Didalam budaya Melayu terutamanya yang melibatkan ilmu dan praktik Pawang,Bomoh atau Dukun dalam perubatan atau sesuatu ritual penggunaan kemian tidak dapat dipisahkan,ianya seolah olah satu kemestian didalam beberapa hal tertentu.Pembakaran kemian seolah olah memainkan satu peranan yang penting dalam beberapa acara atau ritual.Sejauh manakah faktor penyumbang kemian ini kepada satu2 upacara tersebut dan mengapa kemian menjadi satu bahan khas untuk itu.Kemian itu sendirinya terdapat pelbagai jenis seperti kemian merah,kemian jin,kemian bunian,kemian mesh,kemian kelulut,kemian madu,kemian putih,kemian hitam dan lain2.Apakah setiap daripada kemian ini mempunyai fungsi yang sama atau berlainan ? Disamping itu terdapat juga pendapat pro dan kontra mengenai pengunaan kemian ini,ada yang mengatakan ianya makanan jin,pemanggil jin dan lain2 lagi.Apakah benar pendapat itu.Diharap pengunjung yang tahu mengenai maklumat kemian ini sudi kiranya berkongsi dengan kami semua.