Archive for April, 2011


Permata Aked


Sukar untuk meletakkan satu nama yang khusus bagi permata ini,daripada ciri2nya ianya sejenis aked yang mempunyai beberapa jenis unsur logam didalamnya.Untuk dimaharkan juga bagi mereka yang berminat dengan jenis batu permata.


Permata nibung yang menjadi batu(fosil/petrified wood)proses yang mengambil satu masa yang lama untuk menjadi batu dari kayu ke batu.Khasiatnya dikatakan lebih dari khasiat teras nibung biasa.Untuk dimaharkan oleh pemiliknya.


Geliga ini juga milik seorang teman yang ingin memaharkannya kepada sesiapa yanng berminat untuk memilikinya.


Milik seorang sahabat dan beliau berhajat untuk memaharkannya kepada sesiapa yang berminat memilikinya.


Pada halaman muka surat 56 majalah mastika untuk keluaran bulan Mei terdapat artikel petikan dari Buku Mistikal Mistik mengenai makhluk halus.(gambar oleh Gee Pendekar Sufi)

Puting Parang Patah


Puting parang patah dikatakan berkhasiat untuk belas kasihan dan menarik simpati kawan dan lawan.Ianya adalah pemberian dari seorang teman dari Kedah.


3 jenis batu ini adalah pemberian abang Shah dari Gunung Jerai kepada saya yang menurutnya adalah pemberian ayah angkatnya kepada beliau tetapi malangnya jenis batu ini tidak diketahui oleh beliau.Dari pengamatan saya ianya adalah dari sumber haiwan atau terjumpa didalam perut haiwan.


Batu Celak Bunian ini dikatakan baik atau berkhasiat sebagai penawar untuk anak2 yang sering menanggis malam.Pemberian abang Shah dari Gunung Jerai


Paruh burung Melilin ini dikatakan baik untuk menghindari sihir dan racun.Gambar yang terdapat ialah paruh dibahagian atas kepala burung melilin.