Archive for May, 2009


Komen


Ini adalah satu komen dari pengunjung blog ini untuk tatapan kita bersama dari

tanpanama@hotmail.com

rajin ko Neo komen blog ni…dpt upah ke tukang komen/komeng!jgn jd mcm nyor komeng udah le! hehe.gurau je,jgn mare ye!

Jawapan saya pada beliau

Sebenarnya komen yang saudara tanpa nama berikan ini agak keras juga. pada mulanya saya mahu sahaja delete atau tidak luluskan komen itu tapi terasa pula bersalah berbuat demikian.Untuk pengetahuan saudara tanpa nama setakat ini tak pernah saudara neo menerima upah dari saya.Ada waktunya komen saudara neo sendiri keras pada saya seperti katanya”sendiri mahu ingatlah bro”Ini membuat saya tertanya siapa beliau sebenarnya dan saya balas secara peribadi ke email beliau dan menanya siapa beliau dan beliau menanya apakah saya marah dengan komen beliau maka saya menjawap tidak bahkan silakan beri komen anda seikhlas dan sejujurnya kerana faedahnya bukan hanya untuk saya tetapi untuk pembaca blog ini juga.Suadra Peter pun harus saya ucapkan ribuan terima kasih kerana beliau sering memberi komen bahkan membantu saya dalam beberapa artikel yang saya sendiri sedang mencari.saya adakan blog ini sebenarnya bukan untuk menjual barang mistik yang ada didalam blog ini tetapi ada tujuan lain dan setengah dari pengunjung blog ini sudah pun tahu akan tujuan maksud saya.Tetapi atas rasa setiakawan dimana beberapa pengunjung blog dan sahabat minta saya tolong maharkan barang mereka maka saya lakukannya.Mungkin tidak lama lagi ramai pengunjung blog ini akan tahu maksud saya mengadakan blog ini.

Setelah saudara Neo mengetahui akan maksud saya adakan blog ini maka beliau dengan rela hati memberi komen beliau tanpa diberi upah tetapi membantu atas dasar satu ugama dan satu bangsa melayu dan rakyat malaysia termasuk saudara Peter yang mengetahui tujuan saya adakan blog ini yang turut membantu memberi komen.

Jadi sebelum kita komen tentang seseorang atau mengutuknya walaupun dilihat secara gurauan hendaklah kita mengetahui dahulu akan maksudnya beliau berbuat demikian kerana memfitnah dan buruk sangka bukan ajaran mana2 ugama sekalipun tanpa disedari kita mendapat satu dosa terhadap satu manusia dan yang sukar ialah memohon maaf pada orang yang tidak kita kenali kerana dosa itu akan kita bawa sampai ke mati.

Geliga Buluh


Geliga ini dijumpai dalam pohon buluh,tidak banyak kegunaannya melainkan hanya pada bidang perubatan sahaja.Yang anehnya batu ini ialah apabila gilap sehingga kilat namun dalam tempuh yang sekejap sahaja ia akan mulai pudar kembalibt buluh

Teras Betik


Jarang sekali pohon betik mempunyai teras tetapi apabila ianya ada maka satu nilai mistik pasti akan terdapat pada teras tersebut,banyak juga mereka yang mencari teras betik ini namun kurang pula individu yang ada teras ini.teras betik (2)

Teras Betik


Teras betik adalah salah satu teras yang paling sukar didapati kerana amat sukar dan jarang sekali pokok betik mempunyai teras maka jika ianya berteras maka ianya sudah tentu memiliki sesuatu yang unik,selain daripada bidang perubatan ianya dikatakan mempunyai sesuatu nilai yang amat ampuh samaada digunakan secara sendirian atau digabungkan dengan sejenis teras yang lainnya.

Tabasheer(Batu Buluh)


Selalunya apabila disebut batu buluh maka kebanyakan peminat barang mistik akan mengenalinya tetapi bagi sesetengah mereka yang mendalami kajian tentang batu buluh ini maka nama seperti Tabasheer,Bambu Sugar Cane adalah sesuatu yang pelik dan nama lain yang digunakan oleh pengamal perubatan tradisional seperti Mali Mali Rotan Jer yang membawa maksud Darah Naga Rotan dan juga ada yang meyebutnya garam buluh asering juga digunakan oleh pengamal perubatan.Sejarah mengenai pengunaan batu buluh ini dapat dikesan sehingga pada zama Ibnu Sina seorang tokokh perubtan islam dan Marco Polo seorang pengembara yang berpeluang bersama dengan The Great khan untuk menakluki sebuah daerah di Jepun iaitu Chipangu.Dalam misi menyerang beliau mendapati sebilangan manusia telah membentuk tembuk dan enggan menyerah kalah dan akhirnya kesemua mereka telah ditawan dan dijatuhkan hukuman bunuh tetapi sebanyak lapan orang yang ditawan olih The Great Khan gagal dipancung bahkan tidak luka pun olih senjata tajam.Beliau mendapat tahu bahawa mereka bolih dibunuh menggunakan kayu lalu dipukul sehingga mati.

Selepas kematian mereka maka didapati mereka telah menanam batu buluh tersebut didalam badan mereka.Selepas peristiwa  itu batu buluh tersebut atau tabasheer menjadi sangat berharga.Dari sudut perubatan pula tabasheer ini berguna untuk mengubatai penyakit yang berkaitan denagn mata,demam,sakit dalam perut,jangkitan paru paru dan penawar sengatan berbisa.

Batu Bemban


Asalnya adalah bemban yang menjadi batu ada juga diantara mereka yang mengelarnya tasbih bunian.warna warnanya yang menarik disamping mempunyai daya mistiknya yang tersendiri.Ini adalah salah satu jenis barang yang agak sukar untuk didapati.Dimaharkan sebiji dengan RM400.00.Hanya ada 8 biji sahaja.bemban


Sebenarnya batu ini adalah asalnya daripada zakar gajah yang telah menjadi fosil yang prosesnya mengambil masa ratusan ribuan tahunbahkan jutaan tahun.Disamping kegunaannya dalam bidang perubatan ianya juga dikatakan untuk wibawa diri dan sebagai penunduk.Ada surat perakuan dengan keaslian fosil ini dikeluarkan kepada pembeli.Dimaharkan dengan RM3500.00.Kini hanya terdapat 2 bentuk sahaja yang tinggalzk-gajah


akik-wakaf1Keunikan batu akik ini aialah kelihatan seperti tertera tulisan wafak pada pemukaan batu tersebut.Ianya dimaharkan dengan RM300.00


Digelar akiki pemanis kerana auranya dapat memancar ciri manis kepada pemakainya.Terdapat ditengah batu tersebut warna kuning yang agak lembut.Diikat dengan perak dan suasa.Untuk dimaharkan dengan harga RM650.00akek-pemanis


Batu Permata Nilam ini ialah jenis Nilam Bintang Laut Hitam.Bintik2 cahaya kelihatan dipemukaan batu tersebut.Memiliki khasiat  mistik tertentu kepada pemilik.Dimaharkan sebanyak RM1800.00nilam