Diatas permintaan sahabat saya Pakciklii maka saya buka satu entri baru bagi tujuan berbincang mengenai berguru tanpa kezahiran atau mempunyai guru.Seperti yang kita sedia maklumkan setiap seorang itu mempunyai guru zahir yang membimbingnya untuk menimba ilmu pengetahuan baik bab paranormal atau pun ugama.Yang berguru tanpa kezahiran seorang guru nyata adalah sesuatu yang unik dan mungkin juga berlaku bukan sahaja kepada Puan wanbunga bahkan kepada orang lain juga.Mungkin yang dimaksudkan disini ada guru bukan dikalangan manusia dialam ini tetapi dari alam ghaib.Peristiwa ini juga mungkin pernah terjadi kepada Pendekar Sufi.Jadi sama2lah kita cuba mengungkap rahsia ini.