Ini adalah sebahagian dari isi kandungan yang terdapat didalam buku Mistik teras dan Kayu.Yang dipaparkan adalah sebahagian dari info cenuai,teras pisang dan penawar lima.
Archives
- September 2021 (1)
- November 2017 (5)
- September 2017 (7)
- January 2014 (3)
- July 2013 (1)
- April 2013 (3)
- March 2013 (3)
- January 2013 (4)
- December 2012 (1)
- November 2012 (1)
- October 2012 (3)
- September 2012 (1)
- August 2012 (2)
- July 2012 (3)
- June 2012 (5)
- May 2012 (10)
- April 2012 (10)
- March 2012 (8)
- February 2012 (4)
- January 2012 (10)
- December 2011 (5)
- November 2011 (13)
- October 2011 (8)
- August 2011 (10)
- July 2011 (3)
- June 2011 (4)
- April 2011 (9)
- March 2011 (15)
- February 2011 (5)
- January 2011 (6)
- December 2010 (12)
- November 2010 (17)
- October 2010 (22)
- September 2010 (16)
- August 2010 (8)
- July 2010 (51)
- June 2010 (9)
- May 2010 (35)
- April 2010 (6)
- March 2010 (1)
- February 2010 (29)
- January 2010 (15)
- December 2009 (6)
- November 2009 (5)
- October 2009 (5)
- August 2009 (2)
- July 2009 (17)
- June 2009 (4)
- May 2009 (13)
- April 2009 (12)
- March 2009 (22)
- February 2009 (52)
- January 2009 (33)
- December 2008 (65)
-
Recent Posts
Recent Comments
karimon on Buku Pawang lukman hussain on Badi Kuning Mohamad Fitri on Buku Mistik Teras & K… Akhmad on Keturunan Al Hassan Yang … Taufik on Kayu Penunduk/Kayu Tas Bang Iyek on Keturunan Al Hassan Yang … Yanda on Batu Petir Azizi bin Aziz on Buntat Lokan & Telor Ayam… Sharom on Buah Lantong atau Labu Hu… Syed Muhammad Aizil… on Keturunan Al Hassan Yang … amir on Sejadah Rohani komunitaspemikirkrit… on Keturunan Al Hassan Yang … komunitaspemikirkrit… on Keturunan Al Hassan Yang … jailani matdoan on Keturunan Al Hassan Yang … jailani matdoan on Keturunan Al Hassan Yang … Categories
- Antik Dan Artifak (5)
- Barang Mistik (189)
- Barang Untuk DiMaharkan (15)
- Batu Permata & Cincin (62)
- Berguru (1)
- Berita/Info (93)
- Buku Mistik teras & Kayu (2)
- Buku Mistikal Mistik (6)
- Duit Lama (21)
- Dunia Dalaman Permata (10)
- Keris dan Senjata (26)
- Metafizik (16)
- Perbincangan & Rawatan Sakit Misteri (4)
- Perbincangan & Rawatan Sakit Misteri 2 (1)
- Rahsia Bangsa Melayu (2)
- Sejarah & Info Islam (10)
- Seni Silat Warisan Melayu (1)
- Tarikat & Tasauf (1)
- Teras Kayu (56)
- Tumbuhan Herba & Mistik (45)
- Uncategorized (8)
- Wali songo (3)
- XPDC Gunung Ledang 2 (19)
- XPDC Pulau Besar (26)
Tulisan Terbaik
Top Rated
Salam Sejahtera Para Sahabat yang dirahmati Allah..
Kandungan Buku mengenai Teras dan Kayu yang saya lihat dan telaah, didalam buku ini yang menariknya, nama serta panggilan saintifik ada disertakan sekali, ada beberapa sahabat dari Blog Rahsia Alam bertanyakan kepada saya, ” Tuan dalam Buku tu ada penerangan tak bab macam mana nak kenal Teras atau Kayu”..jawab saya, kalau nak kenal dengan teras atau kayu ni, perlu bergelumang dengannya, jika pengenalan mengenai teras tidak dirujuk pada pokok yang hidup, bukan boleh dikatakan teras itu dan ini adalah spesis yang dikatakan berdasarkan dengan hanya melihat Anatomi Urat kayu sahaja. Urat kayu, Kulit Kayu, Teras Kayu serta berbagai lagi perlu diambil kira bagi pengenalan sesuatu jenis spesis itu. Bahagian bab Mistiknya pula, ianya ada perkiraan dalam bentuk kajian sains..Mistik teras kayu ada penerangannya secara saintifik..yang tiada penerangan dalam bahagian Mistik Adalah PENCIPTA teras kayu itu sendiri..selain darinya sudah pasti ada penerangan nyata.
Dalam Buku tersebut ada penerangan mengenai Teras Kelor atau Teras Gemunggal, pada bahgian tersebut juga masih ada lagi yang belum dapat dirungkaikan lagi..InsyaAllah, setelah berbincangan dengan Penulis Buku tersebut, beliau ada menyatakan bahawa ada Urutan Buku mengenainya “Teras dan Kayu” dalam sudut fadilat,realiti dan mistik sesuatu yang terdapat pada satu-satu jenis teras.
Bahagian spesis “Murraya Paniculata” atau Teras Kemuning hitam, spesis tersebut masih belum habis diuraikan juga…ini kerana Buku “Mistik Teras dan Kayu” ada kesinambungannya…InsyaAllah, saya mendoakan agar penulis buku tersebut masih segar dan dipanjangkan umur bagi penulisan kesinambungan buku-buku yang memaparkan kesenian, fadilat serta maklumat yang berbagai dalam unsur perkayuan tanah air…kalau dah padam besok..payah la jugak kita para sahabat yea….heheheh…jangan marah pak rahim…
Assalamualaikum tuan karimon yang dihormati para sahabat2 sekalian dengan iringan doa moga semuanya sihat, ceria, bahgia, dipermudahkan segala urusan & senantiasa mendapat rahmat dari Allah swt…
Terima kasih yang tidak terhingga serta tahniah buat penulis & juga tuan karimon yang telah bersusah payah akhirnya telah membuahkan hasil yang amat dikagumi berkat kesabaran yang dititipkan seiringan proses penghasilan dan akhirnya pelancaran buku mistik edisi 2 ini..Alhamdulillah, syukur padaNya…InsyaAllah saya dan para sahabat sekalian tetap mendoakan agar penulis buku tersebut sentiasa segar dan dipanjangkan umur bagi kesinambungan karya beliau..aminnnnn
sekian, wassalam…..
assalamualaikum WKSDH,tuan waliqudus yang kacak tiada banding,osmo yg budiman dan tuan azmir yg macho bistari
tentang buku dan kandungan buku ini,apa ambo nak kome adalah seperti komen2 diatas.pasal semua dah habaq atas sana.jd itulah komen ambo ttg buku ni.sonang kerjo.hehe
wassalam saudaraku sekalian
SAlam Sejahtera Tuan Saiful yang dirahmati Allah..
Aku kiro mu ni Buto Kayu lah…aku yang gigi dah nak bersepai ko kata hensem kacak..mu nih meme nok kena minum hok air kayu kemuning hite campur sket ngan budu..tambah kicap tamin sket..ku kiro baru mu celik sikit kut tengok demo nih. kalu mu kecek si rizal tu hensem kacak..segak la jugok..nih ke aku demo kecek kacak..loooohhhh….minah senget pong tengok aku dok lari tak cukup tanah..lain la Tuan Paduko tuh..pakai tanjak tak pakai baju ngan pakai kain pelikat ajer..tu baru Bomoh Alaf baru..nih aku tak tahu..Wak bagi tau yang paduko tuh hensem gilerrrr…jangan mare Tuan Paduka..mu jangan berduka tau..nanti Cikli bagi ko ayat pengasih gunung Senyum..gerenti senyum setahun tanpa henti..hehehehe….aper la yang aku merepek nih..apa tangkal la yang hang pakai ni saiful???
Tuan Azmir…kebanyakkan Para sahabat yang telah menelaah Buku Mistik Teras dan Kayu menyangka bahawa, pengenalan mengenai kayu teras adalah melalui Anatomi Urat Kayu..sahabat-sahabat bertanyakan tentang bagaimana untuk Kenal Kayu Teras bagi spesis itu dan ini..tidak kurang juga menghantar MMS menunjukkan teras yang telah dititipkan menjadi permata cincin, kekadang tu, gambar yang dihantar pun blurrr…macam mana la aku nak bagi tau jenis apa….Allahu…Maklumat Teras dan Kayu didalam Buku tersebut hanya menyatakan tentang nama saintifik spesis, fadilat dan kepercayaan mistik tentangnya..InsyaAllah, mungkin Tuan Pengasas akan membuat Buku mengenai Teras dan kayu dimana Anatomi Urat kayu juga akan dipaparkan…tetapi persoalannya, adakah hanya dengan melihat Urat Kayu dapat dikenal pasti jenis spesisnya??pada pengalaman saya….mak aiiii….penin wooo
assalamualaikum tuan waliqudus yg kacak tapi angkuh tidak mahu mengaku kacak. (haha.kelas.juga ayat angkuh ya.haha)
menden mung ngaruk ngabang ni waliquduh weh.dok pahang starang ambe.mu labo cakak kelatang ke siam.ambe baca bunyi siam nih.jeng kreng ambe nok pahang mu kabo mende.(ganu skt )
tuan paduka tu tak payah puji2 dh.dah mmg jelas terzahir tanpa diragui lagi akan ia
hahahaha.tu ilmu baru wak ajar.mcamana nak psiko org supaya dia cakap merepek2 mcm tuan waliqudus.hahahahahahaha.mujarab dh tu
bab ulasan kayu,ambo serah kpd tuan waliqudus kacak dgn azmir macho bistari lah kerana lbh arif dan fasih.cuma ambo masih menunggu akan sambal tempoyak ASHM tu.huhu
wassalam
Assalamualaikum Tuan Saiful.. Tuan Waliqudus dan sahabat sahabat..
Nampaknya Semua nak jadi hensem kacak bergaya siapa pula yang kena jadi tak hensem kacak bergaya..
Hensem dan kacak anugerah Allah belako.. elok la kita kupas pasal buku Wak Karimon tak perlu ada unsur anpu mengampu ni..segala puja dan puji hanya bagi Allah. banyak rahsia yg belum kita ketahuii.. Wassalam.
asslamualaikum rijal yg hensem juga.hehe
ia bukan ampu mengampu.ampu itu berlaku bila.mengharapkan sesuatu balasan drpd yg diampu dlm bentuk lain.disini lbh kpd pujian.yg beza ikhlas atau tidak.apa cuba dipraktikkan adalah budaya org putih yg suka memuji dan sering memuji.yg mana tiada dlm budaya dan aifat org melayu kita.kerana itu melayu ada dlm hati dengki,cemburu dan khianat.kajian thesis tu jal.hahaha.ambo ni penceria sahabat2 disini sahaja.jd latihlah diri pujo memuji.biar tdk ikhlas,lama2 pasti ikhlas.ia juga salah satu teknik dlm membentuk minda yg positif dan aura yg baik.kerana itu digalakkan puji diri sendiri di cermin ketika pagi kerana satu hari kita bekerja,nk jumpa 1 org puji kita pun susah.berbeza dgn budaya org putih
apapun maaf jika tuan rijal tidak senang.ampun ya.minum nanti ambo karate tengkuk demo.hahaha
ttg buku ini dr segi ilmu,knowledge,info dan maklumat sudah cukup lengkap.mungkin tdpt kekurangan dr sudut tatabahasa,penggunaan ayat,sususan,gaya persembahan sahaja.lain dh bgs rasanya.soal details kayu serahkan kpd tuan waliqudus kacak dan azmir macho sahaja.
wassalam
salam sejahtera semua….???
mungkin molek jika dapat di buat e-book dan tersebar luas melalui internet dengan bayaran yang tertentu untuk yang mahu membuka atau memiliki nya nya….???
ini pandangan kabur niii……
ada betul kaaaa…..????
Salam Sejahtera Pak Tua yang dirahmati Allah..mudahan dijadikan Allah sebagai Pak Muda mahunya..hehehe
E-Book, paktua…boleh, tetapi wak nak terbitkan yang ada ni pun dah terberak..ni kan e-book…tu memang baik punya Idea, tetapi pak tua, zaman ni kan manusia tu lebih terer hacking..dari boleh mai pitih..putih mater mungkin juga, lagi pun paktua, ianya memerlukan penglibatan ramai pihak, dan memerlukan juga ongkos yang banyak apabila ianya diDigitalkan.
Buat Tuan Saiful, Segala Puji bagi Allah, Segala Keindahan Mutlak BagiNya, dan ingat mengingati buat manusia sejagat, baik muka berjeragat dan masih boleh makan pengat, minum Air Teras Kemuning Hitam,,muka akan naik merah padam..bukan merah kena simbah air cabai tau saiful yang tu mau padam..Ambo ni asalnya omputih..terlepas kat negara jiran jap, bahso yang ambo kecek lebih kurang bahasa switzelang tau..mu tau ghapo, mu tak tau ke yang johor tu berjirang dengan negeri sarawak dibawah bayu..Osmo dulu masa kecik-kecik slalu mein guli ngan aku kat Uptown..masa tu Grup Storm Rider maner adeng agih..masa tu Yang ada Grup isap okok rough rider ajer.hehehehe…sekali sekaler main water kaler pun best gak kan seipol…
Ambo sekali dua kali, tiga kali merapu meraban pun best jugak..ashik cerita kayu-kayu-kayu-kayu…tu yang aku merapu tu…huhuhu..All My Best Karimon’s Blog Friends, be the best for what you can while you can…can..can.can…cannnnnn
Assalamualaikum tuan karimon yang dihormati, tuan waliqudus, tuan paduka, tuan saiful, pakciklii00, tok syeikh, tuan haji awang serta para sahabat2 dengan iringan moga kalian semua ceria, bahgia, sihat, dipermudahkan segala urusan dan senantiasa dicucuri rahmat dari Allah swt…
Wahai tuan waliqudus yang hensom…perhhh main guli tuh..hehehehe ambo mmg suko main guli time kecik2 dulu..hehehehe..yup..kann…
E-book..baguih cadangan tuh..ambo sokong tuh..tidak mustahil andai tuan karimon setuju..ambo boleh tolong digitalkannya… 😉
Asalamualaikum
Saya mulai ulasan Buku Mistik Teras & Kayu ini mengenai teras pisang seperti yang dipaparkan dalam gambar di atas.
Lazimnya untuk mengenali khasiat setiap jenis teras kayu adalah menerusi nama, sifat, keadaan dan bunga atau buah pohon tersebut. Biasanya nama pohon tersebut adalah merujuk kepada sifat pohon tersebut.
sekali pandang kita sering berangapan bahawa batang pisang itu lembut dan sejuk. Tapi akar pisang adalah mempunyai kekuatan yang luar biasa sehingga boleh menembusi batu batan. Sebab itu pisang boleh hidup diatas tanah berbatu batan, keras dan tandus.
Rahsia kekuatan akar pisang adalah cecair yang dikandungnya. Jika sebatang anak pisang abu kita cantas di pangkalnya dan digantung diatas lantai simen air yang menitis dari batang pisang itu boleh menghancurkan lantai simen tersebut dalam masa sehari semalam. oleh itu air batang pisang ini boleh diminum untuk memecahkan batu karang yang terdapat dalam pundi kencing manusia.
Pisang atau nama saintifiknya Musa sapientum adalah antara buah-buahan tempatan yang digemari ramai. Ia kaya dengan vitamin A dan C, niasin dan juga zat galian seperti kalsium fosforus dan besi. Pisang juga mengandungi kromium, sejenis bahan yang merangsangkan aktiviti enzim dalam metabolisme glukos yang penting untuk membekalkan tenaga. Dalam perubatan tradisional, getah pisang merupakan ubat yang mujarab untuk menyembuhkan luka. Dengan menyapukan getah pisang pada luka, darah akan berhenti mengalir dan lukanya akan cepat kering. Kudis pula boleh dirawat dengan mudah menggunakan kulit pisang. Selain itu pisang juga digunakan untuk mengatasi masalah sembelit, ulser dan penyakit gastritis atau radang perut
Pada zaman dahulu kanak kanak mau pun orang dewasa adalah ditegah memanjat pohon pisang kerana takut terkena teras pisang yang boleh memburaikan isi perut. Sebab itu cara mengambil buah pisang adalah dengan cara menebang pokoknya bukan dipanjat, kecuali pisang awak. Dizaman dahulu pohon pisang ditanam berhampiran rumah kerana pohon pisang banyak kegunaannya, daunnya untuk bungkusan, batangnya untuk lapik kanak kanak lelaki bersunat atau memandikan mayat. Peting sekali buah pisang sangat berkesan untuk memujuk kanak kanak dan wanita yang merajuk. Cincin atau kalung teras batang pisang sangat sesuai untuk mereka yang ingin melembutkan hati manusia ketika memujuk atau merujuk.
Wasalam
Asalamualaikum
CERITA PISANG
(Iktibar jika ada mereka yang maseh marah marah)
Puan Azura, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.
Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.
“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.
Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.
Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.
“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Maryam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.
“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Maryam.
Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci. Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.
“Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging bila baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalbu (hati).” – Maksud Hadis
Wasalam.
Alhamdulillah.
subhanallah.cerita yg santai,mudah,senang faham dan sempoi.tetapi moralnya berbekas dihati.teladannya amat dalam dan bermakna.terima kasih,cikli
oleh itu,jika ada pisang yg ditulis nama org benci.jgn simpan.makan sajalahhh
Asalamualaikum
Sebelum saya mengulas mengenai cenuai dan kayu penawar lima yang juga dikenali sebagai kayu panca izinkan saya mengulas sedikit mengenai pujian.
puji pujian biasanya adalah terhambar daripada mulut mereka yang mempunyai sifat terpuji. Jika kita memuji makhluk sekali pun kerana Allah bermakna kita adalah memuji khaliqnya.
Untuk mendapat Rahmat dan Rahim Allah swt kita perlulah terlebih dahulu memujinya, inilah diantara rahsia yang tidak diketahui oleh mereka yang inginkan rahmat dari Allah swt walau pun mereka sebagai orang Islam. Sebab itulah Umul Quran itu bermula dengan Alhamdulilah yang dituruti dengan Bismillahirrahmannirahim.
Wasalam
Asalamualaikum
Menurut seorang Tok Batin orang asli yang menetap di Janda Baik Pahang maksud cenuai ini adalah ‘Gila Babi’. Tok Batin tersebut berusia lebih kurang 180 tahun dan isterinya pula adalah berusia 90 tahun. Memadailah saya menyebut Tok Batin tersebut dengan Tok BJB (Batin Janda Baik) selepas ini kerana untuk merahsiakan namanya. Lama juga saya bersahabat dengan Tok Batin tersebut untuk mengenali tumbuh tumbuhan termasuklah herba cenuai.
Jika berpuloh tahun saya seguru dengan Tuan Rahim di Kuantan Pahang saya tidak pernah bertemunya, berlainan pula ketika saya menetap di Janda Baik Pahang, saya pernah terserempak dengan tuan Rahim berserta rakannya ke rumah Tok BJB dengan membawa minuman keras, mungkin untuk dihadiahkan kepada Tok Batin sebagai pengkeras. Ketika Tuan Rahim bertemu dengan Tok BJB beliau tidak lagi mengusahakan minyak cenuai kerana menurut Tok BJB pemain industri ini akan mengalami penyakit gila babi. Kata kata Tok BJB ini mungkin ada benarnya kerana menurut guru cenuai Tuan Rahim yang menetap di selatan Tanah Air juga, cubaan mereka yang ingin bermain dengan industri cenuai ini adalah gila babi.
Menurut Tok BJB cenuai bukanlah nama sejenis tumbuh tumbuhan tetapi adalah minyak dari getah yang diramu dari berbagai jenis tumbuh tumbuhan. Oleh itu terdapat beratus malah beribu jenis tumbuh tumbuhan yang mempunyai getah yang boleh dijadikan minyak cenuai. Seperti berbagai jenis tumbuh tumbuhan yang boleh dijadikan dadah atau berbagai jenis tumbuh tumbuhan yang boleh dijadikan ramuan minyak urut.
Sebagaimana yang saya maklumkan pemilihan tumbuh tumbuhan untuk memperolehi khasiatnya adalah menurut sifatnya. Seperti teras keladi yang gatal dan miang sesuai untuk lelaki yang ingin menjadi gatal dan miang atau teras keladi itu untuk mereka yang mangkin keras mangkin menjadi. Akan tetapi wanita yang memakai batu cincin atau kalung teras keladi bila ditiduri oleh suaminya tidak beroleh anak kerana perbuatan suami keatasnya ketika ditiduri adalah umpama mencurah air kedaun keladi.
Oleh itu herba yang dipilih untuk meramu minyak cenuai juga adalah menurut sifatnya. Sebagai contoh jika inginkan kekuatan kuasa minyak cenuai itu pantang bersua atau disua ramuan minyak cenuai itu haruslah mengandungi akar pohon sawa. Jika cenuai tersebut ingin pandang tak jemu perlulah diramu dengan akar pohon jamu. Supaya sentiasa kelihatan bergetah cenuai itu haruslah diramu dengan herba yang banyak getah.
Sebenarnya apa yang saya ketahui Tuan Rahim juga banyak mengetahui mengenai beratus jenis herba cenuai, tapi adalah menjadi lumrah alam tin yang berisi itu berbeza dengan tin kosong yang cuma bising bunyinya. Bagaimana pun sepandai pandai tupai melompat sekali sekala jatuh ketanah jua. Saya dan tuan Rahim sebenarnya mempunyai banyak kegemaran atau hobi yang sama. Satu masa dulu kami sangat berminat mempelajar ilmu hakikat sehinggakan pernah seguru. Ketika kami berminat batu permata kami telah berkahwin dengan orang Teluk Intan setelah gagal berkahwin dengan orang Teluk Berlian.
Bagaimana pun ketika belajar membuat minyak cenuai dari seorang guru Tuan Rahim telah tersilap menggunakan cenuai yang terlalu banyak minyak. Kesannya bila minyak cenuai tersebut Tuan Rahim pakai seorang gadis dari negeri yang kaya dengan sumber minyak di negara kita di semenanjung telah tersanggkut dengannya dan akhirnya Tuan Rahim telah berminyak dengan gadis tersebut bila sering berulang alek ke Pantai Timur. Baru semalam saya melihat kelibat Tuan Rahim besama seorang wanita di negeri Terengganu, agaknya semalam atau bermalam di Terengganu.
Wasalam
seringkali kedengaran di cuping telinga ku
“FORGIVE BUT NOT FORGET”
umpama kristal kalau jatuh pecah walau bisa dicantum semula tapi tidak akan serupa dgn asalnya…
assalamualaikum…
salam dituju kpd pakcikli00, pemilik blog tn. karimon & sahabat2 hamba semua.
terima kasih atas nasihat tu, sbnrnya kehadiran hamba mengungkap kata2 tiada tujuan menyakiti sesiapa atau tiada niat ditujukan pada sesiapa, sekadar ingin berkongsi & mengingati antara sahabat blog ini termasuk diri hamba yg kadangkala terleka, dlm persahabatan kena ada kesefahaman. Hamba kecewa dlm persengkataan sesama blogger……….
hamba telah mengikuti blog ini dari dahulu lagi cuma hamba tiada memberi komennya.
andainya hamba telah memberi luka kepada yg terasa, sejuta kemaafan hamba pohonkan…
bagi hamba, hamba tiada terasa apa2 jadi tidak perlulah memohon maaf dari hamba ini….
sekadar ungkapan dari hamba, jgn pula ada yg terasa :
“mengenali seseorg itu kdgkala membuat kita ketawa..
mengenali seseorg itu juga kdgkala mengalirkan airmata…..
sesungguhnya, mengenali seseorg itu mampu memberi kita sejuta rasa…
marah, sedih, gembira, syg & rindu..
tapi, sedarkah kita?
mengenali seseorg itu sbnrnya adalah 1 AnUgErAh Tuhan…..
B’syukurlah dgn kehadirannya krn barangkali melaluinyalah kita m’gerti apa itu erti KEHIDUPAN..”
salam ,
pembuatan minyak cenuai ada pelbagai cara n ramuan serta penyedian n pantang larang . tapi faktor umur bukan ukuran dlm ilmu yg diperoleh . tok batin yg saya kenal di sg siput pon berumur lingkuangan 90an .
n mmg diakui rata2 penduduk di saner berumur lanjut krn mengadaptasi keplbagaian kepandaian n penjagaan tubuh badan n permakanan . tok batin di saner juga punya kelebihan dlm penyedian minyak cenuai bermutu tinggi , samada berkhadam mahupun sebaliknya . ada kwn pernah beli n dikhabarkan mujarab . saya xminat nak beli sbb , jika nk ngorat kene ler gentle , minyak hanyalah bonus semata-mata .
things sometimes completed due conflict . both correspondent need 2 give n take .
Asalamualaikum
Untuk meneruskan komentar mengenai kayu lima, saya maseh lagi tidak mendapat respon dari penulis Buku Misteri Teras & Kayu, saya difahamkan dan dari pandangan mata halus mungkin beliau maseh lagi berada di luar kawasan dan hanya boleh dihubungi menerusi suara halus. oleh itu suka saya memberi respon kepada komentar Tuan Black kita. Pertamanya kepada Tuan Black Welcome to Karimon’s Blog I hope we like you so much.
Faktor umur perlu juga Tuan Black kerana semangkin panjang umur seseorang semangkin panjang pengalaman hidup yang dilaluinya. Bak kata pepatah, dari cempedak baiklah nangka, nangka panjang tangkainya, daripada budak biarlah janda, janda panjang akalnya.
Saya juga ada bertemu dengan beberapa orang Tok Batin di daerah Sungai Siput, jika Tuan bertemu dengan Tok Batin Sungai Siput daerah Lasah sudah tentu seluar tak kering baju tak basah.
Pengunaan minyak cenuai untuk mengorat adalah sekurangnya seperti memakai minyak wangi ketika mengorat. Barulah seperti maksud pantun yang di bawah ini
Bunga pakma kembang berdentum
kembang berdentum ditengah hari
tuan ibarat bunga yang sekuntum
kemana pergi sidia mencari
wasalam.
Waalaikumusalam Pakcikliio,saya ada membaca komen Pakciklii megenai penawar lima ini tetapi sering sahaja lupa hendak menjawapnya.Penawar lima adalah sejenis kayu yang saya sendiri kurang mengenalinya dan kurang mendapat maklumat mengenainya melainkan apa yang saya perolehi dari saudara waliqudus.memandangkan pakciklii mungkin mengetahui akan maklumat mengenai penawar lima ini maka besar juga harapan saya jika pakciklii sudi berkongsi maklumat itu dengan saya agar pengetahuan mengenainya bermanfaat buat saya.jika ada gambar pokoknya amat saya hargai pakciklii dapat sertakannya juga.
Asalamualaikum
Mengenai tajuk Kayu Penawar Lima di dalam Buku Mistik Kayu & Teras saya agak kehairanan kenapa kayu yang sangat berguna dikalangan orang lama dalam masyarakat kita sejak kegemilangan kerajaan Melayu Melaka ini diberi penjelasan cuma dua perengan pendek sahaja. Apakah rahsia mengenai keutuhan dan keampuhan kayu ini maseh lagi perlu dirahsiakan kepada umum atau pemain industri permata kayu dan batu moden ?.
Menurut adat orang Melayu lama sebelum mereka mengetahui rahsia kayu lima mereka perlulah terlebih dahulu mengetahui rahsia kayu satu, dua, tiga dan empat.
Insyaaallah saya akam menerangkan maklumat mengenai kayu lima ini setelah persolan saya diperengan satu diatas dijawab oleh penulis Buku Mistik Teras & Kayu.
Wasalam.
assalamualaikum ..,,
berkesempatan melihat buku melalui seorg kenalan yg membelinya [xtau dia dpt dr maner ] . kepelbagaian informasi diutarakan namun byk sgt ayat berulang disampaikan . n benar ada jua sesuatu barangan yg dipamerkan mempunyai penceritaan yg amat sikit walhal barangan itu dikategorikan amat lah rare .
sesuatu yg rare , yg org nak tau lbh . setakat yg biasa xheran sgt sbb kepelbagai informasi boleh dicari utk mencr jwpnya . sbg cth raja kayu , kayu tas n sebagainya . bukan semua yg rare dpt dikupas mendlm namun jika dpt dikupas seperti kelapa yg sering saya mesin setiap hari pasti byk isinya . nyum2 …!! kalu xpercaya boleh tanya waliqudus .
amat bersetuju ngan pakciklie dlm pendapat yg dilontarkan . di mana beliau membt penelitian dlm sesuatu hasil kerja ngan teliti wpun sibuk mempraktis tukuli utk pemberian kursus xlama lg .
jika salah informasi ku pohon sepuluh jari kemaafan . tq n wassalam .
Waalaikumusalam,untuk menjadi seorang penulis pada anggapan sesetengah orang ianya mudah,tetapi menulis sebuah buku yang berbentuk informasi atau ilmiah ianya tidak sama seperti menulis sebuah novel cinta bahkan menulis novel cinta pun bukan semudah yang kita semua jangkakan,ianya memerlukan satu daya imaginasi atau kreatif.Seperti yang pernah saya katakan,saya bukan dilahirkan sebagai seorang penulis.saya meminati bidang mistik tetapi timbulnya idea mengapa perkara2 mistik tidak dibukukan.Jadi hasil dari idea itulah lahirlah buku Mistikal Mistik 1.diikuti dengan Mistik teras dan kayu.Banyak dugaan terpaksa saya lalui untuk menerbitkan buku ini tetapi berkat kesabaran akhirnya terbit juga.
Ada orang pernah berkata kepada saya “pandai ke kau menulis buku” jawapanya mudah tak cuba maka tak tahu.Saya sendiri akui banyak kelemahan yang saya dapati dari buku pertama saya.Bahkan saya ditegur oleh seorang anak muda yang berasal dari Sabah yang mengatakan kesilapan dari tata bahasa dan penyusunan ayat.Apa yang saya kagum dengan anak muda yang bernama Albinus ini ialah beliau memilih untuk menegur saya di email saya tanpa perlu secara terbuka.Bukanlah pula maksud saya yang saya terasa hati dengan teguran secara terbuka,Pakciklii,Saiful dan beberapa orang lain pun ada menegur saya dan kami tetap bertegur sapa dan bersahabat.Bukanlah semua yang saya ketahui perlu saya nyatakan didalam buku ini kerana terdapat beberapa maklumat yang agak sensitif dan ada yang perlu dirahsiakan kerana dikhuatiri akan mendatangkan fitnah kelak.Sepertimana yang Pakciklii katakan bukanlah semua perkara itu boleh didedahkan.Buku yang saya tulis hanyalah sekadar maklumat untuk dijadikan panduan dan pengetahuan sahaja.Kalau terlebih tulis ianya menjadi isu sensitif dan banyak musuh.Saudara Neo ada menyentuh mengenai kayu TAS apakah sebenarnya kayu TAS,apakata TAS itu saya jawikan.Begitu juga tentang buluh perindu,apa yang saya jelaskan adalah sebagai umum atas fahaman buluh perindu yang diketahui orang ramai.Insyaallah kalau umur saya panjang buku kedua mengenai teras dan kayu akan lebih banyak membicarakan antara mitos dan realiti.
Assalamualaikum saudara Neo,saya bersetuju dengan komen saleh mengenai hack itu,adalah tidak bermoral melakukan hack kerana disini saudara mencerobohi privacy seseorang terutamanya blog saya.Disini juga akan menjadi tanda tanya untuk semua orang iaitu apakah tujuan atau motif saudara hacked orang itu.Saudara telah disambut dengan baik oleh para komentar di blog ini dan saya rasa mereka menghurmati saudara maka dengan itu jangan wujudkan kesalah fahaman mereka terhadap saudara.Mereka sendiri nanti akan merasakan tidak selamat berurusan di blog ini dan merasa tidak selamat berurusan dengan saudara.Undang2 siber juga menghalang perbuatan hack ini.
assalamualaikum tuan neo mudahan diberkati dan dirahmati Allah swt dunia dan akhirat.amin
apa yg diperkatakan oleh wak karimon dan saleh ada benarnya.mudahan tuan neo dpt menerima dgn positif dan memohon maaf kpd puteri mawar berdarah.mengapa harus ada hacked mengehached ni (suka2 ambo je melayukan).jadi ambo rasa tuan.neo ada sifat terpuji dlm diri berkenaan isu ini dan ambo yakin tuan neo pandai menilai mana yg betul mana yg tidak.muhasabah diri dan tuan akan tahu kebenarannya.
ambo amat menghormati tuan neo seandainya sudi memohon maaf kpd puteri mawar berdarah.dan ambo yakin puteri kita juga akan memaafkan.ambo juga mohon ampun dan maaf sekiranya teguran dan nasihat ambo ini menyinggung tuan neo.ambo anggap tuan neo juga saudara ambo.
wassalam
Asalamualaikum
Telah sekian lama saya tidak menemui Tuan Neo Iskandar zahir dan batin. Maksud zahir ialah memberi komentar di Karimon’s Blog. Batinnya pula kali terakhir saya melihat beliau lebih kurang dua tiga bulan yang sudah ketika mengambil keris kayunya dari Tuan Rahim di Pucung. Semalam entah macam mana saya nampak kelibatnya di Kuala Lumpur sedang menalipon Tuan Rahim meminta N0 telefon sahabat lamanya di PJ, lama juga beliau menunggu untuk memperolehinya. Hari ini pula saya nampak komentarnya di Karimon’s Blog. Pelik sungguh.
Saya tidak pernah menafikan kehebatan Tuan Neo zahir dan batin, kerana rohaninya sering saya kelihatan di majlis ilmu Tuan Rahim di luar kawasan. Jika Tuan Neo Iskandar dapat melihat bagaimana dahi Tuan Saiful dan dahi Tuan Rizal serta para sabat mereka berkerut menelan kopi pahit yang dihidangkan di majlis ilmu Tuan Rahim di luar kawasan, saya pun dapat melihatnya, tapi tak semua perkara boleh kita dedahkan.
Jika saya dedahkan segala ilmu perkayuan yang saya ketahui sedikit sebanyak mungkin boleh menganggu gugat pemain industri teras dan kayu yang telah merasa begitu hebat.
Kadangkala kita perlu berlagak bodoh dan lawak untuk menjaga air muka kawan kawan, tapi jika boleh kawan kawan janganlah pula memperbodoh bodohkan kita sampai dua kali bodoh.
Wasalam
the storm rider juga sayanggg banget sama ayahanda li.
Da’ Ghost Rider Ltd. disini juga sayangggg sesangat sama ayahanda li… 🙂
Aslamualaikum
Terus terang saya katakan secara peribadinya saya merasa kurang senang dengan persengketaan yang terus berlarutan di Karimon’s Blog. Jika diperhatikan sejak akhir akhir ini masalah menegakkan benang basah masing masing adalah melebihi bab ilmu pengetahuan yang sepatutnya kita kongsi bersama di Karimon’s Blog.
Ada baiknya setiap pemberi komentar mempunyai perasaan agar kita boleh bertimbang rasa. Kita tidak perlu melatah dan teburu buru menjawab sebarang komentar. Kita tidak boleh menafikan pemberi komentar tegar di Karimon’s Blog telah banyak memberikan kita ilmu pengetahuan di halamn ini. Sebagai contoh jika Tok Syeikh tidak membenarkan lagi saya datang kerumahnya tapi saya tidak dapat melupakan segala ilmu pengetahuan yang saya perolehi darinya menersi weblog ini dan nasi yang telah saya makan dirumahnya, oleh itu perlukah sehingga saya memusuhi Tok Syeikh.
Kini pemberi komentar tegar di Karimon’s Blog telah kian berkurangan, ada pemberi komentar tegar yang lama menjenguk kembali pun kita cantas semaunya. Mungkin Tuan neo Iskadar mau bergurau dengan Tuan Puteri seperti Dukun Asmara dan beliau tidak atau belum pun menelanjanginya lagi. Pokoknya kenapa kita terasa terlalu pedas dengan gurauan Tuan Neo tehadap Tua Puteri tersebut. Sebenarnya ada banyak benda yang tak kena sedang berlaku di Karimon’s Blog. Apa yang saya harapkan samogaTuan Rahim mengirimkan intri yang baru ke Karimon’s Blog.
Wasalam
Waalaikumusalam Pakciklii,suasana menjadi tegang adalah disebabkan apabila seseorang itu tidak tahu menghurmati orang lain,sebagai orang2 tua atau digelar otai apakah harus kita mengajar anak2 muda kita bersikap tidak tahu adat dan adap? Di gelar otai adalah disebabkan atas dasar mempunyai pengalaman dan berilmu walaupun sedikit.Kita juga harus faham bukanlah semua orang yang mampu untuk menerima gurauan tambahan pula mereka yang baru didalam blog karimon ini.Melainkan apabila kita sudah saling kenal mengenali.kita mesti faham akan adat dan adap sesama bloggers.Saya menegur saudara Neo bahkan menalipon dia agar berhati2 membuat komen yang sensitif kerana setelah sekian lama menghilang dan kembali ke blog karimon beliau disambut dengan baik oleh komentar yang lain.Sepatutnya satu kehadiran yang baru usahlah dicemari dengan ayat2 kontroversi.Ayat seperti hacked adalah kasar,kerana orang akan bertanya apakah motif dan tujuan hacked seseorang itu dan lagi pun ianya mencabuli hak privacy seseorang.
Saya memang ada waktunya tidak dapat menghalang atau mengawal semua komen yang terdapat didalam blog ini,tetapi apa yang dapat saya lakukan ialah meminta agar setiap antara mereka agar jangan wujudkan isu sensitif.Adakalanya pula saya membiarkan sesuatu komen itu jika didalam komen itu ada kata2 nasihat yang baik untuk dipelajari oleh golongan tua atau pun muda.Ada waktunya kita yang sudah bergelar tua ini pun menjadi lalai dan lupa menjaga adat dan adap.Kita yang tua ini sering menasihati anak2 muda tetapi kita sendiri lalai untuk menasihati diri sendiri.Apakah kita dapat menghalang seseorang itu jika beliau seorang yang sensitif,jawapannya tidak yang hanya kita dapat lakukan ialah menasihati.Saya bersetuju dengan saranan Pakciklii supaya komentar didalam blog ini lebih bersifat ilmiah dan dikatakan ilmiah itu adalah satu skop yang luas,termasuklah kepada perkara tegur menegur.Saya banyak membiarkan komen2 pedas didalam setiap komentar diblog ini kerana saya sendiri pun mahu melihat sejauh mana kalian semua membawa arus haluan didalam komen2 yang diberikan.
Semuga sahaja teguran saya ini tidak disalah ertikan oleh semua sahabat yang berada diluar sana.Pernah saya katakan dahulu rapatkan saf tetapi ibarat mencurah air didaun keladi.Persengketaan yang berlaku seharusnya membuka minda kita dengan luas dan kita lebih bersikap matang dan positif.Saya rasa ramai diantara sahabat2 dan pengunjung diluar sana yang mengenali saya yang tahu saya amat kurang meberi komen,dan amat jarang sekali mereka akan dapat melihat saya melenteng marah.Selepas sahaja nasihat ini saya berikan ada satu nasihat saya iaitu saya akan buang segala komen yang berbentuk menghina,mencaci,menjatuhkan seseorang termasuk yang menyentuh peribadi seseorang.Mungkin ada dikalangan otai2 akan menganggap apalah karimnon ni sensitif sangat,maka jawapan saya bukannya saya sensitif tetapi saya perlu menjaga blog saya yang saya wujudkan untuk menjadikannya blog ilmiah,bukan blog menghina atau mencaci.dari sini juga saya akan dapat mengenali manakah yang digelar sahabat blog karimon.
Asalamualaikum
Pertamanya saya mengucapkan terima kaseh kepada Tuan Rahim kerana kesudiannya mengirimkan intri baru agar Karimon’s Blog kembali berada kedalam carta BOTD WordPress setelah sekian lama tersingkir dan kita boleh menambahkan lagi pengetahuan mengenai kayu kayan untuk mereka yang memerlukannya .
Izinkan saya memberi ulasan kepada komentar Tuan Rahim di atas yang berkisar mengenai soal adap dan adat. Sebelum itu suka saya menjelaskan hampir setiap kali saya menulis komentar di Karimon,s Blog bermula dan berakhir dengan ucapan As Salam iaitu dengan mengucap nama tuhan samoga kita semua beroleh kesejahteraan. Sebolehnya setiap ejaan, perkataan dan ayat saya tulis degan betul dalam komentar saya samoga mudah difahami, kerana saya menyedari bahasa itu jiwa kita. Oleh itu dari ejaan, perkataan dan ayat apatah lagi bahasa mereka yang memberi komentar di Karimon’s Blog sedikit sebanyak dapatlah kita menilai sejauh mana jiwa, adat dan adap kehidupan mereka dan dengan siapakah kita berkomentar. Bahasa bukan sekadar di mulut cuma malahan harus dijiwai jika tidak jadilah kita orang yang tidak berbudi bahasa. Tidak perlulah kita menjadi seorang abid yang hitam dahinya kerana bersujud lantas bertanya di manakah syurganya kerana perbuatan sedemikian adalah terlalu hina berbanding dengan seorang penyabung ayam yang bertanyakan nerakanya di sisi Allah swt.
Setiap komentar yang saya tulis di Karimon’s Blog sudah tentu ada mesej yang ingin saya sampaikan. Mungkin ada pelayar yang merasakan komentar yang saya tulis bersifat bodoh, lawak dan lucah tapi keadaan itu perlu saya rasakan untuk menyampaikan mesej yang tertentu kerana gaya penulisan yang sebegitu perlu di Karimon’s Blog. Bukanlah sifat saya yang suka kepada penulisan yang bodoh dan lucah, jika diperhatikan di weblog saya di Jalan Akhirat gambar orang yang mendedahkan aurat pun sukar ditemui dan Weblog saya Ayat Doa dan Zikir pula sukar diketemui ayat jampi dan serapah. Saya hanya menulis bab asmara di Weblog Dukun Asmara oleh itu sikap saya adalah maseh mengandangi, begitulah usaha saya meletakkan adat dan adap. Kata orang masuk kandang lembu menguak, masuk kandang kambing mengembik, maka salahkah kita jika masuk ke kandang Karimon’s Blog menurut bahasa penghuninya untuk menyampaikan mesej?. Sesungguhnya komentar saya yang bodoh, lawak yang kadangkala berbaur lucah itu ada mesej yang tersembunyi sebagai pengajaran untuk mereka yang mengerti. Bagaimana pun saya sering memberi komentar yang mengandungi info mengenai interi tersebut terlebih dahulu sebelum melayani rentak komentar mereka di Karimon’s Blog dan saya menyedari tidak semua pelayar di Karimon’s Blog menyenangi dengan usikan saya termasuk Tuan Rahim. Tapi sebagai seorang sahabat suka saya menginggatkan Tuan Rahim, bahawa tuan perlu lebih sensitif kepada perkara yang menyalahi adat dan adab yang mendedahkan kita kepada fitnah, mencalar maruah dan menimbulkan salah faham di Karimon’s Blog. Dan mesej inilah yang ingin saya sampaikan selama ini sebagai seorang sahabat yang sejati kepada seorang sahabat. Keadaan ini perlulah diperbetualkan jika tuan merasakan kita perlu lagi bersahabat dan tidak merasa pedas kepada sebahagian komentar saya di Karimon’s Blog.
Saya terlalu hairan kenapa Tuan Rahim terlalu sensitif dan beremosi sangat kepada ayat hacked Tuan Neo tujukan kepada Puteri Mawar berdarah dan berangapan terlalu kasar dan sehinggakan telah membayangkan Tuan Neo bertujuan ingin mencabuli beliau dan tidak beranggap itu sekadar gurauan atau usik mengusik kerana usik mengusik yang lebih dari itu pun sering berlaku di sini?. Kenapa pula Tuan Rahim lansung tidak sensitif dan ambil peduli segala maki hamun mereka yang tidak kita kenali kepada Tok Syeikh sebelumnya. Sepatutnya Tuan Rahim perlu lebih sensitif kepada keperibadian Tuan Puteri Mawar berdarah yang telah sedia diusik berdasarkan nama dan corak komentar yang dipaparkannya, supaya kita sebagai seorang blogger boleh bertindak dengan lebih matang. Dari komentar Tuan Puteri yang terakhir jelas bahawa beliau memahami bahawa ungkapan hicked tersebut adalah sekadar gurauan belaka dan yang merupakan diantara ayat remaja masa kini untuk mengusik. Dengan harapan boleh meraih kemarahan Tuan Puteri yang menawan bukan kemarahan Tuan Rahim tak keruan. Sayangnya keadaan ini telah digunakan sebagai kesempatan pemberi komentar yang lain untuk melepaskan segala maki hamun, agaknya berbaur juga dengan motif cemburu kerana Tuan Puteri Mawar Berdarah seorang Puteri yang jelita. Tuan Rahim perlu menyedari bahawa tuan telah melakukan berbagai sangkaan tidak baik dan tidak betul yang melibatkan ramai orang rentetan sikap bias dan tidak matang tuan terhadap komentar Tuan Neo tersebut.
Persoalan saya di atas sudah cukup meyakinkan saya bahawa Tuan Rahim sebagai Blogger Karimon’s Blog melindungi berbagai penyamaran yang penipuan yang telah berlaku di Karimon’s untuk kepentingan peribadi. Perkara ini boleh dan telah dihidu mereka yang arif tentang statistik weblog dan corak komentar tanpa perlu hicked. Tidak perlulah kita sebagai seorang blogger mengancam atau menggugut akan melupuskan (delite) komentar yang tidak kita sukai diweblog kita miliki. Kerana amaran yang sedemikian samalah seperti ancaman untuk mengodam (hiked). Saya yakin tidak ada pemberi komentar di Karimon’s Blog yang gentar dan terlalu sensitif dengan ayat hicked dan delete tersebut jika mereka jujur dan ikhlas bersahabat. Jika kita orang beriman kita perlulah percaya bahawa Allah swt itu maha mengetahui, maha melihat dan maha mendengar dan boleh hicked hati setiap manusia. Cuma mereka yang di butakan hati oleh Allah swt sahajalah yang tidak boleh hicked hati manusia menerusi pengelihatan dan pendengaran Allah swt. Jadi apakah kita sebagai orang beriman lebih gentar dihick Ipnya daripada di hicked hatinya oleh Allah swt sebagaimana orang kafir?.
Tegurun ini adalah ikhlas dari seorang sahabat kepada seorang sehabat. Hanya seorang sahabat yang sejati sahaja yang sanggup menanggung resiko untuk menegur kesilapan sahabatnya demi kesejahteraan dunia dan akhirat. Samoga teguran saya yang berterus terang ini tidak disalah artikan setelah sekian lama diselitkan menerusi gurau senda demi kebaikan kita bersama. Jika saya sanggup belajar menjadi pemberi komentar yang lebih matang di Karimon’s Blog dari masa ke semasa dan bersedia menerima berbagai kritikan, saya harap Tuan Rahim jua sanggup belajar menjadi seorang blogger yang lebih matang dari masa kesemasa. Samoga Allah swt memberikan petunjuk kepada kita bersama.
Wasalam
Waalaikumusalam,inilah yang saya maksudkan ditegur salah tak tegur salah,bila dibiarkan berlakunya komen2 pedas ada orang marahkan saya dan tegur saya bila saya nak hapuskan komen2 pedas ada juga orang tegur saya.Kalau nak hacked pun janganlah diberitahukan didalam blog ini,hacked sajalah senyap2 dan sendiri tahu sudahlah.Apakah yang dibanggakan sangat dapat hacked tu.Sebenarnya saya pernah ditanya oleh beberapa orang termasuk yang kena hacked mengapa rahim biarkan. Jadi rentak siapakah yang perlu saya ikut ? Mengenai TS saya ada kol dan kirimkan email kepada beliau mengenai semua insiden yang berlaku dan beliau dengan saya tiada berlaku persengketaan.Kami masih berhubungan melalui sms dan FB dan beliau faham mengapa semuanya ini terjadi.
Banyak hati yang perlu saya jaga dan saya tahu juga bukan semua orang akan senang dengan cara saya.Dengan itu saya terpaksa mengambil keputusan saya sendiri demi menjaga semua orang.
Saya pernah terfikir untuk tidak aktifkan ruangan forum bagi mengelakkan persengketaan,tetapi saya terfikir kembali apakah faedah yang saya dapat dengan berbuat demikian dan kepada mereka yang benar2 ikhlas mahu mencari maklumat atau menimba ilmu diblog ini.
Seperti yang saya katakan saya adakan blog ini untuk sesuatu yang ilmiah maka jika ada terdapat kata2 atau komen yang berbaur perkauman,mencaci,menghina atau menjatuhkan orang lain saya akan delete.Dalam mengendalikan sebuah blog banyak juga yang saya pelajari.Saya harap semua orang dapat menghurmati cara mana saya harus mengendalikan blog saya.
Saya menghargai segala teguran Pakciklii kepada saya dan tidak sedikit pun saya terasa hati dengan teguran itu,tidak akan terjadi perselisihan diantara kita,kerana itulah adap murid dengan murid jua.Cuma satu ingatan saya pada Pakciklii tolong jangan jadikan saya dummy untuk sessi belajar terapi mengurut sifuli,saudara nadzru aka John telah secara sukarela menjadi dummy.Sekian salam kasih sayang dari anak ayah ku.
assalamualaikum abg rahim,ayahanda li dan saudaraku sekalian midahan dirahmati Allah swt
ambo sokong belake.tapi ambo paling paling paling sokong kalau john jd dummy utk pengajian urutan sifuli nanti.majlis mesyuarat the storm rider juga sudah sebulat suara.
kpd.tuan neo,ambo mohon ampun dan maaf kalau teguran ambo menguris hati tuan neo.mudahan kita dpt bersua suatu hari nanti,saudaraku.
p/s : rindu akan senyuman ayahanda li ku. 😀
wassalam
Salam Halidi hubungi 013 3601760 untuk pesanan buku tersebut.
trima kasih la sbb ada blog awak ni klu tak sampai bila2 taktau buah yang mcm limau bali ni buah labu kayu.depan kedai cina lepas ladang selborne padang tengku ada pokok ni.sentiasa ada buahnya.untuk info klu masih berminat nk cari buah ni
Hi, berapa harga buku ni?