Archive for June, 2010


Batu Permata


Diatas keizinan Puan Sofajane dan permintaan Pakciklii mka disini saya serta gambar batu permata tersebut.2 diantaranya sudah dikenal pasti oleh Puan Sofajane cuma 2 yang lain beliau kurang pasti iaitu yang berwarna oren dan yang seperti aked bertompok coklat.@ lagi ialah geliga kelapa dan satu lagi geliga ros.Mungkin sesiapa yang arif hal batu boleh membantu beliau.Yang berwarna oren dijumpai diakar pokok senduduk yang mempunyai sarang semut.


Assalamualaikum,Di atas permintaan Pakciklii dan disyorkan oleh saudra Paduka dan disokong oleh saudara Pendekar maka saya menambah satu entri baru yang Tarikat & Tasauf agar perbincangan mengenainya dapat dilakukan di entri baru ini.Saya sendiri melihat kecenderungan atau minat didalam topik ini mendapat sambutan.Maka sama2lah kita menanya dan berbincang tajuk baru ini dientri ini.Wassalam

Batu Kijing


Seorang sahabat ingin memaharkan batu kijing milik beliau bagi tujuan untuk kos rawatan ibunya yang kini sakit.Pada mulanya beliau mendapat tawaran untuk menjualnya kepada seorang peniaga tetapi ditolak oleh beliau namun kini disebabkan keadaan ibunya yang sakit beliau ingin memaharkannya.Berikut adalah keterangan beliau mengenai batu kijing itu.

Batu kijing 3 beradik ini berasal dari kepulauan temilahan, indonesia.sudah dalam simpanan saya lbh kurang 8-9 tahun.

pemberian dari seorg guru di kepulauan temilahan,indonesia
Peminat @ pengumpul barag mistik saja yg tahu keindahan ciptaan Allah ini. Amat sesuai bagi ahli perniagaan, juga sebagai pelindung utk diri mahupun keluarga. Sesuai juga yg selalu berurusan dgn orang besar,vip, ahli korporat..semuanya dgn niat dan krn Allah Taala.
Pernah tersiar dalam akhbar ttg batu kijing ini, ada yg menawarkan RM200K untuk 1, tetapi saya hendak menjual ketiga-tiga sekali.
ttg harga @ mahar, saya hendak maharkan jika boleh RM200K, itupun masih nego jika buyer benar serius dan ingin menolong saya.


Semenjak keturunan Rasulullah saw diburu oleh beberapa pihak,kebanyakan daripada mereka telah membawa diri ke merata tempat atau negara.Ada diantara mereka(ahlul bait)membuang gelaran yang ada pada mereka disebabkan oleh keselamatan diri dan keluarga mereka.Ada diantara mereka merantau sehingga ke kepulauan melayu dan hidup ditengah2 masyarakat melayu dan berlaku pula perkahwinan campur dengan masyarakat setempat,namun begitu darah dari keturunan Rasulullah tetap mengalir pada zuriat mereka.Yang sedihnya ada diantara mereka yang hilang susur jalur mereka dan ada juga yang mengetahuinya tetapi pengetahuan yang agak samar.Semuga entri ini dapat menjejaki mereka yang telah hilang itu.Jadi kepada para pengunjung blog ini yang mengetahui atau mempunyai apa2 maklumat mengenainya atau pun anda juga mungkin salah seorang daripada susur jalurnya atau merasai ada kaitan dengannya sila beri komen anda/maklumat anda disini.

Keris Naga Perang


Keris ini dinamakan keris naga perang yang agak panjang dari keris biasa.Dua naga dikiri kanannya dan dari segi buatannya atau rekaan sarungnya ianya adalah versi Madura.Untuk dimaharkan bagi yang berminat


Kelambu makam Rasulullah kepunyaan seorang sahabat yang juga pengunjung blog ini.

Saya ada mempunyai Kelambu Ka’bah dan Kelambu Makam Rasullah (kelambu ini jarang sekali orang dapat) yang sudah di frame kan. Frame nya  berukuran 48″ x  27″ Inches.  Sekira mahu tuan masuk barang ini kedalam site tuan boleh akan saya kirimkan gambarnya.

XPDC Pulau Besar


Assalamualaikum,TS dari Rawatan 7 Puteri akan mengadakan xpdc ke Pulau Besar pada tarikh 2,3 dan 4 Julai(3 hari 2 malam).Bayarannya adalah sebanyak RM100 bagi dewasa dan percuma bagi kanak2 dibawah 12 tahun.Kos ini adalah termasuk kos tambang naik bot pergi balik dan guide oleh TS sendiri, penginapan dan makan minum sendiri.TS akan memperkenalkan kepada kita sejarah Pulau Besar dan kita akan dibawa melawat ketempat yang mempunyai nilai sejarah dan disepanjang lawatan itu jika terdapat jenis2 herba maka TS akan menerangkan kepada kita akan khasiat serta kegunaannya.Sila hubungi  0172095292/0147201103/0133601760 untuk keterangan lanjut.

Wassalam


Mungkin pengunjung blog ini merasa hairan mengapa saya membuka topik ini walhal kisah Hang Tuah ni sejak dari kecil lagi kita dah dengar ceritanya bahkan menonton ceritanya.Apakah Hang Tuah benar2 wujud ? Adakah Hang Tuah dah meninggal,jika sudah mana kuburnya? Jika Hang Tuah seorang yang begitu terkenal sudah tentu sedikit sebanyak kita mengetahui juga keluarga beliau,apakah Hang Tuah tak pernah berkahwin ? Jika pernah siapa isterinya,jika ada anak siapa anaknya.Takkkan seorang yang terkenal seperti beliau kita sampai tak tahu anak dan isterinya.Jika ada dan  mahu dirahsiakan mengapa perlu berahsia? Ada 3 versi tentang HangTuah 1.Mengatakan ianya seorang Cina 2.Mengatakan ianya seorang keturunan bugis bernama Daeng Mempawah 3.Mengatakan beliau keturunan Melayu Deli bernama Megat Rajuna Ali.Jadi silakan beri pendapat anda dan kongsi bersama kami.Memang tidak dapat dinafikan beliau adalah seorang yang agak misteri juga,apakah identiti Hang Tuah yang sebenarnya?


Assalamualaikum pengunjung blog Karimon,penantian tarikh 28hbMei 2010 berakhir apabila cita2 hendak mendaki Gunung Ledang telah tercapai.Begitu lama saya mendengar cerita mengenai Gunung Ledang dan pada 28hb ianya menjadi kenyataan apabila saya berjaya kesana walaupun puncaknya belum didaki.Kami sampai agak lewat iaitu jam 5 petang,setelah selesai proses pendaftaran,kami semua berjaya sampai ke destinasi tempat penginapan kami.Setelah selesai mendirikan khemah TS memanggil saya dan menunjukkan kepada saya pokok yang bergelar cenuai merah yang pada ketika itu sedang berbuah.Tanpa saya sedari rupanya ditempat kami berkhemah terdapat 7-8 pokok cenuai yang terdiri daripada pokok cenuai merah,cenuai putih dan pokok legeh.Tanpa membuang masa saya mencapai kemera saya lalu mengambil beberapa keping gambar untuk kenangan dan TS pesan pokok ini adalah spesies yang dilindungi dan tidak dibenarkan mengambilnya.

Untuk mandi kami pergi ke Gua Nenek yang ada bersebelahan dengan Gua Masjid.Airnya mak ooii sejuk gila tapi gagahkan juga untuk mandi.Pada sebelah malamnya selepas makan TS sempat juga menunjukkan kepada saya beberapa jenis herba yang lain yang terdapat disekeliling khemah kami.Walaupun bulan agak terang tapi keadaan gunung diselubungi dengan kabus dan ini menambahkan kesejukan pada malam itu.TS mula buka story tentang gunung ledang dan pulau besar yang ada kaitan dengan gunung ledang.Lebih kurang jam 4 pagi baru kami masuk tidor.

Keesokkan harinya sebelum sarapan saya dengan TS berjalan2 melihat keadaan sekeliling Gua Nenek,Gua Masjid dan kawasan yang hampirnya maka masa itu TS menunjukkan kepada saya beberapa jenis herba yang lain dan menunjukkan pokok penunduk gunung dan menceritakan akan khasiatnya.Selepas sarapan kami berjalan keatas menuju ke kawasan pencawang Celcom disana TS menunjukkan apa yang dipanggil orang buluh malama atau buluh perindu,kalau setakat lalu sahaja kawasan itu dan tidak mengenalinya maka kita kan menganggap ianya adalah hanya rumpunan buluh biasa sahaja.Disitu kami bertemu dengan seorang guide keturunan orang asli yang sudi menunjukkan kami beberapa jenis herba dan melalui beliau jugalah apa yang dikatakan pokok legeh itu adalah benar seperti yang diceritakan oleh TS.Lebih kurang jam 2 petang kami bersiap2 untuk mendaki ke puncak gunung tetapi malangnya terdapat sedikit masaalah teknikal dan  terpaksa membatalkan hajat kami.Lebih kurang jam 4.30 ptg guide kami saudara Hu mengatakan jika mahu mendaki ke Gua Majapahit masih sempat lagi.6 peserta termasuk saya bersetuju untuk mendaki.Jam 5 petang kami melalui Gua Nenek untuk mendaki ,pada permulaan pendakian ianya mudah tetapi akhirnya beransur sukar disebabkan terpaksa melalui trek yang lembah,akar2 pokok yang berjuntai keluar dan pohon2 kayu mati serta trek yang lama kelamaan semakin tinggi.Sampainya kami dikawasan satu puncak yang terdapat pokok2 yang meyerupai taman bonsai dari puncak itu kami dapat melihat puncak gunung ledang ynng saya sempat mengambil gambanya.Dari puncak itu perjalanan lebih kepada menurun yang agak panjang dan didalam hati saya mesti semput ni bila nak balik ke khemah nanti melalui jalan ini.Dari puncak itu lebih kurang 10-15 minit kami sampai ke Gua Majapahit.Betapa lega rasanya dapat sampai ke tempat yang dihajati dan berehat sebentar.Disitu guide kami menceritakan serba sedikit mengenai sejarah gua itu dan menunjukkan beberapa jenis herba yang lain.Lebih kurang jam 6 petang baru kami bergerak menuju ke khemah kami,seperti yang diduga kawasan taman bonsai terpaksa ditempuh juga tetapi oleh kerana kali ini kami banyak berbual dan bergurau maka tidak terasa letih sangat.Jam 6.40 kami sampai ke khemah kami,letih ya tetapi puas hati itulah ungkapan yang dapat diucapkan.Seperti biasa pada malam harinya selepas makan kami banyak berbual tetapi terpaksa masuk ke khemah disebabkan hujan yang lebat.Memang benar seperti yang dikatakan oleh TS hujan yang lebat diikuti oleh guruh dan petir yang begitu kuat sehingga terasa bergegar kereta yang saya duduki.Tetapi Alhamdulillah kami semua selamat.

Hari Ahad hari ketiga tidak banyak aktiviti yang kami lakukan melainkan bersiap mengemas untuk pulang.Jam 12 tengahhari kami berangkat pulang.Belum puas rasanya berada digunung ledang kerana masih banyak tempat yang belum sempat kami lawati.Mungkin bagi sesetengah orang  membuang masa mendaki gunung tetapi setelah berada diatas maka seseorang itu akan tahu nikmatnya,mungkin inilah yang dikatakan orang jauhari juga yang mengenal manikam.Jika ditanya apakah mungkin saya mahu mendaki lagi jawapan Ya saya mahu mendaki lagi pada masa yang terdekat ini insyaallah.Ya Allah kau panjangkanlah usiaku, berikanlah kesihatan dan kekuatan dan keizinan untuk pendakian yang akan datang.Aminnnnnn……..