Archive for August, 2012


Kayu Dalaman Kaabah


Alhamdulillah pada bulan Ramadhan yang mulia saya telah diberitahu mengenai terdapatnya beberapa keratan kayu dalaman(alang) yang mahu dimaharkan oleh pemiliknya tetapi yang ada hanya sedikit sahaja.Mengenai ketulenannya alhamdulillah ianya didapati dari satu sumber yang boleh dipercayai.Pada bulan Syawal alhamdulillah saya berpeluang memegangnya dan dihadiahkan sedikit oleh pemiliknya yang baru.Walaupun sedikit saya merasa bersyukur kerana mempunyai sedikit cebisan dari Kaabah.Usah dikaji nilai mistiknya yang perlu dirasai adalah nilai kayu dari dalaman Kaabah,kiblat umat islam.


Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog saya.Sempena 1 Syawal yang bakal menjelang tiba,saya dengan ini mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut hari raya aidil fitri kepada semua sahabat,teman dan semua kenalan saya serta kepada semua pengunjung blog ini.Kesempatan ini juga saya memohon ribuan ampun dan maaf kepada semua jika ada terkasar bahasa dan perbuatan.Semuga kehadiran 1 syawal ini akan membawa berkat kepada kita semua dan semuga Allah swt akan menemukan kita sekali lagi pada 1 syawal pada tahun hadapan.