Archive for October, 2009


Ralat/Pembetulan


Pda 15hb Okt 2009 didalam posting Pendapat dan Perbincangan saya ingin membetulkan sedikit kesilapan yang terdapat pada tulisan saya mengenai nama lain bujang kalak itu dimana saya  mengatakan nama lain bujang kalak ialah NIbung Tunggal yang sebenarnya nama lain yang juga disebut oleh orang ialah nibung batu bukan nibung tunggal.Harap maaf diatas kesilapan tersebut.

Bujang Kalak


Kini terdapat beberapa blog yang membicarakan tentang bujang kalak.Namanya pula sering menjadi sebutan kini dan menjadi buruan beberapa peminat teras kayu kerana bujang kalak dipercayai mempunyai keampuhannya yang tersendiri.Ada diantara mereka yang mengatakan atau mendakwa  ianya penolak ilmu hitam,pembisa,penguat dam pelbagai lagi.Namanya juga ada pelbagai ada yang mengelarnya bujang kalak,bujang galak,nibung tunggal dan ucang kalak namun ianya adalah satu barang yang serupa.Di blog rahsia alam ada dipamerkan gambar bujang kalak tersebut yang masih belum diproses menjadi batu permata dan disana juga terdapat beberapa info yang berguna sebagai panduan kita.Salah satu lagi kayu yang dikatakan mempunyai kekuatan ialah Bujang Semalam.Arwah datuk saudara saya dulu ada memiliki kayu tersebut,kerja seharian beliau ialah menjaga lembu dan sering membawa kayu bujang semalam bersama beliau panjangnya adalah anggara 3 kaki,entah macam mana pada satu ketika lembu peliharaannya itu cuba menanduk beliau dan beliau memukul lembu tersebut dengan kayu bujang semalam.Apa yang terjadi ialah lembu tersebut mengelupur mati walhal bahagian yang dipukul adalah badan lembu tersebut dan kayu itu hanyalah sebesar ibu jari kaki orang dewasa.Bagi pengunjung blog ini yang mungkin mengetahui akan kayu bujang semalam itu harap dapat berkongsi sama maklumat dengan saya atau adakah mungkin juga bujang semalam itu adalah kayu bujang kalak ?

Bujang Kalak


Salam kepada semua pengunjung blog saya,

pada pagi ini saya dikejutkan oleh panggilan talipon dari saudara waliqudus tuanpunya blog rahsia alam,beliau meminta pendapat saya mengenai satu lagi spesis bujang kalak yang beliau e mail kepada saya.Setelah saya menatap gambar yang disertakan maka tidak syak lagi yang ditunjukkan kepada saya adalah bujang kalak dalam ketegori atau grade super.Hal ini diperkuatkan lagi dengan pandangan yang diberikan oleh salah seorang sahabat saya yang mengambarkan ciri ciri bujang kalak yang benar benar ampuh.Kepada sesiapa yang pernah mendapatkan bujang kalak daripada beliau(waliqudus) maka pada kali ini jangan lepaskan peluang untuk memiliki grade yang terbaik dan sila layari blog beliau untuk melihatnya dengan lebih dekat lagi dan mendapatkan maklumat.Kalau dalam pemilihan besi kursani yang terdapat pelbagai jenis maka mana satukah  yang dikatakan besi kursani grade super dan jika dalam pemilihan bujang kalak yang terdapat pelbagai spesis maka tidak syak lagi yang terbaru di miliki oleh saudara waliqudus adalah dalam kategori grade super. Segalanya adalah anugerah Allah kepada alam dan kepada kita yang mengetahui akan rahsianya.

Maklumat


Saranan saudara Neo Iskandar tentang peta kerumah saya nanti akan saya usahakan.tetapi untuk maklumat saudara jika saudara mahu kerumah saya dan jika saudara dapat mencari station terakhir LRT Ampang maka dari sana ianya amat mudah untuk kerumah saya iaitu melalui jalan yang menuju ke bukit belacan dan bandar baru ampang.

Sekian

Karimon

Bertap/Sanggul Bunian


Ini adalah petikan dari kenyataan saudara waliquddus mengenai bertap/sanngul bunian.

“Mengenai Bertap atau Sangul atau Cindai Bunian ini, saya Baru lepas Melihat dari seorang sahabat, ianya dipanggil Bertap atau Bertat Cindai Sanggul Bunian, Bertat yang saya Lihat memiliki Pusar dan Pusat kerana didatangkan dari Induk Sanggul yang Beranak. KhasiatNya diperkatakan sebagai Pelaris, Pemanis, Penarik dan berbagai pendapat mengenainya, Bertat ini juga Hidup, jika tersalah penjagaan akan membuatkan ianya mati..So hati-hati bila memilikinya. Jaga-Jaga dengan Bertat atau Bertap yang berwarna Hitam kerana memiliki unsur Hitam Juga, Bertat-atau bertap yang memiliki Khasiat yang baik adalah dari Jenis Cindai Perang keemasan atau Putih berkilat keseluruhan atau pun memiliki 3 warna dalam satu..Wallahu..”

Dahulunya bertap ini amat popular sebagai medium yang sering digunakan seperti yang dinyatakan oleh beliau dan pernah atikel mengenainya dikeluarkan disebuag majallah.Selepas itu kurang kedengaran lagi mengenainya dan kini timbul kembali.Ianya adalah sesuatu yang agak sukar untuk diperolehi maka sesiapa yang mendapatnya adalah dikira beruntung dan seperti yang dikatakan oleh saudara waliqudus maka hendaklah tahu menjaganya.Setahu saya tidak ramai pengumpul atau peminat barang mistik yang memilikinya mungkin disebakan pengunaannya agak terhad iaitu dari segi pelaris.pemanis,penarik dan pengasih.Setahu saya hanya beberapa helai rambutnya digunakan untuk dijadikan atau dicampur sebagai bahan pengasih,pemanis.Apakah saudara waliqudus berminat untuk memaharkan nya dan apakah rakan diblog yang lain turut mempunyainya?