Berakhirnya expedisi oleh grup Metafizik Karimon selama 2 hari bermula hari sabtu 16hb Jun 2012.Kami telah diberikan sijil penyertaan oleh Dr Hisham Hashim pada 17hb Jun 2012.Selain dari melakukan expedisi kami juga telah dibawa melawat beberapa tempat yang menarik oleh Dr Hisham termasuk ke sempadan Thailand Wang Kelian.Para peserta expedisi telah membawa pulang beberapa jenis batu permata dan fosil sebagai tanda kenangan termasuk sumbangan cenderahati oleh Menteri besar Perlis.Yang paling utama kami membawa pulang ilmu pengetahuan diamana Dr Hisham telah menerangkan serba sedikit mengenai asal usul fosil dan klasifikasi batu permata.Yang paling beruntung ialah membawa pulang fosil yang berusia 2.5 juta tahun dan mungkin tidak akan dapat memperolehinya satu hari nanti kerana tapak fosil akan diratakan dan didirikan sebuah bangunan.Ucapan terima kasih kepada Dr Hisham dari kami semua peserta grup Metafizik Karimon.
Asalamualaikum
Jika kita perhatikan dalam gambarfoto cuma kaki Tuan Solehan sahaja yang tersusun rapat (rapi) yang lain semuanya berselerak. Kenapa jadi begitu ?.
Wasalam
Assalamualaikum…
Cik Lie adakah itu tandanya persediaan kita dalam sesuatu perkara… 🙂
Waalaikumusalam
Puan Sofajane, samada orang Puteh atau Melayu ada pepatah yang bermaksud ‘ TENGUK KAKI LAH !, begitu juga ketika sembahyang atau yang disembah, rukun pertamanya adalah berdiri betul. Jadi dalam apa perkara pun yang pertama pendirian itu perlu betul, nak tenguk betul atau tidak pendirianya yang pertama kena tenguk kakilah, itu kata orang bukan kata saya, saya sekadar menyampaikannya saja, jadi jangan marah.
Wasalsam.