Archive for January, 2013


Ceramah Batu Permata & Fosil


Assalamualaikum,satu ceramah akan diadakan pada

1.6hb (Sabtu) April 2013.

2.Waktu 9 pagi – 1 tengahari

3.Bertempat di Dewan Kuliah Anggerik Aras 2 Pengajian Melayu Universiti Malaya.

4.Peserta di hadkan kepada 100 orang sahaja dan yuran penyertaan adalah sebanyak RM50.00

5.Penceramah Dr Hisham b Hashim-pakar Batu Permata dan Fosil dan pengarang 2 buah buku mengenai Hikmah Batu dan Permata.Beliau juga adalah merupakan salah seorang yang diminta membantu pihak kerajaan Brunei didalam pengurusan pembelian dan pengumpulan Batu Permata dan Fosil.

6.Tajuk ceramah beliau akan berkisar kepada rahsia dan hikmah batu permata,pengenalan batu2 permata dan kaitan batu permata didalam metafizik.

7.Beliau akan juga membawa bersama beberapa jenis fosil dan batu permata yang unik(rare) bagi tatapan kita semua.

8.Bagi yang berminat menyertai Ceramah ini sila hubungi saya di talian 013-3601760 atau 019-2377952.

Rasanya ini adalah julung kalinya ceramah begini diadakan bagi mereka yang berminat dengan batu permata dan fosil.Jadi rebutlah peluang yang ada ini untuk menambahkan ilmu pengetahuan kita mengenai batu permata dan fosil.

Wassalamcermah fosil

Advertisements

Sireh Merah


Sireh Merah juga adalah spesis sireh yang agak kurang dikenali.Selain dari khasiat perubatan adalah dipercayai sireh merah mempunyai nilai mistik yang lain iaitu sebagai pemanis dan pelaris.Kaedah kegunaannya air sireh merah disapukan pada bibir kita bila mahu berjumpa dengan seseorang dan bercakap dengan seseorang.sireh merah


Sireh Hitam adalah termasuk spesis sireh yang sering dicari oleh peminat barang mistik dan dikatakan agak sukar untuk mendapatkannya.Diantara khasiat air sireh hitamsireh hitam adalah untuk orang yang terkena sihir dan santau.Cara kegunaannya adalah dengan menitikkannya beberapa titik didalam air zam zam dan diberi minum.


Di khabarkan diantara khasiatnya atau kegunaannya adalag sebagai berikut

1.Pelaris

2.Pemanis

3.Pengasih

Cara kegunaannya adalah letak ibu jari dilelangit baca Bismillah dan selawat sebanyak 3 kali serta sapukan kemuka.Juga dikatakan baik untuk mereka yang menghadapi temuduga.Wallahualam

Maklumat yang diberikan adalah hasil dari informasi yang diterima dari pemilik minyak ini.cempaka birubunga cempaka