Assalamualaikum para pengunjung blog Karimon,alhamdulillah xpdc ke gunung Ledang pada 28hb Mei 2010 telah berjaya walaupun pesertanya hanya 18 orang iaitu 3 keluarga yang menyertainya.Saya harus memberi pujian kpeda TS dan Mak Sheikh dalam mengendalikan xpdc ini bagi yang tidak mengikuti xpdc ini secara peribadi saya rasakan amat merugikan diri sendiri.Manakan tidaknya kerana banyak pekara yang dapat kita pelajari dalam xpdc ini.Cuaca yang sejuk dan nyaman serta pemandangan yang begitu indah amat mengasyikan.Pendakian menuju ke Gua Majapahit walaupun amat meletihkan namun ianya memberi satu pengalaman yang baru bagi yang tidak pernah mendaki gunung.Perubahan alam begitu ketara,dimana terdapat pokok yang berbentuk bonsai yang seolah menjadi taman di atas gunung.

Pada malam hari yang sejuk sebahagian dari peserta berkumpul dan berbual tapi bukan berbual kosong.Ianya berlingar kepada topik perbualan daripada pekara sejarah,mistik dan keugamaan.Ts telah sudi berkongsi pelbagai maklumat dalam perbualan itu.Kami sering bertukar pendapat dan berkongsi pengalaman serta pengetahuan.Yang tidak dapat kami lakukan ialah pendakian kepuncak Ledang disebabkan oleh cuaca namun bagi saya ianya tetap satu kepuasan yang sukar digambarkan dan pastikan peluang yang lain insyaallah tidak akan saya lepaskan.

Advertisements