Assalamualaikum,,sempena bulan Syawal ini saya telah berkunjung ke Perlis untuk bertemu dengan Dr Hisham seorang pakar dalam bidang batu permata.Saya ke Perlis bersama dengan Alam Tunggal dan ditempat Dr Hisham kami telah disambut  oleh beliau dan sahabat beliau saudara Fazrul,Dirumah Dr Hisham kami telah ditunjukkan serta diberi penerangan tentang beberapa jenis batu permata dan fosil dan ada diantaranya adalah dari jenis yang sukar untuk ditemui.Kami juga telah dibawa ke kedai pameran beliau,Masyaallah dan maha besar Allah disana terdapat beberapa lagi jenis batu permata,Fosil dan geliga yang begitu unik dan cantik,apa lagi saya dan saudara alam tunggal mulalah menjadi seorang jurugambar mengambil gambar beberapa jenis batu permata dan fosil.Agak banyak yang kami pelajari tentang batu permata  dan akan khasiatnya.Semasa dalam perjalanan pulang ke Pulau Pinang saudara Alam Tunggal tak putus2 melahirkan rasa kepuasan beliau dapat melihat pelbagai jenis batu permata,tak rugi tak rugi katanya datang ke Perlis berjumpa dengan Dr Hisham.Penerangan yang diberikan oleh Dr Hisham tentang batu permata dapat membuka minda kami mengenai alam perbatuan.Pengalaman serta pengetahuan beliau mengenai batu permata sememangnya melayakkan beliau menjadi konsultan/Pakar Penyelidik  bagi Balai Pameran Sultan Haji Hsanal Bolkiah Brunei Darulsalam dalam bidang batu permata dan fosil.

Gambar Dr Hisham bersama dengan salah seorang sahabat beliau.

Advertisements