Assalamualaikum pengunjung blog Karimon,kini terdapat sebuah buku yang perlu dimiliki oleh para peminat batu permata.

Buku karangan Dr Hisham Hashim yang berjudul “Batu Permata ; Antara Hikmah dan Hakikat “ ini membicarakan mengenai beberapa jenis batu permata dan jenis geliga seperti Aked, Batu Buloh, Tahi Bintang, Batu Geliga dan beberapa jenis batu geliga yang lain.

Pembaca akan didedahkan mengenai pengertian tentang batu mengikut tafsiran ahli gemologist, asal usul, fadilat dan manfaatnya.

Dr Hisham banyak melakukan ekspedisi mencari batu-batu diseluruh dunia sambil belajar menambahkan ilmu pengetahuan dengan ahli-ahli gemologist di serata dunia. Beliau juga merupakan satu-satunya orang Melayu Asia yang pertama berjaya mendapat anugerah antarabangsa daripada Nothern California Global University , Amerika Syarikat. Selain itu Dr Hisham adalah pakar penyelidik Balai Pameran Sultan Haji Hasanal Bolkiah, Brunei Darul Salam dalam bidang batu permata dan fosil.

Bagi mereka yang berminat untuk memperolehi buku ini dengan harga RM39.90 senashkah dan harga pos sebanyak RM5.00,  bolehlah menghubungi Karimon di talian 013-3601760/0192929500.