Latest Entries »

Asyik Sekampong


Kita mungkin pernah mendengar tentang ayat asyik sekampong iaitu sejenis ayat atau mentera yang dikaitkan dengan pelaris dan juga pengasih.Di negara Brunei di sebuah kampong ada sejenis pokok yang digelar oleh penduduk disana dengan nama asyik sekampong kalau tidak silap maklumat yang saya terima disebuah kampong yang bernama kg Muara.Kayu yang dipaparkan adalah asalnya milik Tuan Guru Haji Hamid.Pokok ini telah pun pupus 33 tahun yang lepas.

Keunikan tentang kayu dari pokok ini ialah setiap mereka yang datang mendapatkan bantuan/rawatan dari Tuan Guru ini akan dibekalkan dengan potongan kayu ini dan difahamkan kegunaannya adalah kepelbagaian termasuklah sebagai pelaris,pemanis dan pengasih.Disebabkan keunikan pokok ini jugalah maka ianya dicari sehingga ianya pupus dikampong tersebut.Mungkin pokok ini mempunyai nama spesisnya yang tertentu yang tidak dinyatakan oleh pemilik kayu atau pokok ini tetapi mungkin fadilat atau khasiatnya tidak sama sepertimana yang terdapat dikampong itu.a.sekampong

Ceramah Batu Permata & Fosil


Assalamualaikum,satu ceramah akan diadakan pada

1.6hb (Sabtu) April 2013.

2.Waktu 9 pagi – 1 tengahari

3.Bertempat di Dewan Kuliah Anggerik Aras 2 Pengajian Melayu Universiti Malaya.

4.Peserta di hadkan kepada 100 orang sahaja dan yuran penyertaan adalah sebanyak RM50.00

5.Penceramah Dr Hisham b Hashim-pakar Batu Permata dan Fosil dan pengarang 2 buah buku mengenai Hikmah Batu dan Permata.Beliau juga adalah merupakan salah seorang yang diminta membantu pihak kerajaan Brunei didalam pengurusan pembelian dan pengumpulan Batu Permata dan Fosil.

6.Tajuk ceramah beliau akan berkisar kepada rahsia dan hikmah batu permata,pengenalan batu2 permata dan kaitan batu permata didalam metafizik.

7.Beliau akan juga membawa bersama beberapa jenis fosil dan batu permata yang unik(rare) bagi tatapan kita semua.

8.Bagi yang berminat menyertai Ceramah ini sila hubungi saya di talian 013-3601760 atau 019-2377952.

Rasanya ini adalah julung kalinya ceramah begini diadakan bagi mereka yang berminat dengan batu permata dan fosil.Jadi rebutlah peluang yang ada ini untuk menambahkan ilmu pengetahuan kita mengenai batu permata dan fosil.

Wassalamcermah fosil

Sireh Merah


Sireh Merah juga adalah spesis sireh yang agak kurang dikenali.Selain dari khasiat perubatan adalah dipercayai sireh merah mempunyai nilai mistik yang lain iaitu sebagai pemanis dan pelaris.Kaedah kegunaannya air sireh merah disapukan pada bibir kita bila mahu berjumpa dengan seseorang dan bercakap dengan seseorang.sireh merah


Sireh Hitam adalah termasuk spesis sireh yang sering dicari oleh peminat barang mistik dan dikatakan agak sukar untuk mendapatkannya.Diantara khasiat air sireh hitamsireh hitam adalah untuk orang yang terkena sihir dan santau.Cara kegunaannya adalah dengan menitikkannya beberapa titik didalam air zam zam dan diberi minum.


Di khabarkan diantara khasiatnya atau kegunaannya adalag sebagai berikut

1.Pelaris

2.Pemanis

3.Pengasih

Cara kegunaannya adalah letak ibu jari dilelangit baca Bismillah dan selawat sebanyak 3 kali serta sapukan kemuka.Juga dikatakan baik untuk mereka yang menghadapi temuduga.Wallahualam

Maklumat yang diberikan adalah hasil dari informasi yang diterima dari pemilik minyak ini.cempaka birubunga cempaka

Fosil Kabuah


Didapati dari hutan Sancang atau leuweung Sancang di Kabupaten Garut,yang ada kaitannya dengan peristiwa Moksa Prabu Siliwangi.Hutan Sancang menurut cerita diketahui sebagai hutan larangan.Kayu kabuah ini dipercayai bertukar menjadi batu(fosil) adalah kerana kesan dari tempat pertapaan Sunan Kalijaga,Apabila saya amati dari segi fizikal kayu kabuah dengan fosil yang didakwa sebagai kabuah,terlihat persamaan dari sudut tekstur dan warna kayu.kabua 1Wallahualam

Ki Abd Jabar


Bersama dengan Ki Abd Jabar pengasas blog http://energisejati.wordpress.com ketika beliau dalam perjalanan ke Hanoi dan transit di Singapura.Atas kerjasama Abang Suhaimi maka Ki Jabar telah sudi ke Johor Baru untuk bertemu dengan saya serta teman saya.Alhamdulillah banyak perkara yang dapat kami berdiskusi dengan Ki Jabar terutamanya mengenai Metafizik.Walaupun pertemuan itu hanyalah singkat namun iany telah berjaya mengeratkan lagi silaturahim diantara kami.Bagi peminat Metafizik sila layari blog beliau yang tertera diatas.

 

Batu Caringin


 

Batu Caringin ini adalah bekas batu yang diduduki oleh seorang ahli paranormal dan juga dikatakan guru kepada beberapa ahli komando Siliwangi.


 

Satu ketika dahulu sejadah hitam di cari bagi sesuatu tujuan mistik.Terdapat banyak sejadah hitam yang palsu yang dijual oleh individu yang tidak bertanggungjawap dan ada masanya mereka mendakwa mendapat sejadah hitam dari alam ghaib.


 

Foto yang dipamerkan adalah cebisan sejadah di Masjid Jin.