Category: Uncategorized


Buku Pawang


Testimoni Minyak AHSHA



Badi Kuning


Kurang juga diketahui akan maklumat mengenai kayu ini.Mungkin lain negeri atau daerah ianya mempunyai nama yang lain.Diantara khasiatnya yang diberitahu sebagai penawar jika seseorang terkena Badi mayat.Kayu direndam didalam air dan dimandikan kepada orang yang terkena badi mayat.

SENI URUT TERAPI SIFULI


Assalamualikum semua,diatas permintaan Pakcikliio iaitu otai kita yang kini sudi kembali ke blog ini maka saya membuat satu entri baru mengenai sejenis terapi baru yang beliau ingin perkenalkan dan termasuk juga buku mengenai terapi itu.Semuga sahaja kita semua mendapat manfaat dari sesuatu yang baru.Dibawah ini saya copy dan paste sedikit sebanyak mengenai terapi itu.

Seni urut terapi Sifuli adalah warisan terapi kesihatan tradisional alamiah. Warisan terapi alamiah ini adalah berdasarkan kesempurnaan kepercayaan keujudan tuhan semesta alam yang mencipta alam semesta untuk keperluan kesihatan hidup manusia mencegah penyakit rohani dan jasmani.

Manusia adalah makhluk sebaik kejadian yang dicipta tuhan untuk menyatakan kesempurnaan keujudan tuhan semesta alam yang mencipta alam semesta. Kesempurnaan nama, sifat, perbuatan dan zat tuhan yang mencipta alam semesta hanya dapat dihayati manusia dengan kesihatan rohani, jasmani, jiwa dan raganya.

Kitab suci al Quran adalah panduan hidup manusia untuk membina kesihatan hidupnya yang mencegah penyakit rohani dan jasmani. Al Quran adalah kitab suci yang diwahyukan tuhan kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw. Nabi Muhammad saw adalah Rasulullah yang bersifat bijaksana menyampaikan amanah kebenaran yang terkandung didalam al Quran kepada umatnya untuk membina kesihatan hidup yang mencegah penyakit rohani dan jasmani.

Keujudan alam semesta yang dicipta tuhan semesta alam adalah bermula dengan pergerakkan tenaga empat unsur alam benda iaitu tanah, air, angin dan api yang membina bahan makanan, minuman, udara dan haba untuk keperluan tenaga alam raga manusia iaitu darah, urat, nafas dan haba. Pergerakan tenaga raga pula adalah untuk keperluan tenaga jiwa iaitu perasaan, kesedaran, pengertian dan kefahaman. Pergerakan tenaga jiwa pula adalah untuk membina pendirian kehidupan jasmani yang terdiri daripada parasrupa, gerakgeri, tingkahlaku dan budibahasa. Pendirian kehidupan jasmani manusia membina kehidupan rohani untuk menyembah nama, sifat, perbuatan tuhannya yang maha Esa.

 

Fosil Batu Belut


Fosil batu belut ini adalah pemberian abang suhaimi dari Singapura .Yang dipaparkan adalah bahagian daripada badan belut dan dipercayai dari belut putih.Fosil ini didapati dari derah Sangerang,Solo.Khasiatnya lebih kepada perubatan,kalau bahagian yang dapat adalah bahagian kepala atau ekor maka adalah dipercayai mempunyai keampuhan nilai mistik.Ilmu belut putih pada masyarakat Jawa mempunyai keampuhan dari sudut menyembunyikan diri atau meloloskan diri dari musuh dan ada juga yang mempercayai dapat meloloskan diri walaupun lubang sebesar jarum.Untuk itu maka satu mentera perlu diamalkan.Ekornya pula mempunyai khasiat melibas musuh.

Kain Cindai Hitam


Kain Cindai Hitam ini terkenal kerana kalis api,apakah nilai mistik sebenarnya memang kurang diketahui,namun begitu agak ramai juga orang yang mencarinya dan mahu memilikinya.Yang dipaparkan berusia agak ratusan tahun yang dibawa dari Turki.Ukurannya adalah 2 kaki kali 4 kaki.Untuk dimaharkan RM5000.00

Batu Buluh Perindu


Didalam batu ini terdapat serat serat seperti serat buluh mungkin diatas sebab ini dinamakan batu buluh perindu.buluh-perindu