Archive for April, 2013


Lada Hitam


Satu lagi barang yang dianggap ganjil dan kurang diketahui oleh orang ramai.Lada hitam ini didakwa pemiliknya dapatnya dari alam ghaib.Khasiatnya setakat ini kurang diketahui tetapi dikatakan dicari oleh golongan VIP.lada hitam


Minyak yang berwarna merah ini dikatakan darah kijang putih.Ianya berbau wangi dan ciri2nya kelihatan seperti darah.Diberitahu bahawa diantara fadilatnya adalah untuk pengasihan dan pelarisan.Sesuatu yang agak rare dan kurang diketahui dan ada juga yang mengatakan berasal dari alam ghaib.darah kijang

Ceramah Batu Permata


Ceramah Batu Permata Fosil dan Kaitannya dengan Metafizik yang diadakan pada 6hb April 2013 di Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya telah berjaya dilangsongkan.Walaupun jumlah kehadiran peserta adalah seramai 35 orang dari 100 yang dijangka hadir namun pada keseluruhannya ianya tetap dikira berjaya.Para peserta yang terdiri dari pelbagai kerjaya termasuk yang bergelar Datuk,Pengarah Jabatan Geologi,Pengarah syarikat,surirumah dan ahli akdemik turut hadir bersama.

Ada yang datang dari Johor,Pekan Pahang,Telok Intan PerakĀ  dan Melaka.Keseluruhannya mereka berpuas hati dengan ceramah yang di kendalikan oleh Dr Hisham Hashim dan ada yang meminta agar ceramah seperti ini dapat diadakan lagi.Banyak ilmu pengetahuan yang diperolehi oleh para peserta dan ada diantara mereka yang sibuk mengambil nota ceramah yang disampaikan oleh Dr Hisham.Pengetahuan mengenai aspek metafizik,perubatanĀ  dan mistik turut dibincangkan disamping pengenalan jenis2 batu permata.

Insyaallah ceramah sebegini akan diadakan lagi pada masa akan datang dan semuga peluang ini diambil untuk menambah ilmu pengetahuan.pic 1 pic 2