Mungkin namanya agak asing bagi sesetengah orang.Apa yang dapat saya nyatakan dari cirinya adalah ianya dari spesies cintamani laut yang sering kita jumpai adalah yang berwarna hitam bersisik dan mungkin juga ianya mempunyai kaitan yang rapat dengan akar bahar.Digelar songsang arus kerana ianya melawan arus dilaut dan yang uniknya warnanya ada keemasan.Pada mulanya saya menyangka bahawa ianya di cat namun setelah diamati ianya adalah asli berwarna emas.Jenis ini dijumpai di daerah Sulawesi dan yang berwarna adalah sesuatu yang sukar atau langka untuk diperolehi.Khasiatnya dikatakan dapat mengelak dari sihir atau ilmu hitam dan ketahanan kulit.