Salah satu blog yang menarik minat saya ialah blog milik saudara Farid iaitu alammistik blogspot.Pada awal kehadiran blog tersebut barang2 yang dipamerkan agak kurang tetapi lama kelamaan saya mendapati blog milik beliau kini telah banyak berubah dan barang2 mistik dan antik serta jenis2 batu permata telah dimuat naikkan oleh beliau.Saya dapati barang yang terdapat diblog beliau agak berlainan berbanding dengan blog orang lain.

Apabila saya membuka blog beliau hari ini apa yang saya dapati terdapat beberapa jenis barang antik yang beliau menafsirkannya sebagai barang harta karun.Memang agak unik barang2 yang dipamerkan,terdapat patung lama daripada tembaga.Mungkinkah patung2 itu dari zaman dahulukala iaitu dizaman kerajaan hindu dinusantara ini atau mungkinkah ianya jenis matawang dahulu.Saya tidak berkesempatan untuk melihat barang itu dengan lebih dekat bagi menilaikannya.Bagi yang berminat dengan barang2 antik rasanya jika dapat memilikinya adalah sesuatu yang dianggap bertuah,bertuah bukan kerana ianya satu nilai mistik tetapi disudut penilaian antik.