Archive for December, 2010


Tulang Duyung


Tulang Duyung ini dihadiahkan oleh seorang teman saya.Diantara khasiatnya ada penawar racun dan santau.

Advertisements

Minyak


Didalam beberapa pencarian dan penyelidikan saya mengenai beberapa jenis minyak pelaris dan pengasih,saya telah ketemui satu jenis minyak yang agak unik/spesial.Seperti lazimnya ada beberapa jenis minyak yang perlu menjalani beberapa ritual yang tertentu.Yang uniknya minyak ini asalnya adalah salah satu jenis minyak yang agak keras tetapi telah berjaya dijinakkan(dalam istilah yang lain dari sifat hitam berjaya diputihkan)tetapi keampuhannya tetap kekal seperti asalnya.Diantara ritual minyak ini adalah isian atau jamu iaitu dijamu dengan sekapur sirih,kepala ikan masin,sekepal nasi dan air.Minyak ini disimpan didalam satu bekas khas jika dibawa berjalan.Pemiliknya berhajat memaharkan kepada sesiapa yang berminat.

Bulan Muharram


Bulan Muharram adalah satu bulan yang menjadi pilihan ahli paranormal atau pengamal ilmu batin untuk beramal dan menajamkan ilmu2 mereka dan bulan ini juga menjadi bulan pilihan bagi mencuci atau membersihkan keris atau senjata.Apakah keistimewaannya bulan Muharram ini selain dari permulaan kalendar islam berbanding dengan bulan2 yang lain.Sejak bila amalan kepercayaan pilihan bulan Muharram ini bermula dan mengapa bulan Muharram ini menjadi pilihan berbanding bulan yang lainnya.Pendapat tuan2 semua amat saya hargai.

Duit Wali 7


Gelaran bagi duit ini agak ganjil dan kenapa ianya digelar duit wali 7 ? Satu ketika dahulu duit ini di cari kerana ada pihak yang percaya duit ini boleh mendatangkan rezeki dengan cara ghaib,boleh di buat sebagai medium untuk nombor dan ada juga mengunakannya sebagai azimat pemurah rezeki atau pelaris.

Duit Yasin 7


Duit Yasin 7 dari jenis yang berlainan


Duit jenis ini dicari dan diburu kerana ada pihak yang mempercayai ianya untuk mendatangkan rezeki,selain dinamakan duit yasin tujuh ianya juga dikenali dengan nama duit khidir kerana terdapat ukiran khidir pada duit itu.Lambang yang terdapat disimbolikkan sebagai seseorang membawa sesuatu yang diistilahkan sebagai membawa rezeki kepada pemiliknya.Guru atau tukang yang dikatakan dapat mengujudkan rezeki(duit)perlu tahu simbol yang terdapat pada setiap siling yang digunakan bagi tujuan tersebut.Begitulah juga pada satu ketika dahulu duit kertas RM10 kerbau membajak sawah digunakan untuk tujuan tarik rezeki.Kerbau disimbolkan sebagai satu usaha,najis dari kerbau yang sedang membajak menyuburkan sawah,padi dari sebutir menghasilkan setangkai padi dan bayangkan kalau seluruh sawah ditaburkan padi maka hasilnya menghasilkan tangkai2 padi yang banyak.

Duit Yasin 5


Duit Yasin 5 juga dahulunya dikatakan mempunyai nilai mistiknya yang tersendiri.

Duit Yasin 1


Salah satu jenis duit Yasin 1 setakat ini yang saya ketahui adalah 2 jenis duit yasin

1

Pati Unus


Kisah Pati Unus mungkin hanya segelintir sahaja orang yang mengetahui tentang sejarah hidupnya.Beliau syahid di Pulau Besar Melaka dan mungkin TS mempunyai maklumat tambahan mengenai sejarah hidup Pati Unus.Al Fatiha

Yasin 3


Gambar yang dipaparkan adalah siling Yasin 3.