Archive for October, 2011


Pitunduk


2 jenis kayu ini digelar pitunduk dan menurut orang yang memberi saya kayu ini ianya bertujuan untuk menundukkan anak yang degil dengan cara merendamkan kedua kayu ini didalam air dan dibacakan selawat lalu diberi minum.Mungkin saudara waliqudus dapat memberi pendapatnya didalam hal ini kerana rupa kayu ini mirip kayu milik saudara waliqudus.


Diantara kayu yang agak terkenal di Sabah ialah kayu sakang seribu yang dikatakan berkhasiat sebagai penawar bisa.Walau bagaimana pun kayu yang saya paparkan di blog ini dikatakan masih ditahap gred 2.Diantara petua yang diberikan kepada saya  untuk memantapkan lagi kayu ini ialah dengan cara meletakkannya didalam bekas berisi beras.

Mani Paus


Apabila disebut sahaja mani gajah semua orang tahu akan khasiat kegunaannya.Kini dipaparkan satu lagi jenis mani yang dikatakan mani paus.Mani ini dihadiahkan oleh seorang teman dari Tawau dan menurutnya beliau mendapat mani paus ini dari temannya dari Australia.Kalau mani gajah yang diuji menggunakan 2 batang mancis untuk mengetahui akan khasiatnya,mani paus ini juga telah diuji sepertimana mani gajah tersebut dan didapati hasilnya serupa. Pernah terdengar cerita bahawa mani manusia pun ada digunakan sebagai tujuan pengasihan dimana ianya dicampurkan didalam minyak pengasih.Apakah mani paus mempunyai khasiat yang serupa ?

Lafan


Sejenis lagi kayu yang digelar lafan oleh kaum Dayak di Sabah.Lafan dikatakan boleh membunuh khasiat sesuatu barang maka disebabkan itulah ianya sering diletakkan agak berjauhan dengan barang yang ada nilai mistik.Kesesuaian lafan adalah dengan Fatamat dan falayak.


Dikalangan kaum pribumi Dayak kayu jenis Fatamat dikatakan berkhasiat untuk memotong khasiat sesuatu barang dan mengenakan orang.terdapat dua jenis kayu iaitu laki dan betina.Yang betina digunakan untuk mengena sementara yang laki pula untuk mengubat atau memulihkan.


Kayu kecil ini dipanggil falayak oleh kaum Dayak.Diantara khasiatnya adalah ibarat penunduk dan dikatakan juga sebagai pengbungkam mulut.

Bujang Kalak


Bujang Kalak atau Pucang Kalak satu nama yang menjadi misteri dalam bidang koleksi teras kayu.Ada yang mengatakan ianya hanyalah mitos dan ada yang mengatakan ianya benar2 wujud.Pada minggu yang lepas saya telah dihadiahkan oleh seorang teman dari seberang apa yang didakwanya sebagai Bujang Kalak.Ianya hanyalah sebesar duit 5 sen dan tebalnya hanyalah sekadar 5mm sahaja.Apabila ditanya mengapa kecil sahaja yang diberikan pada saya,jawapnya ianya barang langka yang amat sukar didapati.Apabila memegangnya terasa akan auranya dan terasa berat tangan dan ada diantara teman saya apabila memegangnya tangannya terasa kebas dan berat.Apakah ianya benar2 Bujang Kalak ?


Sesuatu yang agak baru dikenali oleh saya di semenanjung ini dan mungkin bagi masyarakat di Borneo ianya bukanlah sesuatu yang asing atau ganjil bagi yang mengetahuinya.Kayu ini dinamakan kayu penunduk dayak.Kegunaannya adalah bagi menawarkan atau melindungi diri dari sengatan binatang yang berbisa semasa berada di hutan.Cara pengunaannya pula ialah dengan meminum air rendaman kayu ini sebelum memasuki hutan.