Assalamualaikum,pada 23hb Julai 2010 peserta XPDC Gunung Ledang 2 seramai 18 orang telah selamat sampai ke destinasi yang dirancangkan.Kami telah selamat tiba di tapak perkhemahan kami jam 6 petang.Tidak banyak aktiviti yang kami lakukan pada hari pertama melainkan duduk berbual tentang sejarah Gunung Ledang dan seperti biasa TS sibuk melayan segala pertanyaan tentang hal ehwal Gunung Ledang dari sudut sejarah dan misteri/mitosnya.Ada diantara para peserta yang tidor lewat sehingga jam 4 pagi termasuk lah TS kita yang sibuk melayan dan bercerita.Gunung Ledang atau Mt Ophir masih banyak menyimpan misterinya dan terlalu sedikit yang kita ketahui dan berapa banyakkah diantara kita mengetahui mengapa Gunung Ledang di sebut Mt Ophir ?