Category: XPDC Pulau Besar


Pesanan & Ingatan


Assalamualaikum,para pengunjung blog Karimon.Mengenai artikel serta gambar yang terdapat didalam blog ini bagi entri XPDC Pulau Besar maka perlulah diingat bahawa apa yang dicatitkan atau yang dipaparkan adalah sesuatu yang dipercayai sahaja bukannya sesuatu fakta atau pembuktian yang tidak perlu dipertikaikan.Dalam pekara ini ianya seperti kepercayaan bahawa Tasek Cini dahulunya adalah sebuah kota atau istana dan ada Naga mendiaminya.Ini juga merupakan sesuatu yang dipercayai bukannya satu fakta.Mungkin berpunca dari ini dan dari sini kita berharap juga ada individu atau Persatuan yang mahu melakukan kajian yang lebih bagi mendapatkan fakta yang sebenar berpunca dari sesuatu yang dipercayai.Semuga penjelasan ini dapat memberi panduan bagi pengunjung blog Karimon untuk lebih berfikiran matang dan membuat kajian sendiri berdasarkan hukum logik.

Wassalam


Batu yang kelihatan didalam gambar ini adalah dipercayai penanda makam Hang Jebat iaitu bersebelahan dengan makam anaknya Hang Nadim.


Dua busut tersebut adalah dipercayai penanda makam Hang Nadim anakanda Hang Jebat.

Perigi Nenek


Kalau tak silap saya inilah perigi yang dipanggil perigi nenek tempayan pecah,tetapi kebanyakan orang memanggilnya dengan nama perigi nenek kebayan.Mungkin TS dapat menjelaskannya


Makam nenek yang terletak dibawah bukit.TS lebih arif akan cerita makam ini.

Batu Hampar


Batu hampar ini adalah didepan Gua Yunus dimana dipercayai tempat Duyung beristirehat,mungkin pada waktu kami nampak Duyung tersebut ianya mahu menuju ke batu hampar itu tetapi disebabkan kehadiran kami dan pelawat yang lain maka Duyung tak jadi singgah dan buat U turn.


Makam Nenek yang terdapat diatas bukit berdekatan denagn gelanggang silat.Ceritanya TS memang pakar,kita tunggu TS memberi komen.


Gelanggang silat nenek diatas sebuah bukit. ni kena tanya TS.

Makam Seribu


Makam para pejuang yang syahid kerana menentang penjajah Portugis dan Belanda.Al Fatihah


Batu Belah yang terkenal di Pulau Besar yang mempunyai ceritanya yang tersendiri.Bab bercerita ni TS pandai bercerita.