dipertontonkan di YouTube. Secara Khasnya mengenai rasukan Jin dan makhluk Halus.
Sila lihat pautan berikut
Soalan Saya
1) Setelah disiksa Jin kafir yang merasuk ini …adakah pelawaan perawat untuk Jin itu masuk agama Islam betul mengikut tertibnya ( dilihat sepeti secara paksa sahaja)
2) Setelah Jin ini masuk Islam – SIAPA pula yang MEMBIMBING Mualaf Jin ini supaya terus meganuti ugama barunya?
Jika semua pengislaman ini dilakulah dgn lancar – alhamdullilah seekor Jin sudah diislamkan. Tetapi kalau sekadar paksaan…dan tiada pemantauan dan bimbingan susulan dibuat…apa pulalah impactnya pada masyarakat JIN.
Sebab itu sangat saya ingin mengetahui apakah etika perawat di luar sana dalam mengendalikan situasi sebegini….
Sekain Soalan Saya
Wassala.
saya juga adalah perawat islam…berdasarkan pengalaman saya,lbh baik jin yg telah diislamkan tadi di arahkan ke mekkah atau madinah (jika dia bersayap dan boleh terbang)…di sana banyak wali2 jin islam sentiasa menunggu dan boleh membimbingnya ke jalan islam sebenar…
atau memaggil alim ulama jin yg sdh dikenali membawanya ke madrasah jin masing2…segera lindunginya, sebab jin kafir yg lebih kuat pasti akan membunuhnya jika mereka tahu ada jin yg baru masuk islam…
wallahualam
Assalamualaikum Daeng Mabela dan yang berhormat lainnya
Terima kasih atas penjelasan saudara…alhamdullilah kalau perawat ada sifat tanggungjawab sedemikian..kerana begitulah juga bagi manusia yang mualaf..mereka semestinya perlu bimbingan sepenuhnya dalam bermulanya perjalanan kehidupan Islamnya.
Akan tetapi saya masih lagi tertanya tanya tentang soalan pertama saya…adakah setelah perawat menyiksa …membakar …pukul golongan Jin kafir ini…kemudian arah mereka masuk islam. Adakah ini tertib yang baik…yang sepatutnya?
Saya bukanlah perawat …tapi sebagai logik …ambil scenario ini…anak dara islam berpoya poya dengan lelaki kafir….bapanya nampak lalu dia pukul, bakar kulit, siksa lelaki kafir ini …kemudian suruh dia masuk Islam…denganb kata kata paksaan….adakah akan terbit keikhlasan? Adakah paksaan didalam ISLAM ?
Adakah sebab JIN lain..manusia lain ?
Harap yang arif dapat mengupas…kemusykilan saya. Bukan saya simpati pada kafir laknat ini..tetapi sesungguhnya Rasullah S.A.W mesti sudah ajar umatnya..tertib dan peraturan bila berhubung dengan golongan kafir….dan cara mengislamkan mereka…samada Yang Ghaib ataupun yang Nyata.
Sekian soalan saya
Wassalam
Walaikum musalam !!!!.Bab mengislam kan Jin ini anda kena tanya Uztas yang buat CD itu…Saya hanya belajar Cara Merawat dan menjadi Perawat Islam.Saya BELUM LAGI menjadi pendakwah Jin.Kerana say belajar ILMU DAKWAH MANUSIA.
Jika saya merawat…perkataan pertama yang saya tanya,jika pesakit kerasukan ialah…nak keluar atau tidak ????.Saya tak tanya ..Nak MASUK ISLAM atau TIDAK ???.Tugas saya ialah Menyedarkan Pesakit,bukan Mengislam kan Jin….Sebab itu lah jika mahu cari Pengalaman Dalam Perawat kena pergi lihat sendiri…BUKAN TENGOK CD !!!.SEKARANG INI MEMACAM CARA ORANG NAK POPULAR DIRI…KAN SAYA SUROH BACA KENYATAAN YANG DI ULAS OLIH RIDAM…Tentang seorang Perawat yang mendakwa,bolih sembelih Jin,membunoh jin……tapi bila benar benar,ada Peserta kerasukan….tak bolih,nak SEDAR KAN….MEMALUKAN !!!!.
Saya sedari berumor 16 tahun,sudah pandai berubat orang dan selama itu SAYA BELUM PERNAH LAGI MENNGISLAM KAN JIN !!!.Kerana saya tahu Jin ini sangat degil,hanya orang yang bertaraf Ulama dan Wali Besar sahaja yang bolih pergi berdakwah kepada mereka !!!.JADI BAB MENGISLAM KAN JIN INI…JAWAPAN SAYA ADALAH SEPERTI DI ATAS….kERJA SAYA PERAWAT ISLAM,Bukan Pendakwah Jin….Aku hanya lah Wali Nikah ,anak aku jer !!!!!…bukan Wali !!!!
Assalamuaalikum Tok Syeikh
Terima Kasih atas penjelasan TS. Kalau apa yang TS tulis itu memang bertepatan dengan cara perawat yang sepatutnya. Merawat bukan berdakwah…kalau nak berdakwah ..selepas rawatan. Bagai tok kadi menikahkan teruna dan dara…teruna dan mak janda…duda dan dara..duda dan janda hehehe…dah lepas akad nikah selesai ..barulah dia tarbiah yang hadir tentang kata kata nasihat dan tuntutan perkahwinan menurut Islam …hehehehe…
Betul memang kena nengok sendiri cara rawatan ini. Cuma ini adalah salah satu reality yang dipaparkan dalam CD, mungkin sebagai pengajan pada semua…agar kita lebih banyak berfikir..sebab (pada pendapat saya)dalam yang betul juga ada yang mungkin tak betul…yang lemah kita perkuatkan…yang condong kita tegakkan.. Semuanya perlukan kupasan dari yang berpengetahuan dan berpengalaman….dan saya amat menghargai segala response yang membina dalam blog ini.
Maaf sekiranya soalan saya ini mencuit kalbu para perawat diluar sana. Bukan tujuan saya untuk merendah rendahkan sesiapa. Saya cuma bertanya dari apa yang terlintas dihati saya sebagai manusia yang lemah lagi bodoh….saya cuma berharap apa yang saya dapat nanti tidaklah nanti saya menjadi seorang yang dah sememangnya bodoh malah..sombong pula tak mau bertanya.
Assalamuaalikum
Satu lagi minta pencerahan….
Jin nie walau islam atau kafir…memang tak boleh dengar azan ka? Nengok semasa process rawatan (didalam youtube)…dengar azan jer mengelupur…
wassalam
Asalamualaikum
ADAB BERTANYA
Ya , memang ada ayat-ayat Al-Quranul Karim dan Hadist-Hadist sahih yang melarang seseorang itu mengemukakan soalan –soalan yang tidak berfaedah @ soalan-soalan yang bukan-bukan , ataupun larangan terhadap sebarang usaha untuk membangkitkan permasalahan-permasalahan yang sulit yang tidak kepentingannya pada kehidupan duniawi ini ataupun kepentingan ukhrawi .
Permasalahan dan larangan ini biasanya boleh kita temui dengan mempelajari kitab-kitab Tasauf , dan juga kitab-kitab Tauhid dan Fiqh . Para Ulama’ ( rh ) meletakkan soalan jenis “ junk questions “ ini di bawah tajuk “ BAHAYA LISAN “ , “ ADAB BERTANYA “ , “ ADAB DI ANTARA MURID DENGAN GURUNYA “ , “ LARANGAN BERTANYA SOALAN YANG BUKAN-BUKAN “ dan yang seumpama dengannya .
Jadi yang jelas , soalan-soalan yang bukan-bukan itu adalah salah-satu daripada bentuk kegelinciran lisan seseorang itu.
Sehubungan dengan itu , Allah Ta’ala dan juga Rasul-Nya , Nabi Muhammad s.a.w telah memperingatkan kita akan bahayanya lisan seseorang itu . Di antaranya adalah sebagai mana berikut :
Ertinya : “ Tiada satu ucapanpun yang dilafazkan itu melainkan adanya malaikat yang mencatatnya “ .
( 2 ) – Firman Allah Ta’ala lagi di dalam ayat ke-101 daripada Surah al-Maidah :
Ertinya : “Hai orang-orang yang beriman !, janganlah kamu bertanya (kepada Nabimu) hal-hal yang jika diterangkan kepadamu akan menyusahkan kamu dan jika kamu menanyakan di waktu Al-Qur’an itu diturunkan, nescaya akan diterangkan kepadamu, Allah mema’afkan (kamu) tentang hal-hal itu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun.
( 3 ) – Hadist Baginda Rasulullah s.a.w :
Ertinya : Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah berkhutbah kepada kami: Wahai manusia! Allah s.w.t telah mewajibkan kepada kamu mengerjakan Haji, maka tunaikanlah Haji. Seorang lelaki bertanya: Adakah setiap tahun, wahai Rasulullah ? . Baginda hanya diam sahaja hingga lelaki tadi mengulangi pertanyaannya sebanyak tiga kali. Rasulullah s.a.w pun menjawab: Jika aku katakan Ya, tentu ianya wajib dilakukan setiap tahun dan kamu tidak mungkin mampu melakukannya. Baginda bersabda lagi: Tinggalkanlah sesuatu yang aku tidak galakkan kepada kamu. Kemusnahan umat yang terdahulu daripada kamu ialah kerana mereka banyak bertanya dan sentiasa menyalahi Nabi mereka. Jadi, apabila aku perintahkan sesuatu kepada kamu, lakukanlah sedaya kamu dan apabila aku melarang dari melakukan sesuatu, tinggalkanlah ! . ~ Hadist Sahih diriwayatkan oleh Al-Imam al-Bukhari ( rh ) dan Al-Imam Muslim ( rh ) .
## Huraian Ringkas :
(( Tinggalkan sesuatu yang aku tidak galakkan kepada kamu )) : Ertinya : Mana-mana perkara yang masih belum ku terangkan halal ataupun haramnya , maka janganlah kamu mempersoalkan apakah hukumnya . Ataupun : Jangan sibuk-sibuk nak tahu akan sesuatu perkara yang tidak ku terangkan mengenai halal – haramnya .
((Kemusnahan umat yang terdahulu daripada kamu ialah kerana mereka banyak bertanya…. )) : Ertinya : Kaum terdahulu seperti Bani Israel menjadi cxlxkx lantaran banyak sangat “ loyar buruk “ mereka dan banyak “ songel “ . Apabila Nabi Musa a.s meminta mereka agar menyembelih seekor lembu , Bani Israel bertanya : “ Lembu yang bagaimana jenis dan rupanya ? “ , “ Lembu yang berwarna apa yang perlu kami sembelih ? “ , “ Lembu itu sendiri ada banyak jenis dan warna , habis tu kami perlu cari yang bagaimana secara khusus ? “ à Akibat soalan loyar-buruk Bani Israel ini telah “ memakan diri “ mereka sendiri sehingga hampir-hampir sahaja mereka tidak menemui lembu yang boleh disembelih. Jika Bani Israel itu tidak bertanya demikian , sudah tentu mana-mana sahaja lembu boleh disembelih. Untuk mengetahui kisahnya secara detail sila rujuk mana-mana kitab-kitab Tafisr yang muktabar yang membicarakan ayat 67 – 71 daripada Surah al-Baqarah .
Hadist ini diriwayatkan oleh Al-Imam al-Bukhari rh di dalam Kitab Al-‘Ietisom Bil Kitabi Was Sunnah , Bab ke-2 ( 7288 ) dan oleh al-Imam Muslim rh di dalam Kitab al-Hajj ( 412 ) Bab : Furidhol Hajj Marratan Fil ‘Umr .
( 4 ) – Hadist Baginda Rasulullah s.a.w :
Ertinya : Daripada Salman ( ra ) dia berkata : “ Baginda Rasulullah s.a.w pernah ditanya mengenai hukum minyak sapi , keju dan keldai hutan , maka Baginda s.a.w menjawabnya : Halal itu ialah apa yang dihalalkan oleh Allah di dalam kitab-Nya dan haram itu ialah apa yang diharamkan oleh Allah di dalam kitab-Nya , dan apa-apa perkara yang tidak sebut oleh-Nya , maka itu adalah salah-satu daripada apa yang dimaafkan untuk kamu “ ~ Hadis diriwayatkan oleh al-Imam at-Tirmidzie di dalam Kitab al-Libas dan oleh al-Imam Ibnu Majah rh di dalam Kitab al-At’imah .
## Huraian Ringkas :
(( …. maka itu adalah salah-satu daripada apa yang dimaafkan untuk kamu )) , Ertinya : Ianya diharuskan untuk kamu memakannya ataupun memanfaatkannya .
HURAIAN UMUM :
Dengan meneliti beberapa ayat Al-Quranul Karim , Hadist-Hadist Baginda Rasulullah s.a.w dan beberapa pengajaran yang terkandung di dalam kitab-kitab Tauhid , Fiqh dan Tasauf , maka dapatlah kita mengetahui bahawa “BUKAN SEMUA YANG TERLINTAS DI DALAM HATI ITU BOLEH KITA JADIKAN BAHAN PERTANYAAN MELAINKAN SEKIRANYA IANYA BENAR-BENAR BERMANFAAT UNTUK KEPENTINGAN DUNIA DAN AKHIRAT “ .
Ya , memang benar soalan itu adalah ubat membasmi kejahilan , akan tetapi bukan semua soalan itu perlu dilayan , khasnya soalan-soalan yang dikategorikan sebagai “ soalan-soalan yang patut dibakul-sampahkan “ !!.
Di sini saya akan memberikan beberapa contoh soalan-soalan yang dikategorikan sebagai soalan-soalan yang bukan-bukan lagi yang tidak berfaedah , malahan ianya kadang-kadang boleh membawa kepada kufurnya seseorang itu – Wa Na’udzubilLahi Min Dzalik :
“ Apakah nama Allah sebelum Dia itu bernama Allah ? “ .
“ Allah Ta’ala telah menciptakan segala-galanya , maka siapakah pula yang menciptakan Allah ? “
“ Apakah Allah boleh mencipta Tuhan selain-Nya yang mampu mengalahkan Zat-Nya? “.
“ Bolehkah Allah Ta’ala mencipta seketul batu yang begitu berat sehingga Dia sendiri tidak mampu memikulnya ? “.
“ Bolehkah Allah Ta’ala memasukkan seekor lembu ke dalam lubang jarum ? “
“ Biasanya manusia apabila menggulung tikar, dia akan menyandarkannya ke sebatang tiang ataupun dinding , maka apabila bumi digulung esok-esok pada hari qiamat , di manakah akan disandarkannya ? “.
“ Permata , zamrud , berlian , emas dan batu jenis apakah yang digunakan untuk membina syurga ? “.
“ Boleh tak malaikat yang turun dalam rupa seorang khunsa ? “ .
“ Siapakah nama Ashabul-Kahfi itu dan anjing mereka ? , dan apakah pula jenis anjing dan bakanya itu ? “.
“ Siapakah yang benar dan salah di dalam Perang Siffin dan Perang Jamal ? “ .
“ Air mani tu kan suci , jadi kalau suci , bila cukup 2 kolah , boleh tak digunakan untuk berwudhuk ? “ .
“ Bagaimana dengan seseorang yang berada di Malaysia hendak dilakukan solat maghrib jika matahari pada hari itu tidak terbenam ? “ .
“ Bolehkah dimakan seekor ayam yang dilahirkan oleh seekor babi ? “ .
“ Apakah batal seseorang yang menghisap rokok daripada waktu sahur sambil menyimpan asap rokok tersebut di dalam mulut sampai ke waktu Zohor ? “ .
Itulah di antara beberapa soalan daripada mereka yang konon-kononnya nak tunjuk pandai , yang mana soalan-soalan seperti itu tidak perlu dilayan sama sekali dan sekaligus ianya membodohkan diri-diri mereka sendiri .
Termasuk di dalam kategori yang sia-sia ialah seseorang yang masih belum mempunyai kemampuan ilmu , turut “ masuk campur “ di dalam permasalahan-permasalahan yang menjadi perbincangan hangat di kalangan para ulama’ yang muktabar . Al-Hasil , orang-orang dungu yang menyangka mereka itu sama seperti ulama’ itu , turut sama berfatwa di kedai-kedai kopi dan menjadi “ Mufti Kedai Kopi “ , dan yang paling cxlxkx sekali , ada pula di kalangan mereka berlaku biadap sehingga meremehkan para ulama’ ataupun menghina mereka , hasil kebodohan manusia-manusia yang dungu dan bebal ini terhadap apakah topik perbincangan yang berlegar-legar di kalangan ulama’ muktabar itu !!! .
Lantaran itulah , para ulama’ ( rh ) selalu berpesan kepada para pelajar yang baru mengenal ilmu-ilmu warisan Islam ini agar mengelakkan diri mereka daripada membincangkan ataupun memperdebatkan apa-apa “ topik panas “ yang menjadi bahan polemik di kalangan para ulama’ ( rh ) .
Sehubungan dengan itu , Almarhum Syeikh Muhibbudiin al-Khatib ( rh ) pernah menyatakan bahawa , seseorang yang akan berbicara mengenai hal-ehwal pembinaan , sudah tentulah dia mempunyai keahlian di dalam bidang pembinaan itu. Dan begitulah juga seseorang itu mestilah tahu akan selok-belok ilmu kejuruteraan apabila hendak membincangkan topik tersebut. Namun yang paling malang ialah ramai pula di kalangan umat Islam yang berbicara “ semberono “ mengenai Islam , walhal kebanyakan mereka itu tidak mempunyai keahlian pun untuk membincangkannya .
Tidak syak lagi , soalan yang bukan-bukan lagi yang tidak berfaedah itu termasuk di dalam perkara-perkara yang sia-sia , dan Baginda Rasulullah s.a.w sendiri telah mengingatkan kita dengan sabdanya :
Ertinya : Daripada Saidina Abu Hurairah ( r.a ) , beliau berkata : Telah bersabda Baginda Rasulullah s.a.w : “ Salah-satu daripada ciri-ciri kebaikan pada seseorang itu ialah meninggalkan perkara-perakara yang tidak sia-sia “ ~ Hadis sahih diriwayatkan Oleh Al-Imam at-Tirmidzi rh ( Kitab az-Zuhd : 2317 ) , Al-Imam Ibnu Majah rh ( 3976 ) dan Muwatta’ al-Imam Malik ( 2/ 903 ) à Lihat juga hadist ke-12 : Kitab Jami’e al-‘Ulum Wal Hikam .
Sila Rujuk Juga : SJ – 2211 : MISTERI ANGKA 12 DI DALAM KALIMAH TAUHID 😉 di url : http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=10200
Dan : Diskusi Qadha’ – Qadar di http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB1&Number=8767
Mudah-mudahan jawapan ini ada manfaatnya untuk kita semua . Amin Ya Rabbal ‘Alamin .
wasalam
RUJUKAN DAN SARANAN PEMBACAAN :
1 – FATHUL BARI SYARH SAHIH al-IMAM al-BUKHARI ( RH )
Kitab al-‘Ietisom Bil Kitabi Was Sunnah , Bab ke-2 , Hadist ke-7288
Oleh : Syeikhul Islam Al-Imam al-Hafidz Ibnu Hajar al-‘Asqolani ( rh )
Terbitan : Darul Fikr , Beirut
2 – FATHUL MUN’IM SYARH SAHIH al-IMAM MUSLIM ( RH )
Bab ke – 347 , Jilid ke-5 , halaman 389
Oleh : Al-‘Allamah Prof. Dr. Musa Syahin Lasyin ( ha )
Terbitan : Darul Shurook , Kaherah ( Cetakan tahun 2002 )
3 – TUHFATUL AHWADZI BI SYARH JAMI’E al-IMAM at-TIRMIDZI ( RH )
Jilid ke-7 , Kitab az-Zuhd , Bab ke-11 , Hadist ke-2317 , Halaman 18
Oleh : Al-Imam al-Muhaddist al-Mubarakfuri al-Hindi ( rh )
Terbitan : Darul Fikr , Beirut
4 – JAMI’E al-‘ULUM WAL HIKAM
Oleh : Al-Imam al-‘Allamah Ibnu Rajab al-Hanbali ( rh )
Disemak semula oleh : Al-‘Allamah Syeikh Muhammad Khalaf Yusuf ( ha )
Hadis ke- 9 ( ms 109 ) & Hadis ke-11 ( ms 138 )
5 – AL-MUSTAKHLAS FI TAZKIYAH al-ANFUS
Oleh : Al-‘Allamah asy-Syeikh Sa’id Hawa ( rh )
Halaman 429 – seterusnya.
Terbitan : Dar ‘Ammar , Beirut – ‘Amman
6 – TALBIS IBLIS
Oleh : Al-Imam al-Muhaddist Ibnul Jauzi ( rh )
Halaman : 122
Terbitan : Darul Hadist , Kaherah
7 – HALAL DAN HARAM DALAM PANDANGAN ISLAM
Oleh : Al-‘Allamah Asy-Syeikh Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi ( ha )
Diterjemah Oleh : Almarhum Ustadz Mu’ammal Hamidy ( rh )
Jilid Pertama , Halaman : 22
Terbitan : P.T Bina Ilmu , Surabaya
http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Halal/101.html
8 – PERANAN SUFI DALAM GERAKAN ISLAM
Oleh : Al-Fadhil Ustaz Lutfi Mustafa El-Batnani ( ha )
Pengantar Oleh : Tuan Guru MB Kelantan Darul Naim
Halaman : 152
Terbitan : Pustaka Syuhada , Sentul Ulu , Kuala Lumpur
9 – KIAT SUKSES DALAM MENUNTUT ILMU ( Terjemahan Kitab Ta’alimul Muta’allim Toriqut Ta’alum )
Oleh : Almarhum Syeikh Az-Zarnuji ( rh )
Diterjemahkan Oleh : Ghazali KH
Halaman : 24
Terbitan : Rica Grafika , Jakarta
10 – KASET : SUKA TANYA YANG BUKAN-BUKAN YANG TIDAK PERLU
Oleh : Tuan Guru MB Kelantan Darul Naim
Terbitan : Pustaka an-Nadwah , Terengganu Darul Iman
11 – KASET : KELEBIHAN DAN ADAB-ADAB MENUNTUT ILMU
Oleh : Al-Fadhil Ustaz Shamsuri Hj. Ahmad
Terbitan : Perniagaan Muaz , Seberang Prai.
Edaran : Perniagaan Monas , Kuala Lumpur .
Assalamuaalikum PakcikLioo
Terima kasih atas nota yang panjang diatas…semoga mendapat menafaat darinya
Walaupun perasaan saya agak berbelah bahagi bila membacanya…namun saya tetap bersangka baik…..hanya PakcikLioo dan Allah SWT sahaja yang tahu maksud dan niat sebenarnya.
Dengan izin Allah..akan saya menafaatkan nasihat ini di masa masa hadapan.
Wassalam
telah banyak paparan ttg perukyah atau perawat islam yg tertampang di TV..banyak cara dan kaedah masing2.mmg benar ada yg di bakar,di sembelih,di siksa tak kurang ada yg memainkan jin dgn gelak seloka apabila tersiksa…si perawat bukan main suka2 lagi menyoal jin yg ada di badan sehingga timbul fitnah.
cara nabi kita berdakwah bukan cara menyiksa..tidak ada dalil aatau hadis yg menyatakan nabi menyiksa jin dalam berdakwah..baginda hanya membuat bulatan pada tanah atau garisan batas dan menyampaikan dakwah kpd sekumpulan jin…ada pula yg diam2 mendengar ayat suci alquran dan terus beriman…nabi juga memberi khabar kpd sahabat bahawa segolongan jin menyahut dgn penuh debaran dan keinsafan terhadap nikmat yg telah diberikan oleh Allah, iaitu ayat2 dari surah arrahman…
apa yg menjadi persoalan di sini adalah ttg gangguan jin kpd manusia…adakah wajib di siksa..? jawapan saya ialah tidak…adakah perlu diislamkan..?jawapan saya ialah ya…kenapa..?mereka juga diwajibkan beribadah kpd Allah…bagaimana jin beribadah?..dgn mengikut manusia makhluk ciptaan terbaik yakni khalifah Allah…
‘tidak aku ciptakan jin dan manusia selain untuk beribadah kpd Ku’
jin juga terikat dgn syariat dan menanggung dosa-pahala juga di timbang amal dan diadili pada hari pengadilan…tak kira islam atau kafir dlm golongan mereka…contoh paling jelas adalah dari golongan bunian…mereka amat sensitif ttg hal2 agama…beramal sepenuh hati dan amat takut dgn azab Allah…sekarang ni pun mereka berpuasa…(ini berdasarkan pengalaman dgn jin bunian..)
saya setuju dgn TS,nak jadi perawat WAJIB berdepan dgn guru…ambillah baiah dan berkah dari guru…bergurulah dgn mursyid bukan dgn CD…
segala kesilapan harap diperbetulkan…
Wallahualam…
Assalamualaikum Tuan Daeng Mabela dan tuan tuan yang arif lagi dihormati
Alhamdullilah atas penerangan Tuan berkenaan adap dan tertib perawat.
Kebanyakan sekarang ini, kelas dan seminar rawatan Islam wujud di pasaran bagai tumbuhnya cendawan di pohon taman PakcikLioo :-). Tidak kurang juga begitu banyak bahan rujukan , bacaan, audio visual sebagai sumber rujukan bagi yang berminat untuk menjadi perawat. Malah blog ini juga mungkin ada sesetengah pembaca menjadikan ia sebagai bahan tambahan rujukan mereka.
Dan saya amat berbangga…tidak putus putus…wakil wakil bloggers karimon ini menitik beratkan belajar MESTILAH berguru degan guru yang Mursyid…alhamdullilah.
Apa yang saya ketengahkan ini hanyalah sebagai wakil kepada yang nak bertanya tapi tak tahu macamana nak tanya…ada yang munkin saya tahu tapi adakah semua orang tahu apa yang saya tahu…dan saya tidaklah layak memberitahu atas tertib orang bodoh ingin belajar. Atas sebab konsep ilmu..maka sebagai golongan yang ingin menimba ilmu pengetahuan..saya bertanya dan harapan saya ..agar yang sealiran hati…selevel dengan saya..untuk turut bertanya soalan soalan yang membina minda dan memupuk pengetahuan yang teramatlah sedikit ini.
Betul …tiada JALAN SINGKAT dalam menimba Ilmu…dah nama pun menimba…kena ada usaha ..barulah Kolah penuh airnya.
Bak kata guru saya…”hang cekup kepala dengan tapak tangan hang…amik keluaq nengok…lepas tu hang pandang atas langit…begitulah sahaja ilmu yang kita ada berbanding ilmu Allah taala”. “Lagi hang belajar …lagi banyak yang hang tak tahu….tetapi bersyukurlah..tak perlu kita berputus asa” ….”Ilmu lagi kita dalami lagi terasa kebodohan dalam diri,tetapkanlah diri ini sentiasa berada dalam taman2 syurga…”
Wallahualam
Assalamualaikum,apakah peranan serta perbezaan diantara qarin dengan jin pula.tentang qarin ini terdapat agak banyak juga pendapat selain dari hadis yang dipaparkan ini”Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas’ud r.a. maksudnya: “Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: “Engkau juga ya Rasulullah.” Sabdanya: “Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja.” (Riwayat Ahmad dan Muslim)
Walaikum musalam Alam Tunggal !!!.
1.Jin mengelupor..waktu azan !!!.Ini adalah Jin Kafir !!!,kalau dia kata dia Islam…dia bohong !!!.Jin Islam,macam kita ada Azan dan Ada Qamat,bila solat..dan bolih baca Al quran dengan BAIK !!!.Jin Kafir lah yang banyak bohong dan ini lah yang di kata kan Syaitan.Jin Kafir dan Suku sakat Iblis adalah musoh manusia yang NYATA !!!.Jin Islam dan Bunian ada beza sikit jer !!!,beza nya Jin Islam,tetap Jin… dan Bunian adalah campuran antara Manusia dan Jin Islam…kena faham bebaik ni !!!.Mereka sebenar nya dari Alam yang berlainan…sunggoh pun bagitu..dia nya di ALAM JABARUT !!!.Alam Bunian,atas sikit dari Alam Jin,di bawah Alam Arwah !!!….contoh !!!..Alam Bunian,,dalam ALAM JABARUT, Tetapi Negari lain…..Misalkan Negara Besar…Malaysia…dalam Malaysia,ada negeri kecil Melaka,Sabah DLL….Jadi MEREKA ITU JIN ISLAM,BUNIAN,JIN KAFIR adalah dalam NEGARA JABARUT…tapi negerinya lain !!!.
Semasa Nabi Sulaiman As hidup.Jin ada 145 specis dan Bunian ada 7 specis….Anda bayang kan sekarang ada berapa kah specis nya !!!.Menurut Guru Guru Saya,Bunian ini semua Islam….tapi ada Ulama,Uztas,Guru,Pedagang dan memacam…ada NAKAL,ADA PEMABUK,ADA TAK SOLAT,ADA PEMBOHONG…Macam kita….tapi semua mereka Islam.Tetapi taraf keilmuan mereka di bawah Manusia !!!.Sebab itu lah mereka sangat gemar atau sangat suka BERGURU DENGAN ULAMA KITA !!!.Manusia ini Makhlok paling SEMPURNA ,CIPTAAN ALLAH SWT..Dan kita adalah KHALIFAH atau RAJA DI DUNIA INI,jADI TIDAK LAH PERLU KITA MINTA PERTOLONGAN DENGAN MAKHLOK LAIN.Kerana kita bolih minta DIRRECT KE ALLAH SWT.Dan Manusia adalah Bayang bayang ALLAH SWT DI MUKA BUMI DAN ALAM SELUROH NYA !!!!.
2.Kemana kah Jin yang telah di Islam kan itu di bawa ????.Jin juga Makhluk Allah swt.Jika ada ruang kita berDAKWAH,kita bolih berdakwah.Kita bolih suroh dia “keluar”,secara baik baik…dan jika dia sudah Islam,kita bolih hantar ke Penjaga Jin Islam(Raja Jin Islam)…beliau lah yang mendakwah,mendidik SAUDARA BARU ini.Nama KETUA JIN itu tak perlu lah anda tahu bib !!!.Setiap Makhluk ada Penjaga/Raja nya/Khalifah nya…dan kita cuma serah kan saja ke Penjaga/Raja nya……Habis tugas kita………Saya memang tak nak jawap dulu,kerana memberi peluang yang lain jawap !!!he…he…he….
3.Jin kafir yang MANGGKAU/DEGIL/MELAWAN….Jin ini lah yang kekadang di siksa,di kurong dan di pasong….Ini memang Perjanjian Antara Nabi saw dan juga RAJA SEGALA MAKHLOK …Nabi Sulaiman AS…Setelah di kurong,Jin ini akan di hantar ke (……),mereka akan di serah kan juga ke Penjaga nya.Dan biasa nya HUKUMAN BAGI MEREKA lagi KERAS dari Undang Undang kita.Mereka juga akan di hukum mengikut Undang Undang Al Quran,SABIT KESALAHAN,Mereka akan di hukum !!!,berapa lama terpulang lah pada Raja nya !!!.Setahu saya mereka akan di “mudakan”,sekali lagi,dan di Brain Wash,di ajar balik…kerana dah jadi “BAYI”….Itu jer yang saya tahu…..kerana saya tak tanya lagi dan tak BERKAWAN DENGAN RAJA JIN…kerana aku tak nak TERHUTANG BUDI….Ini lah Pegangan Guru Guru saya,tak mahu berkawan dengan mereka…Waimah,walau macamana baik dan Alim nya pun Mereka,mereka tetap “NAKAL” dan Bangga Diri !!!!………..jadi berhati hati.
Waalaikum musalam !!!!.Ada 2 jenis makhlok yang bolih “masuk” dalam tubuh manusia.Pertama..Roh,dan kedua ..Jin.Qarin adalah berbentuk Malaikat dan Jin.Qarin juga mengikut KEHIDUPAN TUAN NYA.Ada Ulama mengatakan Qarin,memang mengikut Tuan nya,jika Tuan nya Islam yang khawas tu khawas,qorin juga begitu.Kerana Nabi saw,para sahabat,tabiin dan tabiin tabiin ..banyak berkata bagitu.Qarin ini,secara automatik…telah jadi baik dan Islam….kerana tak ada ruang bagi nya nak membawa tuan nya ke unsur unsur Maksiat !!!.Dan bila tuan nya,kuat ibadat,Si Qarin juga mengikut…dan lama kelamaan Qarin juga menjadi Alim,Zuhud dan Iklas dalam beribadat.Dan kata Rasululah saw,selepas Qarin Islam,mereka akan membawa kita ke tempat tempat yang baik baik…malah jika kita ke tempat maksiat,si qarin akan marah !!!!.Qarin ini lah yang di paggil olih Tok Bomoh untuk berubat,dan meresap dalam tuboh Tok Bomoh ,dan di kenali dengan nama “MENURUN”.Jadi bukan lah ROH SYEIKH QADER JAILANI,SYEIKH ITU DAN SYEIKH INI….malah SUNAN AMPEL LAH,SUNAN GIRI LAH……Tapi semua nya QARIN atau JIN PENYAMAR ????.Kalau Qarin ada baik sikit tapi kalau JIN PENYAMAR,…lagi masaalah Besar.Qarin Wali Wali Allah,biasa nya baik dan bagus,walau pun bagitu jangan lah kita TERHUTANG BUDI DENGAN JIN.Hati kita bergantung hanyalah pada ALLAH SWT.
Saya juga banyak bertanya pada Guru Guru Tasauf dan juga dari Guru Guru saya,jika Qarin ini ,Qarin Wali Allah swt….dia memang membawa ke arah Keislaman.Jika Qarin ini kepunyaan Wali Syaitan,dia akan membawa ke arah Kesyirikan !!!.Saya memang banyak sekali pengalaman dalam bab “MENURUN QARIN” ini.Dan memang dapat membezakan antara Qarin Wali Allah dengan Qarin Syaitan atau Jin Penyamar !!!….Dan jika anda lama mengikuti nya,pasti akan atu membeza kan nya juga !!!.Memang ada cara dan Petua nya…..kena jumpa AKU LAH….HE….HE…HE….
salamm.
qarin bagi sidolah adakah berrupa dengan rupa sidolah.
Qarin bagi sidolah adakah mengikut kelakuan sidolah.
silakan ya tuan.
Salam cuba kita kaji balik apakah yang dimaksudkan dengan istilah kembar itu kerana ada pendapat yang mengatakan ianya bolehlah diistilahkan sebagai kembar manusia.
Qarin ni kalau kita nak ikutkanlah ianya sejenis jin yang senantiasa mendampingi kita dan asalnya kafir tetapi menurut beberapa orang tuan ianya boleh diislamkan seperti mana qarin Rasulullah saw yang telah diislamkan.ada juga orang berkata yang sering muncul yang orang anggap roh2 para wali tu sebenarnya qarin dia bukan roh wali tu,yang meninggal manusia tapi qarin umur dia panjang walaupun kita mati dia tak mati sampailah kiamat nanti.Itu cerita orang kalau orang tu bohong aku maka aku bohong hang pa semua lah.selamat aku
Assalamualaikum ,
Lama tak berkomentar, sibuk menyediakan blog sendiri hehe http://warisansunankalijaga.blogspot.com.
Lain perawat lain kaedahnya, semuanya dari Allah jua. Kalau Allah SWT izinkan maka sembuhlah even kalau guna kaedah yg bukan dari Nabi juga. Sememangnya cara saya lain dari yang lain, kaedah niat ,makrifat dan gerak . Saya hanya perlu bayangkan pesakit berada di hadapan saya dan niatkan kaedah rawatan dan makrifatkan. Lalu datang gerak dan ikut sahaja petunjuk gerak dengan gerakan tangan jatuh di mana, selalunya di ubun2 dan di bahagian badan yang bermasalah.
Soalan Alam Tunggal
1) Apakah yang dimaksudkan dengan perubatan jarak jauh ini?
kerana pesakit tiada di hadapan perawat
2) Apakah yang dilakukan perawat dari jauh ?
niat, makriat dan gerak
3)Apa yang di scan…perawat berkomunikasi dengan apa pada pesakit tersebut(makhluk yang merasuk ka, semangat pesakit ka, roh pesakit ka………)?,
Saya tak scan kerana saya hamba yg lemah lagi hina, daif serta faqir, tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Dia jua. Pertolongan dari Dia jua…………whatever, hanya Dia yang tahu, saya tak tahu.
4) Bolehkan pesakit merasai apa apa semasa rawatan jarak jauh dilakukan?
Bergantung kepada pesakit itu sendiri.
5) Berkesankah perawatan jarak jauh berbanding bersemuka dgn perawat?
Pada saya rawatan jarak jauh hanya untuk kecemasan, sebaiknya bersemuka dengan perawat. Kesannya sama, semuanya atas izin Allah bagi yang mempunyai ilmu kaedah ini.
6) Adakah semua perawat traditional boleh melakukan perubatan jarak jauh…kalau tidak semua boleh….apakah karector yang pesakit boleh tahu perawat nie boleh buat jarak jauh?
Tanya perawat sendiri , kejujuran dan keikhlasan amat penting dlm meraih keredhaan ilahi.
7) Apa yang boleh pesakit buat kalau kerja perawat berhenti sekerat jalan…masa tu perawat kalah lawan jin ka ..apa ka..apa pesakit atau orang sekeliling pesakit perlu buat…?
Putuskan rawatan dgn perawat tersebut dahulu, kalau dia sudah surrender ok la tu. cari lah perawat yang mampu menyelesaikan masalah tadi. Kalau dah perawat kalah dgn Jin, faham ajelah. Saya setakat ni ok je….lagi rumit lagi kronik lagi terer jin tu lagi saya suka. Sebab bukan saya yg merawat pun, saya serahkan kembali 7 sifat maani kepada yang empunya. Hak Allah yang melakukannya.
Apakah etika perawat semasa Scan pesakitnya?
Ni kena tanya pada yang melakukan scan.
Antara pengalaman saya merawat cara jauh adalah :
i) Bayi baru lahir mempunyai jantung yg berlubang, kaedah makrifat selama 7 hari selama bayi di ICU.
Jantung bertaup sendiri, doktor discharge pesakit kerana tiada apa yg perlu dilakukan.
ii)Pesakit jantung, ini ayah saya sendiri. Kalau dia rasa sakit aje, just call aje anakdanya di KL. Jarak tidak jadi penghalang.
iii)Budak umur 3 tahun di tebuk kepala bagi mengalirkan air keluar dari memasuki otak. Selepas 3 kali, budak ini dpt keluar dari ICU dan selamat dari di tebuk sebelah lagi. Rawatan susulan di wad biasa.
iv)Menimbulkan mayat yg sudah 3 hari tenggelam di Terengganu, tak timbul2, selepas 2 jam ayah saya talipon minta bantuan, mayat tersebut timbul.
v)Kes2 anak lari, laki lari dan kes2 mengesan pencuri.
Jangan menyempitkan ilmu dan Qudrat Allah SWT, tiada apa yg tidak boleh. Jgn jadi jumud dgn ulama Wahabi yg menyempitkan Ilmu ALlah. Mukjizat pada Nabi, pada kita dalam kategori mukmin yg meminta pada Nya, apa yang berlaku adalah Al Maunnah.
Assalamuaalikum Abang Pendekar Sufi.
Lama betul menghilang..Terima Kasih atas penjelasan yang ikhlas ini…sesungguhnya tiada yang mustahil disisi Allah SWT. Semuga para pembaca mendapat penerangan dan pendedahan yang sewajarnya
Insyallah
Wassalam
Waalaikumusalam hang tiba2 aja muncul dengan wajah yang baru,aku ingat hang merajuk atau gi bertapa kat gunung ledang atau pulau besar.aku ada masa nanti aku cek blog hang.
Walaikumusalam !!!.Secara peribadi pula,saya tidak berapa minat bab perubatan jarak jauh kerana banyak fitnah,walaupun saya faham….ada lebih baik kita ikut sunaah yang afdal..iaitu sentuhan.
Asalammualaikum Semua !!!.
Di antara Pokok Bertuah di Malaysia ialah POKOK MELAKA atau Pokok Selubi.Juga di kenali dengan nama Berry Amla dan juga Gooseberry India.Pokok ini dalam ketogari pokok renek,tapi jika subur bolih membesar.Buah nya rasa masam dan kelat.Berwarna hijau cair,jika telah ranum…kelat nya berkurang.
Pokok Melaka berguna dari buah,batang,daun dan kulit pokok.Kesemua bahan ini bolih di buat ramuan minyak urut,samaada patah,terkehil,sampuk syaitan dan terkena air panas.Setahu saya orang yang Mengolah ramuan ubat Pokok Melaka ini adalah Almarhum Guru saya Tabib Mohamad Nabun..dari Perubatan Selubi.Selubi adalah nama asal pokok ini.Perubatan Selubi di sambung olih anak Tabib Mohamad Nabun,yang bernama Tok Kecik atau nama sebenar nya Tuan Guru Musa bin Mohamad.Beliau seorang Mahaguru Silat Cekak Sunda dan juga Bomoh Patah di Kelang Selangor.
Pokok Melaka atau Selubi,jika di rebus buah,daun dan dahan nya sangat berkhasiat untuk ubat darah tinggi,kencing manis,lemah jantung dan buah pinggang serta buang toksik dalam badam.Saya memang telah lama mengguna minyak selubi untuk urut selioh atau patah.
Sekarang ini barulah Kerajaan Melaka tau khasiat Pokok ini dan barulah di komisial kan buah nya dalam bentuk JUS.Saya menulis ini untuk memberi satu lagi HARAPAN BAIK,untuk anda yang bermasaalah dengan penyakit kronik.Semuga dengan pendedahan ini,kita dapat manafaat bersama.Tidak lah bagus jika saya seorang jer yang tau…kerana Paduka ada lemah …,dan jika minum air rebusan pokok in memang ..NGAM…he…he…heeeee…..
Waalaikumusalam TS buah amla ni atau nama lain amalaki satu2nya buah yang kaya dengan vitamin C bahkan 4 kali lebih vitamin C dari buah oren dan ianya mengandungi tanin.Pokok ini di India disembah oleh satu kaum yang terdapat di India yang menganggap ianya pokok yang bertuah dan dapat melanjutkan usia.buahnya seperti buah cermai tetapi besar sedikit.Saya sendiri sering menggunakan buah amla ini dalam pembuatan herba saya dan dicampurkan dengan beberapa herba lain bagi tujuan membuang toxic didalam badan dan membersihkan perut.Hasil dari gabungan 3 herba itu dinamakan Triphala,sehinggakan ada kata2 yang diolah untuk Triphala ini iaitu”Jika kamu tiada menpunyai emak tidak mengapa asalkan kamu mempunyai Triphala”Ini menunjukkan peranan Triphala dalam menjaga kesihatan kita. Jangankan buahnya TS bahkan bijinya juga ada khasiat tertentu yang boleh digunakan.Saya ni banyak mengetahui hal perubatan ayurveda dan sering juga dulu berbincang dengan Maulana Muhd Ali Gharath tentang perubatan ayurveda.
Salam Sejahtera saudara-saudara yang dirahmati Allah…
T.S, Pokok Selubi, Teras Laka, Teras Panca Delima dan Pokok Melaka sama ke??..
Waalaikummusalam Rambu !!!.Teras Laka,Panca Delima,Selubi dan Amla….adalah POKOK MELAKA.Kalau nak kenal buah dan daun nya,..kalau tak silap saya anda buka blog Pokok Melaka.Di Bandar Melaka telah banyak di tanam olih kerajaan Melaka.Di Tepi Sungai Melaka…berhadapan Maidin Supermarket,berdekatan Melaka Central…ada berpuloh batang di tanam.Saya beritahu ni kerana Paduka dan Alam Tunggal …tak kenal pokok ini.Kang terantuk domoi..baru lah nak tanya,pokok apa yang aku langgar ni ????laaaa Pokok Melaka rupa nya !!!!.Si ALAM TUNGGAL,kat bandar Melaka dia selalu datang,…pokok Melaka beliau tak kenal…..rupa rupa nya datang ke Melaka cari MAK WE…..bukan nya cari pokok ubat !!!heee…heeee…heee…..sama lah juga dengan Wali Kudus tu…..sibuk dengan pokok Buloh tak rindu tuuuuu…!!!!.
Assalamualaikum TS
Carik awek melama ler best..pokok Melaka buat haper…hehehehe…selamat kembali ke persada Karimon wordpress dot com
salam tuan karimon…
satu cadangan dari saya…
elok adakan ruang untuk gambar pokok pokok ubat ini…
gambar pokok dan kegunaan nya…
Salam untuk saudara Ali juga,insyaallah saya akan cuba mengadakan entri itu.Saya pernah terfikir untuk mengadakan entri khas berkenaan dengan Teras dan Kayu agar lebih tersusun entri dalam blog ini.sebenarnya Ali kalau kita teliti dan kaji dengan lebih mendalam teras kayu yang dianggap mistik ianya juga mempunyai banyak khasiat perubatan,misalnya teras kelor,ramai yang mengganggap ianya sekadar untuk menjauhkan dari sihir dan menjaga diri pada hal dari sudut perubatan ianya begitu banyak faedah yang boleh didapati darinya cuma ramai diantara kita yang tidak mengetahuinya.Kita sekadar sering menceritakan khasiat terasnya tanpa menghiraukan khasiat daun,kulitnya,buahnya dan akarnya.Begitu juga mengenai besi leleh,orang asyik ingatkan untuk tangkal azimat dan kebal tapi dari sudut perubatan ramai yang tidak mengetahuinya termasuk cara pengunaannya.Mungkin ramai yang tidak tahu ianya juga berkhasiat unuk menawarkan bisa ular,sakit kepala,sakit gigi,masaalah kelancaran darah dan banyak lagi.
Berbalik kepada soal teras dan kayu.,sebenarnya peranan dan skop pengunaannya amat luas selain dari pekara2 mistik.,kalau batu permata dapat digunakan sebagai satu alternatif perubatan atau satu bentuk terapi maka teras dan kayu boleh juga digunakan bagi tujuan yang sama.Tidak ramai juga yang tahu bahawa kayu daripada asam jawa adalah baik untuk digunakan sebagai salah satu alat untuk mengurut.Insyaallah kita ada TS,Pakciklii,Pendekar dan Waliqudus yang boleh membantu dalam pekara ini,sekarang waliqudus dah bangkit dari hibernate beliau yang agak lama.Pengalaman beliau dalam pengunaan teras kayu termasuk abok2 kayu dapat beliau kongsikan bersama kita kerana beberapa bangsa asing ada berjumpa beliau untuk mengambil abok kayu bagi tujuan terapi.
Memang betul Ali…Suruh Tuan Karimon buka blog Tumbohan Herba pulak……buku pokok herba aku pun dah lama tak tenguk dan simak…ada lah 3 buah buku,tak ler banyak…..
Assalamualaikum TS
Buku Herba TS ada di pasaran ka? Boleh juga pembaca order kalau berminat? Kalau ya, mintak TS senaraikan content buku tersebut …kalau tidak keberatan..
Wassalam
Betul betul betul TS nanti aku kol Wak mintak dia cepatkan buka intri baru tentang rahsia tumbuhan sebab aku pun setuju gan hang dan Ali tu kerna banyak rahsia tumbuhan yang kita tak tahu,selagi ada orang macam hang dan Tok waliqudus yang masih bernafas bolehlah turunkan ilmu dia,kalau payah2 hang turunkan aja minyak cenuai hang kat aku dan tuan waliqudusi turunkan teras kayu dia kat aku.Allah panjangkan umur tuan2 berdua.Ciklii hilang mana hang pa berdua tahu ke ? kurang plak sorang geng nak ajak bergurau ni sambil menimba ilmu
Salam Sejahtera para sahabat semua yang dirahmati Allah.
Tentang bab Tumbuhan untuk perubatan, saya rasa pakcikli banyak pengetahuannya..dari sakit bapak ke sakit bebudak, baik yang zahir maupun yang batin, InsyaAllah, bahagian tu cikli memang berpengetahuan, tidak kurang juga T.S, kalau saya bab teras kayu untuk perubatan sikit-sikit tu tahulah..selainnya masih kurang lagi dan sekarang ni masih dok menuntut lagi..yang peliknya, setahu saya Teras Kemuning Hitam punya la banyaknya Fadilat dia..tetapi kebanyakkan orang lebih suka membuat hulu dan sarung senjata daripada memanfaatkannya dalam bentuk “rebus minum”..salah satu darinya adalah mengubati batuk yang berpanjangan..InsyaAllah, telah banyak terbukti keberkesanannya. jika nakkan lebih ummpph..tambah dengan akar derhaka mertua/akar tua galak/Tongkat ali merah/tongkat ali hitam/tongkat ali putih/raja kayu putih/kemuning emas/penawar lima/teras penawar hitam/ dan madu lebah..baru la terangsang urat-urat yang dah nak padam…wallahu
wassalam
Asalammualaikum semua !!!.
Pokok Asam Jawa atau Asam Celagi atau Tangkal Asem
Nama saintifik ;; Tamarindus Indiacuss Linn
Berasal ;; Jawa Kepulauan.
Nilaian Perubatan.
Pokok Asam Jawa ini saya tidak akan cerita kan secara terperinci kerana sangat senang di jumpai.Pokok ini sangat senang hidup melalui biji nya.Khasiat dari kulit pokok ialah jika di rebus airnya bolih mengubati sakit perut dan sakit tekak/tengkorok.Daun nya bolih di ramas atau rebus untuk penyakit kulit seperti kurap,gatal gatal sihir,kayap dan segala penyakit kulit.Buah nya untuk di makan dan dicampor dalam masakan.
Sebenar nya Pokok asam Jawa dari akar,batang,kulit,dahan,daun buah dan biji sangat berkhasiat dalam perubatan khusus nya dalam menghalau syaitan dan segala penyakit yang berkaitan dengan syaitan.
Kayu teras pokok ini bolih melumpoh kan sihir dan orang yang memakai ajaran syaitan.Kayu nya biasa di buat sarung keris dan hulu keris dan parang.Kayu nya memang keras dan telah terkenal dari zaman dahulu lagi,dari zaman saya kecil kecil lagi.Al marhum Ibu saya banyak mengajar darihal pengubatan dari Pokok Asam ini,malahan beliau adalah orang Jawa.
Pokok Asam ini adalah salah satu pokok teras ubat bagi PERUBATAN ISLAM 7 PUTERI.Pokok ini banyak kami gunakan dalam menu rawatan kami.Selain dari teras kelor,pokok ini sangat berkhasiat.
Sebab tu lah,bila Karimon kata Pokok Asam Jawa,aku senyum saja,kerana dah lama kenal pokok Asam ini…bertahun tahun !!!kehh…kehhh…kehh….
Dalam Perubatan Tradisional,ada satu lagi jenis pokok yang sangat berkhasiat.Pokok ini ialah Pokok Mambu.
POKOK MAMBU.
Nama biasa.Mambu,Neem,Nim,Margosah,Sedu,Sadao,Dao,Repe,Imba,Mamba dan Mimba Intara.
Nama Saintifik ; Azadirachpa Indica.
Negara Asal ; India tetapi bolih di dapati di Seluroh Asia Tenggara,Sri Langka,Burma dan Selatan Cina.
Khasiat Perubatan.
Pokok Mambu adalah pokok Herba tertua sekali dalam dunia.Telah di jadikan ubat sejak 4000 tahun dahulu.Perubatan yang paling lama menggunakan pokok ini ialah Perubatan Ayurveda.Pokok Mambu bolih hidup pada semua kaadaan tanah dan hidup lama.Pokok Mambu bolih hidup selama 200 tahun.Berhampiran rumah saya ada sebatang pokok yang besar nya 3 pemelok,saya pun tak tau berapa umur nya !!!.Di Afrika,pokok ini di kenali dengan nama Pokok 40 penyakit,kerana bolih mengubat 40 penyakit.Pokok Mambu bolih mengubati penyakit cacing,anti kulat,anti virus,anti barah,ubat kencing manis,anti kuman,anti kesuburan…perancang keluarga,anti serangga,ubat tahan sakit,penyakit kulit…campak,cacar,kayap dan gatal,ubat jerawat,menurun kan suhu badan,ubat kudis dan menambah subur immiun diri.Kepada binatang…seperti ayam,bolih mengubati penyakit sampar ayam.
Asap daun nya bolih membunoh nyamok atau serangga.Ubat serangga dari pokok ini SELAMAT tanpa dadah tetapi jangan di minum !!!.
Sunggoh pun bagitu,anda di nasihat kan MERUJUK PADA PAKAR TRADISIONAL DAHULU JIKA MAHU MENGUNAKAN NYA KERANA POKOK INI ADA BAHAN TOKSIK DAN BERACUN.Memang pokok ini bolih di makan pucuk nya tetapi ada penyakit yang sangat merbahaya jika termakan daun pokok ini.Pesakit lemah jantung dan tekanan darah rendah,tidak bolih mengambil pada dos yang berlebihan.
NASIHAT SAYA ;; Jika mahu berubat mengguna kan Pokok Mambu,cari lah PAKAR TRADISIONAL.Dan jika anda ambil sendiri,bawa lah kepada Pakar Tradisional.Dengan itu pokok ini bolih di tawar kan supaya ianya benar benar menjadi PENAWAR.Tanpa doa doa tertentu,pokok ini KURANG BERKHASIAT.Bukan pokok ini sahaja tetapi melibat kan semua Pokok lain.Pokok Perubatan bukan lah di ambil,dengan MERENTAP sahaja tanpa minta izin dan doa,ianya ada cara dan aturan nya.Jika tidak khasiat nya lari sebanyak 50%.Ada orang tanya saya,kenapa orang kafir,bolih ambil dan gunakan tanpa doa !!!.Jawapan saya,orang kafir juga berdoa dengan membaca Mentera !!,mentera itu doa lah bib !!!tapi doa kepada siapa ???aku tak tau !!!.kalau anda kurang percaya,tanya lah pada senseh atau sami hindu.Aku ni bib,semua nya aku kawan kerana sebagai Perawat Islam,semua Perubatan aku kena belajar !!!.
Olih itu jangan lah pandai pandai,ambil jer pokok dan terus buat ubat,jika ubat luar..tak per bib,jika ubat makan…haa masaalah.Banyak sekali Pokok Ubat Herba kita yang beracun dan bertoksid, sebagai contoh pokok Jarak Pagar…ubat buasir,Pokok Terap/Ipoh,Pokok Mambu,Pokok Lemega…ubat sakit gigi,Pokok Gajus,Pokok Mangga,Pokok Ubi Gajah dan lain lagi !!!.
salam…
secara umum nya kita belajar dari pengalaman…
namun keizinan mahu lah didapatkan agar kemujaraban ubatan lebih mujarab…
sekurang kurang nya…
selawat dan salam kepada penjaga tumbuhan sebagai keizinan menggunakan tumbuhan tersebut…
maaf jika terlanjurrr….
Walaikummusalam Alam Tunggal !!!
1.Buku Ubat Ubat Tradisional jilid 1 dan 2 …ciptaan jiwa seni.
2.Buku Bahan Bahan Tumbuhan di Bumi …susunan Abkan…Mulia Utama.
3.Buku Penyembuhan Semula jadi dengan Herba ….Noraini Ariffin.
4.Alam Ghaib ….Indonesia
5.Buku Perubatan Tabib Syeikh Mohamad Din …buku ini saya tulis segala pengalaman selama 30 tahun berubat,gunakan doa,herba dan ubatan …..Buku Ini aku tak bagi pinjammmmm dah serik !!!!,buku aku ada kaki….ada satu buku Perubatan ku,sahabat pinjam TAPI BELUM BALIK dan 1 tahun !!!….masaalah,masaalah….
Buku 1,2,3 rasa saya ada lagi di pasaran !!!!.
Untuk pengetahuan Tok Wali dan Alam Tunggal,kayu Abanos saya ada SURAT BERANAK dan di sah kan SHAHIH.jadi bukan TIPU….heeee…he…
Asallammualaikum semua !!!.Satu lagi Pokok Perubatan yang belum lagi saya tulis iaitu Pokok Jambu Laut.
Pokok Jambu Laut atau Gajus atau Janggus atau Ketereh.
Nama Saintifik ; Anacardium Occidentale.
Negara Asal ; Brazil….dibawa olih Portugis pada zaman tahun 1511 m.
Jambu Laut atau Gajus di tanam secara kormesial di India dan Vietnam.Negara pengimport/pengguna paling besar ialah USA.
KHASIAT GAJUS
Daun …bolih mengubati penyakit cacing,sakit gigi,sakit kulit,cirit berit,sakit perut,kencing manis dan sakit mata.
Bunga ; merawat batuk.
Dahan,kulit dan daun bolih menjadi ubatan yang sama dengan khasiat daun nya.
Buah ;Bolih mengubati sakit kerongkong,sakit kulit,julap,melegakan muntah,menghalang rambut gugur dan melawas kan kencing.
Pada kajian Saintifik di USA,Pokok Gajus ini sangat berguna dalam perubatan Herba.Daun dan buah serta biji nya adalah ubat anti kancer,anti oksidan,anti toksik,ubat kencing manis dan pembuang kolestrol.
Sebenar nya saya cukup hairan UBAT DADAH….untuk MALAYSIA,…UBAT HERBA KANCER..untuk..USA.Sedang kan Herba Kanser adalah DARI MALAYSIA.Negara kita sangat banyak Ubat Kancer seperti Pokok Gajus,Pokok Sambung Nyawa, Pokok Jarum 7 Bilah,Pokok Kenerak dan Pokok Misai Kucing.Jika begini lah dasar kita,bagaimana lah Penagih Dadah nak habis,dan sekarang dapat free lagi,di beri olih kerajaan kita.Dalam Hadith telah di beritahu olih Nabi saw ,Madu sangat baik dan Habbtus sauda juga raja herba,….tapi orang Islam,Malaysia,…paling banyak mati kena kancer payu dara dan kancer rahim…..Dua herba di atas, Nabi jamin,kita tidak terkena penyakit kronik.Ada satu lagi herba itu….Aku Rahsia kan !!!.itu untuk kami jer !!!!.
Kekadang bib,pening juga kepala kita di buat nya !!!.Dan persoalan paling penting bagi saya…..Ubat Herba kita…tidak,..standard…ubat ORANG PUTIH,standard dan bagus ?????.Ubat Herba ,pahit dan busuk…ubat Mat Salih…bagus,kerana bolih cepat tidor…mana tak cepat tidor,di campor dadah…bukan ubat tapi racun !!!!.
Asalammualaikum Semua !!!!.Dalam mencerita kan bab Penyakit Misteri,kita sebenarnya bercerita bab yang kita tahu sahaja.Bab yang kita tidak tahu ada banyak lagi.Bukan saya nak cerita kan bab ilmu siapa tinggi atau rendah.Bab siapa handal atau tidak nya.Semakin tinggi ilmu,semakin banyak yang kita tidak tahu !!!.Yang maha Tahu hanya lah Allah swt.Saya baru buka Blog Ridam iaitu Blog Guru saya,Ustaz Syakirin.Dalam blog ini beliau ceritakan kisah satu Mahklok yang merasok.Mahkloh Allah ini dalam kumpulan POPPY atau Bahasa Arab AL HIN.Makhlok ini berumor 4 juta 1300 tahun.Saya memang tak pernah jumpa kes begini lagi.Bila saya baca pengalaman Ustaz Syakirin,saya teringat kisah satu Makhlok Allah swt yang di cerita kan olih Guru Saya Ustaz Harun Embung di Johor Baru pada tahun 1984 dahulu.Dalam beliau mentafsir kan satu Ayat Al Quran..dah lupa ayat tu…beliau ada ceritakan …Sebelum Tok ADAM kita di jadikan,telah ada Adam yang terdahulu…maksud nya Adam ialah manusia dahulu kala.Waktu tu,aku pun antara percaya dengan tidak…tapi sebab ayat Quran,aku percaya ler !!!.Tetapi hari ini,bila baca Cerita Ustaz Syakirin…saya teringat kata ceramah/kuliah Ustaz Harun Embung 26 tahun dahulu…dan memang ada kebenaran nya !!!!Masaallah, dhaif nya aku waktu itu !!!.
Bila Ustaz Syakirin cerita kan rupa paras makhlok Poppy ini,saya teringat satu artikal yang saya baca,seorang saintik USA telah berjumpa FOSIL makhlok ini…iaitu rupa manusia,berbulu putih,tampan dan ada sayap.Dan Poppy pula ceritakan,kaum nya ada hanya ada 1000 orang sahaja di dunia ini !!!.Subhanallah yang maha Agung,apa yang tertulis dan tersirat dalam Al Quran memang benar dan betul sekali.
Dalam Al Baqarah,ayat 1…di tulis…Ini lah satu satu nya kitab,tida keraguan di dalam nya,petunjuk bagi orang yang bertaqwa !!!.26 tahun saya dengar nama dan tahu makhlok POPPY ini,dan hari ini Guru Saya juga,dapat membukti kan ujud nya….ADAM DAHULU KALA ini…..Subhanalaah,Maha suci Allah yang maha Agong !!!!!
Jika anda kurang faham,buka Blog Ridam….pautan nya ada dalam blog Karimon ini !!!!.
Assalamualaikum wbt
Para sahabat dan saudara-saudari yang di hormati,saya telah menyiapkan blog perubatan saya sendiri yang telah saya muatkan artikel-artikel perubatan, pendapat-pendapat, pengalaman-pengalaman saya serta serba sedikit ilmu mengenai ilmu kebatinan dan perubatan Islam.
Bagi sesiapa yang berminat untuk mempelajari juga berhajat untuk berubat dengan kaedah yang pernah di ajar oleh Rasulullah dan diikuti oleh para sahabat dan ulama-ulama silam, sila layari http://warisansunankalijaga.blogspot.com.
Tujuan saya hanya untuk menegakkan ilmu Allah yg semakin dilupakan disamping menonjolkan kehebatan ilmu Allah yang tiada batasan dan kemampuan yang mampu mengatasi apa jua penyakit kronik dan misteri. Bukan sekadar cakap, malah akan dibuktikan, cuma ilmu ini bukan untuk dipertontonkan atau dibuat pertunjukkan.
Khusus untuk penyakit kronik dan misteri, yang masih tidak mampu di ubati dimana-mana dan yang memerlukan perbelanjaan tinggi bagi menampung kos pembedahan. Beralih kepada PERUBATAN ISLAM NUR SYIFA. Hindari dari bergantung kepada ubatan kimia, hindari pembedahan yang tidak perlu dan bagi penyakit gangguan sihir, saya menerima cabaran untuk membantu anda membanteras bomoh-bomoh durjana.Hubungi saya sebelum terlambat 016-6353 601 dan 016-2660 761.
Sekian, wassalam.
asalamualaikom saya dari malaysia inggin tahu adakah saya mempunyai jiwa laduni
Assalamualaikum
Wah soalan Cepu Emas (dari LangBuana) nie….saya nak tambah soalan jer…kenapa selalu kita berlumba lumba nak jadi kekasih Allah SWT tetapi tak pula kita berlumba lumba nak jadi kekasih kepada KekasihNya..junjungan Nabi kita Rasullah SAW…
Wassalam
Waalaikumusalam,benar saudara labuemas melalui Muhammmad jugalah kita mengenal Allah swt.Kan syufaat kepda Nabi kita.
Pertanyaan yang lasat skali…payah nak jawab..kalau pakcikli ada ni…gerenti dia jawab….(utk saudara lang buana)…mana la orang tua ni..Raya sakan niiii..
Waalaikumusalam,wak karimon pun betul wak labuemas pun betul betul betul,dia Muhammad saw ada penutup Nabi dia Muhammad lah yang Allah kurniakan mukjizat Al quran dia jugalah yang diberikan kelebihan untuk memberi syufaat dia Muhammad jugalah yang awal dan akhir.
Assalamualaikum LangBuana
Untuk mendapat response yang dari otai otai di blog tentang jiwa laduni yang saudara rasa, mungkin saudara boleh ceritakan apa yang mendorong saudara mengutarakan soalan di-atas…ceritakan pada kami apa yang telah terjadi pada zahir dan batin ditubuh badan saudara…pengalaman peristiwa kisah hidup….apa apa yang boleh saudara ceritakan lah…panjang lebar…macam cerpen pun tak pe…kami rela baca satu persatu ayat saudara…
Wassalam
Benar kata saudara Labuemas ceritakan lah insyaallah jika dapat kami bantu akan kami bantu saudara.
Untuk menjadi kekasih Allah swt,mesti menjadi kekasih Mohamad saw.Nabi Mohamad saw itu makhluk,jadi kita tak bolih menjadi hamba Mohamad saw.Maka kita mesti menjadi Hamba Allah swt,dan tidak pula manusia nak jadi hamba Mohamad.Dan jangan lupa pula Mohamad saw,itu kekasih nya(Allah).”Tidak aku jadi kan Alam ini jika tidak kerana engkau Mohamad”.
Assalamualaikum
Minggu lepas saya terima berita kawan kepada pakcik telah kembali ke Rahmatullah. Arwah adalah pengamal perubatan traditional berkaedah “Dampingan”. Sebagai Muslim, kita semua telah maklum dan percaya sepenuhnya Ajal adalah ketentuan Allah SWT. Walaubagaimanapun kita tidak akan lari dari cerita cerita masyarakat dan antara cerita yang saya dengar adalah, arwah telah “Di-Serang” kembali oleh tag-team beberapa bomoh setelah dia menolong pesakit membuang sihir menyebabkan arwah Koma seminggu di-ICU dan akhirnya meninggal.
Saya ingin menyelami pemahaman tentang sihir ini. Sebagaimana kita tahu..IBLIS…tanpa izin Allah SWT…nak bunuh se-ekor semut pun tak boleh…tapi banyak yang diluar sana ganguan ganguan makhluk Halus berupa perbuatan sihir…yang memudaratkan manusia.
Sebagai contoh, saya pernah mendengar cara nak kenakan wanita dengan menggunakan darah Haid…dgn menggunakan PAD TUALA wanita terpakai, di sihirkan dengan ritual tertentu….di bawa pad ini ke jeram, buat satu empangan dengan satu salur air keluar …sumbatkan….maka kembunglah perut wanita ini tak boleh keluar haid berbulan bulan…ini sihir.
Bagaimana ini boleh terjadi…bagaimana ianya diolahkan sehingga boleh memudaratkan manusia? apakah makhlus halus yang jahat ini berupaya secara physical menyekat darah haid mangsa tak bagi keluar….jawapannya YA..sebab saya pernah nengok sendiri…cuma nak tahu Bagaimana…apa upaya mereka mencampuri urusan manusia…kalau iblis nak menyesatkan manusia supaya shirik dengan Allah…masuk neraka sama-sama…tapi sampai membawa Maut…
Mungkin otimer boleh memberi penerangan…semoga kita lebih faham macamana Sihir terjadi…bagaimana dia menyerang..memudaratkan kita dan bagaimana kita nak hindarkannya…bagai Sun Tzu ” Art of War” – So it is said that if you know your enemies and know yourself, you can win a hundred battles without a single loss.
Insyallah…Wassalam
Walaikummusalam Alam Satu !!!.Soalan anda bagus !!! Begini,….Ajal maut,sakit,sihat,kaya,miskin,jodoh pertemuan,rezeki…semua nya datang dari Allah swt.Saya pernah tuliskan Nabi saw pun kena sihir dan di ubati olih Syaidina Ali kaw….laaa…kita ini siapa bib !!!.Nak kata sahabat nabi saw…dah nuuuuuun jauh.Nak kata keturunan Nabi saw,..ada lah…sikit sikit darah Nabi saw,tu pun kat aku ni…ada lah sebanyak 3 sudu…agak nya !!!.Kita ni Alam Satu…..dah jauh dari Nabi saw,ibadat pun dah jauh,cara hidup pun dah jauh,cara berpakaian pun dah jauh…..segala gala jauh….cuma satu sunnah jer,yang selalu kita ikut….iaitu beriteri 4 sekaligus….tapi keadilannya….entah entah……jangan lak,ada yang terasa,aku cuma cakap jer….pasal takut tak adil lahhh,aku cuma kawin hanya satu…..heeeee…heeee…heeeeee.
Semua nya datang dan jadi atas keizinan dari Allah swt.Kalau kita nak lawan Iblis dan Setan pakai ilmu dan tenaga,…banyak susah bib !!!!.Yang saya biasa dan amalkan ?????….laaa…kena jumpa aku lah bib …tu pun dari rahmat dan keizinan dari Allah swt.
Assalamualaikum TS.
Terima kasih atas response..tapi saya tak puas lagi hehehe (alaupun faham maksud penulisan TS diatas) …nak baca lanjutan catitan EMAS TS…pembaca cuma nak faham camne sihir nie berlaku…kita amik approach sains sikit…subject “sains mistikal”…ok kita amik contoh perbuatan sihir di atas…macamana benda ghaib geng jahat nie… masuk dalam badan manusia dan sekat aliran darah mangsa tersebut…alahai.. TS terangkan macam subject biology jer…kat mana kekuatan “benda” nie boleh control badan manusia…atau TS buat ler contoh lain…mangsa migrane ker…darah keluar dari liang roma ker…nak tau camne depa bleh buat Manusia lagu tu….apa kelebihan depa…
harap soalan saya tidak mendesak atau keterlaluan….maaf dipinta
Wassalam
Walaikumsalam Alam 1…
Alahai….sihir/jin sihir/jin/setan…..Iblis…tak merasuk kat kita ni,standard dia jatuhhh…dia kan ego,dia cuma berdailog dengan Nabi dan Rasul as.
Mereka merasuk pada 4 sebab:
1.Kita terlalu suka….lalai.
2.Kita terlalu Bernafsu…lalai.
3.Kita terlalu takut …lalai.
4.Kita terlalu marah….juga lalai.
Mereka akan masuk pada dua lubok….depan atau belakang….n….k atau k….k dan dubur…..terus ke central neves sistem kita….terletak di tempat sujud kita….da cns ini adalah micro cip komputar/otak kita.CNS akan di kawal dan akan memberitahu,dimana kita sakit….contoh….sakit LTB…macam Paduka…..Setan akan pergi ke K….k kita,makanya kita akan lemah Tenaga Batin…..pada mula nya kita memang LTB sikit jer….mungkin minum air batu…bergantang gantang sehari atau kencing dalam air atau tidur menyiarap atau suka sangat 5 pukul satu atau suka minum air bergas atau suka sangat kat pondan….suroh pegang dannn……benda alah tu……
Dah lah tuuu ibadat nya…entah kemana…..hai si setan pun gemok ler,bukan gemok lagi….beranak pinak lah dia…..lepas tu,LTB yang sedikit akan menjadi sangat kronik……lepas tu….kena jumpa aku lah…..kalau bolih keluar kan setan tu sendiri….bagus lah !!!!.Kalau tak bolih,kena lah jumpa aku….sebab itu lah Allah swt tu maha kaya,kalau tak…. Tabib,Pawang,Dukun,Bomoh dan Muaalij/Perawat …..tutup kedai lah….kahhhhhhhhhhhhhhhhhh……kahhhhh…..kahhhhhh……
Assalamualaikum TS
Terima kasih atas penerangan…semoga pembaca mendapat menafaat dari catitan Emas TS..best TS… maknanya Lalai dan Lupa adalah kunci kelemahan manusia…dan makhluk jahat nie cuma buat sikit jer pengolahan pada AKAL manusia dengan memangkinkan NAFSU dalaman…yang lain manusia manusia sendiri yang terus merosakkan..bila Nafsu dah Lebih Berkuasa dari Akal fikiran. Oleh itu marilah kita bersama sama ingat Allah SWT dan Rasullah banyak banyak….ada peluang zikir …zikir dalam hati..sepanjang masa…betul tak TS?
Kita tunggu Abang Pendekar pula bagi kuliah sains mistikal:-).
Wassalam
Asalammualaikum semua !!!.
Ada satu jenis syaitan yang memang Allah swt cipta kan,tempat tinggal nya di rahim wanita.Dan kalau kita nak…..naik kuda dengan isteri kita,…kita kena baca doa pelindung syaitan..jika tidak,air mani syaitan yang akan bercampor dengan air mani isteri kita.Kalau jadi anak…akan berperangai macam ……Untuk wanita,jika kita selalu berwirid dengan ayat Quran,semasa anda suci,anda juga bolih membaca wirid ayat Quran kalau anda berhaid tetapi baca lah/wiridlah dalam hati.Insyaallah syaitan tidak dapat merasuk anda,yakin lah sepenoh hati dan terus bergantung hati anda kepada Allah swt.Dalam banyak kes,saya keluarkan(isteri aku lah)…banyak syaitan yang kami keluarkan melalui rahim wanita.Jadi berhati hati lah….terus kita minta pertolongan dan perlindungan dari Allah yang maha Agung !!!!.
Assalamualaikum wbt,
Saudara Alam Tunggal, bagi menjawab soalan anda saya petik semula apa yg telah saya tulis pada tulisan yang lalu berkenaan Jin ni dan peranan ubun-ubun dalam mengawal badan kita. Lambat sikit menulis ni bukan apa, tunggu ilham supaya jawapan saya menepati soalan.
“ Dalam tulisan seorang pensyarah USM baru-baru ini saya tukar tajuknya kepada “Jin bukan alam ghaib” mengambil kira bahawa ciptaan jin adalah dari unsur api yang terkandung padanya gas.
Gas adalah bahan atau jirim yang mempunyai berat dan jisim. Gas ada mass dan size kerana dia adalah komposisi udara. Saya tak tahulah kalau ada orang yang mengatakan bahawa oksigen, hidrogen, carbon dioxide itu sebagai perkara ghaib. Dua molekul Hidrogen jika digabungkan dengan satu molekul Oksigen akan membentuk air. Air pada suhu tinggi akan berpecah kepada molekul2 asalnya, pada suhu biasa menjadi cecair dan pada suhu beku menjadi ais. Faktur suhu merubah bentuk air.
Teori ini juga mungkin benar bagi jin, jin boleh merubah bentuknya mengikut “faktur tertentu” dan akan kekal dalam bentuk demikian sehinggalah “faktur” itu diubah.
Dua orang ulamak Islam pula mengatakan bahawa kuman dan virus adalah juga jin. Syeikh Mohd Abduh dan muridnya Syeikh Saiyid al-Reda mengatakan bahawa jin yang begitu dikenal dalam Islam yang hidup dan bertubuh halus itu adalah kuman dan virus seperti yang dikenali dalam perubatan barat. Syeikh Saiyid al-Reda menyebutkan pandangnnya mengenai jin dalam kitab tafsirnya, al-Manar dengan katanya:
والمتكلمون يقولون: ان الجن أجسام حية خفية لا ترى, وقد قلنا في المنار غير مرة: انه يصح أن يقال: ان الاجسام الحية الخفية التى عرفت في هذا العصر بواسطة النظرات المكبرة وتسمى بالمكروبات, يصح أن يكون نوعا من الجن, وقد ثبت أنها علل لاكثر الأمراض:
Maksudnya:
“Dan ahli ilmu kalam (Tauhid) berkata, sesungguhnya jin itu adalah (kejadian Allah) yang bertubuh halus dan hidup yang tidak boleh dilihat. Sesungguhnya telah pun kita katakan berkali-kali dalam kitab Tafsir al-Manar bahawa boleh disebutkan (kejadian Allah) yang hidup, bertubuh halus yang dapat dipastikan dan dikenal di zaman ini menerusi mikroskop sebagai virus itu adalah sebenarnya sejenis jin. Dan telah diketahui secara pasti ianya adalah merupakan punca bagi kebanyakan penyakit”.
Ini meyakinkan saya kenapa kedapatan ulamak yang menghalusi masalah kesihatan dan rawatan meletakan bahawa rawatan secara ruqyah adalah lebih aula berbanding rawatan allopathy, homeopathy dan lain-lain rawatan yang berasaskan kepada naqli tanpa sandaran aqli.
Ada setengah virus yang tidak boleh dibunuh walaupun suhu mencapai 10,000 darjah celcius dan hanya boleh dimatikan secara pancaran (unsur malaikat) seperti sinar gamma dalam teknik penyahkuman. Saya diberitahu adanya virus chikukungya yang menyerang-balas bagi sesiapa yang cuba membantu pesakit berkenaan.”
Dan ini berkenaan ubun-ubun :
“Allah berfirman, “(Yaitu) ubun-ubun yang mendustakan lagi durhaka.” (Al-‘Alaq: 16)
Bagaimana mungkin ubun-ubun disebut berdusta sedangkan ia tidak berbicara? Dan bagaimana mungkin ia disebut durhaka sedangkan ia tidak berbuat salah?
Prof. Muhammad Yusuf Sakr memaparkan bahwa tugas bagian otak yang ada di ubun-ubun manusia adalah mengarahkan perilaku seseorang. “Kalau orang mau berbohong, maka keputusan diambil di frontal lobe yang bertepatan dengan dahi dan ubun-ubunnya. Begitu juga, kalau ia mau berbuat salah, maka keputusan juga terjadi di ubun-ubun.”
Kemudian ia memaparkan masalah ini menurut beberapa pakar ahli. Di antaranya adalah Prof. Keith L More yang menegaskan bahwa ubun-ubun merupakan penanggungjawab atas pertimbangan-pertimbangan tertinggi dan pengarah perilaku manusia. Sementara organ tubuh hanyalah prajurit yang melaksanakan keputusan-keputusan yang diambil di ubun-ubun.”
Kita telah didedahkan oleh kajian Barat bahawa saraf di bahagian ubun-ubun (dahi) ini cuma akan dimasuki darah apabila dahi sujud di bumi di waktu solat. Apakah darah itu ? Darah itu adalah hakikat diri kita yg zahir, yang batinnya adalah darah itu adalah ROH kita ( Nur ). Itu menjelaskan kenapa roh orang yg mati kemalangan atau di bunuh, rohnya di puja oleh Dukun Hitam dan di gunakan untuk menjalankan sihir.
Yang menghidupkan jasad kita ini adalah Roh , bila dia keluar secara hakiki (mati) jasad akan kembali kepada asalnya iaitu tanah dan tulang kekal kerana ia dari unsur air yg membeku. Unsur angin juga membantu badan kekal mantoppp jika terlebih angin maka badan akan membengkak macam anda heheh, jangan mare, nak kasi contoh aje. Angin dalam bahasa sains di sebut lemak. Apasal ya kalau terlebih makan kita selalu semput? Sebabnya perut kita di cipta untuk 3 unsur iaitu makanan, minuman dan nafas. Perut sudah dipenuhi makanan dan minuman, kena pulak masakan asam pedas , memang takkan cukup segelas air, jadi angin (oksigen) dah tak leh masuk (tiada ruang). Aku kalau nak mengubat lebih suka tak makan, sebabnya cukup nafas untuk mengalunkan Surah Yaasin, Al Waqiah dan AL Mulk.
Jadi kalau tak solat (mengingati Allah), kita membiarkan ubun-ubun kita kosong. Maka akan ada unsur lain yg akan memasukinya dan mengawalnya dari unsur api ( jin dan syaitan la tu). Tu sebab dalam kaedah saya, langkah pertama adalah dengan meletakkan tangan kanan di ubun-ubun terlebih dahulu bagi menghalau pengaruh Jin dan syaitan ni dalam tubuh kita. Bila jin ni dah keluau, baru senang tangan kiri menempel di tempat sakit dan menghapuskan sisa-sisa bisa/penyakit yang tertinggal.
Tetaapi apasal orang yang solat yang kerap kena rasuk dan sihir? Jawapannya, solatnya tidak khusyuk. Hatinya belum benar-benar bersih dan belum kenal Tuhan dengan sebenar-benarnya. Solat itu hubungan kita dengan Tuhan (Habblumminallah) bukan dengan manusia (habbumminannas), jadi jangan fikir kalau nampak orang itu asyik berulang alik ke surau mengerjakan solat fardhu takkan kena rasuk atau sihir. Bagaimana dgn solat dia sewaktu tiada orang, di waktu orang sedang nyenyak tidor. Yang ni waktu yg Allah SWT perhatikan, waktu DIA turun untuk mendengar doa dan rayuan hamba-hambaNya.
Bagaimana sihir diperlakukan? Bukankah kaedah sihir adalah menerusi kaedah niat dan jarak jauh? Manakala jin dan syaitan adalah tenteranya yg menolong melaksanakan misi tersebut. Dalam kaedah saya yang juga menggunakan NIAT dan JARAK JAUH selain penyentuhan dengan tapak tangan, apa penyakit jua dapat di ubati dengan izinnya. Kerana apabila meminta terus kepada Nya, maka tentera Allah dari kalangan Malaikat dan Rijalul Ghaib akan membantu.
Sehebat mana sihir pun takkan dapat mengatasi ILMU YG HAQ dari Allah. Kalau David Copperfield dapat menembusi Tembok Besar China, menghilangkan kapalterbang dan bangunan dsb, apakah ILMU ALLAH ini tidak mampu? Siapa yg berkata tidak mampu, boleh jatuh kufur, hati-hati lah. Jangan sesekali merendahkan kuasa Tuhan, telah diceritakan didalam kitab bagaimana Iblis dapat menyesatkan si Alim dengan bertanya, “Dapatkah Tuhan kamu memasukkan alam ini dkedalam tanganku?” Tetapi bila di tanya kepada si Arif, beliau menjawab, “Boleh! Engkau nak TuhanKu buat apa? Hanya Kun Fayakun.
Atas dasar ini maka saya mengambil kesempatan untuk mengwar-warkan bahawa PERUBATAN ISLAM NUR SYIFA akan melatih para-para pelatih dalam bidang persilatan kebatinan dan penyembuhan tapak tangan melalui PERGURUAN SENI SILAT GERAK MAKRIFAT MALAYSIA yang baru saya asaskan bagi meneruskan perjuangan datuk-datuk saya dari kalangan Wali 7 dan Wali 9.
a) Ilmu Seni Silat Gerak Makrifat Malaysia adalah berasaskan 7 Sifat Maani yang Allah SWT maknawiyahkan kepada kita. Boleh baca dalam blog saya tulisan GERAK FAQIR. Silat ini saya asaskan bersumberkan kepada 3 jenis Silat Gerak yg pernah saya pelajari iaitu, Silat Batin Sunan Kalijaga, Gerak Faqir dan Seni Silat Gerak Abjad (ASLI) Jabat Kilat Malaysia. Pengasas kepada ketiga Silat ini adalah Sunan Kalijaga.
b) Penyembuhan Tapak Tangan adalah dari Ilmu Titik Sembilan (9). Pengasasnya adalah Sayyid Hussein Jamadil Kubra, Ketua Wali 7.
Oleh kerana dah diberitakan oleh Al Faqir Syeikh Hj.Ibrahim As-Syatariah, bahawa saya adalah PEWARIS kedua ilmu berkenaan maka saya rasa ini adalah satu tanggungjawab dan amanah yang tidak dapat saya elakkan. Guru saya HANG TUAH telah mengesahkannya dan beliau juga mengesahkan bahawa beliau berasal dari Kelantan dan bagaimana keturunan saya memang ada kaitan dengan Kerajaan Melaka dan Patani (melibatkan Che Siti Wan Kembang).
Pendedahan ini penting bagi sesebuah perguruan untuk menjelaskan asal-usul perguruannya, bukan untuk tunjuk RIAK atau takabbur dengan ILMU yang ada. Sebab setiap suatu Ilmu kita mesti pastikan asal usulnya dan susur galur dari siapa? Pastikan ia dari Rasulullah SAW bukan sesuatu yang tidak ada sunnahnya dan yg penting jauh dari perbuatan bidaah dan syirik.
Sekian, wassalam.
Assalamualaikum Abg Zul Pendekar
Terima kasih atas penjelasan di atas yang panjang lebar. Amat berguna pada masyarakat dalam memerangi Sihir dan ganguan Halus.
Insyallah bersama sama menafaatkan penulisan TS dan Pendekar Sufi
Untuk keterangan lebih lanjut Sila layari
http://warisansunankalijaga.blogspot.com/2010/10/pewaris-ilmu-titik-sembilan-silat-gerak.html
dan
http://perubatanislam7puteri.blogspot.com/
Wassalam
Walaalaikummusalam Sofajane !!!!.Apa yang awak alami memang ada,bagi yang tak mengalami memang akan ketawa.Saya memang banyak belajar dari pengalaman guru guru saya dan saya sendiri.Kekadang tak terjangkau di otak kita.Kenapa tak tanya jin itu…ada sayap ker tidak…kalau dia ada sayap,dia bolih terbang…kalau tak bersayap…hai entah kemana dia merantau…..tapi kalau Alam Tunggai nak,saya bolih tolong panggilkan,buat teman permainan….bolih buat silap mata dan pertunjukan tu !!!.Tu pun kalau jin tu ada kat Malaysia…kalau jauh,ala malas juga…nanti penat penat panggil….Alam Tunggai pulak tak nak….nak beri Wali Kudus,dia pun banyak ….Paduka pun dah banyak,Karimon pun lagiiii banyak…..yang tak ada Si Alam Tunggal jer…..yang banyak tu bukan banyak apa….seluar jin !!!!kehhh….kehhhh…kehhhh…….
Memang tiada yang pelik jika Allah swt izinkan !!!!.
Assalamuaalikum TS
Tu Jin Amoi cunn tu…tanduk dia ader ikat reben merah..siap tochang kiri kanan…pipi ada tompok bedak merah bulat hehehe…
Jangan ada gigi taring sekaki udah ler …camne nak kiss wekekeke
melawak jer
Bro! silap tu..yang hang tengok tu Jin Jepun..
Walaikummusalam Alam Tunggal !!!
Laaaa apa nak takut,hang kan ada plier atau cutter,atau grander…potong lah taring nya…kalau tak bolih atau tak der alat nya…Wali Kudus ada chain saw besar…dia baru beli RM 7000.00 untuk tebang pokok Balau dan Cengal…nak buat studio macam Pakcilioo.Wak Karimon tak ada pemotong apa pun,kot kot ada pun mesin potong air batu buat jus buah lantung….kehhh…kehhhh…
Waalaikummusalam…
Btul Tok Syeikh Kalu org x kena x percaya n ketawa… kakak n abg ipar sy sdiri yg sama2 g beijing x caya… katanya x rasa pe pun… apa bole buat snyap jee aaa… Cam ne sy nak tnya Tok Syeikh… sy ni x dok ilmu pe pe… silap2 tnya buatnya trus mlekat kat sy x ke nyanya… lg pun sy ni bknnya berani sgt… bila dah kena g2 buat x tau jee aaa…heeee… Rasanya jin 2 dah blik beijing kwn2 tlg htar tpat asal… klu dok d Malaysia nti org lain pulak yg kena x ke nyanya… Kalu Alam Tunggal nak tngok gambarnya leh aaa sy emailkan cantik amoi 2… leh aaa mta tlg Tok Syeikh pangilkan buat teman… heeeee…
Sy pernah tnya kwn kat pjb org siam tali pe yg di pakai katanya tali yg di sebahyangkan d kuil semasa ada upacara yg besar-besaran…
Skrg kalu sy ada tnampak org pakai tali 2 sy senyum jee tingat kisah sy…
Pe pun Terima kasih Tok Syeikh atas maklumat di atas… Hrap2 1 hri nti sy akan beranikan diri utk btanya dr mana asalnya… klu berani… klu tkut senyap jee aaa… x pun leh aaa mta tlg Tok Syeikh tlg tanyakan… 🙂
Wasalam…
Kalau nak mintak TS dia kena gi kursus bahasa Manderin dulu….Ts cakap Cantonese boleh ler..sebab dia belajo KungFu dgn BruceLee kat HKG. org Beijing bleh cakap Manderin jer….dok boleh kecek lain….
Ader ker gambo Jin Amoi Beijing to Cik Sofajane..meh email kat saya…nak buat pan pal…boleh kirim Jade Hijau Air 100 Gelas….
Begitulah Sofajane,jika orang tidak melihat Jin mereka nak melihat nya tapi saya dah naik jemu gak kerana tak ada yang lawa….rasa saya manusia lah paling lawa 1000 kali dari jin yang paling lawa.Di Alam mereka,paling lawa ialah manusia kacukan jin…iaitu Bunian,itu pun kurang lawa lagi jika dalam bentuk asal mereka….pada aku tenguk muka Jin,ada lebih baik aku tenguk rupa kamu Sofajane…..Jin dari 3 unsur iaitu api,air dan angin…manusia dari 4 unsur iaitu tanah,api,air dan angin.Sebab itulah mereka bolih merubah rupa itu pun,hanya Jin yang berilmu tinggi..contoh nya Jin Ifrit/hantu raya….sebab itu jika ada pembela hantu raya,ianya berupa tuan nya….jika jin cokia,dia tidak bolih berubah rupa….jika rupa nya kepala manusia, kaki nya haiwan…jika berkepala haiwan,kaki nya manusia…..dah hal berkepala macam manusia…aduhhhh serabai nya mata,mulut bertaring….macam dalam film tu…..kalau nak lihat pontianak…macam film pontianak lakonan Maria Menado…film dulu.Haiii malas nak cerita tentang Jin ni bebanyak kerana bagi saya tiada manafaat nya.
Aku sengaja nak usik Alam Tunggal jer….nak suroh dia takut,tapi kalau dia takut…potong lah benda tu…harap badan jer besau !!!!.Tak kan lah nak beri kat dia, tak der beban batu di galas,…tak kawin lah dia jawap nya…abis cakap dengan Amoi Jin nya…orang sangka kan cakap sengsorang….macam orang sinting…..pada hal dia berbual dengan Amoi Jin pakai Tokcang merah……apahal pun Alam Tunggal,cari lah manusia,sebagai jodoh…jangan patah hati,hati tersentap….nak kawin dengan Jin Amoi negeli sina lak….lu…haiya mana mau kiss,ala taling ooo,lua matang…lu silap lanti ooo,dia isap lu punya lehe oooo ada lalah kelua…..lu pegi…tiang lua batang loooo,tuuu tiang ala tulis nama lalam hulop jawiii maaaa !!!!.
hehehehehe
Assalamualaikum….
Terima kasih Tok Syeikh atas info yg di berikan… Sy sebenarnya x nampak pun jin 2 n x pernah kenal pun lagu mana rupanya Wallahualam… Sy pun saje2 usik Si Alam 2 bg menceriakan suasana…
Pe pun terima kasih semua kerana sudi berkongsi cerita dng sy…
Wassalam…
Waalaikumusalam
Apa yang Tok Syeikh cerita tu memang sebenarnya Sofajane. jika ada orang lelaki yang ingin kawin dengan jin ibarat kawin dengan jentera, kalau jin terjulur lidah dia pun akhirnya akan terjulur lidahnya, tak payahlah saya cerita panjang mengenai kisah berasmara dengan jin, nanti marah pula sahabat saya Tuan Waliqudus dan Tuan Rahim sangat marah jika saya mengusik Waliqudus di Weblognya, nanti dilupusnya pula komentar saya.
Kata orang tua tua, ” jika takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai”, berdasarkan pepatah ini sukalah saya menasihati Sofajane yang disayangi jika boleh menukar nama yang digunakan sekarang kepada nama lain seperti Sofiacun dan yang paling cocok sekali Sofiali, tapi jangan beritahu maknanya kepada Tuan Rahim dan Tuan Paduka kerana nanti mereka cemburu pula, biarlah sebutan itu menjadi rahsia diantara kita berdua sahaja. Pada pandangan mata halus saya Sofajane ni bermaksud tempat duduk jin (pasal sofa itu bermaksud sejenis tempat duduk). Jika boleh janganlah dibiarkan jin menduduki kita, kerana jika dipeluki jin pun kita tidak tahan (boleh patah pinggang) apatah lagi jika diduduki jin, jika nak tahu bagaimana kesan parah wanita diduduki jin tanyalah pada sahabat saya yang arif, Tok Syeikh. Jika nak tahu kesan wanita setubuh (bersatu tubuh atau bersatu nyawa) tanyalah pada tuan Rahim, jika beliau tak layan merayulah pertanyaan tersebut kepada Tuan Paduka yang mengasehi saudari.
Saya sangat berharap Sofajane tidak berkecil hati dengan teguran saya diatas kerana, Sofajane pun sering mengakui “hendak cempedak diluar pagar, saya budak hendak belajar”. Dan jika Tok Syeikh sering memberi pengetahuan mengenai Minyak Cenuai di Weblog ini, saya pula mungkin cuba mengajar bagaimana nak jual minyak kepada Tuan Paduka yang malu malu kucing tu, buat pengetahuan Sofajane malu malu kucing ni bahaya, waspada takut kena ‘ngap’nanti, jadi lauk.
wasalam.
Ha ha ha ha ha ha ha ha letih letih,jawap TS jangan tak jawap bab ni,buktikan kemampuan anda
Asalammualaikum Semua sahabat !!!.
Saya sambung lagi bagi bahan/media untuk Rawatan kepada pesakit iaitu AIR RUQYAH atau AIR JAMPI.
Air adalah satu unsur dari 4 unsur dalam penciptaan manusia.Jika tiada air,manusia tak dapat hidup.Selain air,ada 3 unsur iaitu angin,api dan tanah.Maka sempornalah kehidupan manusia.70 % badan manusia mengandungi air dan 3/4 dari bumi kita adalah air.Olih air sangat sangat penting kepada kita.
Dalam Perubatan Tradisional,air adalah bahan paling penting.Air yang telah di rukyah kan akan di minum dan di mandi kan kepada pesakit.Jenis air yang bolih di buat air Rukyah iaitu ;
1.Air Zam Zam
2.Air Kolah masjid atau surau.
3.Air Hujan
4.Air Embun
5.Air Gunong/air tanah
6.Air Sungai
7.Air Perigi
8.Air Paip
Hukum atau dalil menggunakan Air Rukyah/jampi.
Surat AL Shaad ;42 “Maksud nya..”Hentamkan kaki kamu,inilah air sejuk untuk mandi dan minum”.Peristiwa ini berlaku pada zaman Nabi Ayud As sakit berat dan Allah swt memerintahkan Nabi Ayub As,menghentak bumi maka air terpancut keluar dan Nabi Ayub As,mandi dan minum akan air itu…maka Allah swt sembuh kan penyakit Nabi Ayub As.Daripada Dalil ini,ramai Ulama Islam membolihkan kita berubat dengan air Rukyah/jampi yang di jampi kan menggunakan Ayat Al Quran, Zikir zikir Asma Allah dan Selawat Nabi saw serta doa.
Sebahgian Ulama Islam membenarkan kita mencamporkan wangian/bunga,limau purut/nipis,air herba dan tumbuhan yang berkhasiat.Ada juga yang membenarkan penggunaan tulang binatang yang halal di makan,yang telah halal di sembelih dengan sembelihan Islam.
1.Khasiat Air Zam Zam.
Air Zam Zam adalah air paling baik di dunia ini.Air yang paling istimewa di anugerah kan Allah swt kepada kita.Air Zam Zam mempunyai susunan molikul air paling tersusun indah seperti berlian.Pernah di uji secara saintifik dan lampu letrik menyala.
Ada sebahgian ulama mengatakan,cukup di buat minum dan mandi tanpa rukyah/jampi untuk niat perubatan.
2.Khasiat Air Kolah Surau/masjid
Air Kolah juga sangat berkhasiat kerana keberkatan air ini di gunakan untuk berwuduk.Air lebihan wuduk akan bercampor kembali ke dalam kolah.Air ini sentiasa mendengar Alunan Azan,khamat,zikir,bacaan Al Quran serta sentiasa mendengar doa para wali wali Allah,orang Mukmin dan orang Islam.Lebihan air wuduk Wali Allah,Sholihin Allah dan Mokmin Allah semasa mengambil wuduk seoertiga malam terakhir.
3.Khasiat Air Hujan
Air Hujan menjadi berkat kerana air ini menghidupkan bumi yang gersang/mati.Allah swt turunkan dari langit untuk kehidupan di mayapada ini.Diantara air hujan yang paling berkat ialah hari hujan malam Jumaat.Dan air ini di kira air paling kualiti dalam air hujan.Di samping itu ada juga malam lain yang berkat seperti malam jumaat bulan penoh/kliwon,malam lailatul qadar,malam bulan Ramadan,tetapi sangat sukar nak dapat dan jumpa.
4.Khasiat Air Embun
Khasiat Air Embun yang terbaik di tadah pada malam Jumaat,pada sepertiga malam terakhir.
5.Khasiat Air Gunong
Air Gunong yang terbaik ialah air gunong yang tidak tercemar.Air yang turun dari awan seperti di Gunong Ledang.Bercampor dengan mineral,tumbuhan herba dan penawar.Air di Gunong Ledang yang terbaik adalah di Gua Majapahit dan Gua Nenek.Kesemua gua ini terletak di puncak ke 6 pada aras ketinggian 4000 kaki.
6.Khasiat Air Sungai
Air sungai yang terbaik ialah air sungai yang mengalir deras.Air dari sungai yang tidak kotor dan tercemar.Atau kita kenali dengan nama Air Jeram.
7.Khasiat Air Perigi
Air Perigi yang berkhasiat adalah perigi yang berseh.Tidak tercemar dan di gali serta di guna pakai olih orang orang Alim.Sebagai contoh….Perigi Syeikh Sultan Ariffin Sayyid Ismail,di Pulau Besar…sahingga sekarang di guna pakai.Perigi di tepi surau Pulau Besar.Di Pulau Besar ada banyak perigi.Perigi di Masjid Kampong Hulu,Melaka…di sedut air nya, untuk berwudok…dan di sini,sudah ada 2 keberkahan..pertama air perigi dan kedua air kolah…sebab itu lah air kolah Masjid Kampong Hulu,sangat berkah….di rebuti olih orang yang mengetahui sahingga ke Singapura malah Brunai dan Indonesia.Dan saya pernah melihat segala bangsa mengambil air ini !!!,Kenapa tidak dengan kita ????.
8.Khasiat Air Paip
Khasiat Air Paip hanya lah jika air lain sukar di dapati.Bagi saya,saya akan camporkan dengan Teras Akar Kayu penawar,jika saya mahu menggunakan air paip.Air campuran ini barulah saya rukyah kan dan baru lah saya mandikan setiap pesakit saya.Untuk minuman pula saya akan camporkan air teras Penawar dengan Air Mineral.Air Mineral memang bolih di gunakan sebagai Air Minuman Rukyah/jampi.
Selain Air di atas,Satu air yang sangat UNIK,yang Allah swt anugerahkan kepada kita iaitu Air Kelapa.Air Kelapa sangat mujarab untuk penawar segala penyakit kecuali asma !!!.Air kelapa untuk menawarkan segala keracunan makanan,santau,bisa dan buang toksid.Antara pokok yang paling UNIK di dunia ini adalah satu satu nya Pokok Kelapa.Mana ada pokok lain yang buah nya berisi air seperti buah kelapa ???.Dari akar,batang,kulit,pelepah,daun,bunga,manggar,buah,nira,santan,hampas kelapa,lidi dan seludang ….semua nya berguna !!!.Yang tak tau gunakan ialah kita,kerana kita banyak tak tau dari TAHU !!!.
Assalamuaalikum TS
Perigi Syeikh Sultan Ariffin Sayyid Ismail,di Pulau Besar Melaka tu yang dekat tempat berwudu Surau tu ker? Best mandi kat Perigi tu
Wassalam
Asalammualaikum !!!. Pernikahan Manusia dengan Jin.
Hukum Syariat…Harus..dari Al Imam Ibnu Hajar dalam kitab Fathul Bari.Jika sesuatu Jin atau Manusia masuk ke Alam masing masing…contoh Jin masuk ke Alam Manusia dan berubah menjadi manusia.Bagitu jika manusia masuk ke Alam Jin.Saya malas nak tulis banyak…anda beli buku seperti tajuk di bawah,berkaiatan dengan Jin.
1.Kisah Perkhawinan Jin dengan Manusia…Muhamad Abduh Mughawiri…Pustaka Ilmi
2.Jelajah Alam Jin ….IBHAR…eBUSINESS Consulating,Nilai,N 9.
3.Kisah Kisah Benar Jin…Abu Hikmah Al Husni…Darul Nu’man.
4.Pengubatan Islam Menangkis Kejahatan Makluk Halus..Sarhan bin Safie….Sinar Zamdurrani.
5. Panduan Menjampi Jin dan Menggunakan Al Quran dan Al Hadith ..Abu Mu’aadz Muhamad Ibrahim …Al Hidayah
6.Panduan Lengkap Muaalij …Khairol Syakirin…RIDAM.
Banyak lagi buku jika nak baca,tapi jika anda baca buku di atas,saya ras anda memang sudah dapat memahami nya.Di samping itu tanyalah pada Orang yang Alim.
Assalamualaikum TS
Terima kasih atas catatan Emas di-atas. Sebagaimana yang saya belajar, air yang paling afdal digunakan dalam berubatan adalah air Mutlak. Air yang Suci lagi menyucikan.
Soalan saya dari catatan TS di atas
“Sebahgian Ulama Islam membenarkan kita mencamporkan wangian/bunga,limau purut/nipis,air herba dan tumbuhan yang berkhasiat.Ada juga yang membenarkan penggunaan tulang binatang yang halal di makan,yang telah halal di sembelih dengan sembelihan Islam.”
Apakah rationalnya mencampuri bahan bahan di atas pada air dalam perubatan terutamanya Tulang?
Sekian Soalan Saya
Wassalam
Walaikummusalam Alam Tunggal !!!.Air yang di campor seperti di atas untuk minuman atau buat makjun laaa senang nya !!!.Binatang seperti Dhab,kambing gurun,landak dan lain lagi…kan ker ada nilai perubatan nya….bukan takat tulang nya,bulu bulu pun berguna…tang tahi nya aku tak tau…kena tanya Saudagar Tahi…Tuan Paduka !!!.Selain itu ada juga air rebusan tulang bolih di buat mandian…jika orang patah tulang.Rasional nya tulang juga berkhasiat iaitu ada kalsium dan garam..dan memacam lagi !!!!.Kau sup tulang pandai nak cari…sop giar box…tapi jangan makan selalu !!!!Tulang !! sekarang jer,orang buang buang Alam Tunggal…dulu zaman aku kecik kecik,tulang lembu dan kerbau,di bakar,di tumbuk dan buat baja Padi…padi tak perlu tabur baja lagi bib !!!dah lah pokok nya gemok,tinggi hingga kita pun bolih Take cover,jika musoh datang !!!!.Padi sekarang…alahai…kecik kecik jer,dah tu tumbuh selai selai/se pokok…padi dulu serumpun…Paduka dan Wak Karimon bolih duduk bersila di atas pokok padi !!!.
Duk bersila main batu seremban iyer tak heheeh
Terima kasih TS atas pencerahan
Asalamualaikum
Mungkin maksud Tok Syeikh air mutlak itu sekadar umpama air kosong yang sering disebut air meneral (walau pun diantara air kosong dan meneral itu berbeza). Tapi takkan nak minum air kosong aje, kita perlu juga mkinum air teh, kopi, susu, madu dan sebagainya untuk kenyang. Tapi kenyang cukup sekali makan yang lain tu cuma minum minuman, bukan ke begitu Tok Syeikh ?.
Saya sedang menyiapkan beberapa buah replika sampan cengal untuk keperluan Studio Wannura Terapi nanti, mungkin sehari dua lagi saya kembali masuk ke hutan untuk menebang teras pangkal pokok cengal untuk membuat sampan tersebut. Biasanya ketika masuk hutan saya tidak cukup masa untuk berkomentar di Karimon’s Blog, walau bagaimana pun saya tetap melayarinya setiap hari bila menggunakan komputer. Oleh itu kepada Tuan Paduka tidak perlu lagi ditanya kemana daku pergi. Jika rindu boleh lah lihat gambar diantara replika sampan cengal tersebut di Url di bawah ini;
Klik di sini >> http://rahsiakayubatudanlogam.wordpress.com/
Wasalam.
Assalamualaikum PakcikLioo
Sampan tu macam Loket Kayu Untuk Jin Tonchet pakai jer…ader lubang kat hulu dia nak buat apa – gantung kat dinding ker pakcik?
“mesti aku kena lagi nie hehehehe”
Walaikumusalam
Panjang ceritanya Alam Tunggal, walau bagaimana pun biarlah saya ceritakan sedikit mengenai pengelibatan saya dibidang terapi. Pada peringkat permualaan saya telah berjaya mempelupuri Urut Refleksologi (urut kaki) ditepi jalan, bermula dari Bandar Ipoh hinggalah ke Wisma Yakin Kuala Lumpur untuk memperolehi keyakinan. Kini sebagaimana yang kita lihat Urut kaki sudah tidak asing lagi dinegara kita, jika dulu ketika saya memperkenalkannya saya dikerumni ketika mengurut macam orang jual ubat. Bagaimana pun maseh terdapat pengikut saya yang maseh lagi menjalankan kegiatan Urut Refleksologi. Sepatutnya selepas mereka belajar Refleksologi, mereka perlu meningkat berlajar Urut Saikologi pula dan diakhiri dengan Urut Seekorlagi, tapi nampaknya mereka telah berpuas hati setakat Refleksologi saja.
Peringkat kedua saya telah mengembangkan Urut Tubuh Badan menurut kaedah kombinasi, Melayu, Thai Cina dan Jepun (bagaimana pun kaedah terapi Thai, Cina dan Jepun adalah lebih kurang sama kerana berasaskan pengetahuan Budha). Urutan ini banyak saya kembangkan di Kuala Lumpur dan terdapat banyak mereka yang belajar dengan saya membuka pusat urut mereka sendiri sehingga hari ini di Kuala Lumpur seperti di Subang, Kelana Jaya, Shah Alam dan Kampong Medan didaerah tempat tinggal sahabat kita. Selain Kuala Lumpor dan Ipoh urutan ini telah saya kembangkan ke negeri lain seperti Kedah, Pahang, Sabah dan Singgapura.
Peringkat ketiga ini saya cuba membuka beberapa buah Studio Terapi untuk memasarkan Produk Terapi seperti Minyak, Cream, Sabun, Wangian, Makanan kesihatan, Jamu dan macam macam.
Berbalik kepada cerita Sampan, Penjenamaan Produk menurut gaya masakini mungkin telah menjangkau hampir 10P seperti Produk, Pekej, People. Plece, Packing dan sebagainya. Sebagai contoh seketul sabun yang kita keluarkan kosnya mungkin RM 3 tetapi P punya pasal kita terpaksa jual sehingga RM 30. Jika kita beli sebuah katil urut harganya sekitar RM 1000 tapi jika ditempah dari teras kayu Cengal harganya paling murah RM 5,000. Jika dulu kos buka pusat Urut lebih kurang RM 30,000, jika kini dan P punya pasal pasti mencecah ratusan ribu.
Bagi menjimatkan kos semua benda saya banyak buat sendiri dari segi reka cipta bahan, peralatan sehinggalah membina laman web. Semua peralatan Studio seperti Bilik mandi, katil, kerusi, meja dan perabut saya buat sendiri mengunakan teras cengal.
Replika sampan cengal tersebut maseh tidak siap lagi. kegunaan sampan itu untuk tempat mengurut dan mencuci badan. Lubang tersebut tempat bernafas ketika meniarap. Setakat ini saya telah berjaya menghasilkan 4 biji sampan ( dua dari cengal batu dan 2 lagi cengal Emas). Menurut perancangan Studio yang saya bina siap lebih kurang dua tahun dari sekarang.
Biasanya peralatan terapi yang diperbuat dari teras kayu terpilih terasa sayang hendak dijual kerana jika kecil sekali pun memakan masa berhari menyiapkannya, kerana kayu teras biasanya terlalu keras dan berhantu. Saya cuma gunakan kayu balak biasa yang dibuat dikilang untuk pasaran nanti.
Buat masa ini jika saya poskan peralatan terapi dari teras cengal kepada para sahabat di Karimon’s Blog pun mereka tidak tahu cara untuk menggunakannya kerana buku cara menggunakannya maseh belum siap lagi, jika buku tersebut siap mungkin ok. Tapi sebaiknya saya akan menemui mereka satu hari untuk menurunkan ilmu tersebut kepada yang sudi. Semuanya saya akan beri percuma kerana dibiayai Promosi Wannura Terapi. Tapi jika ingin sample sabun madu lebah Tualang Tiga, saya boleh poskannya untuk merasa bagaimana sengatannya. Sila Emailkan alamat pos kepada saya. untuk mereka yang lain tunggu sehingga sabun tersebut keluar dari kilang dalam masa sebulan dua lagi.
Wasalam.
Assalamualaikum PakcikLiooo
Laa sampan untuk mengurut rupanya….ingatkan pusat terapi tepi sungai tadi..lepas urut bleh naik sampan dengan tukang urut….ala ala venice…hehehe terima kasih atas penjelasan
Wassalam
Asalammualaikum Semua Sahabat !!!!
PENYAKIT GILA MEROYAN ATAU GANGGUAN EMOSI
Penyakit ini termasuk dalam ketogari gangguan Emosi/depretion yang di istilah lah sebagai gangguan puerperal.Biasa berlaku kepada ibu lepas bersalin anak.Terdapat juga penyakit ini menyerang pada ibu mengandung…tetapi jarang berlaku.Ada kala penyakit ini menyerang tidak serius dan kebanyakan nya serius.Penyakit yang tidak serius tidak perlu di rawat hanya melalui sokongan keluarga khusus nya suami dan ibu bapa serta keluarga.Sokongan dari keluarga memain kan peranan penting.
AKIBAT GANGGUAN PENYAKIT INI;
1.Pesakit akan terasa badan lemah dan tidak bermaya.
2.Rasa putus asa dan jemu berpanjangan.
3.Kurang Selera makan dan minum.
4.Kurang tidur dan tidur tidak nyenyak.
5.Cepat marah dan Cepat hiba tanpa sebab.
6.Tekanan dari keluarga
7.Implikasi dari kesusahan melahirkan anak.
8.Persekitaran tempat tinggal yang membenakan…jiran jiran.
9.Baka
10.Gangguan makhluk halus seperti Jin,Saka, Syaitan dan sihir.
Kesan kesakitan mungkin terjadi di kawasan otot bahu,tengkuk,juga bahagian perut.Satu tarikan di bahagian kepala yang mencengkam kuat di rasa kan olih pesakit ini. Bagi pesakit yang kurang menghadapi kesakitan ini,penyakit ini akan hilang cepat atau dalam tempoh yang singkat.Dan pada bab ini rawatan tidak lah perlu.
GEJALA GEJALA GANGGUAN.
1.Berlaku perubahan yang ketara seperti rasa gelisah tidak menentu dan sukar tidur.
2.Ketegangan pada otot yang menyebabkan pesakit meraung kesakitan khusus nya di bahgian kepala dan tengkuk.
3.Denyutan jantung menjadi laju serta pernafasan yang lebih tinggi.
4.Ibu tidak kenal diri sendiri,anak anak malahan suami atau keluarga….hilang akal.
5.Rasa sedeh yang tiada sebab,tidak bergaul dengan orang,putus asa dan marah secara tiba tiba tanpa sebab.
6.Memperlihat kan tabiat yang aneh…seperti bercakap sengsorang,ketawa dan berbual tanpa teman.
Jika terdapat kalangan anda samada isteri,kakak,ibu,adik atau kelurga juga sahabat yang ada gejala ini,saya nasihat kan berubat lah.Tanda gejala ini senang kita dapati iaitu…perempuan lepas bersalin anak,ianya berlaku !!!.Jika tidak di rawat pada peringkat awal nya,penyakit ini akan berterusan dan akan bertambah teruk.Ada banyak Kes yang menjadi Gila Terus.Ada kes yang mengakibat kan bunoh diri dan mengamuk mencederakan orang lain.Penyakit ini hanya menyerang pada kebiasaan nya pada perempuan yang lepas bersalain anak.
Kepada suami dan bakal suami,saya nasihat kan,bimbinglah isteri dan jaga lah isteri sewaktu mereka mengandung.Bawa lah ketempat yang bebaik,jangan bawa ke tempat yang bermaksiat,berilah makanan yang halal dan berseh.Cari lah tempat tinggal yang tidak memening kan kepala kita di atas kerenah jiran jiran yang tidak elok…mami jaruuum !!!.Dan bina keluarga kita pada dasar Keislaman supaya dari benih kita,sekurang kurang nya seorang Cerdik Pandai Islam lahir menjadi Jaguh Yang Memperjuang dan Meninggikan Mertabat Islam….Amin !!!
Assalamuaalikum TS
Adakah Fenomena Meroyan ini juga disebabkan berlebihnya Hormon Estrogen Wanita..Hormon ini amat berguna ketika kehamilan tetapi setelah bersalin, tubuh badan cuba menstabilkan kelebihan Hormon ini menyebabkan berlakunya kesan sampingan seperti serangan meroyan di-atas
“The pregnant woman at term produces more estrogen in one day, than a nonpregnant woman produces in 3 years! Estrogen is responsible for enormous changes during pregnancy.”
Saya nengok banyak pemgambilan herba atau tonik dari berbagai bagai bangsa dan kaum pagi merawat kaun wanita selepas bersalin…mungkin ini bagi membantu menstabilkan hormon Estrogen yang terlampau tinggi dlam badan
Sebab itu selepas bersalin org kita makan berpantang…tak boleh tu tak boleh nie…saya nengok arwah mak saya minum air sikit jer pastu makan pun jeruk lobak…lepas tu ari ari bakar batu….nak letak atas perut..dan berbengkung…penuh seni orang kita nie ya TS
Harap beri komen
Wassalam
Asalamualaikum
Izinkan saya menitipkan info mengenai gila meroyan disini sebagai menambah lagi komentar Tok Syeikh diatas. Ada pihak yang mendakwa, penyakit gila meroyan ini dialami juga oleh kaum lelaki dikenali dengan angin mempasang atau kepala angin (kepalanya masuk angin), sama seperti penyakit puduraya (payudara) yang juga dialami oleh kaum lelaki.
Menurut istilah saintifik atau perubatan, gila meroyan dikenali sebagai postpartum pyschosis. Ia juga dikaitkan dengan postnatal depression, maternity blues atau puerperal psychosis. Apa juga perkataan yang dikaitkan dengannya, dikalangan masyarakat melayu ia lebih dikenali sebagai gila meroyan. Walau pun ia lebih sinonim diperkatakan di kalangan masyarakat Melayu dan lebih banyak dilihat dihidapi oleh wanita biasa, namum ia juga sebenarnya turut menimpa kalangan wanita profesional.
Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan gila meroyan? Ia merupakan gangguan perasaan atau jiwa yang serius. Penyakit ini sering dikaitkan dengan masalah yang dialami wanita sewaktu atau selepas berpantang. Pada tahap ini, seseorang wanita yang mengalaminya mampu berbuat perkara-perkara yang boleh mencederakan dirinya, bayi serta orang disekelilingnya. Pendapat terkini mengatakan penyakit postpartum pyschosis juga seperti penyakit psikosis yang dialami oleh pesakit jiwa lain. Mujurlah keadaan ini hanya dialami oleh segelintir sahaja wanita lepas bersalin.
Gangguan perasaan selepas bersalin sebenarnya dialami oleh ramai wanita iaitu sehingga 85% wanita sewaktu tempoh berpantang. Namun, kebanyakkannya hanya mengalami pada tahap yang ringan sahaja dan tidak membahayakan. Malah ia berlaku sekejap sahaja, biasanya tidak memerlukan rawatan perubatan, Walau bagaimana pun, dalam segelintir 10% wanita gangguan perasaan berlaku lebih mendalam dan berpanjangan sehingga menyebabkan penyakit yang juga lebih dikenali sebagai kemurungan atau gila meroyan.
Dalam bidang perubatan, gangguan perasaan selepas bersalin dikelaskan kepada 3 peringkat utama iaiatu :-
1. Postpartum Blues – jenis ini sering dialami, ia bersifat ringan dan kebanyakannya pulih sendiri tanpa rawatan
2. Penyakit kemurungan – kebanyakkannya memerlukan perhatian dan rawatan segera
3. Psikosis – boleh berlaku jika kemurungan tidak dirawat
Apakah punca yang menyebabkan gila meroyan?
Gila meroyan adalah peringkat lewat gangguan perasaan (selepas blues dan kemurungan). Gila meroyan terjadi apabila gangguan blues dan kemurungan tidak dapat dikesan diperingkat awal dan dibiarkan tanpa mendapat perhatian doktor serta rawatan.
Apakah gejala gila meroyan?
Kepentingan untuk mengenali gejala blues dan kemurungan perlu diberi perhatian doktor, suami, ibu serta saudara rapat. Mereka ini perlu mengenalpasti gejala-gejala ini agar gila meroyan dapat dielakkan.
Gejala Maternity Blues
* Mood berubah dan senang terusik, mudah menangis, mudah marah, cemas dan bimbang
* Gejala memuncak pada minggu pertama selepas bersalin (sekitar hari ke 4 dan ke 5) memandangkan waktu ini wanita telah kembali ke rumahnya dan menyedari beliau kini berhadapan situasi menerima orang baru
* Gejala ini boleh berterusan selama beberapa hari, namum ia lazimnya pulih sendiri dalam masa 2 minggu tanpa rawatan perubatan
* Wania ini masih boleh menguruskan dirinya dan bayinya
Gejala Kemurungan
* Berlaku sekitar 10% – 15% dalam masyarakat
* Wanita yang pernah mengalami kemurungan termasuk kemurungan postpartum sebelumnya serta kemurungan sewaktu hamil berisiko mengalami kemurungan postpartum.
* Gejala ini lazimnya muncul tanpa disedari dalam masa 3 bulan selepas bersalin, lebih memberi kesan ketara berbanding maternity blues
* Mudah menangis, gangguan tidur, letih, tidak bermaya, kurang selera makan, memikir ingin membunuh diri dan sering berfikir untuk mati
* Kerap cemas dan bimbang serta obses terhadap bayinya. Sebaliknya beliau boleh juga mempunyai fikiran negetif terhadap bayinya sehingga ingin mencederakannya.
Gejala Psikosis (Gila Meroyan)
* Ini adalah keadaan yang paling serius berbanding maternity blues dan kemurungan
* Ia jarang berlaku, hanya 1-2 dalam setiap 1000 wanita selepas bersalin
* Keresahan, gangguan tidur (insomnia), mood kerap bertukar-tukar serta menunjukkan kelakuan yang tidak kena pada tempatnya
* Mempunyai kepercayaan bahawa bayinya cacat, nazak, syaitan atau sebaliknya. Mendengar bisikan menyuruh mencederakan diri atau membunuh bayinya.
* Berisiko untuk membunuh diri atau bayi
Rawatan dan cara mengatasi
* Mengenalpasti maternity blues dan kemurungan
* Memberi perhatian dan layanan. Layanan yang diberikan sewaktu jagaan berpantang agar beliau merasakan mendapat perhatian dan tidak rasa keseorangan
* Berbincang dan menyelesaikan masalah yang timbul dan sebagainya
Wasalam
Walaikummusalam Alam Tunggal !!!.Perigi Datuk Ariffin…betul betul hujung kaki nya…kalau masuk kat surau,sebelah kanan surau…berdekatan tempat solat wanita !!!!…bila dah mandi di situ anda jangan jadi wanita lak….kang Wak Karimon tersangkut….wahhh…masaalah tu !!!!kahhhh…kah…..kahhh…Deepavali kami pergi lagi ke Pulau Besar…nak join jooooooooommmm !!!!.
Assalamuaalikum TS
Menurut cerita di atas – memnag banyak Jin dalam badan pesakit …dan saya yakin ini bukan hanya satu kes – malah majority kalau kena ganggu jin mesti lebih dari Seko duk dalam badan …depa suka Tag Team reramai. Bak guru saya kata…dalam satu keris beliau pernah dapat (masa beliau muda remaja) pun bleh sampai 4 ekor Jin duduk ..satu badan manusia berkepala anjing, badan manusia satu berkepala babi , badan manusia satu berkepala Ular..dan satu lagi nampak kepala jer – hantu Raya..Kepala sebeso daun Pintu wekekekeke
Lagi satu yang kesiannya..pesakit TAK TAHU yang badan mereka dah Di-duduki JIN. Cuma org sekeliling jer yang nampak perubahan personality mereka.
Soalan saya …Bagaimanakah cara amalan harian bagi setiap individu Muslim untuk Check diri kita nie ada kerasukan Jin notty nie?
P/S – TS – ader alamat FB tak awek tu hehehehe
Wassalam
Asalamualaikum
Tuan Alam Tunggal, saya ingat lama lama kamu ni kena tengking, kalau tak Tok Syeikh tengking mungkin Tuan Rahim tapi kalau aku yang menenenking lagi parah, Tapi walau pun Tengking mereka tengking sayang tapi melayang.
Bukankah Tuan Peduka sering berpesan jangan lalai, maksudnya kena ingat atau zikir. Tapi jangan zikir sekadar dibibir sahaja. Zikir itu bermula dihati sehingga meliputi seluruh anggota zahir dan batin tubuh badan, itu pasal jika hendak belajar berzikir perlu ada guru. Zikir hasanah zikir budak budak sekadar untuk masuk syurga bukan jumpa tuhan. Maksud saya zikir darjat, zikir masuk syurga kerana nak memandang wajah Rabul Alamin. Jika Tuan tanya seribu kali pun masalah ini tuan tidak akan faham, kerana ilmu faham tidak boleh belajar dan diperolehi dengan pertanyaan. Mudah cerita ikut Tok Syeikh kemajlis zikir yang dia selalu pergi buat masa ini. Jika belajar dengan saya atau Tuan Rahim nanti kami hayun sebiji sebiji nanti susah !, kerana cara kami belajar dengan Ayahku dulu caranya begitu, itu pasalnya kadangkala orang membaca komentar yang saya tulis pun mudah terasa panas.
Wasalam
Wasalam.
Asslaamualaikum PakcikLi00
Tak pa kalau saya kena Tengking … adat belajar begitulah…kekadang tu ader anak murid yang cakap tang mana pun dia asyik tanya benda yang sama…atas yang mengajarlah macamana nak kasi faham :-).
Bukan apa saya pernah terdengar satu petua mudah….nak tahu kita ni dirasuk benda tak baik nie….disuruhnya baca surah An-Naas dan Al-Falak…di hadapan kawan/rakan/teman sebantal dengar bacaannya lancar atau tidak….kalau ada kemasukan…tak boleh baca langsung atau Jin kat dalam badan tu power/kerek dia baca pun nanti pelat atau lupa ayat penuh.
Satu lagi orang yang suka bergaul dgn orang kafir…memuji muji kafir…baca surah al-Kafiruun…akan gagap dia membacanya
Himpunan ayat ayat Al-Quran dan terjemahannya – http://www.surah.my/
Minta pendapat sekiranya saya salah ya pakcik pakcik sekelian
Wallahualam
Walaikum salam Alam Tunggal !!!. Nasib baik lah tunggal….hai..hai…begini, untuk Amalan Pendinding diri,kenalah jumpa aku !!!.Ada ayat ayat di baca dan zikir di amal kan…Insyallah…selamat !!!.Tang awek tu !!!…Sebenar nya ni lah,yang hang nak tanya ni,bukan Ayat Pendinding….Tak per Alam Tunggal..awek tu kerja di Melaka….kalau berhajat,hang kena kerja dan tinggal di Melaka…itu aku cakap…dia aku tak tau…tapi bolih rokemen !!!no hal punya !!!kahhhh…kahhh…kahhhhh….
Dan satu lagi yang paling saya kagumi ialah Gambar Datuk saya Syeikh Qader Jilani,Syaitan takut !!!.Gambar ini gambar biasa jer,guru saya ada yang hitam putih.Jadi di suroh nya anak murid nya yang pandai melukis.Di lukiskan kembali..dan ada colour,..handsome,wajah datuk ku…macam rupa aku lahhh…setelah siap,si pelukis demam 3 hari…aku pun tak tau sebab nya.Guru ku beri tahu,gambar Syeikh Qader Al Jilani ditakuti olih syaitan !!!.Aku buat daaak jer,pada fikiran saya,gambar biasa…apa yang ada !!!.Pada malam kejadian itu (gadis kena rasuk),barulah aku percaya benar kata kata guru ku !!!.Setelah termenung panjang dan berfikir….jika waktu hidup nya menjadi Wali Khutub dan Sultan al Aulia,bila beliau wafat,Aura kekeramahan nya tetap ada !!!.Itu lah dia,Allah swt tetap memberi karamah pada nya walau dalam bentuk….hanyalah gambar !!!.Dan saya juga terfikir,patut lah budak Pelukis itu demam…kerana aura nya maseh kuat !!!. Subhanallah !!!.
Asalammualaikum !!!.
Teringat saya satu Kes Sihir yang saya pernah jumpa dan ubatkan.Di sihir kerana taerlalu CANTIK !!!.Bagitu lah hidup manusia,jika cantik pun orang sakit hati,jika tak cantik pun orang mengutuk !!!.Cantik dan tidak cantik,datang dari Allah swt…siapa kah kita yang nak komplan ni ???.
Pada tahun 2006,Pusat Rawatan Islam 7 Puteri di datangi oilh 2 orang adek beradek.Mereka ini saudara rapat juga pada Mak Syeikh…pangkat anak saudara 2 pupu,kepada Mak Syeikh.Dua beradek ini demam berpanjangan dan badan gatal gatal.Seperti biasa,kerja Mak Syeikh men”scan”,penyakit…lada sulah pertama sahaja…pesakit (kakak),sudah kerasukan !!!.
Jin: Siaaal kau Syarifah,sakiiiiiit lah.
Saya bertanya…pada kebiasaan nya Mak Syeikh tidak akan bertanya, dia tidak mahu terganggu pada masa Teknik Scanning nya.
Saya :Kenapa kau datang ???
Jin ; Aku benci tenguk budak ni…terlalu cantiiiik..!!!
Saya : Memang lah manusia cantik…bukan macam Jin,..macam sial rupa nya !!!.Sya memang sangat angin dengan Syaitan yang merasuk !!!.
Jin ; Kau tu tak cantik,tak macam budak ini,kau tu dah tua…..
Aduuuuh…selepok aku kena kutuk….macam Paduka kutuk aku !!!heee…heeee…
Saya ; Laaaa kau ni banggang agak nya,lelaki mana cantik,lelaki handsome !!! bodoh punya Jin !!!.Kenapa kau merasuk ni,nak nak keluar atau tidak ???.
Jin : Aku tak nak keluar,aku benci dengan keluarga nya dan adek beradek nya…semua nya cantik cantik,tak macam keluarga aku…tak cantik !!!!.
Saya pun ambil selendang Merah saya terus,memukul belakang,tangan dan kaki pesakit !!!!.Jin meraung kesakitan…
Jin ; Tolong Pak Syeikh…aku sakiiiiit…..Mak tolong aku…aku dah cakap,tak nak pergiiii tadiiii,mak suroh juga !!!.Mak pulak dah lariiiii,Tolong makkkkkk !!!!.Dalam masa yang sama si Adek pula kerasukan…..Tanpa buang masa,saya ambil kain Serban saya…dan ikat si Adek…Kami kerjakan Si kakak dahulu !!!…wahhhh ni main kasau ni !!!Saya pun apa lagiiii,nak di pegang,mereka kuat !!!Menghening cipta…mencari titik satu,menumpu kan kudrat dab iradah,kembali kepada Allah yang satu…terus melepas kan Jurus Tapak Seribu kepada pesakit !!!.Jurus Tapak Seribu adalah Jurus tingkat paling bawah dalam Jurus Tapak Wali !!!.Cahaya jurus ini berwarna putih kekuningan !!!.Secara peribadi nya segala Jurus adalah datang sendiri…saya hanya melembut kan taangan…ikut jer….tapi segala perbuatan saya nampak dan buat !!!.Jin yang merasuk, hangus terbakar…termasuk lah Jin yang di dalam diri Si Adek !!!.Pesakit tersedar dan kembali normal…kedua nya !!!.Senang sikit kerja aku…tapiiii aku lah yang letih !!!.Setelah itu saya memandikan pesakit,kedua sekali !!!!.SMS datang dari Nenek…mengatakan,Si Adek di pantang kan makan benda berdarah selama 2 tahun….makan sayur jer !!!kesian pula dah jadi vegeterian pulak !!!.Saya tanyakan pada si adek !!!Kau nak cantik tak ???.Jawap nya…Nak…kata saya jka nak cantik,pantang makan benda berdarah selama 2 tahun !!!!.Dia kata…bolih,saya memang tak suka pada benda berdarah…macam ikan,ayam dan daging lembu….busok dan hanyir lah !!!!.Kata saya,kalau begitu…sangat bagus sekali !!!.Dalam perubatan saya,ini juga kali pertama saya memberikan pantang !!!.Kebetulan pula…macam tau tau jer,si adek ini tak suka makan benda berdarah !!!.
Setelah habis pantang,Si Adek memang cantik.Si kakak juga cantik,tapi badan nya agak besar sikit !!!!,kulit mereka memang putih berseh !!!!.Sampai sekarang mereka tidak di sihir lagi !!!.Alhamdulilah…kerja saya hanya Tukang Baca Doa sahaja,Alllah swt lah yang menyembuh kan !!!.
Persoalan nya…itulah manusia….kita cantik pun salah,kita burok pula,lagi di kutuk nya….kita kaya pun salah.kita papa lagiiii kena kutuk….manusia…manusia….!!!!.Alam Tunggal mau berkenalan kaaaa ????,sudah 3 orang niiiii…heeee…heeee…heee….
Asalamualaikum
Tuan Alam Tunggak, izinkan saya mengulas ayat dari komontar tuan yang berbunyi “…atas yang mengajarlah macamana nak kasi faham” ungkapan tuan ini mungkin berdasarkan kepada ayat yang sering kita dengari seperti berikut, “anak kurang ajar kerana mak bapaknya tak tau nak mengajar” ungkapan ini mungkin boleh diterima kerana tanggung jawab ibubapa mengajar anaknya. Tapi bab faham mak bapak dan guru tidak boleh ajar kerana tuan hanya boleh faham setelah melaksanakan dengan sempurna apa yang diajari oleh mak bapak atau guru.
Sebenarnya entah berapa kali samada Tok Syeikh, Tuan Waliqudus, Tuan Rahim, Tuan Paduka dan beberapa orang lagi yang memberi komentar memberi peringatan BELAJAR MESTI BERGURU, apakah tuan maseh tidak memahami maksud ayat tersebut. Mereka yang ingin berguru perlulah terlebih dahulu menemui gurunya, jika tidak gurunya adalah Syaitan. Begitu juga belajar menerusi kitab tanpa guru, gurunya adalah syaitan. Faham memerlukan ilmu, bermula ilmu itu adab. Berguru memerlukan adab. Sebagai contoh jika tuan ikhlas ingin berguru dengan Tok Syeikh, tuan perlu pergi kerumah Tok Syeikh jika menjejak bumi Melaka, apatah lagi jika beliau menjemput kerumahnya. Perbuatan tuan jika ingin berguru dengan Tok syeikh tapi keberatan berkunjung kerumahnya bila tiba ke Melaka samalah seperti tuan sampai ke Madinah tapi keberatan menziarahi kubur Nabi Saw. Menurut adab setiap murid yang berguru perlulah membesarkan gurunya. Tapi jika murid merasa lebih besar dari guru saya rasa tak payah berguru lagi baik. Setiap guru tidak terus menurunkan buah kepada muridnya, paling kuat hanya bunga, biasanya daun daun sahaja dahulu. Jangan anggap apa yang Tok Syikh tulis dalam weblog ini ilmu, ini baru sekadar cerita. Kalau ilmu itu boleh dituntut menerusi buku atau internet sahaja sudah tentu banyak orang yang berilmu. Itu belum lagi berguru yang melibatkan Rabitah dan Wasilah.
Dulu sesiapa yang ingin berguru perlu memperhambakan dirinya kepada guru, tapi sekarang jika boleh, guru jadi hamba kepada muridnya, selagi boleh tanya ditanya memau maunya, tapi bila diberi jawapan masuk telingga kanan keluar telingga kiri, kemudian tanya lagi.
Tanyalah pada kebanyakkan pemberi komentar tegar di Karimon’s Blog, kebanyakkan mereka berguru memakan masa bertahun tahun mengulangi rumah guru. Kemudian jika guru tu menghisap rokok Dunhill bawaklah dua tiga cartoon sekali pergi dan bawaklah sekurangnya sehelai kain sarung untuk isterinya. Jika guru tu ada minyak cenuai belilah dua tiga botol. Barulah laju dan lancar segala ilmu yang dituntut. Tetapi jika datang menghabiskan beras aje, sekadar nak bertanya aje, letihlah Tok Guru, belanja rokok untuk menjawabnya pun RM 10 sekotak, jika mengubat orang lagi baik, sekurangnya membantu menyembuhkan penyakit, bukan cari penyakit.
Masalah orang tak faham ni macam orang pakai cermin mata kuning, kita cakaplah sehingga berbuih buih mulut bahawa benda putih itu putih, dia masih menyatakannya kuning, lama kita yang jadi pening. Selagi tak ditanggalkan cermin matanya selagi itu dia tak faham. Begitulah siksanya kami memberi tahu belajar itu perlu berguru, tak faham faham, selagi tak dilimau atau dibaham.
Sebenarnya saya pun terlalu banyak soalan ingin ditanya pada Tok Syeikh, Tuan Karimon, Tuan Waliqudus, Tuan Paduka dan pemberi komentar di Karimon’s Blog. Tapi tidak semua soalan tersebut saya boleh tanya menerusi internet, saya perlu menemui mereka untuk bertanya bila ada masa nanti untuk menjaga adab kerana benda yang saya ingin tanya untuk memperolehi kefahaman bukannya sekadar bertanya yang boleh merosakkan kefahaman atau salah faham.
Wasalam
Walaikummusalam Pakciklioo !!!.
Apa yang anda kata kan memang benar !!!.Saya hanya bolih cerita dan menulis pada pengalaman saya dalam Perubatan.Hanya cerita !!!.Pada praktikal berubat tidak bolih,kerana anda dan yang lain bukan anak murid saya dan menyalahi Adab kita dalam mencari ilmu !!!.Sebenar nya ilmu,sangat mahal harga nya.Kita kena bayar melalui tenaga,masa,wang dan amal kita.Tanpa benda ini sememang nya ilmu itu tidak sampai dan di fahami olih anak murid.Dalam perubatan Islam,mesti ada teori dan praktikal…tanpa ini juga,macam mana lah kita nak faham….sebagai contoh kecil…seorang pesakit “lemah semangat”…biasa nya lemah semangat tidak melibat kan syaitan !!!.Biasa nya bila di “scan”…kosong,syaitan tiada dalam badan.Tetapi pesakit,takut pada tempat yang selamat sekali pun.Saya akan suruh pesakit mandi limau !!!!. Kalau tak di praktik kan, anak murid tak tau cara nak potong limau…nak potong 2 ker,nak potong 3 ker,nak potong halus ker…dan nak potong bagaimana ????.Ini penting praktikal….nak pegang limau bagaimana ???,nak mandi pulak,satu hal lagi…waktu bila ???,menghadap kemana ???,pakai apa ???. Semua nya ada tata cara dan petua…bukan bolih di buat sebarangan…..tangkap jer limau,potong jer…lambung lambung macam bola ping pong….ramas dalam baldi…dan mandi…..mandi pulak pada waktu matahari tengak,atau terbit atau tenggelam !!!!.Bukan pesakit itu yang semboh bib….tapi Si Perawat itu akan terlentang, umur pendek…aruahhhh..!!!!.
Sebab itu saya hanya cerita bukan mengajar…jika yang ada ilmu itu,dia faham dan ambil iktibar !!!.Yang dah berilmu itu,dia akan ambil tata cara….untuk top up sikit sikit…dan memang bolih !!!.kerana dia dah ada asas dalam Perubatan Islam !!!!.Ni anda tak kenal lagi…limau…ada berapa jenis….nak buat mandi buang bau hamis, bolih lahhh !!!.Begitulah serba sedikit yang dapat saya tulis kan !!!!.Untuk lebih faham….kata Paklioo…kena jumpa aku !!!,bawa rokok Nusantara…2 cartoon….kahhhh…kahhhh…kahhh……
Assalamuaalikum
Kalau nak Petua pun kena berguru ker….entahlah …saya amat menghormati adat berilmu, tapi pada saya soalan saya nie bukanlah yang dalam mana, bukan sampai nak berguru…hanya pertanyaan dasar sahaja…untuk pengetahuan pembaca, Pada pendapat saya yang bodoh nie.. kalau tak boleh nak cakap tak pa, tak tau nak jawab , tak pa , tak payah reply …mana ada manusia yang perfect ilmunya…saya pun bukannya paksa (kecuali pada TS dan Wak- dan TS dan Wak jawab dengan sebaiknya), tapi entahlah, sesetengah org yang dah berilmu tinggi nie dah banyak ilmu di dada dia jadi banyak sangat protocol..makes things complicated …..dah nama pun perbincangan..sikit sikit duk cucuk suh pi berguru …mana nak datang bincangnya…BETUL untuk menuntut ilmu..berguru adalah WAJIB …tapi mencari pengetahuan boleh banyak cara juga..dan ada level yang MESTI bertentang Mata…saya buat semua nie untuk memeriahkan blog..tak da pun pembaca yang nak menawarkan soalan panas..(semua takut kena TENGKING) … nie pulak ader pulak yang cuba menyekat..keluar penulisan tentang soalan bodoh la ..apa la…suka kusutkan fikiran orang..last last lari malas nak layan blog nie..leceh ler…tapi tak pa..ini semua asam garam berblog ..saya tak kisah..saya tetap akan bertanya …nak jawab jawab ka ..tak mau jawab ka..tak pa…. bukan rezeki pembaca la kot….
Maaf ya …segala kekasaran bahasa di-atas adalah datang dari kelemahan saya sendiri
Wassalam.
Walaikummusalam Alam Tunggal !!!.Apa lah hang ni merajuk pulak !!!Aku tau lahh hang Tunggai….nak beri tukang pujuk…tak mau pulak…Kan aku dah khabak, bab petua dan cara…tak lah payah,mengadap guru !!!.Contoh….Hang dah biasa mengubat orang,dah belajar asas Perubatan…hang dah ada ilmu itu serba sedikit,jadi bila aku khabaq…bab mandi limau jer…hang dah faham !!!Dah kenai limau apa !!,dah tau macam mana nak potong limau,macam mana nak mandi kan pesakit !!!.Tapi bagi yang tak tau apa apa tu….cari lah guru !!!….sat sat dia mandi kan orang pakai limau lemon…tak ker haru biru !!!!.Bolih pakai limau lemon…tapi ada cara dan waktu nya !!!!.hahhh…hahhh…haahhh…
Asalamualaikum
Tuan alam Tunggal, jika tuan tak suka saya jawab komentar tuan pada saya tak jadi masalah. Jika tuan minta pendapat Tok dan wak saya pun tak akan sentuh komentar tuan, tapi jika tuan minta pendapat pakcik pacik saya rasa terpanggil.
Suka saya mengingati tuan, untuk menjadi pemberi komentar tegar di Karimon’s Blog tuan mesti mempunyai niat yang betul, ikhlas dan punya pendirian. Jika tidak alamat jadi mereka yang lain sebelum inilah.
Maksud niat adalah pendirian zahir dan batin. Ikhlas adalah niat yang lurus. Berpendirian adalah boleh berdiri jangan macam lalang.
Orang niat yang benar, cakap mesti serupa bikin, jangan sekejap faham kemuadian tak sampai beberapa jam balik cakap macam orang mabuk. Saya pun kurang pasti samada mulut tuan ke bercakap atau bontot. Kalau niat tuan pun sudah tak betul, tak payahlah saya ulas keikhlasan dan pendirian tuan, buat ngabiskan boras saja, tuan tak kan faham punya.
Penulis komentar boleh jawab soalan tuan menerusi internet jika soalan tuan mengenai perkara jasmani. Tapi soalan tuan sukar dijawab menerusi weblog jika soalan tuan berkaitan rohani. Soalan pertanyaan tuan sering mengenai jin dan hantu syaitan. Jin dan hatu syaitan adalah perkara rohani yang bukan sekadar perlu dipelajari malah difahami. Pokoknya jika tuan ingin faham tuan wajib berguru, tapi jika sekadar ingin mengetahui bolehlah pengetahuan itu dinyatakan menerusi weblog. Tapi tuan perlu sedar soalan tuan tersebut adalah mengenai kefahaman. Tuan mesti tahu membezakan diantara kesedaran, pengetahuan, pengertian dan kefahaman. Jika mengaku bodoh orang lain boleh ajar, tapi jika bodoh sombong itu namanya kurang ajar.
Cakap jangan ikut sedap mulut saja. Saya tak cakap tuan bodoh tapi tuan yang sendiri menggaku bodoh, bila orang cakap bodoh marah pula. Sejauh mana kebenaran komentar tuan telah memeriahkan Karimon’s Blog. Ketika saya aktif kembali memberi komentar di Karimon’s Blog selepas hari raya ranking Top Blog Karimon menjunam hingga ke angka 30, kerana komentarnya banyak mengenai soal nikah kawin. Dan saya faham Tok Syeikh sering memberi komentar menurut rentak pemberi komentar di Karimon’s Blog. Dan saya faham jika boleh tuan suka jika saya melayan tuan macam ToK Syeikh layan. Jika tidak mulalah tersurung tersentap.
Saya memberi komentar di Karimon’s Blog untuk mengembangkan pengetahuan, lantaran itu saya tidak ambil peduli orang lain marah. Saya menyedari bahawa pemberi komentar tegar di Karimon’s Blog tidak begitu mesra alam dengan saya kerana saya adalah seorang Dukun Asmara cuma. Tapi kami sekolah dulu semua ada belajar ilmu alam dan menyedari alam masing masing bukan macam alam tunggal kerana hanya belajar Geografi. Saya menyedari Tuan Rahim pun tak suka saya memberi komentar di Karimon’s Blog untuk menyelamatkan orang yang tida pendirian seperti tuan daripada terduduk. Sebab itu komentar saya kadangkala diblok atau dilupus. Tapi saya ingin mengajar Tuan Rahim bagaimana bersahabat. Jika sekadar untuk menjawab komentar, komentar dilebih 20 weblog saya pun jarang saya jawab kerana tidak ada masa. Jika tuan anggap saya sekadar menulis komentar nak cari nama di Karimon,s Blog yang tuan anggap meriah, weblog Dukun Asmara sahaja dikunjungi empat lima ribu kunjungan setiap hari dan menduduki tangga teratas di WordPress.
Saya sebolehnya malas nak cakap mengenai peribadi saya kerana boleh dan sering disalah artikan
sebagai membesar dan meninggi diri, tapi saya bercakap adalah menurut kebenaran, saya berjanji akan menyatakan bukti dan cerita saya sebelum ini diweblog dari masa ke semasa supaya mereka yang tidak faham akan mengerti. Cerita mengajar ni , saya telah mengajar hingga keperingkat Universiti dan dibidang terapi beribu orang telah belajar dengan saya, tapi saya jarang ketemu manusia yang kurang hajar seperti tuan.
Wasalam
Ya betul saya faham apa pakcikLi00 tulis…tapi TAK SEMESTINYA saya nak terima apa yang pakcik tulis..apa FAHAM…Kalau muda berlebih kata di katakan Kurang Ajar….kalau yang tua pun tak reti nak slow down merendah rendahkan org dipanggil apa ….entah ler pakcikLi00 ikut pakcik ler…..Pedulik apa saya… macam ini punya org susah mau cerita…tak boleh cuit sikit..mula ler berapi…rasa semua org dah kena dgn pakcikLi00….skg time saya pulak HOT hahahaha
Untuk Pendita Ariff !!!.Saya faham apa yang saya tulis kan…Mungkin anda yang tidak faham !!!.Contoh nya !!!.Jika seorang pesakit itu TIDAK YAKIN dengan Perawat,bagaimana penyakit nak baik. Sebab itu lag orang tua tua dah pesan dan cakap…Nak berubat kena Yakin !!!.Anda sendiri pun kalau tidak yakin pada seorang Perawat itu,anda tak akan berubat dengan nya.Saya di ajar dan di kuliah kan olih Guru saya supaya menjaga ADAB PENAMPILAN DIRI !!!.Semasa sesi berubat kena pakai pakaian smart…seluar atau jubah.Kain pelekat tidak di galakan…kerana mudah terbarai !!!.Perkara ini telah berlaku pada saya sendiri !!!.Pada satu petang,seorang pesakit datang…kerana cuma seorang wanita,saya Malas nak pakai uniform saya !!!.Scan pertama,pesakit sudah merasuk,di tarik nya kain saya,secara kebetulan,saya lupa nak pakai seluar dalam !!!!,kelam kabut aku memegang kain !!!!.Itu sebab ketrampilan diri itu penting,supaya Pesakit yakin pada Perawat.Kemudian baru lah Perawat akan memotivasi,supaya Hati kita BERGANTUNG PADA ALLAH SWT.Kebanyakan Pesakit,hati nya 50% lari dari Allah swt…Jika hati mereka 100 % bergantung pada Allah swt….Jin atau Iblis,mustahil dapat menganggu/merasuk.Contoh..Seorang ahli Sufi,Jin tidak berani menggangu kerana hati nya penoh 100% kepada Allah swt .Sebab itu lah saya katakan HANYA AIR SEJOK SAHAJA DI DOAKAN,PESAKIT SEMBOH,MELALUI DOA PERAWAT YANG TAWADDHU PADA ALLAH SWT !!!!.
Asalamualaikum
Tuan Alam Tunggal sudahlah ! jika tuan terasa hati sangat komentar saya diatas saya minta ampun dan maaf. Saya menyatakan apa yang saya ingin nyatakan dan saya tidak pernah pula ada rasa dendam sesiapa pun yang melayari Karimon’s Blog. Saya rasa tidak keterlaluan jika saya yang tua menasihati tuan supaya belajar lebih banyak lagi supaya mudah faham, tak terniat pula saya ingin merendah rendahkan tuan, jika saya ingin merendahkan tuan saya tidak panggil tuan dengan panggilan tuan. Jika perlu nanti saya panggil dengan panggilan Tuan Yang Mulia Alam Tunggal supaya nampak lebih tinggi. Bab cerita Jin, hantu dan syaitan ni tak boleh cepat Hot atau marah, nanti kerasukan. Dan saya sekali lagi minta ampun dan maaf, salam ceria selalu.
Wasalam.
Assalamuaalikum PakcikLioo
Saya salam cium tangan pakcik dan peluk pakcik sebagai tanda sayang dan hormat yang muda pada yang tua…Semoga kita dapat iktibar dari session yang Hot di atas…maafkan saya kerana berkasar dgn pakcikLi00
Wassalam
Assalamualaikum…
Apa ni panas2… Skrg ni dah nak masuk musin tengkujuh…
Alam…
Byk2 bersabar dugaan mendatang…
Kuatkan mental kalu nak belajar…
Ingat Alam,
Sabar itu separuh dari iman…
Kalu banyak bersabar x rugi pe pe Alam…
Dengor laa pesan omak ni…
Untuk alam tunggal dengar2lah nasihat omak ni atau ayang pakciklii kita
Jom Alam Tunggal kita pergi Pulau Besar pada Hari Depavale,minggu depan….kat Pulau Besar cuaca nya sejuk…kat Gunong Ledang lagi sejuk tapiii sayang tak bolih naik,kerana Kerajaan Johor tak bagi naik…kalau nak naik takat Empangan jer !!,buat apa takat…cuaca nya sama macam kat bawah !!!tak beku pun….kita nak makan awan macam burung cenderawaseh yang cantik menawan.Bercerita hal burung ini kat atas Puncak Gunong Ledang memang ada burong ini,warna nya biru kemerahan…ada 7 warna,sangat cantik…tapi tak turun ke bawah,hanya terbang di celah celah awan yang biru !!!…odohaiii…kalau dia turun,ada kemungkinan dia mati…bolih juga sunglap sunglap…bawa turun.Burung ini yang pelik nya bangkai tidak busok…saya pernah lihat sepasang…dan kat kepala ada tertulis huruf Allah pada yang jantan dan kepala betina tertulis huruf Mohamad…Subhanallah….memang banyak lagi rahsia rahsia Alam yang tidak ku ketahui,makin aku banyak tahu,makin banyak pula yang perlu aku ambil tahu !!!.
saya ada seorang kawan (perawat) di kota kinabalu.saya pernah bertanya padanya mcm mana dia merawat pesakit.Dia kata dia hanya meletakan tangan kanannya ke atas kepala pesakit.menutup mata,menenangkan fikiran dan dia akan melihat melalui batin penyakit pesakitnya.dia dapat melihat secara batin hampir semua organ dalam badan tapi agak samar2.dia berkata ini rawatan batin..
soalan saya apakah jenis rawatan ini dan mcm mana dia dapat melihat secara batin ? saaya rasa agak peliklah.
Haaaa ini soalan melibatkan perjalanan ker Taman Sri Bertam melaka bersama 2 kartun Nusantara hehehe
Waalaikumusalam
Dengan Sofajane ni saya nak panggil apa ya ?. Jika di panggil Sofajane saja nanti seolah olah saya merendahkan pangkatnya. Jika sebut puan, mungkin maseh solo lagi, Jika dipanggil selalu sayang mungkin pula ada yang cemburu, jadi sebelum beliau menyatakan statusnya yang sebenar elok lah saya panggil ayang sahaja buat sementara waktu.
Sepatutnya Tuan Alam tunggal jangan gundah gelana, saya baru cakap kasar sikit berdulu kemudian Tok Syeikh dan Sofajane datang memujuk. Lepas ni mungkin Tuan Rahim, Tuan Waliqudus, Tuan Paduka dan Tuan Daus pula datang memujuk. Silap haibulan Pakcikli pula yang kena marah. Pada pakcikli soal kena marah, kena kutuk tak jadi benda. ToK Syeikh dan Waliqudus hentam teruk teruk pun, Pakcikli bertambah sayang kepada mereka.Pakcikli hentam mereka tak apa, tapi jika ada orang lain yang hentam Tok Syeikh dan Tuan Waliqudus dalam Karimon’s Blog pakcikli dulu akan hentam mereka, tak percaya semak kembali komentar yang terdapat di Karimon’s Blog. Kerana Pengetahuan yang pakcukli perolehi dari Tok Syeikh dengan Tuan Waliqudus berbanding dengan maki hamun mereka tak jadi kudis pun. Kalau Tuan Rahim Blok dan Lupus komentar Pakcikli di Karimon’s Blog pun lambat laung Pakcikli akan datang kembali, pakcikli berihat cuma beri peluang Tuan Rahim fikir panjang. Jika di perhatikan nasib pakcikli dengan sofajane di Karimon’s Blog adalah sama, jarang soalan yang kami ajukan diberi perhatian untuk di jawapan seperti tak dilayan.
Saya masih lagi aktif memberi komentar di Karimon’s Blog kerana sekarang sedang musim hujan, boleh dikatakan setiap petang hujan turun, keadaan tersebut menghalang perancangan saya untuk masuk kehutan mengeluarkan kayu dihutan sebab jalan licin takut terjun gaung. Buat masa ini saya maseh berada diteratak membantu wannura membuat ujian mengenai losyen mengempis perut dan melancing badan kerana permintaannya terlalu tinggi di pasaran. Disamping itu saya terpaksa membaik pulih Perigi Mat Tahir (Kerana perigi tersebut sentiasa membuakkan mata air) dan kolam mandi saya yang bocor kerana dimasuki sebuah objek yang menyerupai Kayu Penghujung Asmara, Insyaalah Gambar Perigi Batin, kolam Mandi Asmara dan Kayu Penghujung Asmara tersebut akan saya poskan di Weblog Batu Kayu dan logam nanti untuk tatapan kita bersama. Kepada Ayang saya nak tanya, macamana mengenai perkara itu ?, maksud saya jadi ke tukar nama.
Wasalam.
Amboi hang panggil sofajane ayang ciklii aku pun nak panggil gak lah,aduh bila sebut nama tu terasa terpaku jantung ni tapi bukan paku hantu tu.alamatnya aku kena rearpi gan hang ciklii.Ni ciklii cubalah hang cerita sikit secara keseluruhannya terapi yang hang rancang ni terapi apa sebenarnya,secara rambang aku tengok blog tu banyak kerja2 hang kena buat dan nampak gak cantik dan uniknya
Hello !.
Tuan Peter,
Soalan tuan tunggu Tok Syeikh yang jawab atau mereka yang seangkatan dengannya, Tuan Rahim pun boleh, kerana saya sekadar tahu serba sedikit mengenai Tenaga batin tapi bukan Rawatan batin. Saya sangat khuatir melakukan rawatan batin terutama kepada kau wanita kerana takut tersentuh jiwanya.
Salam 1 Malaysia.
Memang betul Peter ,itu memang salah satu Rawatan Tradisional Islam yang di panggil Tenaga Kebatinan atau Tenaga Dalam.Tenaga Kebatinan hanya keluar melalui Ritual Ketuhanan dan Latihan secara praktikal.Ada banyak nama dan cabang ilmu ini.Ilmu ini bolih di tuntut dan mestilah ada guru !!!.Pada kebiasaan nya Guru Tariqah dan Guru Silat yang ada,tetapi tidak semua !!!.Bukan itu sahaja malah tapak tangan nya bolih scanning,merawat dan menarik unsur negetif dari dalam pesakit.Pada kaadaan biasa atau tahap 1 dan 2,Perawat akan menutup mata.Pada tahap seterus nya…Perawat tak perlu lagi tutup mata.Setahu saya ilmu ini yang saya jumpa sahingga Tahap 7.Saya sendiri pun bila merawat Pesakit mengguna Teknik ini.Jika pesakit yang tidak kuat sakit nya,ada scanning cara lain.Pada tahap 7,biasa nya bolih membedah pesakit.Dan biasa di panggil “Bedah Batin”.
Untuk mencapai tahap 1 dan juga 2 pun bukan mudah !!!.Bertambah lagi untuk dapat tahap 7.Ikut kajian yang Pendekar Sufi kaji…kekuatan voltan yang keluar untuk tahap 1 ialah 500 mega Volt…Ini saya tak tau,yang aku tau,bila tenaga ini keluar tangan aku panas !!!.
terima kasih Tok Syeikh.tapi Tok Syeikh macam mana dia dapat melihat organ dalaman ? sebab mata manusia bukan x-ray.itu yang tambah saya musykil tu.
Assalamualaikum…
Terima kasih PakcikLioo… Sy menghormati pandangan dan nasihat yg di berikan… Maklumlaa sy ni budak baru belajar sedangkan Pakciklioo lebih makan garam dulu dari saya…
Tang nama 2 biar laa sekadar nama di laman blog bukannya di laman hati… :0
Jika di tukar namanya tiada laa sofajane lagi…
Sofajane nama diberi
Sekadar panggilan di blog ini
Usik mengusik jadi tradisi
Jangan la Si Alam terasa hati
Terasa hati membawa diri
Di bawa lari jin Nothi
Tunjukan la sifat si jati diri
supaya tidak di ketawakan nanti
Wassalam….
Asalamualaikum
Ok Tuan alam Tunggal, bermakna tuan telah berjaya dengan ujian buah yang pertama, tapi kalau buah dari pemberi komentar yang lain belum tahu lagi macamana, buat masa ini semua mereka ayik memberi bunga saja. Tuan tenguk Sofajane bila saya usik, dia cool aje, dan yang memeranjatkan saya macamana dia berani mengusik tuan tengah hot, kemudian sempat dipantunnya lagi pula tu. Diantara petua untuk maju kealam rohani adalah latihan untuk menahan marah. Jika sebelum ini satu hari baru boleh reda cuba jadikan setengah hari, kemudian satu jam, kemudian setengah jam sehinggalah lansung tidak marah. Jika tuan perhatikan setiap komentar saya sering menyakitkan hati dan bertujuan untuk mengena, tapi jika Tuan Rahim dan Tok Syeikh terkena mereka buat tak faham aje, itu sebab mereka malas nak menjawab soalan yang saya lontar, mereka bukan benci tapi menyampah.
Jika tuan pergi ke Weblog saya, contoh Weblog Asal Usul Orang Melayu, adakah patut tiba tiba tuduh saya penyapu dan sesat, kemudian tuduh saya babi, saya cuma tergelak semalaman dan komentar seumpama ini tidak saya lupuskan kerana untuk jadi kenangan. Saya maseh ingat saya ada kata tuan macam langau, tapi tuan jawab jadi langau pun tak apa makhluk tuhan juga (lebih kurang). Ketika tu saya tak mahu lagi ulas, kerana Tuan maseh belum begitu rapat dengan Tuan Rahim, hanya setelah tuan kehulu kehilir dengan Tuan Rahim saya berani hentam tuan, kerana saya tahu banyak buah yang telah Tuan Rahim beri kepada Tuan untuk menahan hentaman. Pada fahaman saya jadi langau itu mulia, tapi jika tuhan jadi kita manusia kemudian kita menjadi (sifat) langau itu sudah salah. Nama ni kalau diletak dihati, tidak dilupa hingga ke mati, jika letak diblog mungkin cuma olok olok. Tapi nama yang terletak di muka sering berubah menurut parasrupanya, seperti manis, manja dan sebagainya. Maka jika ingin di panggil sayang tunjukkanlah muka sayang, tapi jika orang lelaki diberi muka alamat kena ciumlah.
Wasalam
Assalamuaalikum PakcikLi00
Terima kasih atas nasihat Emas ini…semoga bersama sama kita mengubah diri mengawal marah….Ada petua ker PakcikLi00? Pakcik hisap rokok Nusantara juga ker? Wak layan Suria…tapi saya tak pernah beli pun kat dia sebab dia dah bawak banyak dalam Beg dia hahahaha
Assalamualaikum…
Untuk menuntut ilmu perlu laa mempunyai jiwa yang kental kerana banyak cabaran dan onak duri akan di lalui…
PakcikliOO setiap manusia mempunyai kelemahan tersendiri, sama juga dng saya yang bergitu banyak kelemahanya jadi saya rasa tidak perlu laaa memuji sy sebergitu rupa…
Saya hanya sekadar mewarna warnikan lamam blog Tuan Karimon jee… Itu pun entah dia suka atau x sy pun x tau kerana masuk rumah x beri salam perkenalan pakai terjah jee… 🙂 🙂
Tujuan saya hanya sekadar membantu ketika
Ketegangan yang menlanda dapat di kendurkan
Kekusutan yang melanda dapat di leraikan
Kepanasan yang menlanda dapat di sejukan
Kebekuan yang menlanda dapat di cairkan… 🙂
Saya budak baru belajar kalu salah tolong maafkan
Kepada Tuan Karimon maaf dipinta kerana masuk tanpa izin (PATI) 🙂 🙂 🙂
Wasalam…
Waalaikumusalam,nampak gayanya saudari memang telah menceriakan blog karimon ini.kehadiran saudari bukanlah PATI tapi INTI yang menyedapkan lagi blog ini,cuma saudari kena sabar sikit dengan gelagat Ciklii dan Paduka,ini belum termasuk TS yang masih belum bersemangat waja.Waliqudus masih mengintai kesempatan.Alam tunggal pula masih menanti peluang.status saudari masih menjadi teka teki buat kami semua.
Terima kasih Tuan Karimon kerana membenarkan saya menwarna warnikan blog ini… Selepas ini x la saya terasa seperti PATI lagi… 🙂
Kepada PakcikLioo Si Dukun Asmara saya telah melihat kayu teras jiwa dan raga itu… maafkan saya yang kerana tidak padai melihat akan kesenian kayu itu… Hanya dapat saya lihat ukiran di tengah 2 cam kalinga…. 🙂 Maafkan saya kalu tersalah tafsir…
Kalu laaa PacikLioo Wahai Si Dukan Asmara kiranya sudi berkongsi ilmu kepada saya dan pembaca semua, boleh laa di tambahkan lagi pengetahuan yang ada…
Wasalam…
Peter,untuk soalan macamana nak tenguk ni,susah saya nak jawap kerana saya pun tak tau macamana dapat tenguk.Tenguk memang bukan dengan mata tapi dengan “mata hati” atau “mata batin”.Nak di hurai kan mata hati ni susah.Kalau kita belajar Ilmu Perubatan Islam ,biasa nya akan di ajarkan…Baru baru ini Ridam ada buka kelas dan Ustaz Syakirin biasa nya akan ajar cara nak buka mata batin ini pada tahap asas.
Kalau anda non Muslim,saya tak tau lah…tetapi jika Muslim pergi jer Kursus kat Ridam….Ustaz Khairol Syakirin akan ajar kan !!!.Bayaran kursus ,Makan dan minum ….hanya rm 130 kut,aku pun lupa !!!.Masa aku ambil dulu,bayaran nya Rm 200.00…sapu dek orang tengah,hancooor…Ustaz pun terkena tipuuu.
Waalaikumusalam
Tuan Alam Tunggal, Menahan marah mungkin boleh dipelajari tapi tak marah tu susah sikit, kena beramal. Dalam dada Anak adam ni ada 7 rumah nafsu yang mempunyai nama, warna, wilayah, rasa dan sebagainya masing masing. Salah satu rumah nafsu tersebut ialah Amarah. jika rumah yang lain cuma perlu dihentam dengan 1000 kali zikir sehari, nafsu Amarah ini kena hentam 5000 kali sekurangnya sehari. zikir yang diperlukan pula adalah zikir darjat, perlu keizinan dari guru yang mursyid. Jika berminat untuk mengamalkan zikir ini, minta bantuan Tok Syeik jika berjumpa dengan nya nanti, kerana Tok Syeikh pernah mengamalkan zikir tersebut. Sebenarnya menurut adab adakalanya guru perlu berbisik untuk menerangkan sesuatu kepada muridnya mengenai rahsia Allah apabila anak murid itu setelah layak atau mula reda kemarahannya. Jadi macamana saya nak tulis dalam komentar ini, jika Tuan Daus dengar dan ditulisnya dalam weblog Buah Cempedak Diluar Pagar, kita mesti kena Dam (denga) kerana pekara ini adalah aurat (rahsia tuhan).
Saya rasa tuan berpuas hati dengan jawapan saya kerana sekurangnya saya telah beri jalan untuk memperolehi apa yang tuan kehendaki, tapi saya memohon maaf kerana tidak boleh mendedahkan rahsia tersebut diweblog kerana itu rahsia tuhan, jika tak percaya tanya Sifu Rahim (panggilan Daus kepada Wak Karimon).
Wasalam.
Asalamualaikum
Tuan Paduka, sebenarnya Pakcikli00 ni adalah seorang seniman yang peka terhadap persekitarannya. Terapi yang Pakcikli amalkan adalah menurut keperluan kesihatan hidup manusia yang sejati (alamiah) ia itu mengimbangi keadaan rohani jasmani zahir dan batin.
Bab cerita terapi ni Pakcikli sepatutnya dah pencen, kerana jika berkerja pun pakcikli dah hampir nak pencen, tapi pakcikli terpaksa membantu wannura mengembangkan bidang terapinya.
Buat masa ini kalau diturutkan hati sememangnya Pakcikli terlalu rindu untuk bertemu Tuan Paduka, Tuan Rahim, Tok Syeikh, Tuan Waliqudus dan yang paling rindu sekali bertemu Ayang dengan Tuan Daus. Tapi Arwah Bapa Pakcikli berpesan, jika nak buat hal kehidupan kena berjauhan daripada orang, sebab itu Pakcikli terpaksa melarikan diri sekejap ke Perak supaya berjauhan dari sahabat handai. Jika Pakcikli di Kuala Lumpur, sukar pakcikli menjayakan projek yang dirancang kerana setiap hari kena berhadapan dengan berbagai penyakit manusia. Kerja kerja seni seperti ukiran rekacipta sangat sangat memerlukan tumpuan. Jika di kuala lumpor Pakcikli bukan sekadar menjadi Dukun Asmara malah yang menemui pakcikli ada yang nak nombor ekor, tarik duit, tangkap hantu, buang hantu, buang anak, nak beranak macam macam,cari anak bini lari, jinakkan isteri, nak 2 is 3, macam macam, pening kepala hari hari.
Cerita bab kayu ni kiri kanan teratak pakcikli sekarang ada berpuluh lori jenis kayu yang bermutu tinggi, jika kayu tersebut dibuat pergola pun nilainya berjuta ringgit apatah lagi jika di buat tasbih dan batu cincin.
Cerita bab batu ada berpuloh lori batu disekeliling teratak pakcikli sekarang. Pernah pakcikli angkut hampir 10 tan batu kristal dari gunung keriang Kedah untuk dijadikan kolam mandi, tapi batu kristal tak sesuai dijadikan kolam mandi kerana tajam macam kaca. Cerita batu cincin pakcikli ada beratus cincin yang disimpan dalam stor.
Begitu juga dengan logam seperti peralatan dan senjata lama selain mesyen, kereta antik pun pakcikli suka, tapi sayangnya cuma tinggal sebuah sahaja lagi.
Semua benda apa yang pakcikli buat pun jika sekadar ditulis sukar nak dipercayai, sebab itu weblog pakcikli suka menyatakannya dalam bentuk gambarfoto. Jadi selepas ini Insyaalah apa yang pakcikli nyatakan akan pakcikli serta dengan gambarfotonya.
Insyaalah dalam masa setahun lebih dari sekarang pakcikli akan menemui kalian semua. jika sekarang pakcikli kehulu kehilir hancurlah segala projek yang pakcikli telalah buat siang malam pagi dan petan selama lebih tiga tahun dan yang telah melibatkan pebelanjaan mencecah ratusan rtbu ringgit.
Wasalam.
Habis la kekayu yang aku cari di sapu dek pak li…simpan sket cikli..nanti saya turun di tambun jumpa cik li…tak dapat selori..sebonet pun jadi…patut la aku kehulu ke hilir nak beli kayu, orang kata dah kena sapu dek orang dari perak….sampai ke KK pun di tanya kata mereka..dah dibeli oleh orang dari perak..sebatang pun tak tinggal, yang ada hanya kulit kayu ajer. Nampak gayanya aku kena masuk hutan sendiri la cari kayu..nak cari kayu..nak cari kayu..hang jangan gelak paduka, kalau hang nak tau, la ni orang asli juai kayu mahei nak mampos..jual timbang la plak..kayu tu depa rendam dalam ayaq dulu..peh tu depa timbang kilo…mak aiii…
Asalamualaikum
Tuan Waliqudus, dengar cerita pakcikli ada kayu berpuloh lori baru nak beri komen ye, tau takut. Pakcikli tak tipu, nanti sehari dua lagi bila cuaca cantik pakcik ambil gambarfoto kayu kayu tersebut. Bayangkan lah sebatang kayu merbau tunjuk langgit runtuhan istana kayu lama 4 x 8 x 10 harganya tak kurang daripada RM 1,000. Belum lagi harga penal pintu dan tingkapnya. Lantainya pun kayu merbau 3 x 8 x 12.
Tapi minggu lepas ada makcik yang berdarah Raja juga yang pernah menjadi jururawat kepada Almarhum Sultan Idris dan Almarhum sultan Johor cerita pada Wannura sebuah rumah di Kuala yang di bina dari kayu Merbau berhantu dalam rumah ada pelanggi.
Kalau nak datang Tuan Waliqudus kena Talipon Pakcikli dulu, kerana teratak uang pakcikli bina bertentangan dengan Istana Ku Chik di Tambun hanya sebagai Istana hinggap sahaja, Pakcikli sering masuk ke hutan dan berihat di Pulau Tiga.
Wasalam.
Salam Cikli yang dirahmati Allah..
Bukan takut cikli ada banyak kekayu..tetapi seronok dan tak tau la nak cerita camner kat dalam hati ni bila ada orang-orang yang minatnya sama…InsyaAllah cikli..kalau saya nak datang saya bawak si Wak Karimon skali kalau Boleh mungkin si Tuan Pendekar pun nak pi skali kut, InsyaAllah..leh kita gi makan Nasi Ganja kat stesen Bas Tanjung Rambutan yang kat depan Balai Trafik tu…tah tak tau la..la ni kat ipoh tu dah bertukar memacam..silap masuk jalan tah kemaner peginya.
Tetapi Kekayu yang cikli ader tu..mak aii..tu nak buat Istana Lama pun boleh tu..teman nak cari koleksi kekayu yang masih belum ader jer…kat rumah saya pun dah penuh dah ngan kekayu cikli..takder tempat nak letak dah, maklumlah takder laman nak diletakkan..kalau kat kampung tu mungkin ada tempat cikli, tapi ni dah kat area Town..mana nak cekau tanah….lagi pun saya sebab saya nak cari kayu yang masih belum ader sebab ada permintaan dari para sahabat yang inginkan saya membuatkan Tasbih dari 100 jenis kayu, InsyaAllah, muga Allah permudahkan saya dalam pencarian tersebut..Saya mungkin akan meredah ke Area Hutan Janda Baik untuk tujuan tersebut..tetapi tidak lah mencari kayu Balak….Saya ada Kayu Merbau Berdarah..tetapi bukan terasnya cikli..kalau Cikli ada Kayu tu baguih jugak..bukannya nak bebanyak pun..jenis tu sikit..jenis ni sikit…sikit-sikit pun jadi la..InsyaAllah cikli, nanti teman arrange kan time dengan Si Wak Karimon untuk ke Teratak Wannura untuk Bersua Wajah dengan Cikli..Kami kat Blog ni Menyokong Penuh usaha gigih cikli membina Pusat Terapi Wannura..InsyaAllah, mana la tau kut kami ni pun nak kena terapi dari pusat rawatan Wannura apabila ianya Siap nanti….InsyaAllah, InsyaAllah, InsyaAllah…
Wassalam
Waalaikumusalam
Ayang, seandainya nak tau bagaimana jiwa dan raga Pakcikli tanyalah pada bulan, bisikkanlah pada bintang dan lihatlan pada mentari, jawapannya pasti sama iaitu … jika tidak percaya kiliklah pautan dibawah ini;
Wasalam
Asalamualaikum
Tuan Waliqudus, lihatlah sebahagian kayu yang saya maksudkan diatas menerusi pautan dibawah, jika setakat nak bawa dengan bonet kereta, mendap kereta nanti, yang boleh menyusun kayu ini Abang La aje, Mat Indon pun tak tahan. Kalau saya beri seketul akar tunggal teras merbau batu yang di jeruk dalam kolam ikan haruan dibelakang teratak saya pun mendap kereta, tak pulang modal.
Wasalam
Salam Sejahtera Ciklii…
Ya Allah..tu bukan Stor cikli, tu dah jadi Jelapang Kayu…dah nak jadi Kilang Papan..cuma tongkol kayu balak ajer yang tak kelihatan…apa pun, Alhamdulillah cikli, tahniah atas usaha yang tak putus-putus..saya buat masa ni belum ada kesempatan untuk menjelajah ke tempat-tempat yang ada kekayu berfadilat alami..bz melayan kerenah para sahabat, anak serta bini..nasib baik takder marka lagi cam si Wak Karimon..kalau tak..langsung takder masa..tu belum nak dikira karenah diri sendiri lagi. Kebiasaannya cikli, kayu-kayu lama ni lagi tahan dari kayu-kayu yang ada dipasaran buat masa ni..kayu-kayu dari runtuhan Istana Lama dan juga rumah-rumah kayu, kayunya tahan dan berkualiti..kalau nak dikira bab mistiknya pula..tak tau la nak cerita. saya juga faham akan nilai RMnya juga agak menambun jugak..mau bocor ajer poket cikli..nasib baik la ada simpanan lelama yea cikli??..
Kalau cikli ada kekayu yang best-best..tak payah la besar-besar cikli..cuma nak dapatkan bahagian-bahagian tertentu ajer dan ada jenis-jenisnya pula….InsyaAllah..alooo brader Paduka..hang tak nak pi umah cikli kita ka??..kalau hang nak ikut..bagi la tau bini hang dulu kut bagi apa-apa pendinding bagi mengelakkan agar diri tak dingorat oleh makwe-makwe atau jejanda yang minat kat hang nanti..maklum la bro..kita nak pi jumpa Tok Dukun Asmara ni, Dukun ni mandrem pakai angin jer bro, kekadang main tengok ke Langit jer dah jadi….Aku pun Risau jugak kut nanti Si Wak tak nak ikut aku balik Puchong nanti bila jumpa Tok Dukun tu…payah pulak aku nak berjawab ngan bini-bini dia..Tu blum lagi anak dia yang jadi Bakal …. aku tu..oppssss silap..sori wak..
wassalam
Hati-hati yea Tuan Waliqudus, bawa Si Abang Paduka kita 2… 6ti abang-abang semua x nak balik sudahhhh risau semua isteri-isteri kat umoh tu… Yea aaa PakcikLioo sekarang tengah di panah asmara jaga-jaga…
Kalu Wak Karimon lak x risau sangat cam dlm catatan di atas masih solo… Itu x pe kalu x balik pun x de sapa yang risau… Mungkin anak kucing risau kot tanya mana laa tuan ni x balik-balik lagi.. dah kebelur ni… Kalu ada kucing aaa… kalu x de tiada masalah…. 🙂 🙂 🙂
sori wak gurau jee…
Amboi2 hang ni sofajane kami semua bukan cam tu kami tetap balik kepangkuan yang tersayang wak tu lain ler ke sana sini cam pelesit,waliqudus tu hang jangan ikut sangat dia baik gan wak tu ada maana tu.aku nak gak tengok kayu ciklii kita ni banyak betul khazanah dia.minat dia agak berlainan dari kita dia lebih pada kesenian.yang aku minat tu cincin alam ghaib dia,hang nak simpan berapa banyak dan berapa lama ciklii tolak2 la sebentuk kat kami,nak wat cincin tanda kot sofajane tak suka.
Assalamualaikum…
Maaf Abang Paduka ehhh Tuan Paduka silap pangil 6ti mare si isteri… Sy Tau Tuan-Tuan semua bukan cam 2, baik budi perketinya,hormati pada isteri dan menjadi suami mithali… Apa pun yang berlaku isteri jua yang di sayangi nya…
Wasalam…
Assalamualaikum Para Cendiakawan Semua
Di sini saya amat tertarik dengan catatan Pengalaman Emas TS tentang gangguan Jin pesakit beliau. Ingin saya ketengahkan tentang alasan Jin Jin notty ini apabila ditanya kenapa duk dalam pesakit…ada yang kata disuruh tuannya…dan tidak kurang pula kerana TERTARIK dengan personality atau tabiaat pesakit…antara alasan Jin Jin Notty ini..dia cantik..dia baik…
Soalan saya…adalah alasan ini hanya sebagai helah Jin Jin ini…? Sekiranya benar dakwaan mereka, apakah karektor/tabiaat manusia yang menawan hati Api jin jin notty ini untuk terus bersama pesakit…malah masuk dalam tubuh badan pesakit merasuk mereka…
Sekain soalan Saya
Wassalam
Assalamualaikum…
Si Alam,
Maaf kerana mencelah…
Kalu ikut cite JIn Nothi lakonan Fara Fauzana… Jin Nothi ni baik orangnya… Malah cantik seperti Fara Fauzana lagi… 🙂 🙂
Opsss… Lupa smlm hati Si Alam di bawa lari Si Jin Nothi…. 🙂 🙂
🙂 🙂 🙂
Wasalam…
Walaikummusalam Alam Tunggal !!!.Hang ni aku agak minat juga kat Jin kot !!!.Asyik asyik tanya ….macam mana yang Jin minat !!!.Senang jer Alam Tunggal….bergantung kepada ugama Jin itu…Jika Jin Islam..dia minat orang yang beriman samaada nak belajar atau sama sama beribadat.Jin Kafir pula berminat yang kaki buat maksiat…itu adalah antara ciri ciri nya.Ada banyak sebab dia orang menganggu….Kekadang di suroh…(jin sihir),kekadang nak balas dendam…kerana kita buat zalim kat depa,anak depa atau keluarga malah kampong depa.Jika merasuk selain dari sebab sihir…senang sikit di keluarkan…tapi jika sihir atau saka…rumit sikit tapi tak mustahil dapat di usir keluar.Tetapi kebanyakan rasukan…bukan sihir,adalah faktor nak balas dendam….lepas tu jadi jatuh hati…Jin perempuan tersyuk kat lelaki dan Jin lelaki tersyuk kat perempuan !!!.
Yang jadi tersyuk ini sebab jin Nothi(nothi tu nakal istilah orang putih) sepertimana yang dikatakan oleh Sofajane.dah ternampak pun jin2 nothi ni mula timbul.
Ni bukan jin noti..ni jin tanah yang mula timbul menunjukkan gigi.
Ye aaa Jin Nothi ni nakal Tuan Karimon tapi baik byk tlg orang cam dlm cite 2222 lakonan Fara Fauzana… Sebab 2 Si Alam ni minat… Kot2 mata tau dapat jin Nothi cam Fara Fauzana… Tak rugi tau… Ala Haiii FaFau…
Dah timbul jin lain plak dah.Kalau kita kaji balik seperti apa yang TS kata dan komen Alam Tunggal dan hujah2 sofajin alamak salah tekan sofajane jin kini mungkin dah mula nak masuk alam kita,depa macam dah berani nak mengacau ini aku paste hujah alam tunggal “Sekarang saya nengok gelombang perpaduan antara manusia dan kaum alam lain nie semakin goyah…di sana sini ada saja berita sensasi mengenai kekacauan/serangan mereka….satu sekolah hysteria, budak hilang kena culik jin, Suami sembelih isteri kerana mendengar bisikan…mak cekik anak…datuk rogol cucu….Bohsia dan Bohjan….banyak case nie…” mungkin jin2 tu fikir manusia macam kita dah ni.Jadi mungkin istilah sejahat2 manusia sebaik jin entahlah aku pun keliru dah dengan kata2 tu.Kalau nak ikutkan plak dah sembelih orang baik apanya.Mungkin TS dapat menjawap faktor2 penyumbang pada kes2 begini,takut2 la satu hari nanti kayu2 atau teras dulu yang jin takut depa tak takut dah sudah immune.
Assalamuaalikum TS
Saya bertanya hanyalah sebagai panduan pada pembaca…Bila kita dah tahu perangai Jin Jin yang notty dan tak notty …barulah kita tahu yang mana nak mengelak atau nak hormat (bukan sembah ya)…al-maklumlah kita berkongsi Dunia dengan depa walaupun alam berbeza…walaubagaimanapun bersyukur saya dilahirkan sebagai manusia….yang Allah SWT dah tabalkan sebagai khalifah dimuka bumi ini. Besar erti Khalifah nie kan TS….
Sekarang saya nengok gelombang perpaduan antara manusia dan kaum alam lain nie semakin goyah…di sana sini ada saja berita sensasi mengenai kekacauan/serangan mereka….satu sekolah hysteria, budak hilang kena culik jin, Suami sembelih isteri kerana mendengar bisikan…mak cekik anak…datuk rogol cucu….Bohsia dan Bohjan….banyak case nie…
Bagaimana Wak pernah bercerita …dulu satu satu mukim mesti ada seorang pawang besar….menjaga ketenteraman bukan sahaja hubungan antara sesama manusia…tetapi juga antara manusia dan golongan Ghaib ini amat teratur cara masyarakat dahulu mengatur carta organisasi sosial mereka ..tapi sekarang ada lagikah?
Wassalam
Salam sejahtera,
Saya bertanya sedikit kaitan (bab gelombang perpaduan-Alam Tunggal), bagaimana seorang perempuan mengandong setelah cukup bulan dibidankan oleh orang alam ghaib dan anaknya dibawa kealam mereka, sedangkan pemeriksaan bulanan sebagaimana biasa perempuan mengandong dijalankan di Hospital dan melalui scan (hospital) anak berkenaan cukup sifat sebagaimana manusia biasa dan lahir pada masa 9bulan 10 hari. Soalnya disini bagaimana anak didunia zahir dibawa ke dunia ghaib atau ada istilah yg lain. Ibu bersalin normal seperti perempuan lain tapi diuruskan oleh orang alam ghaib dan menurut mereka si ibu tak boleh membela anak tersebut serta terpaksa dibawa ke dunia mereka. adakah si ibu mengandungkan zuriat mereka ?.
Asalamualaikum
Kerja menunjuk nunjuk ini amat bahaya, itulah perkara utama yang saya sedari sebelum samada menjadi seorang blogger popular, disegani, hebat, penghentam, gila babi dan sebagainya. Tapi jika boleh saya ingin menjadi seorang blogger yang diminati yang dikasehi pun boleh juaga, apatah lagi yang dicintai, jangan kucing tahi dahlah. Walau pun saya main main sebagai seorang blogger jarang juga seorang blogger kita yang boleh meraih kunjung satu juta kunjungan dalam masa satu tahun lebih sikit permulaan diterbitkan dan sering menduduki ranking teratas dengan weblog sekelas dengannya . Mungkin pencapaian ini dianggap remeh kerana weblog Dukun Asmara bercorak porno, tapi saya percaya saya juga boleh menjadi blogger yang diminati jika saya mengendalikan weblog Ugama seperti wenlog saya Jalan Akhirat. Apa yang ingin saya jelaskan disini setiap perkerjaan yang kita lakukan biarlah unggul, bukan sekadar dipinggiran, walau pun main main tapi sungguh sungguh.
Semasa saya menjadi tenaga pengajar di sebuah universiti tempatan dibidang kewartawanan foto, saya telah mempamirkan kerja seni saya disebuah geleri seni yang terkenal sebelum meletakkan jawatan. Ketika saya mengajar refleksologi saya telah berjaya melihat Tukang urut kaki jalanan berselerak dipinggir jalan, sekurangnya dikota kelahiran saya. Ketika saya mengajar Urut Akuapuntur saya ajar mereka sentuhan yang sehingga boleh mengusik jiwa.
Walau pun usaha saya selama ini sedikit sebanyak ada menyumbang kepada masyarakat, tapi hakikat yang saya alami diri saya tidak boleh diterima oleh masyarakat. Apa tidaknya jika saya balik ke kampong kelahiran saya dianggap sebagai orang gila. Bila saya berugama, saya dituduh sesat. Bila saya menjadi Dukun Asmara saya dituduh lucah. Jika saya berkomentar saya dituduh penghentam. Begitulah kesukaran yang saya alami untuk meraih keunggulan dalam kehidupan.
Lantaran itu apakah yang saya harus tonjolkan kedada halaman weblog, supaya weblog yang ditulis dalam bahasa Melayu setara dengan kecangihan dunia server yang penuh dengan cabaran kerana bangsa yang mengguna bahasa melayu tidak sanggup menghadapi cabarannya. Jika boleh kita lebih rela seperti katak dibawah tempurung dialam dunia server. Cukuplah kita sekadar mengajuk gajuk, lantaran itu kita ketinggalan di dunia sever 10 hingga ke 20 tahun debelakang.
Bayangkan bila saya siarkan gambarfoto bercorak asmara yang amat mudah dicapai menerusi internet lebih lucah dari itu, banyak pihak yang mengecam saya.jika saya menyampaikan sesuatu dengan tegas saya dianggap pelampau. Maka jika saya dedahkan perkara sebenarnya mengenai ketenatan penyakit seks yang dialami oleh bangsa kita sehingga membina budaya membuang anak dan sebagainya weblog saya mungkin ditutup. Bayangkan jika saya tunjuki senjata api , polis tentu akan datang kerumah saya. Jika saya bercakap tentang rahsia ugama pun lambat laung pegawai pejabat ugama akan datang, Begitulah sukarnya kita memuatkan sesuatu diweblog supaya kandungan pengetahuan weblog kita setara dengan bangsa yang maju.
Sebenarnya ada banyak benda yang saya miliki yang hendak saya siarkan diweblog, seperti peratan saya belajar latihan Kung Fu. Keris ketika saya dialam persilatan. Benda benda pelik yang saya perolehi dalam alam bunian serta ghaib dan macam macam lagi. Tapi sebelum saya siarkan gambar objek tersebut saya perlu memiliki sahabat sejati di Karimon’s Blog yang boleh membantu menjelaskan pengetahuan mengenai perkara tersebut supaya tidak menjadi fitnah masyarakat.
Seandainya saya tidak berjawa menyiarkan objek ini diweblog, biarlah segala apa benda yang saya usahakan menjadi legenda disuatu hari nanti seperti Pulau Keramat Dukun Asmara, Telaga Keramat Dukun Asmara, Ukiran Keramat Dukun Asmara, Muzium keramat Dukun Asmara dan terpulanglah kepada jenerasi pada masa itu untuk menilaikan peninggalan Keramat Dukun Asmara dan mungkin mereka dapat mengetahui mengenai cerita Dukun Asmara diweblog cuma, kerana Dukun Asmara telah pergi untuk selama lamanya dan tak kembali lagi.
Jadi kepada para sahabat di Karimon’s Blog usah dicari Dukun Asmara, satu masa yang sesuai Dukun Asmara akan muncul didepan Tuan Tuan dan memberikan sepatut apa yang layak diterima, seperti Tuan Rahim layaklah menerima Teras Kayu Tukul Paku Asmara dan sebagainya. Akhir kalam
Hendak paku cari paku
paku ada dalam terang
hendak paku pergi paku
tapi biar sebelah malam
Wasalam.
Asalammulaikum Semua !!!.
BUSUNG BUATAN ORANG.
Pada 2 tahun yang lepas iaitu tahun 2008,bulan November.Satu petang di bulan itu,Pusat Rawatan Islam 7 Puteri di datangi 3 wanita…iaitu kakak sulong,kakak tengah dan adek bungsu.Mereka semua berasal di sebuah kampung di Melaka.Masaalah mereka Adek Bungso mereka kena sihir busong.Seperti biasa Isteri saya buat Teknik Scanning.Kesepuloh jari tangan nya..’kosong’….kosong bermaksud …tiada Jin atau syaitan di dalam pesakit.Bagitu juga ke sepuloh jari kaki nya,juga kosong !!!.Waaaah gawat ni !!!!.Saya cukup susah hati,jika scnning pesakit,kita dapati kosong…tetapi pesakit sakit !!!.
Saya pun membuat Teknik Mata Makrifat…Teknik Mata Makrifat dan Mata Batin…pada asas nya sama,tapi berbeza pada pelaksanaan nya.Teknik Mata Batin bolih melihat dan merawat.Teknik Mata Makrifat hanya untuk mengesan penyakit !!!.Dalam masa saya membuat Teknik ini,saya lihat ada bayi dalam perut pesakit !!!.Adooos gawat ni,pesakit mengandung !!!.SMS di terima dari nenek saya,mengatakan….memang pesakit mengandungi…Wah macamana nak ku,buat ni ???.Saya pun menyudahkan Teknik itu dan menyuroh Isteri saya “merasa” perut pesakit itu.Isteri saya memandang saya…pandangan ada makna !!!.
Saya pun memberi air Ruqyah dan menyuroh pesakit datang esok kerana ada peralatan yang tidak di bawa !!!.Setelah mereka balik,saya berbincang dengan isteri saya,Sememang nya begitu,selepas sesi rawatan dan pesakit pulang,saya akan berbincang dengan isteri saya darihal penyakit pesakit.Isteri saya beritahu saya dalam perut pesakit ada bayi.Saya juga mengiyakan !!!!Wah ni gawat ni,aip orang bib !!!.Kami akan rahsia kan dan akan membuat temuramah !!!.
Hari kedua.Saya dan isteri saya membuat temuramah….jauh sedikit dari keluarga nya !!!.
Saya ;Tina…kau mengandung ker ???Dah pergi hospital ceck ker !!!.
Tina ;Pak Syeikh Saya bersumpah saya tidak mengandung dan saya dah buat ceck di hospital dan negetif.Saya malu juga,jika saya mengandung kerana saya Ibu Tunggal !!!
Saya ;Kamu kerja di mana ???Dan kalau mengikut ilmu dan pengalaman saya kamu ini mengandung, tapi tak apa lah kita tenguk dan lihat !!!!.
Tina ;Saya pula rasa,saya tak mengandung !!!.
Setelah habid temuramah,saya berita kan keluarga nya..pesakit ini akan melahir anak seperti biasa.Dalam pada itu saya berikan sedikit “tip”,Saya kata kan jika sesaorang manusia itu bersetuboh dengan Jin…si perempuan manusia juga mengandung.
Setelah itu saya mandi kan juga pesakit seperti biasa dan membuat air Ruqyah…nasib baik lah Air Ruqyah 7 Puteri tidak di buat lagi masa itu,jika tidak…pesakit yang mengandung minum…akan keguguran !!!.Setelah 2 bulan dari tarikh itu,satu panggilan talipon saya sambut !!!.Orang yang membawa “Pesakit” itu menalipon saya dan mengatakan Tina sudah bersalin kan anak perempuan dan Normal !!!.Saya ketawa dan apa nak buat lagi !!,segala scanning isteri saya dan Teknik Makrifat saya ternyata benar.Pesakit ini bekerja di sebuah kawasan Industri di Melaka.Kawasan itu penuh dengan Pekerja dari Myanmar,Bangla Desh dan Vietnam.Si Tina itu pula adalah Janda Muda….Apo nak di kato !!!.Mungkin sebab malu kerana dah “Termengandung”….mereka mencari Perubatan Tradisional,untuk merawat !!!.Pada hal nya….Takut kita hendak lah terlebih pada Allah swt,dari malu kita kepada manusia !!!.Sebenar nya Saya sebagai Perawat/Tabib juga ada Prinsip dalam Perubatan.Benda yang di larang Islam nak suroh aku buat…laaa malam sikit lah bib !!!.Sebab tu lah Bab Tarik Duit,menggugurkan kandungan perempuan,memuja Jin dan lain kerja syirik serta salah dalam Islam nak suruh aku buat !!!….malam lah sikit bib !!!.Nauzubillah hi minal zalik !!!.
Waalaikumusalam
Tok Syeikh, komentar tuan ‘Busung Buatan Orang’ saya jadikan Intri Pakcikli00’s Blog untuk dijadikan pengajaran kepada pelayarnya.
Wasalam
Assalamualaikum Pakciklii amboi kerja lain tak ada ke nak tayang gambar bab busung ni.
cuba kamu scan saya nih tok syeikh
berapa ekor jin saya bela
kalu betul sy tabik spring sama kamu
saya tak ganggu blog ini lagi
kalo salah paham2 jela…
komen2 pedas dan pedih akan menyusul…
akan menghangatkan suasana blog ni…
Assalamuaalikum Kalinga
Saya beri salam sebab awak mengaku Muslim …. Sebagai orang muslim haruslah beringat cabar mencabar ada adapnya… tiada ugut mengugut dalam Islam…janganlah tuan berterusan begini..alangkah baiknya jika kita boleh berbicara secara sopan dan beradap….penuh dengan tatasila seorang muslim….sesama muslim. Kalau tuan berhajat nak memulihkan diri yang tuan rasa ada Jin didalamnya…silalah call TS secara personal…insyallah DENGAN IZIN Allah …tuan akan lebih bahagia ..luaran dan dalaman…
Wassalam
Eak usah la cabar mencabar tak ada faedah wat keja gitu,jangan lontar batu sembunyi tangan,gentleman la bro,wak karimon dah dikira baik tak lupuskan komen hang walaupun hang perlekehkan apa yang ditulis jadi nampak caranya dia bersifat terbuka bahkan hang tengok dia cuba terangkan pada hang baik2 agar hang faham dan dia suruh hang email dia kalau hang nak jawapan lagi,patutnya hang ucaplah terima kasih pada dia tapi ni tak hang dok la serang2.hang cerita hal ugama hang kata nanti malu bangsa lain ugama lain tengok tapi apa yang hang wat adakah hang rasa betul,mencabar orang.hang meluru masuk tak beri salam tapi hang mengaku islam,cuba lah hang fikir sendiri cara hang betul ke.cara hang seolah2 hang aja yang betul orang lain salah,kalau hang tanya cara baik aku rasa tentu semua orang akan jawap cara baik.hang serang tanpa beri hujah2 yang bernas.payahlah gitu kalau hang asyik nak betul aja dan tak bersikap terbuka.hang nak marah kat aku hang marahlah aku tak kisah sebab aku tahu akhirnya sapa yang untung.
Aku tak payah scan aku tau hang ada sekor jin,betul tak
Assalamualaikum Kalinga,kita semuanya mempunyai adat dan tatasusila itulah yang diajar oleh mak ayah kita,guru2 kita dan ajaran setiap ugama,apabila sudah mencapai tahap mencabar maka ianya termasuk dalam keegoan atau takabbur,jauhkanlah dari sifat itu ya.Ilmu untuk diamalkan bukan untuk diperlagakan.
Okey Pakciklioo !!!.Jangan “Termengandung” dah ler….orang lelaki sekarang ni banyak bunting kerbau !!!haaaa…haaaa…haaaa…
Walaalaikummusalam Ais !!!.Wah anda dah lari ke Blog ini.Jawapan nya begini.Ada 2 cara mengandung nya.
Pertama…memang anak Jin.
Dan ke 2..Sengaja Jin itu nak melari kan anak manusia kerana ada perjanjian yang di tuntut nya.
Pada Kes yang pertama…Pada kebiasaan nya anak dari benih Jin Lelaki akan lahir pada 3 atau 4 bulan.Biasa nya mereka akan lahir pada masa itu.Kes ini banyak saya dapati,dan ada banyak pesakit yang datang.
Pada Kes Ke 2…Jin akan menuntut jika ada perjanjian antara datuk,nenek,bapa atau ibu bayi itu.Mereka akan membawa ke Alam mereka.Pada kes ini ada sukar sedikit kerana Jin ikut perjanjian.Jika dapat pun bayi itu…dia tidak hidup.Saya pernah berjumpa seorang wanita di Pulau Besar yang menunggu anak nya keluar ke Alam kita.Beliau sudah menunggu selama 11 tahun…Wallah hu samada dia dapat anak nya kembali,saya tak tau !!!.Kalau saya berjumpa beliau pada Depavale ini,saya akan tulis dalam blog…apakah kesudahan nya !!!.
Kes yang pertama memang bolih saya ubati dan banyak yang semboh !!!.Kes yang ke 2, sangat rumit dan saya pun belum temui lagi…hanya guru saya sahaja beritahu saya,kerana beliau ada mengubati pesakit…tetapi bayi nya meninggal !!!.
Assalamualaikum TS
Amat menggerunkan dan MengHIBAkan kalau kes pertama tu banyak…abis camne tu …? Anak gadis melayu dah ler abis kena tarah dgn bangsa sendiri….bangsa lain..Jin pun menarah mereka jugak..tak boleh jadi nie….Ts boleh cerita ker camne Jin Jin tonchet nie kasi depa ngandung…rela ker …paksa ker…relapaksa ker …macam cerita Greek Mitos plak..dimana Zeus suka buntingkan anak dara Yunani dulu dulu
Dan saya tahu soalan ini mungkin tidak akan dijawab – ada petua tak nak elak anak gadis kita “dianu” dek Jin nie?
Wassalam
Salam sejahtera,
Tok Syeikh, saya dah lama disini dengan gunakan nama eye serta sering keblog Karimon ini melihat berbagai khazanah alam dan coretan Tok Syeikh sendiri dan juga kelaman PakCiklioo.Saya lebih banyak membaca topik-topik yang diutarakan oleh orang yang ariff babnya disini dan jarang memberi komen kerana tak pandai.
Mengenai mangandong didunia nyata dan beranak didunia lain,sepupu saya yang kena kes begini dan ini baru kali pertama saya dengar dari Tok Syeikh kes berkenaan boleh diubati. Pada keadaan ini adakah ianya perjanjian (saka) oleh peringkat yang terdahulu dan melibatkan anak cucu yang terkemudian. Peringkat moyang dulu kes begini juga terjadi (dua anak ghaib) dan tak mampu berbuat apa-apa serta zaman sekarang tak terfikir pula kes ini akan berulang pada zuriat yang terkini.
Asalamualaikum
Tuan Rahim, jika boleh beri intri yang baru untuk menampung intri ini kerana kandungannya sudah terlalu panjang, nak masuk pun dah susah (lambat sangat ketika waktu puncak). tulislah tajuk seperti Rawatan 7 Puteri ke, untuk memuatkan koleksi pengalaman Tok Syeikh untuk rujukan kita akan datang, dikalangan kita pun bukan ramai dan suka dan ada masa menulis panjang panjang, cerita Tok Syeikh tulis pun bukan ada dalam buku.
Kepada Tuan Paduka dan Alam Tunggal tak usah layanlah lagi Tuan Kalinga itu, kesian dia kerana saya dan Tok Syeikh lihat mukanya pun dah sengit, tak lama lagi adalah urat sarafnya yang putus. Setakat jin yang seekor tu tak apa lagi jika jin Ahmar Nabi Sulaiman as pen gementar melihatnya.
Wasalam
Assalamualaikum…
Tuan-tuan dan para sahabat semua…
Usah di hiraukan sangat pada komenter Si kalinga tu… Dia hanya nak uji Tuan-tuan dan para sahabat semua cepat melatah atau x dengan usikan beliau dan tahap kesabaran tuan-tuan dan para sahabat semua bila ketua di hentam…
Saya puji sifat tuan-tuan dan para sahabat semua membela sahabat bila di hentam itu la tanda setia sorang kawan dalam erti kata lain Sahabat Sejati…
Tapi dalam hal kalinga ni dia nak uji jee kita semua kalu x cam ne bole tanya soalan cepu emas
“cuba kamu scan saya nih tok syeikh
berapa ekor jin saya bela
kalu betul sy tabik spring sama kamu
saya tak ganggu blog ini lagi
kalo salah paham2 jela…
komen2 pedas dan pedih akan menyusul…
akan menghangatkan suasana blog ni…”
Sebenarnya dia nak tengok ketinggian ilmu Tuan-tuan semua di tahap mana… mkg dia ni org yang kosong atau berisi, kalu berisi dia nak tngok ketinggian ilmu Tuan-tuan dan para sahabat sama taraf x dengan dia atau lebih tinggi…
Kalu kita ikut cakap dia kita sama cam dia gak… Kalu betul aaa Tuan Paduka kata seekor Jin… Entah2 dia x dok lansung jin 2… saja nak test… Kalu kita kata x dok jin dia bole kata ada jin…
Harap Tuan-tuan semua fikir secara logik pe yang di katakannya jng di ikutkan hati muda…
Harap para sahabat semua banyak-banyak bersabar dengan kerenah org cam kalinga ni jangan cepat melatah cam PakcikLioo uji Si Alam…
Jika catatan saya ini salah dan membuatkan Tuan-tuan dan para sahabat semua marah… Sy mohon 10 jari kemaaffan… Sy hanya insan biasa selalu membuat kesilapan…
Maaf…
Wassalam…
Waalaikumusalam,teguran dari seorang wanita harus diambil perhatian kerana tangan yang menghayun buaian juga adalah tangan yang boleh mengoncangkan dunia jadi ambil perhatian atas nasihat ayang ciklii ni
Waalaikumusalam
Tuan Rahim, teknik saikologi bagaimana untuk mempromosikan gambar pos istimewa Tok Syeikh dengan sahabat karibnya di semua weblog Pakcikli00.
wasalam.
Walaalakai musalam Ais !!!.Kes begitu memang bolih di ubati,Insyaallah ada harapan !!.Memang kadang kala,kita manusia ada membuat kesilapan nya.Perjanjian dengan Jin di buat setelah sesatu benda itu kita dapat.!!!.Contoh !!!…Kita dah dapat hadiah dari mereka,misal nya ilmu kecantikan…setelah itu barulah perjanjian di buat…jadi dalam perkara ini,kita akan rasa tertipu ???.Kalau anda lihat cerita Badang lakunan Wahid Satay,mungkin anda faham !!!.Setelah Badang kuat,barulah Jin itu menuntut janji !!!.Perjanjian itu memang lah kita tak tau dan memakan masa ratusan tahun yang lalu….Insyaallah bolih di ubati…tapi anak yang telah di ambil itu….jika hidup…kita doakan di bawah perlindungan Allah swt.
Salam sejahtera,
Tok Syeikh, adakah mereka ini dialam Bunian, dari apa yang kami lihat ianya menyerupai manusia biasa, atau mereka ni berselindung dan menyamar.
apa la dey..
semua orang tau setiap manusia ada sekor jin
si Qarin tu aku pun tau
kalu da terlibat dlm ilmu perbomohan ni mesti berani mencabar dan terima cabaran
da masuk gelanggang sayembara
kau ubatkan orang kena sihir
kira kau cabar tukang sihir tu
kalu dia serang balik
kau kena berani melawan
nyawa anak bini kau jadi taruhan
bukan aku nak kurang ajar atau belagak
aku nak cari yg level Pawang
kalu level bomoh ato dukun xya ler
ada paham..
tabik kat karimon
Saya rasa saya tahu apa yang saudara hendakkan dan saya faham maksud saudara,Kerana satu ketika dahulu saya pun seperti saudara juga mencari jawapan kepada satu kemusykilan.Setidaknya beberapa pengunjung telah pun tahu kini apa yang dikatakan bomoh atau dukun dan apa itu Pawang dan dimana level setiapnya.Kalau diperhatikan dari ayat2 saudara ianya juga merupakan satu maklumat untuk semua orang.Banyak orang ingat menjadi dukun bomoh atau pawang ni mudah silap hari bulan nyawa melayang.Banyak diantara mereka yang tidak tahu kerja seorang bomoh atau pawang bukan setakat meerawat diketika itu saja ,mungkin pada masa itu atau selepasnya berlaku adu tenaga diantara mereka.Usah terasa hati sangat dengan komen2 dari paduka,ciklii,waliqudus atau TS dan Alam Tunggal mereka itu semua baik orangnya,adakalanya cara saudara mengingatkan saya cara mereka diawal2 memberi komen diblog saya ini tetapi kesudahanya mereka menjadi komentar tegar diblog ini.Salam hurmat dari saya dan teman2 saya buat saudara yang saya tahu mempunyai niat dan maksud yang baik agar kita semua berjalan dilandasan yang betul dan tidak mudah tertipu atau terpedaya dengan sesuatu tanpa mempunyai satu alasan yang konkrit untuk mempercayai sesuatu.Terima kasih kepada saudara.
adakah bacaan rugayyah ada effect dgn org yg diggangu jin ? mcm mana pula dgn pesakit yg kurang siuman/gila ?
saya saje je nak kasi panas kat sini
saya tau ramai kat sini power gak
saya pun berguru gak
kitorang jenis main jurus xsuka dialog2 ngan jin
jin tu suma penipu jer lebey
rukyah panjang2 ni lambat
xcaya tengok expose mistik
dialog dekat sejam xkeluar2 gak jin tu
da sembelih pun bley idup balik
zazzz je
kalo jin kafir insyallah kojol
kalo jin islam yg beriman xkan ada kesan
waktu tu baru buat rundingan
kla malas nak kaco lagi..walasam
slm..sorry tak sempat nk baca komen
byk sgt sebulan baca bru abis kot:)
layan ourblog at
http://www.malaysianmistik.blogspot.com
tq..klu ada terkasar …
sorry bykk2
Untuk Peter !!!.Ayat Al Quran memang bolih di gunakan sebagai Rukyah untuk pesakit Gila/Kurang Siuman/Stress dan lain lain penyakit !!!…..Sorry lambat jawap !!!.
Waalaikum salam saudara khaizen,
Untuk persoalan anda, saya petik hujah ni dari kata-kata seorang Ustaz.
Masyarakat Arab tidak dapat menerima Rasulullah SAW sebagai Nabi dan Rasul kerana beliau dilahirkan sebagai seorang insan yang ummi (buta huruf). Bagaimana seorang yang buta huruf dapat memimpin sebuah masyarakat yang sudah berpecahbelah dan suka berperang ! sedangkan para nabi dan rasul terdahulu terdiri daripada orang-orang yang terpengaruh spt raja dsb. Mereka merasa teramat malu….. malah mereka merasakan pembesar-pembesar Quraisylah yang paling layak kerana mereka berpengaruh, ramai pengikut, bijak berpolitik, banyak harta dan ramai tentera. Mereka boleh menyebarkan Islam ke seluruh pelusuk dunia dengan pengaruh, kekayaan dan kekuatan tentera mereka….
Sesungguhnya Allah SWT lebih mengetahui……
Allah SWT telah melantik Rasulullah SAW sebagai Rasul dikalangan orang biasa kerana Allah mahu Islam berkembang melalui kekuatan iman dan keikhlasan. Allah tidak mahu Islam berkembang disebabkan pengaruh atau kekayaan seseorang kerana ia menunjukkan Islam itu lemah kerana mengharapkan ihsan pengaruh dan kekayaan seseorang.
Islam bermula daripada orang-orang miskin dan hamba…..lemah, tiada kekuatan tentera dan pengaruh politik. Jadi kebangkitan Islam itu adalah kebangkitan sejati. Mereka hanya ada kesatuan dan kekuatan aqidah serta keikhlasan hati yang tidak perlu dipertikaikan. Jadi kekuatan aqidah dan keikhlasan hati boleh menjadikan seseorang atau masyarakat itu menjadi terlalu kuat sehingga mampu mengegarkan dunia. Ringkasnya, orang atau masyarakat yang lemah boleh mengoncang dunia sekiranya mendapat pertolongan daripada Allah SWT.
Sesungguhnya keadaan buta huruf yang dialami oleh Rasulullah SAW bukanlah satu keaiban dan kecacatan sepertimana yang didakwa oleh masyarakat Quraisy dan musuh-musuh Islam sehingga ke hari ini.
Sepertimana yang kita ketahui bahawa pada zaman kelahiran Islam, penulisan tidak berapa penting kerana masyarakat Arab merupakan masyarakat yang kuat daya ingatnnya. Mereka mampu menghafal apa saja sehinggakan salsilah keturunan mereka turut dihafal. Lagipun pada masa itu alat penulisan belum banyak dicipta. Jadi semuanya dihafal spt perjanjian, syair-syair dsb…. maka tidak memerlukan seseorang itu celik huruf..apa yang perlu ialah sekadar mendengar, kemudian hafalkan. Jadi kelahiran Rasulullah SAW yang ummi sesuai di zamannya….Bukanlah keaiban…Cuma diperbesarkan oleh musuh-musuh Islam yang tidak faham keadaan zaman tersebut….tentu ada agenda yang lain.
Sesungguhnya keadaan buta huruf yang dialami oleh Rasulullah SAW telah membawa rahmat kepada umat Islam.
Pertama : Masyarakat Musyrik Quraisy tidak boleh mendakwa bahawa Islam adalah agama ciptaan Muhammad. Bagaimana Rasulullah SAW dapat mencipta sebuah agama sedangkan beliau sendiri tidak tahu membaca dan menulis.
Kedua : Orang Quraisy juga tidak dapat mendakwa bahawa al-Quran itu ciptaan Rasulullah SAW kerana mustahil seorang yang buta huruf dapat mencipta atau mengarang sebuah kitab yang amat hebat dan tiada tolok bandingnya dalam sejarah peradaban umat manusia.
Wassalam.
asalmualaikom. Tok syeh adkah saya mempunyai penyakit laduni
Macamana nak merawat penyakit Trichotillomania iaitu orang yang suka menarik rambutnyer sendiri? Saya sudah putus asa kerana cuba mengawal diri tetapi gagal. Kebetulan kepala sering gatal keran memang dalam kategori berkelulumur dan berminyak. Kalau boleh saya ingin melupakan terus keinginan tersebut. Tolonglah saya kalau ada rawatan samada secara islam atau tradisional
assalamualaikum w w,sekitar tahun 87 dan saya masih bujang,saya tersangat ingin tau ,apa itu yang dikatakan handal dan hebat,kesimpulanya ,ada saja terdengar berita ,ada orang hebat/handal saya pun mencari orang tersebut,kesimpulanya yang mengaku handal dan hebat ini merupakan wakil iblis dan syaitan ,untuk memperdaya umat manusia,yang dia sendiri jadi kambing hitam iblis dan syaitan juga tidak menyedari haqiqat ini,kasihan sungguh kasihan,sehingga saya sendiri jadi ugutan /di ugut,bunyi ugutan pada saya ,dari seorang wakil iblis dan syaitan ini,kalu nak carikan lawan saya, di alam melayu ini, carikanlah ,orang di alam melayu ini saya hembus saja,bila saya berhasil ber temu dengan wali allah tentunya dengan izin allah,jua ,kesimpulanya wakil iblis dan syaitan ini tidak berupaya menghembus wali allah ini,dah pun arwah orang yang jadi kambing hitam iblis dan syaitan ini dan lebih 10 tahun dah
assalamualaikum w w,masalah rambut yang saudari alami saling tak tumpah dengan yang saya alami suatu ketika dahulu ,kesimpulanya orang arif bijaksana yang boleh menolong saudari dengan izin allah jua ,nak cari orang arif bijaksana ini ,hanya ketentuan allah taala jua dapat berjumpa atau tidak ,jadi kena mintak pada allah taala jawapanya tanpa curiga dan prasangka ketentuanya serahkan pada allah jua apa akibatnya dengan usaha tanpa jemu dan putus asa ini yang saya rasa pada suatu ketika dahulu
assalamualaikum w w,umat islam diwajibkan takut hanya pada allah taala saja ,kalau takut pada polis yang ada senjata itu dalil akal ,kalau takut pada bayang bayang sendiri ,itu namanya was was itu sebabnya kurangnya pengalaman/ilmul yakin,kalau takut pada makhluq ghaib itu syirik namanya,sebab apa tuhan allah taala jelas dari segala se suatu,pada namanya/pada sifatnya /pada perbuatanya,atau pada zatnya,yang terakhir ini bab makrifat,carilah ahlinya yaitu ,ahli makrifat
Salam Tok Syeikh, saya ada beberapa soalan nak tanya. Tak berapa lama dulu saya dapat tau yang keluarga saya berketurunan Silawatang dari sebelah abah. Arwah atuk saya dulu warak dan dah menunaikan haji sejak muda lagi (masa tu naik kapal laut), dia jugaterkenal dgn ilmu laut….tak tau betul ke tidak, pernah orang cerita kalau kapal ke sampan orang hilang atuk saya boleh panggil datang semula. Abah saya pula sekarang dah berumur 87 tahun dan sakit stroke sejak 1999. Kebelakangan ni keadaan dia bertambah uzur dan badan dia semakin kurus. Mak saya pun dah meninggal th 2002 sbb stroke juga.
Abah saya ni suka meracau-racau dlm sedar dan jaga. kadang2 kami adik berdik paham apa dia cakap, kadang2 tak. Kalau diperhatikana ada masa dia mcm sedang berbual dgn seseorang. Tapi sejak 2-3 bulan ni kurang sikit.
Saya pulak, tak tau nak mula macamana, tapi saya cuba cerita. Masa kecik lebih kurang 10 th saya pernah bermimpi ada orang bagi saya beberapa helai rambut dan kuku yg dipotong. Bangun tidur saya dapati benda tu berada dlm genggaman saya. Saya beritau mak, mak saya suruh buang. Satu lagi cerita saya pernah mimpi masa tu saya dah remaja, bawah rumah atuk saya (bomoh laut) ada perigi lama. Bangun tidur saya tanya mak saya betul ke bawah rumah atuk tu ada perigi? Mak saya tanya mana saya tau? saya kata dari mimpi. Peliknya mak saya kata memang ada. Mak saya kata tak ramai org yg tau perigi tu wujud.
Peristiwa lain, saya selalu terdengar bisikan mcm ada org beritahu saya sesuatu. Contohnya kalau ada dlm keluarga saya hilang duit ke, suara tu bagitau sapa yang curi. Saya tak ambik port sangat cuma saya ada cakap dgn husband saya je, Kami ambik keputusan buat bodoh je tak beritau sesiapa pun.
Apa yang berlaku pada saya sekarang ni, sejak abah saya bertambah uzur, saya mcm terikut perangai dia. Selalu meracau, bercakap dlm tidur. Ni pun sebab anak saya beritau. Mula2 memang saya tak percaya tapi anak saya pernah record dlm hp dia. Badan saya pun kebelakangan ni asyik tak sihat je. Kadang2 mcm kena cucuk dgn jarum kat tangan, kat kaki. Tidur malam memang susah. Lagi satu kalau saya tgh buat kerja malam sorang2 menaip keyboard saya rasa mcm ada org tengok saya tapi seperti biasa saya buat bodoh jek dan ada masa terdengar bunyi barang jatuh la, bunyi perlahan org ketuk pintu/dinding.
Masa solat pun kadang2 saya terlupa baca surah, baca Fatihah pun terlupa rakaat berapa…apa lah nak jadi dgn saya ni?
Saya harap Tok Sheikh dapat tolong saya. Terima kasih.
assalamualaikum w w,apa yang ter penting dalam rawatan batin/islam ,ilmu yang kita amalkan itu merupakan ilmu langsung dari allah subhanahaua taala,ini dulu doa kita ,sebabnya setiap ilmu yang ada isi,1 kalau bukan dari kalangan tentera allah taala bersama ilmu tersebut,2atau tentera iblis dan syaitan bersama ilmu tersebut,harus difahami betul betul
Assalamualaikum…..
Saya perhatikan dan baca, agak terkeluar dari tajuk pada perbincangan….. tajuk kolum adalah Perbincangan & Rawatan Penyakit Misteri…. teta[i bercerita bab syariat tarikat hakikat makrifat….. memanglah ada kaitan tetapi sebaiknya hendaklah ditumpukan pada perkara yang dibincangkan…..janganlah kerana sesuatu yang amat sangat dekat dan berkait terus dimasukkan begitu sahaja tanpa melihat pada soalan….. tehuran pada seseorang disini….saya lihat anda cukup yakin dengan ilmu anda sehingga anda umpama mencabar Allah bahawasanya setiap sakit itu semata-mata datang dari jin dan syaitan…. bukan dari Allah SWT yang berbentuk kifarah atas dosa-dosa yang lalu…..
Teguran diatas juga adalah terhadap diri saya sendiri….kita selaku “perawat islam” @ tradisional @ moden mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing….. setiap orang juga Allah berikan kelebihan dan kekurangan masing-masing jadi tidak semua penyakit dapat diubati dan sembuh kerana ada penyakit dan gangguan yang memang Allah tentukan kepada setiap hambanya untuk melihat sejauh manakah teguhnya iman…..
Fokuskan perhatian tuan-tuan kepada apa yang ditanyakan….bukan berbalah sesama sendiri…..
Apa pun niat yang bersama perawat dan pesakit itulah yang penting…. niatnya untuk apa merawat dan niat apa pesakit untuk dirawat…..
Sekian dari saya…… Si Siddhartha……
Salam ku kepada sahabat baik ku di TKP23….. saudara Pendekar…..
I every time spent my half an hour to read this website’s posts daily along with a cup of coffee.
Assalamualaikum…saya cuma ingin bertanya lagi tentang khasiat teras kemuning hitam..apa boleh di antara saudara2 di sini memberi pencerahan kepada saya tentang cara penggunaannya (method) sama ada perlu di kikis kah terasnya itu dan dimakan pesakit atau di rendam air sahajadan minum?Adekah teras ini boleh digunakan untuk merawat mereka yg ketagihan dadah?jika ada kaedahnya,harap tuan2 dpt kongsikan dgn saya. 🙂
Kemudian mengenai sakit2 berkaitan hantu syaitan itu pula bagaimana?
lagi satu,selain utk mengubati kaum keluarga…yg penting bagaimana kaedah utk merawat diri sendiri melalui khasiat yg telah Allah sediakan pada kemuning hitam itu…misalkata utk kekuatan tenaga batin.. 🙂
salam seri emeliana,ada masa nanti sms 0133498939-muhsinin