Assalamualaikum,saya masih dihujani dengan beberapa pertanyaan mengenai buku ini.Rata2nya pertanyaan itu adalah

1.Buku ini menceritakan hal apa ?

Jawapan saya adalah seperti berikut.Buku ini menceritakan tentang kepercayaan masyarakat umum mengenai barang2 mistik yang sering kita baca didalam beberapa majallah dan akhbar.Saya membaca pembaca memahami akan sejarah,budaya dan kepercayaan terhadap barang2 ini sejak dari zaman nenek moyang kita lagi termasuklah kepercayaan orang2 diluar nusantara kita ini seperti di negara Eropah dan latin Amerika.Saya juga menyentuh sedikit sebanyak bab makhluk halus iaitu mengapa barang mistik dikaitkan dengan makhluk halus dan peranan makhluk halus dalam menjana kekuatan pada barang mistik itu dan apakah semua barang mistik itu mempunyai khadam ? Dari sudut sains pula apakah yang dapat dikaji mengenai barang mistik itu dan apakah komposisi sesuatu barang mistik itu.Juga dimuatkan beberapa petikan  dokumentasi daripada kajian yang dilakukan oleh pihak Barat terhadap barang mistik itu dan sejarah pihak barat mengenai barang mistik itu.Terdapat juga keterangan mengenai apakah setiap barang mistik itu perlu adanya sesuatu kemampuan yang super normal.Dari sudut pandangan ugama juga ada saya nyatakan didalam buku ini.Disamping itu saya juga memuatkan beberapa keping gambar mustika,geliga dan buntat yang dikatakan mempunyai nilai mistik,kalau tak silap saya lebih kurang 100 keping gambar.

2. Buku ni boleh ke digunakan untuk membuat kajian ?

Jawapan saya ialah ianya bergantung kepada penilaian seseorang.Ada orang yang menganggap ianya sebagai bahan bacaan santai sahaja dan ada juga yang menganggap ianya agak informatif.Buku ini sebenarnya saya tulis adalah sekadar untuk menyatakan adanya kepercayaan mistik dikalangan masyarakat kita hal ini tidak dapat kita nafikan kerana beberapa majallah dan akhbar pun ada yang menyiarkan berita mengenainya.Bagi peminat barang mistik buku ini saya rasakan boleh dijadikan satu panduan untuk memahami alam mistik dan segala selok belok alam mistik dan juga mengenali beberapa jenis barang mistik yang mungkin tidak terfikir oleh kita ianya wujud.Kalau ditanya pendapat saya,saya akan katakan ya buku ini setidaknya adalah baik untuk dimiliki oleh mereka yang telah lama berkecimpong dalam hal mistik dan yang baru nak mengenali alam mistik terutamanya yang berkaitan dengan barang2 mistik.Setidaknya mereka ada satu panduan untuk mengenali apakah yang sebenarnya barang mistik itu bukan sekadar mendengar dogengan di jalanan.Kita begitu teruja dengan nilai harga sesuatu barang mistik sehingga kan mencecah jutaan ringgit,jadi kenapa sampai begitu mahal dan apakah yang sebenarnya nak dibuat dengan belian jutaan ringgit itu.