Archive for March, 2013


Seminar Batu Permata


Salam,

Kandungan Ceramah Batu Permata, Fosil dan Kaitannya dengan Metafizik pada Sabtu, 6 April 2013.

8.30 – 9.00 pagi : Pendaftaran

9.00 pagi :
Pengenalan Jenis-Jenis Batu Permata
Klasifikasi Batu Permata
Taburan Geografi Batu Permata di Malaysia & Luar Negara.

10.30 – 11.00 pagi : REHAT

11.00 – 12.30 tengahari :
Batu Permata Dalam Aplikasi Metafizik
a) Perubatan
b) Kepercayaan Metafizik

12.30 – 1.00 petang
Pameran Koleksi Batu Permata

Di sessi pameran kelak kita akan berpeluang melihat koleksi Dr Hisham yang mungkin ramai diantara kita yang tidak pernah melihat dan mengetahui mengenainya,sebagai contoh batu meteor yang dijumpai di Mekah dan dibuat ujian oleh Prof Shahidan dari UKM dan mendapatinya ianya mempunyai energi yang kuat dan kalau tiada aral melintang Prof Shahidan juga akan turut hadir bersama2.

Masih terdapat beberapa tempat kosong dan bagi yang berminat sila hubungi

saya ditalian 013 3601760 atau 019 2377952.Yuran penyertaan adalah sebanyak RM50.00 sahaja.

Advertisements

Minyak Amber


Dahulunya pernah saya membuat posting tentang minyak amber tetapi kali ini saya membuat posting sejenis lagi minyak amber yang agak serupa cuma cirinya iaitu minyaknya lebih pekat dan bau wangiannya yang agak berbeza.Beberapa testimoni yang saya dapat dari pemakai minyak ini adalah ianya berkhasiat untuk pecah2 ditumit kaki,lenguh2 tangan,terapi manamberdian dan ada juga yang mendakwa berguna sebagai rawatan awal terhadap gangguan makhlok halus.


Kita mungkin pernah mendengar tentang ayat asyik sekampong iaitu sejenis ayat atau mentera yang dikaitkan dengan pelaris dan juga pengasih.Di negara Brunei di sebuah kampong ada sejenis pokok yang digelar oleh penduduk disana dengan nama asyik sekampong kalau tidak silap maklumat yang saya terima disebuah kampong yang bernama kg Muara.Kayu yang dipaparkan adalah asalnya milik Tuan Guru Haji Hamid.Pokok ini telah pun pupus 33 tahun yang lepas.

Keunikan tentang kayu dari pokok ini ialah setiap mereka yang datang mendapatkan bantuan/rawatan dari Tuan Guru ini akan dibekalkan dengan potongan kayu ini dan difahamkan kegunaannya adalah kepelbagaian termasuklah sebagai pelaris,pemanis dan pengasih.Disebabkan keunikan pokok ini jugalah maka ianya dicari sehingga ianya pupus dikampong tersebut.Mungkin pokok ini mempunyai nama spesisnya yang tertentu yang tidak dinyatakan oleh pemilik kayu atau pokok ini tetapi mungkin fadilat atau khasiatnya tidak sama sepertimana yang terdapat dikampong itu.a.sekampong