Archive for August, 2011


Ilmu Hikmat


Assalamualaikum para pembaca yang saya hurmati,ingin saya mengajak saudara/i turut serta didalam perbincangan mengenai ilmu hikmat.Pada masa kini terdapat pelbagai jenis ilmu iaitu pengasih,kebal,penglimun,jurus(pukulan batin)dan pelbagai jenis ilmu lagi.Soalannya adakah ilmu sebegini ada diwaktu atau zaman Rasulullah ? Kalau ada ilmu kebal pada masa itu mengapakah ianya tidak dipraktikkan.Banyak terdapat pejuang islam yang gugur/mati syahid kerana luka.Tidak pernah pula kita mendengar parang terbang atau pedang terbang yang membunuh musuh2 islam,atau jurus2 pukulan jarak jauh dipraktikkan.Apakah ilmu ini hanya wujud selepas wafatnya Rasulullah ? Sudi kira berkongsi pendapat saudara/i semuga kita semua mendapat informasi yang berguna.

Advertisements

Kayu Apa


Kayu apa ini mempunyai ceritanya yang agak menarik dan rasanya elok sangat kalau saudara waliqudus yang memberi komen mengenai khasiatnya kerana ianya adalah milik saudara waliqudus.

Teras Gading


Salah satu lagi spesies kayu yang kurang dikenali.Adakah ianya termasuk dalam spesies keluarga kemuning ? Dikatakan oleh orang tua2 dahulu diantara fadilatnya adalah sebagai kewibawaan, kepahlawanan sesuai dengan namanya gading iaitu teras Raja2

 


Terdapat sejenis lagi spesies kemuning yang dikenali dengan nama kemuning wangi.Adalah dinyatakan bahawa fadilat teras/kayu ini dikatakan baik untuk ,Penunduk binatang buas, untuk tujuan menghalau makhluk halus terasnya dibakar dan ianya baik sebagai penawar berbagai penyakit.Kemuning wangi ini milik saudara waliqudus dari rahsia alam.

Kayu Kudrat


Kayu kudrat menurut cerita orang-orang tua adalah sejenis kayu yang dipercayai memiliki satu khasiat penambah tenaga atau kekuatan.Disamping itu ada juga dakwaan bahawa pemilik kayu kudrat ini dikatakan mampu menyamai  kekuatan 7 manusia dan bersifat pelimun.Mungkin energi yang terkandung didalam teras/kayu ini berkhasiat untuk memulihkan sendi dan urat saraf kita yang lemah atau mengembalikan kekuatan pada anggota kita ? Teras/kayu ini milik saudara waliqudus


Ini adalah kayu teras yang dipanggil sebagai Teras Setanah yang memiliki fadilat bukan sekadar jagoan kampong kalau masuk kampung orang lain pun masih terasa di kampung sendiri. Setanah yang bermaksud kalau ditempat sendiri kita mampu melakukan berbagainya dan jika ditempat lain, ada batasannya tetapi fadilat yang dipercayai dimiliki oleh teras ini ada sebagai penunduk, wibawa, penarik, pelaris dan jika berada dimana jua InsyaAllah, seperti terasa ditanah sendiri tetapi tetap ada juga batasannya.Hormat menghormatilah sesama sendiri. Penunduk paksi bumi paling sesuai untuk orang yang memiliki nama yang bersamaan dengan unsur tanah (Earth Element)-komen dan gambar ehsan dari saudara waliqudus.

Dari penerangan yang diberikan oleh saudara waliqudus apa yang dapat saya rumuskan ialah teras kayu ini mempunyai unsur atau energi aura yang merangkumi ciri atau sifat yang sejuk,dimana unsur tanah membawa kepada unsur merendah dan ketenangan.Unsur tanah juga adalah satu kesebatian diantara manusia yang kita semua percayai berasal dari tanah.


Satu lagi jenis kayu/teras yang amat kurang dikenali atau diketahui oleh orang ramai.Sesunguhnya anugerah alam pada manusia tiada terhingga banyaknya,cuma ianya dapat difahami dan dimanfaatkan oleh mereka yang mengetahui akan rahsia yang terkandung didalamnya.Teras kayu sedarah ini dipercayai mempunyai khasiatnya yang tersendiri sesuai dengan namanya.Menurut kepercayaan cirinya lebih kepada ikatan persaudaraan iaitu disenangi dan mempunyai kewibawaan diri ibarat ikatan persaudaraan.(Gambar adalah ehsan dari saudara waliqudus.)

Bujang Kalak


Seorang teman telah menjumpai apa yang digelar bujang kalak atau pucang kalak secara tidak sengaja apabila beliau berkunjung ke sebuah keraton di Indonesia.Beliau mendapat tahu  kayu t0mbak tersebut adalah dari jenis bujang kalak setelah diterangkan kepada beliau oleh penjaga keraton itu.Apabila beliau diberi peluang untuk memegangnya beliau terasa satu aura panas dan terasa satu perasaan yang sukar beliau gambarkan tentang kekuatan aura tombak tersebut.Apakah mitos tentang bujang kalak hanyalah merupakan mitos atau bujang kalak benar2 wujud mungkin sudah terjawap.

Bakawali


Bunga bakawali sering juga dikaitkan dengan sesuatu yang mistik dan salah satu jenis pokok bunga yang sukar untuk berbunga.Mungkin generasi kini kurang mengetahui akan khasiat atau fadilat atau nilai mistik yang terdapat pada bunga bakawali ini.bagi pengunjung blog ini yang mengetahui akan khasiatnya sila kongsi bersama kami.(Gambar adalah ehsan dari seorang rakan blogger.)

Songsang Arus


Mungkin namanya agak asing bagi sesetengah orang.Apa yang dapat saya nyatakan dari cirinya adalah ianya dari spesies cintamani laut yang sering kita jumpai adalah yang berwarna hitam bersisik dan mungkin juga ianya mempunyai kaitan yang rapat dengan akar bahar.Digelar songsang arus kerana ianya melawan arus dilaut dan yang uniknya warnanya ada keemasan.Pada mulanya saya menyangka bahawa ianya di cat namun setelah diamati ianya adalah asli berwarna emas.Jenis ini dijumpai di daerah Sulawesi dan yang berwarna adalah sesuatu yang sukar atau langka untuk diperolehi.Khasiatnya dikatakan dapat mengelak dari sihir atau ilmu hitam dan ketahanan kulit.