Kita mungkin pernah mendengar tentang ayat asyik sekampong iaitu sejenis ayat atau mentera yang dikaitkan dengan pelaris dan juga pengasih.Di negara Brunei di sebuah kampong ada sejenis pokok yang digelar oleh penduduk disana dengan nama asyik sekampong kalau tidak silap maklumat yang saya terima disebuah kampong yang bernama kg Muara.Kayu yang dipaparkan adalah asalnya milik Tuan Guru Haji Hamid.Pokok ini telah pun pupus 33 tahun yang lepas.

Keunikan tentang kayu dari pokok ini ialah setiap mereka yang datang mendapatkan bantuan/rawatan dari Tuan Guru ini akan dibekalkan dengan potongan kayu ini dan difahamkan kegunaannya adalah kepelbagaian termasuklah sebagai pelaris,pemanis dan pengasih.Disebabkan keunikan pokok ini jugalah maka ianya dicari sehingga ianya pupus dikampong tersebut.Mungkin pokok ini mempunyai nama spesisnya yang tertentu yang tidak dinyatakan oleh pemilik kayu atau pokok ini tetapi mungkin fadilat atau khasiatnya tidak sama sepertimana yang terdapat dikampong itu.a.sekampong