Assalamualaikum semua sahabat yang dikasihi dan pengunjung yang dihurmati,Rasa rasanya perkataan Rapatkan Saf dah naik kelu dan kematu mulut saya menyebutnya.Sepatutmya saudara2 semua sudah faham dan mengerti maksud perkataan diatas.Kalau saya berkasar dikatakan saya melatah kalau saya menegur dikatakan saya tak prihatin kalau saya menasihati dikatakan saya ni berlagak pandai macamlah dia ni terer sangat,kalau saya berdiamkan diri dikatakan saya tak ambil tahu.Benar juga kata Waliqudus tu yang saya ini tersengeh ketawa melihat telatah2 mereka yang bergaduh ni,tetapi harus saya betulkan kata2 Waliqudus tu bukan tersengeh atau ketawa terbahak2 tetapi lebih pada senyum melihat telatah mereka yang bergaduh ni.Dulu seingat saya ada saya katakan saya ni banyak perhatikan setiap langkah dan karenah para komentar dari situ saya dapat mengajar diri saya dan saya dapat mengenali setiap orang melalui komen2 mereka.
Saya lihat sudahnya menjadi sifat keanakan orang2 tua ni semua.Kematangan berhujah,bertukar fikiran seolah olah hilang dan digantikan dengan perang mulut.Orang ini menuduh orang ini orang ini menghentam orang ini tak letih ke berbuat demikian?Cuba saudara2 bayangkan selepas saja abis solat pergi minum arak masuk akal ke.Seperti juga dalam hal berbincang atau memberi komen,cerita bab syariat,hakikat dan makrifat,cerita bab zuhud tawakal,sabar dan syukur tetapi akhirnya BERGADUH dan terkeluar perkataan yang tak sepatutnya diucapkan masuk akal ke malulah sikit pada pengunjung yang lain,bukan saya seorang saja yang tersenyum pengunjung lain pun tersenyum melihat telatah kalian semua.Bahkan saya sendiri banyak menerima panggilan dari pengunjung blog saya menanya apa dah terjadi.Saya katakan biarkan mereka tu semua handal belaka dan saya katakan belajarlah dari apa yang kamu ketahui dari blog abang ini, belajar mengenali sikap serta sifat manusia.
Saudara2 yang saya kasihi semua banyaklah belajar bersabar dalam menghadapi apa jua halangan dugaan dan rintangan,ini semua sebenarnya merupakan dugaan dan ujian kepada saudara2 semua dan tanpa saudara sedari kesempatan ini diambil oleh syaitan untuk bertenggek dihati saudara,syaitan2 ini berjaya menanamkan sikap permusuhan dikalangan kita.Disaat inilah sepatutnya saudara harus banyak beristigfar dan memohon perlindungan dengan Allah swt ,jangan mulut menyebut hati mungkir,jangan bercakap pandai bagai pendita tapi tak tahu apa yang dikata.
Mulai hari ini jika saya kedapatan ada diantara komen yang saya anggap menghina walaupun sesiapa akan saya delete/hapuskan komen itu.Tetapi jika saya anggap komen itu bermakna satu teguran yang baik walaupun nampak keras saya akan benarkan komen itu tetapi saya akan buat sedikit editing pada komen itu.Henti2kanlah sikap permusuhan,rapatkan saf,bermaafan,hurmat menghurmati antara kita.Sikap yang ditunjukkan oleh TS adalah satu contoh yang baik beliau pernah dihentam oleh Jalanakhirat dan beliau pun ada membalas hentaman itu tapi beliau dan Pakciklii tidak mempunyai sikap berdendam bahkan kalau kita perhatikan sejak kebelakangan ini mereka saling bertukar info.Saya amat menghurmati kalian semua kini kita ada Syah Jehan,Ahmad Zaki,Najz dan saudara Ali yang sudi memberi pendapat mereka dan menanyakan beberapa perkara,kehadiran mereka kita alu alukan walaupun permulaan kemasukan mereka dalam suasana yang kecuh ini namun saya minta agar mereka jangan putus asa dan pada mereka saya mohon maaf kerana suasana yang terjadi ini.Niat mereka itu semuanya baik disamping menimba ilmu dan memberi ilmu kepada kita semua.Wassalam
Walaikummusalam Karimon !!!.Bagi saya Karimon,bila fikir fikir kan memang lah tak cerdik kita ni, asyik nak bertengkar saya.Itu lah sebab nya saya ambil sikap DIAM KAN DIRI.Kekadang rasa malu gak AKU yang bercucu ni bergaduh !!!.Buang masa aku jer,kan saya dah kata dulu..selepas peristiwa itu…dah maleh dah !!!sapa nak gaduh..gaduh lah,kawan tetap dengan kerja kawan !!!.Tetapi sungguh pun bagitu,saya kena juga hati hati bila menulis !!!.kekadang bahasa ni KASAR JUGA,kalau saya baca bab yang tak betul…khusus nya BAB AKIDAH/SYIRIK, saya kena tegur juga.Kerana DOSA yang tak terampun olih ALLAH SWT,ialah DOSA SYIRIK.Sebenar nya saya pun tak suka ANDA (KARIMON) puji saya kerana saya memang tak layak untuk di puji !!!.Tetapi kalau nak puji,sangat sikit sikit jadi lah..kalau lebih lebih..nanti aku perasan lak !!.Kerja kita ni Karimon masih panjang dan jauh lagi..bab WALI SONGHO tak habis lagi,bab Melayu tak habis lagi,bab kayu tak habis lagi,dan banyak yang belum habis lagi !!!.Jangan sampai kena kayu dah ler !!! nak kena kayu pun,memasing dah dewasa,nak kena rotan dah tua,nak kena apa pun tak tau, lagi nak aku cakap!!!.Nak kena pekena roti canai dan teh tarik agak nya….tapi ada yang berpenyakit….?????…..kena relak lah agak nya ????..wasallam.
Benar TS,macam saya ini pun dah berusia juga tapi masih nampak jauh lebih muda dari TS.Kadang orang ingat kita ketawa tapi sebenarnya kita menanggis orang tak tahu.Pernah saya katakan dalam blog saya lebih senang jadi pelajar kerana rupa2 nya banyak yang kita tak tahu dari tahu.Walaupun arwah Tok saya pawang tapi banyak hal Pawang yang lain saya dapati dari TS,bab kayu dari Waliqudus,bab pengetahuan islam,melayu dan lain2 dari Pendekar dan Pakciklii dan kini bab Pulau besar dan Wali 9 kita berbincang dan bertukar pendapat.Kalau pendekar tak ceritakan hal Wong Fei Hong tu sebenarnya beragama islam kita pun mungkin tak tahu.Dan kini kita nak cuba menjejaki sejarah Tok Putih pula seorang yang misteri.Bayangkan bukan setakat kita berdua sahaja yang rugi bahkan bangsa kita turut rugi sebenarnya.Inilah yang kadang2 membuat saya terasa sedih sepatutnya kita saling berkerja sama dari membuang masa bertengkar dan berdendam.saya rasa ini adalah sebenarnya ujian untuk kita semua tanpa kita sedari dan seharusnya kita bangkit dari lamunan kita dan melangkah kehadapan.Setia kawan dapat kita bena kalau kita berganding bahu,masing2 diantara kita ada dianugerahkan Allah swt dengan kelebihan masing2 dan sepatutnya kita pergunakan untuk faedah bersama dan sejagat..Rungsing hati saya melihat perbalahan ini,sehinggakan nak menjerit rasanya dan berkata kau orang ni tak faham2 ke erti kesatuan umat,erti khutbah Rasulullah yang terakhir sebelum baginda wafat malulah pada Rasulullah tapi nak mengaku umatnya.Kan Nabi cakap sesama islam itu bersaudara jangan kamu sakiti dia jangan ambil hartanya tanpa izin.Macam TS cakap nak kena kayu pun dah besar panjang maka tegur aja ler.
Assalamualaikum semua pengunjung Blog Karimon…
Semoga Allah sentiasa merahmati dan membimbing kita kejalan yang DiredhaiNya… Suka saya nyatakan pada kali ini saya rasakan Tuan Karimon telah melakukan satu perkara yang bijak TETAPI sekiranya hal ini dibendung sejak dari awal dulu pastinya kejadian sebegini (hentam menghentam, caci mencaci, irihati dan unsur cucuk mencucuk) tidak berlaku… walau apa pun seperti kata bijak pandai Better Late Then Never… Alhamdulillah krisis perang komen antara TS dan Pakcikli serta Tuan Waliqudus telah dapat dikurangkan dengan pertukaran pendapat serta komen yang lebih bermanfaat untuk kepentingan dan pengetahuan bersama.
Tetapi kekecohan berlaku pula bila adanya “Makhluk Asing” yang mengambil kesempatan atas apa yang terjadi diblog ini… ibarat kata “menangguk di air keruh” seperti sengaja menjolok sarang tebuan pula gayanya.. Sehinggakan quote saya turut diambil untuk memantapkan hujahnya… pendapat peribadi seseorang tak sama dengan pendapat perbadi diri sendiri… berhati-hatilah bila berbicara… Cukuplah dengan segala pertelingkahan yang ada jangan menjadi seperti api didalam sekam…. buruk padahnya nanti.
Buat Tuan Karimon, rasanya dah berbuih mulut n tangan tuan dok suruh rapatkan saf nih… biasalah benda macam nih… nak suruh jemaah rapatkan saf, Tok Imam pun kena pandai juga mengawal selia… jangan nanti Imam baru nak i’ktidal jemaahnya dah ruku’ pula.
Caci mencaci, selisih faham x sapa yang untung,
Berilah komen dan pengetahuan serta berkongsi maklumat.
Bulatnya air kerana pembentung,
Bulatnya Manusia kerana Muafakat.
Wallahu a’lam.
Waalaikumusalam MissTique,memang dah berbuih pun,saya mengharapkan kematangan dari pengunjung blog ini dalam membuat sesuatu komen dan dalam menghadapi tekanan.Jika ada teguran yang membena terima teguran itu dengan baik dan jika rasa tertekan belajar mengawal keadaan.Harapan saya biarlah ini semua menjadi satu pengajaran buat diri kita dan kita muhasabah diri kita kembali.Sifat serta sikap merendah diri tidak merugikan kita.Saya mempunyai keyakinan dan kepercayaan pada teman2 saya yang sering menjadi komentar tegar didalam blog ini agar mereka memahami diri saya dan sama2 membantu saya menjadikan blog ini satu tempat dimana kita dapat berdiskusi dan bertukar pendapat didalam pelbagai bidang.Banyak manfaat yang boleh kita kongsi bersama2.Marilah kita kembali bersatu merapatkan saf.
“Tetapi kekecohan berlaku pula bila adanya “Makhluk Asing” yang mengambil kesempatan atas apa yang terjadi diblog ini… ibarat kata “menangguk di air keruh” seperti sengaja menjolok sarang tebuan pula gayanya.. Sehinggakan quote saya turut diambil untuk memantapkan hujahnya… pendapat peribadi seseorang tak sama dengan pendapat perbadi diri sendiri… berhati-hatilah bila berbicara… Cukuplah dengan segala pertelingkahan yang ada jangan menjadi seperti api didalam sekam…. buruk padahnya nanti.” Miss Tique quote
Saya tahu “Makhluk Asing” yang dimaksudkan adalah saya, sedikit pun saya tak berkecil hati kerana normal bagi manusia tidak dapat menerima teguran jika ianya ternyata betul..
Jika selama ini benar seperti yang dikatakan oleh Miss Tique yang saudara Waliqudus itu tidak melatah, mengapakah tiada lagi hujah2 Miss Tique utk menyokong Waliqudus…mengapa harus menyalahkan saya dengan mengatakan saya ini menangguk di air keruh….
Pada pendapat saya…komen terakhir Waliqudus..(cuma belum mati je…), memang ternyata Waliqudus menghentam semua ..seolah2 beliau sahaja yang benar.., wajarkah seorang Waliqudus berbicara begitu? Tidakkah mencemar nama samaran sendiri…
Benar komen saya jika saya katakan setiap komen Waliqudus itu kosong…tiada isi…amat memalukan jika Miss Tique membaca artikal di dalam suratkhabar yang diberikan oleh Waliqudus…kebanyakkannya salah…mungkin pada waktu itu beliau berasa excited sebab ditemuramah oleh wartawan sehingga lupa untuk berikan fakta yang menyokong hujah beliau.
Sepatutnya setiap teguran kena diambil dan dilihat secara positif, kerana sikap orang Melayu sendiri yang tidak suka dikritik..tidak seperti bangsa asing…mereka mengambil teguran secara positif, oleh sebab itu bangsa mereka maju.
Jangan cepat melenting dan mengeluarkan kata2 kesat, sebaliknya renungkan apa yang diutarakan oleh para pengkritik dan analisa setiap teguran. Berterimakasih jika ada yang nak membetulkan kita, sebab dari situ kita tau ada yang concern tentang kita…
Setiap teguran hendaklah di balas dengan cara professional ; bukan dengan cara memerli, mengutuk dsb.
Wallahualam..
Assalamualaikum,hujah yang diberikan oleh saudara najz itu ada kebenarannya,kebanyakan kita orang melayu begitu cepat tersinggung atau melatah bila dikritik,sepatutnya setiap kritikan harus dibalas dengan cara yang professional dan disokong oleh fakta atau pun logik.Quote yang digunakan adalah sebagai penanda fakta atau sokongan dalam sesuatu hujah.Saudara Waliqudus pun seharusnya tidak terlalu cepat tersinggung dengan komen saudara Najz kerana seperti yang dikatakan oleh Misstique tanpa disedari akan membuka pekong didada sendiri.Begitu juga pada Pakciklii yang saya perhatikan cepat juga tersinggung dengan komen dari seseorang yang beliau rasa tidak berkenan dihatinya.Seharusnya kita semua bersikap professional dalam memberi komen kita kerana orang akan mengukur kematangan kita dalam setiap komen kita.Sikap seperti yang ditunjukkan oleh saudara Waliqudus sebagai contoh bermula dengan ucapan nak ketawalah dulu menunjukkan beliau pun tak terlepas dari sifat kebudakan dan tidak professional beliau.Mengapa harus nak ketawakan orang bila oang lain dihentam?Selama ini komen dari Saudara Waliqudus menampakkan sikap professional beliau iaitu menjawap dengan baik segala jawapan yang ditanya dan seharusnya sikap ini diteruskan tanpa melibatkan masaalah peribadi beliau dengan Pakciklii.
Maafkan saya jika ada keterlaluan komen saya ini.
Asalamualaikum
Sebenarnya apa yang berlaku di halamn weblog ini perkara biasa sahaja. Namanya pun komentar dan kadangkala tajuk intrinya semata mata meminta pelayarnya memberi sesuatu tajuk, bila kita beri komentar kadangkala ada pula yang menyampuk, bila kita balas sampukannya pula mula menuduh bukan bukan, mengejek macam beruk. Sila rujuk kembali segala komentar diweblog ini bagaimana saya membalas kritikan dan bagaimana pula kritikan saya dijawab. Kritikan yang saya beri memanglah terasa pedas kerana mempunyai pandangan yang berbeza. Sengaja saya gunakan bahasa yang keras agar kritikan tersebut lebih berkesan. Jika kita tak sangup menerima kritikan orang lain, kita tak sepatutnya menghukum orang lain dengan ejekan dan berbagai tuduhan yang tidak beasas. Jika tak puas hati dengan weblog Dukun Asmara jangan jadikan weblog ini sebagai gelanggang untuk melepaskan perasaan kerana disana pun ada ruangan komentarnya sendiri. Dan adalah menjadi prinsip saya tidak mudah melupuskan komentar walau saya tidak menyukainya kecuali jika ia melanggar undang undang server.
Sesungguhnya saya sangat tersinggung bagaimana cara komentar saya dilupuskan diweblog ini. Sepatutnya saya diberi amaran dan diberi alasan terlebih dahulu kenapa komentar saya perlu dilupuskan. Kenapa pula hanya sebahagian sahaja komentar di intri tersebut dilupuskan dan maseh tinggal lagi komentar yang memberi kritikan di intri tersebut. Perbuatan yang seumpama ini adalah sangat mengelirukan dan tidak bertanggung jawab. Beginilah terjadi kepada sejarah Bangsa Melayu yang punah hasil daripada perbuatan mereka yang melupuskan fakta dan melakukan manipulasi dengan mudah untuk kepentingan peribadi kerana tidak berani menghadapi kenyataan. Sejak mula saya memberi komentar diweblog ini, komentar yang mengkritik saya telah dilupuskan, kesalahan saya tidak menegur kehinaan tersebut akhirnya kini ingin dijadi amalan, belum terlambat rasanya untuk saya menegur.
Saya rasa seorang blogger yang berpendirian dan ada harga diri perlulah berani menerima sebarang kritikan dan bukan sekadar ingin menerima sanjungan untuk meraih kedudukan. Seorang blogger yang berwibawa tidak perlu menanggis dan meratap untuk mendapat sempati dari penggunjungnya. Kita tidak boleh memahami hakikat sesuatu jika hanya ingin menerima kebaikan sahaja dan menolak keburukan pada orang lain. Sebab itu saya tidak pernah gentar sebarang kritikan yang dilemparkan terhadap weblog saya kerana saya tahu apa yang saya lakukan.
Angaplah komentar ini daripada dari seorang pelayar setia weblog ini dan luahkanlah segala perasaan saudara jika tidak berpuas hati dengan kritikan ini kerana tujuan utama kritikan ini adalah demi Keungulan Karimon’s blog tanpa untuk kepentingan peridadi.
Kepada pelayar Karimon’s blog tak usahlah terlibat dengan komentar saya ini. Saudara sekalian bebas membaca mana mana komentar yang diminati sahaja.
Wasalam.
Assalamualaikum ,
Saya telah lama mengikuti perbahasan …. Tapi bagi saya sangat jelas …. pendekatan Saudara Waliqudus, Tok Sheikh dan Karimon …nampak matang dan jujur …. yang lain bercampur dengan emosi …. tapi masih ada ‘point’
Carilah persamaan …. sbb dalam perbezaan pendapat … ada baiknya, sebab mungkin kedua-dua ada hujah yang kuat.
Terima kasih
Waalaikumusalam saudara Mubid, kenyataan anda “Carilah persamaan …. sbb dalam perbezaan pendapat … ada baiknya, sebab mungkin kedua-dua ada hujah yang kuat.” amat saya setuju.Tak perlulah kita terasa hati jika ada orang memberi komen negatif tentang kita kerana kalau kita sendiri bersikap jujur pada diri kita,kita akan cuba menilai kembali diri kita dan ini termasuklah ilmu pengetahuan kita.Orang lain mungkin nampak kesalahan yang kita lakukan tetapi sering kalinya kita sendiri gagal untuk melihatnya.Kawan atau teman yang sejati ialah yang menegur untuk kebaikan kita dan kita pula jangan selalu mahu menerima pujian sahaja dan tidak terbuka untuk teguran.Perbahasan adalah sesuatu yang baik kalau kita mengawal emosi kita dan melepaskan ego kita dan tanpa ada rasa kecil hati atau dendam.Kita tidak boleh asyik dengan sikap keakuan kita dan menganggap kita ini serba tahu.Saya masih ingat apabila saya bertemu dengan saudara Pendekar dan beliau mengatakan ingin belajar dengan saya,saya jawap sebenarnya saya ingin juga belajar dengan dia.Akhirnya kami bersetuju untuk bertukar pendapat dan pengetahuan.Mengajar dan belajar secara tidak langsung.Seperti yang TS pernah katakan kita ni sebenarnya banyak yang tak tahu dari tahu.Saya setuju dengan pendapat beliau.Semasa digunung saya sendiri terkebil2 nak mengenali beberapa jenis herba dan pokok cenuai.Kalau saya tak diajar oleh TS jawapnya lalu ajalah tepi pokok2 tu tanpa mengenali khasiatnya.
Saya mengajar diri saya agar jangan terlalu sensitif dari Pakcilii dan TS.Mereka berdua ni Ya Allah semasa awal dulu berperang saja siap dengan maki hamun tapi saya angkat tabik kepada keduanya,mereka masih berinteraksi antara mereka dan bertukar pendapat.Terima kasih saudara Mubid diatas komen anda.
Assalamualaikum Jalanakhirat,saya sendiri rasa hairan dengan saudara.Ini blog saudara karimon maka segalanya terpulanglah kepada dia cara bagaimana harus dia kendalikan blog dia,beliau mempunyai caranya yang tersendiri dan saudara ada cara saudara yang tersendiri serta prinsip tersendiri.Masing2 ada hak.Tak tahu pula saya yang tuan punya blog harus meminta kebenaran orang yang memberi komen sama ada dia boleh lupuskan atau tidak komen yang telah diterbitkan atau tidak.Mengapa perlu kebenaran blog ini ada tuannya maka terpulanglah pada tuannya nak terbitkan sesuatu komen atau pun tidak termasuk melupuskan bukankah begitu hukumnya?Saya perhatikan juga beberapa permintaan saudara agar tuan karimon buatkan satu entri baru dan beliau buatkan untuk saudara,jelas nampak beliau berkerjasama dengan saudara dan sepatutnya saudara berkerjasama dengan beliau.Jika tuan karimon tidak menyukai saudara sudah tentu dia akan halang segala komen saudara.Adakah pernah kita terfikir bahawa mungkin tuan karimon serba salah dengan telatah teman2 beliau yang sering memberi komen diblog ini.Dimana penghurmatan saudara2 semua kepada beliau?Tuan karimon cool menghadapi keadaan beliau hanya banyak menasihati supaya rapatkan saf ingat kita ini bersaudara,bermaafan sesama sndiri tapi semuanya pekak tak dengar.Blog ini saudara2 jadikan macam kedai kopi.Saudara2 semua saya minta maaf sekian banyak tapi renung2kanlah kata2 saya ini.
Asalamualaikum
Saudara Sukandar, saudara fahamkah apa yang saya cakap dalam komentar diatas ?. Saya minta orang lain jangan telibat dengan komentar saya ini selain saudara Karimon kerana komentar ini dituju khusus untuknya. Sikap pelayar yang keheranan dan tak jelas mengenai hukum kemudian tak faham bahasa sebeginilah yang sering menggangu kami menitipkan pengetahuan diweblog ini. Jika saudara tak boleh menyumbang pengetahuan di weblog ini dan tak tahu berterima kaseh dengan pengetahuan yang diperolehi jangan berlagak nak menasihati pula.
Saya bercakap atas dasar pendirian, prinsip dan sebagai seorang sahabat, bukan sokongan seperi saudara yang boleh membawa rebah. Jika saudara perhatikan ungkapan saya sering tegas memberi komentar. Ketegasan ucapan saya adalah supaya mudah difahami tapi sering diangap sebagai marah kepada mereka yang tak faham bahasa seperti saudara.
Bukan bermakna jika saudara Karimon menurut cadangan saya, saya perlu berkerjasama dengannya melakukan perkara yang saya fikir tidak wajar. Cara saya menghormati seorang sahabat adalah menegur kesilapannya, menyokong menambah ilmu pengetahuan diweblognya dan menjaga kehormatan dirinya. Bukan seperti saudara yang cuma ingin mengampu dan menjadi batu api untuk memusnahkannya.
Jika saudara benar ikhlas ingin membantu saudara Karimon membagunkan weblog ini, saudara perlulah berserta menyumbangkan ilmu pengetahuan disini, tak perlulah saudara bersekongkol dengan mereka yang suka menganggu usaha kami untuk terus menitipkan pengetahuan di weblog ini. Jika saudara tak boleh menjadi garam, janganlah pula menjadi langau.
Wasalam.
Assalamualikum,
Moga-moga saudara pakcikli00 benar-benar menghayati apa yang beliau perkataan …
sebab matlamatnya agak baik dan jelas …
amin
“sebab apa yang kita perkatakan juga untuk diri kita”
terima kasih
Assalamualaikum Semua Penatap Blog Karimon…
Untuk saudara Najz, teguran dilakukan untuk membina tapi ayat saudara sendiri lebih bersifat menjatuhkan seseorang. Hak saya untuk membela atau tidak sesiapa yang saya suka diweblog ini kerana saya tidak dibayar atau diupah oleh mereka yang saya nyatakan benar atau salah. Saya berikan pendapat berdasarkan penilaian peribadi saya jadi tak perlulah saudara nak mengumpan saya disini. Cuma kalau ilmu sudah banyak didada kenapa tak berkongsi dengan kami semua yang mencari… tindakan saudara menyatakan apa yang Tuan Waliqudus katakan didada akhbar sebagaimana berikut “Benar komen saya jika saya katakan setiap komen Waliqudus itu kosong…tiada isi…amat memalukan jika Miss Tique membaca artikal di dalam suratkhabar yang diberikan oleh Waliqudus…kebanyakkannya salah…mungkin pada waktu itu beliau berasa excited sebab ditemuramah oleh wartawan sehingga lupa untuk berikan fakta yang menyokong hujah beliau.” seakan saudara mempunyai rasa tak puas hati dengan beliau. Sekiranya saudara benar lebih tahu dari beliau kenapa saudara tak betulkan kenyatan tersebut atau berhubung sendiri dengan beliau untuk membetulkan kenyataan berkenaan? Saya tak nak komen lebih kerana saya memang tak pandai bab yang dinyatakan.
Tujuan saya disini untuk mencari maklumat dan pengetahuan bukan nak mencaci atau menghina sesiapa cuma kalau keadaan dah jadi terlalu teruk perlu ada yang menegur dan teguran kenalah dengan cara yang sepatutnya… sedap untuk didengar oleh telinga dan baik dilihat oleh mata yang memandang. Tidak dinafikan dan boleh dikatakan semua blogger otai di sini PERNAH melenting dan tersungkur dek kerana komen – komen yang tajam dan bisa yang mereka sendiri keluarkan baik tuan pengasas sendiri, Pakcikli, TS, Waliqudus atau pun Neo…
Buat Tuan Karimon, lakukanlah apa yang tuan rasakan betul untuk blog tuan, berdirilah dengan paksi yang kuat untuk menjadikan blog tuan ini terus meriah dan penuh info yang berguna. Bertindak mengikut keadaan dan akal fikiran….
Wassalam
Hang ni misstique kenapa sampai hati kata otai jatuh tersungkur pulak elok aja aku tengok TS,Pakciklii dan karimon ada kat blog ni,yang tersungkor kot waliqudus seorang tak, sebab lama tak baca komen dia.Tapi aku puji hang sebab hang masih sudi beri komen hang dan nasihat yang hang berikan pun ada kebebarannya.Kata2 najz itu ada betul jugak walaupun sedikit kasar pasal waliqudus tu,orang dok nanya apa khasiat teras kayu dia dok cerita cokmar dok cerita kerusi sultan,aku pun ada jugak kerusi rotan kat rumah aku.sudahnya paklii yang jawap hal teras kayu tu yang aku nampak lebih baik komen dia dari waliqudus.maaf cakapla bukan aku bermusuh dengan waliqudus aku cuma sampai kan yang betul,soalan yang ditanya oleh tuan karimon soalan yang bagus kami menanti pulak jawapan yang bagus.saudara waliqudus harap2 kamu jangan rasa hati dengan aku cuba hang fikir baik2 apa kata2 aku tadi.ini teguran membena untuk hang,aku takut kalau aku tanya hang lebih2 hang tak dapat jawap tentang kayu ni.hang kata hang suka cerita pengalaman hang tapi hang jugak kena banyak buat kajian dan banyak membaca jangan harapkan pengalaman saja tak cukup tu.dalam blog hang macam2 hang keluarkan hang ni nak mahir dalam bidang mana,kemian pun hang,kunyit pun hang besi pun hang permata batu pun hang,kayu pun hang geliga lipan pun hang batu embun geliga itu geliga ini semua hang nak sapu sudah nya hang tak sedar ke hang dah jadi taksub,hang berani kata hang ada raja segala minyak pengasih,hang tau ke apa tu raja minyak pengasih.Hang sudah jadi bongkak dan takabbur tanpa hang sedari hang tau tak?Cubalah merendah diri sikit macam karimon tu,bila aku tanya dia apa abang ada,dia jawap satu pun aku tak ada,yang abang ada pun ikhsan pemberian orang pada abang.Bila aku tanya dia abang ada ke geliga lipan dia jawap mana dia geliga lipan,dari situ aku dapat tangkap maksud dia,bukan dia cerita kat aku hang punya geliga lipan tapi aku dapat tangkap kata2 dia.Aku pun jadilah tukang sibuk menanya orang sini sana tentang geliga lipan itu sebab aku kata aku dapat tangkap maksud kata karimon mana geliga lipan.Hang pernah ke Tanya karimon apa tu geliga lipan yang sebenar?Setengah barang hang tu bukan seperti nama yang hang beritau dalam blog hang,aku pun buat kajian jugak dan aku pun ada Tanya karimon tentang barang yang hang ada tapi aku kata barang kawan aku aku kirim gambar barang hang kat dia dan beritau dia nama yang hang katakan dia kata bukan bila aku kata barang ini serupa dengan barang waliqudus hang tau apa dia jawap dia kata serupa aja nama aja lain,dia tak mahu jatuhkan hang hang tau tak.Kalau hang nak tau nama barang hang yang betul hang pergi cari karimon,tapi hang belajarlah merendahkan diri hang dulu.Misstique hang kenal ke karimon secara peribadi?
Asalammualaikum
Entah mengapa bila saya berhadapan dengan Miss Tique sifat yang keras boleh menjadi cair. Perasan dendam akan bertatahkan kerinduan sehingga berubah menjadi rindu dendam. Saya harap janganlah kita menjatuhkan Miss Tique dengan cara kekerasan. Biarkanlah Miss Tique menyokong kita sehingga membawa rebah atau tersungkur kepangkuannya. Miss Tique pula janganlah asyik menggingati kekerasan kami cuma, bayangkanlah juga bagaimana kelembutannya yang abadi. Usahlah dihayati ketika kami tersungkur, hayatilah juga bagaimana kami mengukur. Miss tique juga jangan sering menyebut upah, hargailah pengetahuan yang kami limpah.
Sesungguhnya sesiapa pun boleh memberi peringatan, tapi sebelum peringatan itu diluahkan ianya adalah milik kita dan setelah diluahkan ianya boleh dimiliki oleh orang lain. Oleh itu berhati hatilah sebelum meluahkan perkataan daripada mulut kita. Kita perlulah beraggungjawab keatas segala apa yang kita luahkan. Kita mesti yakin bahawa setiap amal perbuatan samada baik atau jahat walau pun sebesar zarah akan di tunjukan oleh tuhan nanti.
Kita pun sekadar hanya boleh menyampaikan peringatan dan tidak boleh menentukan atau memaksa orang orang lain menerimanya. Rasulullh saw pun sekadar hanya boleh menyampaikan sahaja. Oleh itu tidak perlulah kita menentukan apakah yang sepatutnya diluahkan oleh setiap mereka yang memberi komentar. Hormatilah pendapat orang lain dan jangan kita khianati jika benci, jika kita inginkan komentar yang sebenarnya dari orang lain.
Kita boleh menjawab atau mengabaikan saja setiap komentar yang diberi. Setiap komentar yang diberi adalah mengambarkan keberibadian pemberi komentar yang sebenar. Jika kita maseh lagi ingin lama berkenalan tidak perlulah tergesa gesa menilai keperibadian pemberi komentar hanya dari sebuah dua komentarnya. Kita boleh menguji keperibadian pemberi komentar dengan kebijaksanaan kita membalas komentarnya. Biarlah pengunjung menilaikan sendiri setiap komentar dihalaman ini tanpa kita khianati dengan cara menyunting atau melupuskannya. Sikap kita menyembunyikan keburukan dan tidak berani berhadapan dengan kenyataan adalah menghijab kebenaran.
Saya pun sekadar memberi pandangan, samada pandangan saya diterima atau sebaliknya terpulanglah kepada mereka yang merasa lebih berhak.
Wasalam.
Assalamualikum,
Benar tu …. “Kita berhak menilai ikut ilmu dam kebolehan kita yang terbatas” ….
Kadang-kadang sedikit “konflik” akan membawa kepada hasil yang lebih baik … insyallah
Terima kasih
Asalamualaikum
Cuba hampa klik pautan dibawah ini;
Lihat ! ranking Karimon’s blog naik mendadak sungguh di weblog terhebat wordpress. Depa kena kutuk bukan cabut lari, bertambah mai lagi.
Wasalam.
Untuk saudara Najz, teguran dilakukan untuk membina tapi ayat saudara sendiri lebih bersifat menjatuhkan seseorang. Hak saya untuk membela atau tidak sesiapa yang saya suka diweblog ini kerana saya tidak dibayar atau diupah oleh mereka yang saya nyatakan benar atau salah. Saya berikan pendapat berdasarkan penilaian peribadi saya jadi tak perlulah saudara nak mengumpan saya disini. Cuma kalau ilmu sudah banyak didada kenapa tak berkongsi dengan kami semua yang mencari… tindakan saudara menyatakan apa yang Tuan Waliqudus katakan didada akhbar sebagaimana berikut “Benar komen saya jika saya katakan setiap komen Waliqudus itu kosong…tiada isi…amat memalukan jika Miss Tique membaca artikal di dalam suratkhabar yang diberikan oleh Waliqudus…kebanyakkannya salah…mungkin pada waktu itu beliau berasa excited sebab ditemuramah oleh wartawan sehingga lupa untuk berikan fakta yang menyokong hujah beliau.” seakan saudara mempunyai rasa tak puas hati dengan beliau.
Sekiranya saudara benar lebih tahu dari beliau kenapa saudara tak betulkan kenyatan tersebut atau berhubung sendiri dengan beliau untuk membetulkan kenyataan berkenaan? – Misstique quote
Saudari MissTique,
Nampaknya saudari juga telah meniru saya dengan copy & paste pernyataan yang saya buat untuk menyokong hujah saudari.
Saudari tak terfikir ke, macamana nak bagi komen untuk membetulkan Waliqudus jika pernyataan yang Waliqudus buat itu dah PUBLISHED kat akhbar….hairan juga saya dengan saudari ni. Patutnya Waliqudus buat “homework” dulu bila dah tahu wartawan nak temuramah dia…supaya tak bagi info yang salah..
Misstique…misstique, bila saudari membaca komen saya tentang Waliqudus , saudari kata seolah2 saya nak menjatuhkan beliau…sekali2 saya tidak berniat begitu. Bila seseorang menegur tentang kesilapan yang Waliqudus buat itu, itu bermakna kita semua di sini ambil berat lah..jangan dia dibuai2 dengan fakta yang salah ..
Nak tanya sikit…yang MissTique dok cover sangat Waliqudus ni..ada apa2 ker..saya juga tak pandai nak ngumpan-ngumpan Misstique ni..
Memang betul lah Najz..Wali Kudus ni sejak pindah rumah,..dah nak hilang lak tulisan nya…macan Si Neo Iskandar,hilang GHAIB tanpa berita !!!entah hidup ker,entah bertapa ker,sapa pun tak tau…hinggakan saya call Tuan Karimon pun,beliau kata tak tau,kata nya pergi tuntut ilmu ,macam mana nak terbang,tak payah naik kapal terbang…hoiiyoo nak jadi superman lah tu,kerana superman dah pergi berpindah alam,jadi mungkin Si Neo Iskandar nak ambil alih jadi Superman.Haii memacam man pun ada,Karimon nak jadi Stuntman,Wali Kudus nak jadi Utraman,Neo Iskandar nak jadi Superman,Pendekar nak jadi Super Melayu man,…aku jadi Lawak man..pun jadilah…kerana DAH TUA….Tapi dah tua tua pun semangat juga nak panjat Gunong Ledang,tu…hehe…he..he..habis Karimon dah bagi petua,macam mana cara nak panjat GUNONG….kah..kah..kah…wasallam.
Assalamualaikum semua,payah ni batu tengelam biasanya susah nak timbul,tetapi insyaallah dengan keramat Waliqudus bisa kok timbulnya.Come on la bro hang ni sporting la sikit bro jadi seorang yang pro.Kita semua disini nak tengok hang bangkit kembali bukan tengelam terus.Sudah menjadi adat tegur menegur ni mana yang fikir baik hang terima mana yang hang rasa tak baik usah hang jangan terima,takkan hang nak hidup dengan pujian saja kot.Aku dengan hang nak bergurau tapi gurau aku ada isi.Cuba hang fikir masak2 apa aku kata ni,hang pun suka jugak kritik barang orang sampai hang persenda kata minahci punya selendang la pedas jugak kritik hang tapi ada hang fikir ke apa perasaan tuan punya barang tu bila hang perlekehkan barang dia.Tapi ada ke dia balas balik kritik hang tu.Tak ada rasanya dia balas dan tak ada pun dia suruh karimon kuarkan selendang dia dari blog ini.Tapi bila hang kena kritik hang lari sembunyikan diri,patut ke hang buat begitu.Ini la dia yang aku maksudkan kita sedap kritik orang tapi bila orang kritik kita kita marah dan merajuk,jadi kita buat orang boleh,orang buat kita tak boleh ke?Sikap beginilah yang hang perlu jauhi.Kalau tak silap aku la dulu ada karimon pesan kat hang tapi aku lupa pulak kat mana tempat intri tu,karimon pesan kat hang jangan jadi lalai dengan pujian bila misstique puji hang kata hang jenis baik bukan jenis melenting atau melatah tapi akhirnya hang tersungkur dan tewas kerana hang lalai.Aku ni memang jenis tak reti nak beri komen bab2 mistik dalam blog ni,bab ugama aku cetek lagi tapi aku suka membaca kat blog ni komen dari hang,pendekar ,TS dan Jalanakhirat.Dengan abang karimon aku banyak kali jugak kol dia atau sms dengan dia tanya khabar dan tanya tentang barang,jumpa aja belum.hang misstique patut jumpa juga karimon ni kenal dia dan baru boleh hang menilai dia kalau setakat tulisan atau komen hang nak menilai orang tak betul tu aku setidaknya ada jugak kol dia berbual dengan dia.Hang pernah kol dia ke misstique?
Asalamualaikum
Tajuk intri ni bagus, rapatkan saf, tapi belum apa lagi mula dapat asap, kalau ada batu api mungkin berapi. Setahu saya yang perlu rapatkan saf ni ketika solat, lepas saja solat semua keluar saf dan mulalah dengan sembahyang (persembahan) masing masing.
Pada hakikatnya kita perlulah menerima kenyataan seadanya, tak perlulah mengada gada (haipokerit). Kita lihatlah setiap persembahan komentar di weblog ini. Kalau diperhatikan ayat mulanya memanglah cantik macam alim ulamak, tapi lama kelamaan mula macam ular dalam semak. Nak mematuk. Oleh itu kita perlulah sedar dan menerima hakikat bahawasanya kita masing masing ada kekurangan dan kehadiran kita kesini adalah untuk menambah, tak kiralah apa yang kita tambah. Sesungguhnya terlalu banyak yang kita dapat pelajari dari berbagai persembahan komentar di weblog ini, selagi kita ingin belajar dan bercermin.
Izinkanlah saya memberi sedikit komentar menurut pandangan peribadi saya terhadap komentar yang saya tatapi di weblog ini.
Saudara Karimon:
Kalau nak suruh orang betulkan saf kenalah dengan bahasa yang lurus seperti saf. Jangan telunjuk lurus kelingking berkait. Penyakit memberi itu menyebut. Tak perlulah mengungkit sampai berbuih mulut menasihat kami yang jahat ini. Tak usahlah diejek pengetahuan syariat, hakikat, tarikat dan makrifat yang kami himpun diweblog ini kerana kami pun ingin belajar, cuma menyimpan bukunya disini. Sebenonya di intri ini pun banyak ucapan saudara yang mengata kami. Tapi tak apa kami tak berkecil hati, sebab itu kami maseh datang lagi.
Tok Syeikh:
Saya selut juga kerana marahnya boleh berenti, tapi kalau di api mungkin boleh menyala balik. Walau bagai mana pun kerjanya menitipkan ilmu pengetahuan di weblog ini berterusan. Saya minta jangan kacau dia, kerana apa yang sedang ditulisnya sekarang itu penting.
Waliqudus
No komen (tengah panas) TST.
Miss Tique
Mula nasihat “ikut saudara Pendekar jangan cakap banyak”, habis macam mana nak komen dan komentar yang paling panjang disini Saudara Pendekarlah punya. Nasihatkan saya jangan sebut nama orang, tapi dia boleh sebut nama orang termasuk saya, tak cukup dengan itu pangilnya Najz makhlu asing, mengamullah kawan.
Pendekat
Saya lihat pun ayatnya akhir akhir ni sudah lain macam. bosalah tu. Sabar !.
Lain lain
Komentar yang mula aje ok, lepas tu bila saya cuit, lebih kurang kami juga. Tapi maseh ada yang sopan santun.
Kesimpulanya kita sama saja , apa yang penting kita perlu berani menghadapi kenyataannya. Mungkin dari segi jasmani kita nampak tua tapi dari segi rohani kita maseh mentah kerana bila diajak belajar tasauf kita takut sesat. Bila ajat jadi sufi kita takut ketepi. Jika ajak bertarikat kita takut melekat.
Bagaimana pun kehadiran kita disini penting untuk saling mengenali dan menyatakan sesuatu.
Wasalam.
Waalaikumusalam Pakciklii,hang pun satu jugak,memanglah berbuih mulut karimon suruh rapatkan saf sebab nasihat dia jatuh pada orang yang tak reti2 bahasa.Setidaknya TS faham bahasa karimon hang faham ke?Patutnya hang bersyukur pada karimon sebab banyak beri laluan pada hang ini tidak hang dok nak golok dia pulak,hang sepatutnya hurmati rakan seperguruan hang.Jadi hang ni tak boleh ditegur ke?Hang patut buang ego hang jugak dan belajar menghurmati perasaan orang lain.Ni aku tegur mesti hang melenting?Mulalah hang kata itu dan ini kat aku.kalau dia tegur tu betul hang terima aja lah buat apa hang nak mengata dia pulak.Rasanya dah abis bahasa lurus dia gunakan tapi hang yang bengkokkan
Kenapa pulak hang terasa hati bagi saya apa yang dia cakap tu betul.Gaya bahasa hang tu lagi teruk sampai ada terkeluar perkataan lucah bahasa lain tak ada ke setidaknya karimon tak ada pun keluarkan bahasa lucah dan teguran dia teguran umum sapa yang makan cili dia terasa pedas tak begitu?Macam manalah kami nak mencontohi orang2 yang pandai berugama ni,bila kami tak ikut hang pa kata kami dayus.Ni aku nak nasihat sikit kalau hang nak dengarlah,kita ada banyak gaya bahasa maka pilihlah gaya bahasa yang terbaik,kalau hang nak tegur orang maka hang pun mesti belajar menerima teguran dan tak payahlah melenting.Hang pun kata hang nak belajar maka jadilah pelajar jangan melenting tak tentu arah,buruk perangai tu.Sapa yang jahat disini aku tak pun kata kamu semua jahat,yang terasa jahat ialah yang termakan cili.Hang contohilah TS dia pun mungkin tahu karimon ada menegur cara umum dan kalau dia terasa marah pada karimon tentu dia dah melenting atau keluar dari blog ini,tapi aku tengok dia relax aja tak macam hang.Jangan marah aku pulak hang kesianlah kat aku ni.
Assalamualaikum kawan2 semua,dalam komen Pakciklii beliau ada menegur Abang Karimon dengan mengatakan sebegini
“Saudara Karimon:
Kalau nak suruh orang betulkan saf kenalah dengan bahasa yang lurus seperti saf. Jangan telunjuk lurus kelingking berkait. Penyakit memberi itu menyebut. Tak perlulah mengungkit sampai berbuih mulut menasihat kami yang jahat ini. Tak usahlah diejek pengetahuan syariat, hakikat, tarikat dan makrifat yang kami himpun diweblog ini kerana kami pun ingin belajar, cuma menyimpan bukunya disini. Sebenonya di intri ini pun banyak ucapan saudara yang mengata kami. Tapi tak apa kami tak berkecil hati, sebab itu kami maseh datang lagi.”Pakciklii Qoute
Soalan aku patut ke Pakciklii menegur karimon dengan kata2 begitu.Kita semua sedia maklum memang banyak kali karimon menyebut rapatkan saf,usahlah bergaduh dan beberapa teguran lain tapi ada yang tak mengikut nasihat dia, bila dia menegur lagi dia pulak yang kena tegur dan ada ke patut Pakciklii kata “Tak perlulah mengungkit sampai berbuih mulut menasihat kami yang jahat ini.” Ada ke kita pernah membaca yang karimon mengatakan orang yang dia tegur tu jahat dan salah ke karimon kata dah berbuih mulut dia pada hal patut pun dia kata begitu sebab banyak kali dah dia menasihati dan menegur?
Adakah saudara2 merasakan yang karimon mengejek apabila dia menegur orang yang suka sangat buat hal ini dengan ayat seperti ini “Tak usahlah diejek pengetahuan syariat, hakikat, tarikat dan makrifat yang kami himpun diweblog ini kerana kami pun ingin belajar, cuma menyimpan bukunya disini.”
“Sebenonya di intri ini pun banyak ucapan saudara yang mengata kami.”Adakah saudara2 merasakan yang saudara karimon mengata apabila beliau(karimon)menegur segelintir mereka yang begitu asyik berceramah atau memberi komen tentang ugama tetapi cakap tak serupa bikin umpamanya orang itu mengalakkan kita bersabar dan menjiwai serta mengikuti dasar2 ugama tetapi orang itu pulak melanggarnya,salah ke saudara karimon menegur ? Dan karimon tidak pun menyebut siapa yang dia tegur agar tidak menjatuhkan maruah orang itu.Bayangkan kalau saudara ditempat abang Karimon ditegur salah bila ditegur dituduh pula mengata2.
Jadi sama2lah kita memberi pendapat kita apakah tindakan abang karimon menasihati itu betul atau tidak.
PS:Sedikit maklumat untuk saudara semua yang belum mengenali saudara Abang Karimon aku pun tak kenal rapat cuma kol dia aja.Aku pernah Tanya dia abang tak kisah ke orang dok asyik berperang kat blog abang itu,dia jawap kita belajar mengenali setiap orang melalui ucapan lidah dan ucapan hati.
Assalamualikum,
Bagus gak … komentar pakcili00 … teliti …. kalau ada komentar untuk diri sendiri bagus gak ..?
Sekadar ingin mengenali …. sebab dalam penulisan “komentar” antara benda yag sukar untuk dilakukan dengan baik .
Terima kasih
Assalamualaikum wbt buat semua…
Terima kasih buat Pakcikli kerana membenarkan apa yang saya rasakan… so saya tak nak komen banyak sebabnya kesimpulan yang Pakcikli buat tu dah kira ok lah tu… rapatkan saf tapi yang jadi sebaliknya juga… Sebenarnya “Makhluk Asing” yang saya maksudkan tu ada dua tiga orang cuma seorang tu jer yang terasa jadi saya tak boleh nak buat apa. Ayat tersungkur yang saya katakan tempohari membawa maksud terkena juga bukanlah maksudnya jatuh tergolek… tapi seperti kebiasaan ayat yang disampaikan sering disalah fahami. Kita semua faham apa yang Tuan Karimon maksudkan cuma sengaja nak panaskan keadaan….
Untuk pengetahuan saya sudah berkahwin dan mempunyai keluarga yang amat memahami minat saya dalam perkara mistik ini jadi tiada sebab pun untuk saya cover sesiapa disini.
Wassalam…
Waalaikumusalam,baguslah kerana faham apa yang saya ingin sampaikan,kehadiran Puan memang saya alu alukan dan jika ada tersilap bahasa saya,saya pun minta maaf banyak2.memang betul apa kata Puan kadang2 ayat2 ni boleh buat kita keliru juga.Saya harap semuanya faham dan mengerti akan tujuan maksud saya bukannya nak tunjuk pandai dalam semua bidang,jika teguran saya baik terimalah jika anggap tak baik usah terima.Jangan rasa hati dengan segala teguran saya,bagi yang mengenali saya akan faham apa yang saya maksudkan.Alhamdulillah TS,Pendekar dan saudara Waliqudus sering berhubungan dengan saya dan mereka faham mengapa blog ini saya adakan,baru2 ini TS menghubungi saya dan saya dengan beliau sedang cuba untuk mendapatkan maklumat sebanyak mungkin tentang Tok Putih macam menjejaki Tok Putih,inilah untungnya bila kita sering berhubungan dan memahami matlamat masing2.Sebenarnya banyak entri dalam blog ini yang saya telah edit dan lupuskan apabila saya mendapati mengandungi bahasa lucah atau bahasa penghinaan tetapi jika pada pendapat saya ianya merupakan teguran maka saya luluskan cuma saya akan edit teguran yang terlalu keras dan juga sedang dalam pertimbangan saya iaitu jika ada komen yang boleh mencetuskan perbalahan peribadi mka saya akan delete/lupus.Terima kasih kerana memahami saya dan saya juga sengaja panaskan keadaan tetapi ada batasan.
Asalamualaikum
sebenonya Miss Tique sayang pada saya, begitu juga dengan saudara Karimon dan lain lain tapi kita tak faham. Selain merapatkan saf kita perlu meluruskannya. Kita perlu ada jamaah dan berjamaah untuk membina saf. Bila berjemaah perlu ada imam. Imam pun perlu ada imam, ia itu al Quran. Sebab itu bacaan Fatihah (umul al Quran) Imam sebagai imamnya kena eluk tajuid, taranum dan sebagainya, pendek kata biarlah lebih eluk dari makmum yang mengikutnya.
Masalahnya sekarang kita tidak berjemaah, sebab itu kita sukar nasihat menasihati. Tujuan berjamaah adalah untuk saling melengkapi. Setiap kita ni kurang satu lebih satu. Marilah kita aling menampungi. Terimalah kehadiran jemaah yang seadanya diweblog ini. Usahlah dikirakan tuanya, jahatnya, gatalnya dan sebagainya. Jika kita tau berterima kaseh dan bersyukur mungkin suatu hari tuhan akan beri jemaah yang lebih baik dari kami. Janganlah jadi macam peritiwa yang pernah terjadi kepada Nabi Yunus yang lari dari pengikutnya. Tujuan tuhan jadi orang jahat diweblog ini supaya kita jadi orang baik. Kejahatan dibalas dengan kebaikan itu adalah sifat yang mulia seperti saya (jangan le marah pulak Tok Syeikh, sekali sekala kena puji sendiri). Oleh itu kita perlulah boleh menerima kepelbagai diweblog ini untuk memahami sekelian alam (alam semesta) yang dicipta tuhan untuk mengenali yang Maha Pencipta…..
Kepada yang lebih layak teruskanlah syarah ini.
Wasalam.
Assalamualikum ,
Saya bersetuju dengan petikan dibawah … jujur dan iklas dalam mengigati diri dan sahabat …. moga sama-sama menitiskan
ilmu dan pengetahuan …Tahniah
Pakcili00 berkata …
“Selain merapatkan saf kita perlu meluruskannya. Kita perlu ada jamaah dan berjamaah untuk membina saf. Bila berjemaah perlu ada imam. Imam pun perlu ada imam, ia itu al Quran. Sebab itu bacaan Fatihah (umul al Quran) Imam sebagai imamnya kena eluk tajuid, taranum dan sebagainya, pendek kata biarlah lebih eluk dari makmum yang mengikutnya.”
Tapi perenggan seterusnya ….”emosinya saya tak jelas ”
Terima kasih
Salam
Izinkan saya memberi pendapat disini. saya rasa elok juga waliqudus tak jawap komen kat sini nanti makin menjadi2 pulak hujah menghujah dan hentam menghentam sebab masing2 nak tunjuk terer. Kalau saya jadi dia, saya takkan komen apa2 pun setelah apa yang dicurahkan selama ini seolah tak dihargai langsung. Kerana kealpaan yang sedikit anda mengecam dia ibaratnya semua yang dia komen dan kongsikan tak betul. Entah lah mungkin saya silap tapi itulah KALAU SAYA MENJADI DIA. Seorang cucuk yang lain pun ikut sama. Apa lah korang ni kata nak berkongsi maklumat tetapi banyak yang dok menghentam dari membetulkan. Kaedah membetulkan ada banyak antara nya anda boleh betulkan disini ataupun berhubung dengan beliau dan berikan maklumat atau fakta yang membetulkan kesalahan dia. Komen itu komen ini, semua serba tak kena tapi yang bercakap langsung tak berkongsi apa maklumat pun.
Secara kasarnya otaimer yang ada kat sini bercakar sesama sendiri tetapi tetap berkongsi maklumat dan pengetahuan untuk kita. Bila dah jadi keruh macam ni ramai yang malas nak bagi komen sebab lebih ramai yang tukang ketuk tin bila ada kesempatan. Terima kasih saya terutamanya kat pengasas blog ni, karimon, waliqudus, pakcikli, toksheikh dan pendekar kerana banyak info yang berguna saya dapat kat sini.
sekian.
Salam
Sdra Paduka, kalau tak silap saya ada diberitahu yang waliqudus dalam proses pindah rumah jadi berbagai kemungkinan yang boleh kita fahami orang yang baru berpindah ni. Mungkin atas sebab itu kot dia tak dapat nak jawab komen kita kat sini. Ada sesapa yang dapat berhubung dengan beliau ke?
Sekian.
Betul tu saudara Ahmad Zaki,apa yang karimon nasihat tu dah dikira betul tapi ada pulak orang yang mengungkit tuduh dia macam2.Kita dah syok baca macam2 komen dalam ni ada pulak yang bergaduh.Nasihat yang baik dikatakan mengumpat,tak tahulah aku nak mengajar orang tua2 ni macam mana lagi.TS you are the best so are Pendekar yang masih bersikap relak and cool.Terus beri komen saudara berdua kat blog ini, aku dah naik syok copy and paste ni,balik rumah aku baca komen saudara berdua,seribu tahniah kepada saudara berdua.
Asalamualaikum
Saudara Paduka, kalau aku tak jawab hang punya komentar, nanti hang kata aku sombong pula, hang ni suka bawak mulut kehulu kehilir, jika hang tak percaya cakap aku hang tanya pada opang lain, jawapannya mesti ya. Ni aku sebut hang dan aku sebagai ganti diri bagi duk mesra sikit, jangan ingat lain pulak. Hang duk pekata aku terasa orang kata aku jahat apasal. Aku memanglah penulis komentar yang jahat diweblog ini. Tapi hang tau aku jahat sebab kalau boleh nak bagi orang baik, ini satu cara kaedah pedagoji (pembelajaran). Hidup ni kadang kala kena berkorban paduka, jika aku seorang tak baik hampa semua baik aku rasa kita maseh beruntung. Tapi kalau semua kita tak baik dekat siapa aku nak minta tolong jika nak baik, maksud aku bukan janda baik.
Aku dengan Karimon tu sahabat itu pasal aku dok hentam dia, dia nak jawab pun malas, tapi setiap kali komentar aku, jika ada peluang aku mesti petik dia. Kalau dipanjangkan umur, ada rezeki tuhan perkenankan pertemuan kami, aku jumpa Karimon lepas saja beri salam kami mesti terus bersilat dan berentap semaunya, bukan nak gaduh tapi nak tau sejauh mana kami telah mahir berpencak. Itu jam jika hang ada tenguk hang tentu ketak habis punya. Pasal kau tenguk aku baru usik Karimon macam ni pun kau dah mengelabah. Bila aku jahat baru orang nampak karimon baik. Macam Tuhan jadikan Firaun barulah meyerlah kemuzizatan NabiMusa as, jadi kita jangan pertikaikan Tuhan jadikan Firaun kenapa. Makna kawan dan sahabat tu berbeza Paduka. Kawan perkongsian benda dan sahabat perkongsian jiwa. Setiap hari jika tak beribu pun beratus ratus mereka yang fahaman berbeza melayari Karimon’s blog, mungkin banyak yang boleh mendapat pengajaran cara aku dengan Karimon berkomentar. Jika hang tenguk komentar yang diberikan terhadap aku pun berbeza, dalam keji pun ada puji. Tapi itu tak penting, yang penting kau orang bertambah baik dan mulia dunia akhirat itu harapan dan doa aku.
Aku berpencak hebat dengan Tok Syeikh pun ada penghujungnya. Jika kau orang jatuhkan Waliqudus pun aku tak pula tompang sekaki kerana aku tak pernah ada rasa berdendam dengannya. Tinggal lagi tak perlulah aku bela dia lebih lebih kerana aku nak tenguk bagaimana pula kebijaksanaan dia nak kilas hampa semua, nanti kalau aku tolong nampak pula dia tak hebat pula. Tapi jika hampa hentam dia teruk sangat, hang tenguklah nanti bagai mana pula aku melenting. Waliqudus tu macam mana teruk sekali pun dia tetap sahabat aku dunia akhirat, hampa jangan pi nak naya dia. Tenguk di tak mau jaga intri teras kayu, aku pi jaga sementara dan tolong jawap soalan hampa dan cuba pekenakan hampa. Bila dia sihat nanti aku pasti blah kerana aku tak suka kayu.
Gaya bahasa aku yang menikam kalbu membezakan aku dengan sahabat yang lain. Sepatutnya bila perasaan orang lain tertikam luka dengan gaya bahasa aku, hang pergilah pujuk supa pengetahuan yang kita sajikan diweblog ini lebih berkesan di jiwa. Kadangkala kita ingin pengetahuan mengenai mistik yang sering bersangkutan dengan jiwa dan kerohanian, tapi bila bahasa aku menyentuh jiwa sikit, hampa mula jegil aku. Hampa nak tau benda yang tersurat dan tersirat, zahir dan batin luar dan dalam. Bila aku cerita sikit bab batin, bab rohani, bab dalaman hampa mula kata aku lucah. Sengaja aku selitkan sikit bab lucah dalam kebanyakan komentar aku untuk mengubati mereka yang tabu seks. Kadangkala hang tenguk aku macam orang pandai sangat, kadang macam orang bodoh dan macam macam lagi, itulah aku yang ingin memainkan perasaan kalian di Karimon’s blog samoga hampa jadi baik dan bijaksana. Aku ni Dukun Asmara tentulah ada kapitnya, sebenarnya kadangkala apa yang hang lihat itu bukan aku tapi kapitnya untuk menyakat hang. Aku cuma nak tenguk bagaimana Tok Syekh merawat hang kena sampuk di weblog ini.
Paduka aku dah cerita banyak ni, aku nak tanya hang sikit aje, hang duk angkat Karimon deras sangat ni apasal, pasa dia banyak bagi tau rahsia geliga lipan kat hang ye ?.
Kalau hang terasa sangat komentar aku di Karimon’blog ni aku minta maaf, begitu juga pada setiap sahabat dan pengunjung yang lain. Aku ulang sekali lagi aku mohon ampun dan maaf.
Wasalam.
Waalaikumusalam,kan aku dah kata mesti aku kena dengan hang tapi tak pe memang betul pun cakap hang,ada masanya hang ni suka panaskan keadaan tu yang buat aku pun suka kacau hang.Memang karimon ada cerita kat aku pasal hang dia kata hang memang begitu suka mengusik tapi niat hang baik,karimon tak ada pun burukkan hang.Aku angkat karimon bukan pasal geliga lipan tapi pasal petua nikah banyak.Aku pun minta maaf dengan hang kalau terkesat bahasa aku pun pandai mengusik dan menjolok hang,aku rasa sebab itulah karimon suka kat hang dan misstique rindu kat hang.Ni aku nak tanya sikit hang ada tak senarai2 tarikat yang di akui benar jalannya dan tak menyimpang
Asalamualaikum
Saudara Paduka, nampak gayanya saudara telah mula aktif memberi komentar di Karimon’s blog. Saya sangat berharap saudara dapat menyumbangkan ilmu pengetahuan di weblog ini selain daripada hanya memberi kritikan kepada penulis komentar di weblog ini.
Sebagaimana yang kita ketahui ada banyak pengetahuan mistik budaya Melayu yang kian pupus daripada pengetahuan jenerasi masa kini kerana iannya tidak dirakamkan. Kaedah bagaimana membina kekuatan tenaga batin adalah diantara misteri dalam budaya bangsa Melayu yang hampir lenyap di telan zaman. Saya telah merakamkan sebuah visual mengenai budaya tersebut ke You Tube. Saya terpaksa menggunakan bahasa cina untuk visiul tersebut dan berserikata bahasa Inggeris kerana orang Melayu Tabu Seks dalam bentuk pendidikannya (tapi jika kita lihat genjala seks dalam masyarakat melayu masakini mereka telah hampir gila seks)
Besarlah harapan saya samoga saudara dapat membantu, menyumbang dan berkerjasama menceritakan budaya misteri tersebut dalam bahasa yang paling sopan, paling halus dan penuh adap mengenai budaya tersebut di halaman ini berdasarkan Video dari You tiub tersebut supaya tak lucah. Cukuplah saya meletakan pautan url video tersebut tanpa memindahkan videonya se kali kehalaman ini supaya tak kecuh nanti, untuk kemudahan saudara Paduka. Sila Klik pautan dibawah ini:
Perhatian dan kerjasama saudara Paduka mengenai perkara diatas saya dahului dengan ucapan ribuan terima kaseh.
Wasalam
Insyaallah aku akan memberi komen dari masa ke semasa tapi aku ni bodoh sikit hal2 begini tapi aku cubalah.jangan pulak hang hentam aku kalau salah beri komen
Cun la lu TS betul apa TS cakapkan itu kita kini dok asyik saf saf saf.aku tengah gatal tangan ni menaip.kebetulan aku mahu tanya TS sikit tadi aku tanya Pakcikliio.Mengapa kita perlu bertarikat?Apakah faedah bertarikat dan kesannya kepada kita.
Asalamualaikum
Saudara Pendekar, sila cari buku Pengantar Tarikat di susun oleh Profesor Abu Bakar Aceh, beliau (arwah) juga adalah seorang ahli tarikat qadariah dan Naksyahbandi (TQN) untuk mendapat maklumat lengkap mengenai Tarikat. Dizaman Al Ghazali, beliau telah menyenaraikan 40 jenis Tarikat yang boleh diterima pakai.
Rukun ugama itu Islam, iman, tahid makrifat atau syariat, hakikat, tarikat dan makrifat. Tujuan tarikat adalah untuk mengimbang Islam dan Iman supaya memperolehi makrifat.
Saudara boleh klik pautan dibawah untuk untuk mendapat maklumat mengenai jenis tarikat;
Wasalam.
Asalamualaikum
Kepada semua sahabat sekalian dan para pengunjung yang dihormati, marilah kita merapatkan kedudukan seketika untuk besama sama bergumbira menatap budaya misti Nusantara Dukun Asmara.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Vodpod videos no longer available. more about "DUKUN ASMARA VIDEO", posted with vodpod
Wasalam
Asalamualaikum
Bacalah nasihat ini jika perlu;
1. Kamu tidak akan dapat memanjat tangga kejayaan dengan tangan didalam saku.
2. Sesiapa memegang lilin semasa ia menyala tangannya kan terbakar.
3. Ribut yang kuat dapat menumbangkan pokok yang besar.
4. Kadang-kadang kamu lupa untuk sama-sama bergembira tetapi jangan kamu lupa untuk sama-sama menangis.
5-Manusia tidak merancang untuk kegagalan tetapi mereka gagal dalam merancang.
6. Jangan ketika manis kamu bertawakkal dan jangan ketika susah kamu baru berbicara.
7. Jika kamu dapat melihat diri kamu sebagaimana orang lain melihat diri kamu, pasti orang lain tidak akan membicarakan kamu walau sedetik.
8. Senyuman adalah sebaik-baik perkataan tanpa huruf.
9. Pengakuan tidak tahu menmyebabkan kamu akan lebih tahu apabila kamu diajar untuk lebih tahu.
10. Jika kamu mengaku kamu tahu segala-galanya, manusia akan bertanya kepada kamu sehingga kamu tidak tahu jawapannya.
11. Pagar yang tidak kukuh memberi peluang kepada pencuri.
12. Sesiapa hilang kekayaan,banyak perkara yang akan hilang..
Sesiapa hilang kawan, banyak perkara akan hilang…
Sesiapa hilang keberanian akan hilang segala-galanya.
13. Jarakkan diri anda sedikit daripada mereka marah, tetapi jauhkan diri kamu sejauh-jauhnya daripada mereka yang diam.
14. Apa yang kamu miliki akankamu lupai tetapi apa yang belum menjadi milikmu, kamu akan sentiasa berfikir untuk mendapatkannya.
15. Jangan terlalu berfikir pada apa yang telah hilang sehingga apa yang telah kamu miliki turut hilang.
16. Sesiapa dapat membahagikan masa dengan baik, maka kehidupannya seperti khazanah yang sentiasa bertambah.
17. Perkataan yang baik bukanlah anak panah tetapi dapat membinasakan hati.
Wasalam
Asalamualaikum
LAGI MENGENAI SAFF
Pertama-pertama,haruslah menyempurnakan saf pertama kemudian diikuti dengan saff saf seterusnya.Dalilnya:
Dari Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sempurnakanlah saf pertama, kemudian saf berikutnya. Jika kurang (saf pertama telah penuh/tidak mencukupi), maka hendaklah ia mengambil saf yang belakang.” (Hadis Riwayat an-Nasa’i, 2/93)
Dalam hal saff ini juga Nabi saw telah menjelaskan bahawa saff yang dihadapan adalah utama untuk lelaki.Manakala wanita yang lebih utama adalah dibelakang. Dalilnya:
Dari Abu Hurairah, dia berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sebaik-baik saf bagi lelaki adalah yang paling hadapan dan seburuk-buruknya adalah yang paling belakang. Sebaik-baik saf wanita adalah yang paling belakang dan seburuk-buruknya adalah yang paling hadapan.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 440)
Banyak dalil yang menyatakan tentang keutamaan meluruskan saff:
“Luruskan saf-mu, kerana sesungguhnya meluruskan saf itu merupakan sebahagian dari kesempurnaan solat”. (Hadis Riwayat Muslim, no. 433)
“Sesungguhnya menegakkan saf (meratakan saf), adalah sebahagian dari kebaikan solat.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 723)
Menurut lbnu Hazm, dalil-dalil yang menyatakan tentang keutamaan meluruskan saff ini adalah dalil wajibnya meluruskankan saff sebelum dan sepanjang melaksanakan solat. Kerana menyempurnakan solat itu wajib, sedang kesempurnaan saf merupakan sebahagian dari kesempurnaan solat, maka menyempurnakan/meluruskan saff merupakan kewajiban.
Para sahabat Nabi amat menekankan hal menyempurnakan saff ini. Diriwayatkan bahawa Umar dan Bilal pernah memukul mereka yang tidak meluruskan saff.
Dalam Fathul Bari,terdapat riwayat yang direkodkan oleh Suwaid bin Ghaflah bahawa Umar dan Bilal pernah memukul bahu kami(para sahabat) dan mereka tidak akan memukul orang lain, kecuali kerana meninggalkan sesuatu yang diwajibkan. (Rujuk Fathul Bari, 2/447).
Amaran Nabi kepada mereka yang tidak mengambil berat tentang saff:
“Wahai para hamba Allah, hendaklah kalian benar-benar meluruskan saf atau Allah akan memperselisihkan wajah-wajah kalian”. (Diriwayatkan oleh Muslim, no. 436)
Cara menyempurnakan saff yang betul mengikut dalil dari Hadith:
1- Merapatkan bahu dengan bahu, lutut dengan lutut, dan mata kaki dengan mata kaki.Dalil:
“Dari Nu’man bin Basyir r.a. berkata: Aku melihat seseorang merapatkan bahunya dengan bahu saudaranya, merapatkan (melekatkan) lututnya dengan lutut saudaranya dan mendekatkan mata kakinya dengan mata kaki saudaranya.” (Hadis Riwayat Bukhari, Kitab Azan, no. 76. Abu Daud, no. 616)
2- Meratakan/meluruskan telapak kaki dengan talapak kaki saudaranya dan meluruskan telapak kaki ke arah kiblat. Dalil:
“Baginda menghadapkan hujung-hujung kedua-dua jari-jemari kaki baginda ke arah Kiblat”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Abu Daud)
3- Menutup ruangan di antara saff-saff.Dalil:
“Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya, aku melihat syaitan masuk di celah-celah saf, sebagaimana masuknya anak kambing.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 667.Dinilai sahih dalam Sahih Abu Daud)
4- Memposisikan badan dalam keadaan yang baik dan tenang.
Dari an-Nu’man bin Basyir: beliau berkata, “Dahulu Rasullullah meluruskan saf kami sehingga sampai seperti meluruskan anak panah hingga beliau memandang kami telah faham apa yang beliau perintahkan kepada kami (sehingga saf kami telah sempurna), kemudian suatu hari beliau keluar (untuk solat) kemudian beliau berdiri, hingga ketika beliau akan bertakbir, beliau melihat seseorang yang dadanya terkehadapan, maka beliau bersabda:
“Wahai para hamba Allah, hendaklah kalian benar-benar meluruskan saf atau Allah akan memperselisihkan wajah-wajah kalian”. (Diriwayatkan oleh Muslim, no. 436)
Wasalam
<strongAsalamualaikum
Positiflah menghadapi kritikan.
Bergelar seorang manusia, kita tidak dapat mengelakkan diri daripada dikritik, dicaci dan dihina. Sedangkan Allah yang Maha Pencipta, Maha Hebat, Maha Pengasih pun dicerca orang yang tidak berakal, inikan pula kita manusia.
Kala meniti kehidupan, kita selalu memberi, memperbaiki, mempengaruhi dan berusaha bangun setelah jatuh dan semua ini tidak terlepas daripada kritikan yang sinis, pedas dan menyakitkan. Dan tidak mustahil diri kita dihina tanpa henti sehinggalah kematian menjemput diri. Ingatlah, orang yang duduk di atas tanah tidak akan jatuh. Mereka mungkin marah, sakit hati dan benci atas kebaikan, ilmu, harta dan kejayaan kita. Kita mungkin mendahului mereka dalam apa jua perkara.
Firman Allah SWT yang bermaksud, “Katakanlah kepada mereka (wahai Muhammad): Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu. Sesungguhnya Allah mengetahui segala isi hati.” (Surah ali-‘Imran [003], ayat 119)
“….Dan mereka tidak mencela (Allah dan Rasul-Nya), kecuali karena Allah dan Rasul-Nya telah melimpahkan karunia-Nya kepada mereka. Maka jika mereka bertobat, itu adalah lebih baik bagi mereka, dan jika mereka berpaling, niscaya Allah akan mengazab mereka dengan azab yang pedih di dunia dan di akhirat; dan mereka sekali-kali tidak mempunyai pelindung dan tidak (pula) penolong di muka bumi.” (Surah at-Taubah [009], ayat 74)
Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Apakah tidak menarik hatimu bagaimana Tuhan menghindarkan daripadaku caci maki dan kutukan orang Quraisy? Mereka mencaci maki dan mengutuk orang yang tercela, sedangkan aku orang yang terpuji.” (Hadis riwayat Bukhari)
Daripada hadis di atas, dapat kita fahami ada dua sifat yang bertentangan iaitu :
1. yang terpuji (mahmudah) dan
2. yang tercela (mazmudah).
Rasulullah SAW adalah manusia yang terpuji. Meskipun ditentang, dimusuhi, mula-mula dengan kata-kata, kemudian dengan makian, penghinaan, ancaman dan akhirnya pembunuhan namun baginda tidak pernah membalas kejahatan tersebut. Baginda tidak pernah marah dan bertindak keras bahkan bersikap tenang dan tidak pernah berputus asa. Nama baginda mencerminkan akhlak baginda yang sekaligus melontar kembali setiap tohmahan dan keburukan yang dilemparkan kepada yang mengutuk itu sendiri iaitu musuh-musuh baginda sama ada dari kaum kafir atau pun dari kalangan kaum munafiqin hingga akhirnya mereka melihat kebenaran yang dibawa baginda dan memeluk Islam.
Bukankah Allah SWT telah memberi peringatan kepada Rasulullah SAW tentang betapa manusia akan lari dan menjauhkan diri sekiranya baginda bersikap keras dan kasar. Sedangkan melalui kasih sayang, hati yang keras menjadi lembut dan cair untuk menerima kebenaran.
Jadi, berwaspadalah terhadap kritikan dan cemuhan. Kuatkan jiwa untuk mendengar apa yang mereka katakan. Jika hati kita terasa terusik, ini bererti kita membenarkan keinginan mereka untuk mengotori hidup kita. Cara terbaik yang boleh kita lakukan ialah dengan terus menunjukkan akhlak yang baik. Usah merasa tertekan terhadap usaha untuk menjatuhkan kita. Ini kerana setiap kritikan itu hakikatnya merupakan ungkapan penghormatan untuk kita.
Wasalam.<strong
assalamualaikum ..,,,
macam² berlaku sepanjang saya xda . no wonder la . semua pun member . tp tepuk dada tanya selera . memandangkan train laju kl – ip[oh dsah siap , kepada pengunjung semua jom kita pekena nasi ganja [mmg nama panggilan sedemikian , tp bukan letak ganja] .kat sebelah pawagam rex . marvelous . akekekek ..!!
hidup mesti happy , wpun kadang kala keceluparan mengundang sakit jiwa n hati tp sapedeq kene la ngap juga . akekekek …!!! memandangkan bulan ramadhan akah hadir xsampai 24 jam , marilah kita peace utk sebulan ni . kalu lebih alhamdulillah .
saya mengambil kesempatn ini mengucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubarak kepada semua , n jika ada salah n silap saya pohon sepuluh jari kemaafan . tq n wassalam .