Archive for June, 2011


Buluh Perindu


Minyak buluh perindu ini saya perolehi dari seorang teman yang memang seorang yang arif dalam proses pembuatan jenis2 minyak buluh perindu.Bukan sekadar jenis minyak ini sahaja yang beliau mempunyai kemahiran membuatnya bahkan beliau juga arif tentang pengolahan jenis buluh perindu.Buluh perindu ini disemai didalam botol yang berisi minyak kelapa hijau dan ianya akan tumbuh serta berwarna coklat bukannya hijau.Kardah pembuatannya agak ganjil kerana terdapat juga ketulan kemian sebagai salah satu bahan untuk mengolah minyak ini..

Advertisements

Akar Pawang


Mungkin ada dikalangan kita yang tidak mengenali akar pawang ini.Dikalangan masyarakat orang asli nama akar pawang memang senonim dengan mereka.Selain digelar akar pawang nama lainnya adalah cawat pagan.Diantara khasiatnya adalah sebagaimana yang terdapat pada akar bahar.Bagi kaum orang asli ianya diikatkan dipinggang bagi mengelak sakit pinggang dan ada kalanya mereka akan mengikatnya sama ada di tangan atau kaki ini adalah bertujuan menurut kepercayaan mereka dapat mengelakkan dari rasa keletihan atau mungkin sebagai satu bentuk booster tenaga.Tetapi ramai yang tidak mengetahui akan satu rahsia yang terdapat pada akar pawang ini iaitu jika ianya digabungkan dengan beberapa jenis teras kayu yang lain maka ianya akan menghasilkan khasiat seperti pembangkit tenaga dan ketahanan..

Besi 13


Dahulu pernah saya membuat satu posting mengenai besi 13 dan baru2 ini ada  seorang teman ingin mengetahui tentang besi 13 lagi kerana mungkin beliau tidak puas hati dengan komen2 yang lepas.Untuk makluman pengunjung besi 13 adalah gabungan dari 13 jenis besi bukan sejenis besi yang bergelar besi 13.Setakat ini saya telah bertemu dengan 2 orang yang memiliki besi 13,seorang di Batang Kali dan seorang lagi dikenali dengan nama wak badar.Ada juga saya mencari kalau ada besi lain yang melebihi dari besi 13 ini dan selama pencarian saya tidak ada pun sesuatu yang boleh kita gelar besi 14,15 atau 16.Kerana menurut mereka yang arif tentang besi kategorinya hanya 13 dan dinamakan begitu adalah sebagai satu simbolik kepada keberkatan 13 negeri dan 13 jenis besi yang dikira sebagai jenis besi yang terbaik dan bahan dari pembuatan besi yang dikira unik kesan atau impak dari penggunaannya seperti barel senapang pecah,besi ceribon dan puting parang patah.

Kini ada beberapa teman saya yang telah pun memiliki besi 13 ini dan testimoni mereka ada terdapat didalam facebook saya dan ada juga yang sms saya menyatakan tentang pengalaman mereka memiliki besi 13 ini.Disini ingin saya nyatakan kepada mereka yang memiliki besi 13 ini bahawa setiap individu akan mempunyai rasa yang berlainan apabila memegang besi 13 ini.Besi 13 bukanlah sesuatu yang senang untuk dibuat,bermula dari pemilihan besi susunan besi dan gabugngan besi.Misalnya besi leleh sahaja adalah dari jenis yang terdapat di 3 buah negeri.Mentera pembangkit besi juga digunakan walaupun sumber besi itu dari sumber alami yang telah pun memiliki auranya atau energinya yang tersendiri.Namun kita semua perlu ingat ini semua bukan kerja kita tetapi kerja Allah swt belaka dan kita hanyalah meminjam sahaja.

Mani Gajah


Mani Gajah yang dipercayai membeku menjadi kristal yang dijumpai di hutan sebelah pantai timor.Tentang mani gajah ini ada yang mengatakan ianya terdapat dua jenis,satu yang digelar kristal mani gajah dan satu lagi mustika mani gajah.Diantara kedua ini yang paling sukar untuk mendapatnya ialah mustika mani gajah.Tentang khasiatnya saya rasa ramai yang mengetahuinya ianya adalah sebabagi pelaris dan pengasih kerana sering mani gajah ini diolah untuk kedua tujuan tersebut iaitu menjadikannya minyak.Kristal mani gajah dapat juga dapay diperbuat permata cincin atau loket.Sesuatu yang unik tentang mani gajah yang terdapat pada gambar ini adalah ianya seolah olah hidup dimana atasan yang berwarna putih itu lama kelamaan akan membesar.Pemiliknya mempunyai beberapa bentuk dan beliau ingin memaharkannya bagi mereka yang berminat.