Archive for April, 2010



Assalamualaikum,agar tidak bercelaru dalam topik2 perbincangan maka saya membuka kategori baru iaitu sejarah & info islam dimana jika ada pengunjung blog ini yang sudi berkongsi maklumat mengenai hal2 yang bersangkut paut dengan topik ugama sila buat posting atau komen saudara disini,Wassalam

Tas & Penunduk


Salam kepada pengunjung Blog Karimon,soalan ini suka saya tujukan kepada saudara Waliqudus untuk memberikan maklumat kepada kita mengenai kayu Tas dan Penunduk dalam erti yang sebenar dan dalam kategori yang betul.Sering terdapat kekeliruan tentang kegunaan tas dan penunduk.Pada mana satukah yang boleh digunakan perkataan tas dan penunduk.Sebagai contoh kayu penunduk kuning,adakah perkataan penunduk atau tas boleh kita gunakan pada kayu kuning itu dan ini juga serupa dengan tas merah dan lain2.Sering disebut:-

Tas kuning apakah perkataan yang betul diawalnya tas atau penununduk begitulah seterusnya pada yang merah,yang putih dan lain2.Apakah perbezaan perkataan Tas dan Penunduk?Diminta saudara Waliqudus menyenaraikan jenis2 kayu dengan ayat sebutan yang betul agar kita mempunyai satu standard sebutan yang boleh diguna pakai untuk semua.Sebab ada waktunya orang menyebut penunduk kuning dan ada kalanya Tas kuning.Jadi bantuan saudara Waliqudus dapat mengelakkan kekeliruan ini.Wassalam

Larak Salah


Diatas permintaan saudara Gabuk saya serta gambar larak salah yang saya ambil dari blog Waliqudus dan sedikit info mengenainya.Terdapat 3 jenis pokok Larak iaitu Larak Lawas,Larak Salah dan Larak Tahi Kucing.Ianya adalah sejenis pokok kecil berdaun kembar.Diantara tiga ini yang amat dicari oleh peminat pekara mistik atau barang mistik ialah jenis Larak Salah adalah antara jenis kayu yang amat sukar ditemui atau dimiliki. Ianya dikatakan memiliki pelbagai khasiat samaada dari segi mistik dan perubatan.Ianya dicari kerana dikatakan pemakainya atau sesuatu yang diletakkannya akan terlindung atau hilang ,mengelakkan dari khianat perbutan orang dan mengatasi orang cerewet,tetapi semuanya diatas izin Allah swt.Dan sifatnya panas.Ia dinamakan larak salah kerana sifat tabienya yang berlawanan iaitu membelit ke kiri dan daunnya terbalik namun memang sukar untuk ditemui dan bahagian yang paling berkhasiat ialah terasnya yang terdapat pada akarnya.Nama 2 nama botaninya  Baccaurea griffithii dan Fissitigma latifolium mana satu yang betul saya pun agak keliru juga.


Teras Sudu


Salah satu lagi teras dihadiahkan oleh Allahyarham Hj Harun kepada saya.Saya banyak memegang beberapa jenis teras yang beliau tunjukkan kepada saya,tetapi apabila saya memegang teras ini saya merasa sesuatu keanehan lalu saya tanyakan kepada beliau,apakah sebenarnya khasiat teras ini beliau menjawap menurut kata orang bagus untuk ketahanan kulit.


Sesuatu yang agak ganjil dan kurang diketahui oleh ramai orang iaitu batang sireh yang mempunyai teras.Ini adalah hadiah dari Allahyarham Haji Harun kepada saya,Diantara khasiatnya adalah dari sudut perubatan dan ketahanan diri.

Al Fatiha


Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog saya.Ingin saya maklumkan walaupun agak lewat sedikit kerana masaalah hubungan internet saya bahawa Hj Harun yang menetap di Chukai Terengganu seorang pengusaha teras kayu dan pembuat cincin telah kembali ke rahmatullah pada hari Rabu 8hb april 2010.Saya turut rasa bersedih kerana pada hari kejadian itu dimana beliau jatuh sakit  saya telah berkunjung kerumah beliau dan sempat berbual dengan beliau.Semasa saya tiba dirumah arwah pada jam 3 petang beliau masih sihat dan menyambut saya dengan baik serta peramah sekali.Pertanyaan beliau pada saya ialah “Dah makan ke belum ni kalau tak makan lagi mari kita makan dulu”Tapi saya katakan pada beliau saya sudah makan.Arwah menunjukkan kepada saya tempat tidor saya kerana saya berhajat bermalam dirumah beliau.Beliau menerang serta memberi banyak tunjuk ajar pada saya mengenai teras kayu sehinggakan cucu beliau Hafiz mengatakan dia(Hj Harun)dia keluarkan ilmu dia abang dan saya akui beliau memang banyak memiliki teras kayu dari pelbagai jenis.Beliau turut memberi kepada saya beberapa jenis teras kayu sebagai cenderahati.

Saya berbual dengan beliau dan mengambil beberapa catitan mengenai teras kayu dan diwaktu itu cucu beliau telah pun pulang.Semasa berbual beliau menanya saya apakah dapat saya membantu beliau dalam urusan teras kayu ini dan saya katakan insyaallah akan saya bantu dan kami berbincang mengenai urusan tersebut.Semasa berbincang itulah saya nampak beliau berubah kelihatan pucat.Beliau bangkit dan katanya mahu ketandas semasa beliau bangkit itulah saya sempat menyambut beliau daripada terjatuh dan baringkan beliau,sempat juga beliau berkata usah risau Pak Cik tak apa2.Saya talipon cucu beliau minta datang segera dan anak2 beliau yang lain turut datang dan membawa beliau ke hospital.

Sesungguhnya Allah swt maha berkuasa keatas sesuatu,Allah izinkan saya bertemu dengan beliau sebelum beliau pergi dan Allahyarham sempat meninggalkan wasiatnya mengenai urusan teras kayu nya kepada seorang yang asing yang pertama kali bertemu dengan beliau dan insyaallah akan saya sampaikan kepada cucu dan anak beliau.Ucapan saya kepada beliau sebelum beliau pergi ialah silaturahim kita akan berkekalan.Saya akan sambungkan silaturahim itu kepada cucu dan anak2 beliau.Kepada sahabat dan pengunjung blog ini marilah kita fadiahkan Al Fatiha kepada Allahyarham Hj Harun.Al Fatiha