Dalam Perubatan Tradisional,ada satu lagi jenis pokok yang sangat berkhasiat.Pokok ini ialah Pokok Mambu.

POKOK MAMBU.
Nama biasa.Mambu,Neem,Nim,Margosah,Sedu,Sadao,Dao,Repe,Imba,Mamba dan Mimba Intara.
Nama Saintifik ; Azadirachpa Indica.
Negara Asal  ; India tetapi bolih di dapati di Seluroh Asia Tenggara,Sri Langka,Burma dan Selatan Cina.

Khasiat Perubatan.
Pokok Mambu adalah pokok Herba tertua sekali dalam dunia.Telah di jadikan ubat sejak 4000 tahun dahulu.Perubatan yang paling lama menggunakan pokok ini ialah Perubatan Ayurveda.Pokok Mambu bolih hidup pada semua kaadaan tanah dan hidup lama.Pokok Mambu bolih hidup selama 200 tahun.Berhampiran rumah saya ada sebatang pokok yang besar nya 3 pemelok,saya pun tak tau berapa umur nya !!!.Di Afrika,pokok ini di kenali dengan nama Pokok 40 penyakit,kerana bolih mengubat 40 penyakit.Pokok Mambu bolih mengubati penyakit cacing,anti kulat,anti virus,anti barah,ubat kencing manis,anti kuman,anti kesuburan…perancang keluarga,anti serangga,ubat tahan sakit,penyakit kulit…campak,cacar,kayap dan gatal,ubat jerawat,menurun kan suhu badan,ubat kudis dan menambah subur immiun diri.Kepada binatang…seperti ayam,bolih mengubati penyakit sampar ayam.
Asap daun nya bolih membunoh nyamok atau serangga.Ubat serangga dari pokok ini SELAMAT tanpa dadah tetapi jangan di minum !!!.
Sunggoh pun bagitu,anda di nasihat kan MERUJUK PADA PAKAR TRADISIONAL DAHULU JIKA MAHU MENGUNAKAN NYA KERANA POKOK INI ADA BAHAN TOKSIK DAN BERACUN.Memang pokok ini bolih di makan pucuk nya tetapi ada penyakit yang sangat merbahaya jika termakan daun pokok ini.Pesakit lemah jantung dan tekanan darah rendah,tidak bolih mengambil pada dos yang berlebihan.
NASIHAT SAYA ;; Jika mahu berubat mengguna kan Pokok Mambu,cari lah PAKAR TRADISIONAL.Dan jika anda ambil sendiri,bawa lah kepada Pakar Tradisional.Dengan itu pokok ini bolih di tawar kan supaya ianya benar benar menjadi PENAWAR.Tanpa doa doa tertentu,pokok ini KURANG BERKHASIAT.Bukan pokok ini sahaja tetapi melibat kan semua Pokok lain.Pokok Perubatan bukan lah di ambil,dengan MERENTAP sahaja tanpa minta izin dan doa,ianya ada cara dan aturan nya.Jika tidak khasiat nya lari sebanyak 50%.Ada orang tanya saya,kenapa orang kafir,bolih ambil dan gunakan tanpa doa !!!.Jawapan saya,orang kafir juga berdoa dengan membaca Mentera !!,mentera itu doa lah bib !!!tapi doa kepada siapa ???aku tak tau !!!.kalau anda kurang percaya,tanya lah pada senseh atau sami hindu.Aku ni bib,semua nya aku kawan kerana sebagai Perawat Islam,semua Perubatan aku kena belajar !!!.
Olih itu jangan lah pandai pandai,ambil jer pokok dan terus buat ubat,jika ubat luar..tak per bib,jika ubat makan…haa masaalah.Banyak sekali Pokok Ubat Herba kita yang beracun dan bertoksid, sebagai contoh pokok Jarak Pagar…ubat buasir,Pokok Terap/Ipoh,Pokok Mambu,Pokok Lemega…ubat sakit gigi,Pokok Gajus,Pokok Mangga,Pokok Ubi Gajah dan lain lagi !!!.

Komen Oleh TS