Archive for March, 2011


Kayu Hantu


Menurut cerita orang2 tua ianya sejenis kayu yang ditakuti hantu,tetapi nama kayunya tidak diketahui dan mungkin ada diantara pengunjung blog yang mengetahui hal ini dapat berkongsi maklumat dengan kami semua.Dahulunya pernah juga saya mendengar tentang kayu ini tetapi tidak ambil tahu sangat mengenainya.


Batu Petir Putih ini adalah pemberian abang Shah dari Gunung Jerai.Sesuatu yang sukar didapati kerana kebanyakan batu petir adalah berwarna hitam.Yang terdapat didalam gambar ini adalah ketulan yang telah dicanai.Khasiatnya melebihi yang berwarna hitam.

Buku Mistikal Mistik


Saya tidak menjangka bahawa pihak penerbit majallah AL Islam telah memberi ulasan keatas buku saya.Majallah Al Islam keluaran bulan April bil 447 dihalaman muka surat 52  ulasan mengenai buku Mistikal Mistik telah dibuat oleh seorang wartawan Mohd Mubaraq Akbal.Ribuan terima kasih saya kepada pihak penerbit Al Islam kerana sudi memberi ulasan mengenai buku saya.

Abah Suhaimi


Dikalangan beberapa orang ahli paranormal mungkin nama abah suhaimi dikenali dan mungkin ada juga yang kurang mengenali beliau.saya kira saya termasuk dalam kempulan yang bertuah kerana dapat mengenali beliau.Hampir 5 jam saya bermuzakarah dengan beliau dan banyak ilmu pengetahuan baru yang saya perolehi dari beliau termasuk rahsia nafas dan ilmu tenaga dalam tanpa jampi atau mentera.Rahsia tenaga dalam ini adalah rahsia yang disimpan oleh kebanyakan ahli sepuh.Rahsia ini sebenarnya menurut abah suhaimi telah pun ada didalam diri kita hanya sahaja kita yang tidak mengetahui kaedah mengunakannya.Terima kasih juga saya ucapkan kepada abah suhaimi diatas pemberian 2 cenderahati dari beliau.

Lawatan Ke Tawau 7


Koleksi batu permata dan teras milik seorang teman di Tawau.Beliau nampaknya begitu meminati batu permata sehinggakan ada diantaranya batu permata miliknya beliau sendiri tidak mengenalinya.Yang terdapat hanyalah sebahagian sahaja batu permata koleksi beliau.Apa yang dapat saya perhatikan beliau memiliki teras campuran kayu dari cempaka,kelor,stigi,batu kecubung,badar,zamrud dan pelbagai jenis lagi.Masih banyak koleksi beliau yang tidak dapat dipamerkan disini.


Sejenis kayu yang digelar kayu Ulas oleh masyarakat disana.Kayu ini dikatakan setanding dengan kayu Tas.


Minyak pengasih Balabak.Yang dikatakan berasal dari sebuah daerah bernama Balabak dan terdapat 4 jenis iaitu jenis Tanah,Air,Api dan Angin.Didalam botol minyak ini terdapat jarum emas sebagai salah satu dari bahan yang digunakan dalam proses pembuatan minyak ini.


Duit sepuloh zaman british malaya yang lebih dikenali dengan nama duit kerbau bajak.Ianya milik seorang pengunjung yang melawat saya semasa saya ke Tawau.S

atu ketika dahulu duit jenis ini dicari oleh peminat barang mistik untuk suatu tujuan.


Duit Sa-puloh milik seorang pengunjung ke bilik hotel saya semasa di Tawau,Sabah.Terdapat 2 jenis iaitu yang mempunyai watermark harimau dan Agung.


2 jenis barang yang dimiliki oleh seorang yang mengunjungi saya di bilik hotel saya.Kul Buntat yang tidak asing bagi peminat barang mistik dan beberapa jenis RB,Samban dan Batu Mustika.