Archive for February, 2011


Gunung Jerai


Pemberian dari Abang Shah iaitu 1.Tabasheer dari Kelantan 2.Nibung jadi batu 3.Teras kelor jadi Batu 4.Kayu tembusu jadi batu 5.Graham Gajah.Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada abang Shah di atas pemberian cenderahati dari beliau.

Advertisements

Pada 26hb Feb 2011 saya telah berkunjung ke Gunung Jerai untuk bertemu dengan beberapa rakan blogger yang lain dan juga peminat barangan mistik.Pertemuan kami disertai bersama oleh tuan punya Kedai Puncak Permata Rezeki iaitu Abang Shah.Abang Shah telah sudi untuk berkongsi bersama kami pengetahuan beliau mengenai beberapa jenis batu permata terutamanya dari jenis Tabasheer.Pertama kali juga saya telah dapat melihat sejenis kayu senduduk putih yang mempunyai teras bercirikan damar didalamnya.

Selain dari berkenalan para peserta juga telah berkongsi ilmu pengetahuan masing2 dalam bab kayu/teras dan beberapa pengetahuan mengenai barang2 mistik.Insyaallah pertemuan selanjutnya akan diadakan selepas saya kembali dari Sabah untuk menimba pengetahuan mengenai barang2 mistik disana pula.

Kandungan Buku MM 1


Sebahagian isi kandungan yang terdapat lakaran rupa mustika yang dilakukan penyelidikan oleh orang barat pada kurun ke 19.Maka dengan ini kita ketahui bahawa orang barat telah lama membuat kajian terhadap barang2 pelik atau mistik.

Isi kandungan Buku MM 1


Sebahagian daripada isi kandungan buku MM 1 yang membicarakan jenis2 geliga


Assalamualaikum para pengunjung blog Karimon,diatas permintaan Pakciklii maka saya bukakan satu entri baru untuk beliau iaitu Seni Silat Warisan Melayu.Usaha murni beliau yang ingin mengembangkan lagi warisan budaya Melayu melalui seni silat sepatutnya kita hargai dan menyokongnya.Disamping seni silat yang beliau ingin perkenalkan tidak salah juga jika ada dikalangan pengunjung yang mahu berkongsi pendapat berkenaan dengan silat2 yang lain agar kita dapat melestarikan seni warisan bangsa kita.

Ada satu ungkapan yang benar2 membuat saya terasa teruja iaitu kata hikmat Bapak Bambang Harisnuksmo didalam buku beliau Ensaiklopedia Keris “Apakah kelak anak cucu kita akan belajar budaya keris daripada bangsa asing” Dan ini bukan mustahil akan berlaku juga pada silat kita,kalau kita perhatikan di kebanyakan sekolah rendah mahu pun menengah persatuan Tae Kwan do begitu aktif mengajar para pelajar.Jangan sampai nasi menjadi bubur sudahlah.