Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Aidil Adha atau Hari Raya Qurban kepada semua mengunjung blog saya.Saban tahun sering sahaja saya tertanya-tanya mengapakah hari raya qurban ini tidak seperti mana kita menyambut Hari Raya Aidil Fitri.Sambutan Aidil Fitri kita sambut dengan begitu meriah sekali tetapi apabila tibanya aidil adha ada yang ambil kesempatan pergi berkelah dan bercuti.Apakah aidil fitri perlu kita sambut dengan meriah olih kerana kita menjalani  ibadah puasa selama sebulan dan apabila tiba pada hari sambutan kita raikan dengan makan dan minum dan pelbagai hidangan juadah.

Tetapi apabila tiba aidil adha ianya ala kadar sahaja,sekadar sembelih binatang kurban dan agih-agihkan daging dan juga sekadar buat lauk pauk ala kadar jugaApakah kita lupa menunaikan haji adalah termasuk didalam rukun islam sebagaimana berpuasa tetapi apabila tiba masa meraikannya terdapat perbezaaan.Kita seolah-olah menganggap raya qurban tidak penting disambut sewajarnya seperti aidil fitri.Renung-renungkanlah.