Assalamualaikum para pengunjung blog,tidak lama lagi saudara Pendekar Sufi akan menubuhkan Akademik Seni Silat Gerak Makrifat konsep pelajarannya adalah kaedah mengenal Allah melalui Sifat,Asma dan Afaal yang diamalkan .Dalam akademik beliau para pelajar bukan hanya sekadar di ajar mengenai gerak silat tetapi akan juga didik menjadi seorang perawat.Bagi yang berminat terutamanya yang tinggal dikawsan Ampang bolehlah menghubungi beliau di no talipon 016 6353601.
Archives
- September 2021 (1)
- November 2017 (5)
- September 2017 (7)
- January 2014 (3)
- July 2013 (1)
- April 2013 (3)
- March 2013 (3)
- January 2013 (4)
- December 2012 (1)
- November 2012 (1)
- October 2012 (3)
- September 2012 (1)
- August 2012 (2)
- July 2012 (3)
- June 2012 (5)
- May 2012 (10)
- April 2012 (10)
- March 2012 (8)
- February 2012 (4)
- January 2012 (10)
- December 2011 (5)
- November 2011 (13)
- October 2011 (8)
- August 2011 (10)
- July 2011 (3)
- June 2011 (4)
- April 2011 (9)
- March 2011 (15)
- February 2011 (5)
- January 2011 (6)
- December 2010 (12)
- November 2010 (17)
- October 2010 (22)
- September 2010 (16)
- August 2010 (8)
- July 2010 (51)
- June 2010 (9)
- May 2010 (35)
- April 2010 (6)
- March 2010 (1)
- February 2010 (29)
- January 2010 (15)
- December 2009 (6)
- November 2009 (5)
- October 2009 (5)
- August 2009 (2)
- July 2009 (17)
- June 2009 (4)
- May 2009 (13)
- April 2009 (12)
- March 2009 (22)
- February 2009 (52)
- January 2009 (33)
- December 2008 (65)
-
Recent Posts
Recent Comments
karimon on Buku Pawang lukman hussain on Badi Kuning Mohamad Fitri on Buku Mistik Teras & K… Akhmad on Keturunan Al Hassan Yang … Taufik on Kayu Penunduk/Kayu Tas Bang Iyek on Keturunan Al Hassan Yang … Yanda on Batu Petir Azizi bin Aziz on Buntat Lokan & Telor Ayam… Sharom on Buah Lantong atau Labu Hu… Syed Muhammad Aizil… on Keturunan Al Hassan Yang … amir on Sejadah Rohani komunitaspemikirkrit… on Keturunan Al Hassan Yang … komunitaspemikirkrit… on Keturunan Al Hassan Yang … jailani matdoan on Keturunan Al Hassan Yang … jailani matdoan on Keturunan Al Hassan Yang … Categories
- Antik Dan Artifak (5)
- Barang Mistik (189)
- Barang Untuk DiMaharkan (15)
- Batu Permata & Cincin (62)
- Berguru (1)
- Berita/Info (93)
- Buku Mistik teras & Kayu (2)
- Buku Mistikal Mistik (6)
- Duit Lama (21)
- Dunia Dalaman Permata (10)
- Keris dan Senjata (26)
- Metafizik (16)
- Perbincangan & Rawatan Sakit Misteri (4)
- Perbincangan & Rawatan Sakit Misteri 2 (1)
- Rahsia Bangsa Melayu (2)
- Sejarah & Info Islam (10)
- Seni Silat Warisan Melayu (1)
- Tarikat & Tasauf (1)
- Teras Kayu (56)
- Tumbuhan Herba & Mistik (45)
- Uncategorized (8)
- Wali songo (3)
- XPDC Gunung Ledang 2 (19)
- XPDC Pulau Besar (26)
Tulisan Terbaik
Top Rated
Assalamuaalikum Tuan Pendekar…
Dapatlah kiranya Tuan berkongsi tentang Syllabus Seni Silat Gerak Makrifat ini dan apakah pre-requisite (syarat kemasukan/penyediaan Diri) bagi yang berminat – Sebagai contoh kondisi fizikal atau tahap umur?
Wassalam
Ya, syllabus atau kurilulum amat perlu diketahui. Pre-requisite dan kontraindikasi. Lain2 syarat. Fees atau percuma,
Sekian. thanks.
Waalaikum salam,
Terimakasih diatas pertanyaan saudara Alam Tunggal.
Silibus Silat Gerak Makrifat adalah mengamalkan kembali segala sunnah-sunnah Junjungan kita yg kini dipandang sepi oleh masyarakat. Dari segi amalan ibadah, kerjakan segala amalan fardhu dan perbanyakkan amalan sunat. Tiada amalan yang bercanggah dengan sunnah, apalagi bidaah. Segala yang di tinggalkan / diajarkan oleh Nabi kita sudah lengkap dan sempurna.Hidupkan sahaja segala amalan-amalan itu dengan niat yg bersih kerana Allah semata-mata.
Saya tidak mengajarkan ajaran-ajaran yang baru selepas kewafatan Rasulullah. Baik dari segi ibadah, cara rawatan mau pun kaedah bersilat. Bukan segala ilmu yang baru selepas itu saya nafikan juga dari Rasulullah tetapi bukankah sebaik-baik kurun adalah 300 tahun semasa dan selepas kewafatan Baginda yang committed dgn segala sunnahnya.
Syarat kemasukan terbuka kepada umat Islam 18 tahun ke atas. Kondisi fizikal bukan halangan malah digalakkan yg berpenyakit dan yg lemah supaya turut menyertai Silat ini agar yg sakit akan sihat dan yang lemah akan bertambah kuat kalau bukan fizikalnya pun mungkin semangat dan keyakinannya.
Mereka-mereka yang telah belajar ilmu tasauf dan ilmu ketuhanan seperti Sifat 20 akan mudah menguasai ilmu ini kerna itu di zaman dahulu ilmu-ilmu ini hanya terhad kepada mereka yg mantap dgn ilmu tauhid tasauf. Tetapi kini zaman makin mendekati akhir zaman, maka elok kalau saya buka untuk umum agar yg layak dapat menguasainya dan yang belum akan bersemangat untuk memperbaiki diri agar kaedah mengenal Allah Azzawajalla melalui Sifat-Nya, Nama-Nya dan Af`al-Nya ini turut meningkatkan martabat iman pelatih itu sendiri.
Ada mahar perguruan kerana ini zaman bukan zaman batu. Guru saya pernah berkata, “Kamu jgn merendahkan martabat Ilmu ini dengan meletakkan ia di bawah. Hendak, ambil, tak hendak , buang. Kalau hendak, sediakan maharnya, setelah diambil ijazahnya amalkan bersungguh-sungguhnya agar berbaloi dgn maharnya”.
Orang dulu-dulu sanggup mengembara meninggalkan keluarga untuk menuntut ilmu. Keluarga kena sara diri, sakit tanggung sendiri. Itu pengorbanan insan yg mahu memperbaiki diri dgn ilmu yg bermanafaat. Tetapi kini pengorbanan itu kita hanya tukar kepada nilai ringgit yg hanya tak seberapa.
Matlamat saya untuk mmendidik dan melahirkan pesilat dan perawat yg bertaqwa, menghindari bidaah dan mempelajari ilmu yg HAQ. Berakhlak mulia dan mengenal Tuhan dengan sebenar-benarnya bukan sebatas huruf dengan menghafal segala pelajaran Tauhid tetapi tidak mengamalkannya. ALLAH yang Maha Berkuasa dan Maha Menyembuhkan.Lahaulawala Quwwata Illa Billahi Alliyyil Azim .
Wassalam.
salam, pendekar sufi yang dikasihi,sy alif umur 21 dan masih belajar di universiti, sy berminat ingin belajar seni silat makrifat ini walaupn sy jahil dlm bidang agama..tetapi apabila baca blog ni sy terasa berminat dan ingin berapakah yurannya? sebagai pelajar yg dtg dr golongan ssh kalau boleh ingin tahu mcm mna byrn yuran tersebut. terima kasih 😉
Eh, betul la tu kalau gitu kata pendekar sufi. Belajar hal Sufi dan kema;rifatan ni lain dari yang lain – maknanya ia tak boleh dibuat by syllabus atau kurrikulm. Ianya bukan macam lain2 pelajaran – nak pass pass tak pass pun kena lalui juga for the next lesson, no, ia nya bergantung kepada tahap pencapaian sesorang itu, dan itu pula bergantung kepada “diri” orang itu sendiri. Faham2lah bila disebut “diri” dalam inverted comma tu. Kalau yang masih tak kenal diri, akan dilatih dengan menggunakan asmaulhusna DENGAN CARA YANG TERTENTU – bukan main hentam je, untuk bawa seseorang itu mengenal dirinya.
Tau tak tugas menngenal diri kita tu adalah “wajib” bagi setiap orang yang mengaku beragama islam. Ini kerana kalau tak kenal diri mana nak kenal tuhannya??? Dengan maaf saya sebutkan ini, berdasarkan perintah Allah SWT didalam alQuran yang mulia yang kita ikuti itu. Carilah sendiri didalam nya, baru lah dapat tahu.
Bukan kah ada tersebut didalam alQuran didalm surah alImran tu sebanyak 3kali “KENALI LAH DIRIMU” , “KENALILAH DIRIMU”, “KENALILAH DIRIMU”: CARIDIDALAM SURAH AL-IMRAN.
Selepas itu didalam satu bahagian lagi ada disebutkan “kenalilah dirimu apabila kenal diri maka kenalah tuhanmu”.
kenapa ye ia disebutkan begitu??? Fahamilah bahawa tugas mengenal diri itu adalah wajib bagi setiap yang mengaku Islam. Ini kerana seerti disebut diatas tadi, yang membawa makna SELAGI TAK KENAL DIRI SENDIRI MAKA KITA TIDAK AKAN DAPAT MENGENAL TUHAN. INI KERANA BUKAN BADAN JASAD KITA YANG BOLEH MEMBAWA KITA MENGENAL TUHAN YANG MAHA ESA ITU. NAK JUMPA PAK MENTERI YANG MENJADI MANUSIA BIASA TU PUN KITA TAK BOLEH PERGI SENDIR KAN, MESTI NAK KENA ORANG INTRODUCE ATAU YANG BAWA ATAU YANG BUAT APPOINMENT. ITU MANUSIA BIASA JE, NAK JUMPA SULTAN, JUGA TERDIRI DARI MANUSIA BIASA JUGA (HANYA BELIAU BERDAULAT LEBIH JADI SULTAN), PUN TAK BOLEH KALAU TAK DIBAWA ATAU MENGIKUT ATURANNYA, INIKAN PULA NAK MENGADAP TUHAN ATAU ALLAH SWT YANG MAHA MAHA MAHA BESAR ITU!! IA PASTILAH KENA ADA ATURANNYA, DAN ATURANNYA IALAH “DIA” MENGARAHKAN KITA MENGENAL DIRI KITA, HANYA DENGAN DIRI YANG DIKENALI ITU YANG AKAN MEMBAWA KITA MENGENAL TUHANNYA.
TAPI ADA SATU LAGI MASALAHNYA KERANA DIDALAM AL-QURAN DEKAT2 NAK HABIS TU ADA DISEBUTKAN ALLAH BERSABDA KEPADA MUHAMMAD SAW, “hai Muahmmad, katakanlah “””Sekiranya engkau boleh memasukkan SIANG keMALAM dan Malam ke siang maka kenal lah diri””””.
Cuba teka “Siang” tu ada apa?
“Malam” Tu pula ada apa?
heheheheh -Kalau nak lagakan matahari dengan bulan agar mereka saling masuk memasuki – hohohohohoho – HANCURLAH semuanya!!!
Untuk mengetahui semua tu – MARILAH KITA SEMUA SAMA TURUT MENJAYAKAN PROGRAM SILAT GERAK MA’RIFAT INI.
Diharap kelas ini dapat dimulakan dengan seberapa segera.
Seronok tau kalau dah didalamnya ……………………
TUNGGU DAN LIHATLAH SENDIR NANTI….ALAMILAH SENDIRI NANTI…….
Ikhlas dari..
Cuiettokpasai.
“hai Muahmmad, katakanlah “””Sekiranya engkau boleh memasukkan SIANG keMALAM dan Malam ke siang maka kenal lah diri””””. dalam maananya bagi yang mengetahui akan hakikat diri,inilah juga yang membawa maksud aku kenal tuhan ku dengan tuhan yang akhirnya tiada kewujudan kita selain dia.
Itu jam isim atau majnum lah katakan..
Nak duduk tapak Kamaliah tak leh lama..kalau dok lama-lama, tak bermasyarakat la jawabnya..kena la duduk tapak mutmainnah..baru dapat bawa yang disanadkannya..baru lah leh jadi HambaNya…kalau tak..masih ditapak Keakuan lah jawabnya..maka…dengan itu..lakum di nukum..wali yadinn…..selamat bertaqwa…
Apabila kita dah mengenal diri, kita boleh merawat diri sendiri, dan mendapatkan apa jua yang kita idamkan tanpa susah2 (bergantung kepada tahap kesucian hati dan tahap ketinggian maqam diri kita,), masa tu dengan hanya terlintas didalam hati je benda tu akan terjadi – dan dengan sertamerta kekadangnya. Bagus kan?? Tak bagus pun ada juga – jangan terlintas benda tak elok, sebab ia akan kadi serta merta juga!!! Kena jaga hatinya betul2 tak boleh berhati nak balas dendam,
lagi satu ia akan jadi PELANTUN – segala apa yang tak elok yang ditujukan kepada kita – dengan sendirinya ia akan melantun balik kepada source asalnya. Kita tak tau pun, dengar2 ianya dah berlaku.
Boleh lah silat macam kong fu tu…….
Jom kita sama2 mengejar ilmu allah ni demi untuk persiapkan dirikita….
Bab ni aku sokong hang cuiettokpasai..hang dah lalu ka..atau dengaq cerita ja?..kalau dah lalu tu..Alhamdulillah..ada geng..macam Tok Paduka…Hang bayangkan lah..Tok Paduka Jatuh gedebub..pun tak jadi apa-apa..kekadang dia leh terbang dan melompat kat sini dan sana…tapi hang mau tau jugak jatuhnya kat mana dan terbang melompat kat atas mana..Ilmu tu dia belajaq kat Wak Karimon tu..Kalau T.S jatuh tak bedebub la pulak..dia jatuh dan bounce balik…macam bola..Wak Karimon pun tak lama lagi macam dia jugak..Kalau Tuan Pendekar pulak..dia jatuh melayang macam Daun..tak leh bounce balik..tetapi..jeng-jeng-jeng..kalau dia masuk gelanggang..hangpa mau jaga-jaga..sedaq-sedaq dia dah ada kat sebelah aja..mula hangpa tengok dia kat depan mata..tup-tup..dah ada kat atas pokok…pokok rambutan bro…
Assalamualaikum wbt….
Terimakasih di atas sokongan, sedikit tazkirah dan bentangan secebis pengalaman dari Cuiettokpasai. Begitu lah sebenarnya Rahsia Pengamalan Ilmu ini, kerana itu ilmu ini susah didapati kerana ia merupakan amalan rahsia para waliy dan tuan-tuan guru mursyid.
Saya mendapat nasihat dari beberapa rakan taulan yang berpengalaman agar di susun sillibus mengikut tahap-tahap tertentu mengikut jenis ilmu yang di ajar. Saya dapati agak munasabah kerana budak-budak muda yg kurang pengetahuan agama perlu di beri kefahaman terlebih dahulu agar tahap amalan peringkat tinggi nanti mereka akan dapat pelajari setelah melepasi tahap kefahaman dalam agama itu sendiri malah sudah dapat mengenal diri.
Saya akan menyusun 7 tahap peringkat pelajaran seperti berikut :
1/ Asas Tahap Satu – latihan silat fizikal ( Warisan Hang Tuah )
2/ Tahap Kedua : Latihan Gerak Lam Alif, Pasak Bumi , Jurus dsbnya ( Warisan Sayyid
Pendeta Sang Adi Putra )
3/ Tahap Ketiga Latihan Silat Gerak : ( Warisan Sunan Kalijaga & Adi Putra )
4/ Perubatan ( Gerak Tangan ) dengan Ilmu Warisan Sunan Kalijaga & Adi Putra
5/ Amalan Ayat-ayat Fardhu dan Ayat-ayat Makrifat ( Kaedah niat dan makrifat)
6/ Penyembuhan Tapak Tangan dan segala-gala hajat (dengan niat) dgn Ilmu Warisan Sayyid Hussein Jamadil Kubra.
Secara kasarnya ini lah bakal menjadi silibus Gerak Makrifat nanti. Walaubagaimana pun ia mungkin berubah-ubah sekiranya ada pandangan yg lebih bernas dari orang lama nanti.
Sekian.Wassalam.
Assalamualaikum,ada wak beritau aku tentang hang nak buka gelenggang silat,molek sungguh tu tapi mu jangan lupo pulut kuning dan ayam panggang untuk aku rasmikan.bila hang nak buka gelanggang silat hang suruh wak karimon semah gelanggang upahnya hang beri kat aku.Bagus tahniah untuk hang,kalau aku belajak free ke ?
Hang jangan lupa bab ayam tu, simpan aku sebelah..pulut tu simpan sket utk aku..maklumlah..kang kut kalau pelatih kena dengan penangan Wak Pendekar pulak camner Paduka..saper nak buat Cpr??..kalau pelatih wanita tu, kira..aku lah yang kena jaga bro..hang jaga Daus ngan Alam Tunggal dah la..Sofajane kalau nak masuk pun boleh jugak..tapi..kalau makcik jane masuk..aku kena lari malam la plak…sebab Ciklik bawak kapak dan beliung standby kat tepi..bukannya aper..time tu Wak Karimon silat tak pakai cermin mater dah..terasng ajer nampaknya…heheheh…jangan mare sahabat-sahabat smua…
TIDAK ADA DAYA KEKUATAN MELAINKAN DARI ALLAH
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Penyayang
KUASA MUTLAK adalah KEPUNYAAN ALLAH. Ilmu ini adalah selari dengan apa yang dikatakan oleh Ibnu Qayyim iaitu “meletakkan keupayaan dan kekuatan kepada Allah”. Inilah apa yang selalu kita zikirkan iaitu selepas sembahyang;
“La hawla wa laa quwwata illa billahil ‘aliyil azim”
Tidak ada daya kekuatan melainkan dari Allah (sahaja).
Konsep kekuatan dan kuasa hanya milik Allah ini sepatutnya dikuasai semua umat Islam sewaktu mempelajari Rububiah Allah iaitu: “yakin berserta keimanan yang teguh , kukuh dan mantap (istiqamah) tanpa berbelah bagi dan waswas bahawa hanya Allah sahaja Tuhan yang mencipta segala-galanya. Allah yang maha pencipta (tiada pencipta lain kecuali Dia). Dia adalah Tuhan pemilik segalanya, tiada sekutu dan tiada penolongNya dalam mencipta segalanya. Hanya Allah sahaja yang benar-benar Tuhan yang Maha berkuasa di atas segala apa sahaja ciptaannya, memiliki dan memerintah mengikut kehendakNya, dan tiada kuasa atau perintah yang mutlak selain kuasa dan perintah yang ada padaNya”. (Jumhur ulama)
Secara mudah, konsep rububiah Allah ini boleh dijelaskan sebagai “Allah sahaja yang berkuasa dalam mencipta dan mentadbir alam semesta ini”.
Berdasarkan konsep rububiah Allah ini, setiap makhluk/sesuatu tidak mempunyai kekuatan atau kuasa!. Maksudnya:
1. Manusia tidak mempunyai kuasa dan sebarang daya kekuatan
2. Angin tidak mempunyai kuasa seperti mencabut pokok
3. Elektrik tidak mempunyai kuasa
4. Cahaya tidak ada kuasa untuk menerangi
5. Al Quran tidak mempunyai kuasa merawat atau menyembuh penyakit
6. Makanan tidak mempunyai kuasa untuk mengenyangkan dan memberikan kesihatan
7. Minuman tiada kuasa menghilangkan dahaga
8. Ubat tidak ada kuasa untuk memulihkan penyakit
Berdasarkan fahaman sebenar berkaitan konsep rububiah ini, jadi mengapakah manusia boleh berkata-kata seandainya kita tidak mempunyai kuasa? Jawapannya ialah kerana Allahlah yang mentadbir dan mengurus lalu memberikan rahmatNya sehingga manusia mampu berkata-kata. Melalui rahmat dari Allah inilah, manusia boleh berkata-kata serta melakukan pelbagai aktiviti lain. Itulah sebabnya seandainya kita mengaku bahawa kita mendapat keputusan SPM yang baik kerana kita adalah orang pandai dan dilahirkan pula dari gen ibu bapa yang pandai (kedua-dua mereka Profesor) maka akidah orang ini sudah rosak.
Melalui kefahaman yang lurus berdasarkan ilmu rububiah Allah, angin yang kuat mencabut pokok adalah kerana kuasa yang diberikan Allah, ubat tidak ada kuasa menyembuh penyakit kerana kesembuhan adalah sebenarnya milik Allah. Manusia boleh sembuh tanpa ubat atau pun orang sakit yang sudah banyak berubat akan tidak sembuh sekiranya tidak diberikan rahmat sembuh dari Allah.
Sekiranya kita beranggapan penyakit sembuh kerana makan ubat, ia adalah satu tanggapan yang salah dan membawa kesan besar iaitu kerosakan akidah. Sepatutnya, apabila seseorang sakit, Allah perintah agar manusia berusaha mencari ubatnya dan selepas memakan ubat ini bertawakkallah kepada Allah kerana Allah sahaja yang layak memberikan kesembuhan bukannya ubat. Apabila sembuh jangan pula puji ubat tetapi pujilah Allah SWT yang menurunkan ubat dan memberikan kesembuhan.
Begitulah juga Allah perintah bila lapar, makanlah dari rezeki yang baik yang dikurniakan Allah. Selepas makan bertawakkallah kepada Allah kerana hanya Allah yang akan memberikan rahmat kenyang, sihat dan sebagainya.
Begitulah, segala makhluk / sesuatu termasuk manusia, makanan, minuman, ubat, elektrik, Al-Quran dan enjin kereta tidak ada sebarang kekuatan atau kuasa sekiranya tidak diberikan oleh Allah.
Sekiranya kita beranggapan Al-Quran mempunyai kekuatannya sendiri dan mampu menghalau syaitan dan jin, maka ini adalah satu kerosakan akidah kerana Allah sesungguhnya tidak mempunyai sekutu atau rakan untuk mentadbir alam ini. Allah juga tidak memerlukan Al-Quran sama ada dalam bentuk tulisan atau bacaan untuk menghalau syaitan atau jin. Bila Allah berkehendak akan sesuatu perkara, maka berlakulah.
Itulah sebabnya ramai ustaz dan ustazah di Malaysia telah silap besar dengan mengajarkan bahawa apabila ayat Kursi dibacakan dengan makhrajnya dan waqafnya yang betul, ia akan dapat membakar syaitan / iblis atau menghalau syaitan / iblis. Fahaman seperti ini adalah satu kerosakan akidah yang sangat besar dan bercanggah sama sekali dengan konsep rububiah Allah Taala.
Seandainya seseorang membacakan ayat Kursi atau sebarang ayat Al-Quran lainya dengan beranggapan bahawa ayat-ayat tersebut mampu memberikan perlindungan atau menghalau syaitan, suatu kesilapan akidah yang besar sudah berlaku dan ini menimbulkan kemarahan Allah. Akibat dari kemurkaan Allah ini, orang yang membacakan ayat Kursi atau ayat Al-Quran lainnya akan mendapat bala musibah dari Allah dan bukannya mendapat rahmat dari Allah. Akibatnya ialah bacaan ayat Kursi ini akan mengakibatkan orang yang dibacakan jampi ini bukannya semakin sembuh namun apa yang kerap berlaku ialah seolah-olah orang yang diganggu ini seperti bara api disiram minyak maka tambah teruklah orang yang diganggu syaitan ini. Sebaliknya sekiranya jampi ini dilakukan dengan betul, rahmat Allah akan turun dan orang yang diganggu syaitan tersebut akan kembali pulih.
Selepas menjelaskan perkara asas tauhid ini, seorang pelajar wanita menceritakan pengalamannya. “Saya pernah diganggu kena tindih sewaktu tidur. Bila saya ingat ayat Kursi dan mula untuk membacanya, gangguan ini semakin teruk lagi. Pada masa lain gangguan kena tindih ini berulang lagi dan saya mengulangi mengingat dan membaca ayat Kursi dan hasilnya tetap sama iaitu gangguan semakin teruk sehingga saya naik bosan. Akhirnya pada suatu masa lain apabila saya diganggu gangguan yang sama, saya tidak mahu menggunakan lagi kaedah membaca ayat Kursi kerana akibatnya saya akan mendapat gangguan yang lebih berat, jadi saya hanya sekadar mengingati Allah. Alhamdulillah hanya dengan sekadar saya mengingati Allah, gangguan ini dapat diselesaikan”.
Begitulah pengalaman berharga seorang pelajar wanita saya yang wajar sekali dijadikan iktibar bagi semua umat Islam. Mengingati Allah adalah satu bentuk zikrullah. Hanya dengan mengingati Allah dapat menyelamatkan manusia dari gangguan syaitan dan sebaliknya bila mengingati dan membaca Al-Quran ayat Kursi dengan niat / iktikad ayat ini dapat menyelamatkan dan menghalau syaitan, kesannya adalah sebaliknya iaitu gangguan semakin parah. Ayat Kursi memang hakikatnya tidak mempunyai sebarang kuasa atau kekuatan apatah lagi menghalau dan menjauhkan syaitan kerana ini semua adalah bidang kuasa Allah yang Allahhuakbar. Mintalah kepadaNya.
Sebenarnya membaca Al-Quran dengan iktikad bahawa bacaan ini boleh menghalau hantu dan syaitan adalah menyalahi akidah Islam dan ini amat selari dengan hadis Nabi Muhammad SAW berikut:
Al Bayan: 584 – Hadis Sahl bin Hunaif r.a: Diriwayatkan daripada Yusair bin Amr katanya: Aku bertanya kepada Sahl bin Hunaif: Adakah engkau pernah mendengar Nabi s.a.w menceritakan tentang Khawarij? Sahl menjawab: Aku mendengarnya sambil menunjuk dengan tangannya ke arah timur. Suatu golongan membaca al-Quran dengan lidah mereka, tetapi tidak sampai ke otak mereka. Mereka keluar dari agama sebagaimana anak panah menembusi binatang buruan.
Memang amat sesuai hadis ini yang menceritakan orang membaca Al-Quran pun diberikan Allah balasan terkeluar dari Islam kerana hanya dengan membaca Al-Quran dengan iktikad bacaan ini mampu menghalau hantu dan syaitan, perbuatan ini telah merosakkan akidah lalu mensyirikkan Allah dan orang syirik sebenarnya telah terkeluar dari Islam sesuai dengan hadis di atas. Menghalau hantu syaitan hanya semata-mata kuasa dan bidang kerja Allah SWT dan bukannya kuasa kekuatan dari Ayat atau bacaan Al-Quran.
Jadi kalau Al-Quran tidak ada sebarang kuasa, mengapa Nabi Muhammad menggunakan ayat-ayat Al-Quran dalam hadisnya untuk menjampi (meruqyah)?? Jawapannya ialah kembali kepada asas pelajaran tauhid di atas iaitu manusia tiada kuasa kekuatan dan begitu juga ubat, makanan dan ayat atau bacaan dari Al-Quran. Jadi bila lapar makan dan selepas itu kalau Allah memberikan rahmatNya, kita akan dapat nikmat kenyang. Sama juga dengan proses menjampi. Dalam kes-kes tertentu, Nabi atau sahabat Nabi menggunakan jampi dari bacaan ayat Al-Quran untuk mengubati. Namun apa yang perlu difahami di sini ialah Nabi dan sahabat semuanya mantap dengan asas akidah dengan iktikad bahawa ayat Al-Quran ini tidak ada sebarang kekuatan atau kuasa. Selepas melakukan bacaan jampi ini, ikutilah dengan doa kepada Allah minta disembuhkan masalah yang dihadapai oleh pesakit.
Apa yang sangat perlu difahami di sini ialah usaha / ikhtiar dan kuasa pemutus. Bila kita lapar Allah suruh makan adalah satu usaha atau ikhtiar. Kuasa pemutus menghilangkan lapar bukan bidang kuasa makanan yang dimakan. Kuasa pemutus menghilangkan lapar adalah kuasa pemutus yang mutlak kepunyaan Allah SWT. Dalam hal menjampi, Allah sudah mencontohkan melalui NabiNya bahawa dibolehkan menjampi. Menjampi ini adalah sekadar usaha sebagaimana disunnahkan. Kuasa mutlak menyembuh adalah bukan dari perbuatan bacaan jampi tersebut tetapi kuasa mutlak dari Allah. Itulah sebabnya setengah orang apabila menjampi, Allah memberikan rahmatNya lalu memberikan kesembuhan manakala orang tertentu atau kebanyakan di Malaysia apabila menjampi mendatangkan kemarahan Allah dan mengakibatkan masalah pokok tidak selesai dan berkemungkinan masalah ini akan menjadi lebih besar sebagai azab dari Allah.
Sekiranya pembaca ingin membuat eksperimen berkaitan perkara ini, apabila berjumpa orang atau pelajar yang kerasukan atau histeria, panggillah beberapa orang lelaki lalu bacalah ayat Kursi dengan kuat sebanyak mungkin secara beramai-ramai yang mampu dengan iktikad bahawa bacaan dari ayat Kursi ini mampu menyembuhkan keadaan mangsa. Lihatlah apa tindak balas dari mangsa histeria ini. InsyaAllah mangsa ini semacam semakin marah serta agresif dan mungkin akan berkata beberapa perkataan yang menakutkan lagi. Itulah namanya azab tambahan dari Allah.
Sebagai ilmu, lain kali apabila menemui pelajar yang histeria, lakukan perkara berikut:
1. Jauhkan sejauh-jauh mungkin pelajar lain yang tidak diganggu dan kalau boleh suruh balik dari sekolah.
2. Jauhkan orang perempuan terutama sekali orang perempuan yang sedang haid.
3. minta beberapa orang lelaki memantau sahaja mangsa histeria tersebut.
4. Seorang yang benar-benar faham dan mantap asas tauhid, lakukanlah perkara berikut:
1. Perawat mengambil air sembahyang.
2. Ambil air semangkuk (Tidak melakukan perkara ini pun boleh kerana Nabi Muhamad SAW tidak menggunakan air pun)
3. Letakkan mangkuk air ini dihadapan dan duduklah bersila menghadap kiblat.
4. Berniatlah bahawa perbuatan anda ini adalah semata-mata untuk meminta bantuan dari Allah untuk membantu menyelesaikan masalah yang sedang dialami oleh mangsa histeria. Menolong kerana semata-mata Allah SWT.
5. Bacalah jampi anda dengan dimulakan dengan ta’wuz di ikuti bismillah, Al Fatihah, permulaan surah Baqarah dalam 10 ayat dan diikuti dengan ayat Kursi dengan kyusuk dan suara yang lembut antara kedengaran dengan tidak. (Allah jauh sekali dari sifat pekak). Tidak perlulah dibacakan kalimah Allah ini dengan kasar dan kuat seolah-olah bacaan ayat inilah yang menghalau syaitan. Bacalah tiga ayat terakhir dari surah Al Baqarah. Nak sambung dengan mana ayat lain dalam Al-Quran pun boleh. Sudahilah jampi anda dengan bacaan ayat-ayat dari empat Kul iaitu Al Kafirun, Al Ikhlas, Al Falak dan An Nas
6. Selepas selesai menjampi, satu langkah yang paling penting ialah berdoa mohon rahmat daripada Allah untuk memberikan rahmatNya kepada mangsa tersebut dan seterusnya minta Allah sembuhkan. Boleh menggunakan nama mangsa tersebut dalam doa ini. Ulangilah doa ini beberapa kali dengan bersungguh-sungguh.
7. Sewaktu makukan solat 5 waktu, pada sujud rakaat terakhir, berdoalah dengan kesungguhan memohon rahmat dari Allah agar memberikan rahmat memulihkan mangsa dari gangguan syaitan tersebut. Selepas selesai solat, berdoalah dengan bersungguh-sungguh lagi kepada Allah.
8. Ambil air dalam mangkuk ini dan mulalah untuk menyapu air ini ke muka mangsa dan bahagian atas kepala dengan diikuti bacaan mana-mana ayat dari Al-Quran dan diselang-selikan dengan doa memohon rahmat dari Allah semoga mangsa ini dipulihkan. (Tidak melakukan perkara ini pun boleh kerana Nabi Muhamad SAW tidak menggunakan air pun)
9. Ulangi proses menyapu air jampi ini ke muka dan bahagian atas kepala sebanyak tiga kali. (Tidak melakukan perkara ini pun boleh kerana Nabi Muhamad SAW tidak menggunakan air pun)
10. Perawat meninggalkan lokasi mangsa dengan terus berdoa lagi kepada Allah. Adalah penting sekali untuk perawat meninggalkan mangsa bagi mengelakkan perasaan megah dan riak kerana ini adalah dosa yang amat besar. Ia juga penting agar perawat terus berdoa memohon rahmat Allah semoga disembuhkan mangsa tersebut.
11. Elakkan dari meminta balasan . Jangan pula perawat berniat untuk mendapatkan sebarang hadiah dan pujian dari usaha ini sekiranya Allah memakbulkan usaha perawat ini.
12. Jangan bertanya kepada rakan yang menjaga mangsa sama ada mangsa telah pulih atau belum. Teruskan sahaja berdoa dan bertawakkal kepada Allah.
13. Kalau ada mana-mana rakan yang memberitahu bahawa mangsa telah sembuh, terus hentikan perbualan dan lakukanlah sujud syukur.
14. Elakkan sebarang perbincangan atau perbualan yang melibatkan nama anda sebagai perawat. Ini sangat bahaya kerana boleh menimbulkan riak.
Sekadar renungan bersama : dipetik dari sebuah laman agama.Wassalam.
Terima kasih, banyak ilmu penting tu dah diberikan. Tapi jika dapat menguasai Ilmu Seni Sinat Makrifat lagi lah mudah membantu sesiapa saja.
Memang benar seperti kata Pendekar Sakti, tiada apa yang berkuasa menjadikan sesuatu dimuka Bumi Allah ini – jangan duk bermimpi mengatakan itu adalah dengan qudrat “kita” – jangan no!!! Kita sedikit pun tidak berkuasa melakukan sesuatu apa jua sekalipun, JIKA TANPA IZIN ALLAH ATAU TANPA ALLAH YANG MENGGERAKKANNYA. contohnya – diriwayatkan seorang hamba allah telah didapati bersalah menyebakan kematian seorang yang lain – dizaman dahulu, lau dibawa kemuka pengadilan didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman mati juga. Tetapi, apabila sampai saja saat dan ketika nya untuk dijatuhkan hukuman sesuatu berlaku, Raja telah mengampunka beliau, semasa tukang pancung hendak mengangkat pedangnya memancung orang itu atau pun pedang itu tidak terangkat oleh tukang pancung itu – something like that, tetapi yang pasti pesalah itu telah escaped hukuman itu dengan perintah diraja. Lalu Raja menyoal kepada orang itu, apakah yang menjadi amalannya : lalu diberitahu oleh sang pesalah yang beliau selalu mengahafal surah alKahfi, dan Haikal. Harinya selalu berzikir dengan nama allah setiap saat. Lalu Raja membekalkan beliau dengan hadiah pula.
Sebenarnya begini didalam ilmu Makrifat – tiada sesuatu pun yang berupaya oleh manusia sekiranya tidak sengan izin Allah atau dengan kehendak Allah. Beginilah:-
– Kertas yang kosong tidak akan bertulisan diatas nya jika tiada dakwat dan pen. Pen pula tidak akan dapt menari2 menulis tulisah hukuman itu jika tiada jari tangan yang memegang pen untuk menulis. Jarijari tangan penulis pula tidak akan dapt memegang pen jika tiada ada kuasa pergereakan untuk mengcakupkan pen itu. Setelah pen dipegang ditulis hukuman itu, lalu hendak dibacakan – tidak ada sebarang pernyataan jika lidah tidak memetik keluar pata-patah perkataan hukuman itu, dan lidah sekali2 tidak akan boleh memetik jika tiada pedrgerakan yang mengkortrol lidah itu – umpamanya orang stroke ??? apabila lidah memtik keatas kebawah ketengah ketepi untuk mengeluarkan kata2 – nothing will come out kiranya tiada ada peti suara (dimana angin dan getaran vokal menghentam dan menghasilkan suara).
Pedang dan tukang pancung: Mata tukang pancung harus bekerjasama untuk memerhati akan mata pedang itu, tangannya harus bergerak untuk mencapai pedang, kemudian ia harus pandai mencangkup pedang itu in such a way ia boleh buat kerja memancung. Tidak akan terangkat pedang itu oleh situkang pancung jika tidak ada kudrat didalam tangannya untuk mengangkat dan menghayunkan pedang kearah yang betul. Tidak akan memakan daging itu oleh pedang itu jika tidak diiznkan oleh Allah, dan inilah yang berlaku kepada sipesalah tadi – kalau tak silap ingatan saya, pedang itu tak makan tengkuknya. Kenapa, Allah tak mengizinkan pada pedang itu maka pedang itu jadi lembik atau tumpul atau situkang pancung itu yang tak terangkat pedang itu.
Kenapa ya terjadi begitu??? ini bukan sihir, tetapi ini sahlah menunjukkan kita manusia sebagai manusia biasa tiada sebarang kuasa untuk melakukan apa saja.
Semua ini hanya dapat difahami oleh oerang yang mengamalkan mengenal diri dan Allah, “Apabila kenal diri, maka kenal lah Allah, Apabila kenal Allah mati lah empunya diri” Allah menyruh kita “matikanlah dirimu sebelum engkau dimatikan……….”.
Marilah kita sama2 mencapai kearah itu…..
Ingat, macam mana kita nak lawan dengann kuasa neuclear USA, Russi, dll tu???
Tak lain dan tak bukan HANYA DENGAN MENGENAL DIRI DAN ALLAH SERAMAI ORANG YANG BOLEH SEBELUM MASA ITU TIBA. Ingat masa Israel Amerika mengebom Irag dahulu?? Beberapa banyak peluru berpandu amerika itu telah tersasar jauh dari targetnya?? Dan ada pula bom dan peluru berpandu yang tidak meletup?? Kerja siapakah itu?? Jangan perlekehkan Ahli Sufi kita diseluruh dunia. Kerja mereka lah itu. Dari jauh mereka lakukan kerja tu.
Sekurang2nya kemusnahan itu dapat dikurangkan juga.
Apa kata kita semua belajar sungguh2 ilmu ini, dann kita pasti dapat memberikan “perkhidmatan kita kelak” – memang lah tak dibuat secara terang2an, tapi sanggupkah kita melihat negara kita bakal musnah nanti jika terjadi apa2 percetusan?? Bukankah Allah telah memerintahkan kita bersedia awal dengan sekuat2nya pertanahan ??? Mana tahu third world war datang masa kita masih bernyawa – tak kan kita nak tengok saja askar2 kita membuat semua perkara?? Ayuh , bangun hai semua umat islam, perkukuhkan diri kita secepatnya, –
Ilmu Silat Gerak Ma’rifat adalah warisan dari Junjungan Kita, semestinya lah kita mewarisinya!!!!!
tuan pendekar,,jgn lupa bawa ke kedah pulak…
Waalaikum salam Tuan Paduka,
Anda mau belajar, kena datang mengadap hamba, bawalah lamp chop kegemaran hamba dan pelembut hati hamba heheh, kalau bawa pengeras, hamba tak mau.
Daus, kalau anda mempunyai rakan yg turut mau belajar, saya boleh turun ke sana tapi biarlah tak kurang dari 5 orang.
Cuiettokpasai ni pun tak kurang hebat. Dengan pengalamannya SS Gerak Makrifat akan menggegar Tanah Melayu. Orang-orang lama cam Wak dan Cuiet akan menjadi tonggak utama penggerak SSGMM. Pelatih-pelatih terawal yg mempunyai asas yg kuat akan mendapat amalan-amalan peringkat tinggi dan bakal dilatih menjadi Jurulatih.
Sekian untuk makluman. Wassalam.
insyaALLAH tuan,,,,saya pun bekas pesilat juga….mungkin ada rakan2 sepejuangan saya yang beminat,,,,
Assalamualaikum Daus,
Saya akan beraya di Kedah dan bertolak ke sana pada 15hb. kalau berhajat silalah call ye.
Eh eh Tuan Pendekar Sufi ni, terlalu tinggi pulak memberi kredit kat hamba ni. Kan hamba dah kata “1992” mas tu apa pun jadi – tapi dik ku takut pada manusia dan telah berhenti mengamalkannya makanya la ni, nak kena brushing balik lah , jadi tak mau la diangkat tinggi macam tu, hamba ni masih banyak lagi nak belajar dan dalami dan nak rasai serta nak dimanfaatkan untuk diri, keluarga, agama dan bangsa serta negara kita —kalau boleh sampai ketahap tu. Tapi , insyaalllaah hamba akan turut sama2 jadi tonggak untuk Tuan Pendekar jika dikatakan layak kelak, jadi kenalah brush hamba ni dan refresh balik untuk hamba nanti cepat2. Hamba nak sangat sampai balik macam tahun 1992 dulu tu. Wal asyik Wal Maksyuk sekali, dan semuanya mudah belaka…….. Indah nya masa tu…. Aku ni masih banyak lagi yang tak tau, masih banyak yang perlu dipelajari. Sebab tok guru hamba dulu tak dak syllabus pun, dan lain orang lain caranya dia bagi. Hamba pula terus naik atas, jadi yang bawah2 tu hamba nak kena belajar la pula.
Syari’at tanpa Hakikat = 0 (kosong)
Hakikat tanpa Syari’at =Batal (Haram sebab: nanti habis bini dia bini dia bini orang pun bini dia!!!)
Sementara nak masuk kelas fahami lah dulu hukum Islam yang basik.
Rukun Iman tu apa
Rukun Islam tu apa.
Rukun Iman yang pertama Percayakan allah,
Apa maksudnya?? Kalau tak ikut Arahannya didalam alQuran agar kita kenali diri kita semula sebelum kita dijemputnya.
Pernah lihat seorang bayi ketika dilahirkan?
Keluar saja dari kedunia ni dan dipotong tali pustnya, seorang bayi akan menangis – kenapa dia menangis, patutnya dia tersenyum la kan sebab dah boleh keluar kedunia luas tak sempit dan merekot lagi didalam rahimm ibu. Kemudian dia diam, lepas tu dia menangis lagi sambil jari tangannya tergenggam rapat2. Kenapa pula begitu??
Pertama kali tangisannya sebab “Oh ya Allah dimana engkau? Aku dah tak nampak engkau lagi”” itu lah yang ditangisi oleh sibayi kecil itu, buat pertama kalinya.
Kedua kalinya, “Ya Allah, Aku bersukur kepada mu Ya Allah kerana menjadikan aku ni manusia yang menanggung segala rahsia Allah, Dengan ini Aku berjanji akan mencari balik diriku yang boleh mengenal mu semula seperti semasa aku didalam rahim ibuku itu””
Malangnya apabila sibayi itu kian membesar, dia telah dididik dan dibesarkan ikut keperluan asasi duniawi semata2 atau jika ada pun ajaran agama tetapi tidak sepenuhnya — bagi kebanykan anak2 manusia ni, termasuk juga hamba ni sekali, makanya sedikit demi sedikit hati sibayi itu telah dinodai dengan noda2 hitam, hingga lama kelamaan TERHIJAB TERUS hati sianak tadi apabila beliau telah besar lagi anayk lah hijabnya, lantas dia pun lupa akan janjinya untuk mencari balik asal usul dia –
DARI MANA KITA? / SIAPA KITA SEBELUM NYA ITU?
KENAPA KITA DISINI?
KEMANA KITA SELEPAS INI?
TAPI ALLAH TETAP MENYAYANGI MAKHLUKNYA DENGAN BELAS EHSAN DAN INAYAHNYA, BELIAU TEMUKAN KITA SEMUA DENGAN YANG MULIA TUAN PENDEKAR SUFI INI. INILAH REZEKI KITA SEMUA. INILAH BUKTI ALLAH ITU MAHA PENGASIH MAHA PEMURAH, ASALKANKITA SENTIASA MINTA DAN BERDOA UNTUK MENJADI “SUCI” KEMBALI SEPERTINYA MANA KITA DILAHIRKAN ITU, NESCAYA ALLAH AKAN MEMBIMBING KITA SEMUA.
AYUH, JANGANLAH DI PERBANYKAKANN SONGEH LAGI, PERSIAPKAN DIRI DAN EMOSI UNTUK MEMPELAJARI SEGALA ILMU YANG BAKAL KITA SEMUA PELAJARI NANTI DARI TUAN PENDEKAR. LEPAS TU BERPENDEKARLAH KITA..HUHUHUHUHUHU
innalillaahiwainna ilai hiraa ji’uun.
Tahap Itulah yang kita semua seharusnya kembali…….jangan diambil guna makna jatuh kasarnya aje. Tapi selidikilah makna yang sebenarnya disebalik ayat itu …..ia bersangkut paut dengan “kesucian” kerana Allah berkata firmanya “Aku tiupkan pada Adam dari RUHku”……..
ok….. selamat salamtak.
Salam Sejahtera Para Sahabat Semua yang dirahmati Allah..
Illallah hu Taala..Segalanya Allah.
Bila berucatan mengenai Kemakrifatan tentang GerakNya…sudah Pasti yang ASAS perlulah diperbaiki sebelum pengikatan diri kearah pengenalan Haq. Hakikat Diri yang dikenali perlulah diIstilahkan kedalam Penyataan yang sebenarnya sebelum Pengenalan GerakNya melalui Dzat yang Mulia. Tiada Jasad Tanpa Dzat Abadi. Hanya dengan Pengenalan Muhammad terisinya Dzat didalam Jasad…barulah Gerak Makrifat dapat diasaskan kedalam pengenalan Diri….
Mencari Diri..Kenali Hati yang didalam Jasad..
Kenal Hati..Matikan Nafsu Duniawi yang menguasai akal dan Hati.
Hidupkan Nafsu Illahi…Mengenali hati didalam Hati..
membuka hijab..persis Air didaun keladi
Gerak Makrifat adalah Tentang Hakikat Diri
Siapa Diri?? tiada Laki, Bini..tiada juga mak, bapak, anak, yahudi atau nasrani..,tu belum kira, india,cina dan benggali…selain nya tu..lu pikir la sendiri.
Hakikat Silat Gerak Makrifat titipan si Pendekar Sufi…tujuannya membina anak-anak yang mencari Ilmu titian jalan ke arah mati dan jati diri.(Kalau hangpa ngorat anak si jie..Pendekar Sufi seligi hangpa sampai takda gigi)..kalau aku..Jie kata..ok lagi..time tu Pendekar sufi hanya join aku minum kopi..
Permulaan Hakikat Gerak Makrifat Dzat..Pembelajaran Zikir Nafsz buat pengisian diri..(Bab ni kalau dah Mashuk..sparing kalu..gerenti tak terasa time kene seligi..rasa macam nak lagi..haaa…selebihnya…kena la daftar kat Tuan Pendekar..hangpa kalu blaja pendekar sufi Lamb Chop..jangan lupa kat aku skali….Tuan Paduka..Hang Blanja aku pekena Black Pepper Stik ok gak…jangan hang bagi aku chop stik dah la…
Wassalam…Tuan Pendekar..ayat tarak betul kalau..kasi ejest laa..
Assalaamualaikum warohmatullahi wabarokaatuh duhai tuan2 dan puan2 yang dimuliakan semua.
Menyentuh tentang Baccan ayatul Qursi dengan niat ayat tu berkuasa menyembuhkan segala gangguan – adalah sebenarnya seperti dikatakan dan siterangkan oleh Taun Pendekar Sufi itu. Malangnya masih ramai yang tak sedar akan hal ini. Bacaan yang tak dimakbulkan tu adalah kerana sipembacanya telah tersalah meletakkan i’tiqadnya. Macamlah LEMBU PUNYA SUSU TAPI SAPI YANG DAPAT NAMANYA, MAKNYA MANA LAH TAK MENDAPAT KEMURKAAN ALLAH TA’ALA EMPUNYA SEGALA SESUATU ITU.
Nawaitu tu adalah DOA, dan DO’A tu adalah kepala segala amalan. Kalau dalam nawaitu tu kita telah MENGINGATI KEPADA KUASA ALLAH YANG EMPUNYA KEASA PEMUTUS UNTUK MENYEMBUHKAN ATAU TIDAK, Bagi yang pengamalnya meletakkan Niatnya kepada yang Empunya Kuasa ie Allah, dan membaca ayatul qursi itu hanya tak lain dan tak bukan sebagai IKHTIAR SEMATA-MATA UNTUK MENDAPAT KEREDHAAN ILAHI, kemudian MENYERAHKAN SEPENUHNYA KEPADA ILAHI UNTUK MEMBUAT KEPUTUSANNYA, tanpa sebarang was2 atau menunujuk2 makanya Allah teramat sayang pada sipembaca itu lalu diperkenankanlah permintaaannya itu. Sebab allah kata DIA MAHA PEMURAH, DIA BAGI APA SAJA YANG ORANG MINTA DENGAN SESUNGGUHSUNGUHNYA DAN MENANTI DENGAN PENUH KESABARAN.
Yang kedua tentang ingatkan Allah tu, sememangnya Allah telah memerintahkan kita supaya sentiasa mengingati kepadaNya selalu.
INGAT kepadanya tu hanya didalam hati dan setiap waktu, ia seperti kata Tuan Pendekar Sufi ; merupakan satu zikir. Memang tepat sekali, dari apa yang saya dapati, Cumanya ia merupakan Tahap Zikir yang amat tinggi, diman “hati” tidak lagi berkata-kata! Bukan bibir mulut no, tapi mereka ni berzikir dengan hati, hati yang mengucapkan patah2 zikr, mengikut tahap maqam atau pencapaian sesorang itu. Sampai habis perkataan2 tu yang mana kita akan lalui sendiri nanti, lain orang lain patah2 kata zikir tu dan lain peningkatannya, maksud saya ada orang yang ambil berbulan2, malah bertahun, untuk melepasi satu tahap kesatu tahap, ada yang pantas beberapa hari saja, itu bergantung kepada tahap kesucian hatinya masing2.
Bercakap tentang kesucian hati ini, Iblis pun kalah. Awal2 lagi Iblis dah kata dia hanya akan menyesatkan dan mencucuk hidung2 orang yang mana hatinya kotor sahaja. Tapi tipu helah Iblis tu teramat lah unik dan smart plus2, seseorang itu mungkin tak kan terasa yang itu adalah penipuan dari iblis. Sebab si iblis ni smart, menggunakan semua jentera dan teknologi yang terkini dalam menyimpangkan perhatian mangsanya dari jalan yang benar.
Sebab itu lah diakhir akhir zaman ni manusia yang tak bersalah didapati bersalah, dan yang benar2 menjadi punca kepada kejadian2 itu ditatang, dimuliakan diiyakan dan dijadikan ketua pula. Sebab selagi manusia itu memikirkan dia yang berkuasa menyelesaikan segala sesuatu, menggunakan kepala otak dia yang cerdik serta berlandaskan logik je,tu, makanya begitulah kekadang terjadi.
Bagi pemunya hati yang bersih suci lagi “terbuka” beliau dapat merasakan keadaan yang sebenarnya, sebabnya Allah yang membawa dia merasakan perkara itu. Malangnya ini tidak dapat dibuktikan untuk dunia moden.
Kenapa kita asyik bercakap tentang kesucian hati??
Tak lain dan tak bukan, kerana hanya dari hati yang suci bersih itu akan membuka hijab yang menutupi hati itu. Dengan terbuka nya Hijab itu makanya “sang burung yang selama ini terkurung ddiadalam sangkar emas itu pun lepas bebas”. Kalau dulu sang burung tu berkata “duhai jasad, apakan dayaku, engkau tidak mengenal aku, dan aku pula tak pernah menjelajahi jasadku itu, bagaimana mungkin aku menolong mu ya manusia? Aku ibarat mata terlepas badan terkurung”. Akan tetapi, apabila hati sudah suci, makanya ia dapat dibebaskan!!
“Keluarkan lah kandungan mu yang kau kandungi selama ini jika hendak mengenal dirimu””
Wau wau wau, apa yang saya duk merepek ni, kalian lelaki manalah pula nak mengandung???
Terpulanglah, kalau nak kenal diri, sucikanlah hati tu sampai ketahap hati dalam hati, then ruh …….
Kemudian lahirkanlah kandungan mu wahai anak Adam, apabila kamu dapat melahirkan kandungan mu dan kemudian balik mengandung pula, maka kamu akan berupaya mengenal dirimu. Kemudian biarkan lah ia membelai “dirinya” pula.
Dengan ini saya undurkan diri dahulu, hingga insyaalah panjang umur berjumpa lagi.
“Dengan namanya, kerana nya untuknya dan menuju kepadanya” hamba berkongsikan sedikit yang hamba pelajari itu, untuk refresh dan juga memanggil kawan2 agar kita sama2 menuntut apa yang patut kita tuntuti sebelum terlambat. Kewajipan saya untuk membuka tirai agar dapat mengatasi songeh2 setengah pihak yang masih kurang pasti dengan keputusannya untuk masuk belajar ke tidak.
Tetapi, ingatlah DIKATAKAN HANYA 1 dalam 1000 SAHAJA yang akan diberikan ilmu ini, mana yang dijemputnya akan menerima baik panggilan untuk KEMBALI KEPADANYA MELALUI JALANNYA YANG LURUS LAGI LURUS SELURUSLURUSNYA INI.
Nah sekarang tepuklah dada tanyalah selera. Dunia dah nak sampai masanya, ayuh marilah kita sama2 mengambil kesempatan yang teramat mulia ini. Dan agar kita tidak terjebak kepada mempelajari ilmu tarikat yang salah. Sebenarnya kita terus pada Hakikat, iaitu Hakikat Diri dan Hakikat TuanNya.
Wa’alaikummussalaam warohmatullah hi wabarokaatuh.
Didalam dada ada seketul darah.
Didalam darah itu terletaknya Hati,
Hati yang mana ada lagi hati Batinnya.
Cerahilah hati ke hati itu dengan Nur Ilahi,
Sehingga terpancarnya NUR keseluruh Hati dan hati itu,
Lalu ………… bermulalah dari situ…..
……………………………………
Didalam hati batin itu terletaknya Ruh…..
Yang mana ada lagi Ruh batinnya……..
Ruh dalam Ruh itu berkata ….
.”beruntunglah insan yang mengenal aku”
“AKAN KU URUSKAN SEGALA KEBUTUHANMU …MENJADI URURSANKU MULAI SAAT ITU”.
“LA HAU LA WA LA QU WA TA ILLA BILLA HIL ‘ALIIYIL’AZIIM”
ASTAGHFIRULLAAH HAL ‘AZIIM….
ASTAGHFIRULLAH HAL ‘AZZIIM
ASTAGHFIRULLAH HAL ‘AZIIM
ASSALAAMUALAIKU WAROHMATULLAH.
salam warahmatullah,
jika sudah dilancarkan mohon
tuan sufi maklumkan kepada kami.
sy bersedia belajar dan memantapkan lagi ilmu sedia
ada,semuanya demi ke jalan Allah S.W.T
InsyaAllah
Waalaikum salam Pendekar Jawa,
Anda di alukan. Tak perlu menunggu pelancaran gelanggang, kerana ia lebih menumpu kepada budak-budak muda lepasan sekolah dan yang baru bekerja yang masih belum mantap fahaman agama.
Bagi yang ada asas silat, perubatan dan fahaman Tauhid Tasauf, anda cuma perlu ambil ijazah dan beramallah kerana sebenar-benar guru adalah ALlah SWT. Dia akan mengajar kamu melalui GERAK (Af’al-Nya). Dengan berzikir dengan Nama-Nama-Nya yang Agung amalan para Nabi, dengan niat dan doa yang tulus ,insyaAllah segala silat dapat anda pelajari dan segala penyakit dapat anda rawati.
Saya hanya membimbing dan memantau, anda salah guna maka ijazah ilmu akan di tarik balik atau Allah SWT sendiri yang akan menghukum anda.
Wassalam.
Assalamualaikum,
Berikut adalah email yang saya terima mengenai kelebihan amalan BISMILLAH… AMALAN para Nabi yang di minta oleh salah seorang anak murid saya yang telah mengamalkan amalan ini agar dapat di kongsi bersama untuk pengetahuan bakal-bakal ahli ASSGMM.
Kehebatan Bismillahirrahmanirrahim
Ringkasan ceramah oleh Maulana Sayyidi Syaikh Muhammad Nazim Al-Haqqani
a) Umat Islam di anjurkan utk berZikir dengan Bismillah hirrahman nirraheem, sekurang-kurangnya 100 kali setiap hari.Setiap kali kita berzikir dengan Bismillah hirrahman nirraheem, Insya Allah kita akan menemui khazanah2 yg tidak kehabisan/terputus (menurut keyakinan masing2).
b)Bismillah hirrahman nirraheem adalah pedang yg tidak dapat di kalahkan, ia adalah pedang Ilahi.
c)Jika kamu lapar, dengan bacaan Bismillah hirrahman nirraheem, kamu akan kenyang.
d)Jika kamu dahaga, akan hilang kehausanmu dengan bacaan Bismillah hirrahman nirraheem.
e) Sesiapa yg sebut Bismillah hirrahman nirraheem, menjalin hubungan dengan syurga/langit, maka ia menjalin hubungan dengan pentadbir alam iaitu Allah SWT, maka ia akan memperolehi pertolongannya. Berita baik bagi mereka yg punya hubungan dengan makhloq2 syurga/langit. Tanpa Bismillah hirrahman nirraheem, kamu tidak akan berhasil. Hasil yg sebenarnya, adalah dari bacaan Bismillah hirrahman nirraheem.
f)Wahai manusi, jadilah hamba Allah, sesuaikan dirimu, supaya kamu dapat mewarisi khazanah dari Bismillah hirrahman nirraheem, Bismillah hirrahman nirraheem akan membuka hati yg terkunci dan akal yg buntu – seluruh penyakit zahir dan bathin dapat diubati oleh Bismillah hirrahman nirraheem – Bismillah hirrahman nirraheem mencukupi, ia lebih dari mencukupi sebenarnya.
g) Setiap kali manusia membaca Bismillah hirrahman nirraheem, perkerjaan/hajatnya akan tercapai dengan mudah dan shaitan akan terhalang, tetapi manusia zaman sekarang, meninggalkan Bismillah hirrahman nirraheem, maka jalan yg mudah. menjadi sulit sekali.
h)bacaan Bismillah hirrahman nirraheem dikurniakan kpd Nabi Sulaiman (as) supaya Nabi Sulaiman dapat menguasai Jin dan Manusia, dan supaya ia dapat menawan Ratu Balqeesh, kemudian ia di angkat darinya. Lihatlah, bacaan sekali dapat menguasai dan menjatuhkan seluruh makhloq di bawah pemerintahan Nabi Sulaiman (as).
إِنَّهُ ۥ مِن سُلَيۡمَـٰنَ وَإِنَّهُ ۥ بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman dan kandungannya (seperti berikut): Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, (27:30)
i)Bismillah hirrahman nirraheem dikuirnaikan kpd Nabi Musa (as) supaya ia dapat membelah lautan merah, kemudian diangkat darinya. Lihatlah, dengan bacaan sekali, Bismillah hirrahman nirraheem dapat membelah lautan yg dalam, dapat mengatasi masaalah yg tidak mungkin tercapai dengan teknologi.
j)Setiap zarrah bergantung kpd Bismillah hirrahman nirraheem. Bismillah hirrahman nirraheem membawa rahmat seperti hujan, tanpa Bismillah hirrahman nirraheem kamu akan kecundang.
Kesimpulannya,,,bacalah bismillah,dgn seluruh keyakinan dan kepasrahan diri pada Allah…
niscaya semua hajat akan terkabul..
Wabillahi taufik…Al-Fatihah.
MEMANG PUN BACA BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIIM tu bagus dan dituntut sekali , tapi la ni tak tau la banyak mana , yang tak baca bismillah semasa nak makan, jangan kata masa nak buat kerja lain. Sebab tu la agaknya macam2 …..
Tapi bila kita terkena gangguan jin /ilmu sihir – yang duk rajin solat dan bismillah tak lupa pun jadi malas nak atau terlupa kekadang, dan ingat kekadang, kenapa terjadi begitu pula,
Tapi apa pun selagi kita duk baca bismillah ni kata tok guru la, kita kalau tekena pun tak la seteruk sangat kan??
Sebenarnya ayat bismillah tu merangkumi seluruh alQuran nul kariim – dimana terdapat dengan berulang2 kali disebut nama2 allah yang 99 tu, makanya mana lah tak se power tu, bagi orang yang memeahaminya dan mengamalkan secara itu, ia akan mendatangkan hasil yang begitu. Bagi yang baca kat lidah je tak tau ……. Bacaan pun ada bertakat juga kan??
– baca kat bibir je, baca tak lebih dari kat lidah
-baca tak lebih takat kerongkong je,
-baca kat dada
-baca sampai kat hati,
==baca sampai kat hati dan seluruh anggota zahir
-baca kat hati, seluruh anggota zahir, sampai kat hati batin kat seluruh anggota batin,
-baca sampai kat batin kepada batin – dan ….
macam mana
-hamba tak tau apaapa tapi itu lah sikit yang difahamkan, jangan tanya balik, la tu la tu je dia cakap.
-kalau hamba pi dulu tolong doakan untuk hamba jika anda ada amalkan begini nanti ., la ni pun kalau tak keberatan, kerana hamba pun duk nak pulih balik segala yang ketinggalan dan nak pulihkan segala gangguan.
Terima kasih pada tok pendekar kerana menyebut pasal bismillahirrahmanirrahiim tu, bolehlah hamba terus teringat kembali – dan bolehlah mulai saat ni hamba meneras kembali. tu la nasihat hamba – berasakan pengalaman hamba sendir, bila dah dapat ilmu yang sebaik ini, biar diteruskan amalannya walaupun nyawa nak melayang ditangan orang, jangan jadi macam hamba, kerana diugut diancam nyawa hamba, makanya hamba terkenagkan anak2 yang masih kecil apa akn jadi jika dia buat betul2 (anak batu berumur 8, 6, 3 tahun masa tu. kalau hamba je yang pergi tak pe, hamba memang redha dah, tapi anak2 …..lantas hamba pun berhenti mengamalkannya, cuma dalam hati je, lama2 jadi semakin kurang, dan dugaan demi dugaan pun datang, mungkin Sang Raja nak panggil hamba balik kejalan yang lurus lagi lurus tiada yang lebih lurus melainkan jalan yang disediakan ini je, Dan hamba pun terjumpa tok pendekar dalam duk mencari asal usul hamba ni. Nak share yang baik je agar jangan jadi macam hamba ni, jangan takut pada manusia!!! biar siapa dia tu. (dalam hal ni oi, bukan hal undang2 dunia pula, tu cari naas, sebab tu la kena ada syari’at punya kefahaman juga.)
kena joke juga no, jika tidak bergurau sikit, boringlah nanti. Fakta ada subjek yang kering, subjek yang kering itu selalunya membosankan,
Tapi betul lah kuasa bismillah dan nama allah ni, jika kita berjalan dengannya, insyaallah jika belum ajal kita, tak mendharuratkan kira nya terjadi apa2.
Saya pernah dilanggar, mulanya diOvertake kereta saya dengan digesel disisi kanan saya, saya lari ke atas rumput (kat nak samapi simpang kebidor, erak tu), bila say berpaut balik naik atas landasan tar tu, dia hentam kat depan kereta saya belah kiri juga menyebabkan saya terhoyong hayang dan berpusing arah menghada orang yang sedang datang, ketengah hjalan balik, tak tau apa kuasa yang mengontrol tangan dan kaki saya masa tu saya masih mampu membawa kereta mengarah ke depan semula dan tengah nak break berhenti kat tepi, dia hentam tepi belakang kereta saya dan tayar belakang saya, lalu kereta yang tengah nak dibreak tu berpusing dua kali spinning dan sommersaulted dua kali lalu lekat didalm longkang (saya nampak rumput atas kepala saya, kemudian berpusing atas, thenn pusing lagi nampak longkang pula atas kepala, saya tau dah kereta dah masuk dalam longkang dengan dentuman yang kuat, say takut kepala saya dan empat anak2 diheret kelongkang habislah kami semua, saya menyeru “Ya Allah, tolong bawakan kereta aku ni balik keatas empat2 tayarnya ….” tiba2 kereta yang terbalik tu melantun “gedentum melambung naik dan gedebub!!” fatuh atas tanah , tayar dia terbenam 4 inci dalam tanah tu kat KM351, nak sampai bidor tu” sikit lagi berapa meter je ada gaung dalam, kalau kami terllebih sikit alamat jatuh kedalam gaung tu lah.. kereta senget sebelah, minyak dah tumpah, tangki minyak dah pecah sikit, orang sampai cepat, ketera tarik pun sampai kami tak sempat keluar dari kereta lagi, Saya pengsan setelah mempastikan semua anak2 selamat, diamnbil alih oleh anak kedua saya untuk mengeluarkan kami semua, mula3 dia pengsan, tapi sebelum saya “luup” hati say sempat panggil dia “kakak, bangun selamtkan adik2 bawa keluar depa dulu….” saya un dah tak ingat apa2 lagi,.. lena je, anak saya tu yang suruh saya buka pintu “mam, mak buka pintu mak, ” nak buka macam mana? saya tanya dalam tak sedar,, dia kata “tu la butang kat mak tu…” dalam saya tidur tangan saya meraba2 dan membuka lock pintu tu, lepas tu saya terus diam, la dah duk pengsan la katakan, anak saya la yang merangkak keluar kereta, sebab kereta senget belah passenger kebawah, belah driver dah hutan tak boleh nak panjat lagi, dia tarik adik2 dia keluar satu, dan yang lelaki lain turut keluar, lepas tu dia teringat mana mak? lailahaillallaah mak masih dalam kereta!! dia lalu panggil saya “mak, mak, mak, saya masih tak jawab, dia gelabah, mam, kali kewmpat baru saya terdengar, sayup2 , mak lagi sekali dia panggil baru saya dengar betul dan boleh respinse, keluar lekas mak, “nak keluar kut mana?? saya tanya dalam sedar separuh tu, “keluar kut ni la” kata dia, saya nak keluar tapi terinkat lagi, “tak boleh, terikat” kata saya, “la buka la talipinggang tu” kata pula dia “lekas lah mak” , masa tu baru saya swedar betul, buka talipinggang, dan masa nak merangkak kelluar masih sempat ingat ambil beg tangan dicelah break tu. orang yang duk tengok sapa pun tak berani nak tolong, dia oprang takut kereta meletup sebab dia orang nampak jelas apa yang berlaku tadi. kami selamat alhamdullillah, tapi takdak sapa yang boleh jadi saksi kereta hitam tu langgar kami, sebab ambulance dah ready 3 buah bersama2 dengan kereta tarik tu, dia orang termasuk polis menggesa kami naik ambulance kehospital dulu, tak dan nak ambil no phone saksi pun. kes dibuang kata no body bersalah, padahal polis plus tu yang kata, “bertenang puan, puan tak salah, kereta tu yang salah, kami dibelakang tdi, kami yang nampak apa dia buat, dia hemntam puan dua tiga kali, puan berpsing dua kali, kemudian terbalik dua kali, alhamdulillah puan semua selamat, minggu lepas tempat ni juga, kerta tu terbabas je, semua mati lima2 orang””
Sebelum keluar masa tu saya mengamalkan membeca fatihah senafa, bismillah, dan lailahaillallaah serta berdoa pada allah akan keselamatan kami.
Semasa saya nampak kereta tu menuju laju kearah saya dari belakang nak himpit sisi kanan saya, saya termenjerit “YA ALLAH, APA NI? YA ALLAH TOLONGLAH AKU, TOLONGLAH AKU SELAMATKAN SEMUA ANAK2 AKU….” sambil saya kawal break dan stereng kuat2 Anak2 saya dibelakang yang tingaktan 4 tu main peranan yang penting menjaga kakaknya dan adik lelakinya dari kepala mereka terhantuk kuat dibumbung kereta masa kereta nak terbalik.
Sapa yang kawal kesemua tu??? bukan saya, bukan juga anak2 saya, tetapi itu semua adalah kuasa Allah jua. Allah lah yang mengawal kita orang untuk melalui keaddan tu. Multu saya dan hati saya sentiasa berzikir Allah allah masa tu, denganmata saya bekerjasama, yang mana saya sendiri tak bolehnak fikir sampai la ni, macam mana saya boleh mengenndalikan semua tu -UNBELIEVABLE!! Saya tak berkuasa apa2. TERIMA KASIH YA ALLAH, TERIMA KASIH YA ALLAH , ENGKAU MAHA PENGASIH YA ALLAH. ENGKAU LAH YANG TELAH MENYELAMATKAN AKU DAN ANAK2 KU MASA TU, TIADA LAIN KUASA MELAINKAN KUASA ENGKAU YA ALLAH. AKU SUJUD PADAMU YA ALLAH, AMPUNILAH AKU YA ALLAH. BIMBINGI LAH AKU DALAM MENUJU KEPADA MU YA ALLAH.
semoga dapt menjadi perangsang untuk adik2 kalian.
ALLAH ITU MAHA BESAR, MAHA MENGETAHUI MAHA PENGASIH MAHA PEMURAH DENGAN PERTOLONGANNYA. INGATLAH KEPADANYA SETIAP DETIK.
saya terbawa2 kepada masa tu. maafkan saya jika ada yang salah silap ye. kita kan dah se gang,, kan??
RAHSIA TERBESAR Dari Maksud KEESAAN ALLAH
“Akulah harta tersembunyi dan Aku ingin dikenal sehingga Aku menciptakan; dan dengannya mereka (makhluk ciptaan) akan mengenalKu.”
(Hadis Qudsi)
Jika anda dapat memahami betapa Esa nya Allah s.w.t,anda akan dapat memahami rahsia ini.Pemahaman keEsaan Allah s.w.t dapat dilihat dari pelbagai peringkat pemahaman mengikut kadar pemahaman manusia.Peringkat biasa ialah manusia beriman tahu bahawa Tuhan itu Satu.Allah itu Tuhan yang Satu.TIADA TUHAN SELAINNYA.Ini benar dan tidak dinafikan.Terdapat beberapa peringkat sehingga peringkat paling Tinggi.
Peringkat Tinggi inilah yang menyebutkan Bahawa:
Tiada sesuatu itu selain-Nya.
Pernahkan anda mendengar ungkapan “kita datang dari-Nya dan kepada-Nya lah kita kembali”?Ini ungkapan yang amat mendalam maksudnya.Bukan setakat diri kita,malah semua kejadian makhluk adalah bersumber dari Zatnya yang Maha Suci. TAPI DI SINI ADA PERANGKAP.Kita datang dari Zat Allah bukan bermaksud kita adalah sama dengan Zat-Nya.Maha Suci Allah dari segala yang diada-adakan oleh kesesatan.ADA BEZA DI SINI.Cahaya Allah yang DIHIJAB ADALAH BERBEZA DENGAN ZAT ALLAH YANG TIDAK DIHIJAB.MAHA SUCI ALLAH DARI SEGALA KELEMAHAN DAN KEKURANGAN.Kita adalah Zat-Nya yang mencari-Nya.Yang ingin mengenal-Nya.Kita terperangkap di dalam Matrix ini.DAN MATRIX INI ADA PERATURANNYA.Rahsianya ialah:
IKUT PERATURAN MATRIX,DAN HIJAB AKAN DIBUKA.
Jika tidak anda akan menjadi cahaya-Nya yang tidak mengenal-Nya.Anda akan sesat dan akhirnya anda akan DIRESET!Anda adalah cahaya-Nya yang gagal mencari-Nya kembali.Gagal kembali ke pangkuan-Nya.
Ini adalah pengetahuan tahap tinggi.Jika anda sukar memahaminya,dinasihatkan kembali ke pemahaman tradisional.Kembali ke pemahaman yang biasa.Ini lebih baik.Tidak salah dan anda tetap di jalan yang benar.
JIka anda memahaminya,anda akan sedar bahawa Keesaan Allah itu adalah amat hebat sehingga segala alam semesta dan makhluk-makhluk di dalamnya:TIADA.
Penjelasan seterusnya akan menerangkan secara teknikal apakah Matrix ini yang bertindak sebagai HIJAB kepada YANG INGIN MENGENAL TUHANNYA
Jika anda mengaitkan semua pengetahuan ini dengan kehidupan manusia,anda akan sedar bahawa kita SEBENARNYA TERPERANGKAP DALAM JULAT GETARAN STRING YANG TERTENTU.
Julat inilah yang dinamakan…….; HIJAB.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Sesungguhnya beruntunglah mereka yang diberi hidayat dan ditunjukkan cahaya oleh Allah swt agar menerima islam sebagai agama mereka!.Maha Suci Allah swt yang memilih siapakah diantara makhluknya yang diberikan hidayat itu!
“Telah datang kepada kamu cahaya yang terang dan kitab yang menjelaskan(al-quran)”
[ al-maidah:15]
Kembali kita kepada pokok perbincangan kita semula.Sebenarnya Allah swt telah mengutuskan para Nabinya untuk mengajar manusia tentang agama dan panduan hidup yang sempurna.
Jadi, mengapa kita tidak kembali kepada islam dan segala hal berkaitan dengan kehidupan ini kita rujuk kepada Wahyu Allah swt bersumberkan Al-quran.Mengapa kita tidak mahu mengkaji setiap sudut dan inci sunnah,tutur kata,tingkah laku,ajaran dan apa saja yang berkaitan dengan Nabi Muhammad saw.Bukankah baginda diutuskan sebagai rasul atau utusan Allah di atas muka bumi ini yang membawa rahmat kepada sekalian alam!Biar betapa hebat manapun M-Theory yang begitu dikagumi oleh sarjana dan ilmuan masakini,namun para ilmuan islam ,para sufi dan wali Allah sudahpun menyelami dan mengalami sendiri pengalaman mistik dan hal-hal spiritual yang tinggi ribuan tahun dahulu dengan izin Allah swt.
Sewaktu kita mula memahami dan menyedari bahawa semua objek tercipta hanya dengan mengubah frequensi getarannya saja…Sheikh Daud Bin Abdullah Al-fathani dengan izin Allah telah menggetarkan jisim-jisim jari telunjuknya untuk mengolah foton membentuk cahaya sebagaimana diceritakan oleh kebanyakan ulama dan pelajar pondok-pondok agama tatkala Sheikh Daud menyusun kitab masyhurnya bertajuk “Munyatul Musalli” itu untuk dipersembahkan kepada raja,maka raja menjadi ragu dan was-was dengan ilmunya kerana kitab itu ditulis dengan ilmu yang hanya ada di dalam dadanya tanpa merujuk kepada mana-mana kitab lain.Maka dengan izin Allah swt Sheikh Daud pun menulislah kitab itu dihadapan rajanya tanpa menggunakan lampu dan qalam!Cahaya keluar dari jari telunjuknya dan tulisannya berbekas seperti qalam walaupun hanya dengan menggunakan hujung jarinya saja!Mulai saat itu raja dan seluruh rakyat tidak berani lagi membahas apa yang dikatakan atau difatwakan oleh Wali Allah itu!
Berkaitan dengan Tokoh Sufi hebat Al-Hallaj dan Ibnu Arabi yang dikatakan sesat oleh sesetengah orang,saya amat tidak bersetuju sekali.Sebenarnya mereka ini termasuk dalam kategori yang aliran kerohanian dan kesufian mereka sukar difahami oleh orang-orang biasa atau orang awam!Mereka berada pada satu tahap yang amat tinggi.Oleh itu,kepada pengikut sufi yang taksub kepada guru yang menyeleweng dan mengaku menjadi pengikut aliran kedua tokoh di atas padahal mereka sudah jauh tersesat dari jalan yang ditempuh oleh kedua tokoh hebat itu atau mereka telah engkar sunnah dan syariaat,semoga kembali ke pangkal jalan dan bertaubatlah,sementara peluang masih ada!Kehebatan dua tokoh tersebut sering di sebut-sebut oleh Sheikh Hamzah Fansuri dan Sheikh Abdus Samad Al-Palimbani.
Ada lagi satu kisah menarik tentang dimensi dan Parallel World,seperti yang diceritakan oleh Pengasas Tareqat Chistiyyah di India ini iaitu Sheikh Moinuddin Chisti r.a sebelum dia dilantik atau di bai’ah menjadi Sheikh oleh gurunya Sheikh Usman Haruni r.a dalam tahun 561 Hijrah setelah berkhidmat dengan gurunya itu selama 20 tahun .
Katanya :
“Saya menerima penghormatan hadir dihadapan sheikh saya iaitu sheikh Usman dengan dihadiri oleh ramai orang kerohanian yang lain.Saya menundukkan kepala tanda hormat kepada sheikh saya.Sheikh Usman menyuruh saya solat dua rakaat,saya lakukan.Beliau menyuruh saya mengadap kiblat,saya turut.Kemudian disuruhnya saya membaca surah Al-Baqarah,saya buat.Kemudian saya disuruhnya berselawat kepada nabi dan keluarganya,sebanyak 21 kali dan membaca Subhanallah 60 kali,saya pun baca.Selepas itu beliau berdiri dan dipegangnya tangan saya dan beliau mendongak ke langit sambil berkata “ saya serahkan kamu kepada Allah”.
Kemudian dipotongnya beberapa helai rambut saya dengan gunting dan meletakkan kopiah khas di atas kepala saya.Disuruhnya saya duduk.Kemudian disuruhnya saya membaca surah Al-ikhlas 1,000 kali.Saya pun membaca seperti diarahkan.Kemudian beliau berkata “ Dikalangan pengikut-pengikut kita hanya sehari semalam sahaja mujahadah.Pergilah dan lakukan hari ini juga”
Saya pun bermujahadah.saya menghabiskan masa sehari semalam itu dengan terus menerus solat.Setelah mujahadah itu saya kembali kepada sheikh saya itu.
Disuruhnya saya duduk dan membaca surah al-ikhlas 1,000 kali.Saya pun lakukan.Kemudian disuruhnya saya melihat ke langit lalu beliau pun bertanya “ setakat mana yang kamu lihat?” saya menjawab “ sampai ke Al-Arasy al-Mu’ala”.Kemudian beliau pun berkata “sekarang lihat ke bawah”.Beliau pun bertanya lagi “sampai kemana kamu lihat?”,saya menjawab “ Hingga ke tahtath-thara(perut bumi)”.
Kemudian disuruhnya saya duduk dan membaca surah Al-ikhlas 1000 kali .Kemudian beliau berkata kepada saya, “lihat ke langit,berapa jauh kau boleh melihat sekarang?”. Saya menjawab “Hingga ke ‘azmat(Kehairanan melihat keAgungan Allah).Kemudian beliau berkata, “tutup matamu”.saya pun menutup mata.Selepas itu beliau berkata “buka matamu”.saya pun membuka mata.Beliau kemudian mengangkat tangan dan menunjukkan dua jari tangan kanannya lalu bertanya “apa yang kamu lihat melalui dua jari ini?”.saya menjawab “ Saya melihat 18,000 alam”.Setelah mendengar demikian,beliau berkata, “sekarang amalanmu sudah selesai”.
Kemudian beliau melihat batu bata berhampiran dan menyuruh saya mengambilnya.saya buat apa yang disuruhnya.Setelah batu bata itu diangkat saya mendapati wang emas di bawahnya.Beliau menyuruh saya mengambil duit itu dan sedekahkan kepada fakir miskin.Saya pun berbuat demikian.Kemudian beliau mengarahkan saya berada bersam-samanya beberapa waktu.”
[ Petikan buku Kitab al-Tibb al-Rauhi as-Sufi oleh sheikh hakim Moinuddin Chisti ]
Bukankah dari cerita di atas si sufi sudah dapat melihat dan mencapai 18,000 alam jika dibandingkan dengan para sarjana dan ilmuan bertuhankan logik akal yang hanya mampu membongkar sehingga 9 alam dengan 11-dimensi sahaja !!! ini belum lagi kita membincangkan bagaimanakah teknologi yang digunakan oleh Nabi Muhammad untuk membelah bulan atau sewaktu peristiwa Israk dan Mikraj di Bulan Rejab yang mulia!
Contoh yang paling baik untuk membahaskan teori matrix dan asal usulnya,sudahpun diterangkan oleh Sultan Para Wali iaitu Sheikh Abdul Qadir Al-jailani.Kata beliau dalam kitabnya sirrul asrar, fasal ke-10- bab : cahaya dan kegelapan sebagai penghalang:
“kerana sesungguhnya bukanlah mata itu buta,tetapi hati yang di dalam dada”
[ al-hajj : 46 ]
hati mempunyai 2 penglihatan; penglihatan kecil dan penglihatan besar.
Penglihatan kecil adalah melihat Tajalli sifat dengan cahaya asma-ul husna hingga ke alam darajat.Yang kedua adalah penglihatan besar,iaitu ia akan melihat cahaya tajalli zat dengan cahaya tauhid Yang maha Tunggal di alam Lahut dan alam qurbah.Waktu untuk mencapai darajat ini adalah sebelum mati dan sebelum rosak dari jisim manusia.Untuk mencapai alam atau kembali ke alam tadi adalah dengan menghentikan keinginan nafsu.
Sampainya seorang manusia kepada Allah Ta’ala tidak seperti bertemunya jisim dengan jisim dan tidak seperti ilmu pengetahuan dengan tujuan pengetahuan atau bertemunya pemikiran dengan yang difikirkan atau bertemu dugaan terhadap yang diduga.
Yang dimaksudkan sampai kepada Allah adalah putus dari selain Allah tanpa dekat dan jauh,tanpa arah dan berhadapan,tanpa bertemu dan berpisah.maha suci Allah yang kesamaranNya terdapat pada zahirNya dan menampakkan dirinya dalam ketertutupannya,serta kekhususanNya pada keumumanNya.”
Nah,bukankah sheikh Abdul Qadir al-Jailani dalam kitabnya itu sedang mengupas tentang matrix di dalam matrix:
Dimensi…jarak….,ruang….,waktu…,arah…,foton…,graviton…
Bukankah dalam proses kejadian manusia itu sendiri…ruhnya telah menjelajah ke tujuh alam dari alam ahdah ke alam wahdah ke alam Wahdiah ke alam Ruh ke alam misal(kandungan bapa) ke alam ajsan(kandungan ibu) dan ke alam insan.
bukankah alam ahdah itu kosong atau la takyun atau ghaib alghuyub di alam Lahut…
” Dimana saja kamu berhadap,disitulah kamu lihat wajah Allah”[ al- baqarah : 115]
“Dialah pencipta,yang mengadakan bentuk rupa dan mempunyai nama yang paling banyak” [ al-hasyr; 24].
Bukankah Teori Makrifat Sufi itu begini :
[Awal agama(hidup) itu mengenal Allah,
Kenal Allah maka kenal diri,
Kenal diri maka kenallah Tuhan,
Kenal Tuhan Binasalah diri,
Bila binasa diri,nyatalah Tuhan.]
Akhirnya manusia akan mencapai kata sepakat dalam hukum fizik itu pada persamaan yang seimbang iaitu:
“Shuhud al kasrah fil wahdah” bersamaan dengan atau equal to “Shuhud al wahdah fil kasrah” iaitu:
“saksikan pada yang banyak itu kepada yang satu” bersamaan dengan =
“saksikanlah yang satu itu kepada yang banyak”
Itulah Persamaan Makrifat paling agung disisi Allah swt yang tidak mampu digugat oleh mana-mana teori fizik masa kini dan masa akan datang sehingga berlakunya kiamat.Inilah teori yang mula mula menerbitkan angka satu(1) dan sifar(0).Angka satu itu dari Nurullah berdiri sebagai satu huruf alif di alam ruh.Inilah teori yang akan menerbitkan matrix dalam matrix.Inilah teori yang menerbitkan yang awal dan akhir dan teori yang menerbitkan kata-kata “ Dari Dia kita datang dan kepada Dia kita kembali”!
M-Theory dan Theory Of Everything pasti akan menjadi juzuk atau subset kepada Teori Makrifat paling agung ini nanti!
Mungkinkah “Theory of everything” yang di definasikan sebagai “A theory of everything (TOE) is a theory of theoretical physics and mathematics that fully explains and links together all known physical phenomena (i.e. “everything”) itu adalah teori yang berkaitan dengan teknologi Ruh? Atau ianya berkaitan dengan alam Lahut dan ketuhanan itu sendiri…. hanya Allah SWT saja yang mengetahuinya.
wassalam.
Sangtawal Sakranta….
“kita datang dari-Nya dan kepada-Nya lah kita kembali”
Inilah yang saya tulis dua hari lepas “innalillahiwainna ilaihiraaji’uun” supaya difahami makna yang tersirat didalamnya bukan yang tersurat itu.
“asal kita suci sesucisucinya kerana kita dihidupkan dengan Ruh Allah, makanya, setelah menjalani kehidupan diduniawi ni, yang mana Ruh meminta kan badan dari Allah dan Allah mengkabulkannya, maka hendaklah kita sebelum nak balik dari journey ini kepada yang Empunaya itu, menjadikan diri kita suci sesucinya semasa allah jadikan kita dulu tu juga”
Tahap tu yang kena kita semua tujui. Itu lah makna jatuhnya ayat pendek itu didalam ilmu sufi.
Ya, makna lailahaillallaah tu sebenarnya ia THE ONE AND ONLY GOD ATAU TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH, TAPI didalam kesufian, akhirnya kita akan ketahui yang TIADA YANG LAIN KECUALI ALLAH,
Kita akan lihat banyak dalam satu dan Satu dalam banyak. ini kerana
allah berkata “Aku lebih dekat kepada mu dari urat leher mu sendiri” Come on didalam dunia ni berbillion manusia, makanya banyaklah Allah tu kan?? heheheheheh …….Tak Allah hanya satu , itu mengenal Allah, tapi ini dah lepas mengenal diri, dah kenal allah lalu kenallah tuhanmu.
Tak ada teka teki, semuanya perlu difahami dan dihayati, bermula dengan ilmu MENGENAL DIRI, KEMUCIAN KENALLAH TUHAN, SETELAH ITU SEMUANYA BINASA (MATIKANLAH DIRIMU SEBELUM KAMU DIMATIKAN).
………………………………………………………………………………..
“ISLAMKANLAH RAJA MU DAHULU”
………………………………………………………………….
WEI JANGAN DUK PI TRY NAK ISLAMKAN SULTAN NEGERI TU PULA, NAK MAMPUS NANTI.
Assalamualaikum wbt,
Terimakasih semua di atas sokongan. Yang memahami dapat menokok tambah apa yg saya ingin sampaikan, bagi yang belum dan ingin menyertai Akademi ini, saya bagi sedikit keterangan.
Saya akan menyusun 7 tahap peringkat pelajaran seperti berikut :
1/ Asas Tahap Satu – latihan silat fizikal ( Warisan Hang Tuah )
2/ Tahap Kedua : Latihan Gerak Lam Alif, Pasak Bumi , Jurus dsbnya ( Warisan Sayyid
Pendeta Sang Adi Putra )
3/ Tahap Ketiga Latihan Silat Gerak : ( Warisan Sunan Kalijaga & Adi Putra )
4/ Perubatan ( Gerak Tangan ) dengan Ilmu Warisan Sunan Kalijaga & Adi Putra
5/ Amalan Ayat-ayat Fardhu dan Ayat-ayat Makrifat ( Kaedah niat dan makrifat)
6/ Penyembuhan Tapak Tangan (Ilmu Titik 9) dan segala-gala hajat (dengan niat) dgn Ilmu Warisan Sayyid Hussein Jamadil Kubra
7/ Amalan Tertinggi Ismullah Al A`dzham.
Sekarang ni sudah bermula bagi tahap ketiga & keempat kerana itu sememangnya sudah saya bukakan dari dahulu lagi. Kerana kesibukan untu berpindak ke Kajang dalam akhir Disember nanti, saya tangguhkan pencarian gelanggang utk tahap satu dan dua.
Silat Gerak ni bila di amalkan dan sebati, insyaAllah akan dtg Gerak menurut niat dan permohonan kita. Ada pesilat dgn riak menunjukkan permainan 6 jenis silat yg ia pelajari, pelatih Silat Gerak dapat menampilkan Gerak Silat yang sama dan menambah lagi satu Gerak SIlat bagi menunjukkan bhw kalau mohon dengan ALlah SWT , anda boleh bersilat apa sahaja dengan GERAK NYA.
Seorang guru silat menurut guruku bersilat dengan silatnya sendiri semasa di gelanggang, jadi kata guru kepada guruku, “Kamu bersilat dgn silat kamu dan lawan kamu yg tidak pernah belajar silat. Kamu hanya zikir shj tanpa mohon kpd Ilahi dan kamu (yg tiada pernag belajar silat) niatkan SILAT BATIN. Lalu bertempurlah kedua pesilat , seorang guru silat dengan qudratnya sendiri dan seorang pelatih Silat Batin dengan QUDRAT TUHANNYA. Pelatih SIlat Batin hanya menepis dan membalas pukulan dgn Gerak dari Ilahi, sang guru Silat bersembur darah dari mulutnya. Sang guru menawarkan bisa lalu si guru silat akur bahawa dgn memohon kpd Ilahi, apa shj bisa terjadi.
Perubatan Gerak Tangan dengan Gerak Ilahi juga sama, hanya membaca ayat dan doa yg di ijazahkan lalu berzikir dengan Asmaul Husna, maka segala penyakit dapat di ubati DENGAN IZINNYA. Yang menyembuhkan adalah DIA YANG MAHA ESA, tiada Tuhan (kuasa) selainnya. Bukan pada ubat, bukan pada alat dan bukan pada ayat-ayat al Quran, hanya DIA YANG MAHA MENYEMBUHKAN.
Beramal untuk mendapat keredhaan Nya melalui sunnah Junjungan. Bila Rasulullah sudah recognized kita sebagai umatnya ( berharaplah agar kita di kunjungi Baginda ), kita akan mendapat recommendation dari Baginda untuk Mengenal Tuhan kita. Bila sudah kenal Tuhan, hapus lah diri dan nyatalah Tuhan.
“Nyatalah Tuhan”, apa dia? Bukankah tidak bergerak walau sezarah tanpa izin Tuhan? Bukankah kita sememangnya dalan GERAK NYA? Bukankah “diri” kita sememangnya dari DIA, ” AKu tiupkan RUHKU……..” Bukankah yang menggerakkan jasad itu adalah RUH kita, tanpa RUH jasad terkulai, layu, mereput dan hancur.
“Nyatalah Tuhan” maksudnya segala niat kita mendapat keizinan Tuhan. Dalam Gerak Makrifat, kita mengiktiqadkan bhw 7 sifat maani yg di maknawiyahkan kepada kita itu lah ……HAK Tuhan. QUDRAT, IRADAT, ILMU, HAYAT, SAMA’, BASAR DAN KALAM. Bila seseorang mengiktiqadkan bhw dia lah segala, aku lah yg kuat, gagah, terror, berilmu, aku lah yg mencipta itu dan ini…….segalanya AKU…..maka dia berada di dalam kesyirikkan menyekutukan ALLAH dengan diri nya.
Peringkat seterusnya akan di tapis terlebih dahulu dan mereka yang berjaya akan di lantik menjadi Jurulatih Kanan dan wakil guru.
Wassalam.
Assalamualaikum wbt,
Cerita ini saya petik dari Blog Ansar As-Sunnah – Kelab Peminat Buah Pukul 7 Hari. Petikan cerita dari Saudara Baba Syarif sendiri. Semuga dapat menafaat.
Dulu masa ambo kuat cari silat, ada saing saing dari sebuah perguruan di kota bharu menuduh ambo bersilat pakai jin, katanya silat seru/jurus semua pakai jin, set dia hok ralik tuduh ore pakai jin sokmo cari ore nak cabar sparing, tak terkecuali saing ambo tok uban jugak kena cabar, (banyak silat yang dakwa orang lain tak betul,dia saja yang betul tapi perangai dia sendiri macam perangai JIN/SETAN suka cabar orang, nak test ilmu sapo lebih hebat), lalu ambo pergi jumpa nga seorang alim warak(tuan guru haji musa, lepasan pngajian pondok, masjid haram dan universiti madinah, sblm dia ke mekah beliau memondok di pondok haji omar zuhdi kedah, hamba tanya persoalan adakah silat jurus/seru/batin ini guna bantuan makhluk halus/jin?, lalu dia cerita kisah yang berlaku antara tok guru dan murid tok guru umar zuhdi, yang satu ketika semakin hari makin tak ramai murid mari mengaji lepas maghrib, lalu ditanya tok guru kemana mereka yang tak mari mengaji, lalu dijawab bahwa mereka ke kampong sebelah menuntut ilmu silat spelek, kata tok guru,”pesan ko semua pelajar malam esok jangan gi ke mana-mana, ada benda nak bagitau”, lalu dipesan, kmudian pada esoknya bila semua habis smaye maghrib, tok guru panggil semua gi ke halaman surau, lalu di suruh seorang murid warak lagi kocang yang selalau digelar “tok wali”yang tak ada asas apa apa dalam silat ke depan, diajar tok guru beberapa ayat tawasul pada rasul, disuruh baca dan bila habis, disuruh berdoa,”ya allah kurniakanlah pada hamba ini gerak silat ya allah”, lalu dengan izin allah beliau yang tak pernah belajar silat mau pun seni lain bersilat, lepas tu tok guru suruh, try minta gerakan mat ali, lalu gerakan mat ali yang jadi…semua murid diam terpaku tengok apa yang berlaku, kemudia tok guru suruh si tok wali tadi behenti, lalu beliau berkata “cuba pikir, orang hok kita tau tak pandai bersilat boleh bersilat sebentar saja, maknanya ilmu silat tak sepayah hok kita sako, yang payah ialah ILMU KITAB, sebab tu jangan bertumah sangat ko ilmu silat sapa ngaji kitab pun tinggal,” kata yang bercerita tadi…pada pengetahuan dan kajian hamba, ilmu jurus/silat batin,seru terbahagi pada dua, pertama guna perantaraan jin, tanda nak tau dia ialah ada semacam upacara “memasukan jurus/kekuatan batin” kedalam diri murid, dengan berbagai cara, contoh di beri minum air, di beri makan nasi kuning/ayam putih, di salur guru pada murid ata belakang/tengkok/dahi, atau di masukkan jarum atau keris atau seumpama susuk kemudian baru diberikan amalan, ilmu yang tadi jika di tinggalkan amalan akan berlaku beberapa kesan(ambo pernah tengok saing ambo) seumpama gila isim, gangguan masa tidur, panas tubuh, panas baran, dan jika sampai pada tahap ini, yang isim tu ada suatu kekuatan yang amat luar biasa walau pun tak makan nasi yang banyak ialah mengambil nafas dan berbunyi di atas tengkok. yang kedua ilmu batin/jurus/seru yang semata-mata minta dari allah dengan amalan tawassul pada rasul kemudian minta gerak nga allah, ada amalan tertentu berupa ayat-ayat adalah tak berkaitan langsung dengan bantuan jin dan setan, bahkan bila ditinggalkan amalan maka luputlah kekuatan batinnya tanpa sebarang kesan sampingan umpama gila isim dan sebagainya. dan saya tak tuduh pada mana-mana perguruan, kaji sendiri sebelum belajar, wallahu ‘alam.
ILMU MENGENAL “DIRI”
PENGENALAN
Kebanyakkan manusia pada hari ini menganggap bahawa “Hidup” itu hanyalah makan, bergerak, mencari kemewahan, bekerja dan lain lain lagi, mereka mengangap bahawa jasad kasar mereka itu hidup dengan sendiri nya yang membolehkan mereka melakukan kerja kerja harian mereka itu, tapi pernah kah mereka terfikir bahawa jasad mereka itu sebenar nya ialah benda mati yang tidak dapat hidup dan bergerak dengan sendiri nya tanpa ada sesuatu yang menghidupkan nya?
Ketahuilah tanpa yang hidup itu jasad tidak ada erti nya. Tetapi benda mati ini lah yang dijaga dan diutamakan orang di dunia ini. Sedangkan semua tahu bila mati kelak, jasad akan busuk dan di tanam atau di bakar. Ini menunjukkan mati ialah bila hidup yang menghidupkan jasad tadi meninggalakan jasad.
Dimanakah letaknya yang di panggil hidup itu? Yang mana dengan adanya yang hidup itu lah jasad kita ini hidup dan sebenarnya ia diam di dalam jasad kita sendiri, dan dia lah yang di panggil “DIRI” sebenar “DIRI” dan menghidupkan jasad kita ini. Tapi pernah kah kita terfikir tentang “DIRI” itu atau cuba mencari dan mengenal nya.
Tentu nya soal yang akan timbul ialah dari mana “DIRI” itu, dimana letaknya “DIRI” itu, terdiri dari apakah “DIRI” itu, dan kemanakah perginya “DIRI” itu apabila jasad mati atau dengan lain perkataan “DIRI” meninggalkan jasad??? dan yang penting sekali bolehkah kita mengenal “DIRI” sebenar “DIRI” kita itu.
BARANG SIAPA MENGENAL “DIRI” NESCAYA KENAL LAH IA AKAN TUHAN NYA
Benarkah bila kita mengenal “DIRI” maka kita akan mengenal Tuhan ??
Kita semua tahu bahawa ujud nya roh! Tak ada sesiapa yang dapat menafikan kenyataan ini, Kerana semasa Tuhan bertanya kepada sekelian Roh ” siapa kah Tuhan kamu ” dengan sepontan sekelian Roh menjawab ” bahkan ” yang membawa makna mereka telah pun mengenal Tuhan yang esa.:
Kisah Roh memasukki jasad Adam
Setelah jasad Adam terbaring maka Tuhan telah memerintahkan Roh memasukki ke jasad Adam, tetapi sebelum itu Roh telah bertanya ” dimanakah harus aku masukki, ya ALLAH ” dan ALLAH pun menjawab ” masuk lah mana mana yang kamu senangi ” Maka masuk lah Roh melalui hidung dan dengan itu maka bernafaslah kita melalui hidung.
Ini menunjukkan bahawa sesudah Roh memasukki badan, maka barulah bermulanya kehidupan kepada jasad dan terbukti di sini bahawa Roh lah yang dikatakan penghidup kepada jasad, dan mati pada jasad ialah apabila Roh keluar apabila sampai ajal nya.
Jasad kasar kita ini terdiri dari 2 yaitu:
1. Dihidupkan
Apakah maksud dihidupkan dan bahagian mana? Yang dihidupkan ialah Jasad kasar kita ini, ia nya di hidupkan oleh “”Roh”” yang berada di dalam Jasad. “Roh” memasukki jasad semasa kita 100 hari dalam rahim ibu kita. “Aku tiupkan sebagian dari roh ku” kata firman Allah. Sejak itu lah kita hidup di dalam rahim ibu kita dan kemudian di lahirkan kedunia dan terus menjalankan kehidupan dari bayi hingga lah akhir hayat.
2. Menghidupkan
Yang menghidupkan ialah roh, yang datangnya (diciptakan) dari Allah, yang memasuki jasad dan terus hidup, tugas roh ialah menghidupkan jasad tetapi sayang nya jasad tidak langsung terfikir bahawa roh lah yang hidup sebenar benar hidup dan menghidupkan jasad yang bila mana roh meninggalkan nya maka matilah dia di panggil orang dan di tanam atau di bakar.
MATI IALAH APABILA ROH MENINGGALKAN JASAD
Jadi siapakan yang berkepentingan disini, tentunya jasad kerana tanpa roh maka jasad tidak bermaana langsung.
Jasad perlukan roh untuk hidup tapi kenapa roh tidak dipedulikan semasa hidup nya
Perlukah roh di kenali?
Sebelum mengenal Roh haruslah kita mengenal “DIRI”
“BARANG SIAPA MENGENAL “DIRI” MAKA KENALLAH DIA AKAN TUHAN NYA”
APA KAH “DIRI” ITU”
Untuk pengetahuan semua bahawa “DIRI” itu mendatang kemudian setelah roh memasukki jasad, bagaimana ini berlaku?
Apabila Roh berada di dalam Jasad maka perkembangan cahaya Roh itu yang memenuhi dalaman Jasad keseluruhan nya, ini telah menyebabkan ujudnya “Diri” yang berupa saperti jasad nya memenuhi ruang dalaman jasad nya..
Maka ujudlah “Diri” sebenar “Diri” dan “DIRI” ini lah yang harus di kenal.
(kenal lah diri maka kenal tuhan)
BAGAIMANA MENGENAL “DIRI” SEBENAR “DIRI”
Ada berbagai cara dan kaedah digunakan untuk mengenal “DIRI” ini, bergantung kepada perguruan dan kaedah guru guru mengajar kepada murid murid nya. Semua perguruan ini betul dan cara apa sekali pun di gunakan, tujuan nya satu ya itu untuk mengenal “DIRI” sebenar “DIRI” .
Untuk mengenal “DIRI” ini ada 3 cara:
1. Terbuka dengan sendiri nya
2. Ushakan sendiri untuk membukanya
3. Dibukan oleh guru. (guru guru yang berpengalaman)
Apakah yang di maksudkan “dibuka”
Di buka maksudnya ialah membukakan jalan jalan pancaran cahaya “DIRI” itu hingga keluar dari jasad dan terpancarlah cahaya “DIRI” itu keluar dari jasad melalui jalan jalan nya dan dengan rasa yang bergetar getar pada jalan keluar nya, rasa ini dapat dirasakan dengan nyata oleh murid murid yang mempelajari ilmu ini.
Ini lah rahsia hidup kita dan “DIRI” ini lah yang menghidupkan jasad selagi ada hayatnya di dunia ini, “DIRI” ini harus di kenal dan dirasai sepenuh nya oleh kita, kerana ia mengandungi banyak rahsia dan serba guna, di dunia dan akhirat, Insyaallah.
Kenal kah “DIRI” tadi kepada Tuhan nya? Sudah tentu kerana dia datang dari sana, dari MAHA pencipta dan MAHA besar.
Banyak lag persoalan yang akan timbul apabila kita dapat mengenal “DIRI” kita yang sebenar benar “DIRI” ini, kita harus belajar dari “DIRI” ini:
Dia mengetahui kerana dia datang dari yang MAHA mengetahui
Dia bijak kerana datang dari yang MAHA bijaksana
Dia lah sebaik baik Guru
Kehidupan sebenar ialah di dalam, dan kehidupan dunia ini mendatang kemudian
Kesimpulan nya kenali lah “DIRI” kita ini yang dia lah sebenar benar “DIRI” dan kemukakan lah dia dalam segala urusan kita di dunia ini sementara menunggu hari yang kekal abadi, kerana dia kekal kerana di kekalkan.
Ilmu Mengenal “DIRI” ialah satu ilmu pengetahuan yang harus di ketahui oleh semua orang kerana tiap tiap maanusia membawanya di dalam jasad kasar mereka, harus kah penghidup jasad kita ini kita biarkan begitu saja tanpa mengenali dan merasakan nya, hanya semasa maut hampir datang menjemput baru kita sedar yang dia akan meninggalkan kita?????
Assalamualaikum wbt..
Tauhidul Af’al (Ke-Esa’an Perbuatan) Bab Pertama:
Hendaklah anda ketahui bahwa segala apapun juga yang terjadi didalam alam ini pada hakekatnya adalah Af’al (perbuatan)Allah s.w.t.
Yang terjadi di alam ini dapat digolongkan pada dua golongan.
1) Baik pada bentuk (rupa) dan isi (hakekatnya) seperti iman dan taat.
2) Buruk pada bentuk (rupa) namun baik pada pengertian isi (hakekat) seperti kufur dan maksiat.Dikatakan ini buruk pada bentuk kerana adanya ketentuan hukum/syarak yang mengatakan demikian.Dikatakan baik pada pengertian isi (hakikat) kerana hal itu adalah sutu ketentuan dan perbuatan dari pada Allah Yang Maha Baik.
Maka “kaifiat” cara untuk melakukan pandangan (syuhud/musyahadah) sebagaimana dimaksudkan diatas ialah:
“Setiap apapun yang disaksikan oleh mata hendaklah ditanggapi oleh hati bahwa semua itu adalah Af’al (perbuatan) dari pada Allah s.w.t.”
Bila ada sementara anggapan tentang ikut sertakan “yang lain dari pada Allah” di dalam proses kejadian sesuatu, maka hal tersebut tidak lain hanya dalam pengertian majazi (bayangan) bukan menurut pengertian hakiki.
Misalnya si A bekerja untuk mencari makan atau memberi makan anak-anaknya maka si A tergolong dalam pengertian “yang lain dari pada Allah” dan juga dapat dianggap “ikut serta dalam proses memberi mkan anaknya.Fungsi si A dalam keterlibatan ini hanya majaz (bayangan) saja, bukan dalam arti hakiki.Kerana menurut pengerti hakiki yang memberi makan dan minum pada hakikatnya ialah Allah, sebagaimana tersebut dalam Al Qur’an Surah:As-Syu’ara ayat 79.”Dialah (Allah) yang memberi makan dan minum kepada saya.
Segala macam perbuatan (sikap laku) apakan perbuatan diri sendiri ataupun perbuatan yang terjadi di luar dirinya, adalah termasuk dalam dua macam pengertian.Pengertian pertama dinamakan MUBASYARAH dan pengertian kedua dinamakan TAWALLUD.Kedua macam pengertian ini tidak terpisah satu sama lain.
Contohnya adalah sebagai berikut:
1) Gerak pena ditangan seorang penulis, ini dinamakan MUBASYARAH (terpadu) kerana adanya “perpaduan” dua kemampuan kodrat yaitu kemampuan kodrat gerak tangan kemampuan kodrat gerak pena.
2) Gerak batu yang lepas dari tangan pelempar.Hal ini dinamakan TAWALLUD (terlahir) kerana lahirnya gerakan batu yang dilemparkan itu adalah kemampuan kodrat gerakan tangan.
Namun pada hakekatnya, kedua macam pengertian itu (Mubasyarah dan Tawallud) adalah Af’al Allah s.w.t., didasarkan kepada dalil nas Al-Qur’an:
(WALLAHU KHOLAQAKUM WA MA TA’MALUN)
Artinya:
Allah yang mencipta kamu dan apa yang kamu lakukan.
Apa-apa juga yang dilakukan oleh hamba,perkataan,tingkah laku,gerak dan diam, namun semua itu sudah lebih dahulu pada Ilmu,Qoda dan Qadar/Takdir Allah s.w.t.
Firman Allah di dalam Al-Quran:
(WA MA RAMAITA IDAZ RAMAITA WALAKINNALLAHURAMA)
Artinya:
Tidaklah anda yang melempar (Hai Muhammad) tetapi Allah-lah yang melepar ketika anda melempar.
(LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL ALIYYIL AZHIEM)
Artinya:
Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan (daya dan kekuatan) Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.
Hadis Rasullah s.a.w.
(LA TATAHARRAKU DZARRATUN ILLA BI IDZNILLAHI)
Arinya:
Tidak bergerak satu zarrah juapun melainkan atas izin Allah.
Atas dasar pandangan (musyahadah) inilah, maka Nabi s.a.w. tidak mendoakan kehancuran bagi kaumnya yang telah menyakiti beliau.
Apabila anda tetap selalu atas pandang (musyahadah) Tauhidul-Af’al dengan penuh yakin (tahkik) maka terlepaslah anda dari pada penyakit dan bahaya syirik-khofi sebagaiman tersebut di atas.
Sehingga akhirnya anda akan dapat menyaksikan dengan jelas bahwa segala yang berupa UJUD MAJAZI (ujud bayangan) ini, lenyap dan hilang sirna, dengan NYATANYA NUR UJUDULLAH yang hakiki.
Apabila secara terus menerus anada latih dengan pandangan musyahadah demikian sedikit demi sedikit dengan tidak tercampur baur antara pandangan lahir dan pandangan batin, maka sampailah anda pada suatu makom (tingkatan) yang di namakan MAQOM WIHDATUL AF’AL.
Pada tingkatan ini bererti fana (lenyap) segala perbuatan makhluk, perbuatan anda sendiri atau perbuatan yang lain dari anda kerana “nyatanya” perbuatan Allah Yang Maha Hebat.
bersambung Bab Tauhidul Asma:
Tauhidul Asma (Ke-Esa’an Nama Allah s.w.t.) Bab Kedua:
Kafiat (cara-cara) memusyahadahkan tentang keEsaan nama-nama Allah s.w.t. adalah sebagai berikut:
“Pandang dengan mata kepala kita lalu syuhud (pandang) dengan matahati, bahwa segala nama apapun juga pada hakikatnya kembali kepada sumbernya ialah nama Allah s.w.t.”
Alasanya ialah, bahwa nama apapun juga yang ada di dalam alam ini tentu ada yang memberi nama (ujud musamma).Dalam arti hakiki sudah jelas bahwa “tidak ada yang maujud/diadakan kecuali Allah.”
Segala yang maujud (yang diadakan) pada hakikatnya hanyalah khayalan(kosong) atau waham (sangkaan) belaka, bila dinisbahkan (dibandingkan) dengan UJUD ALLAH.
Contoh yang dapat kita kemukakan, misalnya sekeping kaca yang tembus warnanya, lalu diwarnakan dengan bermacam-macam warna.Kemudian diletakkan di bawah cahaya matahari, tentu akan terlihat beraneka warna pada bumi sebagaimana warna yang tercantum pada kaca tadi.
Disitu dapat terlihat jelas bahwa cahaya matahari tidak terpisah cerai dengan zat matahari sendiri dan tidak pula berpindah cahaya matahari itu tadi.Adanya bermacam warna pada bumi menunjukkan keEsa’an matahari.
Maha suci Allah dari contoh dan misal,maka pahamilah dengan kata-kata yang baik dan sempurna, semoga anda dapat memahaminya dengan kasih sayang Allah s.w.t. dan dapat sesuai dengan maksud yang sebenarnya.
Andai kata telah berhasil pada makom (tingkatan) ini lalu kemudian TAJALLI HAK TA’ALA (nampak nyata kebenaran Allah Ta’ala) bagi kita dari celah-celah dinding mazhar (kenyataan) ini dengan dua macam nama (isim) maka semua yang berupa mashar tersebut lenyap sirna didalam keEsa’an (ahadiyat) Allah s.w.t.
Apabila TAJALLI ALLAH TA’ALA (nampak nyata) dengan asmaNya/ nama-namaNya ZHOHIRUN terhadap hambaNya,niscaya si hamba itu akan dapat melihat bahwa segala akwan (kejadian) semua ini adalah KEBENARAN ALLAH,sepanjang pengertian bahwa zohir akwan itu adalah dengan ZOHIRNYA ALLAH.Berdirinya akwan itu dengan nyatanya qoyyumiyahNya (sifat qiyamuhu ta’ala binafsi) berdiri Allah dengan sendiriNya dan KEKALNYA ALLAH s.w.t. Kerana tidak akan mungkin bagi akwan ini ada dengan sendirinya.Dan tidak akan mampu si hamba membedakan satu persatu segala akwan ini.Jelasnya hanya pada suatu pengertian bahwa makhluk ini hanya sekedar mazhar/sandaran semata-mata.Si hamba dapat memandang (musyahadah) bahwa Allah adalah hakikat segala sesuatu sebagaimana yang difirmankan oleh Allah didalam al-Qur’an:
“FA AINAMA TUWALLU FASTAMMA WAJHULLAHI”
Artinya:Kemanapun kamu mengadap, disanalah Ujud Allah.Maksudnya, kemanapun dan dimanapun akal, hati dan roh ini berhadapan disanalah adanya Allah s.w.t.
Makom tauhidul asma ini merupakan makom yang kedua daripada makom orang-orang Arifin yang dianugerahkan Allah Ta’ala kepada orang yang salik atau kepada orang lain seperti orang yang majzub.Makam inilah merupakan natijah iaitu faedah yang diperolehi dan juga merupakan lanjutan makom yang pertama, makom bagi orang yang sentiasa memandang wahdatul Af’al. Makom tauhidul asma inilah yang menyampaikan anda kepada makom yang seterusnya iaitu “Tauhidul Sifat”, makom yang ketiga daripada orang-orang A’rif.
Tauhidus Sifat Bab Ketiga:
Bab yang ketiga ini menerangkan tauhidus sifat yang bermaksud mengesakan Allah Taala pada sifat yang berdiri pada zat-Nya: iaitu memfanakan segala sifat makhluk sama ada sifat dirinya atau yang lain, di dalam sifat-sifat Allah. Kaifiatnya ialah anda memandang dan musyahadah dengan mata hati dan beriktikad bahwa segala sifat yang berdiri pada zat-Nya seperti semuanya itu sifat-sifat Allah Taala. Hal ini demikian kerana tidak ada zat yang bersifat dengan sifat-sifat tersebut pada hakikatnya melainkan Zat Allah Taala jua. Di adakan sifat-sifat ini pada makhluk, atas sekadar pinjaman (majaz) dan bukan pada hakikatnya.Cuma sifat-sifat tersebut adalah sifat-sifat Allah Taala jua.
Apabila sudah tahkik pandanganmu dengan keadaan demikian, nescaya segala sifat makhluk fana dalam sifat-sifat Allah Taala, hamba itu tidak mendengar melainkan dengan pendengaran Allah Taala, hamba itu tidak melihat melainkan dengan penglihatan Allah Taala, hamba itu tidak tahu melainkan dengan pengetahuan Allah Taala, hamba itu tidak hidup melainkan dengan hayat Allah Taala, hamba itu tidak berkata-kata melainkan dengan perkataan Allah Taala, dan begitulah seterusnya dengan sifat-sifat-Nya yang lain. Dalil yang menunjukkan bahwa hamba tidak mempunyai sifat-sifat tersebut dan yang ada pada hamba itu muzhar sifat-sifat Allah Taala ialah sebagaiman firman Allah Taala, dalam hadis Qudsi:
Erinya:”Tidak menghampiri orang-orang yang menghampiri diri pada-Ku umpama mengerjakan apa yang Aku fardukan ke atas mereka dan sentiasalah hamba-ku berdamping diri kepada-Ku dengan mengerjakan ibadat sunat hingga Aku kasihkan dia. Maka apabila Aku kasihkan dia, nescaya adalah Aku pendengarannya yang ia mendengar dengan Dia, pertuturan lidahnya yang ia bertutur dengan Dia, penampar tangan yang ia menampar dengan Dia, berjalan kakinya yang ia berjalan dengan Dia, dan fikiran hatinya yang ia berfikir dengan Dia.”
Kaifiat mentajalli sifat Allah Taala ialah memandang hak Taala, bahwa hamba yang mendengar itu dengan Allah Taala, maka segala keadaan yang didengar oleh hamba fana bersama diri-Nya.Apabila telah tetap mentajalli sifat mendengar itu dalam hati, maka akan melihat sifat yang lain pula sehingga habis satu persatu seperti sifat Basar, Kalam, Ilmu dan Iradat. Anda juga akan melihat hamba itu tidak melihat dirinya bersifat demikian yang hanya menerima daripada sifat-sifat Allah Taala jua.Apabila semua sifat yang lain terhapus, maka tajalli pula sifat-sifat Allah Taala ke atas kita dan kita akan melihat, hamba itu yang bersifat Haiyun (hidup).Apabila sifat Hayat itu Fana daripada diri,ternyatalah bahawa tidak ada yang hidup melainkan Allah Taala.
Apabila anta telah berhasil memperolehi makam fana, ketika itu jadilah kita baqa bisifatillah (kekal dengan sifat-sifat Allah). Ketika itu juga, kita memperoleh kemenangan kerana dapat mengenal-Nya dengan pengenalan yang layak dan sempurna.Oleh itu jadilah kita ketika itu fana fisifatillah (terhapus dalam sifat-sifat Allah) dan baqa bisifatillah.Ketika itu juga,Allah Taala akan memberitahu kepada kita segala rahsia sifat-Nya yang mulia.
Kesimpulannya, makam tauhidus sifat inilah makam yang tetap dan teguh. Apabila sudah habis mentajallikan semua sifat itu di dalam hati, maka dianugerahkan oleh Allah Taala kepadanya pada masa itu kekuatan yang dapat menanggung tajalli zat jika dikehendakinya.Makam inilah yang akan menyampaikan orang yang Arif itu kepada makam yang di atasnya iaitu makam tauhiduz zat, makam yang keempat daripada semua makam orang-orang Arif.
Assalamualaikum wbt…
TAWASSUL
Saudara saudaraku masih banyak yang memohon penjelasan mengenai tawassul, wahai saudaraku, Allah swt sudah memerintah kita melakukan tawassul, tawassul adalah mengambil perantara makhluk untuk doa kita pada Allah swt, Allah swt mengenalkan kita pada Iman dan Islam dengan perantara makhluk Nya, yaitu Nabi Muhammad saw sebagai perantara pertama kita kepada Allah swt, lalu perantara kedua adalah para sahabat, lalu perantara ketiga adalah para tabi’in, demikian berpuluh puluh perantara sampai pada guru kita, yang mengajarkan kita islam, shalat, puasa, zakat dll, barangkali perantara kita adalah ayah ibu kita, namun diatas mereka ada perantara, demikian bersambung hingga Nabi saw, sampailah kepada Allah swt.
Allah swt berfirman : “Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah/patuhlah kepada Allah swt dan carilah perantara yang dapat mendekatkan kepada Allah SWT dan berjuanglah di jalan Allah swt, agar kamu mendapatkan keberuntungan” (QS.Al- Maidah-35).
Ayat ini jelas menganjurkan kita untuk mengambil perantara antara kita dengan Allah, dan Rasul saw adalah sebaik baik perantara, dan beliau saw sendiri bersabda :“Barangsiapa yang mendengar adzan lalu menjawab dengan doa : “Wahai Allah Tuhan Pemilik Dakwah yang sempurna ini, dan shalat yang dijalankan ini, berilah Muhammad (saw) hak menjadi perantara dan limpahkan anugerah, dan bangkitkan untuknya Kedudukan yang terpuji sebagaimana yang telah kau janjikan padanya”. Maka halal baginya syafaatku” (Shahih Bukhari hadits no.589 dan hadits no.4442)
Hadits ini jelas bahwa Rasul saw menunjukkan bahwa beliau saw tak melarang tawassul pada beliau saw, bahkan orang yang mendoakan hak tawassul untuk beliau saw sudah dijanjikan syafaat beliau saw. Tawassul ini boleh kepada amal shalih, misalnya doa : “Wahai Allah, demi amal perbuatanku yang saat itu kabulkanlah doaku”, sebagaimana telah teriwayatkan dalam Shahih Bukhari dalam hadits yang panjang menceritakan tiga orang yang terperangkap di goad an masing masing bertawassul pada amal shalihnya.
Dan boleh juga tawassul pada Nabi saw atau orang lainnya, sebagaimana yang diperbuat oleh Umar bin Khattab ra, bahwa Umar bin Khattab ra shalat istisqa lalu berdoa kepada Allah dengan doa : “wahai Allah.., sungguh kami telah mengambil perantara (bertawassul) pada Mu dengan Nabi kami Muhammad saw agar kau turunkan hujan lalu kau turunkan hujan, maka kini kami mengambil perantara (bertawassul) pada Mu Dengan Paman Nabi Mu (Abbas bin Abdulmuttalib ra) yang melihat beliau sang Nabi saw maka turunkanlah hujan” maka hujanpun turun dengan derasnya. (Shahih Bukhari hadits no.964 dan hadits no.3507).
Riwayat diatas menunjukkan bahwa :
Para sahabat besar bertawassul pada Nabi saw dan dikabulkan Allah swt.
Para sahabat besar bertawassul satu sama lain antara mereka dan dikabulkan Allah swt.
Para sahabat besar bertawassul pada keluarga Nabi saw (perhatikan ucapan Umar ra : “Dengan Paman nabi” (saw). Kenapa beliau tak ucapkan namanya saja?, misalnya Demi Abbas bin Abdulmuttalib ra, namun justru beliau tak mengucapkan nama, tapi mengucapkan sebutan “Paman Nabi” dalam doanya kepada Allah, dan Allah mengabulkan doanya, menunjukkan bahwa Tawassul pada keluarga Nabi saw adalah perbuatan Sahabat besar, dan dikabulkan Allah.
Para sahabat besar bertawassul pada kemuliaan sahabatnya yang melihat Rasul saw, perhatikan ucapan Umar bin Khattab ra : “dengan pamannya yang melihatnya” (dengan paman nabi saw yang melihat Nabi saw) jelaslah bahwa melihat Rasul saw mempunyai kemuliaan tersendiri disisi Umar bin Khattab ra hingga beliau menyebutnya dalam doanya, maka melihat Rasul saw adalah kemuliaan yang ditawassuli Umar ra dan dikabulkan Allah.
Dan boleh tawassul pada benda, sebagaimana Rasulullah saw bertawassul pada tanah dan air liur sebagian muslimin untuk kesembuhan, sebagaimana doa beliau saw ketika ada yang sakit : “Dengan Nama Allah atas tanah bumi kami, demi air liur sebagian dari kami, sembuhlah yang sakit pada kami, dengan izin tuhan kami” (shahih Bukhari hadits no.5413, dan Shahih Muslim hadits no.2194), ucapan beliau saw : “demi air liur sebagian dari kami” menunjukkan bahwa beliau saw bertawassul dengan air liur mukminin yang dengan itu dapat menyembuhkan penyakit, dengan izin Allah swt tentunya, sebagaimana dokter pun dapat menyembuhkan, namun dengan izin Allah pula tentunya, juga beliau bertawassul pada tanah, menunjukkan diperbolehkannya bertawassul pada benda mati atau apa saja karena semuanya mengandung kemuliaan Allah swt, seluruh alam ini menyimpan kekuatan Allah dan seluruh alam ini berasal dari cahaya Allah swt.
Riwayat lain ketika datangnya seorang buta pada Rasul saw, seraya mengadukan kebutaannya dan minta didoakan agar sembuh, maka Rasul saw menyarankannya agar bersabar, namun orang ini tetap meminta agar Rasul saw berdoa untuk kesembuhannya, maka Rasul saw memerintahkannya untuk berwudhu, lalu shalat dua rakaat, lalu Rasul saw mengajarkan doa ini padanya, ucapkanlah : “Wahai Allah, Aku meminta kepada Mu, dan Menghadap kepada Mu, Demi Nabi Mu Nabi Muhammad, Nabi Pembawa Kasih Sayang, Wahai Muhammad, Sungguh aku menghadap demi dirimu (Muhammad saw), kepada Tuhanku dalam hajatku ini, maka kau kabulkan hajatku, wahai Allah jadikanlah ia memberi syafaat hajatku untukku” (Shahih Ibn Khuzaimah hadits no.1219, Mustadrak ala shahihain hadits no.1180 dan ia berkata hadits ini shahih dengan syarat shahihain Imam Bukhari dan Muslim).
Hadits diatas ini jelas jelas Rasul saw mengajarkan orang buta ini agar berdoa dengan doa tersebut, Rasul saw yang mengajarkan padanya, bukan orang buta itu yang membuat buat doa ini, tapi Rasul saw yang mengajarkannya agar berdoa dengan doa itu, sebagaimana juga Rasul saw mengajarkan ummatnya bershalawat padanya, bersalam padanya.
Lalu muncullah pendapat saudara saudara kita, bahwa tawassul hanya boleh pada Nabi saw, pendapat ini tentunya keliru, karena Umar bin Khattab ra bertawassul pada Abbas bin Abdulmuttalib ra. Sebagaimana riwayat Shahih Bukhari diatas, bahkan Rasul saw bertawassul pada tanah dan air liur.
Adapula pendapat mengatakan tawassul hanya boleh pada yang hidup, pendapat ini ditentang dengan riwayat shahih berikut : “telah datang kepada utsman bin hanif ra seorang yang mengadukan bahwa Utsman bin Affan ra tak memperhatikan kebutuhannya, maka berkatalah Utsman bin Hanif ra : “berwudulah, lalu shalat lah dua rakaat di masjid, lalu berdoalah dengan doa : “: “Wahai Allah, Aku meminta kepada Mu, dan Menghadap kepada Mu, Demi Nabi Mu Nabi Muhammad, Nabi Pembawa Kasih Sayang, Wahai Muhammad, Sungguh aku menghadap demi dirimu (Muhammad saw), kepada Tuhanku dalam hajatku ini, maka kau kabulkan hajatku, wahai Allah jadikanlah ia memberi syafaat hajatku untukku” (doa yang sama dengan riwayat diatas)”, nanti selepas kau lakukan itu maka ikutlah dengan ku kesuatu tempat. Maka orang itupun melakukannya lalu utsman bin hanif ra mengajaknya keluar masjid dan menuju rumah Utsman bin Affan ra, lalu orang itu masuk dan sebelum ia berkata apa apa Utsman bin Affan lebih dulu bertanya padanya : “apa hajatmu?”, orang itu menyebutkan hajatnya maka Utsman bin Affan ra memberinya. Dan orang itu keluar menemui Ustman bin Hanif ra dan berkata : “kau bicara apa pada utsman bin affan sampai ia segera mengabulkan hajatku ya..?”, maka berkata Utsman bin hanif ra : “aku tak bicara apa2 pada Utsman bin Affan ra tentangmu, Cuma aku menyaksikan Rasul saw mengajarkan doa itu pada orang buta dan sembuh”. (Majmu’ zawaid Juz 2 hal 279).
Tentunya doa ini dibaca setela wafatnya Rasul saw, dan itu diajarkan oleh Utsman bin hanif dan dikabulkan Allah. Ucapan : Wahai Muhammad.. dalam doa tawassul itu banyak dipungkiri oleh sebagian saudara saudara kita, mereka berkata kenapa memanggil orang yang sudah mati?, kita menjawabnya : sungguh kita setiap shalat mengucapkan salam pada Nabi saw yang telah wafat : Assalamu alaika ayyuhannabiyyu… (Salam sejahtera atasmu wahai nabi……), dan nabi saw menjawabnya, sebagaimana sabda beliau saw : “tiadalah seseorang bersalam kepadaku, kecuali Allah mengembalikan ruh ku hingga aku menjawab salamnya” (HR Sunan Imam Baihaqiy Alkubra hadits no.10.050)
Tawassul merupakan salah satu amalan yang sunnah dan tidak pernah diharamkan oleh Rasulullah saw, tak pula oleh ijma para Sahabat Radhiyallahu’anhum, tak pula oleh para tabi’in dan bahkan oleh para ulama serta imam-imam besar Muhadditsin, bahkan Allah memerintahkannya, Rasul saw mengajarkannya, sahabat radhiyallahu’anhum mengamalkannya. Mereka berdoa dengan perantara atau tanpa perantara, tak ada yang mempermasalahkannya apalagi menentangnya bahkan mengharamkannya atau bahkan memusyrikan orang yang mengamalkannya.
Tak ada pula yang membedakan antara tawassul pada yang hidup dan mati, karena tawassul adalah berperantara pada kemuliaan seseorang, atau benda (seperti air liur yang tergolong benda) dihadapan Allah, bukanlah kemuliaan orang atau benda itu sendiri, dan tentunya kemuliaan orang dihadapan Allah tidak sirna dengan kematian,justru mereka yang membedakan bolehnya tawassul pada yang hidup saja dan mengharamkan pada yang mati, maka mereka itu malah dirisaukan akan terjerumus pada kemusyrikan karena menganggap makhluk hidup bisa memberi manfaat, sedangkan akidah kita adalah semua yang hidup dan yang mati tak bisa memberi manfaat apa apa kecuali karena Allah memuliakannya, bukan karena ia hidup lalu ia bisa memberi manfaat dihadapan Allah, berarti si hidup itu sebanding dengan Allah? , si hidup bisa berbuat sesuatu pada keputusan Allah?,
Tidak saudaraku.. Demi Allah bukan demikian, Tak ada perbedaan dari yang hidup dan dari yang mati dalam memberi manfaat kecuali dengan izin Allah swt. Yang hidup tak akan mampu berbuat terkecuali dengan izin Allah swt dan yang mati pun bukan mustahil memberi manfaat bila memang di kehendaki oleh Allah swt. Ketahuilah bahwa pengingkaran akan kekuasaan Allah swt atas orang yang mati adalah kekufuran yang jelas, karena hidup ataupun mati tidak membedakan kodrat Ilahi dan tidak bisa membatasi kemampuan Allah SWT. Ketakwaan mereka dan kedekatan mereka kepada Allah SWT tetap abadi walau mereka telah wafat.
Sebagai contoh dari bertawassul, seorang pengemis datang pada seorang saudagar kaya dan dermawan, kebetulan almarhumah istri saudagar itu adalah tetangganya, lalu saat ia mengemis pada saudagar itu ia berkata “Berilah hajat saya tuan …saya adalah tetangga dekat amarhumah istri tuan…” maka tentunya si saudagar akan memberi lebih pada si pengemis karena ia tetangga mendiang istrinya, Nah… bukankah hal ini mengambil manfaat dari orang yang telah mati? Bagaimana dengan pandangan yang mengatakan orang mati tak bisa memberi manfaat?, Jelas-jelas saudagar itu akan sangat menghormati atau mengabulkan hajat si pengemis, atau memberinya uang lebih, karena ia menyebut nama orang yang ia cintai walau sudah wafat.
Walaupun seandainya ia tak memberi, namun harapan untuk dikabulkan akan lebih besar, lalu bagaimana dengan Arrahman Arrahiim, yang maha pemurah dan maha penyantun?, istri saudagar yang telah wafat itu tak bangkit dari kubur dan tak tahu menahu tentang urusan hajat sipengemis pada si saudagar, NAMUN TENTUNYA SI PENGEMIS MENDAPAT MANFAAT BESAR DARI ORANG YANG TELAH WAFAT, entah apa yang membuat pemikiran saudara saudara kita menyempit hingga tak mampu mengambil permisalan mudah seperti ini.
Saudara saudaraku, boleh berdoa dengan tanpa perantara, boleh berdoa dengan perantara, boleh berdoa dengan perantara orang shalih, boleh berdoa dengan perantara amal kita yang shalih, boleh berdoa dengan perantara nabi saw, boleh pada shalihin, boleh pada benda, misalnya “Wahai Allah Demi kemuliaan Ka’bah”, atau “Wahai Allah Demi kemuliaan Arafat”, dlsb, tak ada larangan mengenai ini dari Allah, tidak pula dari Rasul saw, tidak pula dari sahabat, tidak pula dari Tabi’in, tidak pula dari Imam Imam dan muhadditsin, bahkan sebaliknya Allah menganjurkannya, Rasul saw mengajarkannya, Sahabat mengamalkannya, demikian hingga kini.
Walillahittaufiq
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Tulisan di atas adalah petikan dari Kitab Kenali lah Akidah Mu dari Blog Jalansufi. Di mana suruhan Rasulullah agar membaca ayat-ayat al Quran untuk tujuan mengubati dan lain-lain hajat?
Assalaamualaikum warohmatullahi wabaarokaatuh,
Duhai sahabat2 ku sekelian: Al Waliqudus, Al Daus, Al Paduka, Al Alam Tunggal, dan tak lupa lah Tok Pendekar sufi tok guru kita yang mulia tu.
Waalaikummussalaam warohmatullahi wobaarokaatuh.
Kalian sekelian, kenapa la day sunyi sepi tiadda berlagu ni??
Hambo kebelakangan ni ada hal yang menghalang untuk menemui kalian kat sini.
Ini pun mata masih berat lagi nak tengok laptop, tapi dik rindu kan teman2 masuk juga lah.
Hari tu tak banyak masa, hanya leh masuk ke satu tempat je.
Macam na, dengan hidangan introduksi yang tok pendekar berikan tu. Marilah kita sama2 kembalikan diri kita kepada asalnya kita…………
Janganlah dikhuatiri, Alam Tunggal dan Tok Waliqudus tu sekurang2nya, atau kesemua kita anda berempat, + saya sorang, kita berlima mulakan sessi ni dibawah naungan guru hebat kita tok pendekar sufi.
Nak bagi tau, tok pendekat tu tersangatlah tinggi pencapaiannya, mai la kita panjat sama pencapaiannya itu. It is wajib untuk setiap orang yang menamakan diri dia MANUSIA untuk kembali mengenal asal usul diri kita.
Adakah kita ni boleh termasuk didalam kumpulan yang 1/73 tu??
“”Apabila sudah tahkik pandanganmu dengan keadaan demikian, nescaya segala sifat makhluk fana dalam sifat-sifat Allah Taala, hamba itu tidak mendengar melainkan dengan pendengaran Allah Taala, hamba itu tidak melihat melainkan dengan penglihatan Allah Taala, hamba itu tidak tahu melainkan dengan pengetahuan Allah Taala, hamba itu tidak hidup melainkan dengan hayat Allah Taala, hamba itu tidak berkata-kata melainkan dengan perkataan Allah Taala, dan begitulah seterusnya dengan sifat-sifat-Nya yang lain. Dalil yang menunjukkan bahwa hamba tidak mempunyai sifat-sifat tersebut dan yang ada pada hamba itu muzhar sifat-sifat Allah Taala ialah sebagaiman firman Allah Taala, dalam hadis Qudsi:””
DISINILAH JIKA SESEORANG ITU CUBA MELALUI PROCESS MENGENAL DIRI TANPA GURU, DISINILAH SELALUNYA IA AKAN TERLEKA DENGAN ALAM FANA ITU, LALU KEKADANG MENGATAKAN DIA LAH ALLAH. AMAT MERBAHAYA LAH TU.
“”Erinya:”Tidak menghampiri orang-orang yang menghampiri diri pada-Ku umpama mengerjakan apa yang Aku fardukan ke atas mereka dan sentiasalah hamba-ku berdamping diri kepada-Ku dengan mengerjakan ibadat sunat hingga Aku kasihkan dia. Maka apabila Aku kasihkan dia, nescaya adalah Aku pendengarannya yang ia mendengar dengan Dia, pertuturan lidahnya yang ia bertutur dengan Dia, penampar tangan yang ia menampar dengan Dia, berjalan kakinya yang ia berjalan dengan Dia, dan fikiran hatinya yang ia berfikir dengan Dia.””””
ALANGKAH SERONOKNYA BERADA DIDALAM SUASANA INI,……..IA YANG MELAKUKAN UNTUK KITA.
mai lah kita bersama, kalu dua orang je tak bestlah.
Selamilah “hati” yang suci bersih itu, pasti akan diketemui jua rasa RINDU ………..YANG TAK DAPAT DIJELASKAN.
Semenjak zaman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, manusia telah diseru untuk datang dan mengerjakan Haji ke Baitullah, dengan sujud, rukuk, berdiri, dan tawaf, supaya mereka menyaksikan berbagai menfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama allah pada hari2 yang ditentukan (10-13Zulhijjah)atas rezeki yang allah berikan kepada mereka berupa binatang ternak (binatang korban). Makanlah sebahagiannya dan berikanlah lainnya kepada orang2 yang sengsara dan fakir.
(Al-Haj, 22: 26-28)
Tahukah kalian bukan saja mengucap dua kalimah syahadah, tetapi, “Haji” dan “puasa” dan “zakat” juga ada didalam solat yang — diterima Allah.
Nak tau lebih – ha bergurulah dengan tok pendekar sufi tu.
salam tokpasai,
dekat tang mn,dikata kan semua tu ada dlm solat,
dpt kiranya tokpasai terang kat kami serba sedikit (roughly)yg masih berhingusan.
Maaf dik, itu punya hal tak boleh main cerita je. Ianya mesti kena dialami sendiri. Sebenarnya yang lebu=ih afdhal ialah untuk seseorang itu benar2 dapat khasiat pemergian nya mengerjakan haji diMekah ialah dengan “dianya yang ddalam” tu pergi bertawaf dulu keKakbah,
Tak begitu tok Pendekar Sufi??
Tapi bagaimana nak keMekah tu dulu??
Ha, tu lagi tak boleh nak main cakap je.
Untuk mendapatkan semua tu kita mesti kena “matikan diri sebelum kita dimatikan” selagi tak sampai begitu tak tau lah – mungkin ada cara lain kut tak tau lah.
Assalamualaikum wbt….
Hmmm….cuiettokpasai ni janganlah terlampau memuji saya. Segalanya atas izin Dia jua. Kita takkan mampu nak beri hidayah kepada sesiapa pun. Ilmu ni kalau hebat tara mana pun, kalau orang tak percaya tak jadi juga. Segalanya atas keyakinan individu itu juga. Sekali pun belum memahami sebenar-benarnya pembelajaran SIFAT 20 & Asmaul Husna, namun atas keyakinan yang tinggi dan kebersihan hati yang dah digilap , InsyaAllah kemakbulan Doa berlaku jua. Kan DIA dah berkata , ” Aku adalah seperti sangkaan hamba Ku……….”.
Ini sebahagian pengalaman mereka-mereka yang telah mengambil amalan-amalan ini :
i) Tatkala sedang marah, beliau telah menampar paha anaknya. Seketika itu jua, paha anaknya membengkak dan membiru. Beliau tersedar bahawa dalam keadaan marah, niat dah terdetik dan Allah SWT kabulkan. Beliau meminta maaf kepada anaknya yg kesakitan dan menasihat supaya jgn buat “Ummi” marah lagi. Lalu anaknya menceritakan bhw yg dilihat bukan tangan ibunya tetapi “petir” yg memukul pahanya. SUBHANALLAH.
ii) Anak muda ini dgn rendah diri menceritakan bahawa memang apa yg terdetik di hati benar-benar berlaku. Dan beliau juga mendapat alamat /berita didalam mimpi terdahulu daripada berita sebenar, yakni beliau menanyakan khabar tersebut setelah dikhabarkan melalui mimpi, ternyata benar.
iii) Pasangan suami isteri yang di serang sihir oleh Dukun Sakai. Saya telah mengijazahkan Silat Gerak Makrifat dan Gerak Perubatan. Alhamdulillah mereka telah mempraktikkan dgn yakin . Tatkala sedang sakit, mereka makrifatkan memulangkan segala bisa/ sihir dan GERAK itu benar-benar berlaku. ALAMI LAH. Cuma selagi Dukun tu tak mati, mereka akan terus menyerang dan ini menjadi tanggungjawab saya selagi belum terhapus kemungkaran ini. Pelatih yg masih baru sememangnya belum ada “kekuatamn maksima”, jadi ini perlukan pemantauan dan pertolongan dari Guru jua dengan Izin-Nya. Pengalaman menyembuhkan abangnya yg di serang sakit jantung ketika sedang ada kenduri, dari jarak jauh (kerana pesakit dikelilingi ramai orang) dan sejurus Ambulan tiba, pesakit jantung tadi sudah stabil. Begitu juga anak kecil yang tak berhenti menangis kerana dilintasi “syaitan’, beliau meletakkan tangan di ubun-ubun dan berdoa, dengan izin Nya si anak tadi berhenti menangis dan mula bercerita sebab-sebabnya.
Walau pun belum mantap dari segi pemahaman aqidah namun mereka benar-benar yakin dengan ilmu ini, maka Allah SWT kabulkan doa mereka. Dari sini pelatih akan nampak dan sedar bahawanya ALLAH SWT ITU MEMANG BERKUASA DAN MAHA MENYEMBUHKAN. TANPA PENGANTARA/MEDIA, TIADA MEMERLUKAN BAHAN-BAHAN SEPERTI LIMAU , GARAM ,BUNGA , LADA HITAM DSBNYA, TIADA MEMERLUKAN UBAT-UBATAN, TIADA AIR DIGUNAKAN, TIADA AYAT-AYAT QURAN DI BACAKAN. HANYA……DOA DAN ZIKIR NAMA-NAMA-NYA.
Di sini pengenalan kepada Allah SWT berlaku. DIA memperkenalkan Diri-Nya melalui Gerak-Nya(Af`al), Zikir Nama-Nama-Nya (Asma’al husna)dan Menyembuhkan (Sifat-Nya)melalui 7 Sifat Ma’ani yg di sertakan kepada “Diri” kita (Hak/Wajah Allah SWT).
iv) Isteri saya sendiri sudah saya ijazahkan amalan ini dan dia sesudah saya “clearkan segala serangan si bomoh durjana”, akan merawat diri sendiri akan segala saki-baki bisa/sakit yang ada. Tak henti-henti bercerita akan keajaiban yg berlaku, “sembuh/hilang sakit gitu aje”.
Sebenar-benar guru (mursyid) akan mengajar mengenal ALLAH SWT terlebih dahulu. Kemudian mengajar supaya membuang segala sifat mazmumah dan isikan diri dengan segala sifat-sifat mahmudah. Baharu lah diperiksa akan syariatnya. Berkata pesakit saya, ” kalau belajar dimasjid atau surau takkan dapat pelajaran ini, asyik-asyik bab syariat”.
“Usuluddin & Tasauf” wajib dipelajari sehingga ke akhir hayat tetapi itu lah pelajaran yang di tinggalkan oleh ustaz-ustaz zaman kini. Kata hadis, ” Di akhir zaman, ulamanya fasik-fasik, ahli ibadahnya jahil-jahil.” Renungi lah hadis ini……..kajilah. Kata Rasulullah, bukan sedikit umatku di akhir zaman tetapi ibarat buih di lautan. Bertiup angin, terumbang-ambing lah dia.Langsung takde kekuatan, hanya bersandar/bergantung kepada senjata buatan moden dan ubatan kimia (dadah) yg perlu di makan sehingga mati . Nama lagi dadah kan, memang akan jadi “drug addict la”.
Cuba fikirkan, renungkan, apa amalan para Nabi sebelum Rasulullah, sebelum di turunkan Al Quran?
AMALAN ZIKIR NAMA-NAMA ALLAH…..ASMAUL HUSNA DAN NAMA-NYA YANG AGUNG (ISMULLAH AL A`DZHAM).
Wassalam.
Assalamualaikum wbt…
Teringat Buku Cerita Misteri , “Berkelahi Dengan Syaitan” tulisan Tok Awang Ngah, guru saya (Pakcik) pernah cerita bhw ada anak muridnya (kawan saya juga), ingin meneroka ke alam ghaib. Lalu guru izinkan dan bagi tempoh setengah jam sahaja.
Pakcik letak tangan di ubun-ubun kawan saya tu dan tak lama, dia tumbang. Ruh nya sudah melayang ke alam ghaib. Katanya, sungguh indah permandangan di alam ghaib, dia terbang melihat sekeliling dengan asyik masghul dan tiba lah ke suatu tempat dan di sambut oleh ketua perkampungan bunian itu. Cukup setengah jam, kedengaran suara pakcik memanggil dan kata ketua Bunian tu, kamu kena balik sekarang. Heheh, pasai apa janji setengah jam hehe.
Ada seorang tokoh korporat (nama dirahsiakan), ingin bertemu Puteri Saadong. Kejadian ini berlaku di Terengganu. Pakcik izinkan, dengan memanggil Puteri dan mereka berbual-bual lah. Selepas kembali ke alam nyata, beliau terus bercakap dgn loghat Kelantan pekat dan asyik masghul juga, heheh angau dengan kecantikan Puteri Saadong.
“Pakcik” kami ni juga berketurunan Bunian kerana Datuknya sendiri menghilang begitu sahaja. Datuknya selalu datang dan memantau cucunya ini, mengejutkan ketika waktu solat subuh . Tetapi bila bab mengubat, Pakcik tak mahu Datuknya bantu, katanya biar dia belajar sendiri .
Satu ketika kes histeria di Raub kalau tak silap, lama sudah, hanya Pakcik seorang handle, kes selesai. Dia di cari wartawan namun pakcik cepat2 melarikan diri. Namun cerita itu keluar juga di suratkhabar. Dia tak guna apa-apa pun, takde nak masuk botol jin-jin tu, takde nak guna garam berguni-guni pun apalagi nak bawak naik bas heheh….adaka makhluk tak berjasad yg boleh terbang nak bawak naik bas, kelakar. Hanya dengan Gerak, tangan menuju sasaran, akan keluar jurus mengikut apa yg di niatkan. Pakcik selalu pesan, niatkan kurung jin-jin ni di suatu tempat.Seperti cerita “Ghostbusters”, tembak dengan arus elektrik dan halakan ke bekas besi, kurung.
Semasa di dalam tentera, Pakcik mengetuai platun dan berada di barisan hadapan. Tiba-tiba ada gerakan menahan badannya dan mengheret dia menyisir ke tepi. Anggota platun juga ikut. Ada seorang anggota dari Sabah terus mara kehadapan dan tiba-tiba melambung ke udara…..periuk api…anggota itu tidak cedera pun sebab berilmu kebal heheh. Arwah Rasyid Maiden selalu berbisik kepadanya semasa arwah masih hidup dulu dan masih bersama komunis, “pulang lah nak, tiada apa di depan”. Memang betul, ya lah arwah bersama komunis, tentu lah dia dah warning komunis dulu tentang kemaraan tentera . Dan Arwah dengan Pakcik pula “seguru”, SILAT BATIN SUNAN KALIJAGA.
Pakcik memberitahu, anak muridnya seorang al hafiz merawat seorang pesakit cacat kaki (kaki kecil akibat demam panas), berturut-turut selama seminggu di perhatikan oleh seorang Ustaz . Kaki nya kini mempunyai kekuatan seimbang dan sekuat kaki orang normal.
Kini Pakcik dah bersara, penat melayan karenah anak murid dan pesakit kronik seperti kes sihir dan saka. Aku pula menyusun langkah, menyahut amanah . Tapi kelebihan ku dan kelebihan Pakcik tak lah sama. Masing-masing dengan kesesuaian masing-masing la. Cuma persamaan kami, kami bersahabat dengan “bomoh”. Kepakaran bomoh dapat melihat makhluk ghaib dan scan. Kami ibarat Pasukan di hadapan, menghadapi musuh dan pancung. Sang bomoh meneropong dari jauh dan memberi maklumat….heheheh.
Walau pun tak ada ilmu scan (menilik), untuk mengetahui boleh sahaja mengisyaratkan tangan supaya menggerakkan adakah “Ya” atau “Tidak”. Tak pun , hala kan sahaja tangan ke serata arah……jurus keliling kerana yang kena hanya Jin dan Syaitan. “Automatik Sensor” heheh.
Ada perawat tersohor yg buat siri TV , selepas melihat kebolehan ini lah, di mana dia memanggil kumpulan kami membersihkan Bangunan Pejabat 20 tingkat kalau tak silap dari gangguan Jin ini. Mengambil ijazah dari wakil kumpulan dan beramal tanpa menemui guru pun. Pandai sendiri , tersohor tetapi tak mengaku berguru. Nama sudah harum tetapi ijazahnya Pakcik sudah tarik balik. Patut ada pesakit memberitahu saya, berkali-kali telefon tidak pernah menjawab.
Hmm….nanti kalau saya ingat lagi apa citer guru, saya akan tulis lagi. Wassalam.
Assalamuaalikum Tuan Pendekar
Saya amat tertarik dengan penulisan abg tentang guru menarik balik ijazah ilmu yang diturunkan.
Soalan saya, apakah faktor faktor hingga terjadinya sebegitu keadaan sedemikian rupa dan apakah yang lain-nya ilmu ini hingga boleh di tarik semula…maksud saya…kalau kita belajar ilmu geografi…ibu kota Malaysia adalah Kuala Lumpur….dan pengetahuan ini dengan izin Allah SWT…ingat/lekat sampai mati…boleh ka guru geografi tu tarik balik ilmunya…?
Maaf dipinta kiranya soalan saya agak kasar…hanya bertanya sahaja
Wassalam
Sebab itu lah Ilmu Mata Makrifat itu penting…Ilmu ini bolih,scanning,menangkap,mengurung,memasung dan membunoh syaitan !!!.Nak dapan nya kena lah 7 tahun “BERTAPA”…Sampai dapat 7 simpai kat lengan !!!..haaaahh…..haaaaah….hahhhhh…..
Waalaikum salam Alam Tunggal,
Soalan yang baik sekali bagi membezakan ilmu haq , ilmu batil , yang wajib, sunat dan yg harus di pelajari.
Ilmu haq – Usuluddin, Tasauf dan feqah
Ilmu batil – ilmu sihir lah
Ilmu Wajib – Usuluddin, Tasauf dan feqah
Ilmu Sunat – Al Quran, hadis dsb nya
Ilmu Harus – Ilmu dunia misalnya geografi.
Penting untuk di ketahui bahawa sanya sebelum mempelajari ke tiga-tiga ilmu haq tadi maka , jatuh haram hukumnya mempelajari ilmu-ilmu lain seperti al quran , hadis dan sebagainya. Kata seorang Ustaz (Guru Pondok) yg mengajar di Masjid Ampang. sekiranya seseorang itu telah lumpuh badannya tetapi didapati belum pernah mempelajari ilmu Usuluddin mau pun tasauf maka wajib di angkat akan dia dan di bawa kemasjid untuk mempelajari ilmu ini. Ilmu Kebatinan Islam juga datang dari pengajain Usuluddin dan Tasauf.
Juga patut di ketahui bahawa sanya ilmu pandangan kasyaf bukan lah ilmu tertinggi di dalam Islam. Contohnya kejadian perintah Allah SWT agar Nabi Allah Musa pi belajaq dgn Nabi Khidir. Begitu juga kisah Rasulullah menghantar para Qari seramai 70 orang ke suatu perkampungan atas jemputan kaum tersebut untuk memeluk Islam namun sesampainya mereka, kesemuanya kena sembelih. Kalau Rasulullah pandangan matanya kasyaf, sudah tentu baginda awal-awal tahu muslihat kaum ini. Maklumat ini saya dapati dari Kitab Futuhat AL Makkiyah karangan Ibnu Arabi.
Kisah pengorbanan Nabi Ismail dan Nabi Ibrahim juga berkisar kepada pandangan mata hati/kasyaf ini. Di dalam Kitab Hikam, penulis menceritakan bagaimana Nabi Ibrahim suatu ketika berniat ingin bersifat seperti sifat Allah SWT iaitu AR Rahman dan AR Rahim. Lalu Allah SWT menguji baginda dengan membuka penglihatan mata batinnya/kasyaf dan terlihat lah oleh baginda akan kejahatan dan keburukan kaumnya. Baginda lalu berdoa dengan Ismullah Al A’dzham (doa yg makbul)akan kebinasaan kaumnya yg berbuat dosa dan mungkar, maka sekian ramai lah yg mati.
Lalu Allah SWt uji pula dengan pengorbanan Nabi Ismail………sebaik sahaja pisau berada di leher Nabi Ismail, Allah SWT berkata, “Wahai Ibrahim, dahulunya engkau mahu bersifat seperti sifat Aku namun bila Aku bukakkan pandangan kasyaf mu , sebaliknya engkau mendoakan kebinasaan hamba-hamba Ku. Aku kasihi hamba Ku sejahat mana pun mereka, mungkin anak cucu mereka nanti akan menjadi hamba Ku yang soleh.”
Kasyaf adalah satu tahap di mana ia akan menjadi fitnah kepada sesiapa yg memperolehinya. Di dalam Kitab Futuhat AL Makkiyyah menceritakan ramai ahli-ahli sufi tergoda dengan dakyah Iblis lalu ramai lah yg mengaku jadi Nabi, jadi Tuhan , jadi Penguasa Langit dan sebagainya. Orang mukmin pula terpesona dengan keindahan alam ghaib dan kebolehan melihat jin dan syaitan lalu menyangka ini tahap tertinggi dan berhenti dari terus beramal sebelum Mengenal ALlah sebenar-benarnya. Lalu menjadi lah mereka bomoh yg kasyaf yg pandai menelek dan scan dan bukan seorang yg doanya makbul. Maaf, ini adalah petikan dari Kitab Futuhat ye karangan Ibnu Arabi..
Bab ijazah ilmu yg dapat di tarik balik ini adalah kemungkinan besar berkait dengan pewarisan ilmu yg Allah SWT wariskan kepada Rasulullah dan anak cucunya sepertimana di ceritaka oleh Tun Suzana di dalam AAHlul Baits. Sesungguhnya Allah mewariskan dunia ini kepada Rasulullah dan anak- cucunya iaitu ilmu agama, perubatan dan kebatinan Islam serta kerajaan dunia.
Pewaris yang berhak adalah anak cucu baginda dan mukmin yg lain boleh juga belajar dengan mendapat barakah anak cucu baginda. Kan Allah SWT dah izinkan boleh bertawasul melalui keturunan Baginda. Kalau keturunan baginda membuat onar, bala dari Allah sendiri lah. Kalau murid2nya menyalahguna ilmu ini, sebaiknya gurunya tarik balik lah agar tidak merosakkan nama Islam itu sendiri.
Yg berlaku dalam perguruan kami selain perawat Islam tersohor itu adalah satu kes di Johor dimana ketika merawat satu kes sihir , Pakcik dapati sihir itu dihantar oleh anak muridnya sendiri dengan menggunakan ILMU SILAT BATIN SUNAN KALIJAGA. Sudah tentu kalau berniat jahat, bantuan segera datang dari bala tentera Iblis bagi merosakkan aqidah dan akhlak penuntut ilmu haq sekali pun. Kekadang yg jadi boleh buat demo kebal ke makan kaca ke adalah bantuan dari Jin ini lah. Ilmu haq tidak dapat di pertunjukkan dengan riak. Al Maunnah tidak dapat di pamerkan.
Kata Ibnu Hajar dalam Kitab Fathul Bari, sekiranya seuatu ilmu yg dapat menonjolkan perkara yg mencarik adat dan dapat di pelajari maka ia adalah ILMU SIHIR .
Sekian, maaf andai kata terkasar bahsa dan tersilap kata.
Ilmu Silat Batin Sunan Kalijaga ( Gerak Makrifat ), di iktiraf oleh seorang kiyai di Johor sebagai no.2 di alam kebatinan Islam. Menurut beliau, ini adalah amalan para tok-tok guru pondok yg kini saya buka untuk semua yg berminat. Waktu makin menghampiri saudara-saudara………
Ilmu Titik Sembilan (Penyembuhan Tapak Tangan), adalah ibu segala ilmu ( No. 1) menurut guru ghaib ku. Bukan ke segala izin datang dari Yang Satu, kita ni mana ada daya dan upaya. kalau belajar banyak ilmu pun, ambil masa bertahun-tahun dengan hanya berniat mendapatkan kelebihan ilmu itu, keizinan dari DIA juga. Malangnya kalau sesiapa beriktiqad bahawa sanya amalan itu dan ayat-ayat itu dapat memberikan kuasa seperti yang di hajatkan.
Ismullah Al A`dzham amalan para Nabi. Kajian saya ke atas amalan dan kaedah mukjizat perubatan Nabi Isa adalah sepertimana kami amalkan . Baginda dan pengikutnya tidak nampak apa di sebalik alam ghaib, baginda hanya berdoa dan berzikir dengan Nama-Nama-Nya yang Agung. Izin Allah berlaku sepertimana yg baginda dan pengikutnya niatkan. Hanya si mati yang hidup semula menceritakan bagaimana ruhaniah perawat memasuki alam ghaib dan menyelesaikan masalah tersebut. Sedangkan perawat dalam keadaan jaga sedang berzikir. Tang ni ada sesiapa boleh menjelaskan akan pecahan ruh-ruh yang keluar dari tubuh?
Assalamualaikum.
berkenaan dengan ruh kuar dari tubuh tu…ish ..tau..sebab ada pengalaman..tp nak citerkan pecahannya…ikut pada wan yang tak berapa bijak ni..payah juga lah …yang wan tahu kalau kita sendiri kuar dari badan kita…erm. perasaanya macam pelik nuuuuu..macam dok terbang. ish macam superman la pulak. yang wan tahu kita ada tujuh . kalau dah jumpa semua ..bagus..tak lagi….kena tunggu la kot. belum sampai masa lah tu kot nuuuu…erm
tapi amalan kena banyak..walaupun tak alim..tapi buat la sebanyak yang buleh nuuu.salah satu..jangan tinggal al quran,solat malam pun…erm.banyak jugak nuuu. insyaallah akan jumpa al quran.. senjata paling kuat adalah kalimah Lailahaillallah. racun bagi syaitan , nur bagi mukmin, kunci syurga…… wallahualam.
Wan
hamba Allah yang hina.
Asalammualaikum !!!.Roh yang keluar semasa merawat Pesakit,memang tak dapat di bukti kan secara sainstifik….macam juga kita cerita kat orang ,manis nya gula !!!.Sedang kan orang itu tak makan gula,macamana nak tau, manis nya gula !!!.Jadi jika nak tau dan rasa roh kita keluar dan merawat pesakit,kita kenalah belajar…..tapi hantu dah ada kamera digital bolih tangkap…roh rasa saya belum ada lagi alat nya….tapi dengar cerita di USA, dah ada ciptaan ini,harga nya mahal pulak…sekitar USD 60,000……Alaaa ilmu yang ANDA ajar tu pun ,berapa kerat jer yang akan tamat belajar, kalau dapat 5 orang tamat dan khatam,pun dah kira nasib baik. !!!.Bayang kan class mate aku dulu ada 30 orang,yang tamat betul…hanya lah aku seorang,yang 29 orang lagi….hilang tanpa bayang !!!!kahhhh…kahhh…kahh…belajar, kena belajar juga !!!
aku tunggu dikajang nanti….
aku kat semenyih ni…
kajang dengan semenyih dah dekat dah..
Waalaikum salam,
Terimakaasih Tok Syeikh. Betul kata TS tu, sememangnya yang minat nak belajar tu memang ramai tetapi yang dapat menguasai tu hanya dengan keizinan Allah sahaja ( hamba yang Dia redhai). Begitu juga dengan kursus rawatan Islam yg semakin galak di adakan sekarang ni, baik RIDAM ke , TIAF ke , DARUL SAKA ke, DARUL SYIFA ke….sambutannya bagus tetapi yg mengamalkannya atau buat secara sambilan hanya sebilangan sahaja.
Beza di antara kaedah saya dan mereka di atas adalah , ilmu mereka, mereka sendiri yang ajar tetapi ilmu yg saya ajar ni , Allah SWT sendiri yg akan ajar melalui GERAK dan ILHAM. Bayangkan para Wali Songo pemula ilmu ni, sapa yang ajar mereka bersilat/ ilmu kepahlawanan, kaedah merawat dan sebagainya kalau bukan ILHAM LADUNI dari Allah SWT. Guru saya (Pakcik) hanya 2 kali bersua muka dengan Gurunya iaitu semasa di ijazahkan dan semasa beliau telah mencapai tahap tertinggi dan mau di uji oleh murid-murid kanan di tengah padang lalu keluar petir dari tangannya. Gurunya dtg dan memeluk beliau seraya berpesan ,” sabar dan ingat Allah selalu”.
Kepandaiannya adalah dari Allah SWT malah “Datuknya (Bunian)” mau menolong dan mengajarkannya pun dia tak mau. Begitu juga Perawat tersohor di TV tu pun belajar sendiri melalui GERAK dan ILHAM, tak pernah bersua dengan Pakcik pun. Bila ijazah di tarik balik, GERAK dan ILHAM tiada lagi. Lalu apa yg dia boleh buat utk merawat , barokah guru sudah tiada lalu ALLAH SWT tidak lagi mengizinkan .
Saya juga tidak pernah di ajar secara praktikal. Begitu juga ILMU TITIK SEMBILAN adalah dari Guru Ghaib. Saya juga belajar dari GERAK dan ILHAM. Bila bertemu Guru baru beliau menyatakan ilmu ini memang hak kamu kerana kamu dapat menguasainya dengan baik sekali walau tidak di ajar secara praktikal. Bila saya renung-renungkan baru saya sedar bahawa sanya nya saya sudah ada GERAK ini sewaktu muda lagi, sebelum bertemu guru lagi. Sewaktu bersilat saya di katakan kebal kerana tiada lut sebarang pukulan baik flying kick, tumbukan, sikuan maupun di belasah dengan rotan. Kalau memukul hanya perlu sentuh , tiada tenaga di lepaskan tetapi mangsa merasa seakan 5 kali ganda tenaga pukulan.
Begitu juga semasa mengurut kekawan yg terseliuh semasa bersilat, hanya urutan biasa, mereka kata sembuh sepenuhnya. Sesuatu keajaiban pada Tapak Tangan ini anugerah Tuhan Yang Maha Agung.
Ilmu ini ilmu rahsia, ilmu tingkat GURU. Maka para guru-guru silat dan para perawat yg sudah membuka Pusat Rawatan patut memiliki ilmu ini. Mereka tidak perlu mengajarkannya pada semua anak murid , hanya yg terpilih shj yg pasti para guru akan beri.
Tetapi bila Ilmu Mengenal Tuhan , sepatutnya setiap individu patut mengetahuinya (wajib). Maka bila saya membukanya untuk umum dan bukan lagi untuk para guru-guru sahaja, sayang bila peluang ini dilepaskan begitu shaja. Cuiettokpasai adalah diantara mereka yg pernah mempelajari dan sudah pun berada di dalam keadaan asyik masghul bila mengamalkan ilmu ini, tak begitu kak?
Ilmu ini berjalan secata otomatik. Bila sudah sebati (hanya amalkan zikir LAILAHA ILLALLAH), MAKA GERAKAN TU DATANG SENDIRI SECARA OTOMATIK. Nak gi interview, detik hati je, hati mereka terbuka utk kamu. Bila di serang hendap, GERAK BAADAN datang sendiri tanpa perlu pengawasan mata dan telinga. Bila sedang tidur, ilmu sihir yg di hantar samada terlantun semula kepada penyihir atau tangan kamu bergerak sendiri semasa tidur menepis serangan ghaib. Macam-macam lagi.
Cuma bila kita dah terbiasa dengan pelajaran tahap sekolah rendah, bila cikgu kata tahun depan kamu akan belajar pelajaran sekolah menengah . Ini pelajaran yg kamu akan belajar. Murid-murid menyengih aje tanpa faham apa-apa, selagi tak masuk tingkatan satu, murid-murid akan BLE.HEHEH.
TAK KENAL MAKA TAK CINTA. BILA KENAL DIRI MAKA NYATA LAH TUHAN. KUN FAYAKUN.
Wassalam.
Ye lah dik Pendekar sufi, memang nya saat saat tu teramat dirindukan sehingga kini.
Ye, Kasyaf bukanlah tahap tertinggi, ia hanya peringkat masa nak mula panjat naik duk kat tengah2 je. Tapi kena awas betul2 takut yang kita nampak tu adalah jelmaan iblis, habislah kita tersalah ikut.
Sebab tu kita tak dibenarkan menerima sepenuhnya just like that akan apa yang datang dalam pangangan tu, kena tapis dulu.
Tapi seperti kata tok PS tu, HATI dan apa yang Hati bagi tau for the first time, itulah yang betul, jika difikir dan dijawab sendiri dan timbul jawapan lain itu bukan kata hati lagi, tapi adalah kata fikiran “mental” . apa yang datang dari otak adakala betul dan adakala terpesong, kerana otak satu organ yang boleh dicincang2 oleh pisau jika dibenarkan, jadi apa yang datang dari organ yang berbentuk fizikal begitulah keaadannya.
tok PS, doakanlah kak dapat menguasai semula “kuasa seperti mana tahun 1992” dulu tu jika dimana DIA menjalankan semua urusan kehidupana ini untuk kita.
Duhai adik2 marilah kita sama2 mendapatkannya DENGAN IZIN ALLAH. YA ALLAH, AKU MOHON AMPUN DARIMU KERANA TELAH LAMA TERTINGGAL KAN AMALAN ILMU YANG KAU ANUGERAHKAN ITU KERANA TAKUTKAN MANUSIA, YANG AKAN MENCEDERAKAN AKU JIKA MENERUSKANNYA, AMPUNKAN AKU YA ALLAH, AKU MINTA IZIN DARI MU UNTUK DI ANUGERAHKAN SEMULA ILMU ITU DENGAN MUDAH SEMUDAH TERBANG ATAS ANGIN MACAM DULU JUGA. KASIHANI LAH AKU, YA ALLAH,
Kalian semua, tolonglah hadiahkan Fatihah untuk kak agar senang kak dapat balik apa yang telah tertinggal itu dengan mudah, ini untuk kebaikan kita semua. Ye benar.
Sekian, terima kasih. Dah banyak hari kak tak buka web ni, sibuk sikit dengan urusan kehidupan,
Dan kak mohon maaf ya pada saudara sekelian yang selama ini menyangka kak ni LELAKI. kan bagus juga disangka lelaki no?? hmmmmm.
Bila dah cinta tergila-gila dah pula, hai…..
ANTARA PRINSIP PENTING DALAM BERGURU
Pesanan Dari Guru Tua
Wahai anak-anakku,
Berpeganglah pada kalimah La illah ha ilahLah ia adalah kalimah pembebasan, kalimah yang membawa manusia dari kesempatan dunia kepada keluasan akhirat, dari kesempatan ikatan dunia, makhluk, nafsu dan syaitan kepada keluasan Alam KeTuhanan.
Sesiapa yang dihatinya terikat dengan empat pekara tadi tidak akan merasai kemanisan makrifat. Dia akan terus buta dengan Tuhannya yang nyata, dia tidak tidak merasai Tuhan sentiasa bersamanya kerana hatinya, bersama dengan makhluk pada setiap masa, Hati yang kebal dengan cahaya cintanya pada Allah SWT, tiada apa yang boleh menembusinya, segalanya hanyalah ditangan tidak pada hati.
Firman Tuhan dalam hadis Qudsi:
”Sesiapa yang berada dalam kota-ku, ia breada dalam penjagaan-ku”.
Banyakkan menyebut kalimah Tauhid tadi agar ia betul-betul menyerap ke dalam hati, Apabilah cahayah kalimah tidak bernar-bernar meresap ke dalam hatinya, akan tercabut sedikit demi sedikit segalah karat-karat jahiliah, mazmumah, maka jadilah hatinya lembut dan dapat merasai kemanisan Asma’ Allah SWT.
Merasai asyik dengan Allah adalah pintu untuk ke gerebang fana’ fiLlah. Fana fiLah adalah pintu kepada gerbang Makrifatullah. Untuk memahami tanjakan penghalang dan tipu daya galam menuju Allah, kamu perlu memiliki dan memahami kitab Minhajul Abidin karangan Imam AL-Ghazali rahaimahuLlah. Kitab ini sudah diterjemah kepada Bahasa Melayu moden yang mudah kamu fahami apabilah dibaca. Mudah-mudahan Allah SWT memberi pahalah yang banyak kepada penterjemahnya diatas usahanya yang amat mulia itu.
Saya berpesan kepada anak-anakku yang ingin menuntut ilmu, jika kamu menuntut Ilmu dan ingin benar merasai limpahannya, jagahlah adap kamu dalam perguruan, taat segala arahan peraturan yang diberikan olen guru kamu atau wakilnya. Jagalah adapmu supaya tidak mengguriskan perasaannya, kerana bagaimanakah dia dapat melimpahkan ilmunya jika perasannya terluka terhadapmu.
Jangan kamu bersifat bodoh dan sombong, mengharapkan ilmu-ilmu yang tinggi dari guru tetapi akhlak kamu tidak mendatangkan kasih sayangnya padamu. Semakin tinggi kasih sayang guru padah muridnya, semakin tinggi limpahan yang ia perolehi melalui barakah dan doa. Jika seorang guru memandang muridnya dengan penuh kasi sayang, nescaya Allah memandannya dengan kasi sayang. Itulah yang dipesan oleh semua guru-guruku dan mereka yang mendalami ilmu Tasauf.
Amal bukannya boleh menyampaikan manusian kepada Allah, ia adalah wasilah. Yang menyampaikan manusia kepada-Nya ialah rahmat-Nya. Dia akan mengurniakan rahmat-Nya dengan beberapa perkara yang kita lakukan walaupun kita merasakan ianya perkara kecil sahaja. Begitu juga Dia menutup pintu hijab-Nya bila kita melakukan perkara yang kita anggap kecil. Kita beribadah dengan berkobar-kobar tetapi perkara yang kecil itulah yang menyebabkan kita tersangkut atau terhijab dengan Allah.
Berhati-hati dalam perjalanan menuntut ilmu, kerana pintunya adalahlah di tangan guru kamu. Tanpa tangannya yang membimbingmu, kamu tak akan tahu untuk menuju ke mana, kamu sangka kamu berada dalam kebaikan, padahal kamu sebenarnya boleh tersesat ke lembah hawa nafsu.
Begitu ramai orang yang menjadi sombong,riak,ujub dan mazmumah dalam menempuh mencari ilmu,kerana ingin menjadi terkenal dan mempunyai niat peribadi tersendiri. Apabila mereka meninggalkan gurunya, mereka menyangka mereka tidak pelu kepada bimbingan sedangkan mereka adalah salik yang baru berada di tepi pantai, belum memasuki lagi lautan kerohanian yang bergelora.
Imam Abu Hanifa pernah satu ketika bergunting rambut. Tiba-tiba beliau bangun apabilah lalu seorang Yahudi di hadapinnya, lalu tukang gunting bertanya kepadanya kenapa? Dia memberitahuku ilmu untuk mengenal anjing betina dan jantan melalui cara kencingnya. Imam Abu Hanifah mengatakan beliau telah berlajar ilmu tersebut dengannya dan perlu menghormati dan memuliakannya. Satu ilmu sahaja yang diterima, kerana tinggi akhlaknya menyebabkan Imam Abu Hanifah memuliakannya.
Bandingkanlah dengan pengajaran yang kamu terima dari guru kamu sehigga kamu mengenal melangkah ataupun ilmu mengenal Allah SWT, Dia menarik dan memimpinmu siang dan malam, fikiran dan hatinya sentiasan berfikir untuk kebaikanmu dan merasa sedih jika kamu lalai dengan Allah,tangannya sentiasa menadah ke langit berdoa dan mengharapkan kebaikan untuk anak muridnya.
Dia menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang guru. Sudah menjadi kewajibannya untuk mendoakan segala muridnya agar selamat dari cobaan dunia, selamat iman, selamat menempuh cobaan dunia. Itulah tanggunjawabnya dan dia amat takut pada Allah dengan tanggunjawabnya. Setiap murid akan dipersoalkan di hadapan Allah. Ramainya murid bukannya satu keseronokan tertapi serperti memikul gunung yang berat. Jika dia menunaikan haknya pada kamu, alangkah buruknya kamu jika kamu tidak menunai hak kamu kepadanya.
Sabda Rasulullah SAW:
”Bukanlah dari kalangan umatku, siapa yang tidak menghormati orang tuanya, tidak belas kasihan yang kecilnya, dan mengakui hak terhadap si alimnya (guru).”
(Riwayat Ahmad , At-Tabarani dan Al-Hakim)
Masyarakat hari ini amat miskin dengan akhlak, budaya mencintai guru dan memuliakannnya sudah hampir hilang. Lihatlah di sekolah-sekolah, pusat pengajian tinggi dan institusi pendidikan lain, anak murid menerima ilmu tetapi mereka tidak berakhlak dengan guru. Mereka kadang- kala memarahi guru, tidak mematuhi arahan, menuturkan kata-kata yang tidak baik, jadi bagaimanahkah murid mengharap barakah yang dipelajari.
Tidak hairanlah hari ini,ramai orang cerdik pandai tetapi mempunyai akhlak yang teruk.Mereka terlibat dalam pelbagai kepincangan sosial.Ibu bapa kini juga tidak memuliakan guru sebagaimana orang-orang zaman dahulu.Masyarakat hari ini ialah masyarakat yang mencari kesalahan guru jika berlaku apa-apa pada anak mereka.Mereka tidak seperti orang dahulu meletakkan kesalahan pada anak mereka jika berlaku apa-apa.Guru tetap mereka pertahankan walaupun guru merotan anak mereka.Justeru amatlah berbeza orang dahulu dan orang sekarang dalam memperolehi ilmu.Orang dahulu menjadi manusia yang baik.Ilmu yang mereka perolehi menjadi sumber rezeki yang berkat.Apabila berjumpa dengan guru walaupun guru itu tidak mengenalinya,dia menegurnya dan bertanya khabar.Berbeza dengan murid di zaman sekarang,bila selisih jalan buat tak kenal sahaja.Inilah akibatnya apabila keimanan pada Allah SWT tidak kuat, konsep keberkatan dalam ilmu tidak diambil berat malah kadangkala dianggap tiada.
Berkah adalah suatu perkara yang amat ditekan dalam agama.Rezeki yang berkah,ilmu yang berkah, perkahwinan yang berkah, kerja yang berkah, semuanya adalah berkaitan dengan keTuhanan.Ilmu yang tiada berkah adalah Ilmu yang tidak ada hubungan dengan langit, Allah tidak merestuinya kerana ia tidak beradap dengan Guru, ia menyakiti atau menderhaka pada guru.Menderhaka kepada guru yang Haq boleh membawa kemurkaan Tuhan.
Nabi berpesan agar belajar sampai keNegeri Cina, pasti banyak rahsia yang boleh dipelajari dari kaum tersebut.Salah satu darinya ialah dalam hal menghormati guru yang dipanggil Sifu.Tidak kira apa pelajaran yang diajar sama ada ilmu masakan, perniagaan, Kung Fu dan sebagainya, mereka akan memuliakannya, mereka akan berkhidmat dan amat patuh dengan nasihat yang diberikan oleh Sifu mereka.
Dalam pendidikan sufi, perkara berkaitan dengan adab, ta’at, khidmat dan cinta pada guru amat ditekankan kerana ia berkaitan dengan rahsia limpahan kerohanian.Beramal dengan amalan sufi tetapi tidak beramal dengan adab-adabnya, tidak mendatangkan nahtijah yang baik malah boleh memberi kesan yang lebih bahaya kepada rohaninya.
Hasan Al-Basri berkata:
”Tidaklah dikatakan berilmu seorang itu jika tiada adab walaupun alim sekalipun.”
Rasulullah SAW bersabda:
”Pelajarilah ilmu pengetahuan itu, dan pelajarilah juga dengan ilmu ketenangan jiwa dan kerendahan diri, serta rendahkanlah diri kamu kepada orang yang mengajari kamu.
(At-Thabarani)
Imam Al-Ghazali pula pernah berkata:
”Ilmu itu tiada akan dicapai melainkan dengan merendah diri, dan mendengar baik-baik kepadanya.”
Memuliakan orang alim dan soleh merupakan amalan para sahabat, tabi’in dan para salafusoleh.Kasih sayang dan ingatan serta sikap menghargai guru perlu ditunjukkan dengan apa jua yang mampu kita lakukan.
WaLlahu’alam.
Assalamualaikum Pendekar Sufi,
Adakah tempat untuk belajar Silat Gerak Makrifat ini di Pasir Gudang, Johor? Saya berumur 40 tahun, sesuaikah untuk belajar? Mohon sms ke 013-7202037.
Terima kasih.
Salam dik WMR, nak belajar Ilmu Allah dan Mengenal Diri ni tak kira umur. Kalau dah 40 tahun tu memang lebih dari boleh la. Setiap insan jika lealki wajib mengenal dirinya by the age 40 years. Jadi cepat2lah belajar ilmu ni.
Matikan dirimu sebelum kamu dimatikan.
Wassallam.
Salam, eh nape background page ni dah jadi warna biruhitam pula? ala susah la nak baca – sakit mata. boleh tolong bagi jadi warna latar yang cerah sekali kalau nak bagi warna juga?
Maaf la, hamba ni mata nak baca gelap2 ni problem sikit.
Perbezaan ilmu tenaga Dalam & ilmu tenaga Rohani
Ilmu tenaga Dalam adalah ilmu yang berdasarkan latihan pada beberapa fakulti manusia seperti latihan nafas dan kuasa minda.Ia boleh dipelajari oleh sesiapapun sama ada ia Islam atau tidak.Cuma bila tenaga dalam diajar oleh Islam, ia memasukkan beberapa kalimah zikir pada setiap pergerakan ketika melakukan pernafasan dan meditasi.(Mungkin ini kaedah mereka membawa masyarakat terutamanya anak-anak muda supaya mengingati Allah, semoga Allah memberkati keikhlasan mereka.)
Disamping itu ada juga yang menggunakan jampi serapah, menggunakan khadam jin dan yang lebih bahaya menggunakan syaitan.Ilmu seperti ini diberi Tuhan kepada sesiapa sahaja kerana ia adalah termasuk hukum fizik.Justeru jangan hairan melihat ramai orang yang mempunyai kebatinan yang hebat, dapat melakukan pelbagai keajaiban dan ada di kalangan mereka yang berzikir berpuluh ribu sehari, tetapi sangat lemah dalam pengamalan Islam pada diri dan keluarga mereka, malah pengetahuan tentang agama Allah juga lemah.
Mereka masih lagi melakukan maksiat dan mempunyai sifat takbur, riak, tamak dengan dunia, menipu dan sebagainya.Ini disebabkan pengamalan mereka sama ada dalam gerak langkah, bentuk latihan nafas atau meditasi walaupun mempunyai kalimah al-Qur’an dan zikir, tenaga zikir tadi tidak menjadi tenaga pembersih rohani tetapi kepada membina tenaga dalam semata-mata.Inilah yang disabdakan Nabi saw:
”Bermula amal itu dengan niat.”
Iaitu mereka akan memperolehi apa yang diniatkan.
Berlainan dengan tenaga rohani seperti memperolihi ilham, kasyaf, menyembuhkan penyakit, menghancurkan ilmu-ilmu hitam dan sebagainya, ia merupakan anugerah Allah swt kepada hamba-hambaNya yang dikasihi.Mereka hanya mahu menuju pembersihan rohani dan kembali makrifat kepada Tuhan yang dirindui.Tenaga ayat-ayat Allah, ibadah, melakukan kebaikan, bertafakur, melakukan latihan konsenstrasi (penumpuan) adalah semata-mata menghampiri Allah swt.
Firman Allah swt:
“Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh dijalanKu, ia akan dibuka jalan (Ilham) baginya, sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.” (Al-Ankaabut:69)
Kekuatan kerohanian akan datang sendiri tanpa diminta-minta kerana kerohanian mereka telah tenggelam dalam kota Allah swt, inilah yang disebut oleh Allah swt dalam satu hadis Qudsi:
“Barang siapa yang berada dalam kota-Ku, Aku adalah penjaganya.”
Tenaga Rohani dan latihan
“Tidak aku jadikan manusia melainkan untuk menyimpan rahsia-Ku dan sesungguhnya manusia itu rahsia-Ku dari Akulah yang menjadi rahsianya.:(Hadith)
Tenaga Rohani yang dimaksudkan dalam latihan ini adalah untuk membina kembali potensi Ruh kepada mengenal Tuhannya.Apabila disebut mengenal Tuhan, ia terbahagi kepada empat bahagian:
:- Mengenal secara Taqlid –:- Iaitu mengenal Allah hanya pada nama tidak mempunyai pengetahuan yang mantap tentang Ilmu KeTuhanan.
:-Mengenal secara Ilmu Yakin -Martabat Syariat:Iaitu mengenal Allah dengan jalan mengenal wujud makhluk yaini bagaimana mengikut cara ilmu usuluddin.Martabat ini adalah ibarat kenal buah durian melalui kulit lahir sahaja.
:- Mengenal secara Ainul Yakin-Martabat Makrifat:Iaitu mengenal Allah dengan jalan hadir pengetahuan rasa (dzauk) ke dalam hati.Ibarat kenal isi durian setelah dikoyak kulit tetapi belum dimakan (dirasa)
:- Mengenal secara Haqqul Yakin-Martabat Hakikat:Iaitu mengenal Allah dengan jalan hadir kedalam hati rasa syuhud yang ada kemanisan dan kelazatan, ibarat dapat merasa kelazatan durian itu setelah ia dapat mengecap isinya.Keimanan yang dicapai melalui ilmu ini hasil daripada musyahadah, yakni hatinya sentiasa berpandangan dengan Allah Taala pada setiap masa.Inilah iman yang haq,yang lebih tinggi kedudukannya dari iman “Ainul Yakin”.
Oleh itu muhasabah diri kita, adakah kita merasai dalam dada bahwa Tuhan sentiasa melihat atau mendengar perkataan kita, atau kita merasai sentiasa bersama dengan Tuhan di mana sahaja kita berada,Kalau tiada (perasaan seperti itu), bermakna ilmu kita belum menjunam kedalam dada.Kita akan lemah keyakinan, kita akan hilang Tuhan apabila berlaku masaalah.Ketika solat, kita tidak dapat mencapai kelazatan dan maqam ihsan, ia hanyalah perbuatan untuk melepaskan diri dari dosa syariat sahaja.Bahkan beribadah dengan penuh kelalaian adalah syarat menjadi penghuni neraka.Na’uzubiLahi min dzalik.
Inilah yang dikatakan ilmu penuh pada fikiran tetapi dada kosong dengan takut pada Allah.
“Kamu hendaklah beribadah kepada Allah seolah-olah kamu melihat-Nya.Jika kamu tidak melihat-Nya,sesungguhnya Dia melihatmu.”(Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah)
Bagaimana mengembalikan potensi Ruh?
Ruh itu adalah diri kita yang sebenarnya.Yang kita harus tahu mengenai sifat-sifatnya dan asal usulnya kerana (ruh) inilah yang akan kembali kehadrat Allah, dan bukannya diri jasad ini.Jasad hanya menjadi pembungkus diri batin yang sifatnya (mahdas) dan akan hancur ditelan bumi.
Pembersihan Ruh yang tidak melalui jalan kenabian tidak akan membawa manusia kepada makrifat, tetapi akan membawanya kepada bentuk khayalan di alam rohani yang dicipta oleh Jin dan Syaithan, sebagaimana mereka yang mengikuti thaghut dan sebagainya.Hal ini telah disedari oleh kebanyakan mereka kerana kekuatan rohani mereka hanya terbatas di alam malakut sedangkan kekuatan rohani orang Islam tiada batasannya.Justeru itu jika kerohanian Islam bertembung dengan yang bukan Islam, nescaya kerohanian bukan Islam rebah tersungkur.Hal ini disebutkan dalm Al-Qur;an:
Firman Allah swt:
“Jika datang kebenaran akan terhapuslah segala kebatilan”. (al-Isra:81)
Ilmu mereka tidak dapat menembusi seorang mukmin yang memiliki kekuatan kerohanian.Hal ini dapat kita lihat berlaku kepada pendakwah-pendakwah Islam, misalnya di alam Melayu, Nusantara dan India, di mana mereka dapat menundukkan kehebatan ilmu dari ketua-ketua agama luar dari Islam sehingga ramai di antara mereka memeluk Islam.Ini tidak lain kerana ilmu-ilmu kebatinan mereka bersandarkan kepada Jin dan Syaitan sedangkan ilmu kerohanian Islam bersandarkan kepada Allah swt.
Bagi mereka yang mahu membina tenaga kerohanian, perkara-perkara yang bersangkut paut dengan kehebatan yang berbentuk maknawi bukanlah menjadi tujuan.Mereka berpegang dengan kalimah”Ilaahi anta maqsudi, wa ridha kamatluubi” yang bermaksud, ”Hanyalah pada Mu Tuhan yang kami maksudkan dan keredhaan Engkau yang dicari”
Kerana ilmu-ilmu seperti itu adalah rendah disisi Allah swt kerana berbentuk duniawi yang akan hancur.Malah ilmu itu tidak dapat memberi perlindungan kepadanya dalam menghadapi sakaratul maut, ketika di alam barzakh dan seterusnya di alam akhirat.Mereka beramal semata-semata untuk menuju pembinaan iman kerana bagi mereka, sesiapa yang berjaya menjadi kekasih Allah swt, segala ilmu dan kelebihan dunia dan akhirat diperolehi dengan mudah.
Zikir sebagai sumber kekuatan
Firman Allah swt:
“….Ketahuilah dengan mengingati Allah itu hati menjadi tenang.”(ar-Ra’d:28)
Manusia mempunyai empat fakulti pada dirinya iaitu Ruh,emosi (nafsu), akal dan jasad.Ruh diturunkan kealam ini dalam jasad yang diciptakan dari tanah.Ia dibekalkan dengan nafsu dan akal.Manusia yang hanya hidup untuk kekuatan jasad, akal atau nafsu semata-mata akan tewas degan segala ujian hidup.
Kekuatan Ruh amat diperlukan untuk mengawal emosi, akal dan jasad,Kekuatan jasad amat terhad, ianya mengikut kata hatinya.Kekuatan daya intelek (IQ) juga terbatas, ia boleh merancang, bijak dalam tindakan dan sebagainya, tetapi dalam reality kehidupan banyak perkara luar dugaan akal berlaku.Akal menjadi lemah apabila perancangannya gagal, lemah bila menghadapi musibah kematian, kesakitan, perpisahan dan sebagainya.
Kekuatan emosi juga tidak kuat jika tidak bertaut dengan Tuhan.Manusia akan menjadi kuat jika ia dapat berhubung dengan Allah swt.Tetapi bagaimana mahu berhubung denganNya walaupun Ia lebih dekat dari leher (halkum) insan itu sendiri.
Firman Allah:
“Dan Kami lebih dekat kepadanya dari urat lehernya sendiri.” (al-Qaf:16)
Kekuatan ruh dalam berhubungan dengan Allah berdasarkan ingatan.Tanpa ingat padaNya, ruh tidak berhubung denganNya.Ramai manusia meninggalkan Tuhan tanpa disedari sedang Tuhan tidak pernah meninggalkannya.Apabila ada kesusahan, baru manusia teringat padaNya,
merayu-rayu padanya, Tetapi apabila mereka diberi kesenangan, mereka lupa padaNya.
Kaum sufi memulakan pembinaan manusia dengan kekuatan ruh,bukannya akal atau emosi.Ia membina kekuatan ingatan pada Allah sehingga perasaannya terhadap Allah begitu mendalam.
Zikir yang bersungguh-sungguh menyebabkan ruh seseorang itu mempunyai dzauk atau asyik dengan Tuhannya.Tambatan hamba dengan Tuhan bukan sekadar hafalan sifat-sifatNya, tetapi ialah merasai kehampiran dengan Tuhan sehingga hati mereka gementar apabila disebut nama Allah, air mata mereka menitis apabila mengingatiNya.Mereka mersa rindu, cinta sehingga perasaan itu, menyebabkan emosi, akal dan jasad turut bersama-sama merasainya.
Firman Allah swt: “Maka ingatlah kepada-Ku, nescaya Aku ingat kepadamu (bersama dan melindungi hambaNya)…. (Al-Baqarah:152)
Allah memberi jaminnan bahwa hamba yang kukuh jiwanya dengan Allah akan mendapat perlindunganNya dari gangguan syaitan.Zikir yang bersisilah dan dilakukan dengan teknik yang betul akan mensucikan hati pengamalnya dan meningkatkan ubudiyahnya kepada Allah.Semangkin tinggi ubudiyyah, semangkin tawadhuk dan semangkin kerdil hamba itu terhadap Tuhannya sehingga ke tahap merasa hilang wujud diri (fana) , maka semangkin kuatlah Tenaga Illahi yang terlimpah pada qalbinya.Ia selari dengan perinsip sains bahwa semangkin kecil sesuatu atom itu , maka semangkin hebat tenaga dan kuasanya.
Tenaga zikir adalah tenaga dari Illahi, ia mempunyai cahaya yang hebat yang datang dari alam Lahut.Energi zikir akan menyucikan segala kotoran pada qalbi sehingga qalbinya akan terkeluar cahaya alam Lahut yang tertutup selama ini disebabkan kekotorannya.Cahaya ini akan bersinar dan meningkatkan frekuensi cahaya jiwanya (mazmumah).Ia juga akan bergerak menguatkan Ruh Sultani iaitu cahaya akal sehingga akalnya mempunyai daya ketahanan yang kuat, berfikiran tajam dan kreatif.Getaran cahayanya yang tinggi ini juga akan menguatkan Ruh Jasmani atau tenaga dalam atau gelombang elektromagnet yang bergerak aktif dalam tubuhnya. Gelombang atau tenaga inilah yang mengawal segala fungsi dan organ dalam tubuh manusia.Apabila tenaga ini terganggu atau lemah, maka ia akan mendedahkan seseorang itu kepada serangan pelbagai penyakit.Tenaga dalam badan ini juga mewujudkan medan magnetik yang juga disebut aura.Ia mengelilingi seluruh badan dan menjadi benteng pertahanan diri seseorang dan dapat mengesan gelombang-gelombang di sekelilingnya sama ada positif atau negatif.Semangkin kuat tenaga elektromagnet dalam tubuh, semangkin kuatlah medan magnet atau benteng dirinya.
Kaum sufi berzikir dengan mengikut garisan tertentu pada anggota tubuhnya dan dibuat berulangkali sehingga terasa kesan pada qalbinya seperti panas atau pedih.Ia selari denga hukum fizik yang menyatakan bahwa melakukan gerakan atau geseran pada tempat yang sama secara ulang alik akan menghasilkan tenaga elektrik.Tenaga yang diperolehi itu diqasadkannya untuk penyucian ammarahnya.Seseorang ahli zikir atau orang yang khusyuk dalam ibadah mempunyai ketenangan yang tinggi.Sains mengatakan semangkin tenang atau hening sesuatu objek itu, maka gerakan atom atau tenaga yang berhasil amatlah laju.Justeru, semangkin seseorang itu tenang, tenaganya makin kuat dan laju.Tenaga yang ada pada dirinya itu boleh diqasadkan perbagai kegunaan zahir dan batin.
Ingat ini dituntut oleh Allah dalam firmanNya yang berbunyi:
Firman Allah swt:
“Hendaklah kamu ingat akan Allah diwaktu berdiri, diwaktu duduk, dan diwaktu berbaring.”(An-Nisa:103)
“Hendaklah kamu ingat Tuhan yang telah memeliharamu didalam hati dengan rasa hormat dan takut (serta harap akan kurnia-Nya) dengan tidak menyebut dimulut pagi dan petang (terus menerus) dan janganlah kamu termasuk orang yang lalai”.(al-A’raf:205)
Semuga mendapat menafaat. Wassalam.
Senang nak cerita..Tenaga luar ialah Tenaga Aura dan Tenaga Dalam adalah tenaga kebatinan…Tenaga Aura akan lebur jika berlawan dengan Tenaga Dalam/Batin….Tenaga Batin /Dalam hanya untuk orang Kesufian ( khawas tu Khawas) dan Tenaga Aura untuk semua manusia….Sekuat mana pun mereka yang bukan Islam mencari, mereka tidak akan jumpa kerana Tenaga Batin adalah Milik Allah swt. Hanya yang hampir dengan Allah sahaja dapat, jika mereka minta atau tidak minta.Kerana Allah tahu apa kah kehendak kita !!!.
Jika untuk Rasul dan Nabi …di panggil Mukjizat.
Para Wali/ Khawas tu khwas ..di panggil Karomah.
Para Mukmin di panggil …Maunnah.
Untuk orang Kafir…alamak…aku dah lupa panggilan nya !!!
Datuk ku Sultan Al Aulia..Syeikh Abdul Qadir Al Jilani dapat memecah kan bahgian tubuh nya menjadi 40 orang yang sama…untuk menghadiri kenduri 40 orang murid nya pada masa yang sama !!!.
Salam Tok Sheikh….untuk org kafir tu Istidraj ke
Perbezaan ilmu tenaga Dalam & ilmu tenaga Rohani
Ilmu tenaga Dalam adalah ilmu yang berdasarkan latihan pada beberapa fakulti manusia seperti latihan nafas dan kuasa minda.Ia boleh dipelajari oleh sesiapapun sama ada ia Islam atau tidak.Cuma bila tenaga dalam diajar oleh Islam, ia memasukkan beberapa kalimah zikir pada setiap pergerakan ketika melakukan pernafasan dan meditasi.(Mungkin ini kaedah mereka membawa masyarakat terutamanya anak-anak muda supaya mengingati Allah, semoga Allah memberkati keikhlasan mereka.)
Disamping itu ada juga yang menggunakan jampi serapah, menggunakan khadam jin dan yang lebih bahaya menggunakan syaitan.Ilmu seperti ini diberi Tuhan kepada sesiapa sahaja kerana ia adalah termasuk hukum fizik.Justeru jangan hairan melihat ramai orang yang mempunyai kebatinan yang hebat, dapat melakukan pelbagai keajaiban dan ada di kalangan mereka yang berzikir berpuluh ribu sehari, tetapi sangat lemah dalam pengamalan Islam pada diri dan keluarga mereka, malah pengetahuan tentang agama Allah juga lemah.
Mereka masih lagi melakukan maksiat dan mempunyai sifat takbur, riak, tamak dengan dunia, menipu dan sebagainya.Ini disebabkan pengamalan mereka sama ada dalam gerak langkah, bentuk latihan nafas atau meditasi walaupun mempunyai kalimah al-Qur’an dan zikir, tenaga zikir tadi tidak menjadi tenaga pembersih rohani tetapi kepada membina tenaga dalam semata-mata.Inilah yang disabdakan Nabi saw:
”Bermula amal itu dengan niat.”
Iaitu mereka akan memperolehi apa yang diniatkan.
Berlainan dengan tenaga rohani seperti memperolihi ilham, kasyaf, menyembuhkan penyakit, menghancurkan ilmu-ilmu hitam dan sebagainya, ia merupakan anugerah Allah swt kepada hamba-hambaNya yang dikasihi.Mereka hanya mahu menuju pembersihan rohani dan kembali makrifat kepada Tuhan yang dirindui.Tenaga ayat-ayat Allah, ibadah, melakukan kebaikan, bertafakur, melakukan latihan konsenstrasi (penumpuan) adalah semata-mata menghampiri Allah swt.
Firman Allah swt:
“Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh dijalanKu, ia akan dibuka jalan (Ilham) baginya, sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.” (Al-Ankaabut:69)
Kekuatan kerohanian akan datang sendiri tanpa diminta-minta kerana kerohanian mereka telah tenggelam dalam kota Allah swt, inilah yang disebut oleh Allah swt dalam satu hadis Qudsi:
“Barang siapa yang berada dalam kota-Ku, Aku adalah penjaganya.”
Tenaga Rohani dan latihan
“Tidak aku jadikan manusia melainkan untuk menyimpan rahsia-Ku dan sesungguhnya manusia itu rahsia-Ku dari Akulah yang menjadi rahsianya.:(Hadith)
Tenaga Rohani yang dimaksudkan dalam latihan ini adalah untuk membina kembali potensi Ruh kepada mengenal Tuhannya.Apabila disebut mengenal Tuhan, ia terbahagi kepada empat bahagian:
:- Mengenal secara Taqlid –:- Iaitu mengenal Allah hanya pada nama tidak mempunyai pengetahuan yang mantap tentang Ilmu KeTuhanan.
:-Mengenal secara Ilmu Yakin -Martabat Syariat:Iaitu mengenal Allah dengan jalan mengenal wujud makhluk yaini bagaimana mengikut cara ilmu usuluddin.Martabat ini adalah ibarat kenal buah durian melalui kulit lahir sahaja.
:- Mengenal secara Ainul Yakin-Martabat Makrifat:Iaitu mengenal Allah dengan jalan hadir pengetahuan rasa (dzauk) ke dalam hati.Ibarat kenal isi durian setelah dikoyak kulit tetapi belum dimakan (dirasa)
:- Mengenal secara Haqqul Yakin-Martabat Hakikat:Iaitu mengenal Allah dengan jalan hadir kedalam hati rasa syuhud yang ada kemanisan dan kelazatan, ibarat dapat merasa kelazatan durian itu setelah ia dapat mengecap isinya.Keimanan yang dicapai melalui ilmu ini hasil daripada musyahadah, yakni hatinya sentiasa berpandangan dengan Allah Taala pada setiap masa.Inilah iman yang haq,yang lebih tinggi kedudukannya dari iman “Ainul Yakin”.
Oleh itu muhasabah diri kita, adakah kita merasai dalam dada bahwa Tuhan sentiasa melihat atau mendengar perkataan kita, atau kita merasai sentiasa bersama dengan Tuhan di mana sahaja kita berada,Kalau tiada (perasaan seperti itu), bermakna ilmu kita belum menjunam kedalam dada.Kita akan lemah keyakinan, kita akan hilang Tuhan apabila berlaku masaalah.Ketika solat, kita tidak dapat mencapai kelazatan dan maqam ihsan, ia hanyalah perbuatan untuk melepaskan diri dari dosa syariat sahaja.Bahkan beribadah dengan penuh kelalaian adalah syarat menjadi penghuni neraka.Na’uzubiLahi min dzalik.
Inilah yang dikatakan ilmu penuh pada fikiran tetapi dada kosong dengan takut pada Allah.
“Kamu hendaklah beribadah kepada Allah seolah-olah kamu melihat-Nya.Jika kamu tidak melihat-Nya,sesungguhnya Dia melihatmu.”(Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah)
Bagaimana mengembalikan potensi Ruh?
Ruh itu adalah diri kita yang sebenarnya.Yang kita harus tahu mengenai sifat-sifatnya dan asal usulnya kerana (ruh) inilah yang akan kembali kehadrat Allah, dan bukannya diri jasad ini.Jasad hanya menjadi pembungkus diri batin yang sifatnya (mahdas) dan akan hancur ditelan bumi.
Pembersihan Ruh yang tidak melalui jalan kenabian tidak akan membawa manusia kepada makrifat, tetapi akan membawanya kepada bentuk khayalan di alam rohani yang dicipta oleh Jin dan Syaithan, sebagaimana mereka yang mengikuti thaghut dan sebagainya.Hal ini telah disedari oleh kebanyakan mereka kerana kekuatan rohani mereka hanya terbatas di alam malakut sedangkan kekuatan rohani orang Islam tiada batasannya.Justeru itu jika kerohanian Islam bertembung dengan yang bukan Islam, nescaya kerohanian bukan Islam rebah tersungkur.Hal ini disebutkan dalm Al-Qur;an:
Firman Allah swt:
“Jika datang kebenaran akan terhapuslah segala kebatilan”. (al-Isra:81)
Ilmu mereka tidak dapat menembusi seorang mukmin yang memiliki kekuatan kerohanian.Hal ini dapat kita lihat berlaku kepada pendakwah-pendakwah Islam, misalnya di alam Melayu, Nusantara dan India, di mana mereka dapat menundukkan kehebatan ilmu dari ketua-ketua agama luar dari Islam sehingga ramai di antara mereka memeluk Islam.Ini tidak lain kerana ilmu-ilmu kebatinan mereka bersandarkan kepada Jin dan Syaitan sedangkan ilmu kerohanian Islam bersandarkan kepada Allah swt.
Bagi mereka yang mahu membina tenaga kerohanian, perkara-perkara yang bersangkut paut dengan kehebatan yang berbentuk maknawi bukanlah menjadi tujuan.Mereka berpegang dengan kalimah”Ilaahi anta maqsudi, wa ridha kamatluubi” yang bermaksud, ”Hanyalah pada Mu Tuhan yang kami maksudkan dan keredhaan Engkau yang dicari”
Kerana ilmu-ilmu seperti itu adalah rendah disisi Allah swt kerana berbentuk duniawi yang akan hancur.Malah ilmu itu tidak dapat memberi perlindungan kepadanya dalam menghadapi sakaratul maut, ketika di alam barzakh dan seterusnya di alam akhirat.Mereka beramal semata-semata untuk menuju pembinaan iman kerana bagi mereka, sesiapa yang berjaya menjadi kekasih Allah swt, segala ilmu dan kelebihan dunia dan akhirat diperolehi dengan mudah.
Zikir sebagai sumber kekuatan
Firman Allah swt:
“….Ketahuilah dengan mengingati Allah itu hati menjadi tenang.”(ar-Ra’d:28)
Manusia mempunyai empat fakulti pada dirinya iaitu Ruh,emosi (nafsu), akal dan jasad.Ruh diturunkan kealam ini dalam jasad yang diciptakan dari tanah.Ia dibekalkan dengan nafsu dan akal.Manusia yang hanya hidup untuk kekuatan jasad, akal atau nafsu semata-mata akan tewas degan segala ujian hidup.
Kekuatan Ruh amat diperlukan untuk mengawal emosi, akal dan jasad,Kekuatan jasad amat terhad, ianya mengikut kata hatinya.Kekuatan daya intelek (IQ) juga terbatas, ia boleh merancang, bijak dalam tindakan dan sebagainya, tetapi dalam reality kehidupan banyak perkara luar dugaan akal berlaku.Akal menjadi lemah apabila perancangannya gagal, lemah bila menghadapi musibah kematian, kesakitan, perpisahan dan sebagainya.
Kekuatan emosi juga tidak kuat jika tidak bertaut dengan Tuhan.Manusia akan menjadi kuat jika ia dapat berhubung dengan Allah swt.Tetapi bagaimana mahu berhubung denganNya walaupun Ia lebih dekat dari leher (halkum) insan itu sendiri.
Firman Allah:
“Dan Kami lebih dekat kepadanya dari urat lehernya sendiri.” (al-Qaf:16)
Kekuatan ruh dalam berhubungan dengan Allah berdasarkan ingatan.Tanpa ingat padaNya, ruh tidak berhubung denganNya.Ramai manusia meninggalkan Tuhan tanpa disedari sedang Tuhan tidak pernah meninggalkannya.Apabila ada kesusahan, baru manusia teringat padaNya,
merayu-rayu padanya, Tetapi apabila mereka diberi kesenangan, mereka lupa padaNya.
Kaum sufi memulakan pembinaan manusia dengan kekuatan ruh,bukannya akal atau emosi.Ia membina kekuatan ingatan pada Allah sehingga perasaannya terhadap Allah begitu mendalam.
Zikir yang bersungguh-sungguh menyebabkan ruh seseorang itu mempunyai dzauk atau asyik dengan Tuhannya.Tambatan hamba dengan Tuhan bukan sekadar hafalan sifat-sifatNya, tetapi ialah merasai kehampiran dengan Tuhan sehingga hati mereka gementar apabila disebut nama Allah, air mata mereka menitis apabila mengingatiNya.Mereka mersa rindu, cinta sehingga perasaan itu, menyebabkan emosi, akal dan jasad turut bersama-sama merasainya.
Firman Allah swt: “Maka ingatlah kepada-Ku, nescaya Aku ingat kepadamu (bersama dan melindungi hambaNya)…. (Al-Baqarah:152)
Allah memberi jaminnan bahwa hamba yang kukuh jiwanya dengan Allah akan mendapat perlindunganNya dari gangguan syaitan.Zikir yang bersisilah dan dilakukan dengan teknik yang betul akan mensucikan hati pengamalnya dan meningkatkan ubudiyahnya kepada Allah.Semangkin tinggi ubudiyyah, semangkin tawadhuk dan semangkin kerdil hamba itu terhadap Tuhannya sehingga ke tahap merasa hilang wujud diri (fana) , maka semangkin kuatlah Tenaga Illahi yang terlimpah pada qalbinya.Ia selari dengan perinsip sains bahwa semangkin kecil sesuatu atom itu , maka semangkin hebat tenaga dan kuasanya.
Tenaga zikir adalah tenaga dari Illahi, ia mempunyai cahaya yang hebat yang datang dari alam Lahut.Energi zikir akan menyucikan segala kotoran pada qalbi sehingga qalbinya akan terkeluar cahaya alam Lahut yang tertutup selama ini disebabkan kekotorannya.Cahaya ini akan bersinar dan meningkatkan frekuensi cahaya jiwanya (mazmumah).Ia juga akan bergerak menguatkan Ruh Sultani iaitu cahaya akal sehingga akalnya mempunyai daya ketahanan yang kuat, berfikiran tajam dan kreatif.Getaran cahayanya yang tinggi ini juga akan menguatkan Ruh Jasmani atau tenaga dalam atau gelombang elektromagnet yang bergerak aktif dalam tubuhnya. Gelombang atau tenaga inilah yang mengawal segala fungsi dan organ dalam tubuh manusia.Apabila tenaga ini terganggu atau lemah, maka ia akan mendedahkan seseorang itu kepada serangan pelbagai penyakit.Tenaga dalam badan ini juga mewujudkan medan magnetik yang juga disebut aura.Ia mengelilingi seluruh badan dan menjadi benteng pertahanan diri seseorang dan dapat mengesan gelombang-gelombang di sekelilingnya sama ada positif atau negatif.Semangkin kuat tenaga elektromagnet dalam tubuh, semangkin kuatlah medan magnet atau benteng dirinya.
Kaum sufi berzikir dengan mengikut garisan tertentu pada anggota tubuhnya dan dibuat berulangkali sehingga terasa kesan pada qalbinya seperti panas atau pedih.Ia selari denga hukum fizik yang menyatakan bahwa melakukan gerakan atau geseran pada tempat yang sama secara ulang alik akan menghasilkan tenaga elektrik.Tenaga yang diperolehi itu diqasadkannya untuk penyucian ammarahnya.Seseorang ahli zikir atau orang yang khusyuk dalam ibadah mempunyai ketenangan yang tinggi.Sains mengatakan semangkin tenang atau hening sesuatu objek itu, maka gerakan atom atau tenaga yang berhasil amatlah laju.Justeru, semangkin seseorang itu tenang, tenaganya makin kuat dan laju.Tenaga yang ada pada dirinya itu boleh diqasadkan perbagai kegunaan zahir dan batin.
Ingat ini dituntut oleh Allah dalam firmanNya yang berbunyi:
Firman Allah swt:
“Hendaklah kamu ingat akan Allah diwaktu berdiri, diwaktu duduk, dan diwaktu berbaring.”(An-Nisa:103)
“Hendaklah kamu ingat Tuhan yang telah memeliharamu didalam hati dengan rasa hormat dan takut (serta harap akan kurnia-Nya) dengan tidak menyebut dimulut pagi dan petang (terus menerus) dan janganlah kamu termasuk orang yang lalai”.(al-A’raf:205)
Semuga mendapat menafaat, wassalam.
Istidraj
Apakah dia istidraj itu?
Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya dan kejadian luar biasa yang diberikan kepada orang fasik yang mengaku sebagai wakil Tuhan dengan mengemukakan berbagai dalil untuk menguatkan kebohongannya.
Al Istidraj mempunyai beberapa nama atau istilah yang berbagai:
1. Adakalanya seseorang dikabulkan segala permintaannya agar ia makin bertambah ingkar dan sesat, tetapi pada akhirnya ia akan dimatikan dalam keadaan kafir.
Hal itu seperti yang disebutkan dalam firman Allah:
“Nanti Kami akan menarik mereka dengan beransur-ansur (ke arah kebinasaan ) dengan cara yang tidak mereka ketahui”. (Al-Qalam :44)
2. Makar:
Dalam Al Qur’an disebutkan:
“Maka tidak ada yang terhindar dari tipu daya Allah kecuali orang yang rugi”. (Al-‘Araf: 99)
Allah berfirman:
“Dan mereka berbuat tipu daya, maka Allah membalas mereka dengan tipu daya yang serupa dan Dia sebaik-baik yang membuat balasan” (Ali ‘Imran: 54)
3. Al Kaid artinya tipu daya:
Dalam firman Allah disebutkan:
“Mereka berusaha menipu Allah, padahal Allah yang menipu mereka” (An-Nisaa’:142)
Allah berfirman:
“Mereka akan menipu Allah dan orang-orang beriman, padahal mereka hanya menipu dirinya sendiri, tetapi mereka tidak merasakannya”. (Al-Baqarah: 9)
4. Imla’ mempunyai arti memberi tangguh:
Firman Allah:
“Dan janganlah orang-orang kafir itu mengira bahawa pemberian tangguh bagi mereka itu memberi kebaikan bagi mereka, tetapi hal itu terjadi agar mereka makin bertambah dosa-dosanya” (Ali ‘Imran: 178)
5. Al Ihlak mempunyai arti kebinasaan:
Allah berfirman:
“Sampai ketika mereka bergembira dengan apa yang diberikan kepada mereka, maka Kami siksa mereka dengan cara yang mendadak” (Al-‘Anaam: 44)
Allah berfirman:
“Firaun dan bala tentaranya menyombongkan diri di permukaan bumi tanpa alasan yang dibenarkan, dan mereka mengira bahwa mereka tidak akan kembali kepada Kami, maka Kami menyiksanya dan bala tentaranya, kemudian Kami menenggelamkan mereka di dalam laut” (Al-Qisas: 33)
Rasullulah s.a.w. bersabda :”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.” (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)
Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak,dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah!
Sombongnya mereka, takburnya mereka. Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.
Manusia istidraj – Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. “Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong.” Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.
Rasullulah s.a.w bersabda: “Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya” (Kitab Nasaibul Ibad) Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.
Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.
Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya. Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga. Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita.
Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang dan mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya? Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.
Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.
Wallahualam.
Assalamualaikum.
Wan tertarik sangat ngan catatann Pendekar sufi!. ini wan nak komen dari diri wan sendiri..bukan utk mbetulkan apapun. sekadar kongsi yer ..
“Jika seseorang itu layak utk Allah, maka Allah akan besamanya dlm setiap keadaan. Allah akn mengganti dan memindahkannyadari suatu keadaan kpd keadaan lain.Sehingga sepenuhnya ia menjadi beriman, yakin dan makrifat,bahkan dekat dan musyahadah.Sehingga ia menjadi siang tanpa malam,cahaya tanpa kegelapan,bersih tanpa kotor, hati tanpa nafsu dan nurani tanpa hati,fana tanpa wujud, dan ghaib tanpa hadir. Asas dari semua ini adalah kerana menyintai Allah dan rela diatas semuanya baik buruk”
firman Allah dlm al-isra” Jika kamu berbuat baik niscaya kamu berbuat baik untuk dirimu sendiri dan jika kamu berbuat jahatmaka balasannya untuk dirimu juga”
bila kita sampai pada maqam ..Allah akan bagi kita suatu yang tak pernah lihat dek mata,tak pernah dengar kat telinga dan belum terlintas di hati manusia. Allah akan menajamkan pendengaran hati dan nurani…Wallahualam.
Wan
hamba Allah yang hina.
Betul Pendekar Sufi !!!.Yang pelik dan ajaib nya hanya se ekor Nyamuk yang masuk ke telinga Namrud, Nyamuk yang patah sayap sebelah dan mata nya buta sebelah !!!.Sengaja Allah nak hina Namrud !!!.
dlm majalah humor Ujang dlu pn ade crita psl nyamuk (tp komedi la), citer pasal sorang pendekar yg kuat dn kebal, last2 mati kene aedes, sbb kene ketit dgn nyamuk, pnya la kebal, tp nyamuk ketit pn tk tahan
Haaaaa….haaaaaa…haaaaa……jangan Pendekar Sufi kena ketik dek nyamok….dia melaung….dah ler !!!.Dia nak pindah rumah tu pun kerana banyak nyamok…Wak Karimon yang cakap kat aku !!!!.
Hehehe…Tok Syeikh ni saja buat cerita. Saya ngan nyamok best friends, hari2 kena gigit tapi tak perasan pun sampai gee kata abg ni tak rasa ke kena gigit heheh. Kebal ngan gigitan nyamok je, kalau gee gigit meraung juga heheh, buat-buat sakit…kah..kah..kah.
Ni nak citer lagi, saya baru didatangi anak-anak murid yg dah ambil ijazah Silat Gerak Makrifat. Ada sorang ni, dia bercerita baru seminggu dia mengamalkan amalan ni, dia mendapat satu gerak khusus, 4 hari berturut-turut dia mendapat gerak yang sama. Pengalaman saya dalam Silat Gerak Kilat dulu, kalau gerak itu yg datang, maksudnya dia sudah mendapat Jurus Penghancur Buah Pinggang.
Jurulatih kanan dalam Gerak Kilat menceritakan bagaimana seorang pengawal keselamatan di Kompleks Beli Belah di sana telah ternampak seorang pencuri kereta sedang menggodek kereta mangsa. Beliau menjerit dan pencuri terus lari lalu beliau melemparkan jurus tersebut. Pencuri itu mati dan pihak koroner mengesahkan bahawa kedua -dua buahpinggangnya hancur (tiada buahpinggang). Tiada tindakan keatas pengawal itu kerana tiada bukti dia yg membunuh pencuri tersebut.
Pada malamnya murid saya ni bermimpi di datangi seseorang berpakaian Jawa dan siap bersenjata keris yg begitu antik sekali. Dia mengajar murid saya ni bersilat dan memberitahu kelemahan dia dan di mana silapnya. Untungnya dia kerana didatangi oleh Sunan Kalijaga sendiri. Beliau terkejut dan berhenti beramal tanpa menelefon saya, bila mengadap kena leter la……tu sebab hubungan dgn guru tak leh putus, apa-apa perkembangan kena bagitau guru.
Perkembangan ini sekali gus mengesahkan bahawa saya adalah Pewaris Ilmu ini dan dgn barokah guru yg bertauliah maka muridnya juga mendapat menafaat dengan dapat berjumpa Sunan Kalijaga sendiri. SUBHANALLAH.
Assalmualaikom warahmatullahi wabarokatuh
Minta maaf pada semua ahli forum yang berada disini sebelum saya menanyakan seterusnya.
Memang benar seperti yang telah dinyatakan.Betapa ramai yang berlajar tetapi tidak ramai mengamalkan ilmu yang dipelajari itu , termasuk diri saya sendiri.Bukannya tidak mahu mengamalkannya hanya tidak aktif.Kalau mengamalkanya hanya untuk diri sendiri.Tidak memenafaatkan kepada ahli keluarga atau makluk ynag lain.Itu hanyalah berlaku pada diri saya dan fahaman saya sahaja.
Antar faktor-faktor terjadi demikian ialah (bagi diri saya) , hubungan dengan guru tidak rapat,seolah-olah ada penghadang/tabir untuk mendekati guru(kelmahan diri sendiri)
Dikalangan murid-murid terasa kurang kemesraan sesama ahli/murid baru dengan yang lama.
Dan ada bebrapa faktor yang lain yang saya tidak dapat khabarkannya disini kerana akan membuka aib diri sendiri.
Walaubagaimana pun saya tetap akan meneruskan pencarian dan meningkatkan pemahaman saya didalam bab ilmu ini.Walaupun saya tahu bahwa saya tidak perlu tercari-cari,namun begitu bagi diri saya yang berkecelaruan ini ,merasa keperluan itu perlu ada.
Saya amat megharapkan anugerah Taufik dan Hidayah dari Allah melimpahkan Nur kefahaman kedalam diri saya ini.Semoga dengan anugerahNya saya tidak teraba-raba dan bercelaru.
Saya juga memerlukan bimbingan dari sahabat-sahabat yang disini(maaf jika perkataan ini tidak sesuai) membantu saya mengenal yang hak dan yang batil.Saya mengalu-alukan sekiranya ada nasihat dan panduan untuk diri saya.email saya ilmun2003@yahoo.com.
Wassallam.
Salam dik ilmun, dikau tak kesaorangan dalam hal ni. Bacalah dari awal sikit – ada orang lain lagi yang seolah lebih kurang sama bot dengan anda, saya lah sendir tu, juga bukan nak buka aib sendiri. tapi saya – bukan malas nak teruskan amalan, sebaliknya disebabkan keselamatan diri yang diancam. tapi dalam hati tak pernah lupa – cuma amalannya yang tertinggal. Lalu kita lalui lah kesusahannya semula.
tak pa, allah tu MAHA lah PENGASIH. DIA jumpakan kita dengan TOK PENDEKAR DAN TOK SHEIKH SEKALI DAN TOKA KARIMON. marilah kita manfaatkan pertemuan ini. Marilah kita serang Tok Pendekar untuk ilmu kebatinan beliau, dan tok Sehikh untuk kelebihan beliau serta tok karimon untuk hal yang ada padanya ….. hehehehehehe jangan marah ye tok sehikh dan tok karimon……
Asalamualaikum
Ilmu bukan dicari, tapi hasil kemantapan amalan
kecelaruan kesan ketidak tetap tujuan
jika kesesatan kembali kepangkal jalan
Hidup ini bagaikan bahtera ditengah lautan
kadangkala dilambung ombak menyapu awan
ada tikanya terhempas kedasar lautan
tika itu teguhkan iman tetapkan pedoman
Pesan Tok Syeikh, ” Jangan tergoda bintang di awan
Pesan Tuan Rahim jangan suka melawan dan mengawan
Pesan Tuan Waliqudus jangan buat tak layan
Pesan Tuan Daus jangan cuba mengapai awan
Kata Tuan Paduka Pakcikli cuma nak berkawan
Pesan ayang jangan buat diriku tak keruan.
Wasalam
Assalamualaikum Ciklii,hang ni asyik dengan ayang hang saja ni,bergulung lidah aku baca pantun hang berdua.Ni aku nak tanya hang satu soalan ni.Ramai orang yang belajak ilmu dan mengamalkannya tapi ramai plak yang gagal mempraktikkan ilmu nya.Depa amalkannya sampai 40 hari tapi bila test fail.Apakah cara yang betul untuk mengamalkan satu2 ilmu itu,adakah ada ritual atau cara yang tertentu?Minta TS juga sudilah membantu didalam hal ini.Kali ini biarlah kita menjuruskan soalan ini kepada bentuk amalan ilmu keduniaan dahulu.
Waalaikumusalam
Tuan Paduka, sebelum Tok Syeikh menjawap soalan ini, biarlah saya cuba menjawapnya, saya ni bak kata pepatah bagaikan akar ketika tiada rotan.
Bermula segala amalan itu adalah adab. Bahasa mudahnya adap itu mengadap iatu sekurangnya kita perlu mengadap tuhan, rasulNya, guru dan diri ketika beramal. Kalau kelain adabnya kelainlah jadinya.
Kedua amalan yang dilakukan mestilah menurut tertib dan khafiatnya. Ketiga niat, niat itu adalah niah iatu diri, keseimbangan diri zahir dan batin. Bukan hanya sekadar lafaz niat. Keempat kebersihan, sebagai contoh jika kita hendak menanam sesuatu, terlebih dahulu tapaknya perlulah dibersihkan, supaya tidak tanam padi tumbunnya lalang. perbuatan yang dilazimkan menjadi amalan selama 40 hari supaya jadi darah daging.
Sebenarnya setiap amalan yang kita lakukan adalah untuk membentuk diri kita sebagaimana yang kita lakukan. Oleh itu untuk menjadi manusia amalan setiap hari yang kita lakukan adalah untuk membentuk diri menjadi manusia. Akhir kata wajah yang indah ditatap saja hati yang satu digadai jangan. Pendek kata biar gila bayang jangan hilang ayang.
wasalam
Salam Sejahtera para Sahabat yang Dirahmati Allah..
Salam Maal Hijrah…40 hari tu kira basic…kalau diamalkan 400 tahun pun kalau hatinya kejal..tak jalan jugak..yang pentingnya..bak kata cikli..kalau nak tanam lalang pun kena bersihkan tapaknya..bila dah bersih..jangankan lalang…orang pun boleh ditanam sekali..hehehe..Tuan Paduka..setahu saya..jika nakkan sesuatu..perlulah tahu dan faham akan tujuannya..kemudian..berusahalah…pasti ianya dapat..cuma natijahnya ajer..samaada yang baik..maupun yang buruk..Maha Pencipta mengetahui apa yang terbaik buat kekasih-kekasihNya…
Duhai sekelian angkatan,
Ingat tak pesanan yang pernah saya ingatkan disini sedikit waktu lalu, ?? Islamkan Raja MU dulu!!! itulah yang dimaksudkan dengan kata2 Pakcikli tentang “kena bersihkan tapak dulu tu.
Asalkan Raja Kita tu dah diislamkan, waemah kut mana pun / atau jika kita tak teruskan amalanya tu , kita masih lagi terjaga oleh raja yang dah diislamkan tu.
Nanti marahkat saya pula – Jangan duk pi nak Islamkan Raja Negei tu pula?? kita kan punya kerajaan kita sendiri, jadi carilah Raja bagi kerajaan kita tu – dan Islamkan dia dulu. Selagi dia nya tak diislamkan dulu maka nya susah lah. tu lah yang kena duk bertapa 40 hari tu. Tapi kadang2 macam kata diatas tadi 400 tahun pun susah – sebabnya Raja nya tak di tangkap untu diislamkan terlebih dulu.!! Cari lah Raja mu itu didalam kerajaan mu sendiri.. Bergurulah dengan tok PS, tok TS tok K, dan tok P’li
Asalamualaikum
Kadangkala tanpa kita sedari kehidupan kita adalah berkisar mengenai kaseh sayang cinta dan kesejahteraan. Jadi amalan yang sering saya lakukan adalah menyebut nama tuhan yang maha Pengaseh dan Penyayang, mencintai kehidupan dan mengucapkan salam walau pun ketika sebelum memberi komentar. Tapi amalan yang paling utama sebelum mengecap kaseh sayang cinta dan kesejahteraan adalah berlindung dengan nama Allah dari syaitan yang direjam, ia itu menyebut nama Alah untuk merejam syaitan yang cuba bertahta dihati sanubari. Bukankah begitu Cuiettokpasai yang disayangi ?.
Wasalam.
ASSALAAMUALAIKUM WAROHMATULLAH HI WABAROKAATUH duhai Pakcikli disayang. maaf no hamba ni dah rasa terlalu banyak kali bersalaman dalam satu waktu ni dalam blog yang sama ni, jadi terasa macam duk continue je, tak perasan pula yang dijawab tu adalah bahagian yang berlainan, orang mana nak perasan kata kita dah duk bersalaman dari awal lagi kan?? Tapi kan begitu juga dengan member kita yang lain kan tok Pendekar sendiri pun terus sambung ke perbincangan je bila dah sampai kali kesekian sekian di menjawab kan, itu tak lah bermakna tak berkasih sayang kan?? tak kan lah dalam sekali berjumpa tu nak bersalamsalam sampai empat lima kali,??? hehehehehehehe.
tapi betoi juga la sebab bab lain lain , masuk bilik lain lain walupun ahli forumnya sama juga….
heheheheh, terima kasih kerana menyayangi saya, ada lah juga insan allah yang menyayangi hamba /allah ni. hehehehehehhe
betul kita hidup ni nak mencapai love wealth and Health and Ilmu.
Assalaamualaiku warohmatullah hi wabaarokaatuh ….
Waalaikumusalam
Sepatutnya setiap kali pertemuan walaupun dalam tempuh satu hari perlulah mengucapkan salam, begitu juga setiap kali kita memulakan ucapan atau tulisan. Tak rugi kita mengucap nama tuhan as Salam tersebut, apatah lagi dijadikan amalan.
Begitu jugalah kita mengucapkan sayang, bila saya mengucapkan kata sayang kepada lebih satu orang mungkin ada yang berangapan saya mata keranjang, tapi sesungguhnya Allah itu meliputi ( Allahusamad itu dari segi fahaman syariatnya Allah tempat meminta, tetapi dari fahaman hakikatnya Allah itu meliputi ), lantaran itu tak salah jika kita mengucapkan sayang kepada sekalian makhluk Allah yang bernyawa dan mengasehi alam benda.
Tidak layak rasanya sayang menjadikan saya sebagai guru kerana saya hanyalah seorang Dukun Asmara, Bab syariat hakikat dan makrifat yang saya tuntut hanyalah sekadar memenuhi keperluan menjadi seorang Islam untuk menjadi seorang khalifah. Sebenarnya seorang guru makrifat tidak lagi berharap atau meminta minta kerana rezeki dari makhluk kerana rezki wali Allah itu telah dijamin oleh Allah swt. Dan dalam budaya orang kita ilmu asmara itu tidak merangkumi ilmu ugama, tapi yang menghairankan dimana mereka berlajar bersengama ?.
Sebagai sumbangan saya dibidang ugama selain daripada mengembang pengetahuan terapi saya ada sediakan weblog Jalan Akhirat, Doa Ayat dan Zikir, Terjemahan al Quran, Kitab Hadis dan beberapa lagi.
Wasalam
Assalamualaikum wbt…
Saudara ilmun2003, ilmu Allah ni kalau dipelajari tetapi tidak di amalkan, akan dimasukkan terlebih dahulu oleh Allah ke dalam Neraka dari penyembah berhala. Jadi ilmu ni tak perlu banyak, janji faham dan amalkan sebab yg wajib dipelajari tu cuma 3 bidang sahaja. Tauhid , Feqah dan tasauf. Dapat melepasi sekadar yg di fardhukan pun cukup lah. Jangan jadi seperti sesetengah orang yg hanya belajar satu bidang atau dua, dah merasa diri jadi Tok Guru walau manusia meletakkan tahap yg dia belajar itu tinggi (Phd). Kalau Tuhan sendiri tidak mengiktiraf, maka jadilah sepertimana yg kamu alami, tidak rapat dengan guru. Sebabnya….guru pilih bulu.
Guru mursyid yg diiktiraf Tuhan , kita tahu dan dapat rasakan melalui ketajaman mata batinnya (kasyaf), mempunyai ilham laduni dan baik akhlaknya serta pemurah, qanaah dan memilih murid yg benar-benar bersih hatinya dan bukan yg berkedudukan dan berharta. Guru mursyid saya tidak mempedulikan kalau yg datang tu berjubah serban atau membawa kitab2 apalagi kalau mempamer kelulusan berjela. . Dia mahu yg datang tu dgn hati yg kosong yg mahu di isi ilmu walau sipengemis. Dia tak perlu membuat ujian bertulis atau ujian lisan seperti hafalan selepas mengajar, dia tahu siapa di antara anak-anak muridnya yg meningkat ke maqam Mutmainnah. Dia tahu siapa anak muridnya itu….
Janji Allah SWT, “Barangsiapa siapa yang mengamalkan apa yg dia tahu, maka Allah SWT akan mempusaka kan apa yang dia tidak tahu (ilmu laduni).” Pokoknya Guru Sejati adalah Allah SWT jua. Tiada manusia yg hebat dari segi ilmu, letaklah apa kelulusan yg manusia bagi pun akan kecundang jua dgn si Mursyid. Mursyid mendapat bimbingan terus dari Ilahi, maka cari lah dia atau muridnya ….
Kaedah mengamalkan apa-apa ilmu seperti mana kata cuiettokpasai dan waliqudus adalah penyediaan tapak. Tapak ini mesti dibersihkan dulu sebelum mau membina apa-apa bangunan.Saya kiaskan dengan cerita ini, segelas teh tarik yang mahu diisi dengan air putih yg bersih, terlebih dahulu …..buangkan air teh tarik itu……kemudian basuhlah dengan sabun bersih2……baharu lah diisi dengan air putih selepas gelas itu bersih berkilat. Akan nampak hasilnya air putih yang bersih walau disebalik gelas ….gelas yg bersih sehingga tidak nampak seolah yg ujud air sahaja.
Sebelum mengamalkan satu-satu ilmu (haq), bersihkan diri dgn meninggalkan segala dosa-dosa besar ( Air Teh Tarik tadi) dan sabunnya adalah TAUBAT dan ISTIGHFAR. Bila diri (tapak) sudah bersih , isikan dengan sifat-sifat MAHMUDAH (air putih). Maka disini kita sudah bersedia untuk pengisian ilmu Allah selanjutnya. Nak jadikan air putih tadi kopi, masukkan serbuknya atau teh, masukkan uncangnya……nak rasa sedap lagi (mantap amalannya) masukkan gula (zikir) ….hmmm lazat…..
Kopi atau teh ibarat ilmu persilatan atau perubatan……ini ilmu haq, kalau guna khadam jin atau setan tak perlu la sebab lagi kotor badan dan jiwa kita lagi la dia suka. Lagi mustajab, dan cepat tanpa pembersihan diri yang hakiki.
Sabda Nabi, “Tidak aku di utuskan kecuali untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.”Awwaluddin makrifatullah.” Maka kerana itu selama 10 tahun Baginda Rasulullah terlebih dahulu menekankan pengenalan kepada ALlah Azzawajalla dan kemurnian akhlak. Allah matlamat kita dan jalannya kebersihan hati (tasauf). Lalu bila Allah SWT memerintahkan kita bersyariat selepas peristiwa Isra’ dan mikraj, “sami’na wa ato`na (kami dengar dan kami taat). Perjalanan syariat berjalan dengan sempurna melalui hati yg bersih (akhlak mulia) dan makrifat kepada Allah yg sempurna (Kenal Diri).
Jadi, bila sudah melalui semua di atas…..amalan dari Guru Mursyid tidak perlu kepada zikir beratus ribu atau kena bersuluk atau kena turun gelanggang atau apa sahaja amalan yg berat-berat yg tidak mampu di buat oleh manusia korporat / keparat masakini. Bagi diri saya sendiri yang melalui proses di atas , kata guru amalan ini tidak perlu diamalkan/zikir beribu-ribu…….terus baca/amal……akan jadi. saya hairan sebab apa yg kita faham setiap zikir mesti kena diamalkan beratus-ratus ribu.
Ia hanya memerlukan istiqamah sahaja, Allah SWT lebih sukakan amalan yg sedikit tetapi berterusan. Itu sebab syaratnya 40 hari supaya amalan ini menjadi TABIAT. Tokleh nok tingga, raso tok sedak, nok keno buak jugok…..itu lah rasa lazatnya yg terhasil amalan dari istiqamah.
Amalan di dalam Silat Gerak Makrifat yg merangkumi Silat Batin, Gerak Perubatan, ayat fardhu dan ayat makrifat, Titik 9 dan Ismullah Al A`zham adalah amalan yg mudah selepas kamu membersihkan diri dan mengenal Tuhan. Tapak dah bersih, bina lah apa sahaja di atasnya, maka jadi lah. KUN FAYAKUN.
Wassalam.
Asalamualaikom PS dan kepada semua yang hadir diforum ini.
Saya sebenarnya tidak tahu dimana tahap saya(mungkin maseh tadika kot?jika dibandigkan dengan ahli-ahli forumer disini).Kadangkala terasa tahu kadangkala tidak tahu , kadangkala faham , kadang kala terasa fahaman saya itu bukan sebenarnya apa yang saya faham,ianya ada maksud yang tersirat yang saya tidak dapat memahahaminya atau mengungkainya.Ianya semacam ada rahsia yang tersirat disebalik apa yang saya fahami.Makumlah sebelum saya berjinak-jinak dengan aliran ini saya bergaul dengan orang yang mengamal syariat(hukum hakam,iaitu berbuat baik mengharapkan balasan,takut akan neraka,mengharapkan syurga dari Allah.Kalau banyak amalan boleh disimpan dan dibawa keakhirat.
Selepas itu saya bertarikat dengan tarikat Naqsyabandiah saya berbai’ah dengan Sheikh Yahya Laksamana an-Naqsyabandi ,Kajang.Mungkin sama dengan Mursyid Pakciklii kot?Dua atau tiga tahun saya bermursyid dengan beliau selepas itu beliau telah meninggal dunia.Sempat juga saya ber”suluk”
Setelah beliau meninggal dunia saya tidak lama dengan pengganti almarhum iaitu anaknya Syeikh Haris Syeikh Yahya Laksamana an -Naqsyabandi.Sebabnya saya tak dapat nak diceritakan diforum ini..Saya telah bermufarakah.
Agaklama juga saya tidak mengamalkan dzikir tarikat kawan saya kata , saya tidak boleh mengamalkannya zikir Naqsyabandi kerana saya tidak boleh ber rabitah kan orang yang telah meninggal dunia.
Agak sekian lama saya tidak bertarikat. Setelah itu saya berbaiah dengan Syeikh Abdul Wahab -Tarikat Ahmadiah Idrisiah,bersalasilah dari Patani , Thailand.
Disini saya tidak lama.Sbbnya saya tak boleh ceritakan disini.
Setelah itu saya telah berguru kepada seorang guru yang tidak mahu dipanggil “guru” hanya boleh dipanggil dengan Pak dara sahaja,di Bandar Baru Tun razak Cheras,KL.Jalan usul makrifah lebeh kurang mengenal Allah,antaranya sifat 20…dll.
Bersama beliau saya dapat banyak kefahaman.Mana-mana pelajaran zikir yang saya amalkan semasa bertarikat telah dahulu terungkai melalui penerangan beliau.Baru saya tahu makna amalan-amalan(“belum bab merasa” yang telah saya amalkan terdahulu.Kali ini saya tidak berlama dengan beliau kerana Allah telah memanggil beliau kembali.
Sehingga kini saya tidak kemana-mana saya buat apa yang patut….he…he…..he… Namun begitu dihati kecil saya memberitau bahwa saya bahwa saya hendaklah meneruskan perjalanan saya yang berlum selesai……
Saya memohon maaf jika penerang saya ini tidak menepati hasrat forum ini diwujudkan.Saya berharap mendapat pandangan dan bimbingan dari tuan dan rakan forumer disini.
Wassallam.
Asalamualaikum
Tuan Pendekar Sufi yang dihormati, sejak saya membaca komentar tuan bertarikh 6 hb november 22010 sebaik sahaja disiarkan diruangan diatas di Karimon’s Blogs. Komentar tuan tersebut telah menimbulkan persolan kepada saya terutama kenyataan tuan seperti berikut;
…………………………………………………………………………………………………………………………………
” Silibus Silat Gerak Makrifat adalah mengamalkan kembali segala sunnah-sunnah Junjungan kita yg kini dipandang sepi oleh masyarakat. Dari segi amalan ibadah, kerjakan segala amalan fardhu dan perbanyakkan amalan sunat. Tiada amalan yang bercanggah dengan sunnah, apalagi bidaah. Segala yang di tinggalkan / diajarkan oleh Nabi kita sudah lengkap dan sempurna.Hidupkan sahaja segala amalan-amalan itu dengan niat yg bersih kerana Allah semata-mata.
Saya tidak mengajarkan ajaran-ajaran yang baru selepas kewafatan Rasulullah. Baik dari segi ibadah, cara rawatan mau pun kaedah bersilat. Bukan segala ilmu yang baru selepas itu saya nafikan juga dari Rasulullah tetapi bukankah sebaik-baik kurun adalah 300 tahun semasa dan selepas kewafatan Baginda yang committed dgn segala sunnahnya.
Syarat kemasukan terbuka kepada umat Islam 18 tahun ke atas. Kondisi fizikal bukan halangan malah digalakkan yg berpenyakit dan yg lemah supaya turut menyertai Silat ini agar yg sakit akan sihat dan yang lemah akan bertambah kuat kalau bukan fizikalnya pun mungkin semangat dan keyakinannya.
Mereka-mereka yang telah belajar ilmu tasauf dan ilmu ketuhanan seperti Sifat 20 akan mudah menguasai ilmu ini kerna itu di zaman dahulu ilmu-ilmu ini hanya terhad kepada mereka yg mantap dgn ilmu tauhid tasauf. Tetapi kini zaman makin mendekati akhir zaman, maka elok kalau saya buka untuk umum agar yg layak dapat menguasainya dan yang belum akan bersemangat untuk memperbaiki diri agar kaedah mengenal Allah Azzawajalla melalui Sifat-Nya, Nama-Nya dan Af`al-Nya ini turut meningkatkan martabat iman pelatih itu sendiri.
Ada mahar perguruan kerana ini zaman bukan zaman batu. Guru saya pernah berkata, “Kamu jgn merendahkan martabat Ilmu ini dengan meletakkan ia di bawah. Hendak, ambil, tak hendak , buang. Kalau hendak, sediakan maharnya, setelah diambil ijazahnya amalkan bersungguh-sungguhnya agar berbaloi dgn maharnya”.”
………………………………………………………………………………………………………………………………….
Sebolehnya saya cuba mentelaah kitab hadis dan kitab kitab ugama mengenai persoalan yang timbul pada diri saya setelah membaca komentar tuan diatas dan tidak mahu mengajukan persoalan ini terus kepada tuan supaya tidak timbul salah faham. Tapi setelah berbulan lamanya saya menteleah untuk mencari jawapan persolan tersebut maseh tidak berjaya, mau tidak mau saya terpaksa mengaju soalan ini kepada tuan, saya sangat berharap agar persoalan ini tuan jawab dengan jujur dan ikhlas dan tidak berkecil hati. Persoalannya.
1. Saya tidak pernah lagi ketemu hadis yang menentukan mahar ilmu makrifat yang nabi ajarkan kepada pengikutnya. Jadi makrifat apa yang ingin tuan jajakan ini ?.
2. Apakah martabat ilmu tuan terletak pada maharnya dan ilmu yang diterima dari Nabi saw yang tidak bermahar itu dibawah dari ilmu yang tuan miliki. Jika boleh sila nyatakan Nas dan hadis mengenai perkara tersebut kerana saya maseh lagi tidak ketemui.
Inilah maksud saya Ahli makrifat itu adalah rezekinya telah dijamin oleh Allah dan tidak perlu lagi berharap harap, apatah lagi meminta minta dan menetapkan mahar ilmunya. Peringkat saya sebagai Dukun asmara pun tidak pernah mengharapkan ganjaran jka ada mereka yang ingin belajar mengenai ugama, malahan saya lebih suka memberi sumbangan kepada mereka. Dan jika boleh dalam bab pengetahuan yang telah dijenamakan dengan Islam biarlah menurut hukum adat, seperti kelkatu mencari cahaya dan bukan disebaliknya. Janganlah kita umpama tempua yang bersarang rendah.
wasalam.
Amalan di dalam Seni Silat Gerak Makrifat hanya berkisar kepada bacaan amalan di dalam solat, ibadah tertinggi yg turunnya dari malam Isra’ Mikraj. Di tempat itu Malaikat JIbrail sendiri pun takleh masuk, hanya Rasulullah shj yg masuk mengadap Tuhan. Tingginya maqam manusia suci itu dan tingginya amalan ibadat solat dan bacaan di dalamnya. Pernah anda mengkaji setiap bacaan yang wajib dan sunat di baca di dalamnya?
Bermula dengan “niat”, takbiratul Ihram, doa iftitah, bacaan Al Fatihah, tasbih dan tahayyat yg isinya salam kepada Nabi, syahadat dan berakhir dengan selawat.
Mesti ada “niat”.baru lah Allah SWT gerakkan dengan Sifat Maani Nya yang 7 dalam mewujudkan 13 rukun tersebut. SIAPA YANG MENGGERAKKAN? ANDA SENDIRI KE? LA HAULAWALA QUWWATA ILLA BILLAH ALLIYYIL AZIM.
Sebelum solat anda mesti berwuduk…..untuk apa tujuan wuduk? Wuduk itu cahaya, senjata mukmin. Apa jadi kalau takde cahaya, gelap gelita…….bayangkan kepanasan matahari yg bercahaya itu. Panas lagi dan kuat lagi kekuatan ROH kita.
Selepas solat kita berwirid, pernah anda kaji apa hikmah dan kaifiat wirid-wirid itu………apa wiridnya? Tasbih, tahmid, takbir dan tahlil berakhir dengan doa. Kenapa berdoa? Apa…….anda meminta dengan siapa beb? Allahu somad…Dia tempat meminta. Anda meminta pada mesin ciptaan manusia…..anda meminta pada doktor yg di beri Allah akal yg digunakan untuk melawan Tuhan, menggunakan akalnya untuk menandingi Tuhan dan bukan memikirkan keagungan Ciptaan Tuhan (istidraj).
Bila anda baca buku novel, anda akan cari penulisnya , anda teruja dan kagum. Anda akan memanggil-manggil namanya, kalau ada nama yg banyak kesemua nya anda sebut2. Namanya ini, dia juga dipanggil ini, itu …..Anda hafal ayat-ayatnya…….lagu-lagunya, anda alunkan untuk melambangkan kecintaan anda pada penyanyinya atau penulisnya.
Bagaimana dengan AL Quran, bila anda membacanya , tidakkah anda ingin mengenali PENULISNYA. Anda hafal ayat-ayat-Nya…anda alunkan demi kecintaan anda pada penulisnya. Tidakkah anda tahu bahawa PENULIS AL QURAN itu ada 99 NAMA. Di dalam 99 nama itu ada NAMA yang DIA paling suka, iaitu nama-Nya yang Agung, yang meliputi SIFATNYA DAN AF`ALNYA yang di panggil ISMULLAH AL A’DZHAM.
Anda tahu bagaimana untuk meraih kecintaan PENULIS AGUNG ini, dengan menyebut nama-nama NYA, LALU dia HAMPIRI ANDA DENGAN AF’AL DAN SIFATNYA.
Wassalam.
Waalaikum salam,
Pakcikli, jawapan tuan tidak boleh saya jawab di laman ini kerana ada sesuatu yg saya sembunyikan supaya tidak di ambil kesempatan. Bukan semua orang yg saya beri amalan ini saya kenakan mahar. Ramai murid-murid saya bukan kena bayaran pun atas ilmu ini malah sebelumnya mereka datang berubat dan bila saya nampak kesungguhan dalam mengenal Tuhan dan yakin dengan kaedah ini, saya ijazahkan kerana melihatkan kesucian hati mereka dan keyakinan mereka bahawa ILMU ALLAH lagi aula dari ilmu yg di dakyahkan oleh penjajah dan Yahudi.
Saya melihat hati dulu Pakcikli…….bukan semua manusia ni jujur. Banyak yang sombong malah mengira-ngira bila bab agama dan perubatan Islam. Saya pernah tanya Darul Huffaz untuk masukkan anak saya kesana. Bayarannya RM 600 sebulan, mana saya nak cekau Pakcikli? Saya nak hantar ke sekolah Kerajaan , agak jauh lalu kebetulan ada sekolah swasta berhampiran dgn rumah baru di Kajang dan ianya mengikut silibus Majlis Agama. Bayarannya RM 40 sebulan dan kalau nak turut belajar al quran tambah RM 15. Alhamdulillah….bayaran itu adalah untuk menampung kos menyewa dan sebagainya.
Nama lagi Akademi….. mesti perlukan tempat , ada ruang dan tidak mengganggu kehidupan berkeluarga. Bagaimana kalau pesakit dan pelajar datang dan anak dan isteri asyik bermasam muka……..bukan tak suka tetapi tiada privasi. Malah kalau yg datang bawa anak kecil…….berantakan pecah itu ini.
Beberapa kali pelajar saya dan juga pesakit bila saya buka bab ini, mereka semacam terpukau……keberadaan mereka bersama saya selama 5 jam. Bayangkan kalau setiap hari seperti ini, boleh goncang runahtangga. Mana waktu saya bersama keluarga, melayan anak-anak dan malamnya melayan isteri kalau masa terbuang sia-sia, lebih baik saya isi dengan beribadah dan mengadap Tuhan .
Maksud sia-sia adalah ramai pesakit dan pelajar yg kurang faham bab aqidah. Datang belajar kerana nak jadi hebat. Datang mengubat kerana doktor dah kata takleh sembuh. Jadi maharnya itu bukan kehendak saya tetapi pesan guru ghaib dan pernah bermimpi bila saya memohon petunjuk berkenaan MAHAR ini iaitu, “JANGAN KAMU MELETAKKAN ILMU INI DI TAHAP RENDAH”.
BERLIAN dengan KACA mana berharga? Ilmu AL Quran dan Ilmu Ciptaan Yahudi , mana lebih berharga? Nak belajar Nursing di Kolej kena RM 42,000 selama 3 tahun. Nak belajar ILMU GERAK SILAT BATIN DAN PERUBATAN , hanya RM 500 ( contoh) pun banyak songe?????? Itu pun hanya satu jam ijazah dan bimbingan. Seterusnya beramal lah sendiri dengan ikhlas, InsyaAllah DIA sendiri yg akan mengajar.
Betapa rendah dan hinanya MARTABAT ILMU PERSILATAN DAN PERUBATAN YG BERSANDAR KEPADA AGAMA YG MENGAJAK KEPADA MENGENAL TUHAN. Saya tidak mengajar agama Pakcikli, saya mengajar Silat dan Perubatan yg bersandar kepada agama kerana setiap ilmu tidak boleh lari dari memikirkan akan kebesaran TUHAN.
Apakah dengan MAHAR itu nanti setelah terkumpul, saya akan dapat daftarkan Akademi ini, mencari rumah kedai untuk di jadikan pejabat serta punya ruang untuk menjadi klinik dan gelanggang silat. Adakah kerana tiada nas , maka salah saya menetapkan mahar kerana mematuhi pesan guru ? Apakah Rasulullah SAW berdakwah tiada ada belanjawan kewangan langsung? Siapa yg banyak menyumbang kan bantuan kewangan kepada BAGINDA?
Saya juga tidak perlu mengenakan MAHAR kalau ada sponsor dari mana-mana individu atau korporat untuk jalankan kerja dakwah ini.
Sekian. Kalau belum berpuas hati sila ketemu saya Pakcikli. Wassalam.
Asalamualaikum
Tuan Pendekar sufi, setakat ini saya telah berpuas hati dengan jawapan tuan, dan selainnya tidak manislah saya nyatakan secara terbuka dihalaman ini. insyaalah jika panjang umor, murah rezki saya akan bertemu tuan satu hari nanti. Jawapan Tuan mengenai soalan yaya di atas saya ucapkan terima kaseh.
Wasalam.
MASYAALLAH, ASSALAAMUALIKUM WBTH
Waduuh aduhai ……tersentuhnya dikalbu ni, betapa “kecintaan kerinduan” itu terserlah jelas diantara kata2 itu, Sekiranya diri ini diberi kekuasaan akan ingin dituruti bersama menjadi sebahagian dari impian kejalan allah itu.
Sepatutnya lah apalah kiranya bagi yang berkemampuan menghadiahkan lebih dari itu untuk pengujudan akademi yang akan semesti membela nasib kita orang Melayu dan beragama Islam ini – meningkatkan syiar Islam semurni ini.
ALLAH ITU ESA
ASSALAAMUALAIKUM WBRKTH
MUHAMMAD ITU PESURUHNYA
ADAM DAN HAWA KALIMATNYA
SEPERTI DIBENDUNG KESEMURNAAN
HASBI ROBBI JALALLAH
MAAFI QOLBI GHOIRULLAH
NUR MUHAMMAD SSOLLALLAAH
NUR MUHAMMAD SSOLLALLAAH
ALLAH ALLAH ALLAH ALLAH, ALLAH ALLAH ALLAH ALLAH
ALLAH ALLAH ALLAH ALLAH, ALLAH ALLAH ALLAH ALLAH
Assalaumualaikum,
Pendekar Sufi, Pakcikli, saya terlebih dulu ingin memohon maaf sekiranya pertanyaan saya lari daripada tajuk dan rentak dalam siri entri ini. Soalan saya, adakah Muhammad qodim dan takrif Allah daim? Soalan saya ini timbul dalam benak fikiran saya semasa melihat beberapa rangkap zikir yang berikan oleh seorang guru pondok yang berasal dari Kelantan yang mengatakan Muhammad qodim. Ada ustaz mengatakan zikir itu boleh menyesatkan disebabkan perkara tersebut. Saya ni jahil tentang ilmu hakikat dan makrifat ni jadi saya amat berterimakasih sekiranya tuan sudi memberi penjelasan tentang persoalan saya itu.
Pendekar Sufi,
Pada pandangan saya yang rendah ilmu ni, adalah lebih berkesan sekiranya tuan buat persatuan dimana pelatih dan ahli-ahli dikenakan yuran untuk menampung perbelanjaan yang berkaitan dan juga menampung kos masa tuan dan jurulatih-jurulatih. Persatuan juga perlu mempunyai satu urus tadbir yang baik untuk menjadi satu organisasi yang mantap. Setahu saya sekiranya kita berserah kepada Allah dalam apa jua keadaan dia akan mencukupkan keperluan kita. Dan tidak pernah saya dengar ahli sufi yang kaya raya dan hidup bermewah-mewah. Wallahualam.
Saya memohon maaf banyak-banyak sekiranya catitan saya ini menyakiti hati tuan atau sesiapa.
Salam.
Waalaikum salam,
Soalan pertama dah terjawab tu. Muhamad tidak qodim.
Soalan kedua : bilamasa saya mencari kekayaan? Mencari nama pun tidak berminat. Saya tidak berminat mencari ramai murid (kuantiti) , yg saya cari kualiti. Mahar itu menyekat ramai dari mereka yg kurang berminat untuk berkorban wang ringgit demi guru sedang guru tak berkira pun.
Tak perlu tunjuk kekayaan kpd saya untuk jadi murid. Hanya kesungguhan untuk Mengenal Tuhan. Kalau bersungguh, Ustaz Syakirin sangguh merantau ke Kalimantan sana, tak pakai duit ke? Pergi Al Azhar, tak pakai duit ke? Masuk U tak perlu duit ke? Hendak seribu daya…………tak hendak usah berdalih.
Wassalam.
Asalamualaikum
Kepada Cik Puan Cuiettokpasai, saya rasa Tuan Pendekar telah faham pertanyaan saya iaitu cuma tentang menetapkan mahar, bukan mengenai berapa banyak sumbangan murid atau sesiapa dan pertayaan ini telah terjawab.
Kepada Yang Mulia Tok Sidang soalan tuan telah pun di jawan oleh Tuan pendekar Sufi dan tak perlulah rasanya untuk saya tokok tambah dihalaman yang terhad ini, sila kemukakan solan tersebut dibawah tajuk intri yang lain.
Kepada Pendekar Sufi jawapan Tuan kepada Yang Mulia Tok Sidang telah menimbulkan persoalan baru kepada saya, apakah Nabi saw melakukan saringan yang sedemikian kepada orang yang ingin belajar ugama kepadanya ? (maksud ugama disini terdiri dari syariat hakikat tauhid dan makrifat bukan sekadar islam).
Saya percaya intri ini disediakan adalah untuk memudahkan pelayar Karimon’s Blog termasuk saya untuk memperolehi maklumat Akademi Silat Silat Makrifat dan memberi pandangan mengenainya. Pada Pandangan saya cara jawapan yang Tuan beri kepada yang Mulia Tok Sidang yang bertanya penuh dengan tata tertib tidak layak datang dari orang yang bernama Sufi dan mengajar makrifat.
Komentar yang saya berikan ini adalah berterus terang dan ikhlas, tapi jika kehadiran saya berkomentar sedemikian diintri ini boleh menyinggung Tuan saya berjanji tidak akan memberi komentar lagi diruangan ini.
Wasalam
Assalamualaikum wbt,
Terimakasih di atas pandangan dan nasihat Pakcikli begitu juga Tok Sidang dan saya juga memohon maaf sekiranya jawapan dan tulisan saya menyinggung sesiapa.
Selepas mendengar pandangan isteri baru saya sedar bahawa sanya tulisan saya banyak berlegar kepada hal-hal agama maka nya ramai yang telah salah anggap bahawa saya mengajar agama. UNTUK MAKLUMAN SEMUA, SAYA TIDAK MENGAJAR AGAMA. SAYA TIDAK MEMPUNYAI TAULIAH UNTUK MENGAJAR AGAMA WALAU PERNAH BERCERAMAH SEMASA BEKERJA DI PUSAT PUNGUTAN ZAKAT SUATU KETIKA DULU.
Saya hanya di tauliahkan dan menjadi PEWARIS kepada 2 ilmu warisan DATUK-DATUK KU sebagai BUKTI warisan ilmu yg bermenafaat. “Bila matinya anak ADAM, maka putuslah segala hubungan kecuali 3 perkara iaitu : Amal Soleh, Ilmu Yang bermanaafaat dan DOA anak yang soleh. Ramai yang mengaku berketurunan dari Rasulullah dan Wali-Wali namun hanya dapat di buktikan dari salasilah dan jurai keturunan sahaja . Malah apabila orang lain yg mendakwa dari keturunan Rasulullah mereka mencemuh dgn mengatakan “syok sendiri” sepertimana tulisan MERAH SILU di dalam Forum ASYRAF. Buktikan dengan ILMU YANG BERMANAFAAT yang di wariskan oleh DATUK NENEK kamu.
Al Quran dan Sunnah Nabi tidak di amalkan, yg dibanggakan pusaka Ilmu dari Puak YAHUDI dan Nasrani , yang sengaja merekacipta ilmu yg berlawanan dgn al quran dan hadis supaya umat ISLAM jauh dari pegangan TAUHID. Saya mengajak tuan-tuan mendalami PUSAKA ILMU WARISAN PARA WALI SONGO (9) DAN WALI LANANG (7) yang ORI , tiada pengubah suaian cuma di kenakan sedikit MAHAR agar AKADEMI ini dapat bergerak aktif dgn modal terkumpul nanti, dapatlah saya menyewa sebuah tempat bagi di sediakan GELANGGANG dan KLINIK, serta mungkin asrama bagi pelatih yg datang dari jauh serta pesakit kronik yg susah untuk berulang-alik.
Cuba kita tinjau macamana Jemaah Arqam dan Tagligh dapat menjadi satu pertubuhan yg kuat dan merupakan pertubuhan GERGASI DUNIA. Kerana pengorbanan tenaga dan wang ringgit dari para ahli-ahlinya. Bila ahli dah ramai maka, baru lah boleh di wujudkan persatuan dan dilantik satu badan untuk mengurus tadbir persatuan dgn lebih baik. Mahar yg saya sediakan cuma sedikit , tak sampai seribu pun jika dibandingkan dgn PERGURUAN lain yg mengenakan MAHAR mengikut LEVEL menjangkau sehingga RM 10,000.00.
Pelatih terawal yg bersedia membayar mahar ini akan mendapat kelebihan nanti kerana mereka merupakan perintis dan sewajarnya mereka menjadi Jurulatih dan boleh membuka Gelanggang dan Pusat RAwatan sendiri nanti. Bila kumpulan ini mempunyai tenaga pelatih yg mempunyai pelbagai kemahiran bidang agama 3 serangkai itu, saya bercadang membuka kelas agama yg akan di ajar oleh mereka-mereka yg bertauliah ini bagi menguatkan pegangan aqidah ahli-ahli.
Saya telah didatangi oleh seorang murid dari Perguruan Gerak Sejati yg merupakan pengamal PERUBATAN ISLAM juga yg sering dipanggil oleh kumpulan Darul Syifa di tempatnya meminta pertolongan. Juga dari Pertubuhan Gayung Pusaka dan Gayung Makrifat yg merupakan wakil Khalifah di tempatnya dan yang terakhir 3 pemuda yang telah sudi membantu saya berpindah rumah dari Ampang ke Kajang pada Ahad yang lepas. Baru berkenalan dan ingin belajar namun telah menunjukkan kesungguhan dalam membantu saya dari segi tenaga, mengangkat barang-barang yg berat seperti almari pakaian ketingkat atas. Mereka ini pernah belajar di Darul Syifa, terimakasih kepada saudara bertiga, En.Hamidi dan rakan-rakannya.
Akhir kata, SAYA TIDAK MENGAJAR AGAMA, saya adalah Jurulatih Silat Batin dan Pengajar Perubatan Islam yg berasaskan KALIMAH SYAHADAH dan Ismullah Al A`dzham. Hanya membawa pendekatan agama agar dapat mendidik murid-murid saya berjiwa TAUHID seperti para sahabat dan para wali-waliNya.
Wassalam.
Waalaikumusalam wbt.
Taniah Tuan Pendekar Sufi dengan perkembangan usaha cita murni tuan. Saya mendoakan samoga tuan berjaya. Sebagai seorang pelupur dan pendekar saya harap tuan tidak gentar segala cabaran apatah lagi sekadar komentar yang perlu menjadi ubat walaupun sering pahit terasa.
Jika tuan baru berpindah ke Kajang, Di kajanglah saya lama berguru dengan Syeikh Yahya Laksamana al kholidi Naksyabandiah, di Taman Naksyabandi jalan semenyeh kajang sehingga akhir hayatnya. Usaha saya terakhir adalah membantu Almarhum adalah memperbesarkan lagi rumah suluk disana ketika beliau ingin menghembus nafas yang terakhir (alfatehah).
Izinkan saya berpantun wahai Tuan Pendekar Sufi yang dikasehi.
Dagang Pak Malau dagang bertempat
dagang saya menumpang lalu
dagang tuan berserta makrifat
dagang saya sekadar perlu
Wasalam.
Assalamualaikum wbt…..
Sekali lagi ingin saya mencoret pengalaman orang-orang yang telah mengambil jalan ini iaitu isteri saya sendiri.
Jumaat yang lepas beliau bermimpi (baru hari ke 37), beliau bersama saya duduk diatas para bersila dan dikiri dan kanan kami ada 2 orang perempuan turur bersila . Bermakna 4 orang dan di hujung kanan terdapat seseorang berpakaian seba hitam (pakaian pendekar) seperti kami cuma dia memakai kopiah Jawanya ( Sunan Kalijaga sendiri).
Firasat saya mengatakan bahawa 2 orang perempuan yg menemani kami adalah anak Sunan sendiri. Di hadapan kami ada 3 orang musuh yg menurut Sunan adalah penyebab kepada penyakit isteri saya sehingga sukar di sembuhkan. Maksudnya bekas tapak itu memungkinkan jurus dan sihir boleh kena semula oleh sesiapa yg menghantar terutama bomoh-bomoh yg ingin membalas dendam terhadap saya.
Hari sebelumnya beliau bermimpi ……..” Dirasuk Jin dan badannya menggigil seperti selalunya dengan mata kemerahan dengan tangan di genggam erat cuba menahan rasukan tersebut. Tiba-tiba terdengar suara, kamu cuai lagi……” Suara itu memberitahu isteri saya bhw saya cuai selepas mengubati pesakit dan tidak membuat amalan sepatutnya selepas itu.
Kata Sunan kalijaga, ” Ika , kamu lawan”. Ika turun dari para dan menghadapi salah seorang pengawal musuh dengan bersilat secara zahir. Musuh tewas. Manakala seorang lagi menggunakan jurus tanpa turun dari para, cuma kelihatan tangannya bergerak mengeluarkan jurus-jurus. Musuh juga tewas.
Kata Sunan Kalijaga kepada musuh utama selepas orang-orangnya tewas, ” kamu jangan main-main dengan kami , kami ni ramai yang membantu.” Sang musuh mahu menyerang isteri saya dan secara tiba-tiba dia sudah berada di hadapan isteri saya. Saya hanya mendiamkan diri berzikir lalu kata Sunan, “Gee angkat keris kamu dan tikam.” Isteri saya mengangkat kerisnya dan cuma menghalakan kepada musuh tanpa menyentuh pun. Tiba-tiba darah membuak keluar dari badan dan musuh jatuh terkulai mati.
Firasat saya, kalau sesorang terkena sihir dan terlampau lama tidak sembuh-sembuh walau dah berubat merata tempat atau saka warisan, maka penyelesaiannya adalah dia sendiri yg patut mencari jalan untuk menewaskan dan membuang sihir dan saka itu. Caranya…………Allah SWt dah tunjukkan melalui mimpi isteri saya bahawa belajar ilmu haq, kamu akan di bimbing sendiri oleh Allah SWT melalui wali-walinya dan kamu mampu menewaskan sihir dan saka dgn diri kamu sendiri. Dari pengalaman ini kamu juga akan mampu nanti merawati orang lain dengan izin Allah.
Terlupa nak jawab soalan Pakcikli mengenai saringan terhadap orang yg ingin belajar agama. Guru saya pun tak menyaring dan saya pun bukan mengajar agama. Guru saya menyaring dengan memilih yg layak sahaja dan saya termasuk di dalam 5 orang yg layak mewarisi ILMU PERINGKAT TINGGI AMALAN NABI-NABI. AGAMA KENA DI AJAR KEPADA SEMUA ORANG TETAPI iLMU KEROHANIAN ISLAM/KEBATINAN SERTA PERUBATAN ISLAM ISLAM YG HAQ KENA ADA SARINGAN DAN TAPISAN.
Sudah berlaku di masa lalu, murid-murid membuat onar dengan menyalahgunakan ilmu ini lalu ada yg menjadikannya sihir (bantuan Jin dan Syaitan) dgn niat menjahati seseorang dan juga telah membunuh orang dengan jurus maut seperti Jurus Penghancur Buah Pinggang dan dengan kata-kata yg terlatah di mulut akibat marah keterlaluan. Ada juga yg menggunakan Ayat Makrifat untuk melemahkan dan menundukkan seseorang di kamar Mahkamah.
Iskandar Zulkarnain menyaring tenteranya melalui solat tahajud. Seseiapa yg meninggalkan tahajud akan di tinggalkan tanpa ikut berperang. Salahuddin AL Ayubi juga menyaring dengan bertanya amalan apa yg ditinggalkan pengikut dan rakyatnya. Akhirnya hanya beliau juga yg tidak pernah meninggalkan tahajud maka hanya beliau yg layak mengimami Solat Jumaat yg pertama.
Saringan saya adalah menyentuh soal hati dan jiwa. Kalau mencari kehebatan seperti kekebalan, halimunan, jurus maut dan entah apa-apa lagi , maka niatnya bukan kerana Allah semata. Ada udang sebalik mee, ada tujuan lain dan mungkin ingin beradu tenaga , membalas dendam atau mempamer kehebatan di khalayak ramai. Sudah saya katakan , guru saya telah menarik balik ijazah nya kepada seorang perawat tersohor di TV semata-mata kerana mencari NAMA dan enggan mengaku berguru.
Nama dan kekayaan bukan matlamat. “Ya Allah, hanya Engkau matlamat hidupku dan hanya keredhaan Mu yg ku cari.” Tetapi belum apa-apa dah kena sindir walau di peringkat awal pendapatnya agak baik dan sopan. Saya tak perlu mencari makan dengan cara ini kerana sudah mempunyai pendapatan tetap. Rezeki itu ALlah SWT sudah aturkan makanya tak perlu lah saya war-war kan dengan IKLAN ATAU PROMOSI ATAU SEBAGAINYA DENGAN TUJUAN MENCARI NAMA DAN KEKAYAAN.
Dalam blog saya pun takde TULISAN AKADEMI SENI SILAT GERAK MAKRIFAT . Ini peringkat permulaan di mana Tuan Karimon sudi untuk menolong mewar-warkan penubuhan akademi ini. Matlamat saya selepas bersara baharu lah dapat saya menumpukan sepenuh masa ke arah ini sementara sekarang ni membina tapak perlahan-lahan. Melatih sesiaaapa yg berminat agar ilmu ini berkembang sesuai dengna jiwa tauhid para pengamalnya.
Saya sudah diberitahu oleh GURU bahawa sanya, ilmu ini akan berkembang pesat selepas suatu ketika bila orang menyedari ini lah ILMU HAQ peninggalan Rasulullah dan Para Wali-Nya. Saya hanya perlu buat apa yg patut agar masyarakat mengetahuinya terlebih dahulu walau peringkat awal mereka tak ingin belajar pun. Kalau benar 2012 akan berlaku malapetaka besar dan Perang Dunia ke , maka sumber tenaga juga tidak dapat di gunakan lagi dan segala punca maklumat, senjata dan kenderaan sudah tidak dapat di gunakan, maka semasa itu lah ILMU ini akan di cari orang. Kata Tuan Kelarias, ilmu ini telah di angkat akan kehebatannya pada 1400 yg lalu (kalau tak silap) dan yg menguasainya hanyalah para Rijalul Ghaib sahaja dan kini kata AL Marhum Syeikh Haji Ibrahim bahawa saya lah Pewarisnya (Titik 9).
Maka, saya hanya memaklumkan shj kepada yg berminat dan perlu disaring juga. Saya tak mahu sepertimana pertubuhan lain yg sealiran tapi menyeleweng dengan membuat DEMO tunjuk kebal dan bermacam keajaiban. Bila Pewaris asal sudah tiada , orang-orang di bawah mula membuat onar sepertimana zaman Nabi-Nabi dulu, akhirnya jadilah Agama Tauhid Nabi Ibrahim menjadi agama Langit yang lain.
Sekian, wassalam.
Terimakasih Pakcikli atas sokongan yg tidak berbelah bagi. Tuan Hilmi, Taman Kantan Permai, Jalan TKP 23. Jgn main redah, call dulu…016-6353 601
Asalamualaikum
Tuan Pendekar Sufi, bila teringat Sungai Kantan, teringat saya suatu masa dulu kawan kawan bujang saya pernah menyewa rumah Wak Fendi di Sungai Kantan Kajang dan saya selalu datang lepak kesana. Rumah sewa tersebut adalah rumah kayu berhampiran dengan rumah kediaman Wak Fendi, bagaimana pun bahagian hadapan rumah sewa tersebut adalah ruang rawatan tempat Wak Fendi mengubati orang.
Biasanya Wak Fendi akan mencatat nama orang yang ingin mendapat rawatan dan masalah yang dialami serta permohonan mereka. Setiap malam Jumaat Wak Fendi akan berdoa dan membaca apa yang dicatatnya mengenai pesakit yang datang menemuinya dalam minggu tersebut dengan suara yang sangat kuat. Ketika itulah kawan kawan saya datang menadah telinga disebelah dinding rawatan Wak Fendi untuk mengetahui penyakit yang sering dialami oleh pesakit yang menemui Wak Fendi.
Pada masa itu Wak Fendi adalah seorang Perawat yang dikenali kebanyakan penduduk Sungai Kantan dan kawasan persekitarannya. Penduduk asal Sungai Kantan biasanya adalah mengenali Wak Fendi. Ada mereka yang tertentu mendakwa wak Fendi boleh terbang, tapi bila kami bertanya kepadanya beliau cuma tersenyum.
Wasalam.
Waalaikum salam….
Wak Fendi ni masih ada lagi ke Pakcikli? Saya pun belum sempat merayau lagi area Kajang ni. Belum kenal temapt lagi heheh.
Asalamualaikum
Tuan Pendekar Sufi, saya nak kata Wak Fendi dah tak ada pun takboleh, kerana saya tidak mendapat berita rasmi mengenainya, tapi beliau adalah perengkat atas Datuk ujang Bagung yang terkenal di Kajang ketika itu. Tapi kalau tanya orang asal disitu mereka mesti tahu, rumahnya dari jalan besar masuk ikut simpang masjid, jalan terus beluk ke kiri.
Daerah kajang ni banyak tempat bermula dengan nama sungai, seperti Sungai Kantan, Sungai Jambu, Sungai Tangkas, Sungai Merab, Sungai Buah, itu belum lagi termasuk sungai yang dalam, luar, atas dan bawah, tapi kini hanya tinggal parit sahaja. Saya tinggal di Kajang ketika Kajang maseh dara lagi.
Wasalam
Waalaikum salam,
Heheh….suatu hari pasti pasti ketemu kalau dah sealiran, pasti Allah SWT ketemukan juga sekiranya beliau masih hidup di ketika ini.
Assalaamualaikum semua. Khasnya kepada Tuan Pendekar Sufi dan yang berkenaan. Lega bila membaca tulisan tok Pendekar,
Hari tu bila saya mencurahkan rasa hati dengan cadangan “apalah kiranya bagi yang berkemampuan menghadiahkan sedikit bantuan untuk tujuan murni tok pendekar tu”” yang saya maksudkan ialah saya sokong penuh tujuan tok PS nak buka tempat khas atau akademi ini. justeru itu pasti kena perlu duit kan?? jadi apalah kiranya bagi yang berduit tu menghadiahkan untuk tujuna kerana Allah itu. semata2 bagi menjaya sesuatu yang murni.
TAPI MALANG SERIBU KALI MALANG SAYA DISANGGAH DAN DIPERENDAHKAN. mungkin pandangan saya tak diingini sebab ia datang dari saya yang menyokong perkataan tok PS tu. Mungkin kalau datang dari orang lain yang lelaki juga pasti diterima. seolah satu diskriminasi sexual berlaku kat sini. mana tidaknya apabila tok PS menerangakn lagi dengan lebih panjang lebar – ianya diterima pula dan dikatakan tahniah dan murni. Nampak sangat saya ni jadi mangsa prejudice. Tapi tak pa, saya kena disconfirmkan apa yang ditujukan kepada saya itu, dan saya berdoa dengan niat agar tok PS sendiri yang menjawab dengan menyentuh soal kewangan hadiah atau sumbangan untuk tujuan akademi itu, agar terlerai semuanya prasangka tentang cadangan saya. Dan Alhamdulillah, Allah maha kaya. Tok PS dah pun bentangkan dengan panjang lebar, Bagi saya mahar ke atau sumbangan murid ke sama je, yang satu ditetapkan, tapi yang satu adalah dari hati kehati – ia membawa makna yang lebih dalam, walaupun nilainya sama juga. macam bayar cukai dengan zakat dengan nilai yang sama.
Maaf kiranya apa luahan hati saya ni menjadi masalah bagi sapa2 pula. Nak belajar apa pun hati kena bersih dulu, walaupun dari perkara yang kecil2 sperti terasa dihati atau apa yang tak selesa sekalipun. Tak berniat nak lukakan hati sapa2, ini hanya discussion. Walaupun saya ni cik kak (pompuan) tapi agama dan islam tidak wujud hanya untuk lelaki je kan??
Saya juga nak turut sama.
Assalamualaikum tok PS, tadi kak telah benar2 dipelihara Allah Yang Maha Berkuasa. Hujan sepanjang jalan dari diLbeuhraya tadi, tak lah lebat sangat tapi jalan memang cukup basah dan licin pula. kak drive dalam 100km kat selekoh pun dalam 80km, terasa juga macam tayar lari2 sikit – terlintas juga “apa kena ni ?” tapi tak terlintas kata tayar tak dak angin. kak selamt balik sampai rumah. masuk rumah, lepas tu anak balik, tengok dari belakang kereta senget. mak datuk! katanya mak bawa kereta tayar pancit maka tak sedar?? nasib tak jadi apa2. bayangkan perjalanan lebih 70km, masa mana tayar tu pancit? Tapi sepanjang perjanan tu kak menyanyi2 sorang diri dengan kalimah Allah dan selawat – sepanjang 2/3 jalan yang terakhir dalam 5okm yang terakhir – iaitu sebaik je masuk kekawasan Putrajaya – sampai la ke rumah. kak memang terkedu, bila anak ter sebut gitu. Tapi kak bersyukur kepada Ilahi. Kak yakin benar dengan kebesaran nama allah yang memenuhi selawat itu. betul tak?? Tapi memang lah dah berniat minta dibawa balik dengan selamat pun sebelum berselawat dan mendendangkan nama Allah tu.
secara umum nya.
setiap apa yang diambil mahu ada pemberian balasan.
ini adalah sebagai tanda menerima tanggungjawap sebagai penerima amanah
malah mengundang keberkatan atas apa yang di ambil.
ilmu dibalas dengan keuwangan tiada kesalahan di situ malah sesuai sebagai tanda saling terima menerima, beri memberi demi keberkatan ilmu.
Asalamualaikum
Kak Mona, diantara ciri ciri cucu cicit Hang Tuah yang sejati adalah bijak bermain senjata dan tidak minta dipujuk. Lidah itu adalah senjata, bercakap tak tentu hujung pangkal adalah umpama menggunakan senjata tak tentu hujung pangkal. Kata pantun Melayu:
Berlari lari bukannya kijang
pandan tersandar dihujungnya
bernyanyi nyanyi bukannya riang
badan tersandar dek untungnya
Wasalam
pengakuan kita sebagai anak cucu…
mahulah di setuju dan di akui olih datok nenek…
jika anak cucu tak dapat melepaskan kemerdekaan keatas tok nenek..
jika tok nenek tak dapat membantu membimbing anak cucu…
jika anak cucu bukan anak yang solih…
sedangkan tok nenek sentiasa mendoakan anak cucu…
jangan lah mengaku sebagai anak cucu tok nenek…
sedangkan tok nenek menangis melihat gelagat anak cucu..
apakah tindakan anak cucu sebenar nya,,,???
Assalamualaikum wbt,
Begitu lah Kak Mai, kalau hati sudah sering mengingati DIA, maka kita akan sentiasa didalam penjagaan-Nya . Saya sendiri sudah berkali-kali mengalami keadaan yg sedemikian, Alhamdulillah, pertolongan dari DIA membuatkan musibah ini tidak menjadi susah malah akan ada pertolongan yg tidak disangka-sangka.
Masalah terbaru saya semasa berpindah rumah ahad lepas. Badan sudah terlalu lemah dan tangan kanan sudah tidak boleh diangkat namun bantuan Ilahi, DIA datangkan 3 orang pemuda yg sudi menolong yg hanya dikenali pada hari itu juga.
Assalamualaikum warahmatullahitaalahiwabarokatuh.
belum lambat lagi wan nak ucapkan Salam maal hijrah buat semua. wan first time masuk blog ni. seronok gak baca.
ok. wan nak komen sikit pasal akademi tu. -bagus betul niat adakan akademi dan saring yang nak join. bukan apa..tak nak ada perangai “ada tanduk’ masuk akademi. karang takut jadi tak betul.
Wan minat nak join akademi. tp wan perempuan, boleh terima ke? apa kriteria yg diperlukan? Wan ni bukan orang hebat apapun. tak ada daya melainkan daya yang diberi Allah jualah yang mengerakkan wan apap pun….
Wan bukan apa..gangguan sihir yang wan lalui, hampir2 buat wan mati …selalu wan buat solat hajat, tahajud n istikharah nak cari jalan nak berubat. wan insyaAllah boleh berubatkan diri sendiri.. tapi kadang jadi , kadang tak jadi. wan nak join akademi ni sebab nya selain nak kuatkan pertahanan wan, nak juga wan berkanlan dengan semua yang serupa macam wan…yang pelik pengalaman, misteri dan mana tahu wan boleh belajar lagi untuk meningkatkan diri. sekarang ni wan dalam proses untuk mengawal diri dengan lebih baik. bak moyang wan kata, kita kena carik asbab dalam apapun kita buat walaupun Allah dah tetapkan asbab kita sejak azali…
Wan harap dapat jumpa dengan ramai yang macam wan..tp wan tak samakan taraf wan dengan tuan2 sekalian, wan ni apa lah yang ada…tak hebat pun. selalu berjurai airmata bila kena teruk.mengadu dengan suami wan ..mengadu dengan Allah yang wan tak tahan kekadang tu…..apapun..diharap kedatangan wan kali pertama disini diterima semua.
wan juga berharap bila jumpa tuan2 sekalian, tanpa wan berkata sepatah pun, wan harap tuan2 kenal siapa wan..hamba Allah yang hina ..
wan.
Assalamualaikum wbt……
Sudah tentu saya terima. Kalau berhajat datang lah. Saringan yg saya buat di peringkat Amalan Ayat Fardhu & Ayat Makrifat ke atas. Untuk Amalan Silat Batin dan Perubatan Gerak dari Sunan Kalijaga , saya buka kepada semua.
Sesiapa yang menunjukkan perkembangan positif dalam amalan itu, maka dia berkemungkinan boleh meningkat dan di tambah amalan peringkat seterusnya.
Boleh tahu wanberbunga ni dari mana? Ada pengalaman belajar di mana-mana?
Waalaikumsalam warahmatullahhiwabarokatuh.
Alhamdulillah, wan rasa sangat seanng hati insyaAllah wan diterima masuk ke dalam akademi.
Pendekar Sufi, Wan tak pernah belajar mana-mana pun dari guru hakikat. Sedari kecil apapun kepandaian(yang sangat sedikit ini) , wan belajar dari guru yang datang bertemu dengan wan secara ghaib dan dari dalam mimpi. disebabkan wan masih dalam suatu proses yang wan tak dapat nyatakan secara terang disini kerana mengikut hamba Allah yang datang pada Wan, Wan sangat2 dimusuhi oleh musuh2 (yang juga tak dapat wan nyatakan disini). Wan minta maaf. Kata hamba Allah itu, kerana ada keistimewaan dan disebabkan salasilah wan membuatkabn wan sangat dimusuhi. disebabkan itu wan selalu tidak menonjolkan diri wan dalam keadaan apapun kecuali terpaksa. Wan selalu diajar dan diminta menghafal dan mengamalkan sesuatu surah yang sememangnya wan pastikan termaktub didalam al-quran yang suci..
secara jujurnya wan terhad dalam mendapat apa2 panduan ..kerana masih belum masanya. kebanyakannya hanya untuk pertahanan diri. wan boleh berbicara secara peribadi jika pendekar sufi dapat memberikan wan email kepada wan.
wan
hamba Allah yang hina.
khabar nya tok pendekar sufi berketurunan wan.
wan bertemu wan.
mungkin bersalasilah yang sama di penghujung salasilah.
ada keserasian nya.
mudah mudahan..
Assalamualaikum saudara hilmi.
Wan memang berketurunan wan..tp very complicated kalau nak citer kat sini. pun ada rahsia yang mesti kekal sebagai rahsia kan….:)
-Alhamdulillah ..dah selesai tugas wan memenuhi haq pada malam 15 muharam ini. syukur semuanya berjalan lancar..ramai yang datang tadi. Rasa seronok dan banyak persoalan yang bermain telah dijawab.
insyaAllah…lain kali jumpa lagi hendaknya …
-Pendekar sufi keturunan wan? Wan apa eh? boleh tahu?
Wan
hamba Allah yabng hina
Assalamualaikum Wan,
Email saya, zsalmanalfarisi@yahoo.com. Keturunan saya pun payah gak nak citer pasal salasilahnya dah putus, tiada bukti bertulis. Khabarnya ada kena mengena dengan Kesultanan Melaka, Kelantan dan Pattani.
Hanya waris dari susurgalur jurai keturunan yang sama akan dapat merasakan pertalian ini. Mudahan kita dapat bertemu suatu hari nanti.
Waalaikumsalam Pendekar sufi
memang ya salasilah kita tak ada dalam buku. kalau ada pun , banyak yang tak betul kata “wan” pada wan…hehhe
adekepulak dalam buku kata “Wan” 2 kita tu kahwin? hehhe. “Wan” wan cakap..tak hingin aku kawin. sambil dia ketawa. memang benar dia tak kahwin…
Kalau ikut apa yang “wan” citer, salasilah kita ni luas sesangat…sampai pening kepala nak tgk sebab banyak bercampur.
meamng ada kena katanya ngan melaka, pattani, bugis, Kelantan,Selangor, Kedah n macam2 lagi. sampai arab nu! Ada “seorang” ni dia ada bagi wan salasilah wan..tp belum lagi dihakikatkan. punyalah panjang bergulung2. ..Lama dah dia bagi wan, tp macam wan cakap sebelum ni, belum sampai masa lagi wan nak dapat semua yang “semua” orang tu kasi. ni pun dah 8 tahun tunggu. kalau durian pun, dah kenyang makan tersandar kat pokok kita ni..hehehe
Banyak sangat barang wan dapat tapi semua tak dihakikatkan lagi. Sekadar wan intai2intai tu bolehlah…cuma yang dah hakikat, cuma tasbih. alhamdulillah….dapat juga kerja tangan wan ni buat ..ya tak.
nanti wan email yer. tp nak tau apa eh? tanyalah wan ..nanti wan akan jawab kalau boleh ..macam biasalah..wan ni kena berahsia sikit sebab belum sampai masa.
Hah! sebelum wan lupa… Sunan ada cakap kat wan semalam..kalau betul Pendekar sufi dari salur galur wan dan bercikgukan sunan tu, mesti Pendekar sufi akan kenal wan nanti. kalau bertemu … dan terima wan jadi ahli silat makrifat tu. Wan memang tak pandai..bukan hafal semua doa dan bacaan, wan lebih pada baca Quran , zikir. siapla wan kena tarik kaki kalau lama tak buat. hehehhe
Salam ikhlas
Wan (wanberbunga@gmail.com)
hamba Allah yang hina.
Assalaamualaiku Che Wan,
Boleh kak minta email wan, boleh kita borakdalam email tu. kak nak sangat bertemu wan.
Asslaamualikum semua yang berkenaan. Terima kasih diatas penghentaman kalian semua (pada yang menghentam saya kerana sokongan saya kepada tok PS duu tu), saya dah tak larat nak terima semua penafian kalian dik nak tutup pekong didada (prejudice kaum lelaki masih kuat diantara kalian tu). Benang yang say tegakkan tak basah,, tapi kau orang je yang nak kelirukan dan nak tutup kesalahan fahaman sendiri atau member sendiri, tak sedar, yang sebaikbaik hamba allah ialah yang mengaku kesilapan nya dan meminta maaf.
jadi hamba tak mau lagi beersekongkol dalam mencari dan memperbesarkan benda yang tak bermakna tu (i dont want to fight over the price of a fish!).
Kalian semua orang pandai2, orang pentaqwa tinggi orang hebat2. hamba ni orang lemah, yang mana pendapatnya walaupun betul – tapi disebabkan hamba pompuan, jadi tak boleh diterima, maka I would like to say goodbye to you all. saya masuk ke block ni hanya untuk tujuan asal saya – untuk tok ps dan yang menyokong tok ps punya niat murni tu je. dan yang neutral nak cari salur galur. jadi saya keep it that way. kepada seseorang yang nampak betul apa yang cakap tentang “mahar tu” saya ucapkan berbanyak terimakasih. Saudara memang berhati mulia dan berani serta tegas.
Terima kasih.
Assalamualaikum wbt….
Mengikut guru saya yang juga berketurunan Wan ( beliau dari Acheh) , saya juga berketurunan Wan tetapi dari Pattani. Khabar nya keturunan saya ada kaitan dengan Kesultanan Melaka, Kerajaan Kelantan dahulukala dan Pattani.
Khabarnya juga Hang Tuah ada 3 beradik. Beliau menjadi Raja di Acheh dan Ayuthia, seorang Sultan di Melaka , dan seorang lagi Sultan di Kelantan. Perkhabaran ini lebih dekat dengan khabar yang saya terima dari Guru saya. Walaubagaimana pun jurai salasilah ini telah putus lama dahulu sehingga agak sukar untuk saya menjejaki kembali asal keturunan ini.
Hanya perkhabaran ghaib yg tidak dapat di buktikan secara nyata namun yang menjadi bukti adalah warisan ilmu dari mereka. Hanya mereka yg mempunyai jurai keturunan yg sama sahaja akan dapat merasakan pertalian ini dan semuga suatu hari nanti kita akan dapat bertemu untuk berbincang mengenai hal ini.
Waalaikumsalam warahmatullahiwabarokatuh
Memang wan setuju dengan Pendekar sufi. kita tiada bukti ..dan wan pernah difitnah hingga dikatakan wan berkawan dengan syaitan dan disumpah bahawa wan akan tersiksa dan tidak bahagia. Wan terkedu dan sedih. tp apa boleh buat. Lama2 wan buat tak tahu sahaja Lagipun Rasulullah bersabda “Kegembiraan seorang mukmin itu diwajahnya,dan kepedihanyya hanya dihatinya”. Allah yang boleh merawat kepedihan …
wan pastikan semuanya , 40 hari wat solat malam dan zikir minta Allah jelaskan pada wan. Alhamdulillah, semuanya ok. biasalah …jatuh bangun manusia ni akibat dari perbuatan Allah pada hambanya ..untuk mengajar kita membuang “makhluk” dari hati kita.untuk membersihkan kita .untuk mentauhidkan Allah .. bukan kerja mudah..bila setiap hari dimomokkan dengan isi dunia yang tidak kekal ini. Bak kata Moyang wan yang dikasihi….buang semua dari hati..hanya ..Allah sahaja yang perlu kita inginkan dalam diri.. bukan dunia,bukan akhirat..tp hanya Allah sahaja! erm keja payah tp nak cuba jugak! insyaAllah.
Kata Moyang wan lagi, kita selalu ucapkan Lailahaillallah…tapi kita bersandar pada makluk juga.. kata moyang wan, itu salah..sebab makluk tak dapat beri manfaat dan tidak dapat memberi kita mudharat….Kata moyang wan lagi, terima sahaja tanpa sungutan..kerana Allah yang beri baik buruk..Kata moyang wan lagi ..bila sampai masa.selepas kita zuhud dunia,zuhud akhirat, kita tak akan merasa sakit lagi…kita akan merasa manis apapun didalam “dendangan” Allah.
Eh wan dah lari topik la rasanya ! hehhe . takpelah.. wan kongsikan sikit apa moyang wan cakap…
Wan juga berharap kita semua keturunan yangs ama akan bertemu. Wan dah dapat green light dari suami wan kalau wan minat nak pi belajar silat makrifat tu. Suami wan pun nak join ..memang dia minat. tgklah apa gerakan Allah kelak dalam hal2 misteri ketentuan/takdir ….insyaAllah
Salam ikhlas
Wan
hamba allah yang hina
Assalaamualaikum,
1. Kepada adik Pakcikli, saya tak perlu bertikam lidah dengan pakcikli yang nak ajak jelas memperovoki saya dalam komentar ni. cuma saya nak tanya je bila saya minta dipujuk. saya hanya memberitahu tafsiran yang terdapat dengan ungkapan akcikli tu, sama ada cucu orang tua-tua ni tak pandai bercakap pada anggapan kalian terpulanglah, tapi saya boleh juga sikit2 membaca apa yang tersirat diantara tulisan. Hairan ye, kita disini nak kumpulkan “kemasyarakatan yang daang untuk satu tujuan “menyatupadukan umat tammim melalui kaedah Islam dan Jurus yang kita nak pelajari atau melalaui pengenalan kita. Demi untuk kepentingan kita kita juga. Tiada siapa yang nak cari apa2 kepentingan disini. semat2 hanya nak sharing pendapat atau pun berkenalan atau kadangkala bersantaian. Jadi, seharusnya itu yang kita pupukkan.
Why dont we look at the bright side and build on it. Kenapa nak diperekakan something yang tak dimaksudkan menjadi sesuatu yang bermaksud lain?? Sender hantar mesej, memang dah clear, kalau receiver tak rasa jelas, boleh mintak penjelasan, kemudian sender boleh jelaskan lagi, dan minta feedback nak tengok apa yang difahami oleh receiver tu betul ke tidak seperti tujuan asal mesej tu.
disini saya copy danpastekan comenter saya haritu dimana pakcikli kata saya minta dipujuk?? Lihat sekali lagi, dimana terdapat ungkapan yang menunjukkan saya minta dipujuk didalam hal ni. dalam hal ni saja. tapi dalam hal lain ada biasa saya nak dipujuk, kaum lelaki memang tak patut mintak dipujuk, tapi kami kaum wanita, yang dimanjakan – menjadi hak kami untuk dipujuk. lainlah jika cara pembesaran tu berbentuk ketenteraan!!! Orang yang dibesarkan dengan cara tu memang tak tau merajuk pun, hatinya keras, jadi manalah nak mintak dipujuk?? Saya dibesarkan oleh tok yang mengutamakan kasih sayang dan kelembutan.
“”Tapi tak pa, saya kena disconfirmkan apa yang ditujukan kepada saya itu, dan saya berdoa dengan niat agar tok PS sendiri yang menjawab dengan menyentuh soal kewangan hadiah atau sumbangan untuk tujuan akademi itu, agar terlerai semuanya prasangka tentang cadangan saya. Dan Alhamdulillah, Allah maha kaya. Tok PS dah pun bentangkan dengan panjang lebar”””
Perhatikan lah mana ada ruang yang mintak dipujuk??? Saya malahan tulis lagi yang saya kena DISCONFIRMKAN. DISCONFIRMATION akan kata2 orang terhadap kita adalah penting. kalau tak didisconfirm kan ia akan melekat diotak kepala. bila dah di disconfirm kan ia akan terbuang dengansendirinya. apabila saya kata saya disconfirm kan ia sendiri saya, mana ada perlu sapa2 pujuk lagi?? pakcikli ada pujuk saya?? Dn kemudian apa saya buat?? Saya ignore terus, say biar Tok PS jawab – tanpa saya kata apa2 – tiba2 tok PS jawab begitu!!! Ha, nak kata saya minta tok ps jawabkan?? saya pun tak sebut pun dalam mesej tu mintak tok ps selesaikan?? tidak! jadi mana ada pujuk memujuk?? didalam hal ni. Tuhan atau allah saja yang menjawab permintaan saya agar hantar tok ps jawab macam tu – tanyalah tok ps sendiri, adakah saya sebut apa2 kat dia SEBELUM DIA JAWAB DENGAN PANJANG LEBAR TU, TIDAKKAN??? DIA PUN TAK TAHU YANG SAYA MENGHARAPKAN DIA MENJAWAB NYA!!!! TANYALAH ALLAH, KENAPA ALLAH GERAKKAN TOK PS JWB APA YANG DIA TULIS TU!!! ITU LAH KEBESARAN NYA.
la ni mai kita tukar haluan; on the spot.
dari berkelahi dan tuduh menuduh jawab menjawab yang menghabiskan tenaga – brain energy is used tremendously for these matters, why not we discuss macam mana nak bantu anak2 muda kita, termasuk anak2 saya juga, agar mereka semuanya ter bendung kedalam atau kearah perjalanan yang lurus lagi lurus. agar mereka menjadi tonggak yang bakal menerajui negara kita dan agama kita?? atau pun pakcikli dan semua yang ada disini nak terus kekal dan menjadi the next pemegang teraju memimpin kaum tammim kita ni??
Kalau anak orang cha dan ai seta lain2 tu, mereka mengajar anak2 mereka menjadi pemimpin dan pejuang serta cendikiawan dan traders untuk memegang teraju negara kita yang tercinta ini, kenapa kita harus duduk ditampuk lama juga, – berkelahi sesama sendiri dan mencari kesalahan yang tak terlihat diadakan dan diperbesarkan, jadinya jahanam kita juga, bukan nya cha atau ai atau lain2. setengah jam saya menjawab kat sini dah memesongkan saya dari tugas sebenar saya terhadap kehidupan – tapi saya kena jwaba juga demi memberitahu yang saya rasa bertanggung jawab mempertulkan semua kesalah tanggapan dihati2 yang terlibat, dan mengiratkan semula tali persaudaraan. kita seharusnya bersatu, bersatu hati, belajar dari sesama kita, bukan semua orang tahu semua perkara, setiap orang walau setakcerdikmana pun ia ada yang cerdiknya yang boleh kita pakai. seperti tukang sapu, tak kan nak tanya kat dia perkara office management atau nak ajar matematik atau nak tulis artikal disurat khabar atau macam mana nak operate orang. Tapi, jika nak tau penyapu mana yang paling baik untuk menjalankan tugasan sapuan agar habuk tak berterbangan – dia lah yang paling pandai memberitahu kita.
Cuiettokpasai ni tak pandai cakap, cakap ikut hentam je, tapi hentam2 pun ada keterfaktaannya yang boleh digunakan untuk kebaikan umum.
didalam ilmu agama tidak ada discriminasi. dan didalam ilmu ketuhanan tidak ada lelaki perempuan, bapa atau ibu atau anak. betul tak tok sheikh dan tok PS??
Saya ni kan masih terkial2, kalau tak kuat kena hentam dengan dua orang tu, mau saja saya tinggal blog ni. tapi saya juga berhak akan berkomunikasi dengan aman membetulkan salah kefahaman. lepas ni sapa lagi nak hentam, hentam lah. saya pun tak da masa naklayan penghentaman mika2 tu lagi. ambil lah negeri selangor ni ke, negeri perak ke atau malaysia ni kat mika2. Saya hanya nak jalan yang lurus je, siapa yang boleh discuss dengan aman akan jursu islam dan pengubatanislam akan saya turuti. Pkcikli ni seharusnya kita jadi kawan akrab, dan sama2 kita dapat membantu tok ps dan budak2 muda. mungkin anak2 pakcikli dah habis terbela tergendung kejalan yang lurus dan molek2 jadi tak perlulah tok ps lagi, tapi saya ni masih nak bawa anak2 saya berjinak2 dengan tok ps – harapan saya hari tu dengan pakli sekali, tapi nampaknya tak perlu lah lagi. untuk pengetahuan kalian, sepatutnya kalian akur pada keutuhan dan kegigihan saya, yang ibu tunggal ni – yang segala2nya terletak diatas bahu saya 100% mengandung, melahirkan, dan membesarkan!!! Cakap mai mana ada lelaki yang boleh buat apa yang saya telah lakukan ini selama 27 tahun ini!!! Lima anak2 saya bukan seorang!!! Sepatutnya pakcikli dan lain2 menyokong saya atau kakak ni, ramai2 memberi semangat dan merangsangkan kemaraan, bukannya bersifat menjatuhkan. Tok Tuah sanggup menderita dituduh dan difitnah, tak membela diri sedikit pun, tapi itu dizaman dulu, dizaman kini berbeda, masuk kandang kambing mengembik kandang lembu mengeruh. Kak masuk kandang pakcikli, kak ikut rentak pakcikli la.
Sayugianya kita bermaafan dan bersalaman dengan hati penuh kasih sayang dan kemesraan.
Allah itu amat suka pada orang yang bermaafan dan berkasih sayang. Whatever it is I forgive everyone on the spot. May allah bersihkan hati2 kita semua dan satukan hati2 kita semua menjadi satu. Fikirlah Panji2 tu nanti sapa lah nak pegang dan sapa lah pula yang nak jadi pengikut jika kita asyik bergaduh?? Maksudnya anak2 kita yang tak terkepung masuk kealam ni…….zaman tu bila ye???
Sekian,
tak kenal maka tersalah sangka selalu
bila dah kenal kut hati menjadi pilu,
Waalaikumusalam
Kak Mona, pertamanya saya memohon ampun dan maaf jika komentar saya telah menyinggung perasaan. Tapi begitulah corak komentar saya di Karimon’s Blog yang sering tidak disenangi oleh para pemberi komentar yang lain. Bagaimana pun saya sering menerima teguran terhadap komentar yang saya tulis secara terbuka dan tidak pula ada rasa dendam atau benci kepada sesiapa pun yang melayari Karimon’s Blog.
Saya tidak pernah terniat untuk memusuhi atau memperkecilkan Tuan Pendekar Supi untuk mengembangkan ilmu pengetahuan, tapi saya memberi komen terhadap usaha tersebut berdasarkan pengelibatan beberapa kali mendirikan rumah solok yang mengalami dugaan luar dan dalam, zahir dan batin untuk menjayakan usaha tersebut. Berdasarkan pengalaman saya jika niat kita jujur menyampaikan ilmu Allah swt kita akan mendapat bantuan yang tidak disangka dariNya tanpa perlu mengharapkan sangat bantuan dari manusia. Berbagai cubaan pula yang kita alami dalam usaha kita membimbing manusia kejalan Allah, seperti ditangkap dalam operasi Lalang ( ISA ), Jabatan Ugama dan sebagainya. Jika boleh biarlah usaha Tuan Pendekar Sufi tidak mengalami apa yang pernah kami tempuhi.
Jika boleh saya pun tidak lagi mau memberi komentar di Karimon’s Blog kerana komentar saya mungkin tidak menepati cita rasa kebanyakan pemberi komentar yang lain, tapi adalah tidak sesuai jika saya berhenti memberi komentar ketika para pemberi komentar tegar Karimon’s Blog sedang bercuti dihujung tahun. Saya berjanji akan berhenti aktif memberi komentar di Karimon’s Blog bila pemberi komentar tegar yang lain aktif semula.
Kepada Kak Mona sekali lagi saya menyusun sepuloh jari mohon ampun dan maaf, jika maseh merajuk, rela ku pujuk.
Wasalam.
salam warahmatullah
tak perlulah bermadah jika hendak menegakkan benang yang basah,
hendak mencari benar dan menang
jangan mencari itu semua,,hanya memanjangkan dan membuatkan kita semua lari tajuk.
Jika tersimpul sedikit perasaan marah hanya syaitan yang akan megambil peluang
Jika terkecil hati berhadapanlah dengan Allah S.W.T mohon kepadanya,
masing2 mempunyai pendapat tersendiri,tak perlu bertelingkah kerana berselisih pendapat
biarlah apa orang kata,kita bersabar walau perit terasa,,manisnya lebih nanti!
kita hanyalah manusia biasa sahaja
tiada yang lari dari kesilapan
hai semua nak merajuk,,sunyi lah nanti
Betul cakap hang tu kalau semuanya nak merajuk kenalah cari susu dan botol susu nak pujuk,merajuk ni sikap kebudakan.
Assalamualaikum semua.
ok. dah beberapa hari wan tak masuk blog ni sebab wan sesangat bz. maklumlah, bulan muharam..lebih bz dari biasa la kan.
Pada Kak Cuiettokpasai, terima kasih..boleh nak email wan. ni email wan yer (wanberbunga@gmail.com)
Komentar di dalam blog ni dah terasa len macam. macam ada yang bermasam muka, berselisih pendapat. Buang lah yang keruh amik yang jernih. Kita semua makhluk Allah , jangan bermusuhan sekadar berselisih pendapat mengenai mahar untuk silat yang Tuan Pendekar Sufi jalankan.
Wan minta maaf, wan masih baru, tapi wan tak suka nampak ada pertelagahan. Kita makhluk Allah yang dicipta dari unsur yang sama. Musuh sebenar kita adalah Syaitan, Iblis dan Dajjal. Itu yang kita kena ingat. Melainkan manusia itu , yang kita punya sebab yang sangat kukuh seperti ia mendatangkan mudarat pada kita. Ya, kita kena jauhkan diri.
Pasal Mahar, ia bergantung kepada budi bicara Tuan Pendekar Sufi sama ada nak meletakkan mahar atau tidak. Tapi jika mengikut kaedah sufi dan zuhud, kita jangan mengharapkan upah atau apapun. yang molek kita sebagai bakal anak murid(insyaAllah) , dermalah agar pembangunan mengenai ilmu yang akan diajar itu akan lebih baik dari segi infrastrukturnya dan sebagainya yang rasanya diperlukan. Jangan kita lupa, rezeki kita telah termaktub di dalam lauh ..bahawa rezeki kita akan datang pada kita walaupun kita tidak bersusah payah untuk mencarinya..kerana Allah telah menetapkannya..dan kadangkala rezeki itu tanpa kita sangka-sangka akan tiba dalam pelbagai cara.
Menegenai hal masalah gender- rasa nak ketawa….bukan apa, setiap dari kita ini tak kira lelaki atau perempuan, yang penting adalah kalimah kita iaitu Lailahaillallah. yang lain tolak tepi. kalau ada yang bersikap prejudis tu.buang lah dalam sungai klang sebab tu semua tak berkepentingan. Cuma kita kaum wanita perlu sedar bahawa , Kaum lelaki lah yang sebenarnya menjadi pemimpin. bukan wanita kerana wanita mempunyai banyak emosi ..yang kita semua sendiri maklum.tapi itu tidak bermakna bahawa wanita lemah. Wanita punya banyak kelebihan..sangat banyak .jadi dalam apapun situasi hormat menghormati adalah perkara paling Allah suka. Sangat suka pada orang yang berkasih sayang dan saling hormat menghormati.
Kata Moyang Wan, jauhkan segala dari hati mengenai makhluk,sebab makhluk tidak dapat beri mafaat kat kita atau keburukan. Semua datang dari Allah saja.
–
Kata Moyang Wan mari kita tingkat kan darjat kita dari seorang Islam kepa Iman,dari iman kepada yakin, dari yakin kepada ma’rifat, dari ma’rifat kepada ilmu, dari ilmu kepada mahabbah, dari mahabah kepada mahbubah(yang dikasihi) dan dari yang mencari kepada yang dicari…dan pada ketika itu bila kita lupa akan diingatkan, bila terlena akan disedarkan,bila berpaling, akan diajak mengahadapNya sekali lagi, dan jika diam, disuruh berbicara waima jika tertidur, akan disedarkan hingga sedar dan bersih.
Akhir kata dari wan, berbaiklah semuanya dan berbaliklah pada tujuan asal blog ini diwujudkab dan ingat bahawa kita orang islam dan bersaudara. bersatu teguh , bercerai roboh.
Wan
Hamba Allah yang hina.
Waalaikumusalam
Puan Wanberbunga, izinkan saya mengulas sedikit komentar puan walau pun terasa berat juga hati saya berbuat sedemikian takut bertambah pula lagi hati yang terluka. Berdasar pengalaman saya sebagai Dukun Asmara kita akan terhijab kepada makrifat jika tidak dapat menghayati sepenuhnya soal cinta kaseh sayang dan kesejahteraan.
Walau pun saya sebagai Dukun Asmara, tapi amat sukar buat saya untuk menyatakan kaseh sayang cinta dan kesejahteraan di Karimon’s Blog ini walau pun itulah perkara yang dituntut dalam kehidupan untuk mengenal dirinya.
Jika puan perhatikan komentar di Karimon’s Blog, bila saya berpantun untuk menyatakan kaseh dan sayang ada para sahabat saya yang terluka ( tak suka ). Bila ayat saya terlalu tegas mungkin ada yang merasaka saya tidak mempunyai perasaann kaseh dan sayang seprti suka bergaduh dan sebagainya.
Sesungguhnya ramai pelayar Karimon’s Blog yang tidak mengerti kehadiran saya berkomentar disini adalah kerana cinta kaseh dan sayang untuk kesejahteraan kita bersama. Sesiapa yang mengenali hati budi saya ketika berkomentar di Karimon’s Blog sudah pasti mereka menyatakan saya bukanlah spesis yang mudah merajuk, kecuali dirumah kerana minta dipujuk.
Saya tidak minta komentar saya dipuji dan disanjungi, tapi apalah guna saya terus memberi komentar diweblog ini jika terlalu banyak hati yang terluka sehingga boleh meretakan kaseh sayang, mencalar cinta dan mengelamkan kesejahteraan. sesungguhnya terlalu sukar buat saya yang kerdil ini untuk menjadi seorang pemberi komentar yang dikasehi dan disayangi di Karimon’s Blog.
Wasalam.
Assalamualaikum.
Hari ni baru wan tau ada Dukun Asmara! Maaf ya pakciklio. memang wan tak tau gelaran pakciklio sebenarnya. Wan sokong apa yang Pakciklio cakap tu. memang bukan mudah nak berkasih sayang ..tambahan pulak dekat blog ni..tak kira lah blog mana pun.. Usahlah Pakciklio terasa apa2 kecil hati atas apa2 jua yang tercatat dalam semua komentar di sini termasuklah komentar dari wan atau yang sedang merajuk hati tu…
Bagi Wan kita semua bersaudara. lidah tergigit kan…
Satu aje.. setiap gerakan..tak kira kiri kanan, depan belakang, kasih sayang , benci dan marah semua Allah yang kasi. Kita redha aje ya pakciklio. begitu juga ngan cuietokpasai yang merajuk hati. kita buang kan sengketa. jadikan blog ni sebagai merapatkan silaturrahim kita semua.
Ada satu pesanan moyang wan, seorang guru (wali)/sufi yag mengajar anak murid, walau denganbahasa yang sedikit kasar, kena tahan..sebab kdang2 kita perlukan bahasa yang sedikit kasar itu untuk menterjemah apa yang dikatakan.
Moyang wan garang..jadi kena kata tu, biasalah kalau tak faham. kita amik positif aje. bukan wan sendiri tak pernah nangis kena marah. wan lagi kuat nangis…tapi tau wan yang salah..wan terima aje.
Apapun wat semua terutama pakciklio ngan cuietokpasai, redha dan anggap semua tu asam garam aje. biasalah kalau nak masak lemak cili api, kena ada serainya, kena ada cilinya yer tak. kekadang terkurang manis ke terkurang garam tu, biasalah.
senyum2 selalu yer. Lupakan dan akan terasa manisnya hidup itu.
Wan
hamba Allah yang hina
Assalamualaikum wbt….
Bila berbicara fasal mahar ni, sepertimana saya sebutkan sebelum ni, adalah bertujuan supaya dapat dikumpulkan modal bagi memulakan tapak bagi Akademi ini iaitu sebuah Rumah/Rumah Kedai yg di dalam nya dapat di sediakan Klinik Rawatan , Gelanggang dan juga Asrama bagi Pelatih yg datang dari jauh ataupun pesakit .
Teringat saya rakan seperguruan yg mulanya beroperasi di rumah sendiri di Bukit Antarabangsa. Memang tiada privasi langsung bila beroperasi di rumah, hanya rakan saya ni anak-anaknya sudah besar2 dan belajar di IPT, sudah tiada masalah baginya sekiranya pesakitnya datang hingga lewat malam.
Namun yang menjadi masalah lain pula adalah kesesakan kawasan perumahan elit itu yg menimbulkan kegelisahan penduduk setempat dan mendapat aduan dan komplen. Beliau yg telah mendapat sumbangan dari rakan-rakan dan ahli korporat telah membina rumah dan kliniknya di Gombak. Nilainya dan sumbangan itu lebih dari 1 juta. Baginya mudah mendapat sumbangan kerana beliau sendiri dari golongan korporat dan para rakan2 nya adalah orang2 korporat juga hingga beliau mampu juga membuat rancangan TV.
Bukan mudah bila menubuhkan sesuatu Pertubuhan untuk mendapat sumber kewangan dan seterusnya untuk berkembang . Saya pernah di nasihatkan oleh GURU Silat Batin Sunan Kalijaga ini bahawa jangan sesekali menubuhkan PERTUBUHAN. Bila perguruan ini di “commercial” kan , ia akan lari dari matlamat asal lalu menghalalkan segala cara untuk mencari pengaruh , nama dan keuntungan. Biasa cara yg di gunakan adalah membuat Demonstrasi tunjuk kehebatan ilmu dan membuat pendedahan / iklan di mana-mana.
Saya ada ramai GURU dan GURU utama yg mengajar saya ilmu-ilmu kebatinan ini sebenarnya untuk/ supaya saya dapat mencari rezeki dan menjadi kaya kerana menurutnya saya adalah dari Keturunan Raja-Raja dan sewajarnya saya hidup dalam kesenangan. Namun saya tidak mampu berpegang kepada pesanan ini kerana tidak tergamak untuk meletakkan harga tinggi apatah lagi kalau yg datang tu mereka yg kurang berkemampuan. Walaubagaimana pun saya berpegang juga kepada satu pesanan beliau , “jangan meletakkan ilmu ini di tahap rendah”. Bila letak harga berbagai-bagai macan komen dan komplen, tidak zuhud lah, mencari kekayaan lah dan tidak ikhlas.
Bila tidak letak harga, maka ramai pula yg mengambil kesempatan. Saya ni ibarat macam kuli, kejenya melepaskan orang dari tersepit malah diri ini yg selalu tersepit tiada siapa yg tahu. Bila menjelang malam, terpaksa pula bertarung dengan bomoh-bomoh upahan. Yang selalu menjadi mangsa adalah isteri saya , selalu sakit gara-gara serangan bomoh durjana. Pesakit pula dah sihat terus menghilang, kita pula menanggung sengsara.
Yang tu tak pernah kami di bela. Pesakit hanya tau mau sembuh, datang sekali mengharapkan kemukjizatan agar terus sembuh. Tetapi kalau berjumpa Doktor berpuluh kali malah sehingga akhir hayat tiada siapa komplen pun dan cajnya mencecah ratus ribu……..tiada siapa bising pun walau sampai menemui ajal atas sebab-musabab kesengsaraan melalui proses teknologi moden.
Kenapa dengan ALLAH nak berkira tetapi dengan manusia munafik dan kafir kamu redha? Allah SWT sudah menurunkan manualnya melalui AL Quran dan Hadis , Ijma`Ulama` dan Kias , bagaimana mahu mencaturi hidup ini, segala panduan sudah lengkap namun kamu lebih rela dan redha dgn panduan hidup dari Yahudi dan Nasara. Dan bila kesengsaraan mendatangi kamu mula mencari jalan kembali ke jalan Tuhan tetapi tak mahu berkorban dan membayar kesalahan lalu.
Bayar lah kesalahan lalu kamu dengan Solat Taubat dan Istighfar dan kalau kamu mahu bantuan manusia pilihan Nya, susah ke nak memberi ? Manusia ni selagi dikandung jasad banyak keperluan hidup yg perlu di tanggungnya. Masih dibelenggu kos-kos yang perlu di bayar untuk meneruskan kesinambungan hidup namun , manusia ni lebih suka sesuatu yg free kalau dari ALlah SWT. Kalau kena bayar atau letak harga maka, jatuh lah imej orang tu………….tak ikhlas la katanya. Walhal kerana beribadah IKHLAS semata-mata kerana ALLAH lah maka DIA memberikan Ilmunya melalui wali-waliNya.
Mereka yg beribadah tidak ikhlas malah ada matlamat mahu mendapat habuan keduniaan dgn kehebatan ILMU dan sebagainya pun kena membayar harga………..berzikir beratus-ratus ribu, beramal , bersunyi diri dan akhirnya mendapat kehebatan kedunian seperti KEBAL, JURUS BERAPI dan macam2 lagi.namun akhirnya dia kena membayar juga harga ini bila hampir menemui ajal. Bila amalan berkhadam, tunggu lah sampai ketika nazak nanti.
Bila Pakcikli sebut pasal Operasi Lalang dan ISa, saya akui memang kumpulan seperti ini sentiasa di dalam perhatian Pihak Berkuasa. Malah saya selalu di datangi orang-orang dari Pihak Berkuasa untuk belajar, mungkin ada di antaranya “spy” kerajaan tetapi tiada apa yg perlu saya takutkan kerana tiada apa-apa amalan yg bercanggah dan tiada bermatlamatkan duniawi……………hanya ALLAH tujuan hidupku dan hanya keredhaan-Nya yang ku cari.
Saya tiada masalah dengan mana-mana kumpulan tetapi saya amat anti dengan sesetengah individu yg menyeleweng dan menyesatkan orang ramai dgn ILMU yg sedikit tetapi GAH dgn kelulusan berjela. Cuba lah kaji para Nabi dan para Wali ALlah tu cmana orangnya…………adakah mereka orang ternama di zaman mereka? Orang Bangsawan atau “gila dunia”. Selagi tidak mendapat bimbingan Ilahi, jangan lah banyak berbicara………….kelak banyak kesesatan yg terkeluar dari mulut akibat terlalu suka bercakap.
Kalau suka , datang lah. Kalau tak suka sudah lah. Bukannya ada masalah apa-apa pun kan? Banyak lagi tempat-tempat lain kalau nak belajar, kalau nak free kan? Tak payah la kita nak gaduh-gaduh dan bersengketa, rancangan saya nak menyatukan ummah bukan nak memecahbelahkan. CUMA PESANAN SAYA, KALAU BENAR-BENAR NAKKAN ILMU INI , JGN TERLALU BYK MEMINTA . ADAB BERGURU JGN SURUH GURU BUAT ITU BUAT INI. KAMU BERAMAL DAN MOHON SENDIRI……CARI KEREDHAAN – NYA. JGN MEMINTA DAN MENYURUH SAYA BUAT MACAM-MACAM UNTUK KAMU.
Di sinilah kewajarannya meletakkan harga bila memberikan perkhidmatan. Nakkan khidmat, bayar lah. Doktor belajar 6 thn habis berpuluh-puluh ribu…bila dah ada lesen dan buka klinik sendiri….tentu lah mahu raih kembali tenaga dan kos yg di sumbangkan untuk mendapat ilmu itu tadi.
Banyak tenaga, masa dan kos yg di gunakan di dalam meraih dan mendapatkan ilmu ini. Kesengsaraan yg di lalui, beramal ikhlas tanpa menghiraukan kehidupan dunia…..dan ujian-ujian hidup yg menentukan lulusnya……………amalan dan ilmu ALLAH ini.
Terimakasih semua di atas sumbangan tulisan, baik yg menyokong maupun yg membangkang………..semuanya dari TUHAN.
Wassalam
Waalaikumsalam.
Yang dihormati Tuan pendekar Sufi
Wan komen sikit yer.
PAsal mahar, macam wan tulis kat komentar awal tadi, terpulang pada Tuan Pendekar jualah hendaknya. benar, kita memerlukan dana untuk menguruskan hal 2 yang begini umpamanya.
Ya, wan setuju sangat..lagipun ilmu yang kita nak ajarkan pada orang lain tu kan manfaat, bukan mudah juga kita nak belajar dan menjadi guru akhirnya. betapa mulianya tugas seorang guru yang memberi manfaat kepada orang lain dengan ilmunya.
Kalau dikenakan mahar pun apa salahnya. memang betul ramai dari kita bayar perkhidmatan Astro beratus sebulan tak pulak nak merungut , tapi bab nak belajar ni banyak pulak songehnya yer. Biasalah tu kan Tuan Pendekar Sufi.
Macam wan kata kat komentar sebelum ni kan, kalau menderma tu bagus juga. Kata Moyang wan, kita menderma ke bayar ke, bukan untuk guru kita sebenarnya, tapi untuk kebaikan diri anak murid itu jualah. bayangkan kita menyumbang sama ada melalui derma atau bayaran mahar untuk menuntut ilmu, berapa banyak manfaat kita dapat ? Bak kata suami wan semalam, jangan kedekut nak carik ilmu, dapat pahala. pun Allah akan bagi kita banyak manfaat dari usaha kita tu. bukan kita nak pi disko ..dosa dapat sebab bergaul lelaki perempuan dan lebih cepat terjerumus maksiat.
ya betul juga taraf wali akan sampai tika maqam yang tertinggi tak perlukan mahar atau bayaran, sebab dia dah tinggalkan dunia dari hati. so dia tak kisah sebab Allah dah tetap rezeki bahagiannya.Tapi kat sini wan tak bermaksud nak kata Tuan Pendekar sufi tak zuhud. tak ada niat begitu.Zuhud atau tidak kita, bukan orang lain yang boleh kata..tu antara kita dengan Allah aje yang tahu.
Kita yang nak pi belajar ni, kena serahkan “dunia” kita (duit salah satunya” nak dapat ilmu. .kan wan dah cakap tadi, tak beri manfaat pada guru, tapi manfaat pada anak murid itu lah sebenarnya di atas usahanya memberikan “dunia” yang tak kekal tu.
Wan harap akan tiba masa semuanya akan menjadi baik. salah silap bahasa wan ni , harap di maafkan. Wan juga berharap akademik silat tu akan diwujudkan dengan jayanya dan bakal anak murid tidak banyak sangat songeh nak bayar mahar/derma.
Wan nak belajar tapi rasanya ni kat ampang kan , Pendekar sufi? jauhnya wan ni! Wan dok N9.
Akhir kata dari wan
“Dan hanya kepadaMu kuserah jiwa ragaku, walau berjuta seteru…tak ku ragu”
Wan
hamba Allah yang hina
salam warahmatullah pendekar Sufi,
mengnai pembayaran amatlah wajib untuk menapis golongan yang tidak sanggup berkorban harta ke jalan Allah S.W.T,,jika percuma saya pasti ada yang belajar untuk bersuka-suka sambil lewa,tidak serius.Manakala yang bayar akan menghargainya sehingga mati!
Mahar adalah nilai tukar milik yang sama rata di atas penat lelah,pegantian masa,ilmu,tunjuk ajar ku sifu,bimbingan yg berterusan,dan pelbagai onkos lagi!!!!
apakah kamu di luar sana dayus?Ini adalah duniawi yang tidak mampu terpisah dengan wang yang amat diperlukan untuk menggapai suatu tujuan.
Anda tidur juga memerlukan wang untuk membeli atap peneduh,jangan lah menjadi munafik mengatakan dunia ini tidak perlu wang juga boleh hidup.Ibarat anda menolak dari lumrah Alam,menolak takdir Allah S.W.T
Duniawi bukanlah syurga yang hanya terdetik di hati lalu mendapat segala yang dihajatkan.
Anda menyumbang ke jalan Allah S.W.T untuk mengembangkan ilmu,maka besarlah pahala anda sesungguhnya menuntut ilmu adalah wajib!
Inilah salah satu cara berjihad,dunia sudah akhir zaman yang satu ketika anda akan angkat senjata demi persediaan THE LAST ARMAGEDDON,,jangan anda lupa pesan Rasulullah S.A.W pada 1444 tahun dahulu mengenai pemerintahan dajjal,,yang sedang anda diami sekarang ini.
hendak seribu daya,,TAK NAK SERIBU SEJUTA dalih!!
Assalamualaikum.
Sapakah gerangan Kahirul Azwad Azwad di sini? erm?
WANBERBUNGA…..dah dekat dah. Saya kan dah pindah Kajang. Bukan lagi di Ampang. Hmmm….saya tetapkan sabtu mlm ahad selepas Isyak, sesiapa yg nak berkenalan atau belajar datang lah malam itu. Kita berborak sampai pagi pun takpe.
Tapi …..bagitau lah kalau nak datang, jgn main redah je. Nanti kalau tak janji, saya mungkin uruskan hal lain pulak.
Assalamualaikum.
OOOOOOOOOOOOOOoooooooooooooooooo dah pindah kajang ke? ehehhe tak tau la pulak. Baguslah tu. Ni pasal janji-janji nak pi ni, memang nak pi, tp wan ni tak buleh kuar sesuka hati. maklumlah , ada suami yang dikasihi..hehhehehe.. Wan ajak suami wan la nanti, insyaAllah. 🙂
Wan ni ada satu kepayahan sikit kalau nak berjanji. Wat pengetahuan Pendekar Sufi, wan tak akan jejak kuar pintu rumah pun kalau suami wan tak kasi..yerla. demi menjaga keselamatan isterinya ni…dan wan ni ikut mimpi kalau kuar rumah. kalau ada larangan, memang tak kuar. jangan harapla nak tgk muka wan. sampai jiran pun ingat wan balik kampung sampai tak nampak-nampak.
Wan redah aje la pegi sana. dah sampai takdir Allah, jumpa lah kita ni semua, kalau tak…alamatnya tunggu gerakan lain dari Allah la yer tak.
kalau tak jumpa pun takpe. Allah selalu bagi kita ni semua dengan cara misteri.kalau tak jumpa, leh la jenjalan pi kajang kat metro makan mihun sup yang sedap tu! uih terliur la pulak! hehhhe
Salam hormat
Wan
hamba Allah yang hina
salammm…
tuan pendekar…
bab perubatan dah mula kaa…
badan dah kebas kebas sebelah niii…
alhamdulillah jika ada keizinan…..
berhajat khidmad tuan….
Asalamualaikum
Masalah tentang mahar ni bermula dengan komentar saya. Pada mulanya Tuan Pendekar Sufi pun sangsi dengan komentar saya tersebut, tapi isteri Tuan Pendekar Sufi telah dapat menjelaskan kepadanya kenapa perkara ini saya persoalkan. Akhirnya berdasarkan kepada komentar Tuan Pendekar Sufi saya yakin bahawa Tuan Pendekar Sufi faham maksud saya.
Dari segi hukumnya saya tidak boleh menuduh samada ajaran Tuan Pendekar benar atau tidak selagi saya tidak melihat dengan mata kepala saya sendiri atau sekurangnya bertemu muka dengan pendekar sufi, itu pun maseh lagi tidak layak.
Saya difahamkan ilmu yang ingin Tuan ajar ini bukan ilmu cerita, tapi ilmu cara beramal untuk memperolehi ilmu, iaitu ilmu faham bukan ilmu tahu.
Saya perhatikan kebanyakan mereka yang memberi komentar di ruangan ini ( tajuk ini ) adalah telah menuntut ilmu faham bertahun tahun. Tapi kerana perkara ini kita bahaskan menerusi internet
mereka bolehlah dianggapkeliru tentang masalah yang saya persoalkan tentang mahar. Keadaan ini mungkin boleh menjadi pengajaran kepada kita betapa sukarnya untuk mengembangkan ilmu pengetahuan dalam budaya kita.
Kebanyakan mereka yang ingin belajar pada hari ini bukan ingin memahami dan mengamalkan ajaran yang kita beri, tapi lebih banyak yang suka bercerita mengenai apa yang didengarinya dari kita kepada orang lain. Masalahnya segala cerita tersebut boleh menjadi fitnah dan berbagai tangapan yang tidak diingini kerana murid yang bercerita itu masih tidak faham apa yang didengarinya dari guru ( kerana pengetahuan itu maseh tidak diamalkan dan tidak sepatut diceritakan pada orang lain, kerana ilmu makrifat sering mempunyai auratnya tersendiri ).
Sebagai contoh perkara wajib, mustahil dan harus ini adalah berdasarkan kepada hukum, maka hukum apakah yang di guna pakai oleh Pendekar Jawa bahawa mahar itu wajib untuk menuntut ilmu. Apakah beliau faham perkataan wajib dan adakah Nas dan Hadisnya mengenai perkara tersebut ?.
Saya faham semua mereka sahabat dan murid murid ingin menyokong usaha yang ingin dilakukan, tapi kelalaian kita sering menyebabkan sokongan mereka membawa rebah.
Saya tidak menolak bayaran yang perlu dikenakan kepada murid, malahan isteri saya Wannura pun mengenakan bayaran RM 500 kepada setiap murid (bayaran ini maseh terlalu murah kerana sepatutnya melebihi RM 2000). Saya pun menuntut sebanyak RM 1000 sejam jika diminta memberi syarahan oleh Wannura di seminar kursusnya. Masalah yuran bukanlah menjadi masalah kerana berbagai skim kerajaan yang biasanya memberi sehingga RM 5000 setiap seorang yang layak menyertai kursus. Malahan ada yang memberi perpuloh berlipat ganda daripada itu. Dan bukanlah terlalu banyak jika saya dibayar RM 1000 sejam oleh Wannura untuk bersyarah, kerana yuran yang diterimanya adalah ribuan ringgit ( 50 @ 100 x RM 500 ) itu belum termasuk bantuan dari kerajaan dan tajaan koperat.
Kesimpulannya yang penting Tuan Pendekar Sufi faham mengenai maksud saya tentang mahar tersebut, jika yang lain tak faham tak apa, saya mohon maaf. Saya memohon ampun dan maaf jika komentar saya tersebut telah menyusahkan pihak tuan Pendekar Sufi dan juga kepada mereka yang tidak berpuas hati terhadap komentar saya diruangan ini.
Wasalam.
Assalamualaikum Pakcik Li yang dihormati
Wan sangat setuju dengan komentar Pakcik akan hal2 yang Pakcik Li katakan. Sangat setuju dan tiada bangkangan!
Bravo Pakcik Li
Salam hormat
Wan
Hamba Allah yang hina.
salam warahmatullah,
kepada pakcikli diharap mengerti pemahaman mahar pada istilah saya
merangkumi segala onkos yang guru gunakan ke jalan mengeluarkan ilmu.
Ilmu adalah percuma,tetapi perjalanan untuk meraih ilmu bukanlah percuma.
Saya menuntut ilmu kebatinan Indonesia juga mengeluarkan mahar,mahar tersebut akan digunakan untuk disedekah,kenduri,tempat tinggal,untuk makanan,segala yang pada hemat saya amat diperlukan guru untuk memperluaskan ILMU.,yang lebih saya anggap sedekah jariah sahaja untuk memperkembangkan ilmu ini.Tiada salahnya mengeluarkan sedikit wang untuk menyebarkan luaskan ilmu Allah S.W.T.dari sinilah pembelajaran ilmu dapat dituntut dengan ikhlas tanpa mengira pengorbanan harta.Menghulur adalah lebih baik dari menerima.Jika kita duduk di gua sahaja berzikir berjuta-juta kali,namun tidak menghiraukan saudara seIslam diluar tiadalah gunanya amalan tersebut.
Sabda Nabi S.A.W
Sabda Nabi Muhammad S.A.W :
“Barangsiapa yang tidak mengambil berat akan urusan umat Islam,
maka dia bukanlah dari kalangan mereka”
apa salahnya mengeluarkan wang ke jalan Allah S.W.T,,ilmu sememangnya percuma.Namun wang tersebutlah yang akan diguna untuk menyebar luaskan ilmu seperti melengkapkan keperluan2 persilatan.Dan lainnya tidak perlu dinyatakan..anda sendiri boleh berfikir
Jika tiada ongkos juga boleh sahaja menuntut ilmu dengan percuma,tetapi tidak cukup pula keperluan yg lain
duit tidak dapat dibawa ke kubur,namun amalan di dunia lah yang menjadi bekalan.
Banyak2 lah bersedekah tanpa timbul perasaan khuatir dan syak wasangka.
InsyaAllah diberkati hidup dunia akhirat
Assalamualaikum
Insyallah usaha Tuan Pendekar Sufi dan rakan rakan akan berjaya ..Yakin kita Allah Maha penyayang pada makhlukNya…usahlah kita risau sangat mengenai bab “Mahar” nie… yang nak kita risau adalah sifat orang kita yang suka “belum apa apa lagi dah bertikam lidah” nie. Baru masuk Gear satu dah ramai ramai gengam tarik Hand Break….tu yang tak mau kot :-). Cost and affect analysis memang penting dalam initial planning…but we need to make a firm stand….stand to move on and make things happen….
Kot kot nanti mungkin ada yang datang bawak Gula 3 kilo…kopi cap “kapal Api” 2 3 bungkus, biskut kering 2 3 packet…ada pulak nanti amik bil letrik tolong bayarkan…ada nanti yang datang tolong kemas kemas tempat sebelum kelas bermula….masing masing nanti ada ler bahagian contributionnya..mengikut aturanNya…insyallah meriah lah nanti…yang berpendapatan lebih tu nanti ada caranya berkhidmat demi perkembangan ummah….semuanya sudah diaturNya…tak perlu kita risau tak bertempat selagi Keredhaan Allah ada bersama sama memasyhurkan usaha murni ini.
Yang penting jalan ini betul..dan benar….
Insyallah
Asslaamualaiku wbrkth Dik alamtunggal.
Kak sokong apa kata alam. Tok PS mesti suka baca ni.
Wasalam.
Waalaikum salam,
Alhamdulillah, meriah nampaknya kali ni dan ceria juga. Pakcikli, terimakasih diatas komentar yg bermakna, tanpa komentar Pakcikli siapalah saya. Terimakasih juga Pendekar Jawa, bila dapat kita bersua?
Ali, kamu dok dekat sangat dah ni, datang lah. Nak belajar silat boleh , nak belajar mengubat pun boleh, nak berubat…..lagi boleh heheh.
Wan, saya faham Wan jenis wanita camana dan saya amat menghormati Wan dan suami. Dan saya juga segan kepada orang macam ni yg amat kuat berpegang kepada syariat dan sunnah Nabi. Saya ni orang biasa je, tak nampak warak dan tak nampak alim pun….nampak cam samseng adala hehe. Berwajah garang dan bengis…hmmm bukan apa watak pendekar macam tu la, ada ke pendekar seorang yang lemah lembut?
Asal-asal mula ilmu yg dipelajari dulu pun banyak ilmu dunia seperti Ilmu Silat Gayung , Silat Kalimah dan Tae Kwon Do. Ilmu Kebatinan seperti Lam Alif, Pasak Bumi, Jurus Kipas Nandung dan ada juga belajar buat santau dan vodoo heheh….ilmu Kapak Kecik…hmmm ilmu cam ni memang panas. Memudah kan individu tu cepat panas. So….kepanasan dan kebengisan tu terserlah pada wajah….apatah lagi pernah bergelar Johan Silat Negeri dan Inter-Varsiti….dan di calonkan untuk bertanding wakil negara. Namun bila melepaskan semua itu dan mula beramal serta beribadah dengan ikhlas, ikut sunnah dan bangun malam ….baru terasa jiwa tenang dan tenteram. Hilang segala dendam dan sifat bengis tu.
Dan ilmu-ilmu keduniaan seperti di sebut di atas , guru saya dah amanahkan supaya di ajar kepada yg berminat mengikut level. Maksudnya orang muda-muda la. Yang dah berumur kita akan belajar lain pulak. Kesemuanya ilmu amalan , ambil dan amalkan. Jangan hangat-hangat tahi ayam.
Saya menunggu kedatangan saudara dan saudari. Wassalam.
Assalamualaikum Pendekar sufi yang Wan hormati.
Rasa macam nak tergelak pun ada kata wan ni macam tu. Kalau leh pasang speker kat sini , mesti leh dengar sampai kajang wan ketawa.
Wan hanya hamba Allah yang hina dan sangat2 kerdil , yang sangat banyak kekurangan. tak ada apa yang boleh dipuji. Wan hanya seorang isteri yang menjalankan perintah dan amanah suami wan dengan seberapa daya. Wan bukan jenis pakai purdah . pakai baju jubah 24 jam! nop! Wan biasa2 aje. asalkan menutup aurat.Ha ! yang t u wajib! yerla..aurat kita para isteri hanya hak suami! Sebagai isteri , walaupun membuka aurat dihadapan orang lain yang bukan mahram, bermakna khianat pada suami. tak gitu?
Pasal pendekar tak ada yang lemah lembut? hehhe. setahu wan , ada. Lembut dan suka bergurau. tapi bila hanya di medan pertempuran sahaja sifat pendekarnya timbul! betul kan. tak kiralah pendekar lelaki ke perempuan pun kan. Bagi Wan itulah pendekar sebenar! ensem macam suami wan la kan. hehhehe
Bab muka cam samseng tu, kena wat bedah plastik kot! bagi lembut sikit ler. hehhehhe(heh tapi jgan wat la ya! dosa tau!) 🙂
Salam hormat
Wan
hamba Allah yang hina
Assalamualaikum.
tak ada siapa yang salah disini. setiap pendapat adalah benar mengikut fahaman masing-masing. Cuma gaya bahasa ada yang tidak sesuai. ada yang sangat kasar dan seolah-olah tidak prihatin dengan adat kita budaya Melayu.
Kata Hang Tuah, “takkan melayu hilang di dunia” –tapi nampaknya hajat Hang Tuah memang hampir tidak kesampaian kerana melayu sudah banyak yang hilang jika berdasarkan pada bahasa dan kesopanan. -(Hang Tuah pun tak kasar bahasanya)
Wan bukan cikgu bahasa , hanya seorang isteri yang duduk dirumah menjalankan perintah dan amanah. tetapi wan juga sangat tidak suka dengan bahasa-bahasa kasar dan pertanyaan 2 kasar yang disebut walaupun bukan pada Wan.
Ya, 99% disini adalah komentar dari pihak lelaki. Tapi perlukah menggunakan bahasa2 yang tak berapa molek?
Kita sendiri sedia maklum bahawa setiap perbuatan dan perkataan yang diucap jika ia menyakiti hati mukmin lain dosanya lebih dari 15 kali ganda dari meruntuhkan Kaabah?Apakah kita semua telah lupa bahawa Nabi Muhammad saw sangat lembut dalam pertuturannya?
Adakah yang mengaku mengkikut tarikat /tasawuf tidak sedar akan hal ini? Adakah pengikut tarikat /tasawuf ini masih belum berjumpa dengan Nabi? (dalam mimpi) atau bayangan? Adakah tidak melihat betapa lembutnya Rasulullah bila melihat gerakannya?
Mengaku keturunan Nabi—Ni yang berat. Mungkin ada yang berketurunan Nabi, Tapi adakah ini bermakna boleh melaungkan bahawa “aku keturunan Nabi” ? tidak malukah kita ?sedangkan kita tidak mengikut setiap sunnah nabi waima cara makan dan berjalan dan bertutur?
Berkenaan dengan memerlukan wang untuk meneruskan hidup- sangat benar kita perlukan wang untuk hidup. nak masuk toilet kat klcc pun Rm2/RM5. Mahal betul ..kalau nak jimat, kenalah masuk toilet yang free yang penuh sesak. tapi rasanya bila sampai masanya, wang memang tidak diperlukan untuk hidup. Tanyalah para Wali sahih yang sepatutnya para pengikut tarikat/tasauf sudah jumpa.
.Para Wali/sufi hanya menerima perbuatan Allah tanpa sungutan. Tak kiralah dari segi rezeki/sakit/sihat/—yang paling tinggi- tak kiralah mana ALlah nak letak kita esok di syurga atau neraka!
Memang lah kita berdoa mudahan kita tidak disambar api neraka, tapi para wali/sufi tidak memandang hal ini semua. dunia atau akhirat, syurga atau neraka.Para Wali/sufi hanya inginkan Allah! hanya itu! Jadi tidak mustahil lah kan bahawa duit tidak diperlukan (maksudnya , ada atau tidak wang tidak menjadi masalah)
Pasal mahar /bayaran bersyarah- tak salah langsung nak dapatkan.Memang Allah suruh kita berusaha untuk mencari rezeki.
Kalau diakatakan tidak memerlukan wang untuk hidup dan dikatakan munafik…terserahlah.
Bagi Wan dan suami , Kami berdua berdoa agar suatu hari nanti kami menolak dunia ini dengan rasa syukur dan hanya inginkan Allah dalam hidup kami. Para Wali/sufi membayangkan bahawa dunia ini adalah suatu yang tua renta dan hodoh untuk disimpan dalam hati. Dan sepatutnya hanya ada Allah didalam hati. (seperti semua maklum- hal2 dunia ini tidak kekal, hanya Allah yang kekal)
Mudah-mudahan doa kami termakbul suatu hari nanti dengan gerakan dan pemberian Allah jua.Dan kita semua berharap kita akan mencapai tahap itu. amin.
Wan
hamba Allah yang hina.
Untuk pengetahuan semua, sepanjang saya mempelajari ilmu silat zahir dan ilmu kebatinan, pelbagai dugaan hidup saya alami terutama mereka yg ingin mencari pasal dan yg ingin menguji akan kehebatan dan kepakaran yg diperkatakan orang namun Alhamdulillah, takde siapa yg berani mencabar walau mereka ramai dan tiada sesuatu yg buruk berlaku kerana Allah sentiasa bersama hamba-Nya yg sentiasa bergantung harap pada-Nya.
Pokoknya, saya tidak pernah menggunakan ilmu-ilmu ini untuk membalas dendam atau menganiayai sesiapa malah saya dikatakan “budak jahat” oleh para rakan taulan yg cuba mendera budak-budak baru masuk (ITM) hanya kerana cuba menjadi “hero”. Bukan kerana nak tunjuk handal tetapi sifat diri yg suka menolong dan tak suka akan penganiayaan sudah tersemat didalam diri .
Namun sehandal mana manusia pun yg bersandar kepada ilmu keduniaan ini akhirnya kecundang juga kalau ilmunya tidak bersandar kepada Tuhan, yaksi berpaksi kepada kehebatan diri (mensyirikkan Allah secara tidak sedar). Sepertimana mana kita lihat di dalam movie, sehebat mana manusia pun pasti akan kecundang jua, setidak pun di masa tua kehebatannya sudah mula menurun dan dia akan di kalahkan oleh orang yg lebih muda dan bertenaga.
Lalu disitu membuat saya termenung dan sentiasa bertafakur merenung diri dan memikirkan akankehebatan Ilahi dan ciptaan-Nya. Dari situ lah selalu datang ILHAM dan petunjuk Ilahi dan sentiasa mendapat jawapan di atas persoalan yg di fikirkan. Pokoknya hati mesti di bersihkan dahulu, ibarat mencuci gelas putih dgn sabun TAUBAT dan ISTIGHFAR. Dada mesti diisikan ilmu jua, walau belum bertemu guru mursyid namun hati ini meronta-ronta dahagakan ilmu lalu mencari dan membaca segala kitab-kitab yg dapat di perolehi dan mengkajinya dan membacanya berulang-ulang sehingga dapat memahami apa matlamat pengajarannya.
ALLAH SWT tu MAHA TAHU akan hati hamba-Nya yg ingin mengenali-Nya dan mencintai-Nya. DIA tunjukkan jalan, DIA membimbing dan sentiasa mengawasi segala tindak-taduk perbuatan supaya tidak tergelincir aqidah dan terjatuh kelembah hina. DIA mengilhamkan supaya berakhlak mulia, sentiasa memaafkan orang lain dan tidak menyalahgunakan ILMU. Diperingkat awal hati ini sentiasa bersarang dengan kemarahan dan dendam kerana tidak habis-habis di aniaya orang dan di fitnah . Bila segala sifat mazmumah berjaya dikawal dan di hiasi dgn sifat-sifat mahmudah ( air putih), setiap malam tidak lupa membaca Al Quran , solat sunat dan istiqamah berzikir memakan masa bertahun-tahun dgn melupakan kehidupan dunia buat sementara tanpa perlu bersuluk dan mengasingkan diri…..cuma berseorangan di dalam bilik lewat malam dan waktu sepertiganya, duduk berzikir , menelaah kitab2 dan solat sunat 13 rakaat, jiwa menjadi tenang, akal fikiran dan ingatan menjadi tajam dan asyik mashgul berzikir hingga tiada apa yg dapat memasuki fikiran kecuali zikir samada asmaul husna maupun bacaan al quran yg sudah sebati dan cair di mulut akibat amalan istiqamah.
Santau dan vodoo yg dipelajari untuk mengajar bomoh2 durjana, begitu juga ilmu kapak kecik dan jurus2maut kipas nandung namun tidak saya pergunakan, saya melawan segala tohmahan dan fitnah dengan KESABARAN, sedar bahawa ini ujian TUHAN, mau lulus ke tidak? Rasulullah juga melawan kaumnya yg degil dgn kesabaran dan sentiasa berakhlakmulia, tiada dendam dan tiada amarah. Bila datang perintah TUHAN baru kita pergunakan segala ilmu-ilmu ini, baharu lah berlaku di katakan mukjizat, karomah dan al maunnah.
Keizinan TUHAN tidak berlaku sepanjang masa, ini baru dikatakan mukjizat/karomah/maunnah , kerana DIA lebih mengetahui akan hati hamba2-Nya dan kita tidak tahu apa-apa. Apa yg kita niatkan mungkin boleh memudaratkan pihak lawan tetapi apakah berbaloi pembalasannya kalau ianya tidak setimpal dgn perbuatannya dan kita akan mendapat dosa secara tidak sedar. Lalu bila berada di dalam kawalan TUHAN, kita hanya di makbulkan DOA sesuai dgn apa yg dah di takdirkan bukan boleh membuat apa sahaja dgn niat (baik/buruk). Kalau boleh berlaku apa sahaja, itu bantuan khadam (baik atau jahat).
Saya mengajak pelajar dan pelatih Gerak Makrifat agar sentiasa memaafkan orang lain, jgn gunakan ilmu ini untuk kepentingan diri tetapi untuk kepentingan umum, untuk ALLAH dan RASUL NYA. Biar diri kita di hina orang , dianaiyai dan diperbodohkan, banyak pahala dan redha Allah datang dari situ. Bila diri dapat melepasi ujuan ini, baharu lah DIA temukan dengan KHALIFAHNYA di mukabumi ini untuk memberikan ilmu dan siapa yg bernasib baik akan dapat bertemu dgn kekasihNya .
Pelajar Gerak Makrifat tiada akan ada rasa GAH dalam diri, gurunya bukan orang ternama dan ilmu ini bukan dipelajari untuk di pertontonkan dan ditunjukkan kehebatannya. Serahkan segalanya kepada Yang Maha Berkuasa dan lihat sendiri kehebatan dan Keagungan Ilahi. Beramal dgn istiqamah berzikir dan berniat lah untuk bermain silat apa pun yg ada di mukabumi ini ( sebagai ujian tahap untuk melihat pencapaian pelajar dlm mengamalkan ilmu ini) dan bila mengubat, berniat lah dan lihat lah sendiri Gerak Tuhan melalui Gerak Tangan dan tempat2 yg di tunjukkkan (tempat sakit/bermasalah) dan sebutlah Nama-nama Nya. Dari situ akan lahir rasa kagum dan kaget dgn keAgungan Tuhan, Kebesaran dan Kemuliaan-Nya. Kita ibarat robot/puppet, bila meminta padaNya dan DIA menggerakkan tangan dan anggota tubuh dan kita cuma berzikir………berzikr sahaja dan DIA melakukan segala-Nya. HANYA DIA YG MAHA BERKUASA, MAHA PENYEMBUH DAN MAHA TAHU. Haaaa………lu sapa? Kamu berani mendakwa kamu gagah, hebat, boleh menyembuhkan dan maha tahu dgn kepandaian scan dan sebagainya? Anda tidak tahu…….anda jangan mensyirikkan Allah SWT dgn diri anda yg serba tahu???????
Maqam Tauhid yg tinggi meletakkan tawakal kepada Allah, tidak berusaha untuk mengubah takdir tersebut. Contoh seorang Wali Allah yg menolong seorang pencuri membawa barang2 dari rumahnya keluar . Dia tidak menolak takdir Tuhan bahawa malam itu rumahnya akan di masuki pencuri dan ditakdirkan dia sendiri yg menolong pencuri itu mencuri dari rumahnya. Bila pencuri dapat tahu bahawa yg menolongnya adalah tuan rumah itu sendiri, dan dia tidak marah malah menghalalkan apa yg di curi…………si pencuri terus berubah hati, di hidayahi Tuhan langsung bertaubat. Rasulullah juga hampir di tetak oleh Suraqah, namun bila di tanyai oleh Suraqah siapa yg akan menolongnya ketika itu, baginda menjawab ALLAH…..lalu keluar cahaya kilat dan hampir mengenai Suraqah. Gementar dan pedang jatuh dari tangannya lalu di capai oleh Rasululah. Baginda tidak pula membunuh Suraqah dan memaafkannya dan Suraqah pula sejak hari itu tidak memusuhi baginda lagi. Walau tidak memeluk Islam ketika itu namun hatinya tawar untuk menentang orang yg sentiasa di awasi Tuhan.
Bila kita redha dgn takdir Tuhan, Dia pun redha dgn kita. Ibarat pelakon tidak setuju dgn skrip dan menyuruh pengarah ubah skrip ikut selera dia…………………..woi lu sapa?…..keje lu berlakon je ikut skrip, bukan boleh meminta untuk tukar skrip sebab tak suka dan tak redha dgn watak yg di beri…heheh…ada faham ka? Dunia ni kan pentas…..skripnya sudah siap di awal penciptaan di tulis oleh KALAM dan Nur Muhammad.
Bab sakit pula………tiada manusia biasa redha dgn sakit malah ada yg memaki TUHAN dan sanggup menggadai aqidah hanya untuk sembuh. Sanggup melalui pelbagai prosedur ciptaan manusia , memakan ubatan haram dan kaedah yg di haramkan seperti pembedahan. Imam mazhab , keempat2nya mengharamkan pembedahan lalu “ulama masakini’ berani menghalalkan…….mengubah takdir…atas alasan kena berikhtiar dan berusaha. Bukan kah penderitaan sakit menghapuskan dosa…..tanpa perlu solat taubat dan istighfar, Allah dah ampunkan dosa. Selagi dosaa tak habis di kifarahkan sakit takkan sembuh , itu yg buat si pesakit tidak redha dgn sakit dan penyakit , tak suka dosa di hapuskan dengn penderitaan itu (tak faham) .
Kita banyak melawan takdir dgn berusaha…….baik bab rezeki atau bab berubat. Tak boleh ke berubat? Boleh…asal sahaja tidak dgn cara yg haram dan kita sudah menolak pelawa Tuhan untuk masuk syurga tanpa hisab. Tak boleh ke cari rezeki? Boleh asal sahaja rezeki yg halal namun hati tidak pernah merasa cukup, bukankah setiap orang sudah di jamin rezekinya? Hanya nafsu yg menguasai hingga tidak pernah redha dgn skrip yg tertulis di Luh Mahfuz , asyik meminta itu ini …………………tetapi malas untuk mengingati dan menyebut NAMA-Nya selalu.
Wan sokong!
tapi kan Pendekar Sufi, banyak sangat “bomoh upahan” dalam masyarakat kita sekarang! bila lah depa nak bertaubat nuuuuu?! ish ish ish
Assalamualaikum Pendekar Sufi
Nak tanya- Kat mana lokasi, masa dan tarikh kat kajang tu? kalau wan boleh pergi wan pergi, wan redah aje. tak jumpa pun tak apa. len kali ada gerakan Allah . ok ajer. kasi map sikit eh
Wan
Hamba Allah yang hina
cuba semak pos lama di atas….
ada no telepon dan alamat nya….
taman kantan permai….
Salam silaturahim pendekar sufi, agak lama kak tidak berhubung dengan pendekar sufi. Jangan le … ingat kak lupa guru pulak ya. Pendekar sufi adalah guru yg selalu kak ingat, cuma tak kesempatan nak call. Pendekar sufi dah baca ke kitab wali songo di dlm samudra hening tu. Apa komen tuan pendekar sufi.
Waalaikum salam,
Wan nak datang ye….redah aje lah Wan. Saya tungguuuuuuuu. Google map ada tunjuk dgn tepat lokasi Jalan TKP 23, Taman Kantan Permai. Rumah corner lot cat merah. Sabtu & Ahad boleh la dtg….
Bomoh upahan ni biasalah, selagi ada permintaan, ada habuan ada la keje diorang. Hmmm kalau cari pasal dgn salah orang tau lah langit tinggi rendah. Selagi buku tak bertemu ruas, gah lah rasa diri bomoh2 ni, rasa hebat dapat menyakiti orang lain.
Saya sedih juga dapat maklumat bhw ramai dari Perawat popular yg keluar kat TV tu ramai mengikut faham Wahabi. Pada saya air dgn minyak takkan bercampur, jadi kalau belajar ilmu Rawatan Islam ni ada campur juga dgn amalan dari Puak Wahabi, walaupun ayat-ayat tu takde salah silapnya tapi gurunya musuh Rasulullah, dari mana datang barokahnya? SI Iblis pun hebat amalannya tapi angkuhnya tak mau sujud pada Nabi Adam aje tapi Puak Wahabi ni nak bunuh seluruh keluarga Rasulullah, namun ada juga orang Islam sanggup bersekongkol dgn Ustaz-ustaz ni dan belajar semata-mata nak dapat nama popular Ustaz tu….ish..ish..ishhhhh.
Dari segi pengubatan, seingat saya Baginda hanya gunakan air dan tapak tangan shaja serta berbekam, bagaimana boleh ramai Ustaz-Ustaz claim yg dia bawa perubatan Islam ikut Sunnah? Rasulullah tak pernah guna garam kasar halau Jin, bawa Jin naik unta ke suruh pindah tempat lain ke, Baginda sergah je…”Keluar kau , aku ni Rasulullah” kan? Takde guna daun sireh ke atau limau ke untuk pengubatan..ini perubatan tradisional warisan Tok Nenek kita yg tidak bersalahan dengan Al Quran dan Sunnah aje. Jadi bomoh jugak la tu. Apa yg di warisi dari Tok Nenek setempat adalah bersesuaian dengan situasi dan lokasi setempat. Cuma jampi mentera di tukar kepada ayat-ayat al quran pasal dia Ustaz la kan……guna jampi pun bukan salah, Datukku Sunan Kalijaga ajar guna jampi mentera ape!!!!
Seperti madu lebah Tualang…watpe beli yg dari luar negara, yg bersesuaian dengan iklim cuaca dan pemakanan kita adalah dari negara kita. Yang dari Iran tu sesuai untuk cuaca panas di sana la. Bunga di sana tak sama dengan bunga di sini yg di sedut dek lebah-lebah tu. Kaedah rawatan tradisional melayu adalah bersesuaian dengan penyakit orang melayu, so watpe guna kaedah yg dari bukan melayu apatah lagi Yahudi yg sah mau memudaratkan tubuh, akal dan aqidah kita. Yg lebih sesuai adalah kaedah setempat…..hidupkan ekonomi setempat dan naikkan martabat ilmu setempat bukan budaya luar. Cuma kaedah Islam adalah global, syumul dan bersesuaian sepanjang zaman, takkan lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas.
Wassalam.
eh! wan tak janji tau nak datang. tak de tau! Wan redah aje ler! hehehhe
Faham-fahamla..kena ikut cakap suami. kalau suami kata jom, jom la wan. kalau suami wan kata len kali atau ada plan lain, wan jom ikut dia je la. isteri tak leh banyak songeh ye tak!
Wan dah cakap ngan suami wan pasal hari sabtu ngan ahad ni…dia lum kasi keputusan lagi.Pun. dia memang selalu masuk blog ni. jadi dia tau la apa wan cakap kat sini. hehhehe ..(nyanyi sikit ….”tiada rahsia antara kita”! ececeece)
_perihal dengan bomoh upahan ni- Memang kekadang rasa nak lesing aje! ecececece (macam la kuat sangat wan ni) hehhehe…
Tapi takpelah. wan tak balas pun. Kita bukan Allah nak balas2. Allah ajelah yang balas ..
-Umpama Wan wan kata, biar orang wat kita, kita jgn wat org. Kita tak layak nak balas. Apa yang kita boleh buat, usaha la bagi kita sihat kalau sakit terkena.kalau dah tak larat nak wat usaha..cari la org lain..Allah pun suh usaha..dah kita tak pandai! asalkan tak subahat guna benda pelik sudah la.
Yang penting kita redha bebanyak. Alah, lelama diorang fed up la nak wat lagi. Memang ada yang dok repeat nak kenakan kita berulang kali..ish dia tak penat ke..setiap kali “askar” dia kena seligi , balik tak cukup kaki, dia nak jugak hantar lagi. Dah kasi amaran pun dia buat dek aje. ish. ni nak cakap bahasa apapun wan dah tak tau da.alahai
Tapi tak apalah..semua kerana Allah nak uji. Dah namapun tiada upaya melainkan dari Allah.Kira Allah izin la tu bomoh tu wat kita..tu sebab sakitla apa lah…tahan nafas ajelah… yang penting kita yang kena ni anggap la itu hanya “gurauan” dari Allah untuk kita. Dah nama pun dunia ni taman permainan….
Bomoh ni macam Pendekar Sufi katalah, selagi ada orang upah, selagi tu lah tak berenti. Selagi syaitan bermaharajalela kat hati, selagi tu lah membutakan diri, dapat upah buat naya orang pun takpe asal dapat bagi makan anak isteri! aih! tak teringat esok kena sambar ngan api. tah2 kat dunia ni pun dah kena.. ada yang dah kena kan..tapi tak serik lagi.
Kekadang teringin jugak nak jumpa dengan bomoh upahan ni..nak tanya jugak dia dah jadi kaya ke wat naya orang? kot hati dia tenang ke ? ish .. kita marah orang pun hati kita tak senang sebab kita memang jenis lembut hati. ish. Payah nak kata aih.
takpelah..kita ni sebagai umat islam, senjata kita adalah DOA. banyak berserah pada ALlah, mengadu pada Dia, mesti dia tolong.
Allah sayang kita lah gamaknya tu. Mudah2an.
Hah perihal dengan sunnah nabi. a ah Nabi guna tagan aje. doa aje.
Tapi kan Nabi ada amalkan letak garam bawah lidah sebelum makan. sebab apa? sebab nak elak sihir.
Wan guna garam,limau,bunga, air, kekadang daun pandan pun ..tu kalau orang songsang la anak dalam perut dia. ish cian…..yer, kekadang tangan aje ..macam orang tua dedulu, guna apa yang ada disekitarnya. tak haram..asalkan tak guna benda kotor n jampi serapah yang sebut benda pelik2 atau baca ayat quran tunggang langgang.
oleh itu wahai bomoh upahan sekalian yang kot ada masuk dalam blog ni…janganla dongak langit aje. nanti burung berak atas muka masuk mulut terus..ish gelinya! loya!
oklah. Wan nak pi dah ni.
Salam hormat
Wan
hamba Allah yang hina
Posting terbaru dalam blog saya, gambar -gambar lama dan baru. Kenangan di Serawak, Bandung dan gambar semasa muda remaja heheh.
Asalamualaikum
Tuan Pendekar Sufi, jika kita cuba nak cari kebenaran itu pada makluk agak sukar kerana kebenaran itu hanya milik Alah swt, dinyatakan menerusi al Quran disampaikan kepada Rasulullah saw. Kita perlu berjemaah sebelum melaksanakan hukum, jika kita nak hukum mereka di luar jemaah disinilah bermula masalah dan kedangkalan. Islam itu bukan pada jenama tapi keimanan. Burung pun ada jampi serapahnya, begitu juga orang Yahudi, Cina, India, Melayu dan sebagainya, masing masing hidup menurut kepercayaan mereka. Semuanya benar belaka. Yang menjadi masalah nya bila orang mengaku Islam mengamalkan perbuatan budaya bukan Islam. Kepelbagaian makhluk yang dicipta tuhan dengan nama, sifat, afaal dan diriNya untuk menyatakan kebesaran tuhan semesta alam. Disinilah terletak hakikat seribu satu macam yang diajari datuk nenek kita.
Kebaikan yang dibalas dengan kebaikan itu dalah lumrah kehidupan. Kebaikan dibalas dengan kejahatan itu adalah kezaliman. Kejahatan dibalas dengan kejahatan adalah dendam. Kejahatan yang dibalas dengan kebaikan itu adalah kemualian. Buatlah kebaikan kepada mereka yang jahat supaya kita menjadi mulia, sebaliknya bukan sekadar menyakiti dan menghina mereka. Sesungguhnya Allah itu maha Mengetahui apa yang mereka lakukan.
Wasalam.
Pakcik Li!
Wan sokong 100% Pakcik li tulis! tak ada bangkangan!! eh ni macam parti politik la pulak dok sokong sokong! hikhikhik..jangan marah ya Pakcik Li!
Asalamualaikum
Jangan percaya sepenuhnya pada google, tenguk pada hati lebih tepat.
Wasalam.
ha ah ! betul tu Pakcik Li. Memang tak leh pandu ngan google la. kena guna gprs la sebab lagi tepat kot kan. bila kena pusing kanan..mesti mesin tu cakap” pusing kanan” Kalau dia suah patah balik..kita patah balik la Pakcik Li!
He hehehheheheh.. tah apa yang hari ni rasa nak geli hati aje. alhamulillah. lama dah tak rasa nak ketawa macam ni. hehhe
Pakcikli!
Wan faham maksud Pakcik Li tu jagn cayer kat Google, kena ikut kata hati! faham sangat ni cikgu !
Wan nak tanya lah Pakcik Li-Pakcik Li ni buat syarahan apa eh? tingin juga nak tau nak dengar.
Salam hormat
Wan
hamba Allah yang hina
Asalamualaikum
Puan Wanberbunga, jika diimbas kembali komentar saya di Karimon’s Blog, saya dianggap sebagai kaki gaduh di Karimon’s Blog kerana komentar saya terlalu keras terhadap pengomentar tegar di Karimon’s Blog seperti Tok Syeikh, Tuan Waliqudus, Tuan Ali, Tuan Pendekar Jawa, Tuan Alam Tunggal, Tuan Paduka, Tuan Bujang dan banyak lagi termasuklah blogger Karimon’s Blog ( Tuan Rahim ). Tapi jauh dihati kecil saya, saya tidak pernah membenci dan mendendami mereka. Bagaimana saya harus membenci mereka kerana hati saya dipenuhi dengan limpahan kaseh sayang.
Tanpa mereka sedari berpuloh weblog saya ujudkan untuk memudahkan mereka memperolehi ilmu pengetahuan. Sebagai contoh ;
Tuan Rahim (blogger Karimon’s Blog saya sediakan http://rahsiakayubatudanlogam.wordpress.com/
Tok Syeikh saya sediakan
http://sejarahpulaubesarmelaka.wordpress.com/
Tuan Waliqudus
http://wannura.wordpress.com/
Tuan Alam Tunggal
http://pakcikli00.wordpress.com/
Puan Cuittokpasai saya persembahkan
http://sejarahhangtuah.wordpress.com/
Tuan Paduka saya sediakan
http://gunungledangmelaka.wordpress.com/
Tuan Pendekar sufi saya sediakan
http://jalanakhirat.wordpress.com/ dan
http://asalusulorangmelayu.wordpress.com/
Untuk Puan Wanberbunga mungkin sesuai saya persembahkan
http://doaayatdanzikir.wordpress.com/
dan ada banyak lagi weblog saya mengenai ilmu pengetahuan
Jika Puan ingin mengetahui bentuk syarahan yang perlu saya beri diseminar Terapi Wannura sila klik pautan website dibawah ini;
Klik di sini >> http://wannura.com/
Wasalam.
Assalamualaikum Pakcik Li.
Terima kasih sebab bagi wan alamat link tu. yang tak link kan utk wan pun, wan nak tgklah, bukan apa..sambil-sambil. boleh la baca kalau ada masa. Wan ni bz memanjang.
Pasal blogger2 yang tegar ke tak tegar sangat ke tu..alah biasalah.semua orang ada pendapat masing-masing..mengikut kefahaman masing-masing. Wan pun ada pendapat wan sendiri..cuma wan ni “kecik” lagi. banyk nak kena belajar.
Cuma wan satu aje…wan tak buat sesapa. kalau orang lain nak buat wan jugak..Wan terima..dah Allah dah kasi..ambik ajelah…memang kekadang timbul rasa marah. tapi kita nak wat macam mana. Nabi Muhammad pun kena sihir. inikan kita manusia biasa yang tak ada apa ni.
Cuma wan tak suka langsung bila semalam ada orang mengintai wan ( dari blog ni). Wan tak suka. tak kiralah apa maksudnya…jangan buat wan macam tu. Wan tak suka. Wan ni isteri orang..berdosa mengintai tak tentu hala. kalau nak tanya, nak tahu, tanyalah wan direct dalam email ke kat blog ni ke. Secara jujurnya, wan akan jawab kalau ia tidak menimbulkan isu yang tak boleh wan jawb.Wan tak izin dan wan dengan senangnya tidak maafkan . tak baik menceroboh privasi wan ..atau orang lain. Berdosa. Lagipun, bukan wan ada wat apa2 kat orang yang intai wan tu.
Sekali lagi Wan tegaskan disini..wan tidak pernah menganggu sesiapa dan tidak pernah mencari musuh dimana juga. Wan manusia biasa..hamba Allah macam kalian juga. Wan tetaplah tak suka sapa pun yang intai wan tu.
Wan tak akan balas balik dengan mengintai orang tu…Wan tak minat. Tak minat langsung. Wan hanya berdasarkan ..wan tahu tapi wan buat tak tahu sebab itu bukan urusan wan nak balas balik ke atau nak intai balik ke. Wan hanya berdoa pada Allah agar wan dan suami dilindungi dari segala yang boleh menganggu gugat keselamatan kami berdua dan wan hanya berserah dan bertawakal.
Salam hormat dan terima kasih Pakcik Li atas link2 tu. inysaAllah bila ada masa wan tgk yer
Wan
Hamba Allah yang hina
Waalaikumusalam
Tuan Pendekar Jawa, saya faham maksud tuan mengenai mahar dan saya harap pula tuan faham mengenai maksud saya yang cuba menjelaskan tentang mahar perguruan yang disebut Tuan Pendekar Sufi, supaya tidak timbul salah faham.
Perkara mengenai yuran pengajian ini adalah lumrah, tapi bila kita melibatkan perkara ini dengan soal makrifat, ilmu Al Haq, menurut sunah, bidaah, maka menentukan mahar kepada amalan yang diajar kepada murid adalah bidaah, pada mulanya Tuan Pendekar Sufi pun mungkin salah faham dengan maksud saya seperti tuan juga. Persoalan ini akan lebih rencam jika kita tidak dapat menentukan samada mahar itu wajib atau harus menurut hukum memberi ilmu.
Bila kita berbicara tentang Al Haq, sunah dan makrifat perkara utama yang kita perlu fahami ialah mengenai tauhid, kerana Nabi saw pun diutuskan untuk menegakkan tauhid. Sebelum kedadatangan Islam, sebelum itu pun Nabi Ibrahim as pun mengajar ugama tauhid.
Jika kita faham mengenai tauhid, persoalan permasaalahan mengenai mahar dan ilmu ini tidak timbul kerana kita boleh mengimbangi perkara mengenai syariat dan hakikat untuk memperolehi makrifat mengenainya. Dari segi syariat mahar (wang ) itu penting, dari segi hakikat jiwa itu penting. Pemaham masalah mahar dan ilmu ini sedikit sebanyak kita dapat menentukan sejauh manakah makrifat diri masing masing. Samalah seperti jika kita mengaku tuhan syirik dan kalau tak menggaku tuhan pula kufur, disinilah betapa penting tauhid itu perlu untuk mengenali tuhan.
Saya berangapan semua para sahabat kita disini adalah ahli makrifat, kerana mereka sering berbicara tentang makrifat. Tapi percangahan pendapat dikalangan kita adalah kerana tidak ada makrifat. Sebab itu bicara saya sering di akhiri dengan memohon kemaafan supaya tidak timbul pula persengketaan diantara kita. saya sangat berharap samoga tuan tidak beranggapan saya sering menegak benang basah ketika berkomentar, jauh dihati kecil saya jika boleh saya ingin belajar dari semua tuan tuan di sini disamping mengenali diri masing masing dari masa kesemasa. Percayalah kita perlu saling melengkapi untuk menimba ilmu pengetahuan dihalaman ini.
Wasalam.
kurang asam jowo,,ini kali kedua message ambo hilang
masaloh benor google ni,reload sendiri
Sy tinggal di Johor InsyaAllah jika kesempatan masa menuntut ilmu bersama Pendekar sufi
komentar pakcikli tersebut saya menerima dengan hati terbuka tanpa memendam rasa,malah berlapang dada lagi jitu.Alhamdulillah terima kasih kepada pakcikli yang banyak berkongsi ilmu dan idea.
Apalah gunanya tempat ini jika tidak dijadikan tempat bertukar buah fikiran,
saya memohon maaf jika terkasar bahasa
Didunia inilah tempat untuk kita menjalinkan silaturrahim,berbuat amal kebajikan.Selagi ianya mendatangkan kebaikan
marilah kita laksanakan.SO apo laie,,mai kita korek sedikit ilmu dari pendekar sufi dan pakcikli
yang jernih diambil yang keruh kita cuci sampai bersih
Assalamualaikum,
Alhamdulillah..selepas berpusing pusing malam tadi dengan izin Allah saya dipertemukan dengan tuan pendekar…orangnya sempoi…walaupun pertemuan singkat tapi banyak manfaat……terima kasih tuan pendekar…
saya tua umur sahaja tapi cetek ilmu…
wassalam
Assalamualaikum Pakcik Li.
Jap tadi wan dah baca sikit link yang Pakcik kasi yang doa dan zikir tu.
TAHNIAH Pakcik Li. Itulah blog yang bagus yang wan suka. Wan memang suka dengan doa dan zikir2. InsyaAllah dapatlah menambah sedikit sebanyak amalan wan
Terima kasih
Wan
hamba Allah yag hina
Waalaikumusalam
Puan Wanberbunga, apa yang saya perhatikan ada juga diantara pelayar weblog ini yang cuba menghadirkan rohaninya kepada kita. Tapi kehadirannya yang menggunakan berbagai alat seperti teropong dan dalam keadaan terhendap hendap mungkin Puan istilahkan sebagai mengendap atau mengintai, mungkin mereka murakabahkan puan kot ?. Cara mudahnya tutup saja diri kita kemas kemas atau rampas peralatan yang digunakannya itu.
Saya pun kadangkala ada juga menziarahi pelayar Karimon’s Blog termasuklah menziarahi keluarga puan, tapi niat saya sekadar menziarahi dan membantu. Sebagai orang Islam saya mendoakan kesejahteraan setiap makhluk tuhan setiap hari pagi dan petang sebagai tanda keimanan dan kaseh sayang dan selayaknyalah niat kita berserta dengan kehadiranNya. Oleh itu jika puan beranggapan kehadiran saya sebagai mengintai saya mohon ampun dan maaf. Jemputlah suami puan memberi komentar di sini samoga kita boleh berkenalan.
Wasalam
Assalamualaikum Pakcik Li.
Buat pengetahuan Pakcik Li , Wan dah biasa sangat dikunjungi secara rohani ni..ya Wan tak kisah sangat kalau cara datangnya dengan cara bersopan. Ini salam pun tidak. tunjuk muka bebtul pun tak mau. Muka hitam gelap. cuma nampak mata. Dia tanya Wan siapa?
Wan tak cakap apapun pada dia sebab cara datangnya tak beradab. Wan tak besa buat kurang adab pada sapapun waima cara rohani atau zahir. Nak masuk rumah orang, berilah salam dulu, minta izin dulu. Tengoklah sama ada wan ni bersedia ke tidak malam tadi bila dikunjungi macam tu. Wan ni isteri orang. Jadi masa Wan sebagai isteri tu mestilah kena fikir dan hormati. Kita semua ni adalah isteri/suami seseorang. kena pandai-pandailah nak datang .
Ini tidak ..datang dah lah tak nak tunjuk muka, salam tak bagi. sebelum datang lagi, seharian wan dok kepanasan macam duk dalam oven nak kena grill. APa pembawakan dia ni sampai Wan tak selesa dan kemarahan. Apapun Wan bersyukur sebab tak “meletup” marah . Wan paling tak suka marah-marah. bukan best pun.
Pakcik Li, Wan rasa tentu Pakcik Li faham kan situasi wan ni. Dan Wan harap orang yang datang nak jumpa wan malam tadi, fikir balik sebelum datang jumpa wan macam tu. Wan bukan marah kalau datang awal dan beradab..nak datang, pas magrib tak apa. pas subuh pun tak apa, tp beradablah datang jumpa wan. Wan tak mau disebabkan datang rumah wan, wan tak perasan atau wan tak bersedia, wan tak suka. Lagipun aurat Wan , semua orang kena faham, Wan nak kuar depan pintu umah pun wan tutup aurat wan , inikan bukanmahram datang jumpa wan. Wan taulah rohani, aurat tetap aurat.
Salam hormat dan salam maaf jika ada wan tersalah dan tersilap.
-Nanti Wan cakap kat suami wan Pakcik li nak kenal dengan dia. Kalau boleh wan nak email Pakcik li. boleh la borak2 ngan wan ngan suami wan .
Wan
hamba Allah yang hina.
Asalamualaikum
Tuan Pendekar Jawa, kadangkala hukum ini berubah rubah menurut keadaan masa dan tempat. Dan terdapat berbagai jenis hukum pula seperti hukum sains ( Contoh hukum keabadian jisim dan Atom Dalton ), hukum akal dan hukum adat. Sebab itu orang dulu dulu cakapnya berlapik, mereka terlebih dahulu menyatakan hukum apa yang mereka guna pakai sebelum menyatakan sesuatu. Sebagai contoh ucapan mereka berbunyi; ” jika menurut hukum adatnya…sekian sekian ” kerana jika menurut hukum Allah Dia Belako (semua). Sewajarnyalah sebagaimana yang tuan nyatakan jika menurut hukum adatnya kehidupan ini perlu tolong menolong, berkerjasama dan bertimbang rasa.
Sebagai contoh jika menurut hukum adatnya Tuan Rahim perlulah memberi komentar sepatah dua kata diweblog ini sempena tahun baru setelah sekian lama menyepi dihujung tahun sudah untuk meraikan kunjungan kita, supaya tidak disebut tak beradat oleh mereka yang memegang adat, yang jika menurut hukum akal mungkin disebut tak berakal, jika menurut hukum tuhannya kerana beliau tiada daya upaya berbuat sedemikian. Tapi yang pentingnya kita tidak terlalu terburu buru menghukum sesuatu menurut hawa nafsu.
Wasalam.
Waalaikumusalam,terima kaseh diatas teguran Pakciklii,bukannya tak sudi nak memberi sepatah dua kata sempena tahun baru ini kerana saya sejak hari rabu dulu sehingga jam 11 malam hari ahad baru saja pulang dari Temerloh dan Kuantan kerana banyak urusan yang perlu dibuat sebelum sekali lagi menghilangkan diri untuk jangka satu tempoh yang agak lama,itu pun kalau diizinkan Allah swt berbuat demikian.Sebenarnya berakhirnya tahun 2010 menandakan sudah 3 tahun usia blog ini.Seperti yang pernah saya nyatakan matlamat asal blog ini adalah untuk saya menimba pengetahuan mengenai barang mistik tetapi kini ianya lebih bermanfaat sebagai satu forum perkongsian ilmu.Melalui blog ini juga saya mendapat ramai kenalan dan kenalan yang terkini adalah kenalan yang begitu akrab dan rapat dengan saya,salah satu keistimewaannya adalah kerana beliau minat dengan apa yang saya minati dan kami sering juga berbincang mengenai hal2 yang bersangkut paut dengan mistik dan merancang beberapa xpedisi bersama kelak.
Insyaallah dengan sokongan komentar yang tegar dan teman2 yang lain blog ini akan terus berdaya maju dan dapat membantu mereka yang mencari jawapan terhadap beberapa persoalan mengenai barang2 mistik,kebatinan dan lain2nya.Saya juga banyak menerima email daripada sahabat2 dari seberang yang secara peribadi menghubungi saya dan berkongsi ilmu pengetahuan tentang hal2 mistik dan kebatinan.Saya beruntung kerana ada dikalangan mereka yang sudi menurunkan serta mengajar saya beberapa ilmu kebatinan.Mungkin dikalangan teman2 atau pengunjung blog yang lain saya digelar wak karimon tetapi saya diberi jolokan nama yang lain oleh mereka dari seberang.Setia kawan saudara seiman dan seugama menyatukan kita semua itulah kata2 mereka kepada saya.Akhir kata penyudah kalam untuk semua teman SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011.
Assalamualaikum Pakcik Li.
Wan nak tanya sikit – Ini petikan komentar PakcikLi dari bahagian Tarikat tasawuf:-
“Sepatutnya tidak wajarlah mereka yang sering mendewa dewakan diri bahawa mereka keturunan Nabi Muhammad saw tetapi tidak mempunyai salasilah rohani kepada baginda. Dan yang lebih malang lagi mereka mendewa dewakan diri keturunan Nabi saw tanpa salasilah jasmani dan rohani kepada nabi saw. Berapa keratkah agaknya mereka yang mendewa dewakan diri sebagai ahli bait yang boleh menandingi keimanan para sahabat Rasulullah saw yang bukan dari keturunannya ?.”
Menarik artikel ini ,boleh tak Pakcik Li terangkan apa maksud salasilah rohani kepada Rasulullah?
Wan
hamba Allah yang hina
Waalaikumusalam
Puan Wanbebunga, menurut pengalaman saya pengetahuan rohani adalah diperolehi dari amal bukan dari cerita atau pembacaan, hanya pengetahuan yang diperolehi dari amalan (yang telah kita alami) sahajalah sepatutnya yang boleh disebut ilmu.
Kenyataan yang kita ucapkan bukan berdasarkan pengalaman (alami) adalah dusta, pekara ini ada dijelaskan oleh ugama. Sifat orang mukmin yang mempunyai hikmah itu boleh mengenali ucapan yang jujur dan dusta. Dan sesungguhnya mereka yang berdusta itu adalah menipu diri sendiri.
Kita sering mendengari ungkapan yang bermaksud ” barangsiapa belajar tanpa guru maka syaitanlah gurunya”. Sebagai contoh banyak mereka yang berangapan bahawa alquran itu kitab alQuran. Lantaran itu bagaimana rupa kitab alQuran sebelum ia dibukukan atau ditulis ketika zaman ia diwahyukan kepada Rasulullah saw. Bagaimana pula rupa Ahli kitab ?. Hakikat Al Quraan yang sebenar hanya kita ketahui menerusi makrifat. Begitu juga hakikat mengenai Kaabah, Batu Makmur, Kenabian, Asmak Al Husna dan sebagainya.
Terdapat ungkapan yang menyatakan ” ulamak itu warisan ambia ” ungkapan ini bermaksud ilmu dari nabi itu adalah diwarisi” oleh itu jika kita inginkan ilmu tersebut ianya perlulah diwarisi dari ulamak. Sebab itu hanya para ulamak sahaja yang layak menyampaikan amalan tersebut. Bermula ilmu itu diwarisi adalah dengan baiah dan mengamalkan amalan yang diberi menurut adabnya. Jika kita berjaya mengamalkan warisan tersebut hingga ke perengkat khususiah, maka kita pula berhak mewariskan amalan tersebut kepada jenerasi berikutnya. Mereka yang salasilah rohaninya sampai kepada Rasulullah saw sepatutnya telah bertemu dengan rohaniNya.
Mereka yang belajar tanpa guru adalah menghijabkan lagi dirinya kepada Allah swt. Sebab itu banyak mereka yang telah belajar usuludin tanpa guru lebih sukar untuk mepelajari bab rohani. Zikir adalah peringkat awal untuk mempelajari bab kerohanian untuk membersihkan jiwa, supaya boleh murakabah dan musyahadah. Tapi pelek juga mereka yang mempelajari bab kerohanian sekadar diperingkat zikir sahaja. Perbuatan mereka seumpama ini adalah seperti orang yang ingin berladang sekadar membersihkan tanah sahaja tanpa bercucuk tanam, selepas itu hebuh dengan hasil ladangnya yang terdiri berbagai semak samun yang pelik pelik.
Banyak juga mereka yang berzikir kerana sesuatu, zikir itu dapat itu, zikir ini dapat ini dan zikir sekian dapat sekian. jika kita berzikir kerana Allah swt, kita berzikir setahun tak berhenti henti siang malam pun tak dapat apa apa, kecuali mendekatkandiri kita kepada Allah swt. Tapi jika kita beramal kerana sesuatu kita baca ayat kursi menurut jumlah hurufnya pun boleh menjadi macam macam. Hanya mereka yang telah layak mewarisi amalan ini sahaja yang layak menjadi guru kerohanian. Mereka yang telah layak mewarisi amalan ini telah sampai kepada Allah swt. Orang yang telah diterimai Allah swt bermakna mereka telah memiliki segala galanya, maka tidak timbul lagi masalah dunia dan wang ringgit. Oleh itu jika ada guru kerohanian yang maseh berlegar mengenai wang ringgit adalah agak keterlaluan.
Masalah mereka yang mendewa dewakan diri sebagai keturunan Nabi saw ni kadangkala pening kepala dibuatnya, nak cerita pun susah, lihat sahajalah amalan dan perbuatan golongan Syiah yang mendewa dewakan ahli bait, macam macam hal.
Wasalam
Pasal puak syiah tu, kita tak perlu fening kan kefala kita. Kalau udah melampau tu, semuanya dah tak betul.
Pasal org yg mengaku keturunan Nabi salallahualaihiwasallam tu, sebenarnya itulah soalan pokok kami tanyakan pada Pakcikli. Pada pandangan kami, ada dua jenis salasilah. Pertamanya salasilah zahir, iaitu nasab keturunan. Kedua ialah nasab bathin. Tak semestinya kita bernasab zahir (cukup salasilah yg panjang berjela sampai kepada Nabi salallahualaihiwasallam) org itu keturunan Nabi salallahualaihiwasallam. Kerana ada masanya org menipu atas sebab tertentu ataupun ada pendamping2 yg ghaib membisikkan kita ni keturunan walhal kita ni bukan keturunan. Maka timbul la rasa bangga yg keterlaluan. Dan ada pulak yg cuba menyembunyikan bahawa dia adalah keturunan atas sebab keselamatan.
Mengikut pandangan kami, biar lah Nabi salallahualaihiwasallam sendiri yg mengaku kita ni keturunannya. Caranya, salat istikharah atau salat hajat atau salat tahajjud. Kalau sah, baginda akan nyatakan sendiri. Ada juga yg hanya nampak makam baginda, atau serban bagnda atau selipar baginda atau tulisan mim ha mim dal di langit atau mmpi diselimutkan oleh baginda. Yg paling tip top ialah kita berjumpa sendiri dlm mimpi atau secara zahir. Selagi baginda belum iktiraf, seeloknya jangan kita mengaku keturunan Nabi salallahualaihiwasallam. Inilah yg kami maksudkan salasilah rohani Nabi salallahualaihiwasallam.
Terimaksih Pakcikli kerana jawap dgn pantas. Kalau Wan faham apa yg Pakcikli tulis, maksud ‘salasilah rohani’ ialah ilmu yg diwarisi dari Nabi salallahualaihiwasallam melalui guru2 mursyid la yer. Jawapan tu mcm org syariat jer…
Utk pengetahuan Pakcikli, kami suami isteri belajar tanpa guru. Tapi jgn anggap pula kami berguru dgn syaitan yer.
Kami hanya minta Allah menjadi guru kami. Dari kecil, Dia yg ajar kami bercakap, Dia yg ajar kami bertatih, Dia yg ajar kami berjalan, dan sebagaiNya. Sampai dah tua2 ni pun, kami masih tak boleh berpisah dgn guru kami ni. Bukan kami tak mencari guru manusia. Bila jumpa guru mursyid, ‘feel’ nak belajar pulak takde. Takde gerakan dr Allah.
Standard Operation Procedure (SOP) pun tak sama dgn ngaji kitab. Kadang2 dihantarnya manusia biasa, kekadang org ghaib, kekadang dihantarnya haiwan, kekadang dihantarnya syaitan utk ‘mengajar’. Pada kami, semua itu adalah ‘guru’ yg diutusNya utk kami belajar.
Disebabkan kami tidak belajar kitab, maka byk terminology yg kami tak pandai. Nak terbelit lidah bila baca terminology bahasa arab yg Pakcikli tulis. Jgn mare ye…
Mungkin itulah yg org2 kitabi gelar ilmu makrifat. Kami diajar mengenal yg baik dan yg buruk melalui ‘try and error’. Susah jugak sebab takde panduan segera melalui guru. Org kata, takde manual book sbg rujukan.
Kami berpandu gerak hati dan alamat spt mimpi. Mimpi pun kena ditapis dgn istikharah dan salat hajat. Melalui mimpi suami wan, kami menulis di blog ini, khususnya bertanya soalan dan berbincang dgn Pakcikli.
Tetapi apa yg kami fahami setakat ini ialah, sabar adalah ibu segala ilmu. Tanpa sabar, habis semua binasa tiada makna. Habislah semua ijazah bergulung, habislah semua zikir yg berjuta2. Hakikat sabar la yg kami dok cari2 ni.
Ilmu kenal diri juga amat penting tapi tak lah susah nak faham mcm kami baca kat blog ni. Pertamanya, kenal diri kita samada kita ni manusia atau tidak. Kedua, mesti tahu apa tugas kita (selain beribadat kepadaNya). Tak semua boleh jadi doktor atau menteri atau guru silat atau guru tasauf. Oleh kerana kita tak tahu tugas kita, maka kita mencari dan membuat perkara yg sia-sia. Contohnya, kalau kita bukan ditakdirkan menjadi pilot, belajar la selama mana pun, pasti tak akan pandai.
Org2 berilmu spt Pakcikli mesti lagi byk kena bersabar. Kami diuji kesabaran hampir 24/7. Ini satu lagi cara Allah nak bersihkan kita selain zikir yg Pakcikli cakap tu. Byk kali sgt kami jatuh tergolek2. Tapi di ‘sekolah’ ini, fail/gagal la byk mana pun kita tak akan di buang sekolah. Kita boleh repeat sebanyak mana yg kita nak. ‘Gurubesar’ kan yg maha penyayang. Hanya boleh drop out kalu kita tak larat. Begitulah sedikit pengalaman yg ada. Melalui tulisan Pakcikli, kami dpt mengenal dunia tasauf yg lebih luas. Byk pahala Pakcikli dapat.
Apa yg kami cerita diatas tak ada dlm kitab mana2. Hanya dari pengalaman yg dilalui sahaja. Ini pun belum khatam lagi. Masih jauh dan masih byk kena belajar.
Wallahua’lam.
Nak tanya lagi satu, apa Pakcikli nampak/dapat semasa ‘muraqabah’ kami di sini? Ada berjumpa dgn sesiapa ke? Kami tak nampak pulak Pakcikli ‘teropong’ pun…he he…melawak je yer..
wan dan suami yang dikasihi
hamba Allah yang hina
mimpi benar adalah pedoman dan petunjuk…
mimpi benar perlu disahkan kebenaran nya…
disini lah perlunya pembimbing atau penunjuk jalan…
samaada dari guru zahir ataupun guru ghaib…
guru ghaib dari salasilah keturunan yang selalunya datang memberi bimbingan…
yang mendapat petunjuk dan bimbingan selalu nya adalah mereka yang telah suci dan telah diuji kesucian dan keimanan nya….
mereka adalah manusia pilihan setelah diproses dan lulus ujian…
dalam seribu manusia belum tentu ada saorang yang menjadi pilihan…
namun begitu guru ghaib ini perlu disahkan kebenaran nya…
disini perlu teliti dan waspada…
penyamaran banyak berlaku disini…
maka ikut lah syarat,petunjuk dan pedoman yang ditetapkan…
Betul tu En. Ali.
Alhamdulillah , Allah memberi kemudahan untuk kami mengenal adakah yang orang ghaib yang datang adalah benar atau samaran. Syukur.
Benar, setiap apa yang mendatang, perlu disahkan dan diteliti agar tidak terjebak dengan muslihat syaitan dan para pengikutnya.
Apapun, alhamdulillah…walau perit, tapi berjalan dengan baik atas kehendak Allah jua.
Wan
hamba Allah yang hina.
Asalamualaikum
Tuan Rahim, sukacita sekiranya tuan dapat memberikan satu intri khas diweblog ini untuk Puan Wanberbunga bercerita mengenai pengalaman mistiknya belajar tanpa guru.
Ruang ini adalah terlalu terbatas kerana disediakan khusus untuk Tuan Pendekar Sufi menerangkan info mengenai Akademi Seni Silat Gerak Makrifat dengan lebih khusus.
Sebagaimana yang tuan sedia maklum jika ruangan ini terlalu tepu dengan komentar ganguan akan berlaku. Oleh itu sebelum ia berlaku adalah lebih pantas dipantau terlebih dahulu. Kerana Insyaalah kita akan terus menerima maklumat mengenai seni silat makrifat ini dari masa kesemasa meneruri ruangan ini.
Wasalam
ASsalamualaikum Pakcik li
Amboi tengahari baru masuk blog yer?
4.30 pagi yer pakcik li? amboi ai! hehehheheheheheh.
zzzzzzzz hehehheheh
Aih ..tak yah le wat entri untuk wan citer. tak ada apa pun. Nanti ada yang marah karang…susah lak wan ni. ..ya tak ya gak ni entri Pendekar sufi punya utk silat makrifat. minta maaf la PS. tak sengaja.
Wan
hamba Allah yang hina
Assalamualaikum wbt…
Ya tuan Ali, memang sabtu lepas terlalu ramai tetamu dan pesakit serta pelajar dalam satu hari dari pagi hingga malam. Adik beradik, 2 keluarga pesakit termasuk dari UK (Mat Saleh la), saudara dari Penang dan serentak malam tu Tuan Wakmail juga. Alhamdulillah segala nya lancar walaupun bertali arus, jadi tuan Ali ini org kedua yg tak jadi singgah la .
Berkenaan pandangan tuan mengenai guru ghaib dan penyamaran. Saya setuju sekali dan saya juga amat berhati-hati dalam hal ini. Pokoknya kalau dah ada guru mursyid yang dapat mengesahkan siapakah gerangan yg hadir, maka tiada lah kerisauan di hati. Guru saya ini juga pernah mendatangi di dalam mimpi mengajar saya akan ilmu. Beliau juga dapat mendatangi pesakitnya dengan hanya menunjukkan wajah sahaja, ibarat menyelak tirai dan hanya yg kelihatan wajahnya sahaja.
Sesungguhnya untuk mendapat pengesahan dalam bab guru ghaib ini amat sulit. Setelah solat hajat berbulan lamanya serta solat taubat untuk membuang segala ilmu-ilmu yg bercanggah dgn aqidah /batil, akhirnya dapat lah di sahkan bahawa sanya yg selama ini mengajar saya, membantu saya dan mendampingi saya seperti mana dapat di saksikan oleh mereka yg kasyaf , sah la mereka adalah dari keturunan saya yg telah lama terputus jurai salasilah dari keluarga.
Dalam segala hal pun saya selalu memohon petunjuk terlebih dahulu, saya tidak buat keputusan mengikut rasa hati. DIA Maha Mengetahui, so…tanya lah DIA dahulu, dapat GERAK baharu ikut gerak firasat. Kalau nak buat sesuatu keputusan penting, pasti buat Solat Istikharah dan tunggu signal dari Nya.
Yang paling berharga bila mendapat pengiktirafan dari Sang Mursyid, dan mengikutnya hanya 5 orang yg berhak mewarisi ilmu tahap tu. Sedang saya hanya baru 2 kali menemuinya dan kali ke 3 dipanggil setelah saya memberitahu akan kedatangan Baginda Junjungan di Malam Lailatul Qadar. Tahap ilmu yg beliau turunkan membuat saya faham bahawa selama ini segala ilmu yg saya pelajari tiada yg bersalahan dan bercanggah dgn aqidah Tauhid dan layak pula meningkat ke tahap itu.
Wassalam.
Assalaamualaikum semua saya dah kembali semula ni. apa kahar kalian?
Salam ya tok P. sufi, Nak tanya sikit untuk kepastian yang lebih jelas, dari ayat diatas, siapakah gerangan yand dikatakan sang mursyid, kerana later disebut kedatangan Baginda (rasul) pula. kerana selama ini yang saya ketahui guru yang paling mursyid adalah “diri” sendiri dan Baginda jua kerana syaitan tak boleh menyerupai “diri” sendiri dan juga “Rasullullah”. Memanglah betul jika wali2 allah atau Guru2 lain yang benar2 juga dapat dipastikan dengan cara2 tertentu termasuk solat. Tapi yang paling Musryid tu yang nak di confirmkan, sebab kalau hamba telah tersalah faham selama ini boleh lah hamba perbetulkan kefahaman tu sekarang. maklumlah baru nak kembali semula. terima kasih.
Maaf lama tinggal kawan2 disini, bukan merajuk tapi masa ketidak cukupan, tak boleh nak beli masa tu lagi. tapi ni buka semual dan cari balik kat mana yang tertinggal. mulai tarikh ini.
Rindu pula pada kawan2 semua terutama kat pakcikli tu. apa khabar semua. maafkan hamba yang anda semua kata telah merajuk ni. tak merajuk pun tapi ter coincidence jad terlalu sibuk dengan kehidupan dunia ni pula.
Terima kasih.
Pesanan Guru Tua
Amanah Seorang pesilat
Segala puji bagi Allah s.w.t, pemelihara sekalian alam yang telah mengkhalakkan manusia sebagai khalak-Nya yang paling mulia.Dialah yang mengamanahkan manusia dengan suatu tanggung jawab menanggung rahsia diri Allah s.w.t serta tanggung jawab pula memakrifatkan kepadaNya. Sesungguhnya dengan penerimaan manusia akan amanah diri rahsia Allah s.w.t di alam ruh dahulu,maka manusia diletakkan ke taraf darjat khalak yang paling mulia.
Wahai anak-anakku , sudah sampai masanya apabila setiap amanah yang disampaikan kepada muridnya, menandakan muridnya itu sudah mendapat kepercayaan guru untuk memikul sebuah tanggung jawab selama ini yang dipikul olehnya.Ibarat kata orang-orang tua, semua adunan dari benda-benda yang terpilih terbaik dan terpuji menghasilkan “pati” yang teragung,terbilang dan tersohor, itu yang sepatutnya.
Semoga sebagai pemegang amanah anak-anakku dapat meneruskan perjuangan ini untuk anak bangsa, Negara dan agama. Walaupun sebagai manusia hanya boleh merancang dan mentadbir, manakala Tuhan jua yang mentakdirnya.Inilah fitrah kehidupan yang telah ditentukan oleh yang Maha Esa.Begitu juga anakku yang terpilih dalam meneruskan seni silat ini.Semuanya telah ditentukan oleh Nya.
Sebagai seorang pesilat bukan sahaja mahir dalam ilmu persilatan zahir semata-mata.Bahkan pesilat perlulah juga dibatinya mempunyai keperibadian yang mulia, jiwa yang bersih, hati yang tenang dan tenteram tetapi harus berusaha hingga mencapai martabat hakikat dan makrifat.Dari itu wahai anak-anakku berapa penting dan mulianya proses mencari ilmu dan sekaligus betapa beruntungnya orang yang mempunyai ilmu.Maka itu timbalah ilmu wahai anakku hingga keakhir hayatmu.
Wahai anak-anakku sebagai pesilat janganlah sekali-kali kita sombong,hingga kita dihina dengan sikap sombong kita seperti yang difirmankan Allah s.w.t yang bermaksud:
”Akan dicampakkan ke dalam neraka jahanam dari golongan jin dan manusia yang mempunyai hati tidak memerhati,mempunyai mata tidak melihat,mempunyai telinga tidak mendengar.Mereka itu adalah binatang malah lebih hina dari binatang kerana mereka termasuk di dalam golongan yang lalai. (Al-A’raaf:179)
Dan Firmannya yang bermaksud:”Sesungguhnya binatang yang paling buruk disisi Allah ialah orang-orang yang ingkar kerana mereka tidak memiliki iman. (Al-Anfaal:55)
Kerana sombong itu adalah sikap mereka yang tidak beriman.Seseorang pesilat itu juga haruslah mengunakan ilmunya pada tempat yang betul dan selalu mengingati bahwa musuh yang sebenar bukanlah zahir terang-terangan tetapi musuh yang lebih besar itu berada di dalam hati sanubari kita iaitu nafsu yang selalu mengajak kita kepada kejahatan. Dari itu janganlah sekali-kali kita gelap mata dan terpedaya dengan apa sahaja permainan dan tipu helah dunia.
Nafsu itulah menjadi tunggangan kepada iblis dan syaitan.Sabda Rasulullah saw yan bermaksud;
”Di dalam tubuh manusia itu ada seketul darah,jika darah itu baik, maka baiklah manusia tersebut dan jika darahnya itu kotor, maka kotorlah manusia itu.Sesungguhnya ketulan darah itu ialah Qalbi” (Hadis Riwayat Bukhari)
Dalam Al-Qur’an Allah swt berfirman yang bermaksud;
”Sesungguhnya nafsu itu menyuruh kepada kejahatan,kecuali yang diberi rahmat oleh tuhanku” (Surah Yusuf:53)
Jika seseorang pesilat itu hanya mendalami setakat kepandaiaan dan kemahiran zahir persilatan sahaja maka ia gagal memahami konsep kependekaran sejati yang lebih besar dan mulia, yaitu daripada konsep “pandai akal” sepatutnya “pandai jiwa (bersih Qalbunya hati nurani)”.
Peribadi seseorang itu dipengaruhi oleh perubahan kesucian hatinya, perilaku mengikut tahap kesucian bahgian lampu(qalbu) makrifat yang mesti disucikan oleh setiap orang yang ingin memakrifatkan dirinya dengan penciptanya.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
”Dan kami jadikan atas (bahagian lampu Makrifat) hati mereka tertutup (darah hitam yang ghaib) sehingga mereka tidak mengerti akan dia dan pada telinga mereka pun ada tekanan (sumbatan). (Al-Israak:46)
Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud:
”Orang yang cerdik ialah orang yang dapat menakluk hawa nafsunya,dan melakukan amal sebagai bekalan sesudah mati,sedangkan orang yang lemah akal ialah orang yang mengikuti hawa nafsu,dan selalu berprasangka terhadap Allah” (Hadis)
Dengan sebab itulah kepandaian bagi pesilat yang mukmin itu adalah kepandaian berjuang dalam medan tempur yang lebih kecil tetapi sangat besar iaitu di dalam hati sanubarinya tempat bersarang hawa nafsunya.
Perjuangan inilah yang akan menyuci serta mengawal hawa nafsu dan emosi di dalam diri kita yang selalu mengagalkan kesempurnaan akal dan jiwa yang ikhlas lagi suci kepada Allah.Ianya akan menjauhkan kita dari sifat angkuh,riyak,ego dan sum’ah.Inilah sebesar-besar perjuangan.
Dalam satu peristiwa sejarah selepas berlakunya suatu peperangan di zaman Rasulullah saw,Banginda telah bersabda yang bermaksud;”Kita telah kembali daripada jihad yang kecil dan akan menghadapi jihad yang besar.Mereka bertanya;”Apakah yang dimaksudkan dengan jihad besar itu?Lalu banginda menjawab;”Jihad hati atau melawan nafsu” (Hadis Riwayat Al Baihaqi)
Pesilat yang sebenar lagi mukmin ialah yang tenggelam dan fana perasaannya iaitu hancur lebur batinnya dalam keagungan dan kebesaran Maha Pencipta sehingga jadilah Dia di dalam jiwa hambanya yang dilimpah dengan kurnia nur keimanan semata-mata.
Inilah sebenar hamba Allah yang mukmin.Firman Allah swt yang bermaksud;
”Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah mereka yang apabila disebut Allah bertambahlah iman mereka keranannya dan kepada Tuhanlah mereka bertawakkal” (Surah Al Anfal:2)
Ini dikuatkan lagi dengan sabda Rasulullah saw yang bermaksud;”Punca hikmah itu takut kepada Allah”(Hadis)
Takut kepada Allah itu adalah sebenar-benar keberanian bagi pesilat yang berpegang kepada haq dan tidak kepada hawa nafsunya.
Tanpa keberanian tiadalah kependekaran dan dengan takut kepada Allah maka pesilat akan mendapat sumber keberaniaan yang hebat menghadapi musuhnya (nafsu).
Ini berdasarkan hadis Rasulullah saw yang bermaksud:
Barang siapa takut kepada Allah,maka tiap sesuatu akan takut padanya.Dan siapa yang takut selain daripada Allah,maka akan dipertakutkan dia oleh Allah dari setiap sesuatu” (Hadis)
Sesungguhnya pegangan haq bagi pesilat yang mukmin hanyalah pegangan pada inti DUA KALIMAH SYAHADAH.Kalimah Tauhid ‘LAILAHAILLALLAH” yang bermaksud;Tiada Tuhan melainkan Allah”.
Ia merupakan iktiqad keesaan Allah dan hakikat kota pertahanan Allah yang kukuh dari sebarang ancaman yang boleh memberi kemudaratan dan keseksaan samaada di dunia ataupun di akhirat.
Kalimah “MUHAMMAD RASULULLAH” itu bermaksud”Muhamad pesuruh Allah”.Ia merupakan iktiqad kerasulan Nabi Muhammad s.a.w dan hakikat berpegang teguh pada jalan junjungan Nabi kita.
Dua kalimah inilah sebenarnya pakaian diri hamba-hamba Allah yang mukmin yang perpegang dengan yakin kalimah Tauhid dan Rasul.
Bagi pesilat mukmin sejati,tiadalah bersandar kepada kekuasaan yang lain selain daripada Allah Yang Maha Kuasa.Tiadalah gentar pesilat kepada selain Allah swt.Tiada makhluk apapun yang mampu menggangu atau mengugat terhadap hamba Allah yang sentiasa berada didalam kota pertahanan Allah.
Mereka inilah yang suci hati,tulus ikhlas dan benar-benar bertawakal kepada Allah s.w.t serta mendapat pertolonganNya.
Tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuasaan Allah semata-mata.Sesungguhnya iblis dan bala tenteranya iaitu syaitan telah berjanji akan memperdayakan dan menyesatkan anak-anak bani Adam sampai hari kiamat sehingga berlakunya kemungkaran dan kerosakan pada umat manusia kecuali golongan yang sedikit.
Golongan yang sedikit inilah yang berada didalam naungan hakikat kota kebesaran dan keagungan kalimahNya.
Inilah jaminan Allah swt sebagaimana firmanNya dalam satu hadis Qudsi yang bermaksud;”Kalimah LAILLAHAILLALLAH adalah bentengku pertahannanku,dan barang siapa yang memasuki bentengku,ia aman dari seksaanKu” (Hadis Qudsi)
Segala sifat dan perbuatan diri pendekar semuannya terpimpin dalam keredhaan Allah.Jadilah pesilat itu seorang mukmin sejati yang patuh semata-mata kepada Allah sahaja.
Bukanlah kehebatan yang ingin dicari olen pesilat yang sejati tetapi hanya kesaksian yang nyata sebagai hamba Allah yang fakir.Inilah sehebat-hebatnya kesaktian iaitu tiada lain dan tidak bukan hanya ikhlas mentauhidkan Allah dengan sebenar-benarNya.Hanya hamba-hambaNya yang terpilih sahaja yang mencapai maqam ini yang dikatakan maqam tertinggi Ihsan.
Ia juga dikatakan sebagai martabat Insan Kamil.Inilah juga setinggi-tinggi ilmu dan sehalus-halus seni yang ada dalam seni silat yang mana tidak ramai orang yang menguasainya.Mereka yang teristimewa inilah tergolong di dalam golonggan orang-orang yang tinggi ketakwaanya kepada Allah seperti firmanNya yang bermaksud;Sesunggunya orang yang mulia di sisi Allah ialah orang yang mulia disisi kalangan kamu” (Surah Al Hujurat:13)
Fahamilah bahwa kesempurnaan seorang pesilat terletak pada keilmuan,amalan dan tingkah laku zahir dan batinnya.Dari itu peliharalah amanah yang mulia ini kerana pendekar mukmin akan berjalan diatas pimpinan agamaNya.Ingatlah agama bukanlah mainan yang boleh dijadikan alat,”apabila wangi dipakai,layu dibuang”.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:”Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada di dalam makam Amin. (Al-Jaatsiyah:51)
Inilah perjuangan Kyai Kangjeng Sunan Kali Jaga dan penerusnya,semoga Allah meredhai dan memberi kekuatan keatas kita, dan mencucuri rahmat keatas rohnya.Sekian Wassalam,Amin Ya Rabbal’alamin.
Assalamualaikum,
Alif, anda boleh telefon saya . Maaf tidak nampak komen dari anda. Berkenaan yuran anda jangan risau. kalau anda yakin dan benar-benar berminat, tunjukkan. Datang ke Kajang.
Kak Siti , minta maaf belum ada kesempatan nak membaca. Yg dulu-dulu pun belum habis baca. Di tempat baru ni pun masih di cari orang, Hmm…hari tu baru sampai di LCCT dah ada orang menunggu, suami akak la. Peluang untuk menelaah bahan-bahan bacaan dah kurang sekarang, nak menulis pun agak kalut sekarang sebab bukan boleh sebarang tulis, kan?
ILMU TITIK SEMBILAN – Rahasia Wudu dan Kekuatan di Tangan
Langkah Pertama: mengerti wudu dan pentingnya tangan
Oleh Shaykh Hisham al-Kabbani
Allah (swt) menunjukkan kepada kita apa yang benar apa yang salah. Dan apa yang benar telah dijelaskan dengan sangat baik oleh Nabi (s.a.w.), dan apa yang salah telah dijelaskan dengan baik sekali oleh Nabi (s.a.w.). Dan apa yang menguntungkan kita, Nabi s.a.w. adalah yang pertama kali menjelaskannya. Wa ma arsalnaaka illa rahmatan lil ‘alameen. Apapun yang menguntungkan kita, dia bertanggung jawab untuk menyampaikannya, atau dia akan ditanya mengapa dia menyembunyikannya.
Allah (swt) mempercayakan kepada Nabi dengan apapun yang Dia ciptakan, dan apapun yang Dia ciptakan dilepaskan (dikeluarkan) melalui risalah Nabi. Jadi melalui risalah (pesan) Allah, Nabi s.a.w. mampu untuk mencapai setiap orang, baik selama waktu (hidup) nya maupun setelah waktu (hidup) nya. Dia adalah yang pertama kali mengajarkan kepada para Sahaba (r.a.) penggunaan energy dan apa yang tersedia dari berbagai kekuatan berbeda di sekitar kita di dunia ini.
Terdapat banyak cara yang ditunjukkan Nabi s.a.w. kepada kita dalam upaya penyembuhan, salah satunya adalah yang diuraikan dalam Hadith orang buta yang meminta Nabi s.a.w. untuk memulihkan pandangan matanya. Nabi mengajarkan kepadanya doa untuk dibaca, tetapi dia tidak mengatakan kepadanya, .Pergilah dan baca doa ini..
Dia s.a.w. berkata kepada orang buta itu, .Langkah pertama adalah pergilah ke tempat mengambil wudhu dan ambila wudhu.. artinya wudhu adalah awal (pembukaan) dari penyembuhan untuk setiap penyakit. Jika kamu tidak memiliki wudhu, upayamu untuk menyembuhkan penyakit itu akan minimal.
Kemanapun kamu mencapai, tingkat tinggi dalam perjuangan melawan ego dan mencegah keinginan ego, gunakanlah kekuatan (wudhu) itu bila kamu menentang ego itu, bangunlah kekuatan itu lebih besar dan lebih besar lagi, ketika energy negative meninggalkan kamu, energy positive (akan) bertambah. Tetapi dengan (cara) wudhu yang ruibuan kali lebih kuat dari pada apa yang biasanya. Jadi Nabi (s.a.w.) berkata, .Pergilah ambil wudhu..
Level pertama wudhu
Ketika kamu mengambil wudu, selain membaca niat apa yang pertama kali dikerjakan ? Itu adalah membasuh tangan sampai pergelangan, dan di antara jari-jemari. Ketika kamu membasuh kedua tangan, itu artinya gerak pertama yang kamu lakukan adalah menggunakan kedua tangan itu, jadi energy level pertama berada di kedua tangan.
Itulah mengapa kamu melihat orang yang berusaha belajar dan mengutip cara-cara Islam, khususnya orang India dan China yang meyakini Bhuddism, pertama kali mereka gunakan kedua tangan mereka sebagai sebuah methoda untuk melepaskan energy dari tubuh mereka, karena mereka mengumpulkan energy melalui tubuh mereka seperti seperti sebuah piringan, atau sebuah parabola.
Mereka mengumpulkan energi ini dan melepaskannya melalui kedua tangan mereka. Tubuh bertindak sebagai sebuah penampung energy. Melalui olah gerak mereka yang beragam dari latihan berat kepada keseluruhan tubuh, mereka mulai mendapatkan energy jenis itu dan meng-konsentrasikannya dan melepasnya melalui kedua tangan mereka. Untuk menyembuhkan orang sakit. Tiap segala sesuatu yang mereka gunakan dalam penyembuhan memiliki efek penggunaan energy.
Contoh terbaik dari hal ini adalah pembedahan laser, yang melalui technology modern, menggunakan cahaya laser untuk menyembuhkan penyakit mata dan bahkan kebutaan. Mereka tidak lagi menggunakan peralatan (tangan), hanya laser. Jadi orang buta tadi, ketika dia bertanya kepada Nabi s.a.w., Nabi memberinya sebuah petunjuk kunci bahwa melalui pelepasan energy, kebutaan itu akan pergi. Empat belas abad yang lalu Nabi s.a.w. menyembuhkan kebutaan melalui energy. Jadi apa yang kita pelajari dari peristiwa ini ?
Ambil wudhu, dan sucikan dirimu.
Itulah dia s.a.w. berkata, .Senjata yang melindungi kamu dari musuh adalah adalah wudhu..
Wudhu dapat melepaskan energy dan membakar (penyakit) nya dengan melepaskannya melalui kedua tangan. Orang buta itu belajar dari situ dan memanfa.atkannya, yang akan kita bicarakan kemudian.
Gerak wudhu
Orang (buta) tadi mengalami berbagai gerak yang berbeda-beda dan disembuhkan serta merta dari kebutaannya. Maka, ketika kamu mengambil wudhu :
Basuhlah kedua tanganmu dan kemudian saling gosokkanlah keduanya; putarlah tangan kanan pada tangan kiri dan tangan kiri pada tangan kanan. Kamu tidak boleh memulai dari tangan kiri memutari tangan kanan; kamu harus memulai dengan tangan kanan memutari tangan kiri; kemudian, bersihkan di antara jari-jemari dan jalin (silangkan)lah jari tangan satunya dengan jari tangan lainnya, berbentuk seperti ini, dengan jempol kanan berada di sebelah kiri dan jempol kiri berada di sebelah kanan.
Mereka menggunakan ini dalam methoda penyembuhan Buddhist tanpa mengetahui rahasia Islam. Mereka melepaskan energy ini ke daerah tubuh yang terkena penyakit. Pertama kali, kamu menggunakan sepuluh jari. Sepuluh (10) adalah kekuatan energy computer, satu dan nol. Energy itu yang Allah ajarkan kepada para programmer computer disalurkan kepada computers melalui tangan, dan kamu melihat semua keajaiban kekuatan computers.
Jadi jika computer itu memiliki kekuatan besar, energy itu dapat juga disalurkan untuk penyembuhan. Merka menggunakan itu tanpa mengetahui sebab-musababnya; mereka tidak tahu aspek Islam nya, yang adalah satu dan nol. Itulah sebabnya jika kamu membuka tanganmu dan menarik sebuah garis yang menghubungkan ujung-ujung jari kamu akan melihat bahwa kamu membentuk sebuah lingkaran. Itu berdiameter 20 cm.
Jadi tangan mewakili tubuh, dan ketika kamu membuka tubuh untuk membentuk sebuah lingkaran, seluruh tubuh berada di dalam tangan, sebagaimana itu diajarkan dalam reflexology. Melalui berbagai titik yang berbeda pada tubuh, kamu dapat disembuhkan. Level lebih tinggi dalam reflexology adalah tidak menyentuh; dalam hal demikian, kedua tangan bertindak sebagai semacam penerima energy positive, dan ketika kedua tangan direntangkan seperti sebuah piringan satellite (sebagaimana diajarkan dalam penyembuhan Islamic), tanpa berpikir atau berkhayal, namun menempatkan tubuhmu sebagai sebuah lingkaran sempurna, energy yang dipancarkan dari cosmos disalurkan kepadamu dan tubuhmu menerimanya, menyerapnya masuk kedalam tubuhmu dan meng-konsentrasikannya melalui jantung. Ini adalah sebuah teknik meditasi 15-menit yang akan kita bicarakan nanti.
Secara symbolis, inilah bagaimana seluruh tubuh adalah sebuah lingkaran dan tangan adalah sebuah lingkaran. Tubuh itu mendapatkan energy itu, menerimanya dari tangan kiri dan tangan kanan, dan menyalurkannya kedalam tubuh.
Jadi ketika kamu mulai membasuh kedua tangan dan menggosokkannya untuk meng-aktivkan mereka, itu adalah isyarat tentang satu dan nol, dan kamu sesungguhnya meng-aktivkan kode yang Allah telah berikan kepada kita melalui kedua tangan itu. Itulah sebabnya kita mulai menggosok kanan mengelilingi kiri dan kiri mengelilingi kanan. Jika kamu berdiri di hadapan sebuah cermin, kamu melihat pada refleksi (bayangan) mu bahwa kiri adalah kanan dan kanan adalah kiri. Jika kamu berdiri dengan lengan direntangkan ke samping, kamu melihat lawannya. Jika kamu melihat dari sisi lainnya itu, kiri menjadi kanan dan kanan menjadi kiri. Itu karena kita adalah sebuah bayangan dari kenyataan (hakikat).
Di Langit (Surga) kiri adalah kanan dan kanan adalah kiri. Ini artinya kanan harus tunduk kepada kiri, karena dalam ‘alam al-arwaah, kanan adalah kiri dan kiri adalah kanan. Disini di dunya adalah lawannya : kanan adalah kiri, sedangkan di akhira kiri adalah kanan! Disini di dunya, ketika kita membuat thawaaf keliling Ka.aba Shareef kita bergerak berlawanan arah jarum jam, bukan searah jarum jam, yang adalah bayangan cermin dari arah jarum jam di akhira, dimana kita bergerak kiri ke kanan : searah jarum jam.
Untuk meng-aktivkan kekuatan itu, Allah memberi tahu kita, .Aku meng-aktivkan kekuatanmu dari 99 asma.ul-husna yang Aku stempelkan pada kedua tanganmu..
Menggosok memnimbulkan api dari dua batang kayu. Menggosok menimbulkan energy. Dengan menggosok kedua tangan selama wudu, air mencegah energy dari merembes keluar; itu membekukannya. Itulah sebabnya Silah al-mumin al-wudu (senjata kaum beriman adalah wudhu.) Segera setelah kamu menggosok, itu menimbulkan energy dan dengan menggosok di bawah pancuran air itu akan menahan energy di dalam tubuh untuk dilepaskan kemudian. Ketika kita menggosok kedua tangan kita mempersiapkan energy untuk disimpan dan ditabung untuk digunakan melawan musuh (kemudian).
Ketika kita mau menyembuhkan kita tidak menggunakan air
Menggunakan air sewaktu wudu, kita mengumpulkan dan menyimpan energy. Dalam penyembuhan, kita menggosok tanpa air dan membuka tangan untuk melepaskan energy itu. Bagaimana kode itu di-aktivkan ? Jika kamu melihat pada tangan kanan mu padanya terdapat angka Arabic 18 dan pada tangan kiri terdapat angka Arabic 81. 18 plus 81 menjadi 99 asma .ul-husna Allah, setiap angka teridiri dari satu (1) dan delapan (8). Satu plus delapan (18), dan delapan plus satu (81) bersama menjadi 99. Tambahkan komponen 99 kesemuanya (18 = 1+8 and 8+1 = 81) dan kamu mendapatkan 9 lagi.
Ini menjelaskan arti dari titik sembilan dari diri, yang mewakili sembilan awliya yang bertangtgung jawab terhadap diri. Titik sembilan ini digunakan di dalam Enneagram; sebuah ajaran dari Asia Tengah, dari orang Naqshbandi, yang pernah saya terangkan. Mereka menggunakan ini dalam sebuah cara (interpretasi) linear, padahal dalam kenyataannya itu adalah sebuah lingkarang (ingat pada pengertian thawaf . penterjemah). Jika kamu membahas ini dengan (—-), aku mengajarinya bagaimana menggunakan hal itu. Mereka memiliki sembilan titik peluru yang terdiri dari keseluruhan system, keseluruhan tubuh.
Ketika kamu menggosok-gosokkan jari tangan kamu meng-aktivkan 99 asma .ul-husna Allah, yang pada gilirannya meng-aktivkan titik sembilan itu yang berada di dalam tubuhmu. Dengan contoh kita dapat mengatakan apabila titik sembilan di-aktivkan, penerima itu kini dalam posisi .menyala., energy masuk ke dalam (tubuh), itu mulai menerima, dan itu dibuat digital dan dilepaskan sebagai sebuah gambar dan sebuah suara, sangat mirip dengan yang kita lihat dalam masa kini dengan technology digital.
Demikian juga, tangan itu adalah lingkaran, dan ketika kita menggosok-kan mereka dan membuka mereka (kedua tangan kita itu), mereka mulai bertindak sebagai lingkaran satu terhadap lainnya, mengambil energy apapun yang mereka terima dan mengelolanya. Itulah sebabnya dalam ilmu bela diri mereka menggunakan kedua tangan, namun mereka tidak mengerti mengapa itu (kedua tangan) merupakan energy; mereka tidak mengerti tentang 99 asma .ul-husna dan bagaimana mereka dilindungi melalui (oleh ? . penterjemah) Asma itu. Mereka tidak tahu, meskipun demikian, Allah memberikan kepada siapapun yang Dia suka. Dia membiarkan mereka itu menggunakan kekuatan itu; mereka tahu terdapat kekuatan disitu, tetapi tidak tahu mengapa. Mereka membuat gerakan cepat dan menggunakan itu untuk membela diri mereka dan melindungi orang lain dan untuk mengalahkan musuh.
Ketika Nabi (s.a.w.) menyembuhkan mata Sayyidina ‘Ali, dia membuka baginya Ilmu Haqiqat itu. Itulah sebabnya melalui energy itu yang dimilikinya dalam kedua tangannya, dia dapat membawa dunia ke pada lututnya, karena energy itulah yang membawa dunia ke pada lututnya.
Jadi ketika kamu meng-aktivkan angka 8 dan angka 1 dan angka 1 dan angka 8 (yang adalah 99 Asma), dalam numerology sembilan sama dengan nol dan kamu tidak menambah apapun dengan kedua (nol dan sembilan) angka itu, karena itu tidak lagi ada (exist). Itu berarti penyerahan diri, penyerahan diri secara sempurna, ketika kamu meng-aktivkan energy itu kamu dibawah penyerahan diri energy, berserah diri kepada energy Langit yang mendatangi.
Menjadi sebuah pipa penyalur bagi energi cosmic penyembuh milik Allah
Kamu tidak lagi melihat dirimu yang beraksi, namun energy itulah yang beraksi, kamu menjadi nol. Seperti memasuki sebuah pesawat terbang atau kereta api atau mobil; mereka masing-masing berserah diri kepada orang yang mengemudikan mereka. Kamu berserah diri kepada energy yang mendatangi dan kamu melepasnya ke luar. Tubuh mu menjadi seperti sebuah penerima dan sebuah pemantul. Penerima TV hanya bertindak sebagai penerima yang memantulkan citra (image) itu. Bukanlah mereka yang melakukan pekerjaan itu; itu adalah energy Langit yang melakukan pekerjaan itu.
Itu menunjukkan kepada kita seberapa jauh kita dapat menggunakan dengan angka-angka ini ketika kita meng-akltivkan mereka serentak . angka 18 dan angka 81 – dan pentingnya angka 18 dan angka 81. Kita akan tinggalkan hal itu sampai sessi berikutnya.
Mengapa angka 18 dan mengapa angaka 81? Ini adalah penting, dan bahkan saya tidak tahu apa yang akan datang. Itu adalah sebuah perkenalan kepada techniques berbeda-beda yang mereka mencoba untuk mengutipnya tanpa mengerti latar belakangnya, dan bagaimana mereka dapat memberikan pengaruh lebih banyak melalui penyembuhan mereka.
Jadi setelah menggosokkan kedua tangan dan menyelenggarakan penyaluran energy, kamu masih berakhir pada angka 19. (Disini (kanan) adalah angka 18 dan disini (kiri) angka 81. Gabungkan mereka dan kamu mendapatkan angka 99. Tambahkan angka 9 dan angka 9 ini, kamu mendapat angka 18. Tambahkan angka 1 dan angka 8, kamu mendapatkan angka 9. Jadi kamu meng-aktivkan angka 9.)
Ketika kamu menggosok dan meng-aktivkan angka sembilan itu, kini kamu melewatkan (mengucurkan) air itu (jika kamu memperhatikan, mereka yang tahu bagaimana mengambil wudhu, tidak semua orang tahu untuk saling menyilangkan jari), maka kamu meng-aktivkan angka 10. Angka 10 dan angka sembilan, menjadi angka 19. Dan akhir-akhir ini mereka mendapatkan bahwa setiap ayat dalam al Qur.an adalah pada sistem 19. Dan angka 19 ini, wa yahmilu arsh arrahmani yawmadhin thamaaniyya. ..dan delapan akan, Hari itu, menyangga Singgasana dari Rabb-mu di atas mereka. (69:17) Dan mereka yang memegangi Neraka adalah 19.
Neraka adalah energy, jadi itu adalah kekuatan energy. Kamu meng- aktivkan energy negative untuk menyembuhkan energy negative. Kamu memerlukan racun untuk menyembuhkan racun . itulah sebabnya mereka memberikan kamu antibiotics (jika kamu keracunan oleh ulah virus ). Angka 19 itu adalah jumlah malaikat yang bertanggung jawab terhadap Neraka. Jadi kamu menggunakan energy negative itu yang datang dari mereka ini. Jika kamu mengalikan (negative . penterjemah) dengan negative kamu mendapatkan positive. Kamu menyembuhkan penyakit dengan api yang datang dari Neraka.
Ketika energy itu dilepaskan, itu sama sekali mengkancurkan racun di dalam system itu. Begitulah caranya kamu meng-aktivkan 19 serentak. Angka 8, yang terkait dengan angka 8 disini, angka 1 dan angka 8 dan angka 8 dan angka 1.
Ketika Singgasana Allah datang pada Hari Pengadilan, delapan malaikat memikulnya. Itu artinya mereka memikul angka 1 itu; angka 8 memikul angka 1. Allah mengungkapkan hal ini di dalam kedua tangan kita. Kamu juga meng-aktivkan energy baik ketika kamu melepaskannya. Setelah kamu menghancurkan energi negative dengan energy negative, kamu mau mendandani (memberi busana) mereka dengan angka 8 dan angka 1 (energy baik dari Langit).
Itulah sebabnya orang yang sakit merasa kuat dan bahwa mereka disembuhkan. Ketika kamu meng-aktivkan energy Langit dengan menggosok-gosokkan kedua tangan, kamu meng-aktivkan angka sembilan; itu adalah penyerahan diri yang sempurna. Kini kamu membiarkan tubuhmu untuk berserah diri kepada energy cosmic yang kamu terima, yang adalah energyy yang membakar.
Ketika kamu meng-aktivkan angka 10 kamu meng-aktivkan energy itu. Energy negative ini tidaklah buruk karena itu adalah kekuatan dari satu yang negative, dan kamu mengalahkan musuh dengan menggunakan alat yang dipakai musuh. Sebagai contoh hal ini adalah energy dari matahari yang adalah satu energy api, tetapi pada saat yang bersamaan itu menyembuhkan dan berguna. Kamu menggunakan negative untuk menyembuhkan negative untuk menghancurkanya sama sekali. Dengan cara ini, kamu tidak menyisakan apa-apa dengan mereka (membersihkannya), dan kemudian ativkan angka 8 dan angka 1.
Insha‘Allah kita akan teruskan dengan lebih banyak lagi mengenai penyembuhan ini segera.
Bi hurmat al-habib bi hurmat al-Fatiha.
Assalaamualaikum, ye tok PS,
Waauu, begitu teristimewa ilmu wudhu ini dan ilmu titik 9 ini. Kak dah baca, dah salin pun, printer rosak, giginya tak menulis lagi, sebab kak tertarik kertas yang terlekat sikit dulu ni, langsung dia merajuk. Cuma ada yang tak berapa pasti, instructionnya – jempol tangan – apa makna jempul tu – silangkan jari tu adakah macam nurse mencuci tangan kena temukan kedua tapak tangan berhadapan each other dan jari jemari keduanya diselisihkan antara masing2 partner dan digosok2kan jari jemari itu dengan partner masing2 manakala ibu jari tertinggal sebab dia jauh, jadi terpaksa gosok dia dengan menggenggamnya dengan tang yang satu lagi dan pusing2kan golek2kan ibu jari tu didalam genggaman tangan yang satu lagi tu, kemudian tukarkan ke ibu jari satu lagi. Adakah begitu? dan satu lagi tangan disusun tapak keatas belakang tangan yang satu lagi, dan digosok2 turun naik kehujung dan kepangkal jari. Adakah begitu?
Kduanya – boleh kak buat sikit cikit je pembetulan untuk tok PS? Antibiotics diberikan untuk jangkitan BAKTERIA, antiviral yang amat sedikit adanya la ni untuk virus. Sebabnya masih banyak virus yang belum ada antinya…. sebab tu kalau sakit tekak yang disebabkan virus infection (viral infection) doktor tak bagi antibiotic pun, tapi kalau doktor private kekadang dia bagi juga – katanya nak cover juga just in case – tu yang merosakkan – sebab jika virus masih belum banyak antiviral yang ada. Jika ada pun macam H1NI tu kena bagi segera dalam the first 48 hours of fever – begitu juga dengan kalau terkena Herpes Simplex (ulcer pada bibir mulut kedua2 sudut sekali) demam tinggi melayup tiba, bola mata sakit macam nak lekang, kepala sakit, kena bagi antiviral khas dalam masa the first 24hours demam. jika tak ianya tak berapa effektif lagi. Dengue masih belum ada antinya – dengue tu disebabkan virus yang dibawa oleh nyamuk aedes – ada aedes nanti ada dengue.
maaf, jangan marah ye, ni untuk kongsi pengetahuan bagi tok ps lagi smart and knowing. kak tahu faktanya kalau tak betulkan nanti akan dipersoalkan pula ye tak???
k, wasalam.
Assalamualaikym wbt….
GERAK FAQIR
(Satu cabang Ilmu Silat Batin Sunan Kalijaga di dalam Seni Silat Gerak Makrifat)
Pengenalan : GERAK FAQIR.(1)
Seseorang Hamba adalah Faqir dimana Gerak dan Diam adalah takluk dalam Kudrat dan Iradat ALLAH. Kita hanya mempunyai kudrat memohon tetapi tiada kudrat melakukannya….walaupun hanya mahu meminun secawan air atau mengerakkan hujung jari, melainkan datangnya gerak Kudrat dan Iradat dari ALLAH. Justeru itu gerak dan jurusnya hanya dimohon kepada ALLAH.
Para pengamal Gerak Faqir yang benar pelajarannya akan memiliki kunci rahsia Nafas dan rahsia memohon qudrat ALLAH. Dengan kunci tersebut serta keyakinan yang benar, para ahli Gerak Fakir mampu menggunakannya dengan pelbagai hajat, samaada untuk dirinya atau membantu orang lain seperti perubatan dan lainnya.
Para pengamal Gerak Faqir wajib sentiasa Syuhudkan dirinya di dalam keFaqiran disisi ALLAH, tiada baginya Ilmu, adapun segala kehebatan dan kekuatan adalah milik ALLAH. Sesungguhnya ALLAH cinta kepada hambaNya yang merendah diri dan menyeru padaNya memohon pertolongan. ALLAH akan makbulkan segala permohonan hambaNya dalam apa jua perkara kebaikan, insya Allah.
Ahli Gerak Faqir dilarang bertuhan pada kekuatan diri, ilmu atau amal melainkan wajib melatih diri kepada Tauhid Syuhudiah atau Tauhid Wujudiah dengan segala kelebihan yang dimiliki.
“Apa jua kehebatan yang dimiliki tetap tidak boleh memecahkan pintu takdir ALLAH.”
(petikan kalam Hikam Syeikh Ibnu Athoillah As-Sakandari(r.a) )
petikan dari kalam Guruku Al faqir ilaLlah Syeikh Asy-Syathari wal Qadiri.
Mukaddimah: GERAK FAQIR.(2)
GERAK FAQIR adalah latihan menfanakan diri dalam gerakan silatnya sehingga mencapai Syuhudiah atau Wujudiah. Ianya merupakan satu cabang daripada amalan Tarekah Syatariah yang di susun oleh beberapa orang Syeikhnya ketika dahulu bagi digunakan sebagai ilmu duniawi dan diajar kepada pejuang-pejuang Islam dalam menentang kuasa penjajah di Nusantara.
Ia juga bermatlamat menzahirkan kehebatan ilmu ALLAH dalam menundukkan segala ilmu yang batil sama ada daripada manusia, syaitan atau jin. Ia diajar secara terbuka kepada umun yang mempunyai semangat untuk memperjuangkan agama dan mempertahankan tanah air. Peraturannya tidaklah seketat sebagaimana mengamalkan amalan Tarekah Syathariah.
Ia suatu latihan mematikan diri dan membangkitkan tenaga alam nur. Dengan jalan makrifat dan rahsia nafas, para pengamal Gerak Faqir melatih dirinya denga teknik tertentu dari satu tahap ke satu tahap sehingga mereka benar-benar boleh memahami dan menguasainya. Insya Allah pada tahap tertentu , mereka mampu melakukan perkara-perkara luar biasa mengikut keperluan tanpa melalui amalan, wirid atau hizib tertentu.
Namun hal tersebut bukannya boleh dijadikan pertunjukan kerana tiada jaminan ianya boleh berlaku setiap masa, sebaliknya bergantung kepada kehendak ALLAH.
Dasar-Dasar: GERAK FAQIR(3)
Asas Gerak Faqir adalah Tauhid Tasawuf. Dasar Gerak Faqir terbahagi pada tiga bahagian, iaitu:
a) Tauhid I’tiqadiah
b) Tauhid Syuhudiah
c) Tauhid Wujudiah
Tauhid I’tiqadiah adalah Tauhid Ilmu KeTuhanan Ahlu Sunnah Wal Jamaah aliran Asya’irah dan Al-Maturudiah. Ianya telah dihurai dalam perbahasan ilmu tauhid yang dikenali dengan sifat dua puluh. Tauhid ini adalah tauhid ilmu yang mengesahkan pegangan seseorang dengan akidah Ahlu Sunnah Wa Jamaah.
Seseorang mukmin tidak sepatutnya hanya berhenti pada tauhid ini kerana mereka amat mudah tergelincir kepada iktikad muktazillah atau qadariah dalam pengamalan dan kehidupan. Ini disebabkan hati mereka terhijab dengan diri dan hukum asbab sehingga tiada wujud Tuhan, baik dari sudut perkataan dan pengamalan.
Tauhid Syuhudiah adalah tauhid yang berasaskan cahaya hati dimana hati mereka sudah tersyuhud kepada Allah dalam setiap gerak dan perlakuan. Tauhid ini menyempurnakan seorang itu dalam akidah Ahli Sunnah Wa Jamaah. Tauhid ini diperolehi hasil dari amalan tareqah yang menghimpunkan zikir, mujahadah, muraqabah dan tawajuh.
Tauhid Wujudiah ialah perasaan keleburan yang tinggi sehingga fana ia daripada melihat wujud yang lain melainkan wujud Allah semata-mata. Ia adalah hasil dari latihan zikir dan musyahadah di bawah bimbingan mursyid. Sampai pada peringkat ini, maka barulah seorang itu mencapai kesempurnaan tauhid Ahlu Sunnah Wa Jamaah yang hanya melihat satu wujud saja, yakni wujud Allah semata-mata. Maka hancurlah Ananiahnya (keAkuan dirinya), tiada baginya terhijab dengan amal dan pergantungan pada asbab. Ia juga di kenali dengan Wahdatul Wujud dalam Dzauqiahnya.
3 Langkah: GERAK FAQIR.(4)
Mempelajari ilmu Gerak Faqir bukan silat semata2, tapi ia adalah ilmu atau jalan Makrifah menuju pada ALLAH. Guru dan Ulama dahulu mengolah ilmu yang sesuai dengan keadaan semasa itu sehingga diberi ilham dan kekuatan untuk tujuan berjihad kejalanNya. Kaedah ilmu ini mendzahirkan kehebatan ilmu ALLAH dlm menundukkan segala ilmu yang batil baik dari ilmu hitam, jin dan syaitan atau boleh digunapakai untuk ilmu perubatan dan sebagainya.(baca pengenalan dan mukaddimah gerak faqir).
Gerak Fakir adalah gerakan yang berasaskan kepada 3 LANGKAH.
1.Niat (IRADAT)
2.Makrifat(HUBUNGAN DGN ALLAH)
3.Gerak(KUDRAT/ILMU)
Gerak Faqir adalah datang dari Gerak Allah S, dan memahami ILMU mnFANAkan dirinya.
Gerak Fakir juga menjalani 4 TAHAP.
1.Mematikan diri(PENUMPUAN)
2.Gerak Silat.
3.Mengetahui Gerak Musuh.
4.Kebal tubuh dari segala senjata.
Segala pelajaran 4 tahap ini bukan berdasarkan amalan, wirid atau petua tertentu tapi berdasarkan pada MAKRIFAH kepada ALLAH.
Untuk mencapai makam makrifat perlu pada ilmu TAUHID TASAWWUF.(baca dasar2 Gerak Fakir). Sesungguhnya seseorang yang benar benar mencapai makrifat kepada ALLAH, dia adalah raja dunia dan akhirat. padanya akan keluar segala ilmu, hikmah dan barakah.
Dalam Gerak Fakir bukan buah, bunga atau gerak tari yang menjadi ukuran, tetapi paling penting ialah ia benar-benar berada dalam GERAK ALLAH.
“Apa jua kehebatan yang dimiliki tetap tidak boleh memecahkan pintu takdir ALLAH”
(petikan kitab Hikam Syeikh Ibnu ‘Athoillah).
Makrifat, Niat dan Gerak. GERAK FAQIR(5)
Makrifat adalah ilmu pengenalan dengan Allah. Seseorang itu wajib mengenal Tuhannya. Awal pengenalan dengan Tuhannya adalah dengan mengenali DIRInya sendiri. Ringkasnya pengenalan mengikut Gerak faqir adalah memahami 7 SIFAT MAA’NI iaitu:
1: Kudrat(kuasa)
2: Iradat(kehendak)
3: Ilmu(ilmu)
4: Hayat(hidup)
5: Sama'(mendengar)
6: Basar(melihat)
7: Kalam(berkata-kata)
Ketahuilah bahawa sifat AL-HAYAT adalah ‘ketua’ bagi segala sifat, manusia boleh hidup tanpa 6 sifat (melihat, mendengar, berkata-kata, ilmu, kuasa, kehendak) tetapi tanpa al-Hayat, maka manusia akan mati. NAFAS adalah dari Ruh al-Hayat.Hidup jasad dengan nafas, hidup nafas dengan sifat al-Hayat Allah.
Niat adalah gerak hati. Gerak hati adalah kuasa pilihan yang diberi oleh Allah pada setiap manusia. Setiap Gerak(IRADAT) hati akan datang kudrat Allah. Manusia (hakikatnya) tiada kudrat, segala gerak perbuatanya adalah gerak Allah(KUDRAT). Allah mengurniakan kudrat tetapi ada kudrat yang diredai dan ada kudrat yang tidak diredai-Nya.
Para pelajar Gerak Faqir wajib mendalami gerak hatinya. Gerak hati wajib dikawal oleh ilmu dan akal yang tunduk kepada wahyu. Gerak faqir adalah datang dari gerak Allah setelah para pelajar berjaya memahami ilmu mematikan dirinya. Maka setelah seorang pelajar itu benar-benar berada pada maqam tiada dirinya (fana), maka akan timbullah disana gerak Allah yang berdasarkan Kudrat, Iradat dan Ilmu-Nya mengikut apa saja niat atau permintaan.
Para pelajar Gerak faqir wajib memdalami dan memahami Aqidah Ahlu Sunnah wal Jamaah yang telah disusun dalam pengajian Sifat 20, wajib juga memahami Tauhid Syuhudiah dan Wujudiah dan juga memahami ilmu rahsia diri(nufus).
Tauhid Syuhudiah dan Wujudiah adalah maqam yang dikurniakan Allah bagi mereka yang bersungguh-sungguh berjalan kepadaNya untuk menyucikan jiwa. Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Barang siapa yang bersungguh-sungguh pada jalanKu, nescaya Aku buka jalan baginya”.
walLahhualam.(Baca, pengenalan, mukaddimah, dasar-dasar dan 3 langkah Gerak faqir).
‘Mati sebelum mati (hakikat nafas) GERAK FAQIR(6)
Berkata Arifbillah,
‘Matikan dirimu sebelum kamu mati’. Maka ‘mati yang pertama’ itu seolah-olah bercerai ruh dari jasad, tiada daya upaya walau sezarah jua pada hakikatnya, hanya Allah jua yang berkuasa, kamudian dimusyahadahkan didalam hati dengan menyaksikan kebesaran iaitu sifat Jalal dan JamalNya dan kesucianNya. Maka mati diri sebelum mati itu ialah dengan memulangkan segala amanah Allah iaitu tubuh jasad ini kepada yang menanggung amanah iaitu ruhaniah jua.
Ditarikkan ‘nafas’ itu dengan hakikat memulangkan dzat, sifat, afaal kita kepada Dzat, Sifat, Afaal Allah yang bererti memulangkan segala wujud kita yang zahir kepada wujud kita yang bathin (Ruh). Dan pulangkan wujud Ruh pada hakikatnya kepada Wujud Yang Qadim.
Maka selepas sempurna ‘mematikan diri yang pertama’ hendaklah melakukan ‘mikraj’ iaitu ‘mematikan diri peringkat kedua’ yang dinamakan mati maknawi, iaitu hilang segala sesuatu didalam hatimu malainkan hanya berhadap pada Allah jua. Dengan meletakkan nafas kita melalui alam ‘ampas’ iaitu antara dua kening merasa penuh limpah dalam alam kudus kita iaitu dalam kepala kita hingga hilang segala ingatan pada yang lain melainkan hanya hatimu berhadap pada Allah jua.
‘Mati pada peringkat ketiga’ adalah mati segala usaha ikhtiar dan daya usaha diri kerana diri kita ini tidak boleh melakukan sesuatu dengan kekuatan sendiri sebab manusia itu sebenarnya memiliki sifat ‘Fakir, Dhaif, lemah dan hina’. Dinaikkan ‘tanafas’ hingga ditempatkannya dengan sempurna di ‘nufus’ dengan melihat pada matahati itu dari Allah, dengan Allah dan untuk Allah.
Dari Allah mengerakkan Ruhaniah, dari ruhaniah mengerakkan Al-Hayat, dari al-hayat mengerakkan Nafas, dari nafas mengerakkan Jasad dan pada hakikatnya itu Allah jualah yang mengerakkan sekeliannya. Pada pandangan dzahir perbuatan hamba tetapi pada pandangan matahati perbuatan Allah jua. Maka Syuhud akan Allah pada kosadnya (niat) dan segala gerak dan diamnya sebagaimana firmanNya,
“Dan tiadalah yang melontar oleh engkau ya Muhammad ketika engkau melontar tetapi Allah yang melontar………” .
Wallahhualam.
Kaedah Pengamalan Zikir Nafas GERAK FAQIR(7)
Gerak fakir menyambung perbahasan dengan Ilmu dahulu sehingga benar benar memahami Ilmu Akidah dan perjalanan Rahsia Tajjali Allah. Tanpa kefahaman ilmu ini maka perjalanan seorang murid itu seperti orang yang mengembara tanpa peta yang tepat untuk ditujui, ibarat belayar dengan tiada mengetahui pulau mana yang mahu di tuju. Dengan itu murid mesti menguasai kefahaman Tauhid Syuhudiah A’faal di dalam sifat 20 dan juga Ilmu Martabat Tujuh yang disusun oleh para ulama Sufi untuk menjadi panduan dan mempercepatkan proses ke’Pana’an berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Kamudian murid akan ditalqinkan Zikir Nafas dan Perjalanan Rahsia Solat. Dari perjalanan maqam nafas tersebut maka guru akan membuka rahsia solat dan bagaimana mahu mencapai hakikat solat. Maka solat adalah pintu untuk membuka Makrifat A’faal atau Tauhid A’faal dan pengenalan Rahsia Diri. (Lihat: mati sebelum mati, hakikat nafas). Jika para murid itu benar benar nafasnya berada pada martabat yang dikehendaki, maka kesannya ialah boleh berlaku pergerakan anggota badan diluar kawalan dari gerak akal dan hati. Ia dapat digunakan dalam peperangan, pertempuran, perubatan atau apa juga tujuan keduniaan yang baik, namun tidak boleh di buat pertunjukan.
Kesan kekuatan dan kehebatan yang bersifat RABBANIAH itu melimpah pada mereka seperti tidak akan merasa sakit, tidak binasa, kebal, kasyaf, ilmu ladunni, dapat menembusi alam ghaib, dilihat hebat, gerun, kaseh sayang dan kadang kala rupa jasadnya dlihat muda, tua, cantik mengikut Nur yang ada manusia disisinya dengan Izin Allah. Para mursyid dahulu telah mendalamkan rahsia perjalanan nafas ini kepada para pejuang mereka untuk tujuan peperangan. Namun hal tersebut bukanlah matlamat tapi boleh digunakan dalam keadaan memerlukan sahaja. Matlamat hakiki mereka mengajar para murid kepada hakikat Makrifatullah. wallahualam.
Amalan peringkat/tahap tinggi di dalam Silat Gerak Makrifat, khususnya untuk tujuan perubatan.
ANAK KUNCI GEDUNG KHAZANAH LANGIT DAN BUMI
GEDUNG ILMU, GEDUNG REZEKI, GEDUNG UBAT-UBATAN, GEDUNG SEGALA-GALANYA.
Meliputi langit dan bumi yang dijadikan Allah s.w.t untuk manusia, mohonlah keizinan daripadanya, mohonlah pertolongan daripadanya ( Allah ) dalam segala apa-apa juga perlaksanaan manusia, bertawaqal kepada Allah dan berusahalah bersungguh-sungguh .
PROLOG :-
*Cintailah kepada semua orang dan janganlah benci kepada sesiapa pun
*Merasa senang dengan ucapan-ucapan saja tidak memberi manfaat.
*Berbicara tentang keTuhanan dan,keagamaan dalam kata-kata sahaja tidak membawa anda kemana-mana,
*Timbulkan semua kuasa terpendam dalam diri anda dan zahirkan kegemilangan diri anda yang hakiki itu.
*Penuhkan dirimu dengan kesentosaan dan kebahagiaan.
*Taburkan bibit-bibit kedamaian dan kebahagiaan itu dimana sahaja anda berada dan kemana jua anda pergi.
*Jadikan diri anda api kebenaran yang menyala-nyala, jadikan bunga cinta yang semerbak indah.
*Jadikan ubat kedamaian yang menyamankan, dengan cahaya kerohanian, hapuskan gelap kejahilan.
*Padamkan api permusuhan dan peperangan.
*Suburkan kedamaian dan keharmonian dikalangan manusia.
*Jangan sekali-kali menerima pertolongan dan bantuan dari sesiapa, kecuali Allah.
*Jangan anda pergi kehadapan pemerintah, jangan enggan membantu fakir miskin, janda, anak yatim, jika mereka datang kepintu rumahmu.
Inilah tugas dan misi kita – khidmat kepada manusia, laksanakan tugasmu dengan penuh tanggungjawab dan berani agar guru-guru ( Mursyid ) tidak terasa malu tentang kekuranganmu dihadapan Allah s.w.t dan dihadapan guru-guru kita yang terdahulu dalam salasilah sufi dihari pengadilan.
ANAK KUNCI GEDUNG KHAZANAH LANGIT DAN BUMI
” Jika kamu hitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungnya ”
(Al-Quran : Ibrahim ; 14:34)
Meskipun ada beribu-ribu doa, bacaan dan amalan oleh orang-orang Sufi, namun ada beberapa formula yang tertentu yang lebih darjat dan manfaatnya, seperti yang dikemukakan disini, yang digelar “Maqalad as-Samawi wal-Ard” yang bererti “Kunci Pembuka Khazanah Langit dan Bumi”. Meskipun khas untuk menyembuhkan penyakit – mengelakkan penyakit pada sehari bacaan itu diamalkan – faedah dari sebutan itu bukan terhad kepada penyakit badan sahaja tetapi juga penyakit yang lain, seperti tersebut dalam hadith.
Adalah dikhabarkan bahawa Uthman ibn Afan r.a. telah meminta penjelasan lanjut tentang firman Allah berkaitan dengan Kunci Pembuka Khazanah langit dan bumi ( yang tersebut beberapa kali dalam al-Quran), Nabi Muhammad s.a.w berkata kepadanya : ” Kamu bertanya kepada saya , yang orang lain belum bertanya, kunci pembuka khazanah Langit dan Bumi itu adalah sebagai berikut:-
Lailaha illa llahu wa-llahu akbar
Wa subhan Allahi wal-hamdulillahi
Wastaghfirullah alladhi la illaha illa hu
Wal awwalu, wal-akhiru, waz-zahiru wal batinu
Yuhyi wa yumit Wa Hua Hayyun la yumutu
Bi-yadihil-khayr wa huwa ala kulli shay’in Qadir
Ertinya :
Tiada yang disembah melainkan Allah, Allah Maha Besar,Maha Suci engkau segala puji bagi Allah. Aku mohon ampun kepada Allah, tiada Tuhan yang patut disembah melainkan dia. Dia yang awal, dia yang akhir, dia yang zahir,dia yang bathin, yang menghidupkan, yang mematikan. Dia yang hidup tanpa mati, padanya segala kebaikan dan ia berkuasa atas segala sesuatu.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda. ” Wahai Uthman ! – Barang siapa membacanya 100 kali sehari akan dikurnia 10 faedah:-
PERTAMA : Segala dosanya yang lalu akan diampun.
KEDUA : Terlepas dari siksaan neraka.
KETIGA : Dua orang Malaikat dilantik untuk memeliharanya siang dan malam daripada penyakit dan kesiksaan.
KEEMPAT : Dia dikurniakan perbendaharaan rahmat dan berkat.
KELIMA: Dia mendapat pahala seperti orang yang membebaskan 100 orang hamba abdi daripada keturunan Nabi Ismail r.a.
KEENAM : Dia diberi pahala seperti membaca seluruh al-Quran, Zabur, Taurat dan Injil.
KETUJUH : Sebuah rumah akan didirikan untuknya disyurga.
KELAPAN : Dia akan berkahwin dengan seorang bidadari syurga.
KESEMBILAN : Dia akan dipermuliakan dengan mahkota kemuliaan.
KESEPULUH : Permohonan keampunannya bagi 70 orang saudaranya akan dimakbulkan.
Wahai Uthman !, kalau kamu mampu, janganlah lupa membacanya setiap hari, kamu akan termasuk dalam golongan orang-orang yang berjaya dan melampaui orang-orang yang sebelum kamu dan selepas kamu.
Amalan tahap guru di dalam Gerak Makrifat
ANAK KUNCI GEDUNG KHAZANAH LANGIT DAN BUMI
GEDUNG ILMU, GEDUNG REZEKI, GEDUNG UBAT-UBATAN, GEDUNG SEGALA-GALANYA.
Meliputi langit dan bumi yang dijadikan Allah s.w.t untuk manusia, mohonlah keizinan daripadanya, mohonlah pertolongan daripadanya ( Allah ) dalam segala apa-apa juga perlaksanaan manusia, bertawaqal kepada Allah dan berusahalah bersungguh-sungguh .
PROLOG :-
*Cintailah kepada semua orang dan janganlah benci kepada sesiapa pun
*Merasa senang dengan ucapan-ucapan saja tidak memberi manfaat.
*Berbicara tentang keTuhanan dan,keagamaan dalam kata-kata sahaja tidak membawa anda kemana-mana,
*Timbulkan semua kuasa terpendam dalam diri anda dan zahirkan kegemilangan diri anda yang hakiki itu.
*Penuhkan dirimu dengan kesentosaan dan kebahagiaan.
*Taburkan bibit-bibit kedamaian dan kebahagiaan itu dimana sahaja anda berada dan kemana jua anda pergi.
*Jadikan diri anda api kebenaran yang menyala-nyala, jadikan bunga cinta yang semerbak indah.
*Jadikan ubat kedamaian yang menyamankan, dengan cahaya kerohanian, hapuskan gelap kejahilan.
*Padamkan api permusuhan dan peperangan.
*Suburkan kedamaian dan keharmonian dikalangan manusia.
*Jangan sekali-kali menerima pertolongan dan bantuan dari sesiapa, kecuali Allah.
*Jangan anda pergi kehadapan pemerintah, jangan enggan membantu fakir miskin, janda, anak yatim, jika mereka datang kepintu rumahmu.
Inilah tugas dan misi kita – khidmat kepada manusia, laksanakan tugasmu dengan penuh tanggungjawab dan berani agar guru-guru ( Mursyid ) tidak terasa malu tentang kekuranganmu dihadapan Allah s.w.t dan dihadapan guru-guru kita yang terdahulu dalam salasilah sufi dihari pengadilan.
ANAK KUNCI GEDUNG KHAZANAH LANGIT DAN BUMI
” Jika kamu hitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungnya ”
(Al-Quran : Ibrahim ; 14:34)
Meskipun ada beribu-ribu doa, bacaan dan amalan oleh orang-orang Sufi, namun ada beberapa formula yang tertentu yang lebih darjat dan manfaatnya, seperti yang dikemukakan disini, yang digelar “Maqalad as-Samawi wal-Ard” yang bererti “Kunci Pembuka Khazanah Langit dan Bumi”. Meskipun khas untuk menyembuhkan penyakit – mengelakkan penyakit pada sehari bacaan itu diamalkan – faedah dari sebutan itu bukan terhad kepada penyakit badan sahaja tetapi juga penyakit yang lain, seperti tersebut dalam hadith.
Adalah dikhabarkan bahawa Uthman ibn Afan r.a. telah meminta penjelasan lanjut tentang firman Allah berkaitan dengan Kunci Pembuka Khazanah langit dan bumi ( yang tersebut beberapa kali dalam al-Quran), Nabi Muhammad s.a.w berkata kepadanya : ” Kamu bertanya kepada saya , yang orang lain belum bertanya, kunci pembuka khazanah Langit dan Bumi itu adalah sebagai berikut:-
Lailaha illa llahu wa-llahu akbar
Wa subhan Allahi wal-hamdulillahi
Wastaghfirullah alladhi la illaha illa hu
Wal awwalu, wal-akhiru, waz-zahiru wal batinu
Yuhyi wa yumit Wa Hua Hayyun la yumutu
Bi-yadihil-khayr wa huwa ala kulli shay’in Qadir
Ertinya :
Tiada yang disembah melainkan Allah, Allah Maha Besar,Maha Suci engkau segala puji bagi Allah. Aku mohon ampun kepada Allah, tiada Tuhan yang patut disembah melainkan dia. Dia yang awal, dia yang akhir, dia yang zahir,dia yang bathin, yang menghidupkan, yang mematikan. Dia yang hidup tanpa mati, padanya segala kebaikan dan ia berkuasa atas segala sesuatu.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda. ” Wahai Uthman ! – Barang siapa membacanya 100 kali sehari akan dikurnia 10 faedah:-
PERTAMA : Segala dosanya yang lalu akan diampun.
KEDUA : Terlepas dari siksaan neraka.
KETIGA : Dua orang Malaikat dilantik untuk memeliharanya siang dan malam daripada penyakit dan kesiksaan.
KEEMPAT : Dia dikurniakan perbendaharaan rahmat dan berkat.
KELIMA: Dia mendapat pahala seperti orang yang membebaskan 100 orang hamba abdi daripada keturunan Nabi Ismail r.a.
KEENAM : Dia diberi pahala seperti membaca seluruh al-Quran, Zabur, Taurat dan Injil.
KETUJUH : Sebuah rumah akan didirikan untuknya disyurga.
KELAPAN : Dia akan berkahwin dengan seorang bidadari syurga.
KESEMBILAN : Dia akan dipermuliakan dengan mahkota kemuliaan.
KESEPULUH : Permohonan keampunannya bagi 70 orang saudaranya akan dimakbulkan.
Wahai Uthman !, kalau kamu mampu, janganlah lupa membacanya setiap hari, kamu akan termasuk dalam golongan orang-orang yang berjaya dan melampaui orang-orang yang sebelum kamu dan selepas kamu.
Pengijazahan hanya kepada yang layak sahaja. Wassalam.
Kaedah Penyembuhan Titik 9 ( Penyembuhan Tapak Tangan)
Sekitar Energi dan Bagaimana Penyembuhan Spiritual Bekerja
Penyembuhan spiritual bukanlah merupakan proses yang misteri sama sekali, melainkan sangat luas dan terbuka, walaupun seringkali cukup kompleks. Teknik-teknik penyembuhan spiritual melibatkan medan energi yang terdapat di sekitar kita masing-masing. Setiap orang memiliki suatu medan energi atau suatu aura yang mengitari dan menembusi tubuh fisikal. Medan ini sangat erat berhubungan dengan kesehatan manusia.
Dalam budaya yang berbeza, energi dikenal dengan nama yang berbeza-beza. Kata ‘energi’ mengacu kepada :Ki dalam kebudayaan Jepun. Chi dalam kebudayaan Cina, Prana dalam kebudayaan Hindu, Qudra dalam kebudayaan Arab
Energi adalah nafas kehidupan yang dipancarkan kepada kita dari Yang Wujud, Yang Maha Perkasa dan Baqa, yang memelihara seluruh manusia beserta seluruh ciptaan-Nya. Energi yang mengatur pola pikir dan emosi kita adalah sumber dari kekuatan hidup kita dan merupakan faktor yang menggerakkan dalam seluruh mahkluk hidup. Ia berputar melalui tubuh kita dan dapat pula digunakan sebagai kekuatan untuk penyembuhan. Itulah yang merupakan sumber dari seluruh pergerakan di dunia ini. Bila tubuh manusia kehilangan nafas kehidupan ini, maka energi asal (atau kekuatan hidup) akan meninggalkannya, membiarkan tubuhnya untuk membusuk. Tubuhnya kembali ke asalnya yang bersifat bumi, dan rohnya kembali ke asal dari energi rohaniah yang bersifat malaikat. Energi ini tak pernah hilang dan tetap ada, tanpa rahasia dari sifat alamiahnya dimengerti oleh ilmu pengetahuan dan pengobatan moden (alopati).
Energi rohaniah yang tak diketahui ini berada di belakang kehidupan setiap titis darah dari mahkluk yang bergerak, pergerakan di balik setiap sel hidup, dan kekuatan penggerak dari gugusan-gugusan bintang dan galaksi-galaksi. Ia membawa kekuatan yang lengkap dan sempurna yang nyata, aktif dan berkesinambungan. Gerakan dari kekuatan ini adalah asli karena tak sesuatupun dapat tumbuh atau hidup di seluruh dunia ini tanpa luput dari pengaruhnya.
Hal ini terutama dapat diterapkan di bumi, di-tempat2 yang tidak ada pepohonan, rumput, sayuran dan benar-benar tak ada kehidupan yang dapat terwujud tanpa halangan dari energi yang tak nampak dan tak diketahui ini. Dengan energi inilah sebuah tanaman kecil, dapat menyeruak di tengah gurun pasir yang demikian luasnya. Kekuatan hidup rohaniah yang energetik ini memegang organ-organ pembuluh darah, dan seluruh bagian tubuh berada di tempatnya. Bila daya hidup tubuh menghilang, maka hubungan antara organ tubuh menjadi berubah dan terganggu, yang akan mengarah kepada kesakitan, disfungsi organ dan gangguan kesehatan secara menyeluruh.
Kekuatan hidup yang bersifat energi rohaniah tersebut menciptakan medan energi di sekitarnya seperti magnet yang di-charger (diberi muatan) dengan kuat atau elektrod. Kekuatan ini merefleksikan energinya melalui sekujur tubuh manusia dan menjadi kekuatan penggerak hidup di belakang seluruh aktiviti dan prosesnya. Kekuatan hidup tersebut tidak hanya memberikan energi kepada tubuh namun juga memberinya identiti. Seperti sebuah atom yang diberi ciri oleh susunan elektron-elektron, proton dan neutronnya—yang sekaligus merupakan komponen energinya – demikian pula kekuatan hidup rohaniah memberikan energi dan identiti pada jasadnya.
Energi penyembuhan spiritual beranalogi dengan air terjun. Bila sebuah air terjun disalurkan dengan cara yang tepat, maka kekuatannya dapat digunakan untuk menghasilkan energi dan memberikan penerangan. Demikian pula, bila aliran darah disalurkan dengan tepat melalui sistem yang seimbang maka kekuatan penggerak dari energi tersebut akan menguatkan energi dari organ-organ yang lemah.
Dalam organ-organ yang kekuatan hidupnya telah melemah dan berkurang, penyembuhan spiritual akan menambah dan mengaktifkan kekuatan-kekuatan vital ini. Teknik penyembuhan spiritual memungkinkan energi hidup untuk menyebar dengan cepat untuk mengaktifkan anggota yang sakit dan menyembuhkannya.
Fenomena yang sama juga terlihat dalam reaksi atom, di mana kekuatan yang dahsyat dibebaskan dari energi internal atom tersebut. Energi yang dihasilkan secara geometris meningkat, sejalan dengan atom yang diaktifkan dan berenergi menyebarkan energinya ke sekitarnya, membangun reaksi berantai dari pembebasan energi.
Prinsip yang sama dari reaksi atom tersebut digunakan oleh para penyembuh spiritual untuk memusatkan dan mengaktifkan kekuatan hidup yang terdapat dalam diri si pesakit. Mirip dengan cara yang digunakan ahli perubatan moden yang mengarahkan laser untuk menyembuhkan bagian tubuh yang terserang, para penyembuh spiritual mengakses reaksi berantai serupa dari energi yang terdapat di dalam tubuh, menyalurkannya ke bagian yang terserang untuk menyembuhkan sakit dan penderitaan. Bila satu organ mulai sembuh, yang lainnya mengunakan energi yang dibebaskan untuk mengaktifkan dan membebaskan energi dalamnya, yang pada gilirannya akan membangun keseimbangan fisiologi dan bebas dari rasa sakit.
Tiga Fasa Penyembuhan Spiritual
Gaya Universal–atau energi kosmik–meliputi energi-energi dari planet-planet, bintang-bintang, serta galaksi-galaksi, dan apapun yang berada di sekitar kita yang membangkitkan medan energi. Gaya yang menyebar ke seluruh bagian yang sangat luas ini memelihara jiwa kita, roh dan energi dalam dari masing-masing individu dan dalam setiap makhluk hidup. Melalui proses perenungan dari penyembuhan spiritual, seseorang dapat mengakses energi penggerak yang terdapat dalam setiap sel di dalam tubuh.
Energi tersebut disalurkan ke korteks otak, yang merupakan pusat proses dari pikiran kita. Dari sana akan difokuskan dan disalurkan secara intens di dalam inti batang otak, yang diaktikan dan dirangsang dengan kekuatan hidup yang sudah terfokus . Pada gilirannya, impuls dikirimkan ke sistem syaraf otonom, mengatur fungsi tubuh, memeliharanya dalam keseimbangan, dan bebas dari rasa sakit. Konsentrasi energi di dalam otak menyusun fasa pertama dari penyembuhan spiritual.
Proses ini pada gilirannya nanti akan merangsang syaraf vagus untuk mengirimkan impuls listrik ke sistem jantung ke simpul sinoatrial, melalui saluran antar simpul, melalui simpul atrioventrikular, menuruni Bundles of His, lalu keluar dari serat Purkinje, lalu ke dalam dinding miokardial untuk memulai sistol. Perpindahan energi yang mengisi jantung ini adalah fasa kedua dari penyembuhan Spiritual. Keadaan-keadaan seperti sakit dada karena kurangnya bekalan darah ke jantung, kegagalan jantung , cardiomiopathy dan tekanan darah tinggi, sebagai tambahan dari banyak penyakit jantung yang berkaitan dengannya, disembuhkan dan pesakit kemudian dapat sihat kembali dan terbebas dari rasa sakit.
Energinya kemudian di pamkan bersamaan dengan darah keluar dari jantung melalui sistem vascular dan dikirimkan ke seluruh tubuh dalam fasa ketiga dari penyembuhan spiritual. Fokus utama dari fasa ketiga ini adalah aorta, yang merupakan saluran bagi gelombang energi yang menyembuhkan yang dibawa oleh darah.
Seiring dengan mengalirnya darah dari jantung, mula-mula dia dialirkan balik ke jantung melalui pembuluh-pembuluh arteri koroner dalam suatu reaksi rantai yang berkesinambungan dan meningkatkan energi di dalam jantung itu sendiri, dengan cara yang mirip dengan matahari meningkatkan cahayanya melalui reaksi intinya sendiri. Siklus ini menghasilkan energi lebih dan lebih banyak lagi, yang dituangkan keluar sistem vaskular dengan titik-titik fokus pada arteri-arteri utama, membekali otak melalui arteri karotid. Ia juga berjalan melewati arteri-arteri subclavian menuju ujung-ujung bagian atas, sirkulasi splanchnic menuju perut, melewati arteri-arteri renal menuju ginjal, dan melalui pembuluh-pembuluh panggul menuju ke ujung-ujung bagian bawah.
Volume titisan darah yang besar bagaikan air terjun yang terjadi dari sungai yang amat besar menuruni sisi jurang dari sebuah gunung yang tinggi. Seluruh tumbuhan dan binatang di sekitar daerah aliran airnya menjadi terawat dan terhidup dengan baik, dan setiap sel di dalam tubuh tersembuhkan ketika gelombang energi rohaniah vital mencapainya.
Sebuah jantung yang sihat akan menguatkan tubuh yang lemah, namun bila jantungnya lemah dan berpenyakit–walaupun dalam tubuh orang yang masih muda–tubuh tak akan sehat dan berusia panjang. Kerana itu, memelihara jantung menjadi prioriti pertama bagi para penyembuh spiritual. Lebih jauh lagi, memelihara otak juga merupakan prioriti penting lainnya untuk menjaga aliran arahan dari otak agar berfungsi dengan semestinya.
TEKNOLOGI GELOMBANG CIPTAAN ILAHI
Pesakit yang dirawat itu tercipta dari dua unsur, iaitu unsur jasad (jisim) dan unsur roh (gelombang).
Ilmu asas kedoktoran iaitu anatomi dan fisiology yang dihidangkan bagi melahirkan para perawat dan doktor selama ini gagal berfungsi kerana telah mengabaikan kajian terhadap kewujudan unsur gelombang (roh) dalam tubuh kasar manusia yang merupakan asal usul kejadian manusia sebelum terbentuknya janin kandungan.
Kewujudan tenaga gelombang mengambil tugas deria kepada tubuh manusia yang membolehkan manusia mendengar melalui gelombang bunyi dan melihat melalui kehadiran gelombang cahaya .
Tanpa cahaya manusia berada dalam kegelapan. Cahaya merupakan zarah halus (microscopic particle) yang tidak boleh disentuh kerana ianya bukan jisim tetapi berupaya menghasilkan tenaga dalam bentuk gelombang.
Segala kewujudan adalah berasaskan tenaga. Tenaga membawa erti keupayaan melakukan sesuatu kerja. Dengan tenaga semua jisim bergerak, berkembang, bergetar. Nabi Adam a.s manusia pertama walaupun lengkap dan sempurna anatominya, terbujur kaku tidak bergerak serta tidak berfungsi selurh sistem tubuhnya sehinggalah menerima tenaga asas iaitu roh.
Begitulah juga dapat disaksikan sebuah telefon bimbit yang terdiri dari komponen beberapa jisim seperti logam, plastik dan lain-lain tidak dapat berfungsi dan gagal menerima pancaran gelombang tanpa kuasa bateri.
Renungkan! untuk telefon bimbit itu berfungsi ianya memerlukan dua eleman penting iaitu menerima pancaran dari rangkaian pemancar dengan melalui media alam semula jadi ciptaan Tuhan.
Bawalah kefahaman ini ke dalam teknologi kejadian manusia dan alam sejagat. Tuhan selaku empunya kepada tenaga mutlak dengan cahaya ilahinya telah menyinari segala kejadian makhluk ciptaannya.
Inilah tenaga gelombang yang menjadi asas kepada Teknologi Gelombang Nur Syifa`yang di amalkan di dalam Akademi Seni Silat Gerak Makrifat.
Mekanisma Rawatan Perubatan Nur Syifa`& Penyembuhan Tapak Tangan di dalam Akademi
Dalam tubuh manusia terdapat bahan kimia yang akan bertukar menjadi racun apabila jumlahnya melebihi keperluan sistem tubuh dalam keadaan normal dan ia juga bertindak sebagai penawar kepada penyakit dan racun bagi memastikan kesihatan berkekalan.
Semua gejala yang lahir serta kelancaran fungsi sistem tubuh adalah dibawah kawalan Sistem Saraf Pusat (Central Nervous System). CNS bekerja secara automatik dengan menerima dan menghantar maklumat serta mengeluarkan arahan tertentu selaku pentadbir tubuh.
Tuhan yang menjadikan manusia dengan keadaan sempurna telah menyediakan segala bahan dan kelengkapan semula jadi yang terdapat pada setiap sistem dan dengannya tubuh berupaya merawat dirinya sendiri dibawah pengawasan CNS.
Tetapi disebabkan oleh beberapa faktor seperti, amalan pemakanan toksid, pencemaran udara, bebanan mental dan fizikal, Miasma keturunan, dan sebagainya menyebabkan ketahanan semulajadi tibuh serta sensitiviti CNS berkurangan.
Ditambah pula dengan penggunaan ubat-ubatan berunsur dadah dan steroid yang secara langsung bertindak terhadap CNS. Akibatnya CNS menjadi lemah dan gagal menjalankan fungsinya bagi merangsang pengeluaran enzim dan mengawal keseimbangan hormon serta menyebabkan kegagalan kepada organ dari terus bertindak yang mnyebabjan kadar toksik meningkat di dalam tubuh dan akhirnya menjadi penyakit.
Kenapa Kita Jatuh Sakit?
Mengapa masih ada serangan penyakit sekiranya sistem imun berkemampuan untuk menghalang dari serangan dan jangkitan penyakit. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan sistem imun kita menjadi lemah atau gagal berfungsi dengan baik seperti
1. Faktor alam sekitar
• Penggunaan bahan kimia di dalam sektor pertanian seperti racun serangga
umpamanya telah menyebabkan makanan menjadi tercemar dan menjejaskan sistem
imun apabila memakannya.
• Radiasi ultra unggu (UV) dari pancaran matahari akibat pemusnahan lapisan
ozon yang berterusan.
• Kajian sainstis menunjukan 10% kes kanser paru-paru berpunca daripada
pembakaran minyak fosil yang terkandung di dalam ekzos kenderaan. Pembakaran
bahan api ini menghasilkan bahan kimia yang sangat bertoksik seperti
polycyclic aromatic hydrocarbons (PAHs)
• Bahan kosmetik yang berasaskan bahan kimia atau mengandungi unsur-unsur
kimia yang boleh membawa pelbagai masalah kesihatan termasuk kanser dan
sebagainya.
2. Faktor genetik atau faktor keturunan
3. Cara hidup yang tidak sihat seperti merokok, alkohol, “stress”, emosi,
kurang rehat dan sebagainya.
4. Pemakanan yang tidak seimbang
5. Rawatan perubatan yang menggunakan antibiotik, steroid, x-ray, vaksinasi dan
seumpamanya telah memberi kesan yang buruk kepada sistem imun.
Apakah ‘Central Nerves System’ ?
Sistem saraf pusat yang bertindak mentadbir dan mengawal tubuh badan daripada sebarang ketidakseimbangan. Mengwujudkan simptom sebagai indikasi ketidakseimbangan.
Contoh : Rasa pening kepala disebabkan berlakunya “electrolyte imbalance” (kekurangan air di dalam badan).
Benarkah Perubatan Kimia Dapat Menyembuh Penyakit Dengan Cepat ?
Rasa sakit merupakan indikasi kepada ketidakseimbangan yang berlaku di dalam tubuh badan. Pengunaan bahan kimia telah menghalang “central nerves system” daripada mengesan masalah tersebut sekaligus menghilangkan indikasi “rasa sakit”.
Akibatnya punca masalah tidak dirawat dan akan menjadi lebih kronik dalam jangka panjang
Memahami Proses Penyembuhan Teknologi Gelombang
Memahami cara penyembuhan teknologi gelombang adalah amat penting difahami oleh pesakit. Walaubagaimanapun, keadaan setiap individu berbeza bergantung kepada tahap penyakit, tenaga serta kekerapan tubuh menerima kaedah rawatan pembenaman terhadap simptom dan tanda serta rasa sakit sahaja.Proses penyembuhan bermula apabila fikiran menjadi semakin tenang, walaupun berlaku kemelaratan kepada fizikal. Kemelaratan yang bersifat sementara ini menunjukkan pembongkaran penyakit mula bergerak ke arah penyembuhan.
Assalamualaikum wbt…
MISTIK DAN MAKRIFAT SUNAN KALIJAGA
“Mempelajari ajaran Sunan Kalijaga sama dengan menggali khazanah lama yang berharga.Banyak kearifan tersimpan di dalam ajaran tersebut. Asal saja kita tidak mudah membidaahkan, maka kita akan menemukan mutiara-mutiara spiritual di dalamnya.”
Kata-kata Sunan, “ Obat , bagaimanapun baiknya adalah racun. Kerana itu, orang yang minum obat lebih dari takarannya akan mati. Ya, kerana obat itu racun! Memang dalam takaran yang tepat , dosis yang kecil , obat akan membunuh penyakit yang di tuju. Coba perhatikan sifat racun.Pembunuh! Dalam takaran yang kecil penyakitlah yang terbunuh. Tapi jika melebihi takarannya manusianya yang terbunuh.”
DOA SUNAN
SUNAN KALIJAGA menyusun beberapa doa dalam bahasa Jawa. Doa-doa yang di susunnya itu berupa kidung atau mantra. Di antara doa-doa dari Sunan, yang amat terkenal adalah kidung “Rumeksa ing Wengi” (perlindungan di malam hari) . Kidung ini juga dikenal sebagai “Mantra Wedha”. Sebagai doa penyembuhan. Kidung ini disebut mantra , kerana jika kidung ini di ucapkan dengan keyakinan yang tinggi akan menghasilkan kekuatan ghaib. Berguna untuk perlindungan dan penyembuhan.
Nabi Muhammad banyak mengajar-kan doa dan mantra. Semua buku”doa dan zikir” pasti memuat mantra. Dari bangun tidur, ke bilik air, berpakaian, makan, keluar rumah, bermusafir, bekerja hingga kembali pulang dan tidur.Terus menerus diiringi doa. Ada sebuah hadis yang berasal darri Abu Hurairah dan diriwayatkan oleh Ibnu majah. Pada waktu itu , Abu Hurairah bertiduran kerana merasakan sakit perutnya. Lalu, Nabi meminta Abu Hurairah untuk bangkit dan berdoa: “Bangkit dan berdoalah kerana sesungguhnya dalam doa terkandung kekuatan untuk penyembuhan.”
Ada dua hal yang perlu diperhatikan dalam berdoa, yaitu keyakinan dan bahasa doa itu sendiri. Yang baik, tentu sahaja yang disertai keyakinan yang tinggi dalam berdoa, dan mengerti mana doa yang diucapkannya. Bahasa Sunan kalijaga itu Jawa maka disusunlah doa mantra berbahasa Jawa. Bagi ulama-ulama dan pahlawan silam yang berguru dengan Sunan pastinya mengubah doa tersebut kedalam bahasa Melayu, bahasa yang dimengerti oleh diri sendiri serta anak murid dan anak cucu keturunannya yang berbahasa Melayu.
Mengapa Sunan Kalijaga perlu menyusun mantra sendiri, kan sudah ada tuntutan doa dari Junjungan Nabi Muhammad ? Kan sudah jelas, bahawa doa itu akan lebih mudah di hayati dan di yakini bila bahasanya dimengerti. Dan, dalam doa yang dipraktikkan secara bersungguh-sungguh, terkandung kerja.”Berdoa artinya bekerja, bekerja artinya berdoa”, kata ungkapan Barat.
PERLINDUNGAN DIRI
Sunan kalijaga adalah seorang pragmatis. Dalam erti, pengetahuan yang dimiliki lebih terkait dengan urusan-urusan praktis dalam kehidupan sehari-hari. Contohnya, ya kidung “rumeksa ing wengi” ini. Setiap hari manusia tidur, khususnya dimalam hari. Namun, malam tetap merupakan sumber berbagai macam kejahatan. Kerana malam merupakan tempat berlindung yang baik bagi perbuatan jahat, keselamatan diwaktu malam sangat penting, agar besoknya bisa melanjutkan kehidupan dibumi ini. Sunan menawarkan doa keselamatan di malam hari. Keselamatan merupakan bahagian pokok dari misi agama. Dan agama apa sahaja kurang memiliki makna bagi pemeluknya, jika tak ada keselamatan yang bisa ditawarkan kepada pemeluknya.
Dalam Al Quran sahaja ada surah yang dibaca sebagai mantra untuk perlindungan dari kejahatan di waktu malam. Surah lain yang dibaca untuk perlindungan diri ketika tidur adalah “ayat kursi”. Yaitu ayat 255 pada surah al baqarah. Tetapi Sunan tidak mengajarkan ayat tersebut untuk penjagaan diwaktu malam. Digalinya perbendaharaan spiritual jawa dan dipadukan dengan ajaran Islam. Lalu dihasilkannya tembang Rumeksa ing Wengi sebanyak 5 bait.
Kidung ini juga dimaksudkan untuk membebaskan diri dari serangan berbagai penyakit. Baik yang bersifat fisik maupun kejiwaan. Kerana itu, di dalam baitnya dinyatakan dengan tegas bahawa kidung ini menyelamatkan diri dari penyakit, semua petaka, jin dan setan, dan perbuatan orang yang salah. Guna-guna pun tak mau mendekat. Bahkan pencuri pun takkan mengarah pada orang yang mengamalkan mantra kidung rumeksa ing wengi. Bagaimana boleh terjadi? Ya boleh, mantra itu kalau dibaca dengan keyakinan dan penghayatan yang tinggi akan membangkitkan suatu daya.
Dengan kata-kata yang sederhana dan dimengerti serta diresapi oleh pembacanya, maka terciptalah energi metafisik dalam diri pembacanya. Perlu diketahui, bunyi atau irama lagu adalah bentuk-bentuk energi. Kerana itu, jangan heran bila tutur kata atau lagu yang di nyanyikan dengan merdu bisa mempesonakan pendengarnya. Energi yang timbul itulah yang selanjutnya membawa kita ke relung terdalam dalam kehidupan kita. Bangkitlah ingsun sejati kita. Tersambunglah daya itu dengan Guru Sejati yang selalu berhubungan dengan Sang Penguasa. Lalu, melalui pikiran kekuatan itu diarahkan kepada yang dituju. Yaitu, untuk pencegahan penyakit, penyembuhan, tolak bala dan petaka, menolak sihir dan guna-guna.
Mengapa mantra bisa mempunyai kekuatan? Sebenarnya, kekuatan metafisik itu melekat pada mantra atau kidung; kerana ayat, mantra atau kidung suci itu wujud dari kekuatan Ilahi. Tidak ada ayat sakti, meski pun dalam al Quran. Memperlakukan dengan hati yang bersih, keyakinan yang bersandar pada Allah semata-mata.
Sesungguhnya setiap orang ini telah dibekali “daya” dan “kekuatan” oleh Tuhan. Cuma, tidak setiap orang mampu membangkitkan daya dan kekuatannya. Sama seperti tangan dan kaki yang kita miliki. Ternyata tidak setiap diri kita ini mampu berbuat terampil dengan tangan dan kakinya. Doa mantra juga begitu. Meski kalimat doa yang dibaca sama, tetapi hasilnya bisa berbeza.
Setiap orang dianugerahi akal oleh Yang Maha Kuasa.Namun , nyatanya tidak setiap orang mampu menggunakan akal fikirannya. Tetapi kekuatan kidung, bukan lahir dari olah fikir. Daya dan kekuatan kidung merupakan hasil dari olah rasa!Didalam olah rasa itulah seseorang mampu menemui diri sejatinya. Ingsun sejati. Perlu diketahui bahawa “aku sejati” atau “ingsun sejati” atau “diri sejati” itu sama sekali berbeza dengan “ego”. Ego adalah “aku” yang dibungkus nafsu. Ego amat terikat oleh pengalaman indrawi. Kerana itu, sasaran ego adalah kepentingan diri sendiri. Pemuasan diri sendiri. Orang lain……., itu soal nanti.
INGSUN SEJATI
Ingsun Sejati ada di dalam rasa. Wa fi sirri ana. Di dalam “sirr” ada Aku. Kalimat ini saya petik dari sebuah hadis qudsi. Ya, didalam rasa itulah Aku. Jika ego memecah belah kemanusiaan, Ingsun Sejati menyatukannya.Jika ego memecah belah “Ingsun Sejati” menjadi serpihan-serpihan “aku”, Ingsun Sejati memegang kendali semua jenis keegoan.
Ego merupakan wujud Iblis yang ada di dalam diri manusia. Jika ego dilatih, akan dihasilkan pula kekuatan, tetapi itu kekuatan jahat. Kekuatan syaitan. Sifatnya hanya menjauhkan manusia dari kebenaran.Bila kita telah menemukan Diri Sejati kita , kita akan diiringkan menuju Guru Sejati, atau Roh Kudus yang ada di dalam diri kita. Dia sebagai tali penghubung antara “ingsun” dan Tuhan. Keyakinan yang kuat dari “Ingsun” yang mampu membangkitkan daya dan kekuatan yang ada di dalam diri. Sarana untuk membangkitkannya adalah mantra atau kidung suci. Kita sedar bahawa “tiada daya dan kekuatan kecuali pada Allah”. Daya dan kekuatan yang ada pada-Nya itulah yang kita berdayakan dengan membaca kidung.
Orang yang beriman menyedari bahawa daya dan kekuatan itu wujud dari Ud uni astajib lakum, “Mintalah kepada-Ku nescaya Aku kabulkan permohonanmu.”Jadi, yang mengabulkan itu adalah Allah. Mantra hanyalah sarana. Cuma alat! Daya yang timbul dari keyakinan dalam membaca mantra itu yang menyatukan antara “aku sejati” dengan “Guru Sejati” ke Samudera Kekuasaan, yaitu Allah sendiri.
Jadi, apa beza di antara ayat-ayat ruqyah seperti ayat-ayat syifa dan ruqyah pembakar jin dan jampi serta mantra? Kedua-duanya tidak mempunyai daya dan kekuatan dan hanya membawa kepada kesyirikan sekiranya mempercayai bahawa ayat-ayat itu mampu membakar dan membunuh jin serta menyembuhkan sakit. Kalau tiada keyakinan pada setiap ayat ruqyah yang dibaca , masakan setiap ayat khusus kepada setiap penyakit dan ayat tertentu khusus untuk membakar jin? Bukankah ini syirik yang nyata? Sedangkan jampi dan mantra tidak khusus untuk sesuatu penyakit, ia hanya suatu sarana / doa menyeru kepada Yang Maha Berkuasa akan pertolongan-Nya , satu kaedah bertawassul sepertimana yang di ajarkan oleh Rasulullah saw melalui Nama-nama-Nya yang Agung.
Kalau kita sudah langsung mendapatkan daya dari “Sang Sumber”, semua makhluk hidup yang ganas dan liar , akan memandang dengan kasih kepada diri kita. Urung, tak melukai kita. Mereka membatalkan niat mereka untuk mengganggu kita. Yang datang itu belas kasih. Orang mau meracun, tak jadi. Bukan pembaca doa tak dapat di racun , melainkan orang jahatnya yang urung tidak meracun. Daya yang dihasilkan dari membaca doa mantra itu yang mencegah orang yang akan berbuat jahat. Ingat, semua manusia itu berasal dari satu.
Mantra dibaca bukan untuk menghancurkan musuh atau lawan. Sifat mantra tidak menghancurkan, tetapi menolak! Kerana itu, mantra biasanya di sebut juga “doa tolak bala”. Dengan mantra tak ada bahagian alam yang dihancurkan. Namun, petaka pun ditolak kedatangannya. Yang dituju dalam pembacaan mantra adalah keharmonian di alam. Ada hadis yang di riwayatkan oleh Bukhari : “Orang yang berbelas kasih akan dikasih-sayangi oleh Ar-rahman. Maka, kasih-sayangilah yang ada di bumi, nescaya kalian akan dikasih-sayangi oleh mereka yang dilangit.”
Sekarang, mari kita semak ayat Al Quran yang menyatakan hubungan doa dan perkenan Allah. Pertama, jelas sekali bahawa Allah mengabulkan orang yang berdoa kepada-Nya yang tidak menyombongkan diri dari beribadah kepada-Nya. Ingat, ibadah tidak bererti semata-mata menjalankan ritual agama, tetapi kosong dari makna ibadah itu sendiri. Ibadah adalah penghambaan.
Tuhanmu berfirman, “Berdoalah kepada-Ku, niscaya Aku menerima doamu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri untuk melayani-Ku, mereka akan masuk Neraka Jahannam dengan hina.” (Q.S. 40 : 60).
Kalau kita semak hadis Nabi, melayani Allah bererti melayani hamba-hamba-Nya. Memberi minum bagi yang kehausan. Memberi makan bagi yang kelaparan. Memberi pakaian bagi yang kedinginan. Mengobatkan bagi yang sakit (yang tidak punya wang untuk berubat). Mengurangi atau membebaskan penderitaan orang lain.
Inilah wujud ibadah yang sebenarnya, sedangkan salat, puasa, zakat dan haji hanyalah cara untuk mewujudkan ibadah yang sebenarnya. Dalam bahasa Arab, semua ritual itu di sebut sebagai riyadhah, atau latihan. Yang di tuju, ya takwa kepada Tuhan.
Kedua, Allah mengabulkan doa orang-orang yang memenuhi permohonan-Nya yang tetap berada dalam keadaan beriman. Hal ini tercantum pada Q.S. al-Baqarah 2 : 186, tetapi ayat ini tidak berdiri sendiri. Ayat ini terkait dengan beberapa ayat sebelumnya tentang puasa, sedangkan ayat 186 itu sendiri dalam bahasanya seperti berikut :
“Jika hamba-hamba-Ku bertanya tentang Aku, sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan orang-orang yang sungguh-sungguh berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka memenuhi-Ku dan dalam keadaan beriman kepada-Ku agar mereka berada dijalan yang benar.”
Jelas sekali bahawa yang disebutkan sebagai orang-orang yang berdoa dalam ayat ini adalah hamba-hamba yang berdoa. Hamba atau abdi adalah orang yang statusnya sebagai pelayan. Dalam hal ini, yang dimaksud adalah pelayan-pelayan Tuhan. Orang-orang yang memenuhi seruan Tuhan. Memenuhi seruan-Nya dalam keadaan beriman. Dengan kata lain, mengerjakan kebajikanan, dengan tulus.
Sunan Kalijaga menganjurkan orang-orang yang berdoa untuk melakukan mutih. Ya, puasa mutih. Yaitu, mengurangi makan, dan yang dimakan hanya nasi putih atau ubi-ubian yang tawar rasanya. Dan, minumnya pun cukup air tawar. Tak ada asin dan manis dalam makan dan minum.Berapa lamanya? Dalam setahun cukup 40 hari sahaja. Puasa mutih selama 40 hari sudah cukup untuk menurunkan emosi dan dorongan hawa nafsu lainnya.
Menurut Sunan, doa Rumeksa ing Wengi jika dibaca didalam air, dan airnya dipakai mandi dapat digunakan sebagai sarana untuk segera mendapatkan jodoh. Jika dibaca 11 kali ditengah malam, akan membebaskan yang bersangkutan dari himpitan hutang. Jika didahului dengan puasa sehari semalam, sambil dibaca tengah malam dengan mengelilingi permatang sawah/ladang maka tanamannya tak akan terserang hama dan penyakit. Juga bisa dibacakan pada nasi bekal perajurit yang bertempur agar memperoleh kemenangan dalam perang.
DOA RUMEKSA ING WENGI : terjemahannya
Ada kidung rumeksa ing wengi. Yang menjadikan kuat selamat terbebas dari semua penyakit. Terbebas dari segala petaka. Jin dan setan pun tidak mau. Segala jenis sihir tidak berani. Apalagi perbuatan jahat. Guna-guna tersingkir. Api menjadi air. Pencuri pun menjauh dariku. Segala bahaya akan lenyap.
Semua penyakit pulang ketempat asalnya. Semua hama menyingkir dengan pandangan kasih. Semua senjata tidak mengena, bagaikan kapuk jatuh di besi. Segenap racun menjadi tawar. Binatang buas menjadi jinak. Pohon ajaib, tanah angker, lubang landak, gua orang, tanah miring dan sarang merak;
Kandangnya semua badak. Meski batu dan laut mengering. Pada akhirnya semua selamat.Sebab badannya selamat, dikelilingi oleh bidadari, yang dijaga oleh malaikat, dan semua rasul, dalam lindungan Tuhan. Hatiku Adam dan otakku Nabi Sis. Ucapanku ialah Nabi Musa.
Napasku Nabi Isa yang amat mulia. Nabi Ya’kub pendengaranku. Nanti Nabi Daud menjadi suaraku. Nabi Ibrahim sebagai nyawaku. Nabi Sulaiman menjadi kesaktianku. Nabi Yusuf menjadi rupaku . Nabi Idris pada rambutku. Ali sebagai kulitku. Abu Bakar darahku dan Umar dagingku. Sedangkan Usman sebagai tulangku.
Sumsumku adalah Fatimah yang amat mulia. Siti Aminah sebagai kekuatan badanku. Nanti Nabi Ayub ada didalam ususku. Nabi Nuh didalam jantungku. Nabi Yunus didalam ototku. Mataku ialah Nabi Muhammad. Air mukaku rasul dalam lindungan Adam dan Hawa. Maka, lengkaplah semua rasul, yang menjadi satu badan.
Wallahu a’lam.
Assalamualaikum Ps.
Bab mutih ni..dah kena..bukan kata 40 hari masuk hari ke 2 pun rasa dah hilang semua. jadi diam tak terkata. hanya hati yang berbicara….mungkin ia bergantung pada setiap individu cara dan rasa. memang btl..minum air tawar dan 3 gumpal nasi putih..tak ada masam manis masin.
Sahur makan nasi 3 gumpal, air 7 teguk. berbuka sama juga..selepas berbuka..tak makan tak minum..tunggu sahur baru makan semula. cara wan macam tu. cara Ps sama ke?
Wan
hamba Allah yang hina
Waalikumusalam,banyak juga aku dengar crita orang memutih ni,bukan pekara senang nak buat kalau hati tak cekal dan bersabar.ada yang sampai 40 hari tak tahulah tahap macam mana orang itu ya
Assalamualaikum Paduka.
Ya benar..memutih sangat susah nak di lakukan. sangat sukar hingga terasa tak mampu nak bernafas ..bila duduk..rasa nak bangun..bila baring rasa nak berdiri. umpamnya macam tak tentu arah. Ya benar..apapun yang kita buat..jangan ada niat lain selain mendekatkan diri dengan Allah. Cuba Tuan Paduka kaji tentang bagaimana Sheikh abdul Qadir Al-Jailani mencari Tuhannya. Apa cara beliau buat.
Bab nak kebal – Kekebalan itu akan datang dengan sendiri jika Allah nak beri kita walau pun kita tak usaha ke arah itu. Setiap apa yang kita dapat…Allah yang memberi.Kalau ada niat lain selain niat untuk menundukkan nafsu dan menundukkan diri kepada Allah…wan tak rekomen. sebab nya..tak boleh wan cerita..cuba Tuan Paduka buat dengan niat lain..apa akan Tuan Paduka dapat…selalunya pada mereka ini akan datang kegagalan..jika berjaya pun..tgk apa akan jadi dengan ilmu kebal atau benda lain yang dia dapat tu. Tu sebab ramai antara murid yang gagal..sebab niat tak betul.
Yang penting-niat hanya untuk Allah Taala.
Sebagai seorang islam dan kita semua bersaudara- wan rekomenkan zikir Lailahaillallah banyak banyak ..dan cuba perhati dan rasa apa yang kita rasa pada segenap tubuh badan kita.
Jangan wat satu hari aje yer..kena hari hari siang malam..insyaAllah akan dapat rasa apa yang wan kata. insyaAllah.
Wallahualam
Wan
hamba allah yang hina
Assalamuaalikum
Kaedah memutih ini banyak diamal oleh masyarakat Jawa bagi peringkat pembersihan Rohani dan Jasmani…kaedah yang boleh dikira Detox la. …ada juga yang mengamalkan satu peringkat lain – Pati GENI – Tak Makan tak Minum tak Tidur 40 hari.
Pada pendapat saya, pengamalan ini hanyalah nak push diri kita ke tahap terawangan….mengalihkan tahap minda dari cautious ke sub-cautious…sedar dalam tak sedar..ini adalah setting untuk memasuki tahap brain wave yang berbeza – Beta, Alpha, Theta, Delta dan Gamma. Apa yang berlaku pada seseorang itu dalam tahap brain Wave ini…hanya Allah yang Maha Mengetahui
Beta
The Beta brainwave state is associated with a heightened state of alertness and focused concentration. When your mind is actively engaged in mental activities, the dominant brainwave state will be Beta. A person in active conversation, playing sports or making a presentation would be in a Beta state. The Beta brainwave state corresponds to frequencies ranging from 13Hz to 40Hz.
Alpha
Alpha brainwaves are slower in frequency than Beta brainwaves and represent a state of relaxed mental awareness or reflection. Alpha brainwave states are typically associated with contemplation, visualization, problem solving and accessing deeper levels of creativity. The Alpha brainwave state corresponds to frequencies ranging from 8 Hz to 12 Hz.
Theta
Theta brainwaves are even slower in frequency and represent a state of deep relaxation and meditation, enhanced creativity, stress relief, light sleep and dreaming. Theta brainwave states have been used in meditation for centuries. Research has proven thirty minutes a day of Theta meditation can dramatically improve a person’s overall health and well-being. Theta meditation has also been known to cause the need for less sleep. The Theta brainwave state corresponds to frequencies ranging from 4Hz to 8 Hz.
Delta
Delta brainwaves are the slowest in frequency and represent a state of deep dreamless sleep. Delta brainwave states have long been associated with healing. While Delta brainwave states usually only occur in deep sleep, it is possible to train yourself to remain awake while reaching the Delta state to experience even deeper levels of meditation and awareness. The Delta brainwave state corresponds to frequencies from 0Hz to 4Hz
Gamma
Gamma brainwave states are the most rapid in frequency. They have received the least attention and research, although more attention is currently being paid to them than in years past. Research has indicated at moments when bursts of insight or high-level information processing occur, there are corresponding increases in brain activity in the Gamma range. The Gamma brainwave state corresponds to frequencies of 40Hz or higher.
Waalaikum salam Wan,
Lain orang lain kaedah yg diajarkan ikut kesesuaian orang tu, dalam DOA Silat Batin ni pun ada menyebut “yg bersesuaian dgn diriku”. Wan mungkin kena puasa, saya pula di ilhamkan supaya mengerjakan solat tahajud. Bukan 40 hari , saya kalau dah buat sesuatu amalan tidak berhenti selepas 40 hari, makan tahun walau apa jua keadaan , cuaca dan di mana pun.
Amalan puasa mutih ni kebanyakan orang yg saya jumpa , kelebihan dia macam Wan la. Tapi kelebihan solat tahajud ni …….apa yg kita minta Allah SWT akan kabulkan.. Kelebihan yg berbeza namun anugerah dari Yang Esa juga.
Bab kaedah ni, bila dah diiktiraf sebagai guru, mungkin kaedah yg dia bawa akan berbeza dgn gurunya bersesuaian dgn dirinya la. Kalau niat dia nak mencari kemasyhuran, mungkin dia akan buat demo sana sini, menghimpun seramai mungkin ahli atau anak murid. Bagi diri saya pula, saya nak kembangkan ilmu haq, jadi perlu ada strategi. Murid tak perlu ramai, tak perlu gah dgn ramai anak murid kalau tak jadi apa. Banyak pertubuhan musnah dek murid/ahli yg membuat onar.
Biarlah pelajar saya menjadi orang yg berguna dalam masyarakat, bukan setakat pandai cakap tapi perbuat. Dulu saya tak pernah terniat nak jadi guru, dalam silat gayung kelebihan terserlah, guru suruh buka gelanggang saya tak minat. Saya gi belajar gelanggang lain, sang guru nampak lalu offer untuk jadi jurulatih, saya cabut. Saya suka berseorangan , tu sebab mudah jaga di kala orang tidor. Tapi dalam bab puasa, saya memang kurang makan, jadi amalan berpuasa tidak di ilhamkan kpd saya cuma semasa saya rajin berpuasa dulu dan amalan membaca al-quran setiap malam, daya ingatan menjadi tajam. Mudah hafal, bukan mengaji tu bertujuan nak menghafal surah-surah tu tapi dgn niat yg ikhlas, hati bersih, istiqamah.
Selalunya kan, Allah akan pilih org yg tak berkehendak untuk memimpin, kan? Camana saya lari pun dari menjadi Jurulatih Silat, takdir tetap bersama saya dan bekalan ilmu yg di beri pun kalau di kaji bukan untuk sebarang orang. Saya bukan orang yg pandai berpidato, tak suka bercampur sana -sini dan selalu sorang-sorang dimana-mana. Tu yg dikata “bersesuaian”, tak jadi Guru Silat Gayung , jadi Guru Silat Batin yg tak perlukan ramai murid. Rasulullah tak bangga pun dgn umatnya yg ramai tapi macam buih, Baginda hanya berbangga dgn “umatnya yg sedikit ni”.
Macamana kalau Wan tiba-tiba di kejutkan dgn kata-kata, “engkau kena pimpin persatuan ni?” Adakah Wan akan ambik kesempatan mengaut keuntungan dari jawatan itu atau memegang amanah dgn penuh tanggungjawab? Rasulullah tanya kaumnya dalam satu peperangan sapa yg sanggup memimpin, ramai yg menanti untuk di lantik oleh baginda namun baginda bertanya Ali mana? Yg taknak tu la yg di lantik, bukan sebab Ali tu menantu dan sepupu tetapi baginda tau Ali tak berkehendak kepada Jawatan dan sanggup memikul amanah.
Kalau amalan Ismullah AL A`dzham di beri kepada saya, amalan Nabi Allah Sulaiman, amalan Nabi Allah Isa, amalan Asif Barkhiyya, amalan para Ariffin, zikir Nafas , amalan pembuka kasyaf , ayat-ayat fardhu dan makrifat, Silat Batin, Titik 9 dan Baginda sendiri pun memberi amalan “Doa Pembuka Khazanah Langit dan Bumi”, untuk apa semua itu ye Wan. Simpan je dalam poket dan amal untuk diri sendiri? Baik dapat satu amalan je cukup lah.
Ini satu amanah dan tanggungjawab yg mesti di laksanakan. Ini lah takdir saya. Biar apa tohmahan orang, biar di uji biar di cabar, saya akan sahut cabaran. Kan bila meninggal seseorang tu Allah SWT akan gantikan, guru zahirnya (manusia) dah takde lah maka saya diwariskan ilmu Gerak Faqir dan Titik 9. Saya ceritakan ni sebab orang akan cuba selidik dan kaji apa benar dakwaannya seperti komen Cindai Merah. Ya, sila kan buat Solat Istikharah untuk menentukan kebenaran ini.
Berkenaan Wali-wali seperti soalan Pakcikli di tajuk kemian, dari unsur cahaya sebabnya mereka sudah meninggalkan alam fana ini. Jasadnya sudah dikebumikan. Nafsu yg menyeliputi jasad sudah tiada, mereka bebas sebebasnya, tidak berkehendakkan kepada makan, tidur, seks dan sebagainya. Pergerakan mereka pantas, sekejap ngan Wan sekejap ngan saya……oppppssss heheh.
Saya juga ada beberapa kawan seperti Wan dari Acheh, dulu dia kata akan berlaku bencana besar di kampung. Berlaku lah Tsunami. Hanya tinggal Masjid Putih. Kemudian dia kata akan berlaku bencana besar pula di Malaysia ini dalam waktu terdekat. Dia rajin puasa mutih kerana selalu “didatangi”… macam Wan juga. Dia juga yg mengkhabarkan “guru” pengasas Titik 9 baru meninggal 2 hari lepas di alam sana. Saya telefon guru zahir , tanya dia , betul tapi siapa yg beritahu?
Guru-guru ghaib saya mendakwa mereka bunian dan pendamping saya Jin. jadi suatu ketika saya beramal untuk membuang segala ilmu-ilmu ini. Namun sebaliknya pula……akhir selepas puas memohon petunjuk dan menyelidik sana sini, saya bertanya soalan mendesak kepada mereka, baru lah terserlah kebenaran. Memang para Wali takkan mengaku diri mereka Wali, tapi yg mendatangi kita dan mengaku Wali, periksa lah, hati-hati lah.
Wassalam.
Assalamualaikum Ps.
Amboi hai banyak nya rahsia dah terkeluar kat sini ni tuan oi.
Bab mutih ni ..ha ah memang betul . Wan kena posa. Macam kena hiris badan dibuatnya sampai lembik. memang ikut pada guru/mentor.
Wan pun wat tahajud paling kurang 40 hari . ..ya lah apapun kena minta kat Allah juga. mana ada makhluk leh kasi kat kita .(tanpa izinNya) Ya betul..bila kita rajin wat tahajud..macam benda yang kita dapat. Salah satu ketajaman minda,hati,mata,telinga dan berbagai..yang tak payah la sebut kat sini. Ni pun dah ramai intai2…kalau tak lepas sempat sampai kat wan.faham2 la ya…bukan apa..ada yang intai kurang sopan…so ..mana leh. minta la izin dan salam dulu. ish ish ish..kan tu adab namanya..
Bab posa- kan bagus untuk menjinakkan dalam diri kita..nafsu dan membuang watak. selain kurus cepat sikit. kekekekkekek
Bab wali- Mereka ni semua dah meninggal zahir. Tak ada dah jasad. Kedatangan macam orang ghaib juga..tp ada sedikit kelainan..cahaya tu memang ada kira macam kepantasan ..nak sebut pun tak reti den! hehehhe
Bab ujian- tanyalah suami wan yang tercinta tu..macam mana kami kena..Allah ajer yang tahu. Tapi Alhamdulillah.. Allah maha Pengasih lagi Maha Penyayang..dia uji teruk2..dia “pujuk” balik.
Segala fitnah yang datang-memang perkara biasa. ada ajer orang nak buat musuh dengan kita. Kita diam pun dia kata kita ada- ada kata..hehehhheh..tapi ya, Allah maha penyayang..setiap fitnah yang datang..dia bagi cara nak bersihkan walaupun lama sikit nak tunggu. Kuncinya ialah SABAR dan ingat Allah selalu.
Wan nak jadi pemimpin? hai solan macam cepu mas le…Wan tak mau jadi pemimpin. tak ingin tak nak tak mau. Layakkkah wan nak jadi pemimpin? biarlah wan jadi isteri pada suami wan senantiasa dunia sampai akhirat sampai syurga..insyaAllah. Itu dah memadai pada wan. Duk umah lagi best..petang2 tunggu suami balik..hidang makan malam kurniaan rezeki dari Allah .
Bab ngaji…nantilah wan citer. jangan tinggalkan al quran terlampau lama….dia ada haq untuk kita baca …
Apapun..hanya Allah mengetahui…Kalau tetiba datang arahan kena jadi pemimpin jugak….erm. InsyaAllah kena berserah diri dan bertawakal pada Allah.. tu aje jalannya….. tapi wan tetap suka satu aje. Jadi isteri pada suami wan yang tercinta. tu aje.
bab jin – ada yang baik…sangat baik…yang islam ler…apapun..jangan hentam aje..piksa dulu ..tanya Allah dengan isthikarah ..baik ke tak ke apa ke..
oklah. nak masak dah ni..heheheh
wan
hamba Allah yang hina
Tu la Paduka. Janin dimasukkan roh selepas 40 hari kan , kenapa? Beramal pun kena 40 hari supaya dapat istiqamah. Tapi bergantung kepada niat la, Wan beramal kerna Allah so tingkat kerohanian dia tinggi la. Ada orang lain beramal nak dapat ilmu kebal, ghaib , jurus dan macam-macam , so itu lah yg mereka dapat, Allah tu Maha Berkuasa , “engkau nak Aku bagi, kau buat salah kau tanggung”.
Hendak seribu daya , kan? Kalau dah cintakan Allah dan Rasul, apa yg Dia suruh kita sanggup buat, kan Wan? Nak jadi orang hebat di dunia pun sanggup buat macam2. Sanggup beli pangkat Datuk dgn harga RM 250,000. Sanggup bersekongkol dengan orang kafir untuk dapat kuasa dunia, sanggup jadi hamba syaitan untuk jadi manusia hebat.
kalau tuan tanya….
mana ali….???
ali mana….???
saya ada di sini…..
tapi saya tak mampu tuan…..
saya tak tahu apo apo pun….
maaf tuan….
gurau yooo…
Apa yang tak mampunya tuan ALi, hari-hari jumpa ni, saya tgk lebih dari mampu. Layak dan berkaliber . Kalau tengok rupa sahaja macam tok guru dah hehe, betulllllllllll.
Rahsia terbongkar ? Entah la Wan, saya kalau nulis mengharapkan taufik hidayah juga agar kalau apa yg di tulis di tapis oleh yg Maha Esa. Kali ni terlepas maka takde apa-apa la, mungkin sesuatu yg perlu bakal-bakal pesakit dan pelajar saya tahu.
Saya tersilap tulis di atas, bukan “amalan pembuka kasyaf” tapi “ilham laduni”. Doa ni sentiasa saya baca dalam doa selepas solat dan Mursyid pula turut mengijazahkan lepas jumpa Rasulullah. Bab ngaji tu camana nak berhenti, dah hidup di hati. Kalau naik motor atau kereta, surah-surah ni lah yg berkumandang di mulut dan di hati. Lagu-lagu dah takleh masuk, anak-anak pun turut hafal walau baru belajar muqaddam. Kakaknya darjah 4 siap ikut kumpulan nenek dia, baca yaasin.
Walau tak buka Kitab Al-Quran namun bacaannya tak pernah tinggal walau sehari. Cuma maknanya aje tak hafal heheh.
Assalamualaikum wbt…
Ucapan Laillahaillallah
Bila hamba Allah mengucapkan Laillahaillallah maka keluarlah dari mulutnya yang menggucapkan perkataan yang mulia itu seekor burung hijau. Maka burung hijau akan naik ke Arasy Allah dan berkicauanlah burung-burung
tadi dibawah Arasy.
Melihat kejadian itu malaikat yang menjaga Arasy Allah
memerintahkan kepada burung-burung tadi supaya diam tetapi tidak dipatuhi oleh mereka. Oleh kerana arahan yang diberi tidak dipatuhi,malaikat yang menjaga Arasy mengadap Allah SWT menceritakan kejadian itu.
Maka Allah memerintahkan malaikat tersebut supaya memberitahu burung-burung supaya diam. Apabila perintah itu diberitahu kepada mereka. Maka berkatalah burung-burung itu… “wahai malaikat yang menjaga Arasy
Allah, kami boleh mendiamkan diri kami tetapi dengan satu permintaan”. bertanya malaikat “Apakah permintaan itu?”. Berkata burung-burung itu” Jika Allah ampunkan dosa-dosa orang yang mengucapkan kalimah Lailahaillallah sehingga terciptanya aku,barulah aku akan tidak membuat
bising disini”.
Berkata malaikat itu “baiklah aku akan sampaikan kepada
Allah”. Beredarlah malaikat dan menyembah Allah dan disampaikan permintaan tadi kepada Allah. Maka Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang menerima permintaan tersebut.
Malaikat pun pergi berjumpa dengan burung-burung itu dan mengatakan bahawa Allah telah menerima permintaan mereka. Maka dengan segera mereka tidak membuat bising dan mereka bergantungan diArasy Allah sambil berzikir dan memohon keampunan untuk orang yang mengucap Lailahaillallah tadi sehingga hari kiamat.
Oleh itu kita manusia sepatutnya tidak melepaskan peluang yang diberi oleh Allah itu, dengan hanya mengucap kalimat yang disukai oleh Allah maka balasannya berterusan hingga hari kiamat. Maha Suci Allah
yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Salam…
ILMU SEGALA – TITIK SEGALA ILMU
Apakah itu ILMU SEGALA
-ilmu segala adalah titik bermulanya ilmu yang mana menerbitkan pancaran ilmu yang kita boleh pelajari.
-dalam bahasa mudah, ilmu segala ini adalah punca bermulanya ilmu-ilmu
Kenapa di namakan ILMU SEGALA
-ini kerana segala keilmuan itu datang dari satu titik yakni PUNCA ILMU. Dek kerana itulah di namakan ILMU SEGALA
Di mana ILMU SEGALA ini
-Ilmu segala ini berada pada setiap makhluk. Namum, jin dan manusia sajalah yang mampu manipulasi dan aplikasikan pancaran ilmu segala ini.
Jadi, apakah sebenarnya ILMU SEGALA ini
-Ilmu segala ini adalah titik atau ‘spot’ yang ghaib lagi ghaib yang tak mungkin dapat di ketahui hujung pangkalnya
Jika tiada siapa yang mengetahui hujung pangkal ILMU SEGALA, kenapa orang boleh tahu
-yang tidak di ketahui ialah tentang bagaimana ianya berfungsi dan keadaan ilmu ini. Seperti kita ketahui, jika ilmu sains, keadaannya adalah mengkaji sesuatu. Jika ilmu doktor, keadaannya mengkaji penyakit dan mengubat penyakit. Jika ilmu astronomi, keadaannya mengkaji bintang dan pergerakkannya.
Apa beza ILMU SEGALA dengan ilmu-ilmu lain
-Ilmu segala adalah titik bermulanya ilmu-ilmu lain. Jika mereka yang bijak pandai, mereka akan merasakan titik itu bersifat KOSONG. Tiada apa yang dapat di perkatakan. Tapi, terbit dari situ, ia boleh menjadi berbagai ilmu. Dek kerana itulah ilmu duniawi ini di katakan ‘berasal’ dari ILMU SEGALA yang kosong itu.
Bagaimana ia terjadi
-bayangkan anda menutup mata dan kosongkan fikiran, tidak lama kemudian, minda anda akan menayangkan visual secara rawak. Pada masa itu anda tidak mengawal minda anda untuk men-visual-kan imej pada otak anda. Tapi ia ada dan anda menikmati visual itu sehingga terbawa, lantas terjadilah MIMPI, ASTRAL TRAVEL dan pelbagai lagi. Begitu jugalah ILMU SEGALA. Ianya terjadi sendiri kerana setiap ilmu yang wujud adalah bersesuaian dengan jasad, diri dan roh anda. Oleh yang demikian, jika anda tidak bijak dalam sesuatu ilmu, maka itu bukan ilmu yang ‘fit’ untuk anda. Ada ilmu lain yang lebih baik untuk anda.
Jadi, ILMU SEGALA ini adalah titik kosong yang penuh dengan ilmu-ilmu lain
-Ya. Ilmu segala adalah peti kepada ilmu-ilmu lain yang sebenarnya tiada kerana ia ‘tercipta’ dari kekosongan.
Makanya, dari mana datangnya ILMU SEGALA ini pula
-Sudah tentu dari pada yang maha berkuasa, yang maha berilmu. Muslim akan menyahut ALLAHUAKBAR jika faham tentang konsep ILMU SEGALA ini. Hal ini bersesuai dengan ayat kursi:-
“Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus ; tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.”
Kenapa di namakan ILMU SEGALA sedangkan ianya lebih sesuai di namakan TITIK SEGALA
-Benar, tapi biarpun apa namanya, tanpa ilmu, bagaimana kita boleh tahu tentang wujudnya titik segala ilmu ini. Oleh yang demikian, untuk ‘melihat’ ILMU SEGALA juga perlu ada ilmu untuk itu.
Jadi, di mana ilmu untuk melihat ILMU SEGALA ini
-Jika anda tanya saya, maka jawapan yang saya beri adalah, ‘kosong’. Hanya kekosongan berada di dalam ILMU SEGALA. Oleh itu, kosonglah cara untuk melihat ilmu segala ini.
Bagaimana mahu ‘kosong’ itu
-Biasanya orang akan fikir kosong itu adalah seperti matikan minda, pejamkan mata atau sebagainya. Tapi, sebenarnya kosong yang saya maksudkan ialah kosong yang tumpu pada satu titik. Maksudnya, kosong yang tidak di buat-buat.
Apa maksud kosong yang tidak di buat-buat
-sudahlah kosong, malah bukan di buat-buat. Pening orang nak fahaminya. Inilah ‘rare’nya ilmu ini. Bila di bicarakan tentang ini, makanya ia akan pergi kepada konsep kenal diri. Hanya diri sendiri yang tahu bila masa kita ‘kosong’.
Apa manfaat ILMU SEGALA
-bila di kata ilmu, semestinya ada manfaat. Tapi Ilmu segala bukanlah sesuatu benda yang anda boleh aplikasikan kerana ianya sekadar punca semata-mata. Bila anda tahu tentang ini, maka anda akan rasa dekatnya ALLAH, empunya ilmu kepada anda.
Jadi, tiada gunalah saya baca perihal ILMU SEGALA ini
-ILMU SEGALA adalah titik pada pancaran ilmu. Bila anda fahami konsep, maka anda mampu mendapatkan ilmu-ilmu yang anda mahukan. Contohnya cendikiawan muslim terdahulu. Daripada ahli falsafah, menjadi sufi dan kemudiannya menjadi ahli sains yang membina macam-macam dan seterusnya menjadi ahli politik dan sebagainya. Satu jasad tapi pelbagai keilmuan. Tidak seperti orang sekarang, satu orang satu expertise saja. Malah ada yang berbangga dengan PHD dan macam-macam. Tapi nak buat macammana, orang sekarang melihat sijil lebih dari kegunaan ilmu itu sendiri.
Apa tujuan memberitahu perihal ILMU SEGALA ini
-tujuannya adalah untuk menyedarkan muslim bahawa mereka mampu jadi lebih dari yang di jangka. KIta bukan hamba pada dunia. Kita adalah hambaNYA yang mana DIA telah berikan segala-galanya pada kita. DIA telah berikan ILMU-ILMUNYA pada kita tapi kita pula ‘sombong’ tidak mahu menerima ilmu-ilmu itu. Alasannya mudah, ‘aku mahu belajar untuk akhirat, dunia kemudian’. Konsep itu salah kerana baik dunia mahupun akhirat adalah ILMU DARINYA. Janganlah kalian sombong dengan ilmu yang di berikan kerana tanpa ILMU, nak makan pun kalian tak tahu.
Ilmu Segala ialah titik kepada segala keilmuan yang ada.
Titik yang bagaimana? Titik ini bukanlah ‘dot’ seperti kita bayangkan bahkan ianya tidak bertempat dan tidak ternyata. Ini terjadi kerana keilmuan itu sendiri bersifat abstrak.
Percayalah, semakin kita ‘korek’ semakin banyak ilmu yang keluar. Ianya tak pernah putus. Kenapa ini terjadi? Ini kerana titik atau punca ilmu itu ada pada kita semua yakni manusia. Manusia di cipta ‘sempurna’ kerana sempurnanya dua perkara.
1- jasad dari ADAM, ADAM dari tanah yang suci dan Tanah yang suci hadirnya dari punca Bumi.
2- Roh dari Nur Muhammad, Nur itu dari CahayaNYA dan CahayaNYA punca segala makhluk.
Di sini ada dua jenis punca yakni zahiriah dan batiniah. Dek kerana itulah keilmuan manusia mampu untuk pergi jauh dari langit dan bumi.
Sebelum ini saya pernah berjanji untuk ceritakan tentang ‘kosong’ dan cara mendapatkan ‘kosong’ itu. Sebenarnya inilah paling mudah bagi segalanya. Jadi apakah caranya?!
CARANYA IALAH ‘EMPTY YOUR CUP’… Kosongkan diri anda.
Baiklah, kosongkan diri ini bermaksud begini. Jika anda sudah tahu tentang masak ayam goreng dan anda di gelar ‘master’ dalam masak ayam goreng, bagaimana anda hendak tahu tentang satu lagi jenis masakan yang sama tapi berlainan dari apa yang anda tahu? Agaknya bagaimana hendak masak ayam goreng madu… masak ayam goreng KFC, masak ayam goreng tepung dan sebagainya?!
Jadi, kosongkan diri anda untuk memberi laluan pada ilmu lain hadir pada anda. Kosongkan diri bukan pula bermaksud ‘bodohkan diri anda’ atau ‘jom jadi orang gila’… Tidak, ia tidak bermaksud begitu.
Kosongkan diri ialah sentiasa duduk di dalam ketenangan atau ‘tidak menunjuk-nunjuk’ atau ‘cuba fahami maksud ilmu lain’ atau AKU INI INSAN YANG TIDAK TAHU APA-APA, MAKA TIAP YANG DATANG ITU ADALAH ILMU DARINYA MESKIPUN DARI ANJING HITAM YANG BUSUK…
Ilmu SEGALANYA….
INNA LILLAH WA INNA ILAI HI RAJIUN
(dari NYA kita datang, kepadaNYA jualah kita kembali)
salam…….
jika dilihat pada maksud ” SEGALA ”….
membawa maksud semua nya, sekelian nya,
sebarang jadi dari nya (allah )…
tiada yang terlepas dari nya ( allah )…
allah yang mencipta…
allah yang mengajar…..
dengan maha kaya nya allah itu dari setiap yang lain…
maka berkehendaklah setiap yang lain kepada nya…
dengan jalan sujud berserah diri…
kosongkan diri….
dalam keheningan dan kekosongan….
akan nampak dan saksikan kebesaran allah….
namun ramai yang cuba mengosongkan diri dengan berbagai cara dan teknik…
tentunya ada teknik dan cara tertentu yang perlu disampaikan atau disalurkan…
silakan ya tuan……
sekira kira ini yang aku fikirkan…
aku masih dalam pencarian…
Waalaikum salam,
Terimakasih ya tuan ali, soalan yg baik sekali. Ya ramai yg telah cuba mengosongkan diri dgn pelbagai teknik tertentu, namun tidak membuahkan hasil dan yg lebih malang membawa malapetaka dgn gangguan2 yg datang selepasnya, ibarat pengosongan diri dgn meditasi yg membuka pintu kepada makhluk lain untuk memasuki diri dan bukan tajalli ilahi.
Kaedahnya sudah di terangkan dalam tajuk “Gerak Faqir” dan kesinambungannya dalam peringkat yg lebih tinggi dalam “Titik Sembilan”. Zikirnya dalam Gerak Faqir adalah zikir syariat manakala dalam Titik 9 zikirnya adalah zikir tariqat. Mmanakala bila pelajar2 saya sudah melepasi maqam tertentu dan layak meningkat lagi, maka saya teruskan dgn pengijazahan zikir nafas dan zikir2 Ismullah Al A`dzham.
Memang ada beza setiap amalan zikir2 ini mengikut maqamnya dan maqam diri pelajar itu. Amalan zikir nafas, amalan pembuka kasyaf, amalan pembuka ilham laduni dan ayat fardhu dan makrifat serta Doa Kunci Pembuka Khazanah langit dan bumi sudah tentu tuan2 mengetahui kelayakan untuk memperolehnya.
Namun bagi orang awam tingkat Mubtadi, amalan Gerak Faqir adalah sebagai pembuka jalan walaupun ia adalah amalan para tok2 guru dan para ahli sufi. Kaedahnya dengan pembersihan diri yg hakiki dan yakin beserta izin guru, insyaAllah . Saya telah pun kiaskan kaedah pengamalan ilmu dgn ibarat mencuci gelas yg kotor untuk pengisian selanjutnya.
Gerak Faqir berasaskan 7 Sifat maani dan Titik 9 berasaskan Nama-Nama Nya. Dgn Sifat-Nya, Asma`-Nya akan melahirkan Af`alnya yg di tajallikan kepada kita. Maka adakah mustahil setiap Gerak dari-Nya menzahirkan setiap permohonan kita seperti memohon apa jua langkah-langkah Silat yang ada di atas mukabumi ini, memohon penyembuhan bagi rawatan setiap jenis penyakit dan apa jua hajat anda?
Anda hendak memanggil duyong, hendak menimbulkan mayat yg hilang dan tenggelam di sungai, hendak menarik kawan anda yg sedang tidor untuk berlatih silat, menarik seseorang yg di larikan jin atau bunian ke alamnya dan sebagainya seperti mana yg telah di lalui oleh pengamal Gerak faqir ini, silakan. Allah berfirman, ” Aku adalah sepertimana sangkaan hamba-hambaKu…..” DIA hanya berkata, “KUN”.
Kaedah-kaedah lain juga dari Allah SWT kerna Dia Maha “AR Rahman” dan “Ar Rahim”. “Ar Rahman”, rahmatnya meliputi sekalian alam, hatta orang kafir dan atheis pun mendapat rahmatnya mengikut kesesuaian. Amalan syirik pun masih mendapat keizinan-Nya kerna anda still meminta padaNya, kerana anda pun tau beza meminta dgn Tuhan dan meminta dgn Jin dan Syaitan.
Anda kena faham agama mengikut faham yg difahamkan Tuhan, bukan dgn akal anda. Akal anda takkan mampu untuk menafsir apa yg telah di turunkan tanpa hidayahNya. Jadi cuba kosongkan diri anda dan cuba pula amalan GERAK FAQIR, insyaAllah anda akan dikenalkan olehNya.
Assalamualaikum tuan pendekar,apakah yang tuan ajar itu warisan sunan kalijaga,dan apakah yang dikatakan warisan sunan kalijaga itu.
Waalaikum salam Paduka,
Sunan kalijaga ini salah seorang Wali Songo, dan sesuai dgn maqam dirinya , Allah SWT kurniakan pelbagai ilmu dan hikmah.
Silat Batin ini adalah salah satu darinya. Guru saya tidak menamakannya dan saya kekalkan begitu tetapi bila di wariskan Gerak Faqir, ini lah namanya. Gerak Faqir asal-asalnya dari Tokku Paloh yg belajar dgn Sunan kalijaga dan Tokku paloh adalah keturunan Adi Putra mengikut salahsilahnya.
Tok Kenali juga belajar dari Tokku Paloh dan beliau mengajarkan Silat ABJAD yg di tukar namanya oleh Syeikh Mahmud Nasri Osmani. Silat Gerak Kilat juga dari Sunan Kalijaga, Silat Salasilah (Fatani) yg dipelajari oleh sedara kita Alam Tunggal pun juga dan banyak lagi lah ilmu Sunan yg tersebar di Alam Melayu ni termasuk perubatan tradisional (Pawang). Kebanyakkan pewaris adalah dari keturunan Adi Putra.
Sunan Kalijaga bukan sahaja Tabib, Pendekar, Pendakwah malah Pemerintah juga bukan? Pemerintah yg adil mesti berilmu bukan memerintah secara semborono, kacau jadinya.
Kalau ada silap dan salah mohon maaf, kalau ada sesiapa yg nak tambah lain info, silakan.
hamba yang faqir
subhanallah..banyak penerangan yang jelas..sudah terang lagi bersuluh..saya belum berkesempatan menziarah tuan pendekar lagi ..walau hati meronta..namaun ada perkara yang menghalang..doa daoakan lah saya tuan pendekar…
Waalaikum salam,
Wakmail, saya tunggu tuan datang, mudahan tiada halangan bagi tuan untuk sampai kerumah saya.
Tuan Hilmi, kita berkongsi maklumat, kalau saya tersilap fakta sila betulkan. Kalau terkurang sila tambah dan kalau salah tolong tunjukkan kerna saya lemah juga hina, daif lagi faqir…LA HAULAWALA QUWWATA ILLA BILLAHIL ALIYYIL AZIM.
Waalaikum salam kak mai,
Soalan akak ni saya tak nak jawab secara akademik kerana sudah banyak kali diperkatakan terutama oleh Pakcikli namun penerangan saya mungkin boleh memahamkan akak serba sedikit kalau tersasar juga maaflah.
“Aku mengenal Tuhan dengan Tuhanku”. DIA sendiri yg memperkenalkan diriNya . Walau berpuluh tahun mengadap guru kalau DIa masih tak mahu DiriNya dikenali oleh hambaNya itu maka tiada lah “kenal dengan sebenar-benarnya”. Ada syarat-syaratnya yg perlu diikuti agar diri kita di redhai Allah dan Rasul dan baharu lah proses pengenalan itu akan berlaku. Mesti ada recommendation terlebih dahulu daripada “kekasihNya” ibarat nak jumpa Sultan, kena melalui orang Istana juga.
Bab Ilmu Titik 9 tu dan kaedah menggunakan tapak tangan dan wuduk kena belajar secara berdepan dan berguru, tak boleh la diterangkan secara terperinci disini. Namun Titik 9 takkan diijazahkan tanpa melalui Ilmu Gerak Faqir.
Untuk makluman kak mai dan pembaca, saya tidak belajar atau mengikuti mana-mana Tariqat khusus, hanya pernah mengambil ijazah amalan dari Tariqat Muffaridiah, Ahmadiah dan Aurad Muhammadiyyah. Bukan tak mau mengikuti pengajian tetapi keadaan diri yg terikat dengan keadaan isteri yg sentiasa sakit terutama di malam hari akibat gangguan sihir, membuatkan saya tak dapat ikut pengajian terutama semasa dalam Darul Arqam. Saya bukan ahli tegar cuma pengamal Aurad sahaja dan tidak pernah menemui mana-mana pemimpin atasan dalam Arqam.
Guru Mursyid saya sendiri tidak menyuruh saya mengambil baiah mana-mana 13 tariqat yg dia sendiri mursyidnya tetapi kawan seperguruan saya sendiri yg turut sama belajar dikenakan syarat oleh guru , kena ambil baiah salah satu. Jadi setelah lama bertafakur dan termenung memikirkan “kenapa”, baharu lah diilhamkan bahawa mereka-mereka yg tak mampu mengikuti Jalan Kenabian terpaksa melalui terlebih dahulu Jalan Kesufian.
Jalan Kenabian adalah sepertimana jalan yg di tempuh oleh para Nabi-nabi dan Jalan Kesufian melalui syeikh-syeikh tariqat lah, mengikuti pelajaran secara formal berguru dan amalan zikir-zikir. Jalan Kenabian dibimbing secara terus oleh Allah dan rasul melalui jalan ilham dan ujian-ujian hidup seperti kesusahan dalam hidup, fitnah yg pelbagai, sakit misteri dan sebagainya.
Saya pernah tanya salah seorang guru sebelumnya, kalau Rabiatul Adawiyyah di culik dan dijadikan hamba di waktu beliau berusia 10 tahun, siapa gurunya ? Saya tinggalkan guru ini kerana soalan semudah itu pun tak mampu nak jawab, atau mungkin dia sudah “tersilap sangka” kerana menyangka saya nak tunjuk hebat kepadanya sedangkan saya cuma bertanya apakah sebenarnya yg berlaku pada diri saya sehingga banyak perkara mencarik adat berlaku kepada saya semenjak dari kecil lagi apatah lagi bila di tunjuk oleh seorang pengamal perubatan tradisional di Kelantan bhw saya akan jadi seperti Tuan Guru Hamzah, seorang Tok Guru yg punya Karomah dan juga penasihat Israna Kelantan seperti yg di sahkan oleh Lan KPK di tajuk Hang Tuah.
Begitu juga Uwais Uqarni, siapa gurunya kalau bukan Baginda Junjungan sendiri. Uwais hanya berusia 14 tahun semasa Baginda Rasulullah berpesan kepada Umar dan Ali agar mencari Uwais dan minta dia doakan mereka kerana doanya makbul. Namun Umar dan Ali menemui Uwais 7 tahun kemudian. Seorang pengembala yg kerja nya hanya mengembala binatang.
“Aku dikenalkan Tuhan oleh TuhanKu” . Banyak GERAK dtg dari Nya samada semasa BERSILAT, mencari buku tafsir, mencari mukasurat yg berkenaan, mencari rahsia al quran dan rahsia nama-nama Nya dan banyak juga rahsia yg DIA bukakan kepada saya melalui ILHAM terutama selepas bertemu Malam Qadar dan bertemu Baginda Junjungan . Mursyid pula mengesahkan dan mengijazahkan pula amalan Pembuka Kasyaf, Ilham Laduni dan Zikir Nafas serta lain-lain yg hanya di antara saya dan guru. Pelajaran seterusnya hanya di antara saya dan guru, dah tak boleh bawak kawan, kena dtg sorang-sorang .
Jadi, saya tekankan saya bukan guru agama, bukan guru mursyid. Saya hanya mengajar dan mengijazahkan Silat Batin dan Perubatan Islam Kaedah yg diajarkan Nabi . Saya tidak belajar secara formal seperti Pakcikli dan karimon, mereka lebih senior dan lebih layak jadi guru agama. Tuan Karimon dah buktikan pada saya, dia memang layak kalau pun tiada tauliah dari Jabatan agama. Pakcikli dari tulisannya , dalam penerangannya membayangkan kewibawaannya.
Saya hanya lah hamba Nya yang lemah lagi hina, daif lagi faqir, tiada daya dan upaya melainkan dengan daya dan upayaNya dan ilham dariNya. Maaf kalau keterangan ini tidak menepati kehendak dan soalan kak mai, menulis secara tergesa kerana mengejar masa yg terhad.
Wassalam.
Salam silaturahim dan kasih sayang semua… maaf saya ni sekadar dipinggiran saja, cuma nak join dan lihat dari jauh je.. maklum budak baru bertatih walaupun umur dah tua…Apa pun suatu masa yg tak boleh disebut kita pernah hadir dan bersama-sama bersaksi di hadapanNya. Kita mengenalNya di alam sana, namun pabila dihadirkan ke maya ini kita alpa, terhijab dengan jasad, berhala dalam diri, dengan Ilmu, kita sembah agama, kita berprasangka… Allah mengikut apa yang kita sangka. Kita diturunkan ke alam yang rendah untuk mengenalNya. Pandang satu pada banyak, pandang banyak pada satu. Orang yang merasainya, mencintaiNya… fana… fakir. Fakir sebenarnya adalah makam tertinggi kerana ia telah lebur… semuanya mengharap redha Allah. Ikhlas, Redha, syukur dan harap…. Ikhlas adalah rahasia Allah, ia titipkan dalam hati hambanya yg dipilih, seperti rahasia puasa, Allah sendiri yang akan memberi ganjarannya. Beruntunglah barangsiapa yang mensucikan jiwa dan rugilah bagi yang mengotorinya…Manusia diilhami Allah dengan jalan baik dan buruk. Allah telah bersumpah dalam surah AsSyam : Demi matahari dan cahayanya dipagi hari dan bulan apabila mengiringinya dan siang apabila menampakkannya dan malam apabila menutupinya, dan langit serta seluruh pembinaannya, dan bumi serta penghamparannya dan jiwa serta penyempurnaannya, maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketakwaaannya, sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu dan sesungguhnya merugilah orang mengotorinya. Renungilah bersama apakah maksud yang tersirat disebaliknya… Subhanallah… Kita hanya pupet dalam wayang kulit, ibarat pelakon. Watak siapakah yang kita lakonkan…. maafkan saya …tiada apa tujuan saya cuma sekadar melukut ditepian gantang…
Assalamualaikum wbt….
AHLI ASBAB DAN AHLI TAJRID
——————————————————————————–
KEINGINAN KAMU UNTUK BERTAJRID PADAHAL ALLAH MASIH MELETAKKAN KAMU DALAM SUASANA ASBAB ADALAH SYAHWAT YANG SAMAR, SEBALIKNYA KEINGINAN KAMU UNTUK BERASBAB PADAHAL ALLAH TELAH MELETAKKAN KAMU DALAM SUASANA TAJRID BERERTI TURUN DARI SEMANGAT DAN TINGKAT YANG TINGGI.
Bergantung kepada amal adalah sifat manusia biasa yang hidup dalam dunia ini. Dunia ini dinamakan alam asbab. Apabila perjalanan hidup keduniaan dipandang melalui mata ilmu atau mata akal akan dapat disaksikan kerapian susunan sistem sebab musabab yang mempengaruhi segala kejadian. Tiap sesuatu berlaku menurut sebab yang menyebabkan ia berlaku. Hubungan sebab dengan akibat sangat erat. Mata akal melihat dengan jelas keberkesanan sebab dalam menentukan akibat. Kerapian sistem sebab musabab ini membolehkan manusia mengambil manfaat daripada anasir dan kejadian alam. Manusia dapat menentukan anasir yang boleh memudaratkan kesihatan lalu menjauhkannya dan manusia juga boleh menentukan anasir yang boleh menjadi ubat lalu menggunakannya. Manusia boleh membuat ramalan cuaca, pasang surut air laut, angin, ombak, letupan gunung berapi dan lain-lain kerana sistem yang mengawal perjalanan anasir alam berada dalam suasana yang sangat rapi dan sempurna, membentuk hubungan sebab dan akibat yang padu.
Allah s.w.t mengadakan sistem sebab musabab yang rapi adalah untuk kemudahan manusia menyusun kehidupan mereka di dunia ini. Kekuatan akal dan pancaindera manusia mampu mentadbir kehidupan yang dikaitkan dengan perjalanan sebab musabab. Hasil daripada pemerhatian dan kajian akal itulah lahir berbagai-bagai jenis ilmu tentang alam dan kehidupan, seperti ilmu sains, astronomi, kedoktoran, teknologi maklumat dan sebagainya. Semua jenis ilmu itu dibentuk berdasarkan perjalanan hukum sebab-akibat.
Kerapian sistem sebab musabab menyebabkan manusia terikat kuat dengan hukum sebab-akibat. Manusia bergantung kepada amal (sebab) dalam mendapatkan hasil (akibat). Manusia yang melihat kepada keberkesanan sebab dalam menentukan akibat serta bersandar dengannya dinamakan ahli asbab.
Sistem sebab musabab atau perjalanan hukum sebab-akibat sering membuat manusia lupa kepada kekuasaan Allah s.w.t. Mereka melakukan sesuatu dengan penuh keyakinan bahawa akibat akan lahir daripada sebab, seolah-olah Allah s.w.t tidak ikut campur dalam urusan mereka. Allah s.w.t tidak suka hamba-Nya ‘mempertuhankan’ sesuatu kekuatan sehingga mereka lupa kepada kekuasaan-Nya. Allah s.w.t tidak suka jika hamba-Nya sampai kepada tahap mempersekutukan diri-Nya dan kekuasaan-Nya dengan anasir alam dan hukum sebab-akibat ciptaan-Nya. Dia yang meletakkan keberkesanan kepada anasir alam berkuasa membuat anasir alam itu lemah semula. Dia yang meletakkan kerapian pada hukum sebab-akibat berkuasa merombak hukum tersebut. Dia mengutuskan rasul-rasul dan nabi-nabi membawa mukjizat yang merombak hukum sebab-akibat bagi mengembalikan pandangan manusia kepada-Nya, agar waham sebab musabab tidak menghijab ketuhanan-Nya. Kelahiran Nabi Isa a.s, terbelahnya laut dipukul oleh tongkat Nabi Musa a.s, kehilangan kuasa membakar yang ada pada api tatkala Nabi Ibrahim a.s masuk ke dalamnya, keluarnya air yang jernih dari jari-jari Nabi Muhammad s.a.w dan banyak lagi yang didatangkan oleh Allah s.w.t, merombak keberkesanan hukum sebab-akibat bagi menyedarkan manusia tentang hakikat bahawa kekuasaan Allah s.w.t yang menerajui perjalanan alam maya dan hukum sebab-akibat. Alam dan hukum yang ada padanya seharusnya membuat manusia mengenal Tuhan, bukan menutup pandangan kepada Tuhan. Sebahagian daripada manusia diselamatkan Allah s.w.t daripada waham sebab musabab.
Sebagai manusia yang hidup dalam dunia mereka masih bergerak dalam arus sebab musabab tetapi mereka tidak meletakkan keberkesanan hukum kepada sebab. Mereka sentiasa melihat kekuasaan Allah s.w.t yang menetapkan atau mencabut keberkesanan pada sesuatu hukum sebab-akibat. Jika sesuatu sebab berjaya mengeluarkan akibat menurut yang biasa terjadi, mereka melihatnya sebagai kekuasaan Allah s.w.t yang menetapkan kekuatan kepada sebab tersebut dan Allah s.w.t juga yang mengeluarkan akibatnya. Allah s.w.t berfirman:
Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Dialah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi; Ia menghidupkan dan mematikan; dan Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. ( Ayat 1 & 2 : Surah al-Hadiid )
Maka Kami (Allah) berfirman: “Pukullah si mati dengan sebahagian anggota lembu yang kamu sembelih itu”. (Mereka pun memukulnya dan ia kembali hidup). Demikianlah Allah menghidupkan orang-orang yang telah mati, dan memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaan-Nya, supaya kamu memahaminya. ( Ayat 73 : Surah al-Baqarah )
Orang yang melihat kepada kekuasaan Allah s.w.t menerajui hukum sebab-akibat tidak meletakkan keberkesanan kepada hukum tersebut. Pergantungannya kepada Allah s.w.t, tidak kepada amal yang menjadi sebab. Orang yang seperti ini dipanggil ahli tajrid.
Ahli tajrid, seperti juga ahli asbab, melakukan sesuatu menurut peraturan sebab-akibat. Ahli tajrid juga makan dan minum Ahli tajrid memanaskan badan dan memasak dengan menggunakan api juga. Ahli tajrid juga melakukan sesuatu pekerjaan yang berhubung dengan rezekinya. Tidak ada perbezaan di antara amal ahli tajrid dengan amal ahli asbab. Perbezaannya terletak di dalam diri iaitu hati. Ahli asbab melihat kepada kekuatan hukum alam. Ahli tajrid melihat kepada kekuasaan Allah s.w.t pada hukum alam itu. Walaupun ahli asbab mengakui kekuasaan Allah s.w.t tetapi penghayatan dan kekuatannya pada hati tidak sekuat ahli tajrid.
Dalam melakukan kebaikan ahli asbab perlu melakukan mujahadah. Mereka perlu memaksa diri mereka berbuat baik dan perlu menjaga kebaikan itu agar tidak menjadi rosak. Ahli asbab perlu memperingatkan dirinya supaya berbuat ikhlas dan perlu melindungi keikhlasannya agar tidak dirosakkan oleh riak (berbuat baik untuk diperlihatkan kepada orang lain agar dia dikatakan orang baik), takbur (sombong dan membesar diri, merasakan diri sendiri lebih baik, lebih tinggi, lebih kuat dan lebih cerdik daripada orang lain) dan sama’ah (membawa perhatian orang lain kepada kebaikan yang telah dibuatnya dengan cara bercerita mengenainya, agar orang memperakui bahawa dia adalah orang baik). Jadi, ahli asbab perlu memelihara kebaikan sebelum melakukannya dan juga selepas melakukannya. Suasana hati ahli tajrid berbeza daripada apa yang dialami oleh ahli asbab. Jika ahli asbab memperingatkan dirinya supaya ikhlas, ahli tajrid tidak melihat kepada ikhlas kerana mereka tidak bersandar kepada amal kebaikan yang mereka lakukan. Apa juga kebaikan yang keluar daripada mereka diserahkan kepada Allah s.w.t yang mengurniakan kebaikan tersebut. Ahli tajrid tidak perlu menentukan perbuatannya ikhlas atau tidak ikhlas. Melihat keihklasan pada perbuatan sama dengan melihat diri sendiri yang ikhlas. Apabila seseorang merasakan dirinya sudah ikhlas, padanya masih tersembunyi keegoan diri yang membawa kepada riak, ujub (merasakan diri sendiri sudah baik) dan sama’ah. Apabila tangan kanan berbuat ikhlas dalam keadaan tangan kiri tidak menyedari perbuatan itu baharulah tangan kanan itu benar-benar ikhlas. Orang yang ikhlas berbuat kebaikan dengan melupakan kebaikan itu. Ikhlas sama seperti harta benda. Jika seorang miskin diberi harta oleh jutawan, orang miskin itu malu mendabik dada kepada jutawan itu dengan mengatakan yang dia sudah kaya. Orang tajrid yang diberi ikhlas oleh Allah s.w.t mengembalikan kebaikan mereka kepada Allah s.w.t. Jika harta orang miskin itu hak si jutawan tadi, ikhlas orang tajrid adalah hak Allah s.w.t. Jadi, orang asbab bergembira kerana melakukan perbuatan dengan ikhlas, orang tajrid pula melihat Allah s.w.t yang mentadbir sekalian urusan. Ahli asbab dibawa kepada syukur, ahli tajrid berada dalam penyerahan.
Kebaikan yang dilakukan oleh ahli asbab merupakan teguran agar mereka ingat kepada Allah s.w.t yang memimpin mereka kepada kebaikan. Kebaikan yang dilakukan oleh ahli tajrid merupakan kurniaan Allah s.w.t kepada kumpulan manusia yang tidak memandang kepada diri mereka dan kepentingannya. Ahli asbab melihat kepada keberkesanan hukum sebab-akibat. Ahli tajrid pula melihat kepada keberkesanan kekuasaan dan ketentuan Allah s.w.t. Dari kalangan ahli tajrid, Allah s.w.t memilih sebahagiannya dan meletakkan kekuatan hukum pada mereka. Kumpulan ini bukan sekadar tidak melihat kepada keberkesanan hukum sebab-akibat, malah mereka berkekuatan menguasai hukum sebab-akibat itu. Mereka adalah nabi-nabi dan wali-wali pilihan. Nabi-nabi dianugerahkan mukjizat dan wali-wali dianugerahkan kekeramatan. Mukjizat dan kekeramatan merombak keberkesanan hukum sebab-akibat.
Di dalam kumpulan wali-wali pilihan yang dikurniakan kekuatan mengawal hukum sebab-akibat itu terdapatlah orang-orang seperti Syeikh Abdul Kadir al-Jailani, Abu Hasan as-Sazili, Rabiatul Adawiah, Ibrahim Adham dan lain-lain. Cerita tentang kekeramatan mereka sering diperdengarkan. Orang yang cenderung kepada tarekat tasauf gemar menjadikan kehidupan aulia Allah s.w.t tersebut sebagai contoh, dan yang mudah memikat perhatian adalah bahagian kekeramatan. Kekeramatan biasanya dikaitkan dengan perilaku kehidupan yang zuhud dan bertawakal sepenuhnya kepada Allah s.w.t. Timbul anggapan bahawa jika mahu memperolehi kekeramatan seperti mereka mestilah hidup sebagaimana mereka. Orang yang berada pada peringkat permulaan bertarekat cenderung untuk memilih jalan bertajrid iaitu membuang segala ikhtiar dan bertawakal sepenuhnya kepada Allah s.w.t. Sikap melulu bertajrid membuat seseorang meninggalkan pekerjaan, isteri, anak-anak, masyarakat dan dunia seluruhnya. Semua harta disedekahkan kerana dia melihat Saidina Abu Bakar as-Siddik telah berbuat demikian. Ibrahim bin Adham telah meninggalkan takhta kerajaan, isteri, anak, rakyat dan negerinya lalu tinggal di dalam gua. Biasanya orang yang bertindak demikian tidak dapat bertahan lama. Kesudahannya dia mungkin meninggalkan kumpulan tarekatnya dan kembali kepada kehidupan duniawi. Ada juga yang kembali kepada kehidupan yang lebih buruk daripada keadaannya sebelum bertarekat dahulu kerana dia mahu menebus kembali apa yang telah ditinggalkannya dahulu untuk bertarekat. Keadaan yang demikian berlaku akibat bertajrid secara melulu. Orang yang baharu masuk ke dalam bidang latihan kerohanian sudah mahu beramal seperti aulia Allah s.w.t yang sudah berpuluh-puluh tahun melatihkan diri. Tindakan mencampak semua yang dimilikinya secara tergesa-gesa membuatnya berhadapan dengan cabaran dan dugaan yang boleh menggoncangkan imannya dan mungkin juga membuatnya berputus-asa. Apa yang harus dilakukan bukanlah meniru kehidupan aulia Allah s.w.t yang telah mencapai makam yang tinggi secara melulu. Seseorang haruslah melihat kepada dirinya dan mengenalpasti kedudukannya, kemampuanya dan daya-tahannya. Ketika masih di dalam makam asbab seseorang haruslah bertindak sesuai dengan hukum sebab-akibat. Dia harus bekerja untuk mendapatkan rezekinya dan harus pula berusaha menjauhkan dirinya daripada bahaya atau kemusnahan.
Ahli asbab perlu berbuat demikian kerana dia masih lagi terikat dengan sifat-sifat kemanusiaan. Dia masih lagi melihat bahawa tindakan makhluk memberi kesan kepada dirinya. Oleh yang demikian adalah wajar sekiranya dia mengadakan juga tindakan yang menurut pandangannya akan mendatangkan kesejahteraan kepada dirinya dan orang lain. Tanda Allah s.w.t meletakkan seseorang pada kedudukan sebagai ahli asbab ialah apabila urusannya dan tindakannya yang menurut kesesuaian hukum sebab-akibat tidak menyebabkannya mengabaikan kewajipan terhadap tuntutan agama. Dia tetap berasa rengan untuk berbakti kepada Allah s.w.t, tidak gelojoh dengan nikmat duniawi dan tidak berasa iri hati terhadap orang lain. Apabila ahli asbab berjalan menurut hukum asbab maka jiwanya akan maju dan berkembang dengan baik tanpa menghadapi kegoncangan yang besar yang boleh menyebabkan dia berputus asa dari rahmat Allah s.w.t. Rohaninya akan menjadi kuat sedikit demi sedikit dan menolaknya ke dalam makam tajrid secara selamat. Akhirnya dia mampu untuk bertajrid sepenuhnya.
Ada pula orang yang dipaksa oleh takdir supaya bertajrid. Orang ini asalnya adalah ahli asbab yang berjalan menurut hukum sebab-akibat sebagaimana orang ramai. Kemungkinannya kehidupan seperti itu tidak menambahkan kematangan rohaninya. Perubahan jalan perlu baginya supaya dia boleh maju dalam bidang kerohanian. Oleh itu takdir bertindak memaksanya untuk terjun ke dalam lautan tajrid. Dia akan mengalami keadaan di mana hukum sebab-akibat tidak lagi membantunya untuk menyelesaikan masalahnya. Sekiranya dia seorang raja, takdir mencabut kerajaannya. Sekiranya dia seorang hartawan, takdir menghapuskan hartanya. Sekiranya dia seorang yang cantik, takdir menghilangkan kecantikannya itu. Takdir memisahkannya daripada apa yang dimiliki dan dikasihinya. Pada peringkat permulaan menerima kedatangan takdir yang demikian, sebagai ahli asbab, dia berikhtiar menurut hukum sebab-akibat untuk mempertahankan apa yang dimiliki dan dikasihinya. Jika dia tidak terdaya untuk menolong dirinya dia akan meminta pertolongan orang lain. Setelah puas dia berikhtiar termasuklah bantuan orang lain namun, tangan takdir tetap juga merombak sistem sebab-akibat yang terjadi ke atas dirinya. Apabila dia sendiri dengan dibantu oleh orang lain tidak mampu mengatasi arus takdir maka dia tidak ada pilihan kecuali berserah kepada takdir. Dalam keadaan begitu dia akan lari kepada Allah s.w.t dan merayu agar Allah s.w.t menolongnya. Pada peringkat ini seseorang itu akan kuat beribadat dan menumpukan sepenuh hatinya kepada Tuhan. Dia benar-benar berharap Tuhan akan menolongnya mengembalikan apa yang pernah dimilikinya dan dikasihinya. Tetapi, pertolongan tidak juga sampai kepadanya sehinggalah dia benar-benar terpisah dari apa yang dimiliki dan dikasihinya itu. Luputlah harapannya untuk memperolehinya kembali. Redalah dia dengan perpisahan itu. Dia tidak lagi merayu kepada Tuhan sebaliknya dia menyerahkan segala urusannya kepada Tuhan. Dia menyerah bulat-bulat kepada Allah s.w.t, tidak ada lagi ikhtiar, pilihan dan kehendak diri sendiri. Jadilah dia seorang hamba Allah s.w.t yang bertajrid. Apabila seseorang hamba benar-benar bertajrid maka Allah s.w.t sendiri akan menguruskan kehidupannya. Allah s.w.t menggambarkan suasana tajrid dengan firman-Nya:
Dan (ingatlah) berapa banyak binatang yang tidak membawa rezekinya bersama, Allah jualah yang memberi rezeki kepadanya dan kepada kamu; dan Dialah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. ( Ayat 60 : Surah al-‘Ankabut )
Makhluk Allah s.w.t seperti burung, ikan, kuman dan sebagainya tidak memiliki tempat simpanan makanan. Mereka adalah ahli tajrid yang dijamin rezeki mereka oleh Allah s.w.t. Jaminan Allah s.w.t itu meliputi juga bangsa manusia. Tanda Allah s.w.t meletakkan seseorang hamba-Nya di dalam makam tajrid ialah Allah s.w.t memudahkan baginya rezeki yang datang dari arah yang tidak diduganya. Jiwanya tetap tenteram sekalipun terjadi kekurangan pada rezeki atau ketika menerima bala ujian.
Sekiranya ahli tajrid sengaja memindahkan dirinya kepada makam asbab maka ini bermakna dia melepaskan jaminan Allah s.w.t lalu bersandar kepada makhluk . Ini menunjukkan akan kejahilannya tentang rahmat dan kekuasaan Allah s.w.t. Tindakan yang jahil itu boleh menyebabkan berkurangan atau hilang terus keberkatan yang Allah s.w.t kurniakan kepadanya. Misalnya, seorang ahli tajrid yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan kecuali membimbing orang ramai kepada jalan Allah s.w.t, walaupun tidak mempunyai sebarang pekerjaan namun, rezeki datang kepadanya dari berbagai-bagai arah dan tidak pernah putus tanpa dia meminta-minta atau mengharap-harap. Pengajaran yang disampaikan kepada murid-muridnya sangat berkesan sekali. Keberkatannya amat ketara seperti makbul doa dan ucapannya biasanya menjadi kenyataan. Andainya dia meninggalkan suasana bertajrid lalu berasbab kerana tidak puas hati dengan rezeki yang diterimanya maka keberkatannya akan terjejas. Pengajarannya, doanya dan ucapannya tidak seberkesan dahulu lagi. Ilham yang datang kepadanya tersekat-sekat dan kefasihan lidahnya tidak selancar biasa.
Seseorang hamba haruslah menerima dan reda dengan kedudukan yang Allah s.w.t kurniakan kepadanya. Berserahlah kepada Allah s.w.t dengan yakin bahawa Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Allah s.w.t tahu apa yang patut bagi setiap makhluk-Nya. Allah s.w.t sangat bijak mengatur urusan hamba-hamba-Nya.
Keinginan kepada pertukaran makam merupakan tipu daya yang sangat halus. Di dalamnya tersembunyi rangsangan nafsu yang sukar disedari. Nafsu di sini merangkumi kehendak, cita-cita dan angan-angan. Orang yang baharu terbuka pintu hatinya setelah lama hidup di dalam kelalaian, akan mudah tergerak untuk meninggalkan suasana asbab dan masuk ke dalam suasana tajrid. Orang yang telah lama berada dalam suasana tajrid, apabila kesedaran dirinya kembali sepenuhnya, ikut kembali kepadanya adalah keinginan, cita-cita dan angan-angan. Nafsu mencuba untuk bangkit semula menguasai dirinya. Orang asbab perlulah menyedari bahawa keinginannya untuk berpindah kepada makam tajrid itu mungkin secara halus digerakkan oleh ego diri yang tertanam jauh dalam jiwanya. Orang tajrid pula perlu sedar keinginannya untuk kembali kepada asbab itu mungkin didorong oleh nafsu rendah yang masih belum berpisah dari hatinya. Ulama tasauf mengatakan seseorang mungkin dapat mencapai semua makam nafsu, tetapi nafsu peringkat pertama tidak kunjung padam. Oleh yang demikian perjuangan atau mujahadah mengawasi nafsu sentiasa berjalan.
SYARAH AL HIKAM
Hamba yag faqir
Wassalam.
MAKRIFAT HATI TERHADAP ALLAH S.W.T
——————————————————————————–
TERBUKA MATA HATI MEMPERLIHATKAN KEPADA KAMU AKAN HAMPIRNYA ALLAH S.W.T. PENYAKSIAN MATA HATI MEMPERLIHATKAN KEPADA KAMU AKAN KETIADAAN KAMU DI SAMPING WUJUD ALLAH S.W.T. PENYAKSIAN HAKIKI MATA HATI MEMPERLIHATKAN KEPADA KAMU HANYA ALLAH YANG WUJUD, TIDAK TERLIHAT LAGI KETIADAAN KAMU DAN WUJUD KAMU.
Apabila hati sudah menjadi bersih maka hati akan menyinarkan cahayanya. Cahaya hati ini dinamakan Nur Kalbu. Ia akan menerangi akal lalu akal dapat memikirkan dan merenungi tentang hal-hal ketuhanan yang menguasai alam dan juga dirinya sendiri. Renungan akal terhadap dirinya sendiri membuatnya menyedari akan perjalanan hal-hal ketuhanan yang menguasai dirinya. Kesedaran ini membuatnya merasakan dengan mendalam betapa hampirnya Allah s.w.t dengannya. Lahirlah di dalam hati nuraninya perasaan bahawa Allah s.w.t sentiasa mengawasinya. Allah s.w.t melihat segala gerak-gerinya, mendengar pertuturannya dan mengetahui bisikan hatinya. Jadilah dia seorang Mukmin yang cermat dan berwaspada.
Di antara sifat yang dimiliki oleh orang yang sampai kepada martabat Mukmin ialah:
1: Cermat dalam pelaksanaan hukum Allah s.w.t.
2: Hati tidak cenderung kepada harta, berasa cukup dengan apa yang ada dan tidak sayang membantu orang lain dengan harta yang dimilikinya.
3: Bertaubat dengan sebenarnya (taubat nasuha) dan tidak kembali lagi kepada kejahatan.
4: Rohaninya cukup kuat untuk menanggung kesusahan dengan sabar dan bertawakal kepada Allah s.w.t.
5: Kehalusan kerohaniannya membuatnya berasa malu kepada Allah s.w.t dan merendah diri kepada-Nya.
Orang Mukmin yang taat kepada Allah s.w.t, kuat melakukan ibadat, akan meningkatlah kekuatan rohaninya. Dia akan kuat melakukan tajrid iaitu menyerahkan urusan kehidupannya kepada Allah s.w.t. Dia tidak lagi khuatir terhadap sesuatu yang menimpanya, walaupun bala yang besar. Dia tidak lagi meletakkan pergantungan kepada sesama makhluk. Hatinya telah teguh dengan perasaan reda terhadap apa jua yang ditentukan Allah s.w.t untuknya. Bala tidak lagi menggugat imannya dan nikmat tidak lagi menggelincirkannya. Baginya bala dan nikmat adalah sama iaitu takdir yang Allah s.w.t tentukan untuknya. Apa yang Allah s.w.t takdirkan itulah yang paling baik. Orang yang seperti ini sentiasa di dalam penjagaan Allah s.w.t kerana dia telah menyerahkan dirinya kepada Allah s.w.t. Allah s.w.t kurniakan kepadanya keupayaan untuk melihat dengan mata hati dan bertindak melalui Petunjuk Laduni, tidak lagi melalui fikiran, kehendak diri sendiri atau angan-angan. Pandangan mata hati kepada hal ketuhanan memberi kesan kepada hatinya (kalbu). Dia mengalami suasana yang menyebabkan dia menafikan kewujudan dirinya dan diisbatkannya kepada Wujud Allah s.w.t. Suasana ini timbul akibat hakikat ketuhanan yang dialami oleh hati.. Dia berasa benar-benar akan keesaan Allah s.w.t bukan sekadar mempercayainya. Pengalaman tentang hakikat dikatakan memandang dengan mata hati. Mata hati melihat atau menyaksikan keesaan Allah s.w.t dan hati merasakan akan keadaan keesaan itu. Mata hati hanya melihat kepada Wujud Allah s.w.t, tidak lagi melihat kepada wujud dirinya. Orang yang di dalam suasana seperti ini telah berpisah dari sifat-sifat kemanusiaan. Dalam berkeadaan demikian dia tidak lagi mengendahkan peraturan masyarakat. Dia hanya mementingkan soal perhubungannya dengan Allah s.w.t. Soal duniawi seperti makan, minum, pakaian dan pergaulan tidak lagi mendapat perhatiannya. Kelakuannya boleh menyebabkan orang ramai menyangka dia sudah gila. Orang yang mencapai peringkat ini dikatakan mencapai makam tauhid sifat. Hatinya jelas merasakan bahawa tidak ada yang berkuasa melainkan Allah s.w.t dan segala sesuatu datangnya dari Allah s.w.t.
Rohani manusia melalui beberapa peningkatan dalam proses mengenal Tuhan. Pada tahap pertama terbuka mata hati dan Nur Kalbu memancar menerangi akalnya. Seorang Mukmin yang akalnya diterangi Nur Kalbu akan melihat betapa hampirnya Allah s.w.t. Dia melihat dengan ilmunya dan mendapat keyakinan yang dinamakan ilmul yaqin. Ilmu berhenti di situ. Pada tahap keduanya mata hati yang terbuka sudah boleh melihat. Dia tidak lagi melihat dengan mata ilmu tetapi melihat dengan mata hati. Keupayaan mata hati memandang itu dinamakan kasyaf. Kasyaf melahirkan pengenalan atau makrifat. Seseorang yang berada di dalam makam makrifat dan mendapat keyakinan melalui kasyaf dikatakan memperolehi keyakinan yang dinamakan ainul yaqin. Pada tahap ainul yaqin makrifatnya ghaib dan dia juga ghaib dari dirinya sendiri. Maksud ghaib di sini adalah hilang perhatian dan kesedaran terhadap sesuatu perkara.. Beginilah hukum makrifat yang berlaku. Makrifat lebih tinggi nilainya dari ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan adalah pencapaian terhadap persoalan yang terpecah-pecah bidangnya. Makrifat pula adalah hasil pencapaian terhadap hakikat-hakikat yang menyeluruh iaitu hakikat kepada hakikat-hakikat. Tetapi, penyaksian mata hati jauh lebih tinggi dari ilmu dan makrifat kerana penyaksian itu adalah hasil dari kemahuan keras dan perjuangan yang gigih disertai dengan upaya hati dan pengalaman. Penyaksian adalah setinggi-tinggi keyakinan. Penyaksian yang paling tinggi ialah penyaksian hakiki oleh mata hati. Ia merupakan keyakinan yang paling tinggi dan dinamakan haqqul yaqin. Pada tahap penyaksian hakiki mata hati, mata hati tidak lagi melihat kepada ketiadaan dirinya atau kewujudan dirinya, tetapi Allah s.w.t dilihat dalam segala sesuatu, segala kejadian, dalam diam dan dalam tutur-kata. Penyaksian hakiki mata hati melihat-Nya tanpa dinding penutup antara kita dengan-Nya. Tiada lagi antara atau ruang antara kita dengan Dia. Dia berfirman:
Dan Ia (Allah) tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada. ( Ayat 4 : Surah al-Hadiid)
Dia tidak terpisah dari kamu. Penyaksian yang hakiki ialah melihat Allah s.w.t dalam segala sesuatu dan pada setiap waktu. Pandangannya terhadap makhluk tidak menutup pandangannya terhadap Allah s.w.t. Inilah makam keteguhan yang dipenuhi oleh ketenangan serta kedamaian yang sejati dan tidak berubah-ubah, bernaung di bawah payung Yang Maha Agung dan Ketetapan Yang Teguh. Pada penyaksian yang hakiki tiada lagi ucapan, tiada bahasa, tiada ibarat, tiada ilmu, tiada makrifat, tiada pendengaran, tiada kesedaran, tiada hijab dan semuanya sudah tiada. Tabir hijab telah tersingkap, maka Dia dipandang tanpa ibarat, tanpa huruf, tanpa abjad. Allah s.w.t dipandang dengan mata keyakinan bukan dengan mata zahir atau mata ilmu atau kasyaf. Yakin, semata-mata yakin bahawa Dia yang dipandang sekalipun tidak ada sesuatu pengetahuan untuk diceritakan dan tidak ada sesuatu pengenalan untuk dipamerkan.
Orang yang memperolehi haqqul yaqin berada dalam suasana hatinya kekal bersama-sama Allah s.w.t pada setiap ketika, setiap ruang dan setiap keadaan. Dia kembali kepada kehidupan seperti manusia biasa dengan suasana hati yang demikian, di mana mata hatinya sentiasa menyaksikan Yang Hakiki. Allah s.w.t dilihat dalam dua perkara yang berlawanan dengan sekali pandang. Dia melihat Allah s.w.t pada orang yang membunuh dan orang yang kena bunuh. Dia melihat Allah s.w.t yang menghidupkan dan mematikan, menaikkan dan menjatuhkan, menggerakkan dan mendiamkan. Tiada lagi perkaitannya dengan kewujudan atau ketidakwujudan dirinya. Wujud Allah Esa, Allah s.w.t meliputi segala sesuatu.
SYARAH AL HIKAM
Hamba yang faqir
Wassalam.
SEBAB MUSABAB YANG LEBIH GHAIB
Dosa menjadi sebab seseorang itu dihukum dengan bala dan bencana. Apakah yang dimaksudkan dengan dosa?
“Perbuatan dosa menyempitkan dada kamu dan kamu tidak mahu orang lain tahu perbuatan kamu”. (Maksud Hadis).
Bala bencana yang dikenakan kepada seseorang kerana dosanya akan membuat orang itu berasa sempit dadanya, resa gelisah, takut perbuatannya diketahui orang lain dan tidak sabar menanggung bala tersebut. Orang ini juga tidak dapat melakukan taat kepada Tuhan lantaran hanyut dengan emosinya. Dia suka menceritakan kesusahan yang menimpanya kepada sesiapa sahaja yang dijumpainya. Cerita mengenai nasib malangnya menjadi cerita yang paling fasih diucapkan oleh lidahnya. Biasanya nasib malangnya itu dikaitkan dengan perbuatan orang lain. Dia rasa teraniaya. Orang hanya dapat mendengarnya merungut dan tidak dapat mendengarnya melahirkan rasa bersyukur walau banyak mana nikmat yang masih ada dengannya.
Ada pula golongan yang dikenakan bala lebih hebat berbanding dengan golongan pertama tadi namun, orang ini tidak merungut, tidak membeberkan kepada sesiapa, dan pada masa yang sama dia dapat terus berbuat ibadat kepada Tuhannya dengan tekun. Dia menanggung bala tersebut dengan sabar ambil berdoa kepada Tuhannya agar menyelamatkannya daripada fitnah bala tersebut. Dia hanya mengadu kepada Tuhan, tidak kepada makhluk. Apabila dia menceritakan tentang dirinya kepada orang lain dia gemar menceritakan tentang nikmat yang diperolehinya, sekalipun nikmat itu kelihatan kecil. Bagi orang yang semacam ini bala bencana bukan hukuman terhadap dosa. Fungsi bala di sini ialah menampung kekurangan dan kecacatan yang masih dia miliki Maksud kekurangan ialah kekurangan pada sifat kemanusiaan yang sempurna, yang diperakui oleh Allah sebagai hamba-Nya yang baik dan berhak menerima janji-Nya. Orang ini belum lagi layak bergelar hamba Allah yang taat dan bertakwa. Walaupun dia sudah berbuat taat tetapi ketaatannya masih di bawah piawaian. Oleh yang demikian nilai kehambaan atau ketaatan menjadi sebab dia dibala agar dengan itu dia meningkat ke tahap yang lebih tinggi. Tanda sebab musabab berjalan mengikut landasan ini ialah orang berkenaan dapat bersabar dengan baik dan terus melakukan kebajikan. Dalam menahan sabar itu tanda-tanda kepedihan masih juga kelihatan sekali sekala pada wajahnya.
Ada pula orang yang menyambut kedatangan bala bencana dengan hati yang lapang dan tenang. Tidak ada sedikitpun tanda kegelisahan dan ketidak-tenteraman pada dirinya. Dia tetap terus bertenaga tanpa dilemahkan oleh bala dan dia juga tidak juga diganggu oleh kerisauan. Wajahnya sentiasa berseri-seri walaupun bala yang menimpanya lebih besar daripada yang menimpa golongan pertama dan kedua. Andainya bala itu menimpa golongan pertama mungkin orang berkenaan menjadi gila. Bala yang membuat orang lain menjadi gila itu diterima oleh golongan ketiga ini seperti menerima nikmat. Bala tidak menjadi racun kepadanya dan tidak juga menjadi penawar. Baginya racun dan penawar adalah sama, perbuatan Tuhan yang mentadbir segala perkara.
Golongan pertama adalah manusia yang berdosa, golongan kedua adalah manusia yang sedang dipersucikan dan golongan ketiga pula sudah layak bergelar hamba Allah s.w.t. yang sejati tetapi belum cukup untuk membawanya kepada makam yang istimewa. Bala dan bencana menjadi kenderaan untuknya mencapai kedudukan istimewa itu. Jadi, kita boleh lihat kejadian yang berlaku adalah serupa tetapi arus sebab musabab berbeza-beza.
Kita telah melihat sistem sebab musabab yang berlapis-lapis. Bila disusun sistem ini menjadi seperti berikut:
1. Usaha dan ikhtiar adalah sebab musabab.
2. Rangsangan malaikat atau rangsangan syaitan adalah sebab musabab.
3. Amal kebaikan atau perbuatan dosa adalah sebab musabab.
4. Penyucian kemanusiaan adalah sebab musabab.
5. Mengistimewakan seseorang hamba Allah s.w.t. itu adalah sebab musabab.
Kita ingin merenungi sistem sebab musabab dengan lebih mendalam.
Dan, apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka) sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka), Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada Ku.
(Maksud ayat 186 surah al-Baqarah)
Sesungguhnya hamba itu tidak disalahkannya daripada doa oleh salah satu dari tiga: adakalanya dosanya diampunkan, adakala disegerakan memperkenan doanya dan adakalanya ditangguhkan sebagai kebajikan yang disimpan ke satu masa yang lain.
(Maksud al-Hadith)
Apabila mengamati firman Tuhan dan sabda junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. ternyata betapa kuatnya tenaga yang dimiliki oleh doa. Tenaga doa mampu mengheret berbagai-bagai sebab musabab supaya bergerak ke arah mencapai doa yang dimakbulkan. Kekuatan tenaga doa menimbulkan banyak sebab musabab yang tidak disangka-sangka sehingga hajat orang yang berdoa itu tercapai kerananya. Dalam hal ini doa juga menjadi sebab musabab.
Selain doa apakah ada lagi perkara yang tersembunyi dan ghaib yang mempengaruhi perjalanan sebab musabab?.
Oleh itu, ingatlah kamu kepada-Ku ( dengan mematuhi hukum-hakam dan undang-undang-Ku), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepada-Ku dan janganlah kamu kufur (akan nikmat-Ku).
(Maksud ayat 152 surah al-Baqarah)
…dan sesungguhnya mengingati Allah adalah besar (faedah dan kesannya)…
(Maksud ayat 45 surah al-Ankabut)
Tidak berbuat oleh anak Adam dari sesuatu perbuatan yang lebih melepaskan dia daripada azab Allah, dari berzikir kepada Allah azza wa jalla.
(Maksud al-Hadith)
Berfirman Allah azza wa jalla: Barang siapa menghabiskan waktunya berzikir kepada-Ku tanpa meminta kepada-Ku nescaya akan Aku berikan kepadanya yang lebih utama daripada apa yang Aku berikan kepada mereka yang meminta (berdoa).
(Maksud al-Hadith)
Tidaklah satu kaum yang berkumpul berzikir akan Allah Taala yang tidak bermaksud dengan yang demikian itu selain Wajah-Nya, melainkan diserukan mereka oleh penyeru dari langit: Bangunlah, di mana kamu telah diampuni, segala keburukan kamu telah digantikan dengan kebaikan bagimu.
(Maksud al-Hadith)
Apabila kita renungi pengertian ayat-ayat suci al-Quran dan keterangan hadith Rasulullah s.a.w. kita dapat rasakan tersembunyi keunikan dalam zikir yang tidak ada pada amalan lain. Allah s.w.t. menyuruh kita ingat kepada-Nya supaya Dia juga ingat kepada kita. Apa kelebihannya jika Allah s.w.t. ingat kepada kita?. Allah memberi jaminan bahawa Dia akan berikan kepada orang yang menyibukkan dirinya dalam zikir sehingga tidak sempat meminta, yang lebih utama dari apa yang diberikan kepada orang yang meminta. Kita telah lihat kekuatan doa mempengaruhi sistem sebab musabab dalam merealisasikan permohonan yang didoakan (diminta). Allah s.w.t. mengatakan tenaga zikir lebih utama daripada tenaga doa sehingga Dia sendiri menguruskan keperluan orang yang berzikir tanpa diminta.
Terdapat satu jalinan erat di antara Allah s.w.t. dengan ahli zikir. Zikir membuat orang masuk ke dalam ‘Rumah Allah’ menjadi tetamu-Nya. Allah s.w.t. memberi layanan yang istimewa kepada para tetamu-Nya. Dia sendiri yang memberi perlindungan dan pertolongan kepada para hamba yang masuk ke dalam ‘Rumah-Nya’. Jika doa berkonsepkan ” Mintalah nescaya Aku berikan”, manakala zikir pula mengwujudkan suasana “Engkau tidak perlu meminta kerana Aku menjamin dan Aku berikan yang lebih baik”. Bila keputusan telah dimatrai oleh Yang Maha Agung maka seluruh tenaga sistem sebab musabab tunduk kepada zikir. Bahkan tenaga zikir melepasi sempadan sebab musabab sebagaimana sejarah telah membuktikan ahli zikir yang mencapai martabat aulia Allah boleh berjalan di atas air, terbang di udara dan sebagainya lagi yang merombak sistem sebab musabab. Zikir yang mencapai maksudnya yang hakiki mengwujudkan suasana tidak terikat oleh sebab musabab. Allah s.w.t berbuat apa yang Dia kehendaki tanpa terikat kepada sebab musabab dan tanpa dipengaruhi oleh sesiapapun.
Mengapa zikir begitu kuat dan bertenaga? Ketika membincangkan tentang ilham malaikat dan rangsangan syaitan kita telah temui kewujudan diri dalaman atau diri batin yang menjadi bekas menerima ilham dan rangsangan tersebut. Diri batin inilah diri insan yang sebenarnya. Jasad hanya sarang atau alat yang digunakan oleh bakat-bakat dan keupayaan batin. Jasad menjadi hakmilik diri batin. Diri batin inilah yang dimaksudkan dengan “AKU”. Oleh sebab jasad menjadi hakmilik “aku” maka bolehlah dikatakan tangan aku, kaki aku, telinga aku dan sebagainya. Oleh sebab “aku” bersifat ghaib maka “aku” itu tidak dapat ditunjukkan dengan jari. Tunjuk kepada tangan atau kaki atau mata atau bahagian-bahagian yang lain semuanya bukan “aku” tetapi milik “aku”.
Kesedaran terhadap “aku” yang di dalam atau yang ghaib itu sangat penting kerana “aku”lah yang merasai nikmat atau azab baik di dunia mahupun di akhirat. Lupa kepada “aku” membuat manusia hanyut dikuasai oleh tenaga luar sehingga tenaga luar itu dapat menggunakan pancaindera yang menjadi hakmilik “aku” untuk melakukan kerosakan. Hal ini boleh berlaku kerana kita meletakkan kesedaran kepada jasmani yang zahir yang hanya menjadi alat. Kesedaran zahir mengatasi kesedaran batin. Kuasa pentadbiran yang seharusnya dimiliki oleh raja telah dicampakkan kepada askar yang mengawal istana. Askar yang tidak terkawal cenderung untuk berperang tanpa menghiraukan kerosakan yang berlaku. Keadaan ini harus diperbetulkan. Raja mesti mendapat kembali kuasa pemerintahannya. Diri batin mesti menyedari kedudukannya dan tanggungjawabnya. Dia mesti membuat keputusan. Dia yang akan menerima akibat atas segala kelakuan pancainderanya. Jadi, adalah wajar jika dia mengambil kuasa memerintah seluruh kerajaannya, iaitu diri zahirnya. Bagi mencapai keadaan itu diri batin mestilah kuat. Jika dia lemah askarnya dan rakyatnya yang akan menggulingkannya.
Diri batin itu boleh menjadi kuat dengan tenaga zikir. Zikir menjadi santapan rohani dan menjadi penawar kepada segala penyakit dalaman. Tenaga zikir mampu menahan serangan tenaga perosak. Bila tenaga zikir sudah cukup kuat makhluk perosak tidak boleh lagi hampir kepadanya. Selamatlah dia daripada rangsangan syaitan dan tertutuplah jalan kejahatan daripadanya. Pada ketika itu hanya ilham malaikat yang sampai kepadanya. Dia sentiasa diheret kepada kebaikan. Apabila dia memperteguhkan lagi tenaga zikir dalam dirinya maka dirinya akan sampai kepada kualiti malaikat. Ilham yang keluar daripadanya menyamai ilham malaikat. Pada ketika itu sekalipun tanpa ilham malaikat dia tetap bergerak di atas jalan yang lurus.
Tenaga zikir tidak berhenti setakat makam malaikat. Ia boleh bertambah melebihi kedudukan malaikat. Tenaga zikir yang kuat membuat diri batin berupaya mengambil ilmu daripada Loh Mahfuz. Inilah pemberian yang lebih utama yang Allah s.w.t kurniakan kepada hamba-Nya yang ingat kepada-Nya sehingga lupa meminta sesuatu untuk dirinya sendiri. Kita jumpai manusia seperti ini dalam lembaran sejarah. Saidina Abu Bakar as-Siddik mengetahui jantina anak yang masih di dalam kandungan ibunya. Saidina Umar al-Khattab dapat melihat tentera Islam yang sedang berperang beratus-ratus batu daripadanya dan dapat pula mengarahkan mereka membetulkan strategi perang. Inilah golongan manusia yang menguasai sistem sebab musabab. Apabila mereka hanya terikat dengan Penyebab mereka tidak lagi dikuasai oleh asbab.
Di dalam merenungi persoalan ilham malaikat dan rangsangan syaitan kita dapati ianya tidak berbunyi, tiada suara, tidak nyata dan tidak jelas. Tetapi hati atau diri batin kita mengerti tentang mesej yang mahu disampaikan. Ini menunjukkan ada sejenis bahasa yang tidak berhuruf dan tidak berbunyi menjadi alat komunikasi alam ghaib. Kita namakan bahasa ini sebagai bahasa kebatinan.
Cuba kita renungi bahasa kebatinan yang selalu berdetik atau memancar dalam hati kita. Bila lulus SPM kita pun menyembelih seekor kambing. Bila ditanya mengapa kambing itu disembelih, kita katakan yang kita telah bernazar atau berniat. Cuba kita renungkan detik ketika kita bernazar atau berniat itu. Adakah pada ketika itu keluar suara dari mulut kita atau kita mendengar hati kita mengatakan’ “Jika lulus SPM aku mahu menyembelih kambing”. Adakah terbayang pada pandangan kita rupa kambing disembelih? Semua itu tidak ada tetapi kita mengetahui dan memahami yang kita sudah bernazar atau berniat.
Bahasa kebatinan menanamkan pengertian bukan mengucapkan perkataan. Bukan kita sahaja yang mendapat pengertian tentang bahasa kebatinan bahkan malaikat juga mengerti tentangnya. Malaikat yang di kanan dan kiri kita sentiasa mencatatkan bahasa kebatinan tersebut. Kita bertanggungjawab ke atas bahasa tersebut samada ianya niat, nazar, angan-angan, cita-cita dan sebagainya. Berlainan istilah adalah kerana berlainan darjah kekuatan atau penekanan terhadap apa yang mahu dilakukan itu. Bila yang terungkap di dalam hati itu nazar atau niat, tanggungan sebagai kewajipan wujud secara automatik apabila berlaku seperti yang dinazar atau diniatkan itu. Bila lulus SPM kita sudah wajib menyembelihkan kambing. Jika kita menyembelih kambing atas niat kenduri arwah atau kerana menyambut hari jadi, maka tanggungan niat itu tetap ada di atas bahu kita walaupun kambing sudah disembelihkan. Perbuatan adalah sama iaitu menyembelihkan kambing tetapi niat tidak sama. Perkiraan malaikat adalah niat bukan perbuatan. Perbuatan dan perkataan kita yang lahir menjadi tanggungan kita dengan manusia tetapi perbuatan dan perkataan yang tidak zahir menjadi tanggungan kita dengan Tuhan dan dicatat oleh malaikat petugas.
“Setiap amal bergantung pada niat”. (maksud Hadis).
Amal ibadat hanya diperakui sebagai ibadat jika disandarkan dengan niat ibadat. Tanpa niat sembahyang walaupun bacaan dan kelakuan dilakukan dengan sempurna ia tetapi ditolak. Orang boleh berderma sebanyak sejuta ringgit tetapi niatnya hanya untuk mendapat projek lain yang lebih besar, maka derma itu tidak diperakui sebagai sedekah dan tidak ada nilai pahala padanya, bahkan dia berdosa kerana berbuat sesuatu enggan tidak ikhlas, dicampuri ria’ dan ada muslihat.
Apabila kita perluaskan sekop bahasa kebatinan yang dipertanggungjawabkan kepada diri kita maka kita temui istilah-istilah niat, nazar, perjanjian, ikrar dan sumpah samada dizahirkan atau disimpan di dalam hati. Semua itu berada di dalam tilikan Tuhan dan dicatat oleh malaikat. Allah s.w.t menyaksikan bahasa kebatinan yang tidak didengar oleh makhluk.
“Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah dan apa jua bencana yang menimpa kamu maka ia adalah dari (kesalahan) diri kamu sendiri. Dan Kami telah mengutuskan engkau (wahai Muhamamd) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang rasul (yang membawa rahmat).Dan cukuplah Allah menjadi saksi”. (Surah an-Nisaa’, ayat 79).
Tidak ada alasan bagi seseorang untuk mengatakan tiada sesiapa menyaksikan apa yang berdetik dalam hatinya kerana Allah s.w.t sudah sedia meyaksikannya.
“Wahai orang-orang yang beriman. Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri atau ibu bapa kamu dan kaum kerabat kamu. Kalau (orang yang didakwa itu) kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa, kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada kedua-duanya. Oleh itu jangan kamu turutkan hawa nafsu kamu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar belitkan keterangan atau enggan (daripada menjadi saksi) maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”. (Surah an-Nisaa’, ayat 135).
“Wahai orang yang beriman! Hendaklah kamu semua menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah lagi menerangkan kebenaran dan janganlah kebencian kamu atas satu-satu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil. Hendaklah kamu berbuat adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa. Dan takwalah kepada Allah kerana Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”. (Surah al-Maaidah, ayat 8).
“Dan Kami tidak mendapati bagi kebanyakan mereka sebarang janji (yang ditepati) dan Kami tidak mendapati kebanyakan mereka melainkan orang-orang yang fasik”. (Surah al-A’raaf, ayat 102).
“Maka dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka, Kami telah laknati mereka. Kami jadikan hati-hati mereka keras membatu..” (Surah al-Maaidah, ayat 13).
Setiap nazar, niat, perjanjian, ikrar dan sumpah selain disaksikan Allah juga disaksikan oleh diri yang berkenaan. Orang yang beriman digesa supaya berlaku adil di dalam menjadi saksi sekalipun terhadap diri sendiri. Diri sendiri menjadi saksi terhadap bahasa kebatinan diri sendiri. Berbuat adillah dalam menyempurnakannya walaupun terpaksa menemui kesulitan dalam melakukannya. Orang yang enggan melaksanakan nazar, niat, perjanjian, ikrar dan sumpah dilaknat oleh Allah dan hatinya menjadi keras. Hati yang keras tidak dapat menerima petunjuk dan tidak dapat merasai nikmat.
“Dan dari antara mereka ada orang yang berjanji kepada Allah, ‘Jika Dia berikan kurnia-Nya kepada kami tentu kami sedekahkan dan tentu kami jadi orang yang baik-baik’. Tetapi bila Allah berikan kepada mereka kurnia-Nya jadilah mereka bakhil dan mereka membalik belakang dalam keadaan berpaling. Maka Allah sebabkan adanya nifak dalam hati mereka sampai hari mereka bertemu Dia, lantaran mereka menyalahi janji Allah yang mereka telah janjikannya dan lantaran mereka berdusta. Tidakkah mereka tahu bahawa Allah mengetahui rahsia dalam diri mereka dan omongan rahsia mereka, dan Allah itu amat mengetahui perkara yang ghaib-ghaib”. (Surah al-Baraath, ayat 75 – 78).
“Katakanlah: Sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan sesuatu terhadap Allah tidak akan mendapat kemenangan. (Apa yang mereka perolehi hanya kesenangan) di dunia, kemudian kepada Kami jualah mereka kembali dan Kami akan rasakan kepada mereka azab yang berat disebabkan perbuatan kufur yang mereka lakukan”. (Surah Yunus, ayat 69 & 70).]
Nabi Adam mengalami dua keadaan. Pertama memelihara amanah Allah s.w.t dan keduanya melepaskan amanah tersebut. Memelihara amanah Allah s.w.t menjadi sebab untuk Adam mendapat:
1: Bersenang-senang dengan isterinya di dalam syurga.
2: Memakan apa sahaja kecuali satu.
3: Tidak merasa kesusahan.
4: Tidak lapar.
5: Tidak telanjang.
6: Tidak dahaga.
7: Tidak panas.
Melepaskan amanah Allah s.w.t menyebabkan Adam merasai:
1: Kemurkaan Allah s.w.t.
2: Dikeluarkan daripada syurga.
3: Berpisah dengan isterinya.
4: Merasai kesusahan.
5: Merasai lapar.
6: Merasai bertelanjang.
7: Merasai panas.
8: Merasai dahaga.
9: Merasai mati.
Adam melepaskan amanah Allah s.w.t dalam keadaan dia diperdayakan oleh iblis. Dia lupa kepada perjanjiannya dan dia tidak sengaja berbuat derhaka kepada Allah s.w.t. Dalam keadaan yang semacam itu pun Adam terpaksa memasuki bidang sebab musabab yang payah dan berat hingga ada kematian di dalamnya. Dalam syurga tidak ada mati. Apa pula halnya manusia lain yang sengaja melepaskan amanah Allah s.w.t. Lihatlah perjanjian yang dibuat oleh manusia dengan Allah s.w.t:
“La ilaha illa Llah. Muhammad-ur-Rasulullah”
Perjanjian yang satu ini membawa berbagai-bagai amanah ke dalam tanggungan manusia. Maka kita temui wajib, sunat, harus, makruh, haram, rukun, syarat dan lain-lain. Kita temui juga pahala, dosa, syurga, neraka, rahmat, laknati, nikmat dan celaka. Semuanya lahir dari satu perjanjian atau ikrar. Cara kita menanggung ikrar yang satu ini menjadi faktor utama mempengaruhi perjalanan sebab musabab yang sampai kepada kita. Kita sering lupa kepada sebab musabab jenis ini lalu kita meraba-raba mencari punca nasib malang kita.
Seterusnya perhatikan pula kepada amalan biasa yang kita lakukan. Bagi memulakan sesuatu pekerjaan kita membaca:
“Bismillaah-ir-Rahmaan-ir-Rahiim”
Kalimat ini bukan setakat dibaca sebagai kebiasaan malah ia merupakan amanah atau ikrar hamba dengan Pencipta. Hamba berjanji untuk menegakkan kakinya pada jalan Allah s.w.t. Jika dia makan untuk mendapatkan tenaga maka dia berjanji untuk menggunakan tenaga itu pada jalan Allah s.w.t. Jika dia melangkah dia berjanji untuk menjadikan langkahnya sebagai jalan mencari keredaan Allah s.w.t. Membaca “Bismillah” tetapi berbuat yang tidak sesuai dengan kehendak kalimah tersebut membawa seseorang termasuk ke dalam golongan yang mencuaikan amanah Allah s.w.t. Tidak membacanya pula menyebabkan syaitan bersekutu dalam apa sahaja yang kita lakukan. Hinggakan dalam hubungan kelamin suami isteri pun syaitan bersekutu. Hasilnya lahirlah anak-anak yang melakukan kerosakan di atas muka bumi. Kesan negatif dari tidak membaca “Bismillah” atau tidak menanggung amanah “Bismillah” sukar dibuktikan. Tetapi kesan positif banyak untuk dijadikan teladan.
Nabi Ibrahim a.s memasuki api Namrud dengan kalimah “Bismillah”. Kalimah ini menjadi tenaga yang luar biasa merombak hukum sebab musabab sehingga api kehilangan kuasa membakarnya. Nabi Isa a.s menyeru orang mati dalam kubur dengan kalimah “Bismillah” dan kalimah tersebut mematikan hukum sebab musabab hinggakan orang yang sudah mati boleh hidup semula. Orang yang benar-benar menanggung kalimah “Bismillah” boleh berjalan di atas air atau terbang di udara. Hanya “Bismillaah-ir-Rahmaan-ir-Rahiim”, hukum sebab musabab tunduk kepadanya. Jika membaca dan menanggung “Bismillah” membawa kesan positif apakah tidak mungkin melepaskan amanah tersebut boleh membawa kesan negatif?
Cuba kita renungkan dengan lebih mendalam perkara-perkara yang biasa kita abaikan padahal ia memberi sumbangan kepada pengaruh sebab musabab yang sampai kepada kita.
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan kerana sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa. Dan jangan kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain, jangan sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Apakah suka seseorang itu memakan bangkai saudaranya? Maka (tentu) kamu jijik kepadanya. Dan berbaktilah kepada Allah kerana Allah itu Penerima taubat lagi Maha Mengasihani”. (Surah al-Hujuraat, ayat 12).
“Aku (Allah) adalah sebagaimana yang hamba-Ku sangka”. (Hadis Qudsi).
Sebahagian daripada prasangka itu dosa. Perbuatan dosa mempengaruhi perjalanan sebab musabab. Prasangka menyebabkan kita semakin ditarik kepada sebab musabab yang negatif. Allah s.w.t adalah sebagaimana yang disangkakan oleh hamba-Nya. Jika kita menyangka buruk maka buruklah yang dihantarkan kepada kita. Jika kita menyangka baik maka kebaikanlah yang dihantar kepada kita.
Hamba yang faqir
Wassalam.
Assalamualaikum wbt.
Perbezaan di antara Jalan Kenabian & Jalan Kesufian
JALAN KENABIAN
Kaum Muslimin yang menerima tarekat secara langsung daripada Rasulullah s.a.w menetap di atas jalan kehambaan dan kesedaran. Wahyu yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w secara langsung membakar sifat-sifat keji para sahabat tanpa membakar identiti mereka. Mereka mengikuti tingkah-laku Rasulullah s.a.w dengan bersungguh-sungguh untuk memakai sifat-sifat benar, amanah, menyampaikan dan bijaksana. Mereka berusaha menyesuaikan diri dengan Rasulullah s.a.w kerana baginda s.a.w adalah model yang Allah s.w.t hantarkan untuk diteladani. Apabila jalan yang demikian diikuti maka para sahabat menjadi duta-duta kepada Rasulullah s.a.w, cermin yang membalikkan cahaya Nabi Muhammad s.a.w dan penyambung lidah Nabi Muhammad s.a.w. Cara yang demikian meneguhkan iman di atas landasan kehambaan. Tidak ada percubaan untuk membuang kehambaan dan menjadi Tuhan. Tidak ada pengalaman kerohanian yang memabukkan. Banyak daripada pengalaman yang ganjil-ganjil yang dialami oleh para sufi yang datang kemudian, tidak dialami oleh para sahabat Rasulullah s.a.w. Golongan yang menjalani tarekat yang diterima secara langsung daripada Rasulullah s.a.w tidak mengalami atau jarang terjadi pengalaman dan penyaksian terhadap tajalli-tajalli, warna dan cahaya. Pengalaman yang demikian tidak terjadi di peringkat awal sahabat menerima Islam dan tidak juga di peringkat akhir. Pengalaman yang demikian tidak berlaku kerana ‘matahari’ kenabian tidak ditutup oleh awan mendung keraguan dan syak wasangka yang biasa dikeluarkan oleh akal fikiran. Pengembara pada jalan kenabian iaitu tarekat para sahabat tidak terpukau dengan tajalli dan tidak tertarik dengan bayangan. Tajalli dan bayangan adalah fenomena yang timbul selama awan mendung menutupi cahaya matahari yang asli. Setelah awan mendung berlalu muncullah cahaya yang terang benderang, tanpa rupa, tanpa warna dan bayangan juga hilang.
Pada jalan kenabian yang diikuti oleh para sahabat, kesungguhan digembelingkan ke arah mematuhi peraturan syariat. Mereka meyakini syariat dengan sepenuh jiwa raga dan bersedia untuk mempertahankan syariat dengan segala kemampuan yang mereka ada. Rasulullah s.a.w menolak permintaan puak Taqif yang datang dari Taif, agar berhala mereka tidak dirobohkan dalam tempuh satu tahun dari masa mereka mula menerima Islam dan mereka juga meminta dikecualikan daripada melakukan sembahyang lima waktu. Agama Tauhid tidak boleh bertolak-ansur dengan berhala. Mengenai sembahyang pula baginda s.a.w bersabda yang maksudnya: “Tidak ada Islam tanpa sembahyang.” Tentera Islam meredah padang pasir, memikul senjata, berperang, membunuh dan dibunuh, semuanya dilakukan dengan membawa peraturan syariat, termasuklah sembahyang lima waktu. Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w, Khalifah Abu Bakar as-Siddik memerangi puak Islam yang enggan mengeluarkan zakat. Syariat dipegang sewaktu Rasulullah s.a.w masih hidup dan juga selepas kewafatan baginda s.a.w. Kaum Muslimin berkewajipan menanggung syariat sehingga ke akhir hayat mereka. Tidak ada had atau makam di mana seseorang bebas daripada tuntutan syariat. Rasulullah s.a.w sendiri pun terikat dengan tuntutan syariat, malah kesungguhan baginda s.a.w bersyariat melebihi orang lain.
Orang yang memasuki jalan kenabian adalah hamba yang Allah s.w.t pimpin kepada-Nya. Jalan tersebut sudah dilalui oleh para anbia, siddiqin dan salihin. Pada jalan tersebut sesuatu adalah terang dan jelas, tiada kesamaran. Tuntutan pada jalan ini adalah syariat, tidak perlu melakukan latihan yang berat, merbahaya dan samar-samar. Pada jalan kenabian latihan bersuluk dan berkhalwat tidaklah sepenting menjaga tuntutan fardu di samping melaksanakan tanggungjawab dalam kehidupan harian. Amalan pada jalan kenabian tidak mengganggu pekerjaan harian, tidak perlu mengasingkan diri ke tempat yang tidak ada orang. Cara yang diajarkan oleh Sunah Rasulullah s.a.w boleh mengelakkan seseorang terbawa-bawa ke dalam zauk, berkelakuan ganjil, meratap dan menangis atau mengeluarkan perkataan yang menyalahi syariat. Orang yang berjalan pada jalan kenabian tidak mengambil tahu tentang tajalli Tuhan, Rahsia Tuhan, fana dalam Tuhan, baqa dengan Tuhan atau yang seumpamanya. Kasyaf, zauk, jazbah dan keramat jarang sekali ditemui pada orang yang melalui jalan kenabian. Jika ada pun perkara yang demikian berlaku, ia berlaku bukan disengajakan, tidak dibuat amalan khusus untuk memperolehi yang demikian. Mereka yang beramal menurut Sunah Rasulullah s.a.w mendapat kelazatan di dalam sembahyang dan membaca al-Quran bukan di dalam zauk. Mereka bertindak menguruskan kehidupan harian secara manusia biasa tanpa perlu bersandar kepada kekeramatan. Mereka menetap di dalam kesedaran, tidak dibawa ke alam fana. Mereka terus berada di atas landasan kehambaan, tidak memasuki suasana bersatu dengan Tuhan atau baqa dengan-Nya.
Orang yang berjalan pada jalan kenabian tidak digesa berperang dengan jasad dengan melakukan latihan yang menyakitkan jasad. Pada jalan kenabian penekanan diberikan kepada soal kesederhanaan dan menjaga agar tidak melampaui batas. Dibenarkan mengadakan pembalasan tetapi sekadar kejahatan yang dilakukan orang, jangan melampau dalam pembalasan dan jika sanggup memaafkan adalah lebih baik. Dibenarkan tidur tetapi jika bangun bersembahyang tahajjud adalah lebih baik. Dibenarkan makan dan minum tetapi jika berpuasa adalah lebih baik. Cara yang demikian lebih memudahkan orang ramai mengikutinya. Orang khusus juga boleh mencapai matlamat melalui jalan ini.
Orang yang berjalan pada jalan kenabian tidak mengalami suasana fana, bersatu dengan Tuhan, baqa, tajalli atau menyaksikan satu wujud (wahdatul wujud) yang biasa ditemui oleh pengembara pada jalan kesufian. Pada jalan kenabian Allah s.w.t kurniakan yang lebih baik dan lebih benar daripada semua itu. Dikurniakan kepada pengembara pada jalan kenabian makna agama yang sebenarnya yang tidak bercampur dengan kesamaran dan kekeliruan. Allah s.w.t jadikan mereka saksi bagi agama-Nya, menjadi puak yang menyatakan kebenaran agama-Nya dan kebenaran Rasul-Nya menyampaikan perintah-Nya. Allah s.w.t kurniakan kepada mereka makam yang mulia iaitu menjadi penyebar agama-Nya secara benar dan bersih daripada bidaah dan kesesatan. Orang yang berjalan pada jalan kenabian dikurniakan rasa ghirah (kecemburuan) beragama. Perasaan yang demikian membuat mereka bersedia berjuang melindungi agama dan mempertahankannya daripada gangguan musuh-musuh agama. Merekalah yang sebenar-benar dipilih dan dilantik sebagai khalifah Allah s.w.t pada bumi dan diberikan izin menggunakan cop mohor-Nya di dalam melaksanakan tugas kekhalifahan itu. Allah s.w.t akan membantu, menolong dan membela mereka menjalankan tugas mereka menyebarkan syariat, memakmurkan bumi, mengalahkan musuh-musuh Islam dan menyelamatkan umat Islam daripada penindasan bangsa-bangsa lain.
Mereka bekerja memahami wahyu Tuhan dan mengamalkannya dalam kehidupan harian. Mereka tidak memasuki jalan suluk secara khusus kerana bagi mereka kehidupan inilah tempat bersuluk. Suluk mereka adalah takwa, iaitu berjalan di celah-celah duri kejahilan, kemusyrikan, kemunafikan, kemunkaran dan kefasikan. Mereka bersuluk secara menjaga diri agar tidak melakukan dosa dan maksiat terutamanya syirik kepada Allah s.w.t, Tuhan Yang Maha Esa.
Jalan yang dibentuk oleh Rasulullah s.a.w dan diikuti oleh para sahabat adalah jalan singkat dalam mencapai matlamat iaitu keredaan Allah s.w.t. Jalan yang ada suluk adalah jalan jauh yang perlu dilalui oleh orang-orang tertentu kerana sesuatu sebab yang perlu, terutamanya pada zaman yang telah jauh daripada zaman Nabi Muhammad s.a.w. Ketika baginda s.a.w masih hidup bimbingan wahyu dan pengajaran secara langsung daripada baginda s.a.w lebih kuat dan lebih berkesan daripada cara berkhalwat sendirian jauh daripada Rasulullah s.a.w. Beriman dan beramal salih lebih dituntut daripada mengasingkan diri. Berjuang menyelamatkan manusia daripada neraka adalah juga termasuk dalam perkara amal salih. Di dalam melaksanakan tugas suci itu Rasulullah s.a.w dan kaum Muslimin perlu berperang menghapuskan faktor-faktor yang membentengi umat manusia daripada sampai kepada kebenaran. Banyak puak yang pada mulanya enggan menerima atau mendengar ajaran Islam, telah dengan rela memeluk Islam setelah mereka dikalahkan. Muslim zaman Rasulullah s.a.w sanggup mati demi menyelamatkan umat manusia daripada api neraka.
JALAN KESUFIAN
Jalan fitrah yang diterokai oleh kumpulan manusia yang mengasingkan diri itu menjadi asas kepada jalan yang kemudian hari dikenali sebagai jalan kesufian. Pengasas aliran sufi adalah manusia fitrah yang hidup di dalam masyarakat yang penuh dengan kegelapan, kekeliruan dan ketidak-pastian. Mereka lari daripada kegelapan, kekeliruan dan ketidak-pastian itu sebagaimana Rasulullah s.a.w lari dari suasana jahiliah dahulu. Manusia fitrah yang tinggal sendirian itu melakukan amalan yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w iaitu bersembahyang, berpuasa, berzikir dan lain-lain. Amalan mereka tidak bersalahan dengan syariat, cuma bidang syariat yang ada hubungan dengan orang ramai tidak diamalkan. Amalan cara yang demikian kemudian harinya dipanggil suluk.
Manusia fitrah yang hidup di dalam masyarakat yang penuh dengan kegelapan jahiliah akan merasai tekanan dan kegelisahan pada jiwanya. Jalan keluar bagi orang yang seperti ini adalah mengasingkan diri di tempat yang jauh daripada orang ramai dan menghabiskan masanya dengan beribadat kepada Allah s.w.t. Sebahagian daripada golongan yang memilih jalan mengasingkan diri akan terus menerus berada di dalam keadaan demikian sementara sebahagiannya pula kembali kepada masyarakat setelah rohani mereka mencapai kematangan. Orang yang memasuki jalan bersendirian terus menerus berada pada jalan kesufian dan yang kembali kepada masyarakat adalah orang sufi yang berpindah dari jalan kesufian kepada jalan kenabian. Orang yang kembali kepada jalan kenabian lebih sempurna perjalanannya dan dari golongan inilah muncul para pendakwah yang membimbing umat manusia kepada jalan Allah s.w.t. Kebanyakan sufi yang telah matang kembali kepada jalan kenabian. Abdul Qadir Jilani, Ibrahim Adham, Junaid, Hasan Basri dan ramai lagi merupakan sufi yang kembali kepada jalan kenabian setelah menyempurnakan jalan kesufian. Mereka adalah ahli sufi yang mengikuti jalan kenabian. Sufi yang kembali kepada jalan kenabian ini mempunyai keperibadian yang kuat dan percampuran dengan orang ramai tidak lagi memberi tekanan kepada jiwa mereka, malah mereka mampu membimbing orang lain untuk berjalan kepada Yang Haq. Bagi orang yang seperti ini pengembaraan pada jalan kesufian merupakan sebahagian daripada latihan memantapkan kerohaniannya bagi melaksanakan tugas sebagai khalifah Allah di bumi. Golongan tersebut adalah orang yang menjadi pilihan Allah s.w.t dalam menegakkan syariat-Nya di atas muka bumi dan memimpin umat manusia kepada jalan lurus yang sebenarnya.
Peringkat kewalian pada jalan kesufian berbeza dengan peringkat kewalian pada jalan kenabian. Kewalian sufi masuk kepada suasana meninggalkan semua makhluk dan membenamkan ingatan secara terus menerus kepada Allah s.w.t. Kewalian sufi bergerak menghapuskan kehendak diri sendiri dan sifat-sifat kemanusiaan. Sebutan dan ingatan yang terus menerus kepada Allah s.w.t membawa sufi fana diri atau melupakan diri sendiri. Di dalam fana sufi memperolehi jazbah iaitu pengalaman yang berkaitan dengan suasana ketuhanan. Setelah melepasi peringkat fana sufi sampai kepada peringkat baqa atau kekal bersama-sama Allah s.w.t. Di dalam menuju baqa, pada peringkat fana yang paling tinggi sufi hilang kesedaran diri sepenuhnya. Wujudnya hilang dari pandangan dan perasaannya. Hanya Wujud Allah s.w.t sahaja yang menguasainya. Pada peringkat tersebut sufi mengalami apa yang diistilahkan sebagai wahdatul wujud, di mana wujud hamba dengan Wujud Tuhan tidak lagi berbeza pada alam perasaan sufi. Suasana demikian diperolehi akibat didorong oleh rasa kecintaan kepada Allah s.w.t secara asyik mahsyuk yang bersangatan dan pada masa yang sama kesedaran terhadap diri sendiri hilang. Pengalaman wahdatul wujud menimbulkan apa yang diistilahkan sebagai mabuk. Sufi hanya melihat kepada Wujud Tuhan, tidak lagi kepada wujud dirinya dan sekalian wujud yang selain Tuhan. Bila kewujudan diri sendiri hilang dari alam perasaan sufi sering mengucapkan perkataan yang diistilahkan sebagai latah seperti pengakuan bahawa dirinya adalah Tuhan atau Tuhan yang menjadi bakat dirinya.
Kebanyakan sufi sangat mementingkan pengalaman bersatu dengan Tuhan. Mereka menjalani latihan yang berat-berat bagi menghilangkan kesedaran terhadap diri sendiri, iaitu mencapai fana dan dikuasai oleh kecintaan kepada Allah s.w.t yang mengasyikkan. Bagi memperolehi yang demikian sufi perlu menghapuskan semua keinginannya, sifatnya dan identiti dirinya secara menyeluruh. Pekerjaan yang demikian sangat berat, perlu dilakukan latihan menindas jasad. Latihan yang merbahaya dan luar biasa terkenal di kalangan para sufi di dalam proses meleburkan kedirian mereka. Latihan yang demikian membawa sufi melupakan dunia dan akhirat.
Orang sufi percaya rohnya adalah Roh yang dari Allah s.w.t, yang suci bersih. Roh yang suci itu dipenjarakan oleh jasad. Sufi berasa berkewajipan membebaskan rohnya daripada penjara jasad dan mencapai tujuan iaitu bersatu dengan Tuhan. Oleh yang demikian sufi mengistiharkan perang terhadap jasad dengan cara menindas keperluan jasad seperti makan, minum, tidur, tutur-kata, pergaulan dan sebagainya. Selagi rohaninya tidak bebas dari pengaruh jasad sufi tidak akan berasa aman. Sikap penindasan terhadap jasad ini menimbulkan kegelisahan, kehangatan dan kemarahan di dalam roh haiwaninya yang menghubungkan rohnya dengan jasad. Tindak-balas daripada roh haiwani itu sering menimbulkan sikap kasar dan agressif pada orang sufi, terutamanya bagi mereka yang berada pada peringkat permulaan melatihkan diri. Setelah dapat menguasai peringkat roh haiwani sufi akan beransur-ansur menjadi tenang dan kesedaran pancainderanya mengecil sehinggalah hilang terus. Dia mencapai kehampiran dengan Tuhan dan seterusnya memasuki suasana bersatu dengan-Nya. Baharulah sufi merasakan kerihatan daripada jihadnya terhadap jasad.
Jalan yang ditempuh itu menyebabkan sufi gemar kepada yang indah-indah, mendengar suara yang merdu, lagu-lagu kasih, puisi dan cerita-cerita percintaan. Sebahagian daripada para sufi terbawa-bawa kepada berzikir secara menyanyi dan menari sambil diiringi oleh muzik. Keadaan yang demikian menambahkan rasa kecintaan mereka kepada Allah s.w.t dan mengubati kerinduan mereka kepada-Nya. Kerinduan kepada Tuhan sangat menekan jiwa dan menimbulkan kegelisahan yang amat sangat. Aktiviti yang mengasyikkan dapat meredakan tekanan dan kegelisahan tersebut. Perjalanan yang demikian menyebabkan timbul sikap kasar dan tidak terkawal di kalangan sebahagian sufi, selama kecintaan kepada Tuhan belum mereka kuasai dan kerinduan kepada-Nya belum terubat. Kerinduan dan keasyikan menyebabkan sufi lupa bukan sahaja kepada diri dan makhluk, malah sering juga terjadi peraturan syariat dan etika moral tidak diambil berat oleh sebahagian mereka. Sebahagian sufi masih melakukan peraturan syariat tetapi semata-mata kerana menghormati syariat Tuhan bukan kerana menghayati peraturan tersebut.
Para sufi yang bersungguh-sungguh dengan latihan kerohanian mereka, setelah memperolehi keasyikan, akan masuk ke dalam suasana kebatinan di mana mereka menyaksikan rupa, bentuk, cahaya dan warna. Pengalaman yang demikian banyak berlaku pada peringkat awal perjalanan sufi. Penyaksian yang demikian sangat menggembirakan mereka, menambahkan keyakinan dan semangat untuk maju terus. Oleh kerana penyaksian tersebut terjadi di dalam suasana kebatinan yang ghaib, sufi mudah menghubungkan yang disaksikan itu dengan Allah s.w.t. Timbullah konsep ketuhanan yang tidak jelas dan mengelirukan.
Penghujung jalan para asyikin adalah bersatu dengan Tuhan. Sufi mengalami kefanaan, dirinya hilang dia berkamil dengan Tuhan. Dia dikuasai oleh suasana ketuhanan. Pada peringkat ini sering terjadi ucapan latah seperti: “Ana al-Haq!” Ucapan latah yang meletakkan ketuhanan pada diri itu berlaku kepada sufi ketika kesedaran terhadap diri sendiri hilang lenyap. Suasana yang demikian diistilahkan sebagai mabuk. Dalam suasana yang demikian hubungan hati orang sufi dengan Tuhan sangat erat. Dia telah melepaskan segala-galanya demi Tuhannya. Dia telah membuang makhluk dan dirinya demi kecintaannya kepada Tuhan. Gelombang kefanaan yang melanda hati sufi itu mengubah suasana kebatinannya menyebabkan sering muncul keajaiban daripada dirinya, doanya cepat makbul, perkataannya menjadi kenyataan, dia boleh melakukan perkara yang luar biasa seperti berjalan di atas air atau masuk ke dalam api. Hasilnya bertambah teguhlah keyakinannya terhadap apa yang dipegangnya.
Perkara luar biasa yang muncul daripada sufi yang di dalam zauk itu menyebabkan orang ramai menjadi percaya kepada apa yang sufi itu iktikadkan. Sufi yang di dalam kefanaan diri menyaksikan satu wujud lalu memperkatakan mengenainya. Muncullah fahaman wahdatul wujud. Orang ramai yang melihat keajaiban pada sufi itu dengan mudah menerima fahaman wahdatul wujud yang dipegang oleh sufi itu. Sufi membina fahaman wahdatul wujud melalui pengalaman kerohaniannya, melalui penyaksian mata hatinya. Dia mengalami sendiri suasana semua wujud hilang dan hanya satu wujud sahaja yang menyata. Orang ramai pula berpegang kepada fahaman wahdatul wujud secara ikut-ikutan, tanpa mengalaminya dan tanpa benar-benar mengerti mengenainya. Pegangan sufi dibentuk melalui pengalaman rasa sementara orang lain pula melalui khayalan dan andaian. Sufi yang berkata atau melakukan sesuatu yang menyalahi syariat, bertentangan dengan perkataan al-Quran dan perkataan Rasulullah s.a.w ketika dia dikuasai oleh hal atau mabuk, boleh dimaafkan kerana dia berbuat demikian tanpa kesedaran. Orang lain yang di dalam kesedaran biasa yang mengikuti orang sufi secara meniru-niru perlu diberi penjelasan bahawa perbuatan mereka adalah sesat dan kufur.
Pengalaman wahdatul wujud adalah umpama bayangan yang muncul akibat awan mendung menutupi sinar matahari. Setelah awan berlalu bayangan pun hilang. Orang sufi yang berjalan terus akan melepasi peringkat bayangan tersebut. Fahaman wahdatul wujud ditinggalkan di belakang dan dia masuk kepada jalan kenabian, berpegang teguh kepada al-Quran dan as-Sunah. Kebenaran yang sejati terletak dalam al-Quran dan as-Sunah bukan pada zauk, jazbah dan mabuk. Oleh yang demikian orang sufi yang belum melepasi suasana mabuk dilarang keras bercampur gaul dengan orang ramai dan menyampaikan fahaman yang terbentuk ketika mabuk.
FUTUHAT AL MAKIYYAH (Kebenaran Hakiki)
Hamba yang faqir
Wassalam.
Satu artikel menarik tentang apa yg diperkatakan mengenai pengalaman zauk sufiah secara yg saya rasa lebih tepat dikatakan sebagai wahdatul syuhud iaitu melalui rasa pengalaman syuhudiah. Wahdatul wujud pula lebih tepat diklasifikasikan sebagai pemahaman wujudiah melalui akliyyah (akal) bersandarkan nas2 dalil Al Quran dan hadis. Ada wahdatul wujud yg benar dan ada wahdatul wujud yg sesat. Kena bezakan. Sila lawati di bawah:
“Wahdatul Wujud: Antara Kebenaran Dan Kesesatan”
http://mukhlis101.multiply.com/journal/item/185
dan artikel huraian selanjutnya:
“Penjelasan Terhadap Perbezaan-Perbezaan Antara Fana’ Dan Baqa’ Dengan Ittihad Dan Hulul”
http://mukhlis101.multiply.com/journal/item/189
Salam.
ASSALAMUALAIKUM WBT
JALAN MEMPEROLEHI MAKRIFAT
________________________________________
APABILA TUHAN MEMBUKAKAN BAGIMU JALAN UNTUK MAKRIFAT, MAKA JANGAN HIRAUKAN TENTANG AMALMU YANG MASIH SEDIKIT KERANA ALLAH S.W.T TIDAK MEMBUKA JALAN TADI MELAINKAN DIA BERKEHENDAK MEMPERKENALKAN DIRI-NYA KEPADA KAMU. 3
Kalam-kalam Hikmat yang dihuraikan terlebih dahulu mengajak kita merenung secara mendalam tentang pengertian amal, Qadak dan Qadar, tadbir dan ikhtiar, doa dan janji Allah s.w.t , yang semuanya itu mendidik rohani agar melihat kecilnya apa yang datangnya daripada hamba dan betapa besar pula apa yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. Rohani yang terdidik begini akan membentuk sikap beramal tanpa melihat kepada amalan itu sebaliknya melihat amalan itu sebagai kurniaan Allah s.w.t yang wajib disyukuri. Orang yang terdidik seperti ini tidak lagi membuat tuntutan kepada Allah s.w.t tetapi membuka hati nuraninya untuk menerima taufik dan hidayat daripada Allah s.w.t.
Orang yang hatinya suci bersih akan menerima pancaran Nur Sir dan mata hatinya akan melihat kepada hakikat bahawa Allah s.w.t, Tuhan Yang Maha Mulia, Maha Suci dan Maha Tinggi tidak mungkin ditemui dan dikenali kecuali jika Dia mahu ditemui dan dikenali. Tidak ada ilmu dan amal yang mampu menyampaikan seseorang kepada Allah s.w.t. Tidak ada jalan untuk mengenal Allah s.w.t. Allah s.w.t hanya dikenali apabila Dia memperkenalkan ‘diri-Nya’. Penemuan kepada hakikat bahawa tidak ada jalan yang terhulur kepada gerbang makrifat merupakan puncak yang dapat dicapai oleh ilmu. Ilmu tidak mampu pergi lebih jauh dari itu. Apabila mengetahui dan mengakui bahawa tidak ada jalan atau tangga yang dapat mencapai Allah s.w.t maka seseorang itu tidak lagi bersandar kepada ilmu dan amalnya, apa lagi kepada ilmu dan amal orang lain. Bila sampai di sini seseorang itu tidak ada pilihan lagi melainkan menyerah sepenuhnya kepada Allah s.w.t.
Bukan senang mahu membulatkan hati untuk menyerah bulat-bulat kepada Allah s.w.t. Ada orang yang mengetuk pintu gerbang makrifat dengan doanya. Jika pintu itu tidak terbuka maka semangatnya akan menurun hingga boleh membawa kepada berputus asa. Ada pula orang yang berpegang dengan janji Allah s.w.t bahawa Dia akan membuka jalan-Nya kepada hamba-Nya yang berjuang pada jalan-Nya. Kuatlah dia beramal agar dia lebih layak untuk menerima kurniaan Allah s.w.t sebagaimana janji-Nya. Dia menggunakan kekuatan amalannya untuk mengetuk pintu gerbang makrifat. Bila pintu tersebut tidak terbuka juga maka dia akan berasa ragu-ragu.
Dalam perjalanan mencari makrifat seseorang tidak terlepas daripada kemungkinan menjadi ragu-ragu, lemah semangat dan berputus asa jika dia masih bersandar kepada sesuatu selain Allah s.w.t. Hamba tidak ada pilihan kecuali berserah kepada Allah s.w.t, hanya Dia yang memiliki kuasa Mutlak dalam menentukan siapakah antara hamba-hamba-Nya yang layak mengenali Diri-Nya. Ilmu dan amal hanya digunakan untuk membentuk hati yang berserah diri kepada Allah s.w.t. Aslim atau menyerah diri kepada Allah s.w.t adalah perhentian di hadapan pintu gerbang makrifat. Hanya para hamba yang sampai di perhentian aslim ini yang berkemungkinan menerima kurniaan makrifat. Allah s.w.t menyampaikan hamba-Nya di sini adalah tanda bahawa si hamba tersebut dipersiapkan untuk menemui-Nya. Aslim adalah makam berhampiran dengan Allah s.w.t. Sesiapa yang sampai kepada makam ini haruslah terus membenamkan dirinya ke dalam lautan penyerahan tanpa menghiraukan banyak atau sedikit ilmu dan amal yang dimilikinya. Sekiranya Allah s.w.t kehendaki dari makam inilah hamba diangkat ke Hadrat-Nya.
Jalan menuju perhentian aslim iaitu ke pintu gerbang makrifat secara umumnya terbahagi kepada dua. Jalan pertama dinamakan jalan orang yang mencari dan jalan kedua dinamakan jalan orang yang dicari. Orang yang mencari akan melalui jalan di mana dia kuat melakukan mujahadah, berjuang melawan godaan hawa nafsu, kuat melakukan amal ibadat dan gemar menuntut ilmu. Zahirnya sibuk melaksanakan tuntutan syariat dan batinnya memperteguhkan iman. Dipelajarinya tarekat tasauf, mengenal sifat-sifat yang tercela dan berusaha mengikiskannya daripada dirinya. Kemudian diisikan dengan sifat-sifat yang terpuji. Dipelajarinya perjalanan nafsu dan melatihkan dirinya agar nafsunya menjadi bertambah suci hingga meningkat ke tahap yang diredai Allah s.w.t. Inilah orang yang diceritakan Allah s.w.t dengan firman-Nya:
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah beserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. ( Ayat 69 : Surah al-‘Ankabut )
Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat – (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang telah engkau usahakan itu (tercatit semuanya). (Ayat 6 : Surah al-Insyiqaaq )
Orang yang bermujahadah pada jalan Allah s.w.t dengan cara menuntut ilmu, mengamalkan ilmu yang dituntut, memperbanyakkan ibadat, berzikir, menyucikan hati, maka Allah s.w.t menunjukkan jalan dengan memberikan taufik dan hidayat sehingga terbuka kepadanya suasana berserah diri kepada Allah s.w.t tanpa ragu-ragu dan reda dengan lakuan Allah s.w.t. Dia dibawa hampir dengan pintu gerbang makrifat dan hanya Allah s.w.t sahaja yang menentukan apakah orang tadi akan dibawa ke Hadrat-Nya ataupun tidak, dikurniakan makrifat ataupun tidak.
Golongan orang yang dicari menempuh jalan yang berbeza daripada golongan yang mencari. Orang yang dicari tidak cenderung untuk menuntut ilmu atau beramal dengan tekun. Dia hidup selaku orang awam tanpa kesungguhan bermujahadah. Tetapi, Allah s.w.t telah menentukan satu kedudukan kerohanian kepadanya, maka takdir akan mengheretnya sampai ke kedudukan yang telah ditentukan itu. Orang dalam golongan ini biasanya berhadapan dengan sesuatu peristiwa yang dengan serta-merta membawa perubahan kepada hidupnya. Perubahan sikap dan kelakuan berlaku secara mendadak. Kejadian yang menimpanya selalunya berbentuk ujian yang memutuskan hubungannya dengan sesuatu yang menjadi penghalang di antaranya dengan Allah s.w.t. Jika dia seorang raja yang beban kerajaannya menyebabkan dia tidak mampu mendekati Allah s.w.t, maka Allah s.w.t mencabut kerajaan itu daripadanya. Terlepaslah dia daripada beban tersebut dan pada masa yang sama timbul satu keinsafan di dalam hatinya yang membuatnya menyerahkan dirinya kepada Allah s.w.t dengan sepenuh hatinya. Sekiranya dia seorang hartawan takdir akan memupuskan hartanya sehingga dia tidak ada tempat bergantung kecuali Tuhan sendiri. Sekiranya dia berkedudukan tinggi, takdir mencabut kedudukan tersebut dan ikut tercabut ialah kemuliaan yang dimilikinya, digantikan pula dengan kehinaan sehingga dia tidak ada tempat untuk dituju lagi kecuali kepada Allah s.w.t. Orang dalam golongan ini dihalang oleh takdir daripada menerima bantuan daripada makhluk sehingga mereka berputus asa terhadap makhluk. Lalu mereka kembali dengan penuh kerendahan hati kepada Allah s.w.t dan timbullah dalam hati mereka suasana penyerahan atau aslim yang benar-benar terhadap Allah s.w.t. Penyerahan yang tidak mengharapkan apa-apa daripada makhluk menjadikan mereka reda dengan apa sahaja takdir dan lakuan Allah s.w.t. Suasana begini membuat mereka sampai dengan cepat ke perhentian pintu gerbang makrifat walaupun ilmu dan amal mereka masih sedikit. Orang yang berjalan dengan kenderaan bala bencana mampu sampai ke perhentian tersebut dalam masa dua bulan sedangkan orang yang mencari mungkin sampai dalam masa dua tahun.
Abu Hurairah r.a menceritakan yang beliau r.a mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
Allah berfirman: “ Apabila Aku menguji hamba-Ku yang beriman kemudian dia tidak mengeluh kepada pengunjung-pengunjungnya maka Aku lepaskan dia dari belenggu-Ku dan Aku gantikan baginya daging dan darah yang lebih baik dari yang dahulu dan dia boleh memperbaharui amalnya sebab yang lalu telah diampuni semua”.
Amal kebaikan dan ilmunya tidak mampu membawanya kepada kedudukan kerohanian yang telah ditentukan Allah s.w.t, lalu Allah s.w.t dengan rahmat-Nya mengenakan ujian bala bencana yang menariknya dengan cepat kepada kedudukan berhampiran dengan Allah s.w.t. Oleh yang demikian tidak perlu dipersoalkan tentang amalan dan ilmu sekiranya keadaan yang demikian terjadi kepada seseorang hamba-Nya.
KALAM HIKMAH AL HIKAM
hamba yang faqir
salam…ilmu sperti ini sy pewrnah ambil ijazah dr SILAT GAYONG MAARIFAT MALAYSAI…samakew tuan pendekarsufi???tp belum dapat gerak2
Waalaikum salam wbt,
Mengikut pembacaan saya dari blog Gayong Makrifat memang sama tetapi sudah ada sedikit kelainan dari kaedah pembawaannya sekarang sepertimana yg dapat kita lihat di rancangan TV tempohari.
Ada seorang Wakil Khalifah Gayong Makrifat yg kini menjadi murid saya , mungkin kerana tidak setuju dgn kaedah yg di bawa kini. Ustaz Azam sendiri pernah mendatangi saya di dalam mimpi dgn mengatakan, ” kita pecah wilayah”. Allah sahaja yg tahu maksudnya , tetapi mengikut firasat hati saya kerana blog ini semua orang boleh membacanya , ramai yg mempunyai ilmu yg sama seperti ini dan yg membacanya termasuk guru-guru yg ada sekarang , jadi pada saya tidak ada sesiapa yg mempertikaikannya …….kecuali dari mereka yg hasad dan dengki sahaja.
Kalau ada sesiapa yg ingin mempertikaikan pengiktirafan saya sebagai Guru di dalam ilmu ini , sila tampil. Kerana yg layak membawa Ilmu Makrifat cuma yg ada pengesahan dari Allah dan Rasul dan Mursyid yg zahir juga.
hanya umatnya sahaja yg membawa ilmu makrifat iaituh keturunan Muhammad..keluarlah kita di dunia ini sampai masanya akan kembalilah juga kita kepadanya..hanya dari nurNYA sahaja yang boleh berjumpa dengan NYA..umat islam di dunia ni jgnlah kita lalai dan lupa siapa diri kita siapa kita di dunia ini..jgnlah kita mengutama dunia dari DIA…iaituh mempermainkan ILMU dariNYA..kita menjadi lupa kerana amanat yang diarah olehNYA di jual beli dan di buktikan oleh fizikal…sesungguhnya DIA lebih dekat dari urat mu…hati2 lah bila kita bernafas d dunia ini..setiap apa yang kita nafs kan akan DIA ketahui dgn apa yg kita niatkan..berbuat baiklah sesama kita manusia di dunia ini…kerana kita adalah sama dan tidak ada bezanya..
adakah masih buka untuk pelajar baru?
Salam ahmad sila talipon saudara zul di talian ini 0166353601
A’kum..i dr muar johor.i nk share prob i tntg ank pmpuan i yg ptama ni skanq di tngkatan 1 tp die masih belum dpt mengawal rasa gemuruh,gentar smpi nk terbuang air bler dminta tampil kdpn oleh guru sekolah.malah dia jarang melibatkn diri dlm kbnyakkn aktiviti sekolah.
masih adakah akedemi ini?