Ceramah Batu Permata Fosil dan Kaitannya dengan Metafizik yang diadakan pada 6hb April 2013 di Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya telah berjaya dilangsongkan.Walaupun jumlah kehadiran peserta adalah seramai 35 orang dari 100 yang dijangka hadir namun pada keseluruhannya ianya tetap dikira berjaya.Para peserta yang terdiri dari pelbagai kerjaya termasuk yang bergelar Datuk,Pengarah Jabatan Geologi,Pengarah syarikat,surirumah dan ahli akdemik turut hadir bersama.

Ada yang datang dari Johor,Pekan Pahang,Telok Intan Perak  dan Melaka.Keseluruhannya mereka berpuas hati dengan ceramah yang di kendalikan oleh Dr Hisham Hashim dan ada yang meminta agar ceramah seperti ini dapat diadakan lagi.Banyak ilmu pengetahuan yang diperolehi oleh para peserta dan ada diantara mereka yang sibuk mengambil nota ceramah yang disampaikan oleh Dr Hisham.Pengetahuan mengenai aspek metafizik,perubatan  dan mistik turut dibincangkan disamping pengenalan jenis2 batu permata.

Insyaallah ceramah sebegini akan diadakan lagi pada masa akan datang dan semuga peluang ini diambil untuk menambah ilmu pengetahuan.pic 1 pic 2