Akhirnya setelah 4 tahun lamanya saya menjalankan penyelidikan mengenai barang2 mistik maka kini saya telah berhasil menerbitkan sebuah buku yang saya memberi judul “Mistikal Mistik”.Buku setebal  322 muka surat ini membicarakan tentang barang2 mistik  dengan illustrasi gambarnya sekali.Bab2 yang di bicarakan adalah mengenai kepercayaan masyarakat mengenai barang mistik sebelum dan selepas kedatangan islam,kepercayaan bangsa lain terutamanya orang barat,pandangan pada sudut sains dan agama,alam ghaib dan apakah yang dikatakan khadam,sejarah mengenai barang mistik,komposisi barang2 mistik,unsur dan sumber kekuatan barang2 mistik.Alhamdulillah beberapa feedback yang saya terima mengatakan ianya satu buku yang informatif dan seronok dibaca.Oleh kerana ini adalah buku pertama saya maka ianya tidak dapat lari dari beberapa kesilapan dari sudut ejaan dan layout dan untuk makluman pengunjung saya bukanlah seorang penulis namun saya mencuba berkongsi pengalaman dan maklumat mengenai barang mistik didalam buku ini.Kejayaan buku ini adalah hasil kerjasama rakan bloger yang lain sama ada dinegara kita dan yang berada diluar negara dan mereka memberi keizinan kepada saya mengunakan bahan2 dari blog mereka.Asal buku ini ialah sebanyak hampir 1200 muka surat tetapi disebabkan kos cetakan yang tinggi maka saya terpaksa menjadikannya 3 jilid.Terdapat hampir 150 gambar geliga/batu/buntat didalam buku ini.Untuk maklumat pengujung buku ini dijual dengan harga RM42.00 senaskah,kos pos adalah RM6.00 bagi semenanjung dan RM9.00 bagi Sabah dan Sarawak.Pembayaran bolehlah dibuat ke akaun Maybank diatas nama Fatimah Md Nor no akaun 1583 9602 6937.Saya hanya dapat mencetak sebanyak 1000 nashkah sahaja dan setakat ini sebanyak 250 nashkah telah pun ditempah dan dijual dari mula tarikh terbitnya 29hb Januari 2011.