Category: Tumbuhan Herba & Mistik


Balabak


Kayu Balabak dan minyak balabak amat terkenal di sebelah Borneo kerana mistiknya yang ada kaitan dengan pengasihan.Kayu balabak adalah sejenis kayu yang digunakan sebagai salah satu bahan dalam pembuatan minyak balabak dan dikatakan kayu jenis ini terdapat di Pulau Bogi(Bongi)di negeri Sabah.Kayu ini dianggap kayu yang langka dan untuk mengambilnya memerlukan beberapa ritual tertentu.Sama ada apakah ini benar kayu Balabak ?balabak (3)

Advertisements

Asyik Sekampong


Kita mungkin pernah mendengar tentang ayat asyik sekampong iaitu sejenis ayat atau mentera yang dikaitkan dengan pelaris dan juga pengasih.Di negara Brunei di sebuah kampong ada sejenis pokok yang digelar oleh penduduk disana dengan nama asyik sekampong kalau tidak silap maklumat yang saya terima disebuah kampong yang bernama kg Muara.Kayu yang dipaparkan adalah asalnya milik Tuan Guru Haji Hamid.Pokok ini telah pun pupus 33 tahun yang lepas.

Keunikan tentang kayu dari pokok ini ialah setiap mereka yang datang mendapatkan bantuan/rawatan dari Tuan Guru ini akan dibekalkan dengan potongan kayu ini dan difahamkan kegunaannya adalah kepelbagaian termasuklah sebagai pelaris,pemanis dan pengasih.Disebabkan keunikan pokok ini jugalah maka ianya dicari sehingga ianya pupus dikampong tersebut.Mungkin pokok ini mempunyai nama spesisnya yang tertentu yang tidak dinyatakan oleh pemilik kayu atau pokok ini tetapi mungkin fadilat atau khasiatnya tidak sama sepertimana yang terdapat dikampong itu.a.sekampong

Sireh Merah


Sireh Merah juga adalah spesis sireh yang agak kurang dikenali.Selain dari khasiat perubatan adalah dipercayai sireh merah mempunyai nilai mistik yang lain iaitu sebagai pemanis dan pelaris.Kaedah kegunaannya air sireh merah disapukan pada bibir kita bila mahu berjumpa dengan seseorang dan bercakap dengan seseorang.sireh merah


Sireh Hitam adalah termasuk spesis sireh yang sering dicari oleh peminat barang mistik dan dikatakan agak sukar untuk mendapatkannya.Diantara khasiat air sireh hitamsireh hitam adalah untuk orang yang terkena sihir dan santau.Cara kegunaannya adalah dengan menitikkannya beberapa titik didalam air zam zam dan diberi minum.


Di khabarkan diantara khasiatnya atau kegunaannya adalag sebagai berikut

1.Pelaris

2.Pemanis

3.Pengasih

Cara kegunaannya adalah letak ibu jari dilelangit baca Bismillah dan selawat sebanyak 3 kali serta sapukan kemuka.Juga dikatakan baik untuk mereka yang menghadapi temuduga.Wallahualam

Maklumat yang diberikan adalah hasil dari informasi yang diterima dari pemilik minyak ini.cempaka birubunga cempaka

Kayu Ceramuk


Sejenis kayu yang dikenali oleh kaum etnik sabah dengan nama kayu ceramuk(mungkin ada nama lainnya).Diantara kegunaannya adalah jika terlekat tulang ikan kayu tersebut dikunyah dan ditelan air lior maka dikatakan tulang ikan itu akan hancur dan ada juga di satu tahap mereka menaruh kepercayaan sehinggakan kaca dapat dihancurkan oleh kayu ceramuk ini.

Bunga Buluh


Bunga Buluh ini saya temui sewaktu berkunjung ke Gunung Senyum dahulu.Menurut beberapa orang pokok buluh memang sukar mengeluarkan bunga apatah lagi buah.Ada beberapa pendapat mengenai khasiat kegunaan bunga buluh ini,ada yang mengatakan ianya boleh digunakan sebagai salah satu bahan untuk membuat santau dan ada yang mengatakan boleh juga dibuat pelaris.Semuga sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai khasiatnya bolehlah berkongsi bersama.

Kayu Tahi


Walaupun namanya kayu tahi tetapi dikatakan mempunyai nilai dari sudut mistik yang dipercayai dapat menjadi penawar bagi rasukan pelesit,gangguan makhluk halus dan histeria.

Payung Sumatra


Sejenis herba yang berguna untuk sakit dalaman.


Sejenis lagi kayu yang dihadiahkan oleh seorang teman dari Sarawak.