Archive for July, 2012


Bunga Buluh


Bunga Buluh ini saya temui sewaktu berkunjung ke Gunung Senyum dahulu.Menurut beberapa orang pokok buluh memang sukar mengeluarkan bunga apatah lagi buah.Ada beberapa pendapat mengenai khasiat kegunaan bunga buluh ini,ada yang mengatakan ianya boleh digunakan sebagai salah satu bahan untuk membuat santau dan ada yang mengatakan boleh juga dibuat pelaris.Semuga sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai khasiatnya bolehlah berkongsi bersama.

Biji Nangka


Biji nangka ini yang menjadi batu  ditemui didalam buah nangka.Tidak diketahui sangat akan khasiat kegunaannya,cuma menurut beberapa individu ianya mungkin mempunyai nilai perubatan.


Graham Gajah ini adalah pemberian seorang rakan yang terjumpanya sewaktu memasuki hutan.Adalah dipercayai ianya adalah bangkai gajah mati beragan.Khasiatnya menurut beberapa orang adalah sebagai penawar racun dan ada juga yang mendakwa sebagai penolak santau.