Archive for August, 2010



Gambar ini dah berusia hampir 7 tahun.Tentang saiz buah ini saiznya lebih kurang buah kelapa tetapi bulatnya lebih kurang tembikai.Kulitnya agak keras dan isi dalamnya berwarna agak keputihan.Mungkin gambar yang disertakan ini dapat memberi sedikit gambaran tentang isi dalam buah ini.Kalau saudara Farid dari blogalammistik(Laman Bicara Alam Mistik)boleh dapatkan buah tersebut  mungkin insyaallah dapat kita sama melihatnya dengan lebih jelas lagi.

Advertisements

Buah ini dikenali dengan nama buah lantong atau labu hutan dan mungkin juga ada nama yang lainnya.Diantara khasiat buah ini adalah awet muda dan mengubati penyakit kanser terutamanya kanser payu dara,usus dan pangkal rahim.Buah ini ada pokoknya kerana kalau dikatakan labu mungkin semua orang akan ingat ianya jenis seperti labu biasa yang tumbuh menjalar.Kulitnya keras dan isinya putih.

Bagi sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai buah ini dan dimana

ianya boleh didapati sila kongsi maklumat ini bersama saya dan pembaca yang lain.


Sebahagian daripada isi kandungan buku tersebut.


Assalamualaikum pengunjung blog Karimon,kini terdapat sebuah buku yang perlu dimiliki oleh para peminat batu permata.

Buku karangan Dr Hisham Hashim yang berjudul “Batu Permata ; Antara Hikmah dan Hakikat “ ini membicarakan mengenai beberapa jenis batu permata dan jenis geliga seperti Aked, Batu Buloh, Tahi Bintang, Batu Geliga dan beberapa jenis batu geliga yang lain.

Pembaca akan didedahkan mengenai pengertian tentang batu mengikut tafsiran ahli gemologist, asal usul, fadilat dan manfaatnya.

Dr Hisham banyak melakukan ekspedisi mencari batu-batu diseluruh dunia sambil belajar menambahkan ilmu pengetahuan dengan ahli-ahli gemologist di serata dunia. Beliau juga merupakan satu-satunya orang Melayu Asia yang pertama berjaya mendapat anugerah antarabangsa daripada Nothern California Global University , Amerika Syarikat. Selain itu Dr Hisham adalah pakar penyelidik Balai Pameran Sultan Haji Hasanal Bolkiah, Brunei Darul Salam dalam bidang batu permata dan fosil.

Bagi mereka yang berminat untuk memperolehi buku ini dengan harga RM39.90 senashkah dan harga pos sebanyak RM5.00,  bolehlah menghubungi Karimon di talian 013-3601760/0192929500.

Cula Harimau


Diatas permintaan TS dipaparkan gambar cula Harimau,bab ini TS kena beri komen,ehsan gambar dari Wak Lan Nagacimande.


Ini adalah koleksi cincin bertuah TS beliau berhajat hendak menghadiahkannya kepada sesiapa yang sering bertandang ke rumahnya.


Mustika laut ini mempunyai kehebatan khasiatnya yang tersendiri yang tuan punyanya akan menceritakan kepada kita semua.


Tasbih 3 jenis kayu yang menjadi fosil ini milik TS iaitu dari jenis kayu Abanuh,Pine Cypress dan kayu Lus.Setiap diantara kayu ini mempunyai kehebatannya yang tersendiri.


Minyak ini kepunyaan TS kita yang di berikan kepada saya hanyalah 3 titik buat sapu di lengan,rasanya sejuk tapi lama kelamaan terasa panas kalau nak tahu khasiatnya TS kena buka bicara.