Dahulu pernah saya membuat satu posting mengenai besi 13 dan baru2 ini ada seorang teman ingin mengetahui tentang besi 13 lagi kerana mungkin beliau tidak puas hati dengan komen2 yang lepas.Untuk makluman pengunjung besi 13 adalah gabungan dari 13 jenis besi bukan sejenis besi yang bergelar besi 13.Setakat ini saya telah bertemu dengan 2 orang yang memiliki besi 13,seorang di Batang Kali dan seorang lagi dikenali dengan nama wak badar.Ada juga saya mencari kalau ada besi lain yang melebihi dari besi 13 ini dan selama pencarian saya tidak ada pun sesuatu yang boleh kita gelar besi 14,15 atau 16.Kerana menurut mereka yang arif tentang besi kategorinya hanya 13 dan dinamakan begitu adalah sebagai satu simbolik kepada keberkatan 13 negeri dan 13 jenis besi yang dikira sebagai jenis besi yang terbaik dan bahan dari pembuatan besi yang dikira unik kesan atau impak dari penggunaannya seperti barel senapang pecah,besi ceribon dan puting parang patah.
Kini ada beberapa teman saya yang telah pun memiliki besi 13 ini dan testimoni mereka ada terdapat didalam facebook saya dan ada juga yang sms saya menyatakan tentang pengalaman mereka memiliki besi 13 ini.Disini ingin saya nyatakan kepada mereka yang memiliki besi 13 ini bahawa setiap individu akan mempunyai rasa yang berlainan apabila memegang besi 13 ini.Besi 13 bukanlah sesuatu yang senang untuk dibuat,bermula dari pemilihan besi susunan besi dan gabugngan besi.Misalnya besi leleh sahaja adalah dari jenis yang terdapat di 3 buah negeri.Mentera pembangkit besi juga digunakan walaupun sumber besi itu dari sumber alami yang telah pun memiliki auranya atau energinya yang tersendiri.Namun kita semua perlu ingat ini semua bukan kerja kita tetapi kerja Allah swt belaka dan kita hanyalah meminjam sahaja.
Salam wak,lama dah tunggu cerita bab besi 13 ni akhirnya kuar jugak ya.sesapa yang pernah pakai atau pegang besi 13 ni tentu ada terasa auranya.aku pun sampai lenguh tangan aku.tapi lain orang lain plak rasanya.tq wak kerana besi 13 tu.
Assalamualaikum tuan karimon yang dihormati, para sahabat2 sekalian moga dirahmati Allah swt, amin…
Terima kasih yang tidak terhingga buat tuan karimon yang telah membuka entri berkenaan besi 13 ini..terima kasih tuan… 😉
Pengalaman pertama saya menyarung cincin berteraskan besi kuning ini..mmg benar kata tuan paduka..mmg terasa kebas lengan dibuatnya..dan ini berlarutan selama beberapa hari.. 🙂
Keistimewaan besi 13 ini banyak dari apa yang aku dengar cerita dari orang2 lama.Surah Al Hadid banyak menceritakan rahsia besi ini dan amat beruntong pula bagi mereka yang tahu akan ilmu pembangkit besi.Jadi nasihat saya jika ada sesiapa yang telah miliki besi 13 ini hendaklah senantiasa berhati2 dan bersyukur kerana telah mendapat sesuatu yang berharga.Namun begitu kita hendaklah senantiasa ingat kuasa Allah mengatasi segalanya.
Saya pernah mendengar kisah besi 13 ini sejak 5 tahun yang lalu semasa bertugas di Kota Tinggi,Johor.Besi 13 ini adalah sesuatu yang agak unik hasil gabungan beberapa jenis besi yang terpilih dan tidak ramai orang yang mengetahui cara pembuatan atau rahsia gabungan besi.Apa yang saya pernah dengar ialah setiap jenis logam atau besi itu mempunyai namanya yang khusus dan setiap sesuatu itu ada ruhnya dan rajanya dan 4 anasir adalah didalamnya.Wallahualam
ass…saleh..brati besi 13 tu buatan manusia ya?…..ato emang dah dr alam nya?…
Besinya besi alami tetapi dicampurkannya oleh orang yang membuatnya.
Assalamualaikum..sya mahu bertanya…batu apakah yg sya pkai ini..kalau boleh bagi email, saya akan postkan fotonya..
Assalamualaikum wak,apa yang mereka komen tentang besi 13 ini betul sekali.saya pun pernah dengar tentang besi 13 ini tapi tak pernah pula dapat melihat rupanya.betul ke wak kata orang memakai cincin besi 13 ini sifatnya agak panas.
Assalam… berkenaan dengan besi 13 ini apa kata tuan karimon memberikan serba sedikit tentang kegunaan dan fadilatnya kerana abg karimon kite kerana beliau telah diberi jolokan raja besi 🙂 sekian t.ksh
Salam,jangan begitu saya masih baru belajar bab besi ini,kalau setakat duduk peperiksaan bab besi ni mungkin saya dapat gred C sahaja.masih banyak yang perlu saya belajar.Tentang besi 13 ini pada mulanya saya mengetahui akan besi 13 ini adalah kira2 5 tahun yang lepas tetapi tidak pernah berpeluang melihatnya sehinggalah kira2 2 tahun yang lepas baru saya berpeluang melihatnya di Batang Berjuntai bukan batang kali seperti dalam entri saya.Dan yang terbaru kira2 beberapa bulan yang lepas ditunjukkan kepada saya oleh seorang yang bergelar wak badar.Saya masih ingat peristiwa itu diantara banyak badar besi yang dikeluarkan oleh wak badar saya begitu tertarik pada satu bentuk permata besi dan rupanya bukanlah cantik.bila saya tanya wak badar apakah nama permata itu,wak badar mengatakan besi 13.Jadi sehingga kini hanya 2 orang yang saya kenali mempunyai besi 13 tetapi mungkin ada lagi orang yang memiliki besi 13.Tentang khasiatnya pula adalah perumpamaan ibarat malam macam siang.Untuk mudah faham perumpamaan itu adalah seperti jika kita melalui satu kawasan perkuburan pada waktu malam sudah tentu ada terasa seram atau takut tetapi kalau pada siang hari tentu saja kita akan merasa berani.Jadi ianya ibarat menaikkan semangat kita,Tentang khasiatnya yang lain adalah pada khasiat setiap jenis besi atau bahan besi yang digunakan.Besi kursani misalnya berkhasiat sebagai booster pengaliran darah dan dikatakan juga sebagai ketahanan kulit.Puting parang patah berkhasiat menarik simpati kawan dan lawan.jadi setiap jenis besi/bahan besi itu mempunyai khaisatnya yang tersendiri yang digabungkan didalam satu ikatan.Tentang rasanya pula ada baiknya saya paste saja komen dari mereka yang memiliki besi 13 ini,komen adalah dari facebook dan sms
feel dia mcm yang bang rahim cakap.. hehehe… mula2 pegangnya berdiri bulu roma… rasa seram pun ada.. hehhee… bahu sebelah kanan lengoh rasanya… sekrang ni dah ok dah.. sbb asyik pegang jer.. hehehe…
bhaya betoi besi ni asal pegang saja dia tangkap bahu
mata pejam nmpak mcm tv zman 70”an masa xdak siaran
terasa lenguh tangan sampai kebahu/meriang bulu roma
Tetapi perlu saya ingatkan ini semua kuasa Allah swt bukan pada kuasa besi 13 itu kita hanya meminjam anugerah yang dijadikan oleh Allah swt pada setiap sesuatu…Sekali lagi saudara serban hijau saya masih perlu banyak belajar rahsia besi ini.itu sebabnya saya pernah menanya seorang tua dan juga kenalan dimana saya boleh belajar lagi rahsia besi kerana satu tahu masih banyak rahsia yang tersembunyi yang saya tidak ketahui.
Assalamualaikum tuan karimon yang dihormati,
Terima kasih tuan, di atas pencerapan yang diberikan… 😉
Assalam… tuan karimon adakah besi 13 senarai kadungan seperti dibawah… t.ksh
1.Batu Leleh,
2. Pyrite(Kursani Emas)
3. Besi Hematite,
4. Batu Jasper,
5.Tiger Iron,
6.Batu Petir,
7.Besi Petir,
8. Puting Keris Lama,
9.Puting Parang 13 Mei,
10.Batu Meteor,
11.Tembaga Gong Pecah,
12.Tahi Besi,
13.Batu Buntat Bumi,
14.Besi Paku Ladam,
15.Besi Paku Rel,
16.Besi Ladam Kuda
17.dan Cairan Syiling lama Timah Hitam
Salam saudara serban hijau daripada 17 senarai itu hanya 6 sahaja yang betul.Kalau kita melihat secara rambang memang semuanya adalah besi atau ada unsur besi atau hasil besi,tetapi boleh kah kita katakan 13 jenis kalau misalnya paku rel kereta api dibuat dari jenis besi A dan ladam kuda juga dibuat dari jenis besi A apakah boleh kita namakannya 2 jenis besi ? Jawapannya sudah tentu 1 jenis besi sahaja cuma diubah menjadi satu objek atau bahan yang diberikan satu nama yang berlainan iaitu ladam kuda dan paku rel.Saya mengunakan 3 jenis besi leleh dari 3 negeri namun ianya tetap dikira satu jenis sahaja iaitu besi leleh walaupun dari negeri yang berlainan,besi leleh tetap besi leleh walaupun dari mana asalnya.Puting keris lama dan puting parang patah ? Sebenarnya kedua2nya serupa sahaja dan tak kiralah lama atau baru yang penting ianya patah didalam hulu.
Tetapi ada pengecualian dari segi fungsi sesuatu barang itu walaupun dari satu jenis besi,disinilah pengetahuan tentang fungsi barang itu perlu kita kaji dan olahkannya.Didalam pembuatan besi 13 kita perlulah tahu setiap satu fungsinya dan setiap jenis besi itu ada namanya yang tersendiri yang perlu di seru atau dibangkitkan.Saya rasa kita semua tahu setiap sesuatu itu mempunyai ruhnya yang tersendiri,jadi apakah ruh besi,apa namanya dari mana asalnya.Besi adalah logam bagi nama umum,Kalau logam itu tembaga atau timah apakah namanya.Kalau sudah dilebur sehingga dikatakan menjadi tahi besi apakah pula nama yang harus dipanggil.Apabila dilebur ertinya lemah jadi mana pembangkitnya.Selain dari itu hendaklah dicari rahsia BESI itu dalam huruf jawi.Maaf bukan tujuan mengajar tetapi sekadar berkongsi pengetahuan.
Salam serban hijau,aku pernah tanya wak tentang jenis2 besi 13 ni.dia ada beritahu tapi cuma 11 jenis saja 2 jenis lagi dia simpan dalam peti besi dia.kaedah buat pun wak ada beritau aku katanya ada 2 cara besi 13 ni boleh dibuat tapi aku tak boleh beritau hang,aku pun nak simpan rahsia ni dalam peti besi aku.Bila aku tanya wak tentang setiap senarai jenis besi yang hang catit tu wak ada menjawap dan beri sedikit penerangan tentang nya.contohnya pyrite(kursani emas)didalam pyrite itu ada 3 unsur mana unsur yang dikatakan kursani.nak tahu lebih hang kena tanya wak.
Assalamualaikum wbt.besi 13 adalah satu kombinasi jenis2 besi yang terpilih.Boleh dikatakan hanya segelintir orang sahaja yang tahu akan rahsia pembuatannya.Pemilihan jenis2 besi serta cantuman atau campuran memerlukan seseorang itu mengetahui akan setiap rahsia atau fadilat setiap jenis besi yang akan digabungkan.Akibat dari gabungan inilah kelak yang akan membuat besi 13 ini memiliki satu kelebihan.
Assalamualaikum tuan karimon yang dihormati dan para sahabat sekalian moga dirahmati Allah swt….
Wahhhh…terima kasih di atas pencerapan tuan paduka… 😉
Sebenar nya Saudara Rahim ada masuk kan Doa Nabi Daud AS dalam Besi 13 ciptaan nya…Beliau ni jika pegang BESI jer…besi itu cair !!!.Walau pun begitu besi 13 nya memang sangat ampoh !!!.Cuma saya jer yang belum dapat …huhuhuhuhuhuuuuuu……
Assalamualaikum…
Terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima kasih pada Wak Karimon kerana telah sudi memberikan saya besi 13 ni… Tak terucap dan tercakap bila melihat serta memegangnya… Mungkin bagi setiap orang yang mendapat besi 13 lain rasa auranya… Mungkin bergantung pada aura diri masing2… Bagi saya buat masa ini hanya lah rasa mengigit sahaja menandakan ada auranya… Entahlah mungkin saya ni tak ada apa2 ilmu di dada atau mungkin aura besi 13 ni bersifat panas bila dengan perempuan menjadi sejuk agaknya… 🙂 heee… heee gurau2 je kawan2…
Wahai Tuan Karimon sudikah Tuan memberikan sedikit panduan agar besi 13 ni serasi dengan saya… Atau sudikah Tuan menjelaskan mengapa besi 13 ni auranya dengan saya hanya ada rasa mengigitnya sahaja tidak seperti kawan2 yang lain… Apakah maksudnya dan apakah petuanya Tuan Karimon… 🙂 🙂 🙂
Maafkan saya Tuan andai ada terkasar bahasa dan tersilap bicara…
Sekian. Terima kasih.
Assalam…Tuan Karimon ada lagi ke stok besi 13 tu? sya ingin memilikinya… klau ada sya ingin membelinya….
Salam.didalam facebook saya saudara alam tunggal ada memberi petua bagaimana mahu serasi dengan besi 13.sila buka facebook saya karimon mystic series.Beberapa orang yang telah pun memiliki ada satu keluhan mereka yang serupa iaitu lenguh tangan atau bahu.Selain dari petua yang diberikan oleh saudara alam tunggal hendaklah banyak2 melakukan selawat bagi menyejukkan aura besi 13 itu.Sepertimana yang dikatakan oleh saudara Eriwan setelah membuka pembangkit besi 13 itu terasa sejuk.panas dan ada juga terasa mengigit.Ini adalah salah satu proses biasa apabila mula2 memegang besi.Namun begitu ada juga yang pada mulanya tidak terasa apa2 cuma terasa sedikit getaran dan sedikit mengigit.
Terima kasih tuan karimon… 😉
Ada mereka yang berkata,
besi 13 menggigit dan panas pada wanita yang hebat dan ganas
besi 13 hanya terasa menyengat pada wanita yang hangat
bukan ke begitu tuan karimon ?.
Majlis Bersama Syeikh Muhammad bin Ibrahim al-Kittani di Masjid al-Falah, USJ9

Pengajian/Diskusi Kitab Bersama Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki (Bulan Julai)

Jadual Program Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin Al-Maliki (Rejab – Syawal)

Jadual Am Pengajian Bersama Al Habib Ali Zeinal Abidin Al Hamid

Assalam… Bang blh sms no abg dekat sya sbb no hilang… t.ksh
salam.kabare wak karimon.masih ada stok lagi ke besi 13 tersebut.hajat dihati saya berminat utk memilkinya.terima kasih
Salam wak,terima kasih kerana kiriman besi 13 tu dan alhadulillah saya telah laksanakan apa yang wak suruh saya buat.saya mulanya agak hairan juga apakah besi 13 ini seperti yang orang2 lain komen.mula2 pegang tak lah rasa apa2 pun,cuba lagi pegang kali kedua dan terasa macam denyutan nadi dan lengan saya terasa macam berdenyut dan terasa macam ada benda merayap.pas tu terasa agak panas2 sejuk.apa2 pun tq wak
Salam Bang,
Mintak no HP, saya minat nak dapatkan besi 13 tu.
niduramak@gmail.com
Salam sila hubungi saya di 013 3601760
kehkehkehkehkeh….
Besi 13 bukan sebarangan campuran besi,besi adalah jenis yang terpilih dan bukan semua org yang dapat menyesuaikan dengan aura besi 13 ini.sifatnya cari apa yang terkandung pada rukun sembahyang 13 itu.ada sifat memuji,ada sifat kebesaran ada sifat penyerahan dan ada sifat asal muasal.3 asas, dari atas,tengah dan bawah adalah unsurnya yang digabung.jauhari yang mengenal maknikam wallahualam
puting parang patah ada lg yg terbaru ni ,baru jumpa dlm tanah puting parang org dulu2
2 org apek terpegun dgn besi 13 ni hehe,jenuh nk menjawab soalan depa berdua..dia sndiri ckp ini bnyak bgus pnya batu(dia xtau yg ni besi )..siap ckp ada cmpuran 5 jenis,terpaksalah dikencingkan apek 2,dia tnya dpt dri mana sy pon ckp laa ni asal dri tahi bintang jatuh kat australia dibawa ke malaysia…lg dia kata ini batu lg baik dri siam punya,,rupa rupanya dia pon tau pasal batu tok wali dri tanah siam 2,,seketol dok kat rantai dia rupanya..
Peristiwa ini juga mengingatkan saya pada satu ketika dimana saya membantu seorang adik untuk mengikat besi 13 kepunyaannya.Tukang cincin itu jadi keliru dan membelik permata besi 13 itu,mulanya disangkan damar.kemudian dia kata batu akhirnya baru dia kata laaa besi rupanya tapi pelik rupa besi ni.Tentang bangsa asing yang mengetahui fadilat sesetengah besi,kayu dan batu bukanlah sesuatu yang pelik atau ganjil.seorang teman dari australia menceritakan kepada saya mengenai besi leleh atau dia gelarnya lek lai.Saya beritahu dia diamkan hal yang kamu tahu tentang besi ini kerana tak banyak orang yang benar2 mengetahui rahsia lek lai(besi leleh).
Assalamualaikum
Terima kasih pada Abg Karimon kerana berkongsi Permata Besi 13. Alhamdullilah dgn izin Allah jua …Indahnya kejadian Allah SWT….memang benar bagai dikata …malam bagaikan siang rasanya….bangkitan semangat besi yang kuat ….gabungan pemakaian dengan tabasheer alhamdullilah dapat meredakan “challanges” process menyesuaian aura besi dgn badan….Terima Kasih Abg Karimon…..
Waalaikumusalam.alhamdulillah jika ada keserasian dapat dirasakan,tapi jangan kulum dalam mulut ya.TS pula ada satu daripada besi 13 dia tak mahu sebab rokok beliau jadi tawar.
wahhh..besi 13 boleh tawarkan rokok tok syeikh..hehehehe..kuat jugak aura besi nih yer tuan karimon..hehehehe 😉
Salam, dari segi mistik kita sudah fahami tentang kehebatan besi 13, dari segi sains pula adakah perkara yg kita alami dgn memegang besi 13 itu boleh dikatakan kepada pengoksidaan logam pada telapak tangan kita? Kalau nak lembutkan besi pun dalam sains kita kena panaskan besi pada tahap kepanasan tertentu. Minta sahabat2 pandai besi memberi jawapan, terima kasih kalau dpt berkongsi ilmu. W’salam.
Memula pakai – memang rasa payau dalam mulut – macam rasa payau tembaga 🙂
Salam,berapa jenis besi yang wujud sebenarnyer yer??ada yang cakap besi ada 60jenis,,ada yang ckp besi ada 33jenis..mana satu kiraan yg tepat dan apa nama2 jenisnya??saya nih berminat dengan besi2 nih..sbb tuh ingin tahu..skrg hanya ada besi kuning shj..harap mintak tunjuk ajar..terima kasih tuan tanah…
Salam yang libih tepat 33 jenis tapi itu pun dah dikira pecahannya.
Mohon maaf ,,saya hnya hanya memaharkan Buntat Air yg Asli,,kLik situs ini http://banjarmasin.olx.co.id/item_page.php?Id=248909242&ts=1324966777 ,trimakasih
Nama Saya Rizathontowi, Addres JLn.Kresna 3 Blok J 3 No 6 komplek multi wahana sako Palembang Sumatera selatan.Indonesia.
Hand phone 0811 787816
Saya memiliki juga besi 13, bentuk dan warnanya serta ukurannya sama persis seperti yang dicontohkan.
As salam. Apa Besi 13 masih ada dalam simpanan untuk dimaharkan ke Tuan? Saya minat dengan besi ni. Berapa maharnya?