Assalamualaikum para pengunjung blog Karimon,diatas permintaan Pakciklii maka saya bukakan satu entri baru untuk beliau iaitu Seni Silat Warisan Melayu.Usaha murni beliau yang ingin mengembangkan lagi warisan budaya Melayu melalui seni silat sepatutnya kita hargai dan menyokongnya.Disamping seni silat yang beliau ingin perkenalkan tidak salah juga jika ada dikalangan pengunjung yang mahu berkongsi pendapat berkenaan dengan silat2 yang lain agar kita dapat melestarikan seni warisan bangsa kita.

Ada satu ungkapan yang benar2 membuat saya terasa teruja iaitu kata hikmat Bapak Bambang Harisnuksmo didalam buku beliau Ensaiklopedia Keris “Apakah kelak anak cucu kita akan belajar budaya keris daripada bangsa asing” Dan ini bukan mustahil akan berlaku juga pada silat kita,kalau kita perhatikan di kebanyakan sekolah rendah mahu pun menengah persatuan Tae Kwan do begitu aktif mengajar para pelajar.Jangan sampai nasi menjadi bubur sudahlah.