Category: Perbincangan & Rawatan Sakit Misteri



Saudara Peter telah mengutarakan satu permintaan,ini adalah keratan dari email beliau dan jika ada sesiapa yang mempunyai pengetahuan mengenainya sila berikan komen anda.

Salam..saya ingin meyampaikan hajat di hati jika saudara dapat membuat
satu topik baru megenai ‘saka’..jenis2 saka,qarin,pendamping,(kalau di
sabah di kenali sebagai gimbaran) cara mengesan kehadiran saka,cara
perubatan dan yg lain2..
terima kasih.

 

Advertisements

Gambar ini dah berusia hampir 7 tahun.Tentang saiz buah ini saiznya lebih kurang buah kelapa tetapi bulatnya lebih kurang tembikai.Kulitnya agak keras dan isi dalamnya berwarna agak keputihan.Mungkin gambar yang disertakan ini dapat memberi sedikit gambaran tentang isi dalam buah ini.Kalau saudara Farid dari blogalammistik(Laman Bicara Alam Mistik)boleh dapatkan buah tersebut  mungkin insyaallah dapat kita sama melihatnya dengan lebih jelas lagi.


Buah ini dikenali dengan nama buah lantong atau labu hutan dan mungkin juga ada nama yang lainnya.Diantara khasiat buah ini adalah awet muda dan mengubati penyakit kanser terutamanya kanser payu dara,usus dan pangkal rahim.Buah ini ada pokoknya kerana kalau dikatakan labu mungkin semua orang akan ingat ianya jenis seperti labu biasa yang tumbuh menjalar.Kulitnya keras dan isinya putih.

Bagi sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai buah ini dan dimana

ianya boleh didapati sila kongsi maklumat ini bersama saya dan pembaca yang lain.


Sejak kebelakangan ini ada beberapa pertanyaan tentang pelbagai jenis penyakit misteri didalam blog ini.Untuk memudahkan pengunjung blog ini maka saya wujudkan satu entri baru khusus bagi tujuan tersebut.Jika saudara mempunyai apa2 masaalah atau ingin bertanya mengenainya sila gunakan ruangan ini dan  tidak mengunakan entri yang lain.Saudara Pendekar dan TS  insyaallah dapat membantu saudara,saudara Waliqudus pun mungkin dapat mengunakan entri ini bagi menerangkan kegunaan dan menyatakan khasiat beberapa jenis teras kayu/kayu yang dapat digunakan bagi tujuan yang berkaitan ,kerana kita tidak dapat menafikan terdapat beberapa jenis teras kayu/kayu yang mempunyai fungsi bagi merawat penyakit misteri dan yang ada sangkut pautnya denganya.Setidaknya pengunjung blog ini mendapat info mengenai kegunaan/khasiat kayu tersebut.Seperti yang kita sedia maklum teras kemuning hitam dikatakan baik sebagai penolak sihir dan penakut makhluk halus tetapi applikasinya tidak dinyatakan.Mungkin entri ini berguna untuk menerangkan applikasinya,serta TS dan Pendekar dapat membantu menasihati serta memberi pandangan tentang beberapa jenis penyakit yang ada kaitan dengan gangguan makhluk halus seperti sihir dan lain lain.