Mungkin pengunjung blog ini merasa hairan mengapa saya membuka topik ini walhal kisah Hang Tuah ni sejak dari kecil lagi kita dah dengar ceritanya bahkan menonton ceritanya.Apakah Hang Tuah benar2 wujud ? Adakah Hang Tuah dah meninggal,jika sudah mana kuburnya? Jika Hang Tuah seorang yang begitu terkenal sudah tentu sedikit sebanyak kita mengetahui juga keluarga beliau,apakah Hang Tuah tak pernah berkahwin ? Jika pernah siapa isterinya,jika ada anak siapa anaknya.Takkkan seorang yang terkenal seperti beliau kita sampai tak tahu anak dan isterinya.Jika ada dan  mahu dirahsiakan mengapa perlu berahsia? Ada 3 versi tentang HangTuah 1.Mengatakan ianya seorang Cina 2.Mengatakan ianya seorang keturunan bugis bernama Daeng Mempawah 3.Mengatakan beliau keturunan Melayu Deli bernama Megat Rajuna Ali.Jadi silakan beri pendapat anda dan kongsi bersama kami.Memang tidak dapat dinafikan beliau adalah seorang yang agak misteri juga,apakah identiti Hang Tuah yang sebenarnya?

About these ads