Archive for September, 2010


Demo Besi Leleh


Semasa berkunjung ke rumah Dr Hisham kebetulan terdapat seorang yang telah luka terkena ulat bulu dan Dr Hisham telah meletakkan besi leleh ke tapak tangan orang tersebut dan besi leleh telah melekat ke tapak tangan untuk menyedut bisa ulat bulu.

Advertisements

Salah satu jenis batu jade yang dikira rare dan fosil buah kelapa koleksi milik Dr Hisham.


Ini adalah ramuan minyak cenuai TS.TS kena beri komen


2 keping gambar ini adalah diantara koleksi minyak cenuai TS.Diharap TS dapat memberi komen

Koleksi Dr Hisham


Batang Pisang yang menjadi Fosil


Buah Delima yang menjadi Fosil.

Blog Dr Hisham


Assalamualaikum kepada para pengunjung blog Karimon,saya telah membuat satu pautan pada blogroll saya blog Dr Hisham iaitu Blog Batu Permata dan Fosil,jika yang berminat untuk mengetahui dan melihat beberapa jenis batu permata dan geliga sila ke blog tersebut.blog tersebut  masih baru dalam pembinaannya dan masih banyak yang perlu diisikan insyaallah dari masa kesemasa blog tersebut akan di update oleh Dr Hisham..

Batu Permata dan Fosil koleksi
Dr Hisham


Assalamualaikum,,sempena bulan Syawal ini saya telah berkunjung ke Perlis untuk bertemu dengan Dr Hisham seorang pakar dalam bidang batu permata.Saya ke Perlis bersama dengan Alam Tunggal dan ditempat Dr Hisham kami telah disambut  oleh beliau dan sahabat beliau saudara Fazrul,Dirumah Dr Hisham kami telah ditunjukkan serta diberi penerangan tentang beberapa jenis batu permata dan fosil dan ada diantaranya adalah dari jenis yang sukar untuk ditemui.Kami juga telah dibawa ke kedai pameran beliau,Masyaallah dan maha besar Allah disana terdapat beberapa lagi jenis batu permata,Fosil dan geliga yang begitu unik dan cantik,apa lagi saya dan saudara alam tunggal mulalah menjadi seorang jurugambar mengambil gambar beberapa jenis batu permata dan fosil.Agak banyak yang kami pelajari tentang batu permata  dan akan khasiatnya.Semasa dalam perjalanan pulang ke Pulau Pinang saudara Alam Tunggal tak putus2 melahirkan rasa kepuasan beliau dapat melihat pelbagai jenis batu permata,tak rugi tak rugi katanya datang ke Perlis berjumpa dengan Dr Hisham.Penerangan yang diberikan oleh Dr Hisham tentang batu permata dapat membuka minda kami mengenai alam perbatuan.Pengalaman serta pengetahuan beliau mengenai batu permata sememangnya melayakkan beliau menjadi konsultan/Pakar Penyelidik  bagi Balai Pameran Sultan Haji Hsanal Bolkiah Brunei Darulsalam dalam bidang batu permata dan fosil.

Gambar Dr Hisham bersama dengan salah seorang sahabat beliau.

Teras Kelor VS Semeru


Sejak akhir2 ini kita sering mendapati begitu banyak terdapat teras kelor dipasaran termasuklah yang berada di dalam blog2 yang terdapat di internet.Persoalannya apakah yang ada itu benar2 teras kelor/gamunggal?Kerana kalau kita perhatikan teras kelor dan sameru mempunyai persamaan yang begitu ketara sehinggakan bagi orang biasa seperti kita akan keliru.Saya masih ingat arwah Pak Harun yang berada di Kerteh dulu menceritakan kepada saya beliau sendiri pernah tertipu hampir RM1500.00 kerana terbeli satu jenis kayu yang mempunyai rona dan bentuk yang serupa dengan teras kelor walhal beliau adalah saya kira seorang yang agak mahir selok belok kayu ini.Beliau menunjukkan kepada saya dua jenis kayu yang hampir2 serupa dan menanya saya mana satukah yang dikatakan teras kelor,saya memilih salah satu dari teras tersebut dan rupanya ianya bukan teras kelor seperti yang saya jangkakan.Seperti yang kita sedia ketahui melalui beberapa blog terdapat 3 jenis teras kelor iaitu 1.Kelor kampung 2.Kelor pulau dan Kelor Hutan.Soalan saya apakah bezanya diantara 3 jenis kelor itu,adakah dari sudut rupa pokok,buahnya dan daunnya.Bagaimana pula kita dapat membezakan diantara ketiganya dan soalan cepu emas ialah bagaimana nak mengenali keaslian atau tulen atau tidak  teras kelor itu.Bagaimana cara nak menguji keaslian teras kelor itu.Dari sudut pokok pula bagaimana nak mengenali yang mana satu kelor hutan,kelor kampong dan kelor Pulau dan apakah perbezaan diantara 3 teras tersebut.

Saya ada 3 jenis kelor yang berlainan warna iaitu hitam,coklat dan hitam yang samar.Jelas terdapat perbezaan warna pada teras kayu tersebut .Diharap pengunjung yang mempunyai pengetahuan mengenai kelor sila berikan pendapat anda agar kita semua lebih mengenali kelor dan mungkin tidak lagi tertipu atau terkeliru diantara kelor dan semeru.

Senduduk Putih


Pokok senduduk putih begitu sinonim dengan masyarakat melayu dan kebanyakannya percaya ianya ada kaitan dengan alam bunian.Tetapi kini ada terdapat dijual dibeberapa tapak nurseri.Kita tahu bahawa selain dari nilai perubatan ianya juga dicari kerana dipercayai mempunyai nilai mistiknya iaitu pengasihan.Soalannya apakah yang terdapat dinurseri itu mempunyai nilai yang serupa seperti yang di wawa kan terdapat dialam bunian.