Komen oleh pengunjung blog mengenai metafizik yang dipindahkan ke entri baru dari entri 2012

Kiriman olih Najmistik pada 18hb Januari 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2012 KEPADA SEMUA AHLI-AHLI YANG ADA DI DALAM KARIMON BLOG INI. SAYA PASTI RAMAI YANG TELAH BERADA DI SINI SEMENJAK KEWUJUDANNYA PADA HARI PERTAMA LAGI. TERIMA KASIH KEPADA ANDA YANG SENTIASA MENGIKUTI/MEMBERIKAN KOMEN/BERKONGSI PENGALAMAN DAN INFORMASI SELAMA ANDA BERADA DI SINI.

BAGI MEMPERERATKAN LAGI HUBUNGAN ANDA DENGAN KARIMON, KAMI AKAN MENUBUHKAN “KARIMON MYSTIC CLUB” DAN IANYA AKAN DIUMUMKAN KEPADA ANDA DALAM JANGKAMASA TERDEKAT INI.

BAGI MEREKA YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI KELAB INI, SILA EMAILKAN NAMA, KAD PENGENALAN, ALAMAT DAN NO TELEFON KPD najz.enterprise@gmail.com

HADIAH MISTERI BAGI 20 PESERTA PERTAMA YANG MENDAFTAR !!!!!

SOKONGAN ANDA AMAT KAMI HARGAI DAN DIDAHULUI DENGAN UCAPAN RIBUAN TERIMA KASIH.

waliqudus | 19 Januari 2012

Salam Sejahtera para sahabat yang dirahmati Allah…

Tuan Najz yang dirahmati Allah..bab penubuhan tu bagus..dialu-alukan, tetapi adalah lebih afdal jika tuan dapat menitipkan serba sedikit detail pengisian kelab yang ingin ditubuhkan. Bukannya senang untuk dimajukan. Unjuran bagus, perlaksanaannya pula bagaimana, dari sudut perundangan pula perlu dititik-beratkan. Pada pandangan saya, dikhuatiri nanti ada pihak-pihak yang memandangnya nanti seperti satu Cult, kalau takat pandangan tu kira boleh ditelapkan..bagaimana jika dihukumkan pula. Pandangan dan pendapat manusia ni kan berbeza-beda. Perlu diperhalusi sebelum ianya dilaksanakan. Pandangan dan pendapat dari para sahabat yang meminati Karimon’s Blog yang lain juga saya rasa perlu diambil berat, kerana dikhuatiri akan sesuatu yang tidak diingini berlaku apabila penubuhan Kelab telah dilaksanakan, maka, dikhuatiri juga Karimon’s Blog akan lenyap jika pengisiannya tidak menepati Sistem perundangan Negara Kita. Tata-cara perlulah seiringan dengan apa yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Malaysia juga.

Nak daftarkan Kelab Mistik ni tidak semudah mendaftarkan Kelab Basikal atau Kelab Kereta, Pendaftaran dan Penubuhan Kelab Malam adalah lebih senang dari daftar dan tubuh Kelab Perkongsian Ilmu Allah dan Mistikalnya.

Karimon’s Mystical Club akan menjadi terkenal jika ianya menepati tata-cara sistem perundangan yang telah ditetapkan…Banyak pendedahan dan interview akan dibuat dikaca TV atau media massa. Yang paling best kut di Interview oleh Professor Fadillah Kamsah atau rancangan Pedoman, rancangan Tanyalah Ustaz, rancangan manisnya hempedu ini, dan berbagai lagilah…masak Wak kita nak berjawab tu..Rancangan Seekers pula akan menjemput individu dari Club Karimon untuk diuji keberkesanannya dalam acara “mari menjemput dan Separing dengan Jin dari Alam Sebelah pula, dan Rancangan terbaru seperti “Money Drop” akan dibuat. Kalau Rancangan Mistiknya pula “Cut-Off or Not” Lets Axe Drop on your Head’ and “Let Pours Asids On Your Ribs”…The Mythtical Powers of Yellow Iron and Moringga Wood”…Maksudnya..Kita kena fikir negatif dan positifnya sebelum melakukan apa-apa jua yang bersangkutan dengan bab Akal manusia yang tidak sama pemikiran dan pemahamannya….Wallahu..itu pendapat dan lawak dari Aku…

 

paduka | 20 Januari 2012

Assalamualaikum Tuan waliqudus,ni yang buat aku sayang kat hang ni,komen macam ni lah yang bro kita suka,kerana soalan yang hang kemukakan itu top rated.aku pun tidak dapat sepenuhnya gambaran secara jelas kelab mistik wak ini tetapi ada jugak wak beri satu gambaran tentang kelab ini.Nama aja kelab mistik tetapi pengisian kelab itu bukan lah seperti nak cerita hal hantu tetapi mencari realiti ya ke hantu tu ada,apa sebenar itu hantu,kot2 kita ni yang hantu.Sejak kebelakangan ni wak banyak membaca buku tentang metafizik dan berkawan dengan puak2 yang mempunyai pengetahuan tentang metafizik.Wak ada kata kat aku,kau,waliqudus,TS,ciklii,kung fu,chi kung dan perguruan persilatan semuanya sebenarnya terlibat secara langsong dengan metafizik tetapi ramai yang tak tahu apa tu ilmu metafizik,ni aku pastekan definasi metafizik.

Metafizik merupakan salah satu dari cabang utama ilmu falsafah. Ia membincangkan mengenai hakikat realiti, kuwujudan dan dunia yang sebenarnya [1] yang di luar alam biasa atau yang tidak kelihatan. Konsep ini mendapat namanya dari perkataan Greek μετά (metá) (bermaksud “selepas”) dan φυσικά (physiká) (bermaksud “yang mengenai alam”), “yang mengenai alam” merujuk kepada karya purba mengenai alam oleh Aristotle. Metafizik menumpukan pada persoalan seperti:
Apakah sifat realiti?
Di manakah tempat manusia di dunia?
Adakah warna objektif atau subjektif?
Adakah dunia wujud di luar minda?
Apakah sifat objek, peristiwa, tempat?

Matlamat wak menubuhkan kelab ini lebih kepada menjurus kepada ilmiah,sains dan logik dengan erti kata mencari apa yang tersembunyi pada kejadian alam ini,membezakan mana yang betul mana yang tahyul.Ilmu metafizik sebenarnya ilmu yang bolih dipelajari di pusat pengajian tinggi jadi soal haram tidak timbul,yang jahil sahaja yang dok kata itu haram lah ini haram lah.Aku rasa wak tahu apa yang dia buat dan kalau setakat orang2 yang hang katakan itu nak nak interview dia,eemmm…..hang pernah tak dengar cerita seorang ustaz dari jabatan ugama buat counseling pada wak ? bab ni hang kena tanya wak,yang aku tahu wak kata kat ustaz tu bak sini RM20 nak buat tambang bas balik dari ustaz tu.Apa2 pun kita tunggu wak kita beri komen dan hang bukannya tak tahu ada masanya dia malas nak cakap banyak melainkan jika dia rasa perlu saja dan dia lebih banyak buat tak tahu dari mengatakan tahu.

waliqudus | 20 Januari 2012

Salam Sejahtera para sahabat yang dirahmati dan dikasihi Allah..

Alhamdulillah, terima kasih sahabat Paduka yang telah menerangkan sedikit dan sebanyak mengenai pengisiannya..Tepat sekali, itulah dia Tenaga Meta-Fizik..ianya diibaratkan Angin…tidak dapat dilihat..tetapi dapat dirasai. Ungkapan ayat metafizik ni selalunya bersangkutan dengan orang-orang yang telah dinobatkan dengan sarjana-sarjana kertas yang dilakarkan diatasnya dengan “Certified By” ataupun yang dikatakan “Kelayakkan”. kebanyakkan dari kita..terutamanya saya lah, tidak lah memiliki sijil yang dikatakan berkelayakkan melalui pembelajaran yang dikatakan “DiIktiraf”…… pembelajaran yang dilalui adalah dari Usaha, Pengalaman serta dari kajian terhad dan tidak pula setanding dengan yang sedia ada.

Ilmu Tenaga Metafizik ni bukan semuanya yang faham, kerana ianya bertaut dengan Ilmu Ketuhanan. Apabila bersangkutan dengannya..bab hukum-menghukum pasti timbul bagi yang tidak memahaminya. melainkan jika ada ahli kelab yang dikatakan “Diiktiraf” serta mampu membuat hujahan yang berilmiah serta dapat mengimbanginya seiring dengan Ilmu Ketuhanan. Tenaga Metafizik ni bukan sahaja terdapat pada kayu/batu serta logam-logam…yang tidak dapat diungkaikan dan bukan semuanya tahu bahawa tenaga meta fizik ini penjana tenaganya adalah dari Manusia itu sendiri.. Tenaga positif dan negatif, tenaga pembalik, tenaga pemancar malah tenaga hembusan dari angin kentut yang mampu menyemarakan api pun tidak banyak yang mampu berfikir. Tenaga dari Kayu/batu serta logam tidak akan dapat dimanfaatkan jika tiada manusia itu sendiri yang mengaktifkannya..ibaratnya nasi yang diberi pada orang yang hidup dan nasi yang diberi pada orang yang telah mati..mana lebih bermanfaat….wallahu..aku nak terangkan dalam bentuk tulisan..aku tak pandai…tetapi kalau bermujakarah dan mentekedarah..bab tu kira ok…hehehe

paduka | 20 Januari 2012

alam tuan wali yang disayangi dan disanjungi,hang pun wak kata akan masuk kelab ini.tugas hang membuat kertas kerja bab perkayuan,aku bab ilmu batin bukan tenaga batin keluar api macam star war tapi tenaga batin yang itu lah….jangan hang buat tak tau plak.hang ada tongkat Ali tak.ni pun aku dah perhatikan yang hang mula memberi penerangan yang MANTAP bib.Sebenarnya hang bukannya tak tahu bab metafizik ni hang saja aja buat tak tau,belasah hang nanti baru tau.Pandai saiful ampu hang ada dia bawak balik buah tangan tersenyum lebar.

saleh | 20 Januari 2012

Salam,sesuatu yang menarik dimana saudara karimon bercadang menubuhkan kelab ini.Saya rasa saudara karimon pun sudah tentu fikirkan masak2 apa yang beliau mahu lakukan.Apa yang saya perhatikan banyak salah faham dan pengertian mengenai ilmu metafizik ini.Ilmu metafizik ada satu kajian antara palsu dan realiti juga bukan hanya satu cabang ilmu mistik.Dari penerangan paduka apa yang saya fahami wak berhajat menubuhkan kelab itu lebih kepada ilmu pengetahuan bukan occult atau satu kelab yang mana pesertanya perlu diuji kekebalannya.Mungkin wak merasakan sudah tiba masanya pada tahun 2012 ini minda kita semua berubah dan memahami apakah yang sebenarnya dunia mistik ini menurut ugama dan sains.

 

saiful | 20 Januari 2012

assalamualaikum abg rahim,tuan waliqudus,tuan paduka dan saudara2ku sekalian

rasanya mungkin benar kata tuan waliqudus dan tuan paduka.cadangan ambo bab nama kelab sahaja.mungkin blh dicari yg lebih tepat dgn metafizik dan sebagainya.pendapat ini dr segi penerimaan umum.bila diterima umum,maka bab metafizik etc ni kita dpt perjelaskan dgn baik disamping menyampaikan dakwah.mungkin abg rahim boleh buka entri batu utk cadangan nama kelab tersebut.

kerna kelab mistik karimon dgn kelab metafizik karimon pasti memberi tanggapan yg berbeza bg setiap org dan umumnya.

maaf kalau salah kata.ambo bg idea sahaja.kito minum doluuuu (kopi rumah tuan waliqudus sedap dan asyik bangettt donk )

paduka | 20 Januari 2012

Lupa plak jangan hang rasa terhina kerana tiada sijil certified by…….. yang penting Allah swt dah certified hang.Allah swt anugerahkan pada hang ilmu pengetahuan tentang kayu dan menjadi tugas hang menyampaikan ilmu itu kepada kami yang fakir hina ini.Aku bukan ampu hang macam saiful tu aku jek sikit aja.

saiful | 20 Januari 2012

bab cert tu no problah.sama mcm org yg lepasan spm keje dah 10tahun dgn bdk baru graduate ada cert.kalau mintak kerja 1 jawatan.sure yg spm tu majikan ambil.sbb pengalaman.pengalaman itu ibarat emas yg tiada tanding nilainya.kerana itu apa yg dicerita berdasarkan pengalaman lebih tinggi nilainya.

tuan paduka,betulkah ambo goreng ni?salah tlg betulkan.ambo dok reti belah mano ni.hehe

wassalam

najzmistik | 20 Januari 2012

Tuan Waliqudus,

Terima kasih dengan komen dan idea yang bernas. Saya lebih menjurus kepada membantu Karimon sahaja sebab apabila membaca komen dari saudara Paduka, saya sendiri tak tahu apa nama kelab yang ingin Karimon berikan tapi Saudara Paduka dah tahu dulu.

Saya hanya membantu sikit2 sahaja sebab saya bukan ilmuwan dan arif tentang apa yg dibicarakan di sini sebab saya bukan dari bidang ini.

Saya yakin Karimon telah ada individu2 yang beliau sendiri akan jadikan “tulang belakang” untuk merealisasikan impian beliau ini.

Apapun Tuan Waliqudus dan semua yg sentiasa mengikuti perkembangan , tunggu sahaja maklumbalas dari Karimon, saya rasa lebih baik dia yang berikan komen.

Sekian.

paduka | 20 Januari 2012

Salam kepada para pengunjung blog karimon.semalam aku ada hubungi wak mengenai kelab yang beliau berhajat mahu tubuhkan.Kini gambaran jelas telah pun aku dapati,cuba kita tanya diri kita sendiri mengapa wak tidak banyak memberi komen beliau tentang idea penubuhan kelab ini.Kita lupa yang wak pernah berkerja sebagai seorang researcher.Beliau biarkan kita semua memberi pendapat kita dan memerhatikan setiap hujah kita.dari situ beliau melakukan analisa beliau sendiri.Nama kelab mistik itu pun sebenarnya bukan ada perkataan mistik,tetapi buat sementara ianya diguna pakai secara umum dalam pembahasan kita semua.aku dah tahu pun nama sebenar kelab itu.Perkataan kelab pun sebenarnya tidak ada.
Kadang2 aku pelik jugak “Metafizik” perkataan ini seolah2 satu phobia atau disalah fahami atau ditakuti.Mungkin terbayang diminda kita ianya satu ilmu mistik,satu ilmu sihir atau satu ajaran baru.Perkataan mistik pun banyak orang yang kurang mengerti definasi yang sebenarnya.Teori quantum,teori black hole,space and time adalah termasuk dalam metafizik.Einstein,Newton,Ibn Arabi,Ibn Taimiyah dan beberapa nama lagi adalah pengkaji atau ahli fikir dalam metafizik.Metafizik bukan satu ugama atau ajaran yang baru ianya telah lama bertapak sejak ribuan tahun yang lalu.Apa2 pun tunggu wak beri komen

 

waliqudus | 20 Januari 2012

Salam Sejahtera para sahabat yang dirahmati Allah..

Meta Fizik adalah satu aliran Pengetahuan mengenai Tenaga Semulajadi (Universal Energy) atau juga Universal Wave Vibration ..Getaran yang terhasil dari gelombang semulajadi..Gelombang ni kalau nak diukur, memerlukan peralatan yang canggih dan ada juga alatan cara kuno…tetapi peralatan yang paling canggih adalah Sensor dari tubuh badan manusia itu sendiri…Tubuh manusia memiliki berbagai fungsi…masakan jasad boleh mikraj ke Arash..bermakna, dengan kaedah Body Tweeking..tubuh badan mampu bertahan dalam satu-satu tekanan, bermaksud Tubuh manusia mampu bertahan dengan penggunaan bahan-bahan semulajadi yang berada disekeliling kita dengan iringan cetusan asas tenaga dalaman…cumanya tiada kajian terperinci mengenainya dibuat. Para saintis hanya mengkaji bab-bab tertentu bagi pengisian hawa nafsu serta menafikan kewujudan Ilmu Islam, Segala Ilmu yang asalnya dari Islam telah diterbalikkan serta dikatakan bahawa Ilmu tersebut diasaskan oleh mereka-mereka yang memanipulasikan Fakta kebenaran.

Tugas Para saintis sebenarnya adalah untuk Menafikan..manakala Ilmuan dari kalangan orang-orang Islam telah diterbalikkan dengan penafian yang nyata…Malang sekali Sensor-Sensor dari dalam Manusia itu telah dipadamkan dengan Sensasi-Sensasi Sexy Nafsu yang diasaskan oleh Puak-puak penidak Nikmat Allah. Pengiktirafan hanya untuk mereka-mereka yang menyokong tindak-tanduk pihak yang bertujuan untuk Iktikad Penghapusan ummat..

Cuba kita renungkan, Bagaimana Tentera yang seramai 300 orang mampu mengalahkan tentera yang seramai 100,000 orang..300 orang yang memiliki tenaga metafizik mampu menghasilkan 70,000 kali-ganda temporary sub- Energy Human Clone… (Tah la..ayat tu aku main balun ajer)..dari manakah ianya, bagaimanakah ianya di Aktifkan..melalui ilmu yang sebagaimana…dan berbagai lagi jika nak diolah dan dikaji..Jika kita mengatakan Ilmu Allah itu Luas Tiada Batas…dimanakah pula batasnya Ilmu Makrifatullahu Ta’ala itu????? Tiada salah dan dosanya jika kita berfikir sejenak…Allahu lebih menyayangi orang-orang yang mahu berfikir..walaupun sedetik….wallahu

waliqudus | 20 Januari 2012

Salam Sejahtera saudara Najz yang dikasihi Allah..

Alhamdulillah, terima kasih atas penerangan tuan, walau pun bukan Ilmuan yang arif..tetapi besar sungguh nilainya atas bantuan yang dihulurkan, apalah ilmuan jika tiada saluran bantuan bagi menjayakan impian untuk mencurahkan pengetahuan…Wak masih berada di Johor, beliau pergi menziarahi para sahabat serta Ilmuan dari sana dan maklumat serta maklum balas mengenai perbahasan mengenainya akan di selitkan didalam Entri terbaru dari Karimon’s Blog..InsyaAllah..Moda Allah permudahkan Wak Rahim dalam misinya…

 

Komen oleh Padaka pada 18hb Januari 2012

Waaalikumusalam Tuan saiful yang disanjungi serta dihurmati dan disayangi,sokongan tuan hamba terhadap idea pak karimon begitu membakar jiwa dan kalbu.Cuba kita tanyakan diri kita sendiri,berapa banyakkah individu yang sanggup melakukan seperti apa yang pak karimon lakukan ? Motif serta tujuan pak karimon aku amat ketahui dan tidak ramai yang ketahui,beliau mahu kita berpayung dibawah satu naungan yang akrab,yang diberikan pengetahuan yang benar serta luas mengenai ilmu metafizik.bukan sekadar satu cerita yang karut marut tanpa satu penjelasan yang logik.Ilmu metafizik juga adalah satu cabang ilmu sains yang berbentuk rohani.
Hang pun kalau tak silap aku hang pernah berjumpa dengan pak karimon dan hang sendirilah yang dapat menilai akan dirinya.hang nilai dari kacamata diri hang bukan dari kacamata orang lain.Jangan kita anggap ilmu metafizik atau ilmu mistik hanyalah satu perbualan kosong dikedai2 kopi atau ditepi2 jalan.Ilmu itu sebenarnya ilmu yang menguji akan akal fikiran kita diantara logik,mitos,karut atau realiti.Jangan kita hanya bersembang kosong dikedai kopi atau sekadar di internet.Metafizik adalah satu sains bukan satu lagenda atau cerita khayalan.
kita perlu membuka minda kita seluas2nya demi mencapai ketinggian martabat diri kita bangsa kita yang setanding dengan bangsa asing.Jangan kita sekadar berbual kosong di facebook atau diinternet tanpa arah dan tujuan kemana ke mahu mengarahkan minda kita.kita melalui tahun demi tahun bertukar ganti akhirnya dimana kesudahan diri kita,Curahkan ilmu pengetahuan,pendapat,kongsikan idea2 pada satu kesatuan yang berbentuk ilmiah,bahaskan ilmu2 ini pada landasan yang benar lagi professional.Tabik untuk mereka yang mahu mengubah minda mereka.