Alhamdulillah semasa ke Terengganu saya telah berkesempatan dapat bertemu dengan seorang pakar arkeologi iaitu Dr Abd Manan.Dr Manan berserta dengan Dr Hisham juga telah menulis serta menerbitkan sebuah buku yang bertajuk Menyingkap Kebenaran Kayu Bahtera Nabi Nuh as(keluaran Galeri Warisan M.A.R)Pengalaman yang luas didalam bidangnya telah sedikit sebanyak beliau berkongsi bersama dengan saya.Koleksi yang beliau tunjukkan kepada saya amatlah saya kagumi sehinggakan bagi saya waktu yang diperlukan bagi saya untuk benar2 menghayati setiap koleksi beliau amatlah singkat.Alhamdulillah beliau telah mempelawa saya untuk datang semula untuk melihat dan membuat kajian prihal koleksi beliau.Untuk itu saya ucapkan ribuan terima kasih diatas sambutan serta pelawaan beliau.

Advertisements