Janna Nick akan muncul dalam filem Kerja Kahwin yang memaparkan budaya dan keunikan perkahwinan tradisional orang Melayu di kampung. Sebuah filem komedi arahan Anwardi Jamil terbitan Wayang Padu Sdn Bhd. Antara barisan pelakon lain menjayakan filem ini ialah Dato’ Rosnani Jamil, Shaharuddin Thamby, Ziema Din, Aziz M. Osman, Syed Ali, A. R. Badul, Henzi Andalas, dan Syanie. Filem yang dihasilkan pada tahun 2015 ini terlebih dahulu ditayangkan di beberapa festival filem antarabangsa seperti Festival Filem Asia Capri di Itali dan One Country One Film di Perancis. Filem Kerja Kahwin bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 20 Julai ini.

TAJUK : KERJA KAHWIN (RAGAM-RAGAM MAJLIS KAHWIN)
Tarikh Tayangan : 20 Julai 2017
Genre : Komedi / Romantik
Pengarah : Anwardi Jamil
Terbitan : Wayang Padu Sdn Bhd
Pelakon : Janna Nick, Dato’ Rosnani Jamil, Shaharuddin Thamby, Mubarak Majid, Ziema Din, Henzi Andalas, A. R. Badul, Den Wahab, Ramasundram, Daniella Sya, Theera Alias, Aziz M. Osman, Syed Ali, Arman Shah, Noor Hasnah Adam, Mary Anne Galistan, Syanie, Hamid Gurkha

SINOPSIS KERJA KAHWIN
Berkisarkan tentang gadis kota, Farah yang bakal menamatkan zaman bujangnya. Farah memilih untuk berkahwin secara tradisional di kampung. Beliau membuat keputusan itu bagi memenuhi permintaan Mak Tok yang mahu majlis perkahwinan dibuat mengikut adat budaya tradisi Melayu dan bukannya di hotel mewah. Bagaimanapun, mengadakan perkahwinan di kampung bukanlah tugas mudah kerana dia memerlukan bantuan daripada pelbagai orang. Bermula dengan persiapan sehingga hari majlis perkahwinan pelbagai kejadian dan ragam dapat dilihat termasuk gelagat pengantin, mak andam, bunga telur, joget lambak serta persiapan menyediakan hidangan.

Advertisements