Pada 26hb Feb 2011 saya telah berkunjung ke Gunung Jerai untuk bertemu dengan beberapa rakan blogger yang lain dan juga peminat barangan mistik.Pertemuan kami disertai bersama oleh tuan punya Kedai Puncak Permata Rezeki iaitu Abang Shah.Abang Shah telah sudi untuk berkongsi bersama kami pengetahuan beliau mengenai beberapa jenis batu permata terutamanya dari jenis Tabasheer.Pertama kali juga saya telah dapat melihat sejenis kayu senduduk putih yang mempunyai teras bercirikan damar didalamnya.

Selain dari berkenalan para peserta juga telah berkongsi ilmu pengetahuan masing2 dalam bab kayu/teras dan beberapa pengetahuan mengenai barang2 mistik.Insyaallah pertemuan selanjutnya akan diadakan selepas saya kembali dari Sabah untuk menimba pengetahuan mengenai barang2 mistik disana pula.

Advertisements