Archive for February, 2012



Assalamualaikum para pengunjung blog karimon,saya membuka entri ini agar sesiapa yang ingin mengetahui tentang buku ini bolehlah membuat pertanyaan atau komen didalam entri ini.

Advertisements

Buku Mistik Teras & Kayu


Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog.Insyaallah buku Mistik Teras & Kayu telah siap dicetak dan akan di hantarkan kepada saya pada hari Rabu 22hb Februari.Buku setebal 375ms ini dijual dengan harga RM45.00 tidak termasuk pos.Harga termasuk pos bagi semenanjung adalah RM52.00 dan RM57.00 Sabah & Sarawak.Buku ini adalah sekadar kemampuan saya mengumpulkan maklumat mengenai kepercayaan terhadap teras & kayu.Saya paparkan isi kandungan buku ini buat tatapan pengunjung blog.

1.Muqadimah                                     -1

2.Pengenalan                                     -4

3.Alam Tumbuhan                           -16

4.Sejarah Teras Kayu      -21

5.Kajian Terhadap Kayu   –24

6.Mengapa Teras dan Kayu     -33

7.Hasil Kayu dan Teras               -44

8.Fosil Kayu                                      -53

9.Teras dan Kayu Kemuning       -57

10.Jenis jenis Penunduk dan Tas      -67

11.Teras Kelor/Gamunggal            -77

12.Pohon Palma                                   -93

13.Buluh dan Rotan                            -110

14.Lain lain Pohon dan Teras       -149

15.Jenis Cenuai                                   -300

16.Info Kayu dan Tanaman           -328

17.Produk Kayu dan Teras              -354

18.Pohon Ganjil                                     -355

19.Lampiran                                            -356

20.Penutup                                                -359

21.Sumber Rujukan                                 -361

Pengunjung boleh membuat pembelian buku ini melalui saya dengan menghubungi saya di no 013 3601760.Boleh juga membuat tempahan/pembelian melalui saudara Waliqudus tuan punya blog Rahsia Alam di no 019 3387074.

Cenuai Air


Cenuai air sejenis cenuai yang sukar untuk didapati dan mempunyai nilai perubatan dan pengasihan.Juga dipanggil Cenuai Pemanggil.TS lebih arif untuk memberi komen tentang hal ini.Silakan Pak Syeikh

Sahabat Blog Karimon


Assalamualaikum,kepada semua para sahabat yang saya kenali dan kepada pengunjung blog karimon.Satu ketika dahulu pernah saya nyatakan diantara faedah yang saya dapati daripada blog saya ini adalah ilmu pengetahuan yang dikongsi bersama dan yang paling utama mendapat ramai kenalan.Pengunjung baru seperti saudara Osmo dari Sarawak,saudara Saiful dari KL dan Tuan Haji Awang dari negara jiran kita Brunei yang tak putus2 senantiasa saja memberi komen didalam blog ini.Kalau dilihatkan dari komen2 mereka kita seolah2 merasakan bahawa mereka ini sememang telah pun mengenali diantara satu sama lain,senda gurau mereka dengan Waliqudus,Pakcikliio dan TS membuat kita tertanya2 apakah mereka ini saling mengenali secara perbadi,jawapannya tidak,Saiful sendiri tidak pernah mengenali Osmo yang berada di Sarawak dan hanya menyapa didalam blog ini ataupun di Facebook,Tuan Haji Awang pula di Brunei dan hanya menyapa di blog ini.Tetapi apabila Saiful kembali dari Vietnam beliau membeli cenderahati untuk dibagikan kepada Osmo yang akan diposkan oleh saya,Ikatan persahabatan sebeginilah yang selalu saya harapkan dari semua pengunjung blog ini.

Tuan Haji Awang berhajat datang ke KL dan tanpa berbelah bagi Waliqudus dan saudara Saiful mengajak beliau ke rumah bahkan mahu bertemu dengan Tuan Haji Awang.Ibarat menyambut saudara yang dikenali.Apabila Tuan Haji Awang mahu ke Sarawak iaitu Serikin saudara Osmo menawarkan diri mengiringi dan menyambut beliau.Saya sendiri ke Sarawak telah dijemput oleh Osmo di airport dan malamnya belanja saya makan bersama isterinya dan esoknya ke Serikin dengan saya.Apabila saya mahu pulang dijemputnya saya di hotel jam 5 pagi untuk dihantar ke airport.Dan yang saya kagum beliau menunggu sehingga saya hilang dari penglihatannya semasa daftar di imigresen pada hal beliau boleh saja terus pulang apabila hantar saya di airport.

Tali persahabatan yang sebeginilah yang amat saya harapkan dari semua teman2 saya.Gelak ketawa saya,waliqudus dan Pakcikliio pada malam kami dilipat2 oleh beliau akan senantiasa saya ingati,itulah pertama kali kami bertemu dengan Pakciklio.Bila kenangkan kembali bagaimana Waliqudus dan Pakciklio sering berdebat berkelahi dalam blog ini satu ketika dahulu seolah2 tidak pernah berlaku apabila mereka bertemu sesama sendiri.

Apakah yang paling bernilai saya dapat dari blog ini.Yang saya dapat ialah bertemu dan berkawan dengan tuan2 semua.Ini termasuklah mereka yang ada di uptown Puchong seperti saudara Izat,Rizal,Zul,Solehan ,Wak Lan dan beberapa orang lagi yang diperkenalkan oleh saudara saiful seperti John dan saudara Rizal dari Kg Medan.TS dan menantunya Farid saya bertemu di Melaka,saudara Alam Tunggal di Pulau Besar,geng2 Poseideon di Kedah dan adik angkat saya Hashim yang berada di Sabah termasuk saudara Rahim Zakaria.Ibarat kata2 Inggeris you all are the best things that happened in my life.Semuga persahabatan kita semua kekal sehingga akhir hayat kita.Akhir kata”Friends are never earn they are gift from loving God”